Join This Site

Sunday, 25 November 2012

13 Jam - A380 Part 14


Assalamualaikum ;) n Hi ! 

Alhamdulillah dah semakin ramai yg dah pun menerima novel TWB, terima kasih yg dah bagi review, alhamdulillah sangat-sangat gembira dengar  review  kalian ;) and thankss to all those yang ke pejabat KS pada hari Jumaat !  dan all the stories about how-you-get-ur TWB novel (sampai kejar van poslaju and call pejabat pos ;) ) all the stories make me smile.

Bagi yang dah order tapi tak dapat lagi, insyaa Allah mungkin next week akan sampai :)

Yang nak dapatkan di bookstore, yang area KL Eve rasa dalam next week jg akan ada :)




*kak Iman , Kak Lily, Kak Mariana n Kak Rohaidah tak ada dalam pic ni,i bet they must be somewhere eating durian crepe.lol. anyway I  LOVE this pic ! hehe


Apa-apa pun, terima kasih semua, yang tak dapat novel lagi meh layan A380 dlu sementara abang adam muncul ;)



Part 14

“ Mommy….you’re  home ” perlahan-lahan  Emmel  melangkah. Tidak  menghampiri  aku,  tapi  lebih  dulu  memeluk  kaki  Fawwaz  sambil  matanya  tertancap  pada  aku. Memandang  aku  penuh  sayu,  keliru  dan  takut  untuk  kecewa  sekali  lagi.

Owh  Emmel…luluh  hati  tengok  Emmel  macam  tu…
Tangan  aku  depakan  padanya. Menyambut  dia  datang  ke  pangkuan  aku. Dia  mendongak  mencari  kepastian  daripada  Fawwaz. Mungkin  takut  untuk  kecewa  lagi…Kesian  Emmel…

Maafkan  mommy….

Hanya  bila  Fawwaz  senyum  barulah  dia  teragak-agak  mendekati  aku. Tangannya  memintal  kain  baju  gaun  putihnya. Mata  memandang  lantai. Bila  dia  terpacak  di  hadapan  aku  tidak  pula  dia  terus  memeluk. Dia  hanya  terpacak  di  situ  dengan  mata  berkaca  sebelum  dia  tunduk  memandang  lantai.

“ I’m  sorry  mommy....I  won’t  be  a  bad  girl  again….Please  don’t  leave  me… ”

Terus  aku  capai  dan  dakap  si  Emmel  penuh  kejat. Pipinya  aku  cium  berkali-kali. Air  mata  aku  tumpah  tanpa  disedari.

“ I  love  you…. I’m  sorry…. ” tersekat-sekat  aku  bersuara. Berselang  seli  bunyi  suara  aku  dan  bunyi  esak  tangis  sendiri. Emmel  turut  menangis  hiba. Aku  tahu  Emmel  sangkakan  aku  si  ibu  yang  meninggalkan  dia  dua  tahun  lepas. Apa  yang  membuatkan  hati  ini  sedih  dan  remuk  ialah  bila  Emmel  menyalahkan  dirinya  sendiri  atas  apa  yang  berlaku. Emmel  sangkakan  aku  meninggalkan  dia  tadi  kerana dia  budak  yang  nakal….

“ Mommy  just  went  out  for  a  moment  with  daddy. See  what  I  bought for  you ” air  mata  aku  seka  laju. Tidak  mahu  si  Emmel  terus  bersedih  sama  dengan  aku. Aku  keluarkan  bola  getah  yang  mempunyai  lampu  kelip-kelip  di  dalamnya. Bila  di  hempap  ke  lantai  lampu  akan  menyala. Bola  sebesar  tapak  tangan  itu  aku  sentiasa  bawa  bersama. Pelik  tapi  itu  hakikat. Aku  suka  bila  ia  menyala. Terasa  hati  berbunga  bahagia  dan  ceria.



Bola  mula  bertukar  tangan. Emmel  semakin  leka  membeleknya. Jakun  dengan permainan  pelik  seperti  itu. Aku  mengukir  senyum  selebar  mungkin  bila  Emmel  menekan-nekan  bola  dan  bila  lampu  menyala  dia  terus  bersorak  riang. Hilang  terus  gundahnya  tadi.

Aku  pandang  Fawwaz.

Jantung  bagaikan  terhenti  seketika.

Wajahnya  sangat  bahagia. Sangat  tenang. Sangat  ceria. Dan  yang  membuatkan  hati  aku  terhenti  dari  berdegup  ialah  sepasang  mata  amber  yang  memandang  aku  dalam  kelembutan  dan  kebahagiaan. Senyumannya  juga  tampak  sungguh  ikhlas.

Terus  anak  mata  aku  larikan. Tidak  berani  memandangnya  lagi. Hati  sudah  berdegup  kencang  bagai  sedang  berlari.

“ Mommy… see ! ” kuat  si  daisi  menjerit. Semakin  lebar  senyuman  Fawwaz. Terlompat-lompat  Emmel  mendekati  Fawwaz, “ Daddy…. Emmel  love  it  when  you  bring  mommy  home… hooreayhh !!! ”

Emmel  melompat  sambil  bersorak. Bola  di  tangan  diangkat  tinggi. Tertawa  aku  dan  Fawwaz  melihat  gelagatnya.

“ Woow  now  now… ” suara  Fido  muncul  tiba-tiba  dari  pintu  menyambung  ke  dapur  dan  pintu-pintu  yang  banyak  tadi. Aku  tersenyum  memandang  Fido. Terasa  lega  bila  memandang  wajahnya.

Fido  mendekati  kami. Tunduk  mengadap  Emmel, “ How  lucky  you’re  my  dear  daisy…” hidung  Emmel dicuitnya  mesra. Mengekek  si  Emmel  ketawa.

Uncle, my  mommy  dah  balik… ” ucap  Emmel  pada  Fido  dalam  pekat  Inggerisnya. Tangan  Emmel  memaut  tangan  aku. Mendongak  memandang  wajah  aku  sambil  tersenyum  manis. “ Mommy  pergi  lama  sebab  nak  cari  bola  ni…kat  sini  mana  ada  kan  mommy ? ”

Terasa  meruntut  jiwa  bila  Emmel  senyum  begitu. Bila  dia  yang  berkata  begitu. Kesian  Emmel…Telan  liur  aku  dibuatnya,  tidak  tahu  apa  nak  dikata. Aku  hanya  mengangguk,  dalam  hati  menjerit  kuat ; “ Bukan  mommy  yang  tinggalkan  Emmel..!”


********************

Mujur  Emmel  tidak  bertanya  banyak. Dia  terima  aku  tanpa  banyak  persoalan. Bagaikan  aku  ada  bersamanya  sudah  cukup  dan  dia  langsung  tidak  meminta  jawapan  ke  mana  ibunya  menghilang  selama  ini ?

Sepanjang  beberapa  jam  tadi  dia  asyik  dengan  aku. Cepat  dia  menerima  aku  bagaikan  aku  memang  ibunya. Hati  bagaikan  mahu  bertanya  kenapa  aku  yang  dia  pilih ? Tapi  Emmel  masih  kecil  dan  aku  juga  tidak  tahu  bagaimana  mahu  menyuarakan  pertanyaan  sebegitu. Aku  juga  masih  belum  bersedia  untuk  memberitahu  Emmel  siapa  dia  sebenarnya  pada  aku  dan  Fawwaz  walaupun  idea  itu  datang  daripada  aku  tapi  aku  tahu  semua  itu  perlukan  masa  yang  sesuai.

Siling bilik  besar  di  rumah  tetamu  aku  pandang  kosong. Penat. Sangat  penat….untuk  segala  yang  berlaku  hari  ini  dan  semalam.

Usai  makan  tadi, aku  terus  ke  sini. Rumah  tetamu  yang  seluas  banglo  dua  tingkat  yang  letaknya  bersebelahan  rumah  agam  mereka. Elok-elok  di  tengah  taman  yang  sangat  cantik  dan  sempurna  di  mata  aku. Ada  tiga  bilik  yang  agak  luas   saiznya. Ruang  tamu  dan  dapur  sederhana  besar. Hiasan  yang  dipilih  lebih  menampakkan  gaya  English  cottage, tenang  pada  mata  dan  jiwa  aku.

Nenek  kemain  gembira  bila  mengetahui  aku  balik  dengan  Fawwaz. Fido  pula  tidak  banyak  mengomen  pada  awalnya. Tapi  bila  dia  berseorangan  dengan  aku  di  taman  indah  sekeliling  rumah  ini, barulah  dia  mula  bertanya.

Wajah  Fido  yang  tenang  memandang  aku  petang  tadi  aku  ingat  hingga  kini. Dia  duduk  di  bangku  kayu  di  tengah-tengah  taman  inggeris  yang  dipenuhi  dengan  lavender, allium, poppy, queen  anne’s  lace, aster, baby’s breath, delphinium, freesia, hydrangea, iris dan yang paling aku suka gladiolus warna peach dan pink ! Fido  siap  tolong  aku  potong  beberapa  batang  gladiolus  untuk  diletakkan  di  dalam  pasu  kristal  di  dalam  rumah. Waktu  itu  Fawwaz  sudah  ke  pejabatnya. Kasihan  juga  aku  pada  Fawwaz, sanggup  dia  batalkan  mesyuarat  hanya  kerana  ingin  berbincang  soal  Emmel. Usai  menghantar  aku  ke  sini, menemani  aku  dan  Emmel  dan  menunjukkan  aku  sekeliling  rumah, barulah  dia  meminta  diri  untuk  pergi.

Merengek  juga  Emmel  tidak  mahu  berenggang  tadi, tapi  nenek  pujuk  dia  kononnya  nenek  mahu  Emmel  tolong  dia  di  dapur  untuk  siapkan  makan  malam  untuk  aku. Melompat  si  Emmel  sebab teruja. Katanya  mahu  ibunya  merasakan  masakan  dia. Katanya  dia  sudah  besar  panjang.

‘ Mommy…I  will  bake  cookies  for  you…and  when  you  eat  them…You  will  always  remember  me and  you’re  not  gona  leave  me  anymore ! ’

Terpempan  aku  bila  Emmel  memberitahu  aku  begitu.

‘You’re  not  going  to  leave me  anymore ? ’ sebab  tu  dia  beriya  buatkan  aku  biskut. Bekas  biskut  aku  pandang. Ada  sebalang  biskut  yang  Emmel  dan  nenek  buatkan. Sedap  rasanya…Aku  tahu  budak-budak  di  sini  diajar  memasak  sedari  kecil.   Kebiasaan  bagi  mereka  untuk  membiarkan  anak-anak  bermain  di  dapur,  tapi  menggunakan  peralatan  yang  lebih  sesuai  untuk  mereka.

Anak  mata  beralih  dari  baling  biskut  buatan  Emmel,  ke  pasu  berisi  bunga  campuran  yang  diberikan  oleh  Fido  tadi. Cantik  bila  poppies  dia  gabungkan  dengan  Queen  Anne’s lace. Tampak  ceria  dan  menaikkan  mood.

‘ For  the  lady  who  brighten  up  the  whole  house  for  today  and  in  the  coming  days’



Tertawa  aku  dengan  gelagat  Fido. Selamba  sahaja  dia  menghulurkan  bunga  gaya  pahlawan  dahulu kala. Gaya  Shakespeare pun ada. Dengan  sebelah  tangan  di  kocek  seluar  dan  sebelah  lagi  menghulurkan  bunga. Wajahnya  langsung  tiada  riak  malu-malu, yang  ada  hanyalah  wajah  bersahajanya.

Bunga  di  tangan  Fido  aku  sambut  seraya  kaki  berjalan  ke  dapur, mencari balang  yang  sesuai. Air  aku  masukkan  sebelum  meletakkan  jambangan bunga.

Poppy  and  queen  anne’s  lace  look  perfect  together ” omen  aku  dalam  senyuman  riang. Balang  berisi  bunga  aku  bawa  ke  meja  bar. Fido  duduk  di  situ.

It’s  perfect  for  you ” Fido  senyum. Aku  jongketkan  kening. Poppy ? Bunga  liar  jalanan  dan  Queen  Anne’s  Lace  juga  bunga  liar  yang  turut  dipanggil  Wild  Carrot ? Itu  sesuai  dengan aku ? Fido  ni  perli  ke  apa ?

In Flanders fields the poppies blow
 Between the crosses, row on row,
That mark our place; and in the sky
The larks, still bravely singing, fly
Scarce heard amid the guns below.

We are the Dead. Short days ago
We lived, felt dawn, saw sunset glow,
Loved and were loved, and now we lie
In Flanders fields.

Take up our quarrel with the foe:
To you from failing hands we throw
The torch; be yours to hold it high.
If ye break faith with us who die
We shall not sleep, though poppies grow
In Flanders fields.

Bersahaja  wajah  Fido  tatkala  membacakan  bait-bait  sajak. Menonong  aku  memandangnya. Kaku.

Dalam  maksud  sajak  tersebut….

“ Pernah  dengar  sajak  tu ? ” soalnya  lagi  dalam  senyuman  coolnya.

Aku  geleng. Dahi  masih  berkerut  memikirkan  maksud  sajak  tadi.

“ To you from failing hands we throw
The torch; be yours to hold it high.
If ye break faith with us who die
We shall not sleep, though poppies grow ”

Bait  akhir  bermain  di  benak  dan  diulang  tayang  berkali-kali…

‘ Of  ye  break  faith  with  us  who  die,  we  shall  not  sleep, though  poppies  grow…’

Meremang  bulu  roma  aku.

Itu  harapan  seorang  pahlawan, seorang askar dan pejuang  yang  telah  berkhidmat  demi  bangsa  dan  akhirnya  gugur  di  medan  perang. Kematian  mereka  adalah  harga untuk  kemenangan  orang  lain.

Apa  gunanya  sebuah  pengorbanan  kalau  ia  tidak  dihargai ? Apa  maknanya  pengorbanan  kalau  orang  yang  kita  lakukan  pengorbanan  itu  tidak  mempercayai  kita ? Lebih  gerun  bila  aku  membayangkan kematian…

Kematian  yang  berlaku  di  serata  tempat  atas  nama  negara, atas  nama  sekutu,  atas  nama  agama  dan  atas  nama  ideology…Perang  berlaku  di  mana-mana…dari  dulu  hingga  sekarang  manusia  masih  tegar  bertelagah…

“ It’s  a  deep  meaning  Fido…very  deep… ” lemah  suara  aku. Masih  tenggelam  dalam  fikiran  sendiri. “ People  kills  each  other’s…for  what ? It’s  unbelievable  isn’t  it  how  its  keep  on  happening…who  wrote  it ?

“ It’s  a  poem  written  by  a  lieutenant  colonel, a  Canadian  physician  during  the  World  War  I..dari  poem  ni  lah  timbulnya  Remembrance  Poppy..and  you’re  right. Malaikat  pernah  bertanya  Tuhan  sebelum  Adam  dijadikan, kenapa  Allah  mahu  menciptakan  manusia  sedangkan  Allah  tahu  manusia  akan  menimbulkan  persengketaan, akan  berlakunya  pertumpahan  darah..tengok  Habil  dan  Qabil..Manusia  generasi  kedua, walaupun  sedarah  sedaging  they  started  to  kill  each  other’s..

Aku  angguk  rakus  tapi  Fido  masih  senyum.

“ Tapi  Allah  tahu  kebolehan  manusia  dan  Allah  yakin  kita  yang  paling  layak  menjadi  khalifah  di  bumi  ni..bukan  malaikat  dan  bukan  jin…manusia. Kita  makhluk  yang  hebat  hanya  bila  kita  berpegang  pada  ajaran  Allah  s.w.t… ”

Gigil  jiwa  dan  perasaan  mendengarkan  ulasan  Fido. Nampak  bersahaja  tapi  penuh  ilmu…Diri  terasa  malu  sendiri  sebab  tidak  banyak  yang  aku  tahu. Hidup  penuh  alpa  selama  ini…

Anyway  Hana, McCrae  tulis  sajak  ni  waktu  dalam  ambulance…Flanders Field  is  where  the  battle  took  place…a  lot  of  the  soldiers  died…and  it  was  said  that  after  the  battle,  poppy  grow  enormously on  the  field  and  on  the  graveyards..

Belum  sempat  dia  habiskan  ayat  terus  aku  pangkah, “ You  are  giving  me  bunga  orang  mati ? ”. Ya  lah  mengingatkan  bunga  poppy  ni  tumbuh  atas  kubur,  walaupun  kubur  pahlawan  ada  juga  rasa  seriau  tu.

Fido  ketawa  perlahan. Senyumannya  herot.

“ Poem  ni  melambangkan  struggle  of  life  and  peace  that  follows  later… and  the  grows  of  poppy  is  the  symbolic  of  that  peace…” dia  senyum  nakal  sebelum  bertanya, “ Did  you  get  what  I  mean ? ” dan  terus  ketawa. Mungkin  lucu  dengan  riak  muka  aku  kot..

“ Maksud  you….I  ni  symbol  peace ? ” soal  aku  ragu-ragu.

Dia  angguk.

“ Peace  after  all  the  struggle…and  a   shelter  for  those  who  had  been  losing  for  so  long…You  are  like  a  sanctuary  but  being  shielded  by  poppy’s  personality…Only  the  one  with  good  heart  will  do  what  you  are  doing  Hana. Queen  Anne’s  Lace  is  a  symbolic  of  sanctuary, I bet  you  know  that

Aku  diam  bila  dia  menuturkan  begitu. Berat  sandaran  yang  Fido  berikan  pada  aku. Sangat  berat. Aku  tahu  apa  maksud  dia…shelter  pada  Emmel  yang  sudah  lama  kehilangan  ibu…

Serba  salah  aku  melemparkan  senyuman, “ I  wish  so…”

Melihatkan  reaksi  aku  yang  begitu  Fido  terus  mengubah  topic  perbualan. Tapi  topic  kali  ini  nyata  lebih  mengejutkan.

“ Sepanjang  perjalanan  tadi  Fawwaz  okay ? ”  tanya  dia  dalam  wajah  concern.

Semuanya  okay  kalau  ditolak  waktu  Fawwaz  berwajah  tegang  dengan  rahang  mengeras  gaya  stone  cold  tadi. Habisnya  aku  angguk  sahaja.

Fido  nampak  lega. Dia  senyum  sambil  memandang  aku  tepat  ke  mata.

“ Hana…Awak  orang  pertama  yang  Fawwaz  tumpangkan  bila  dia  drive. ”

Berkerut  dahi  aku  cuba  memahami. Kurang  jelas  apa  maksud  si  Fido.

You  are  his  first  passenger  after  this  whole  years. Dia  dah  lama  tak  tumpangkan  sesiapa  kalau  dia  yang  pandu  kereta. ”

Pelik.

“ Kenapa ? ”

Fido  tarik  nafas  dalam. Anak  mata  aku  tidak  dipandangnya  lagi. Dia  pandang  langit  yang  sudah  semakin  gelap. Di  sini  pukul  4.00 pm hari  sudah  menginjak  maghrib.

“ Awak  tahu  mak  dan  ayah  kami  meninggal  kan ? ”

Aku  angguk  walaupun  aku  tahu  Fido  mungkin  tidak  nampak  dek  kerana  matanya  terpaku  pada  langit.

“ Mereka  kemalangan…Masa  tu  Fawwaz  yang  memandu…. ”

Fido  diam. Lama.

Aku  tahu  dia  sebak. Aku  juga  sama. Patutlah  Fawwaz  nampak  tegang. Tidak  mesra. Waktu  peristiwa  tu  berlaku  usia  Fawwaz  18  tahun. Kalau  aku  adalah  dia  aku  sendiri  tidak  pasti  apa  yang  akan  aku  lakukan ? Pasti  jiwa  aku  akan  terus-terusan  menyalahkan  diri  sendiri… aku  mungkin  tidak  sekuat  Fawwaz… Aku  mungkin  terus  tenggelam  dalam  duka  tak  berpenghujung…Hati  terasa  sebak  untuk  seorang  lelaki  yang  baru  aku  kenali  10  jam  tadi. Seorang lelaki  yang  sudah  melalui  pelbagai  dugaan  dalam  hidupnya  tapi  masih  tetap  utuh  berdiri. Siap  menguruskan  orang  lain  lagi… keluarga  dan  syarikatnya…

Adakah  struggle  yang  Fido  maksudkan  tadi  adalah  struggle  seorang  Fawwaz  atau  struggle  seorang  Emmel ? Atau  struggle  mereka  sekeluarga ?

Hingga  sekarang, selepas  3  jam  perbualan  itu  berakhir  aku  masih  tertanya  dan  berteka  teki. Comforter  aku  tarik  menutupi  dada. Sejuk....katil  bersaiz  king  aku  perhatikan. Luas… kalau  Emmel  tidur  dengan  aku, tidaklah  bosan  sangat…tapi  esok  banyak  yang  perlu  dilangsaikan.

Usai  berbual  dan  mengemas  rumah  dengan  bantuan  Fido  dan  Habsah  tadi, kami  makan  malam  bersama  Nenek  dan  Emmel. Fawwaz  masih  belum  pulang  tadi, banyak  kerja  di  pejabat  sementalah  semuanya  tertangguh  dek  kerana  menghantar  aku  ke  university  tadi. Merengek  Emmel  mahu  tidur  dengan  aku,  tapi  bila  dipujuk  dia  okay  sahaja..lagipun  kata  nenek  Emmel  sudah  dibiasakan  tidur  di  bilik  sendiri. Sudah  menjadi  kebiasaan  juga  bagi  orang  di  sini  mengajar  anak  mereka  tidur  di  bilik  sendiri  sedari  kecil. Emmel  tidak  banyak  perangai…Aku  tidurkan  dia  di  biliknya…menemankan  dia  lelap  sebelum  aku  mengundur  diri  ke  rumah  sendiri.

 ‘tweet  tweet ’

Lamunan  tentang  peristiwa  petang  tadi  terbang  melayang  bila  bunyi  tweet  kedengaran  dari  telefon. Terus  aku  capai  telefon  yang  tersadai  di  sebelah  bantal.

‘ Deal  secured. Time to celebrate  before  the  hard  work coming ’ – Haydar

Aku  senyum  lebar. Rasa  mahu  bersorak  bila  dapat  mengetahui  perkembangan  dirinya. Siap  ada  gambar  dia  bersalaman  dengan  wakil  di  England  lagi. Ah,  terubat  juga  rindu  di  hati ! Malam  begini  baru  dia  nak  update  twitter ? Tak  apalah, asalkan  ada  update…

Aku  senyum  lagi, angau. ‘ Owh  Haydar…don’t  you  miss  me ? ’ – hati  bersoal  sendiri…Gatal  sahaja  tangan  mahu  menjawab  tweet  si  Haydar  tapi  nampak  sangat  la  kan  aku  ni  stalker  dia  selama  ni ? Kemain  mengaku  tak  kenal  dalam  kapal  terbang  semalam. Haih, esok.

Esok….

Dada  berdebar  sakan  bila  mengingatkan  idea  untuk  mencarinya  di  lapangan  terbang  esok  pagi. Kalau  penerbangan  pukul  9.30  pagi  biasanya  dia  akan  check  in  pukul  8.30  pagi  paling  lambat..Kalau  aku  drive  dari  sini  ambil  masa  30  minit je.

Terus  aku  melompat  dari  katil. Almari  tinggi  hingga  mencecah  siling  aku  buka. Pakaian  aku  sudah  elok  disimpan  rapi  tadi. Satu  persatu  aku  perhatikan. Haruslah  aku  memilih  pakaian  terbaik  untuk  berjumpa  Haydar. Bibir  sudah  menguntum  senyum.


Iris  and  Ink  leather  skinny  pant  dan  Diane Von Furstenberg shizuka stretch-silk and crepe top aku pilih. Pakaian  warna  ceria. Hana  dan  Haydar bila  berjumpa  pasti  akan  jadi  ceria. Aku  senyum  lagi. Berangan.

 

Siap  memilih  pakaian  untuk  esok  hari  terus  aku  baring  di  katil. Mengharapkan  mimpi  indah  esok  harinya. 





your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

112 comments:

  1. Yeah! Hana nsk carik Haydar dekat airport, hopefully dpt jumpa, tiada halangan... :-) tak sabar nk tunggu next n3

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. thankss bella for ur never ending support ! ;)

      Delete
  3. Eve,

    Sedey baca part emmel tu.. Sianka bdk yg xtau ape2 kena tinggal mak ayah.. Sobb soobb.. T'fikir gak mcm mana keadaa emmel kalau hana dad abes blaja?

    Owwhhh my fido... Suke suke sukeeeee...
    Wehh hana perlu ke pi cari haydar lagi???

    Gud story eve!! Thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ahh...kesian...dorg tak tahu apa salah dorg ? Saya ada baca autobiography penyanyi UK ni, he was left by his mom when he was 3 or 4 cmtu, mak dia cakap nak blk kampung di Africa and ended up tak datang2. He grew up in street. And when he told about his feeling time tu mmg dapat rasa d emotion behind it... :)

      haha fido tu lelaki pilihan saya kalau real haha

      thankss kak ! :D

      Delete
  4. Oh no!! Hana stop doing that. Jgn cari haydar please.. Please jatuh cinta dgn fawwaz ye hana.please..please..pretty please. (erk..over pulak.lol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha anon, mmg bleh jadi kawan Hana ni. pi nasihat dia sket.lol

      Delete
  5. 'Jantung bagaikan terhenti seketika.' -- adakah itu tanda cinta sedang berputik tanpa sedar?????

    and haydar pulak come into the picture....huhuhu....camno ni????
    nampaknya citer Hana -Fawwaz macam dah ditakdirkan jer...with Fawwaz there is a lot of stories to b unfold....

    ---Team Fawwaz--

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe woots adakah itu cinta hk ? lol

      let us both wait n unfold one by one about that congrate Fawwaz.lol

      TQ babe ! :D

      Delete
  6. hah..i pon nk mekap cantek2 gak..nk jumpe haydar sok...uuhhh....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha aiyooo i'll see u at the airport ya..nti i culik haydar dlu. ;p

      Delete
  7. hana entah2 haydar dgn awek dia kot... xpe lah hana fawwaz pn ok apa... npk cool...

    ReplyDelete
  8. i nak dia jatuh cinta and fawwaz also ....but i also want haydar !

    ReplyDelete
  9. Wow Hana! Which want do u want more ? Haydar? Fawwaz ? Or Emmel ???
    Can't want 4 your next n3 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) tanya sama Hana ye anissa hehe
      Thanks !

      Delete
  10. bestnyeeee...suka hana gan haydar tp fawwaz pun ok jugak...
    x sabar nk tunggu sambungannye... kak eve cepat2 lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks alyn, insyaa Allah nti update :)

      Delete
  11. haydar is coming..suka2...mcmana emmel n fawwaz?pity emmel...

    ReplyDelete
  12. Nak haidar

    ReplyDelete
  13. hana..... plz don't do it...... jgn nampak sgt, awak terkinja2 mengejar haydar... jika benar berjodoh, pasti jodoh itu akan dtg jua.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann isk hana ni, desperate sangat kan? lol

      Delete
  14. Don't want haydar!!!!!!don't go for him hana.....!!!

    ReplyDelete
  15. I hope that hana with fawwaz. Not haydar dont why but i dont like haydar. About fawwaz there is something mysterious about him. Make people like me corious. Hana and fawwaz stay together forever and ever. Like Rasulullah saw dgn Siti Khadijah as.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceewah anon, siap doa 4evern ever dah tu ;p nti kita tgook ya camana :)
      TQ !

      Delete
  16. Bukan setakat gigil jiwa & perasaan...terus meremang Eve...byk info...yg penting kita kena terus bangun, kuat & tabah dlm mengharungi kehidupan yg mendatang...la tahzan...

    Keep on ur good effort...love it so much!!! Tc yah...xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss suesue ;) yep so true, yg pntg sentiasa positive :)

      tc u too babe :)

      Delete
  17. Huhu...sian lak kat emmel..n haydar is back!!!
    -ieja-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol suka ke tak suka haydar datang bali ieja ? lol

      Delete
  18. oh heck! please don't haydar. he's like casanova. and... hate that! I want Fawwaz , Fawwaz and Fawwaz. Forever Fawwaz ...

    Go! Go! Go! Fawwaz! He's the right man for Hana!

    - Maria Evelyna -

    *we have the same name Eve . =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. maria evelyna : wah we shares d same name ! even mine is not truely evelyn.haha. TQ MAria evelyna n anon :)

      Delete
  19. eve!!! tak puas. but stil love it. tak sabar nak tau sambungan dia mcm mana. nak haydar tp klu fawwaz pn boleh lah!! =)

    ReplyDelete
  20. huhuhh kalo ntry lpas komen nk tembak fawwaz n fido skrg nk tembak fawwaz je..jatuh cinta ngan fido but haydar still my hero...i love u haydar....okla camtu sya x brape ska org yg pertahankn cinta dia habis habisan..sya suka haydar sbb berserah pd takdir....jeles rsa cam nk nangis sbb ada org dh pluk TWB...sya ni mgkn next month atau next year k.eve...ksian sya...
    k.eve nk tau yg buat review twb blog dia nma pe??

    ReplyDelete
  21. huhuhh kalo ntry lpas komen nk tembak fawwaz n fido skrg nk tembak fawwaz je..jatuh cinta ngan fido but haydar still my hero...i love u haydar....okla camtu sya x brape ska org yg pertahankn cinta dia habis habisan..sya suka haydar sbb berserah pd takdir....jeles rsa cam nk nangis sbb ada org dh pluk TWB...sya ni mgkn next month atau next year k.eve...ksian sya...
    k.eve nk tau yg buat review twb blog dia nma pe??

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sukalah mana2 pn akak tak kesah ;) haha.lamanyaa nape lama sangat tut ? u dok mana babe ? erm review TWB kat fb banyak , n goodbook tak silap nama webnya.dah lupa :)

      tq babe !

      Delete
  22. Pleaseeeee Haydar.. please go away :( U're the unwanted person now. Hana please don't go for Haydar pleaseeeee :( #Fawwaz :)))))

    ReplyDelete
  23. oh man...it's tough....both special with their own style....hm.....

    ReplyDelete
  24. hehe.. hana terase indah.. andai keindahan tu jd milik kite...rase dr mata terus ke ati ke?or dr ati terus ke akal?.andai haydar,fawwaz n fido,tetiba jer tiga jejaka tu terjatuh hati kat hana so sape yg bertuah yer hana???hihi...dk eve akak rase cam nk jd hana jer...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bleh je kak ;P whyy noot ? rasa in life, kita akan face lagi ramai dari 3 guys. but somehow its God who decide kan :)

      Delete
  25. Hana . . hana . . hana . . budak nakal, karang ada yg termalu dgn diri sendiri niiii, hadoooiiii . . Hana U datang unt belajarkan bukannya mencari jodoh . . . dah lupa la tu apa yg Fawwaz kata & nasihat . . .good luck Hana

    TQVM dear Evelyn . . saya masih menunggu dgn tahap kesabaran yg tinggi unt novel Eve yg pertama TWB ke tangan . . hadoooiiii terseksa jiwa ku hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol mmg leh piat si Hana ni...nakal sangat. isk..

      thans jg kak :)

      Delete
  26. Boleh tak kalau Hana tak payah pegi jenguk H tu, biarlah..kalu H teringat, sure die akan carik Hana! NNti Hana yg sayu sendiri andaikata tak dpt tgk H...sila teruskan....

    Eve, kak dh dpt TWB. Nk share kisah TWB kak ngan Eve ya...hari sabtu pg dpt email dr KS no tracking poslaju, terus cal poslaju, depa kata nk hantaq hari senayan (isnin)APA???? tak boleh jd..kak request self collect kat PPL PJ, so petang tu jgk TWB dh ditangan kak, n terus baca n baca n bacaa......tahniah ya Eve, byk info berguna yg diselitkan dlm TWB. SEhingga mlm td ( 25.11.2012 ) dh 2 kali abes baca. Hari ni lepas keja rasa mcm kena ulangkaji la TWB...rasa macam nk exam plak :-)

    Paling menggumbirakan kak adalah..sticker comel dr Eve!! Rasa mcm berjumpa dgn Eve bila tgk kat depan cover TWB ada auto Eve..fyi, otw balik, senyummm sepanjang jalan...

    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana aci awk dpt TWB ada auto EVe. Sy pon nak gak, dah lah order ari selasa lepas pastu dapat semalam (isnin) wawaaaa....

      Delete
    2. Alaa...jgn la sedey Has_1309, kak order hari selasa jugak kul 1040pg. Mungkin rejeki kak dpt, mana tau nnti Has_1309 berpeluang jumpa ngan tuannya nnti suruh sign terus!! Kak pasti Eve pun kalu boleh nk semuanya dpt sticker tu..tp apa2pun dgn novel TWB sendiri dh bwk Eve dekat ngan hati pembaca2/peminat dia semua..tul tak??? ( maaf andai menyinggung perasaan..so jgn sedey2 ya..senyum selalu...)
      ~ Kak Aminah

      Delete
    3. X kak, sy okay aje. Eve coming back? lama lagi kot, baru start nak merangkak takkan dh nak balik kot. Yes, TWB mmg dh melekat dlm hati sy. 10 kali duk ulang baca, ada satu part yg sy sukan sgt. Nak tahu apa tak?

      part ni "Did you hear that Mr Lizzard? my wife is not talking to you for 2 week. Go cry somewhere else, uh!" ayat Adam yang tak boleh blah..heheeee..

      Delete
    4. kak aminah : haha kak...kelakar jeekk , haa kang dah kena marah tu si Hana. keh3. mmg wajar pun si Hana ni kena marah. entah pape je g cari laki.hmm...

      cool la kak, terus g amek kat PPL. thanks a lot kak for reading TWB :) sanggup mengejar ke PPL so terharu.hehe.


      Has : haha saya pun suka part tu ;) lol. tape tt je babe ;) mmg tak laku pun tt saya tu.lol.

      Delete
  27. oh hana please don't go....nampak cam u nak sangat kat haydar tu.... i dont like haydar, nak Fawwaz, fawwaz

    Hairiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kak hairiah, vote for fawwaz yep ? lol tQ

      Delete
  28. nak haydar..tak kira..nak haydar jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni msti counter-plate kak hairiah ni :p hehe

      Delete
  29. OMG! dah dpt TWB ari ini. Malang sekali, sad coz xde signature EVe...Wawaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh thanks sbb sudi baca TWB Has...but dont get sad :) next time insyaa Allah. sign tu mmg terhad...it just a sign btw. ;)

      tQ again!

      Delete
  30. cian fido, tak byk fans...
    hehe, biar saya jdi fans fido k?
    hehe (^.^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kelakar la YaMa. go Fido go ! saya pn nak suka Fido jg ;)

      Delete
  31. Alaaaaaaaa , tak moooooo !!!! Jgn jatuh cinta ngan Fawwaz ! Haydar je ok . Jangan curang Hana :)

    ReplyDelete
  32. i cant make up my mind either wanna choose haydar or fawwaz (act like i'm hana) hm but fawwaz is a way better bcz yknow he kinda pious yet sexy to me..whatever is it, i love all yr masterpieces!! xx (hug and kiss evelyn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wee thankss babe ! ;) tape biar Hana pilih je nnti. baru chap 15. slow je cite ni.haha. chap 15 baru 2 hari perjalan cite.ayoyo..bila writer nak habiskan mss ni...dush (x.x)

      Delete
  33. salam eve!
    suka bc part meaning of poppy & poem tuh..mendlm mesej kan
    alah sebelah rumah aje Hana ddk yer..senang la Fawwaz nk spy..so no more night outing ke??
    jgn la ada sumthing happen ms Hana nk jumpa Haydar..bye bye aje kan
    Hana should feel blessed kan..ada rumah,kereta,pocket money lg..leh study ngan smartnyerr
    what else to expect..LOVE just let it come naturally..igt H's cafe la pulaks
    tq eve!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak sal ! ;)

      lol saya pn ingat Hs cafe sbb teringin nak minum teh tarik.lol *tetiba.
      saya suka jg poem tu...n suka jg poppy as d flower itself ;)

      thanks kak!

      Delete
  34. Eve, kat bookstore yang luar dari KL bila ade? Nak jugakkk =`(

    ReplyDelete
  35. Sedeynya. Mine dah order dr selasa lepas, tggu sampai jumaat, call karyaseni, depa bru nk confirm bayaran. Hri ni tgk stat order, masih lg 'bayaran diterima'.. Ntah bila nak pos. Dah mcm pre order pula.. Baik pre order A380 cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pre-order A380...pergh berzaman lagi la babe :)
      so now dah dapat tak ?

      Delete
  36. who should i choose, fawwaz or haydar :)
    ohhh, i wish that man is rawdar xD eh ? in love with two of them :3
    i love fawwaz more ! ! ! hahaha~

    ReplyDelete
  37. TQVM Eve . . . Akak dah dapat TWB with the sticker comel!! dah habis baca dlm masa 2 hari . . tersangat3x best n banyak info n watak Tengku Adam agak2 sama tak macam Tengku mahkota Johor . . hahaha berangan jeee . . . Love U Eve

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Tg Mahkota Johor (muka) tapi perangai Sultan Kelantan , intellectual Raja Nazrin, and principal and machoness Sultan Mizan ;) hehe bleh tak gtu.lol

      <3 u loads !

      Delete
  38. hahaha....haydar was comin' back..OMG...can't wait the next n3...

    Eve, i dah beli TWB dari karyaseni...tapi belum sampai lg...sabah jauh sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...thanks emmy! hope dah sampai by now ;)

      Delete
  39. Ohoho! This is becoming more complicated. Haydar ke Fawwaz is the hero? Ah! Haydar is coming back! I love Fawwaz but love haydar more! Huhu! Harap-harap laa Haydar jmpe Hana. Hana! You go girl! Cari Haydar! That sweet and romantic guy! Hwaiting! I love your stories sis! Btw, I already bought your novel, TWB! It's freaking awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks babe ! :) terima kasih sudi baca, sudi beli,sudi support ;)

      Fido kot dgn Hana :p *joke.lol

      Delete
  40. Awesomeeeee xD
    Pilih la Fawwaz yep xD

    ReplyDelete
  41. Hi Eve....my first comment here. baru jumpa blog ni actually after i read TWB. Your TWB is superb!!!!like it very much.

    hmmmmm....rasanya fawwaz lagi bagus dari haydar kot???? apapun. cik writer yg tentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankss zalida ! :D really appreciates it :)

      baiklah, nti cik writer tlg istikharah utk Hana :p lol

      Delete
  42. The сhief сomρlаint I hеаr
    аmong cliеntѕ іѕ that sugaг сauses them to crаsh, have lοw еnегgy аnd be sluggiѕh.
    If you аre addicted to сaffeіne
    οr sugar, yοu саn make hugе, beneficial changes to your
    body and support your bаby's wellbeing by scaling back or eliminating them from your diet completely. Once off sugar, adopting an anti-inflammatory eating plan designed to boost your energy naturally will help you keep moving.
    Stop by my page ; http://21daysugardetoxreview.com

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya penantian aku berakhir apabila kudapat memeluk the wedding breaker. Terima ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih banyak2 babe :)

      Delete
  44. haha..haydar will come back..alamak suka la dekat dua2..mana satu pilihan hati ni..papepon the best man win..tp dua2 best..hmm bg hana ngan fawwaz la sbb emmel dh suka hana. biar haydar jmp org len plak utk 13 jam to kuala lumpur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah d best men win, and...will fate entwined ?

      p/s: haha i sukaa when u said : let haydar find someone else on his way home.ahahaha.owh haydar

      Delete
  45. Dear Eve..

    da dari di popular sekitar seremban.. blom ada bayangan pun TWB yg kuidamkan...sob.sob...
    ble nak mai seremban neh...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii hmm i heard seremban dah sampai dah ;) hope u dah jumpa la

      Delete
  46. haii...TWB da bleh bli kt bookstore ke??tdi g OU, check kt mph n popular, tapi xde pon,huhuhu..sedeyh. Baru ingt nk celebrate bday dgn TWB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada suppose kila. dah ada yg dah beli di bookstore jg..hope u find it..kalau tak, just ask the kaunter, kadang dorg tak bkak kotak stok (spt yg diberitahu oleh boss n warga KS kepada saya)

      anyway Happy Birthday ! hope have a blast one yeah

      Delete
  47. Eva

    Finallyyyyyyyyyyyyyy Dah Bli TWB.... Org P'tama Yg Beli Dkt MPH Giant Stadium Shah Alam Coz Buku Nie Baru Je Smp. Dia X Letak Kat Rak Lagi.... Awesomeeeee..... Sambung Cete A380 ye.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...ada kat giant shah alam ye? tq2x...

      Delete
    2. haha i can see ur excitement eida! lol tahniah for being d first ;) and thanks a lot yeah.

      Syima : tQ looking for TWB :)

      Delete
  48. I used to be able to find good info from your articles.
    my page - xxx videos

    ReplyDelete
  49. Hana + Fawwaz atau Hana + Syed Haydar?? arghh, which one is the Mr. Right for Hana?? haha, entah-entah Hana + Fido?? OMG, simpang malaikat 44!! haha, sambung lagi ye kak Eve!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa kan? entah2...? Fido..haha *kecut tak.lol.let see, let see

      Delete
  50. Hello to all, the contents present at this site are really
    awesome for people experience, well, keep up the good work fellows.


    Here is my web blog :: 100 refinance

    ReplyDelete
  51. Truly a very newsworthy site. I was searching swimming pool liners for 4.

    5 hours now and at long last discovered the substance i was searching for!
    Thank you alot! -Celina

    My page test.Victimsofslaveryandtorture.com

    ReplyDelete
  52. Marvelous, what a blog it is! This blog gives helpful
    facts to us, keep it up.

    Take a look at my web blog ... schwimmende solar teichpumpe

    ReplyDelete
  53. I am sure this post has touched all the internet viewers,
    its really really fastidious piece of writing on building up new web site.


    Also visit my webpage - solar teichpumpen mit akku

    ReplyDelete
  54. huh yg nie pun best......

    ReplyDelete
  55. Baru habis baca..frust nyerr..nak fawwazzzzz...huhuhu...nape x kawin dgn fawwaz..

    ReplyDelete
  56. Baru habis baca..frust nyerr..nak fawwazzzzz...huhuhu...nape x kawin dgn fawwaz..

    ReplyDelete
  57. Misi kk numpang share ya..!! jika ada yang berminat bisa langsung ke website kami
    INFO AGEN JUDI ONLINE 988BET
    AGEN JUDI ONLINE
    AGEN JUDI
    AGEN BOLA
    PROMO BONUS 988BET
    PREDIKSI BOLA

    ReplyDelete