Join This Site

Thursday, 21 June 2012

BAB 20

 

Bila  matanya  dibuka,  masih  terasa  seperti  baru  sekejap  tadi  dia  melambaikan  tangan  pada  Tengku  Adam  Kamil.  Terlampau  banyak  yang  berlaku  dalam  tempoh  yang  singkat. 

Banyakkah ? 

Atau  ia  terasa  banyak  dan  sesak  kerana  Adam  sering  muncul  dalam  kehidupannya. Tengku  Adam  kamil  yang  dia  cuba  lupakan  dulu,  muncul  dan  mengasak  tidak  mahu  hilang.

Ariana  bangun  dari  tidurnya.  Duduk  di  atas  katil  sambil  termenung  panjang. Betulkah  tindakannya  membenarkan  Adam  kembali  hadir  dalam  hidupnya  setelah  detik  hitam  dulu  berlaku ? Keliru  dengan  reaksi  dirinya  setiap  kali  bertemu  dengan  Tengku  Adam  Kamil…

Salah  dia  yang  menfitnah  atau  salah  Adam  yang  bernafsu ? 

...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).

Kerana  fitnahnya  maruah  Adam  dipijak  dan  dijaja  ke  seluruh  negara. Kerana  fitnahnya  juga  dua  buah  keluarga  sudah  tidak  bersua  muka  mahupun  bertegur  sapa. Kerana  fitnahnya  syarikat  Adam  merosot  prestasinya  dan  kerana  fitnahnya  jugalah  peristiwa  hitam  itu  menimpa  dirinya. 

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana... (an-Nisa: 111)

Jadi  salah  siapa ? 

Atau  pentingkah  dia  memerah  otak  dan  sekali  lagi  cuba  menuding  jari? Sedangkan  satu  jari  menuding  ke  depan  empat  lagi  kembali  ke  arahnya  sendiri.  

It’s  been  written  Ariana...It’s  been  written... Learn  your  lesson  and  live  your  life  like  it  never  happen  unless  you  wana  die  regretting, and unless  the  regret  can  undo  the  damage  done  ” suara  hatinya  bermonolog  lagi.  Menasihati  dirinya  sendiri.  Badannya  hanyalah  pinjaman,  yang  kekal  hanya  rohnya,  jiwanya. Suara  yang  menasihatinya,  yang  sering  bermonolog  dengannya. Itu  suara  rohnya  yang  pernah  berjanji  pada  Tuhan  untuk  menjadi  hamba  yang  taat  setia  sebelum  dipinjamkan  badan  berbentuk  manusia  untuk  diguna  pakai  di  bumiNya. Bila  suatu  masa  hatinya  hitam  dan  kelam  pasti  suara-suara  nasihat  itu  akan  hilang,  yang  ada  hanya  nafsu  yang  beraja  di  jiwa.  Ah,  nauzubillah  Ya Tuhan ! 

“ Bangunlah  Ariana ! Just  avoid  him, settle  your  problem. What’s  so  hard ? ” dia  terjerit  sendiri.  Kadang  dengan  diri  sendirilah  yang  banyak  kena  memaksa. Nak  mandi  kena  paksa, nak  baca  buku  kena  paksa,  kadang  yang  paling  teruk,  nak  solat  pun  kena  paksa! Tambah  lagi  kalau  solat  Subuh,  ya  solat  Subuh....Haih,  terus  Ariana  Rose  bangun  dari  katilnya  dengan  rengusan  kasar.  Jam  di  dinding  sudah  menginjak  ke  pukul  6.30  pagi.  Sikit  lagi  matahari  mengintai  kang  dah  tak  cantik  Subuhnya  tu.  Subuh  gajah. 

Habis  mandi  dan  menunaikan  solat  dia  bersiap  untuk  ke  pejabat.  Sarapannya  pun  hanya  cereal, buah  anggur  dan  susu  segar. Susu  kambing  ya  bukan  susu  lembu.  Susu  kambing  yang  dimasak  dengan  cinnamon  stick  untuk  mengelakkan  bau  yang  kurang  enak. Ariana  Rose  bukanlah  diajar  untuk  minum  susu  kambing  sedari  kecil,  tapi  dia  memilih  susu  kambing  berbanding  susu  lembu  atas  sebab  khasiat  yang  ditawarkan. Lebih  mirip  kepada  nutrisi  yang  mampu  dibekalkan  oleh  susu  ibu,  mampu  melindungi  kestabilan  DNA, mengandungi  oligossaccharides  yang  mempunyai  komposisi  seperti   oligossaccharides di  dalam  susu  manusia  yang  mana  bertindak  sebagai  probiotic  dan  macam-macam  lagi  kebaikannya. Scientifically  proven  by  the  way,  selagi  dibuktikan  secara  saintifik  memang  Ariana  Rose  akan  menerimanya  sepenuh  hati. 

Sebelum  keluar  sempat  lagi  dia  berdoa  dengan  ayat  pelindung  diri ; 

“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Walaupun  dia  tahu  dia  tidak  memelihara  kehormatannya  seperti  saranan  Tuhan,  menutup  aurat  sebaiknya.  Sepenuhnya,  tetapi  doa  tetap  dibacanya.  Entah  bila  Ariana  Rose  mahu  mula  menutup  rambut  yang  menjadi  beban  dosa  bagi  dirinya...Kemejanya  juga  mengikut bentuk  tubuh,  tambah  satu  lagi  beban  dosa  kepada  dirinya..ah,  bukan  dirinya  seorang,  juga  dosa  kepada  papanya...tapi  kaki  tetap  melangkah  keluar,  sedia  menerima  dosa  yang  mendatang. Ilmunya  berkepuk  di  dada  tapi  nak  mengamalkannya  dipilih-pilih....Orang  macam  dia  lebih  teruk  dari  si  Adam  Kamil  yang  baru  nak  mengenal  Tuhan,  dosanya  dibuat  atas  kejahilan. Sedangkan  dia ? Sudah  tahu  saja  je  tempah  maut, konon  macho  boleh  punggah  dosa. Konon  umur  panjang  sampai  masa  taubatlah  dia  dengan  dosa  satu  tu. 

Hmm…Adam  Kamil  juga  yang  dia  banding kan.  Bangun-bangun  dah  fikir  pasal  Adam,  si  Datuk  muda  kacak  persis  model. Kepalanya  diketuk  berkali-kali, “ Keluarlah  Adam  from  my  mind…! ” dia  bertutur  sendiri.  Kalau  orang  tengok  sah  kata  tak  betul. 

Cepat-cepat  dia  berdoa  dalam  hati supaya  tidak  lagi  bertemu  dengan  Tengku  Adam  Kamil. Tidak  lagi  dikejar  jejaka  kacak  dan  sukar  ditafsir  itu.  Cukup  sudah  beberapa  hari  hidupnya  bagai  menaiki  roller  coaster,  sekejap  bahagia,  sekejap  bimbang,  sekejap  terasa diawang-awangan.  Terbukti  juga  dirinya  sudah  tidak  boleh  dipercayai  lagi,  bila  bersua  dengan  Tengku  Adam  Kamil  pasti  hatinya  tidak  mampu  membenci. 

Melt. Melt. Melt and Mad. Yes, mad sebenarnya....

You  are  MAD  Ariana  Rose.

* * * * ** * * * * * ** * ** *

Suasana  aras  7  di  Kementerian  Pembangunan Keluarga  dan  Wanita  di  pinggir  tasik  Putrajaya  agak  damai.  Cuma  terdengar  bunyi  panggilan  telefon  yang  bersahutan. Ramai  sangat  orang  awam  menelefon,  pegawai  pun  kadang  tidak  menang  tangan.  Di  Kementerian  Kebajikan  macam  tu  lah  gayanya.  Belum  lagi  bertugas  di  Jabatan  Kebajikan  Masyarakat  di  daerah-daerah,  kalau  tak  lagi  sibuk  gayanya.  Setiap  hari  ada  je  kes.

Beberapa dokumen yang perlu dihantar kepada bosnya dipegang kemas. Dia teringatkan pesanan umminya tempoh hari yang memintanya pulang Jumaat nanti. Umminya pun satu cubalah minta dia balik hari Sabtu ke Ahad ke...possible lah sikit. Ariana bangun ke bilik bosnya, mahu memohon cuti dan menghantar dokumen yang disiapkannya sedari Jumaat lepas.

Pintu bilik diketuk, dia hanya masuk bila bosnya menyuruh.

" Bos, ni  dokumen  yang  bos  minta” beberapa  dokumen  yang  sudah  elok  diletakkan  di  dalam  folder  dihulurkannya. “Erm..bos...Saya nak pohon cuti Jumaat nanti, bolehke?"

"Jumaat..." bosnya membelek kalendar, mungkin menyemak bebanan kerja pada hari itu. 

"Hmm okay. Awak hantar borang rasmi cuti melalui sistem HRMIS, nanti saya luluskan. Balik kampung ke?" pandai pula bosnya meneka. Ariana senyum.

"Ya bos. Mak saya telefon, katanya ada  hal  penting "

"Owh..okay...Oh ya Ariana, mesyuarat dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat esok awak dah uruskan dah?"

"Dah bos..minggu lepas lagi saya dah settlekan. Tinggal handout je lah tunggu maklumat daripada agensi "

"Okay, that's good. Ni ada surat daripada Kementerian Sumber Manusia, awak tolong sediakan draf surat maklum balas" surat yang dihulurkan disambutnya. Dia meneliti kandungan surat sebelum bersetuju.

"Okay, nanti saya hantar draf tu pada bos" bilik bosnya ditinggalkan. Biasanya mengarang surat ni dia hanya perlu ambil masa beberapa minit sahaja, tetapi yang melambatkan urusan ialah mahu mengumpulkan maklumat yang dipohon.

Bila dia kembali ke biliknya, seorang lelaki sedia menunggu dimeja. Membelakangkan pintu masuk. Memang kerusi tetamu diletakkan sedemikian. 

Siapa?

Lelaki itu berpaling ke arahnya. Harith rupanya...

"Ariana..."

"Encik Harith....Ada apa-apa ke ni?" Ariana segera ke tempatnya. Pasti hal program anak yatim, telahnya.

"Saya saja je datang jumpa awak" Harith tersenyum manis. Patutlah Harith digilai gadis-gadis yang masih bujang di tempat kerjanya, dengan pangkat yang dia ada dan usia yang masih muda perempuan mana yang tidak tertawan? Di tambah pula dengan rupa paras yang menawan..hmm memang gila bayang lah semua yang memandang.

"Owh..YB Menteri tak ada ke boleh datang melepak kat sini ni?" Ariana ketawa. Memecahkan kepelikan yang mencengkam rasa.

"YB ke Australia...melawat anaknya kat sana. YB pun nak rehat juga kan?" gadis di depannya diperhatikan. Terasa berat mahu mempelawa Ariana untuk menemaninya ke majlis makan malam, tapi dia perlu mencuba nasib. Nak seribu daya, ulangnya dalam hati.

"Er....Ariana..awak free tak Rabu malam this week?"

Ariana mencongak kalendar. Kenapa dengan Rabu malam? Ada apa waktu tu? Takkan la Harith mahu mengajaknya dating. Perasan betul Ariana ni! 

"Free...kenapa Encik Harith?"

"Kita wakil Program Anak Yatim ya untuk majlis makan malam amal? Syarikat OpticalTech yang anjurkan untuk tambah dana program kita. Syarikat ni salah satu daripada syarikat yang terlibat dalam program yang kita anjurkan"

Urusan rasmi lah kiranya ni? Kalau urusan rasmi dia memang akan pergi. Dia jenis yang komited dengan kerja. 

"Okay, bolehje..Pukul berapa dan dekat mana Encik Harith?" Harith dah pun senyum lebar mendengar jawapan Ariana.

"Dekat Palace of Golden Horses, pukul 8.30 start. Ada dress code tau"

"Wah, dress code lagi. Macam program makan-makan orang kaya je..." 

Memang majlis makan malam golongan elite pun. Itulah cara mereka menambah dana sambil menambah network perniagaan. Tapi Harith tidak mahu Ariana terkejut, dia diamkan sahaja.

"Wakil syarikat la yang banyak nye Ariana..tapi makan malam biasa je, awak jangan risau. Apa-apa pun saya ada dengan awak malam tu" Harith senyum lagi. Murah senyuman betul Encik Harith ni. 

"Okay Encik Harith, jumpa kat sana la nanti. Saya call Encik Harith kalau dah sampai kat sana. Lambat lagi pun kan? Lusa"

"Lusa tu dah dekat Ariana...Ballroom attire ya?" 

 Ballroom attire?

Dress? Suit?

Amboi, kemain majlis pungut derma ni, bisik Ariana. Rasanya lagi banyak habis dekat sewa hotel dari menambah dana kalau macam ni.

"Hish...takut saya dengar majlis ni Encik Harith, siap kena pakai dress bagai ni"

Harith menunjukkan riak risau. Dia tidak mahu Ariana menarik diri, "Makan-makan je...dress code tu biasa lah kan, tuan rumah minta macam tu kita ikut.."

"Okay...Encik Harith pakai baju apa nanti?"

"Saya pakai suit la.Black suit, so dress awak nanti terpulang pada awaklah warna apa. Semua warna match dengan black kan?" 

Bagus juga Encik Harith ni. Mudah kerjanya nak pilih dress. Mujurlah umminya buka butik, dia memang banyak dress labuh yang cantik-cantik. Ada satu dress yang masih belum dia pakai. Dress dari kain sari chifon ungu tua dengan batu permata warna amber. Kain tu umminya beli di India sewaktu ke sana dengan ayah. Harga kain sahaja pun dah cecah RM1500.00 atau dalam India Rupeenya Rs15,000.00. 

Ariana mengiyakan pendapat Encik Harith. 

" Saya fetch awak nanti?"

Hmm, dah macam nak buat date ni. Segan pula Ariana.

"Susahkan Encik Harith je..."

"Takpe...nanti senang bila sampai sana nanti..Okay ye? Awak tinggal kat mana?"

"Putri Palma Condominium.. Tak jauh ke dari rumah Encik Harith nanti?" soal  Ariana  tulus.  Bimbang  menyusahkan  Encik  Harith,  sedangkan  dia  pegawai  biasa  sahaja.  Encik  Harith  tu  orang  kanan  Menteri.

"Tak jauh la. Rumah saya area sini je. Set ya?" kalau jauh pun, untuk Ariana dia sanggup!

"Set..!" balas  Ariana  dalam  senyuman.  Hilang  pula  formality  mereka  selama  ini. 

“ Okay,  thanks  ya  Ariana ! Don’t  dress  up  too  much  nanti  susah  saya  nak  halang  taycon-taycon  tu  dari  mengorat  awak ” gurau  Harith  dalam  ketawanya.

“ Hah ? ” Ariana  buat  muka  menonong. Memang  dia  tidak  faham  pun  maksud  Harith. Kata   majlis  amal  rasmi.

“ Owh...takde  pape... Lusa ya ! See  you  next  time

Terus  Harith  meminta  diri,  bimbang  makin  lama  dia  di  situ  makin  melalut  cakapnya  nanti. Yang  penting  Ariana  pergi. Riangnya dia bukan main lagi  bila  Ariana  dah  bersetuju. Jumpa di tempat kerja ni memang terhad lah sikit tindak tanduknya. Semuanya ada protokol, tambah-tambah dengan jawatan dia dan Ariana, tak manis kalau asyik bersama di pejabat. Dia pun tidak selalu ada di pejabat, dia akan mengikut ke mana sahaja YB Menteri pergi kecuali atas urusan peribadi la. Kalau urusan peribadi pun dia ikut, tu dah jadi bodyguard, bukan pegawai khas!

Usai Harith keluar, telefonnya berdering. Nama Datuk Adam Kamil terpapar di skrin. Dia biarkan tak berjawab. Tidak mahu terus-terusan berhubung dengan Adam. Dia takut hatinya akan berubah. Dirinya  sendiri  memang  tidak  boleh  dipercayai  lagi  bila  bertemu  dengan  jejaka  idaman  malaya  itu.


*   *   *   *   *   *


Harith menegur beberapa pekerja dalam perjalanan keluar dari department Ariana. Mata-mata cemburu menghantarnya hingga ke pintu depan.

"Hebat lah Cik Ariana ni kan? Hari tu keluar gossip dengan anak billionaire, sekarang Encik Harith pula yang datang cari...." Saleha yang masih bujang di situ dan sangat tergilakan Harith memendam rasa dengan perhatian Harith kepada Ariana.

Hidayu pembantu Ariana tidak senang dengan cakap-cakap Saleha. Sepanjang dia bekerja dengan Ariana dia masak benar dengan perhatian yang diberikan oleh lelaki kepada Ariana, tapi satu pun tidak dilayan. Kalau Encik Harith tergilakan bosnya, apa dia nak buat? Biarkan je lah.

" Leha...kalau orang tergilakan dia, dia nak buat macam mana? Nak marah? Nak maki hamun orang tu?"

Saleha tarik muncung. Ada-ada je Ayu ni...asyik membela bosnya je. Saja lah tu, kipas angin. 

"Tak de lah...aku okay je orang nak tergilakan dia.Tapi pokok tak kan bergoyang lah kalau tak ada angin. Kalau dia tidak menggatal , tak melayan tak de lah orang tercari sampai ke sini."

"Cik Ariana tu cantik Leha..pandai pula tu...tak payah menggatal, tayang peha tayang betis pun lelaki dah melutut minta perhatian tau"Hazrul yang diam sedari tadi menjampuk. 

Memang hakikat apa yang dia kata. Memang dia sendiri pun terpukau dengan kecantikan Ariana pertama kali mereka bertemu, tapi dia sedar statusnya tak sama. Ariana bos, dia ni staf biasa je.
"Hmm lelaki memang buta, nampak yang cantik je.." Arfah yang agak kamceng dengan Saleha cuba membela kawannya. 

"Kalau cantik sahaja tapi perangai teruk, hati jahat, hah tambah-tambah yang mulut macam longkang, lagi lah kita orang tak mahu!"

Ayat pedas dari Hazrul mendiamkan Saleha dan Arfah. Ayu tersenyum sinis, macam-macam yang orang boleh tak puas hati. Sampai ke cantik pun boleh jadi isu. Jadi cantik pun satu ujian sebenarnya. Ujian untuk menjaga maruah dari ketaksuban menjadi lebih cantik, ujian bila mendapat pelbagai perhatian dan tawaran dan ujian bila dibenci oleh kaum sendiri. Itu kata Cik Ariana padanya dulu. Kata Cik Ariana, adalah lebih bermakna dicintai oleh seorang lelaki yang dicintainya dari dicintai oleh seribu lelaki yang dia langsung tiada perasaan terhadap mereka. 

Yang penting perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan. Kalau asyik mengejar sesuatu yang kita tak ada, kita takkan nampak kelebihan yang kita ada!
 
Ayu mula menyambung tugasannya. Beberapa maklumat perlu dihantar kepada bosnya. 





 -------------

Assalamualaikum wbt n afternoon all ! ;)

Ada satu bab lagi sebenarnya kena siapkan before pos baru,haha, tapi kalau nak tunggu siap 3 bab mmg weekend ajalah baru berjaya.lol.  Thanks a lot for all your response guys! It does make my day :) Entry ni Adam tak muncul, selalu sangat keluar nanti bosan pula semua orang kan? asik2 Adam  je..hehe. Tapi Datuk Adam reti mengalah ke ?and what will be happen at the ball ?

Thanks a lot for your support !After listening to this SONG : terus ada mood nak write up Adam and Ariana's honeymoon time.hehe ;p


Doa pelindung diri tu doa yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )







Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

111 comments:

  1. :) wah...best2...akhirnya....lama la tunggu entri kali ni....thanks cik writer....xsabar tunggu next entri...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lama ek? pejam celik pejam celik dah rabu. cpat sangat masa berlalu.

      thanks ya anon! ;)

      Delete
  2. tq cik writer..syg awk bnyk2 sbb ad entry bru..hehe..
    diner tu mesti bukn diner amal kan..ish ta nak la ariana g ngan harith..
    nk datuk wira jugak..so datuk kejar jgn ta kjr..hehe..
    thanks untuk sume info y berguna, cara sis ulas bout aurah n the doa n few othr words which make my mind work out on understanding it..
    part y sy suke time awk ulas hal org y jahil berubh slowly n bndigkn dgn y da tau p still plih2 na ikut o not..ad y solt p still not covering their aurah,it suits everybody..bukn ariana je y mcm tu rmi lg n including me..
    pape pun expecting the best fr u n hope next2 entry akn ad lg info y berguna mcm sblm ni..

    ~adda~

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama adda ...sob..sob..ada ilmu tapi amalnya dipilih2.. iAllah sama2 kita berubah dan stsa doakan diri kita mudah nak buat ibadah :) majlis amal yg gila grand Ariana will be shock later. hehe.

      thanks adda for reading ! ;)

      Delete
  3. tak sabar nk tggu next entry

    ReplyDelete
  4. tinggal 1 bab je ker yg na diposkan dlm blog ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak..tak..sampai bab 27 most prob ;)

      Delete
    2. Hah only 27? Alaaaaa..... Hehehe

      Delete
    3. haha yeah just 27....and hopefully once it hit bab 27 here, the novel is out there. hehe

      Delete
    4. Yeah i suka cara u evelyn,bila citer kat blog abis buku dah ada d pasaran..Insyaallah pasti beli!

      Delete
    5. lol thanks Syarp! ;D plan nye camtu la.haha. Kene push diri sdri ni nk write up hehe

      Delete
  5. Agaknye adam mesti ada skalikan dlm ball2 nnt, harith2 boleh blah jauh2, ariana adam punye he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kejammss sian harith. tapi thats what i feel too.lol

      Delete
  6. Aiiihhh.. Untungnya ariana rose!! Suma org sayanggg.. Takot nti dato wira ada jugak dlm majlis tuu.. Apa nak jd plak nti.. Agak2 juling x masa dinner tu dato asik dok jeling ariana rose ngn harith.. =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sampai juling tu! u bet my dear, u bet ;p

      Delete
  7. Nice!i really love the way u expressing about aurat,doa and evrythg la senang cerita.hehe.oh and lagi2 about kecantikan tuh. Reality kan. Nway,tak sabar nak tunggu new entry :D

    xoxo,atiq

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha reality atiq, kesian org cantik, selalu dibenci tanpa sebab...and slalu jadi masalah dan ujian jg ;) - thanks for seeing d gud in this stroy! ;))

      Delete
  8. nak lagi....best la citer ni..byk jgk ilmu yg dimasukkan..bkn suke2 kisah cinta je...pandai la evelyn rose ni...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks nur, u make me blush.lol - ilmu ciput je, kongsi mana ada ;)

      Delete
    2. evelyn xde fb ke??name ap evelyn ni??hehheh

      Delete
    3. haha fb personal ada la nur...segan la nak share ;)

      Delete
    4. hehheh....segan ke??xpe2.....xsbr nk tnggu next en3 la....biar la aryana kuar gn hariz tu...bg si adam jelez kaw2..hahhahah

      Delete
    5. hihi i'm a shy person, lol ;p - Adam is an anaconda remind you, when he is mad ;)

      Delete
    6. evelyn rose ni name bunga kn??hehe...nt if da kawen.ad anak...nk letak name rose la kt blkg name dyorg...huhu

      Delete
    7. pergh, dah nak kawin ye? haha

      Delete
    8. ish..blom ag...blajo pon xhbs ag nh.....evelyn ni da kawen ke blom??kalo blom,..nt kenduri ajak la sy ye...huhu

      Delete
  9. best..
    pendek la cite ari ni.. tak puas
    hantar cepat sikit..tak sabar nak tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks anon. iAllah tgh memaksa diri tulis habis ni.makin ari makin sibuk...tkut makin lama makin susah nak menulis. tgal few chapters je lg nak habiskan. hehe

      Delete
  10. Excitednyeee for next ep.... Wonder apa adam akan buat utk mng hati ariana wak2 that chairity ball

    ReplyDelete
  11. i want adam..adam ..adam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah if he is real he sure gona love this - like his own pom pom girl

      Delete
  12. confm ade adam. compahy tu adam punya. datuk wira katakan mesti byk cabang kalo tak cmne nak pikat ariana. anak datuk tu. maintanennce tinggi.apepun best byk ilmu dikongsi brsama, saya suke,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maintenance tinggi kan si Ariana ni. lol thanks anon ! ;)

      u bet he is there right? we'll see ;p

      Delete
  13. tq evelyn....bab ni xde adam plak...huhuhu...kebetulan bukak blog u n hanina..2-2 ade entry baru...sayanggggg korang...muahhhhhhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sy ngn miz nina kt ni mcm ada antena sama je ni.lol- lurve u too dear ;)

      Delete
  14. ring ring dong dong.... assalam cik evelyn
    kijam!!!adam xder!!!! kenapa? why???? saya windu..... eceh, kuar nama dia dkt hp rose pn jadilah, wlpun xder dialog.... dlm crita ni ramai yg nampak salah dan dosa adam jer, padahal cik rose pn lbih kurg jer, syukur la dia sedar, dari angkara fitnah dialh semua hal ni blaku, wlpun untk tujuan yg baik, tpi cara yg dia gunakn salah. memang bukan semua org btudung tu baik, tpi bukankah btudung itu lebih baik, kalau kaki kita ni pun aurat, apatah lgi rambut. hati2, setiap pgerakkn, wangian yg kta gunakan tu, make up, cara bcakap, penting kita jaga, jgn sampai mnghairahkn org lelaki, takut blakunya maksiat, pandangan mata pun sama,bukan adam jer leh terkam dia, tu enck harith tu pn boleh juga, so jgn selalu kata adam tu miang la, bnafsu la...stop blaming others.
    saya nak adam.....i want him so bad... huhuhu. nak buat fanclub adam la.... hikhik ok tq.. tlg krim salam windu peluk cium saya dkt my lovely bad boy. i miss him so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha zm ! ;D lol salam peluk cium Adam ye ? lol - nnti Ariana maraaah ;p

      true zm, salu benda2 kecik la kita tak nampak as dosa kita. kita selalu hukum apa yg jelas nyata depan mata tapi Allah tengok - dan kira semua benda - seen and hidden. n setuju jg tak semua yg bertudung tu baik, ada yg pakai tudung sbb culture - depend on niat. but all this some learn it w/out going trough the mistake some learn it from mistake :)

      fanclub Adam ? OMG Adam gona be famous soon.lol - he must be shock! ;p

      Delete
  15. kalau every entry ada Adam saya tak kan jemu lah kekeke :p Bila dorang nak kawen ne? Tak sabar tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tgu tunang dlu baru kahwin ;p

      Delete
  16. yeay best.... seperti pembaca2 yg lain, rasa tak sabar nak tunggu next entry utk mengetahui what's gonna happen to adriana, harith and perhaps adam....

    Jika adam is in the storyline, adakah adam akan berdiam diri & memerhati drp jauh kemesraan harith & adriana atau adam akan menjlnkan strateginya utk menjauhkan harith drp adriana? Jeng...jeng...jeng...

    evelyn... cepat2 update new entry ok.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah dah bleh jadi pengulas cerita ni anon.haha.

      Jeng...jeng...jeng !

      Delete
  17. wa!!!!xsgke arini bertuah,,,bkk je blog da ad n3 bru....ske sgt2.....cik writer tq yer,,,,n ske wt smua org ttgu2 blog u....luv ariana n adam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu lah kan cik writer ni menulis ikut mood. habis2 semua org tertunggu.hehe. thanks fatiha ! :)

      Delete
  18. saper evelyn rose ni , ya ? best la u...mcm2 ada...
    hrp jgn take time lama sgt utk next n3...x sanggup tggu lelama sgt...
    x sbr nak tau sejauh mana adam fight utk dptkan cinta ariana...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe we gona see Adam's reaction! ;p

      -Eve : d doraemon pocket- sbb mcm2 ada ;)

      Delete
  19. tak sabar nak tahu... apakah yg terjadi masa dinner tu...... mesti dramatik kan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yes, i gona say that - u r right. berdebar nak publish chapter ball event,hehe

      Delete
  20. salam, novel dah nak kuar ker...walahhh suka2...
    cepat2lah nanti senang leh baca ulang2 dari awal sampai habis....tak ler mcm pungguk rindukan bulan, tiap2 hari refresh blog nie nak tgk ada update tak...hahaha truly i'm crazy over Arianna & Adam...luv them much ...tahniah juga buat cik penulis..teruskan usaha...luv u :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt Yus ;D

      novel tu tgh siapkn manuskrip nti anta kat publisher dorg semak2 dulu berkenan ke tak.hehe.mtak2 ok la kan..doa ye ! - kalau dah macam pungguk rindukan bulan ni, kenalah Eve menggandakan usaha siapkan manuskrip.hehe

      thanks Yus!

      Delete
  21. Best2..Rindu kat tengku Adam kita :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu ? hihi kena seru nnti dia kuar.lol

      Delete
  22. ok.. lepas ni mungkin da tak boleh jenguk blog evelyn hari2. sbb da balik kampung. sobsob.. tapi takpe la.. da kuar novel nnti kan boleh beli.. yihuu~ gudluck evelyn.

    (^^,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik kampung dah ? bestnyee! enjoy ur vacation! pray that d novel will be out on time.haha - gona miss ur comment and u too pinoc ;)

      Delete
  23. uh-oh, ariana dah dok teringat2kan Adam dah tu. Mesti masa majlis tu Adam ada juga kan? Hahaha. Jgn adam dok berdrama sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Adam kalau dia buat drama terus scary..krr...

      Delete
  24. Dear cik evelyn yg comel
    Bila next update? Tak sabarrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe anon. mcm very soon je ni, smooth plak mood nak menulis this time, tapi tak siap lg.lol ;))

      Delete
  25. Agak2 bila nk kuat n3 baru? x brape nk sabar dh ni. huhuhuhu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anon ni pun dah tak sabau dah ye, mcm anon kat atas ;p - v soon ! ;)

      Delete
  26. yeye...best2...lama nya tggu n3 br ni ...xtau nk komen cam peminat u yg len2...semua n3 superb la..kali kena tgu bape r ari lak ?? ..waaaaaaa...miss tg adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terus tanya berapa ari kan?hahaha - tak leh jamin la lepat, u bercucuk tanam i jual goreng pisang. kalau customer kurang cpat la sket nak menulisnya *Eve dah merapu.haha

      Delete
  27. Yeah!!!berbaloi tggu!!!
    Terbaik laaaaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Farra si org kuat TWB keke. baru blk keje ke ;p

      Delete
  28. best2 truskn ag..tah2 jmpe ag ngn adam kt dinner nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa ke tak? jumpa ke tak ek? hehe

      Delete
  29. wah bertambah best... cptla tambah en3 baru... tkt cuti sem xdpt on9...hehhehhe
    makin menarik wow.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooO dah makin ramai dah nak cuti sem ni. habis xm kan, cuti la ye...iAllah Eve siapkan cpat2 utk nasylla baca.lol

      Delete
    2. hhehehe... yup nk abis da... ni pun menunggu paper last... sambil2 tu ari2 buka blog nie manataw ada n3...huhuh

      Delete
  30. Finally...ada jg update dr kak eve..:)
    best but pendek la...
    still AWESOME!!!
    x sabar nak baca part drg tunang..
    waiting for the next n3 ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tunang is cooming....its like crawling slowly..hehe. Thanks Fie! u r AWESOME too! ;D

      Delete
    2. hehe...tp nak baca part dinner dulu...
      cepat la update...
      x sabar la nak baca...
      ^____^

      Delete
  31. Dear ER,

    tak sabar nk bc n3 seterusnya...tqs! tc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiki tgh write up sbnrnya ni, take a peek kat blog jap.haha. siap bleh update.lol.thanks Min and take care u too ! ;D

      Delete
  32. eve,akak lebih pada bad boy lah dari harith ni.he,he apa pun best x pernah kecewa dgn semua n3 setakat ni.

    terbaik lah eve.

    -kak sufiah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak sufiah ;D semangat sket nk mengarang ni. arini penat la mcm nak pengsan tak sempat nak menulis lg. esok nak bertapa jap- kalau siap mencapai milsetone update la dia.hehe

      ramai ske bad boy kan ? - haha

      Delete
  33. bila nk smbg ni? dah x sbr dan nk thu perkembangan seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sukalah ada reader cmni, buat Eve motivated nak menulis dgn cepat.lol. Eve pulun esok ye, kalau bjaya iAllah cpat la ada update ;))

      Delete
  34. Suka sgt karya U.....sweet & byk pengajaran juga dalam cite ni....Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh thank ssal ;) thats very nice of you ;D

      Delete
  35. Mana adam??? Winduuu sama adam... Sambung lg la cik evelyn cayang bucuk... Hihihihihiiii.... Arghhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mcm dah stress je tu tunggu, haha. dah sambung dah ;p

      Delete
  36. apa reaksi ariana bila kena tunang?apa reaksi adam bila tau ariana tu tunang dia?

    tak sabarnya nak tahu ohoii~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la...cpt cikit update cik Eve

      Delete
    2. salmiah dan kiki : peminat tegar adam dah tak sabau ye,lol.dah ada bab 21 enjoy ye! Salmiah , mmg drastik/bombastik la reaksi Adam, serius

      Delete
  37. Eve bla nk upload entry bru???

    ReplyDelete
  38. Well mna new en3? Sangat teruja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol Farra dengan Bella, dah update dah kiki - uodate dlu baru balas sini.hehe

      Delete
  39. nampaknya ramai customer beratoq beli tu psai eve lmbat post new n3........huhu..sabaq2(sambil urut dada).:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sabaq ya lepat, but bab 21 dah keluar dah tu,hihi.

      p/s: laris sangat goreng pisang ni, tak memang tangan Eve. haha

      Delete
  40. yeah the beatles...<3
    nak lagi~
    mst adam jeles tgk harith ngann ariana kan...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ni mesti peminat d beatles kan? kan ? saya pown! kiki

      Delete
  41. ble nk ada n3 baru ni...rasanya setiap kali guna internet buka kat cni tp stiill x ada n3 baru...cpt2 la letak n3 bru...

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  43. Eve outstation ker?
    Slalu cpt jer upload?^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon1, anon2, dan farra : okay kipas susah mati Adam, dah update dah, hehe ;P

      Delete
  44. bile n3 bru nk ada ni??? :(

    ReplyDelete
  45. like!like!like! wah mmg hebat penangan TWB ni...dlm 1 day sy boleh abiskan 20 entry...sanggup skip lunch, well done Evelyn Rose...Wanna read more...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooow! sanggup skip lunch, thanks jejak si merah jambu! jgn gastrict ye hehe

      Delete
  46. Replies
    1. yes soo bussyy farrraa but arini is kinda leasure sikit.hehe

      Delete
  47. i felt like i'm reading one of Judith McNaught's novel (particularly Almost Heaven) when i read your TWB.. :) nice, indeed.

    Keep on writing wonderfully wonderful story, wonderful lady :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Judith is soo awesome! mmg berdecit lah kalau dapat jadi dia.hehe. I do LOVE Almost Heaven! It was her first novel I read, and that time I was 13! but up to now I still remember Elizebeth and Ian ! ;D

      thanks Rhyz!

      Delete
  48. nak beli novel ni, jual online takde ke, huhuhuh

    ReplyDelete
  49. nak beli novel ni, jual online takde ke, huhuhuh

    ReplyDelete
  50. ala harith nk bawa arina g majlis ape tu..hope klau pape jd adam ade di situ..hehe

    ps:sy suke cara akak menulis..sbb akak ade selit2kn ilmu agama dan doa2 yg boleh sy amalkn..tq akak =)

    ReplyDelete
  51. Harith plak dh suke ariana....
    Lurus ariana ni..x tau yg ada org suke kat dia.Hehehe...

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete