Join This Site

Sunday, 4 November 2012

TWB Publication dan 13 Jam-A380 Part 11


Salam and hi semua ! :) 

Happy Sunday ! Part 11 is here ;) - dah macam scheduled writer pula rasanya. Menulis setiap hujung minggu. Haha.Whatever lah.lol. Ooo yeah ! before Eve terlupa, so many of you asking about Novel The Wedding Breaker, many thankss utk semua yang keep on track and waiting for it. Based on d information yang diberikan oleh wakil Karya Seni, Puan Rohaida Rahman :-



1) Novel TWB insyaAllah, online order akan mula dibuka pada MID NOVEMBER 2012. Boleh disemak di sini : Beli Online KS  and insyaAllah team Fb Group TWB ; Kak Suhana Shuib, Kak Ayu dan Kak Rafidah Fidd akan war-warkan di fb group bila online booking dah dibuka :)

2) Cover TWB, seriously Eve tak tahu. Hehe sbb tak siap lagi kowt. hihi

3) Tanda Tangan Eve ? Ceewahh..haha kelakar rasa nak letak tanda tangan bagai ni.lol. but since u all nak..so...EVe usahakan jg...insyaAllah tanda tangan tu Eve dah  pun  export ke Malaysia. TAPI limited amount untuk  pembeli  terawal...YANG beli online di P2U, dan yang beli di pejabat Karya Seni pada tarikh novel di publish. Hehe. Anyway kan, to think of it, my novel will be the only novel yang tade penulisnya pergi jaga, being there waktu its being delivered. Like you know,  macam mak yang baru bersalin and let the child on its own.Haha pity my first child. lol, but insyaAllah kalau team group FB TWB ke sana, you can hug them aswell, its totally d same as hugging me.haha.

Address Karya Seni if you all nak serbu nanti  :- 
Penulisan Enterprise
41-1 Jalan Temenggung 9/9,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras,
Selangor.
Malaysia.

4) Ordering boleh dibuat di laman web Karya Seni seperti di atas. Kalau nak order dengan Eve, memang Eve or mana2 team TWB tak ambil order...the reason is, Eve rasa its a bit complicated sbb basically the system is still d same, and Eve sendiri pun tak ada kat Malaysia...so...kalau boleh Eve tak nak ada chaos and I am not there, instead Eve perlu susahkan team TWB plak and susahkan those yg order jg kalau order tak sampai ke apa... =) 



5) I'm not a well talented writer yg hebat-hebat macam penulis lain tu...so...I just hope you guys like the novel-the story itself. And if there is something good you gain from it, sebarkan. If it is something bad you get out of it, drown it into d silence-ness. InsyaAllah I dont need BIG SALEs reputation, but what is the best thing to see is, 'something good' that u gain. and all in all, my guru once told me : Niat awal sesuatu perkara will govern the ending. So does when we read, niatkan untuk cari kebaikan yg boleh dipelajari :) 


6) Sesiapa  yang  counting the days with me, can use all the DP yg dibuat oleh team TWB, Kak Ayu, Kak Fidd n Kak Su. Pilih yang mana berkenan ye :) Spread the good ! If it is not good dont spread it, lol ;p  -->  Pic boleh di SAVE AS di sini  Page The Wedding Breaker















All right ! Enjoy Part 11 :)


----------------------------

Part 11


Usai  makan  dan  beramah  mesra  dengan  Mak  Leha, Fido, nenek  dan  Habsah,  aku  dan  Fido  mula  meminta  diri. Nenek  dan  Mak  Leha  duduk  bersama  aku  di  ruang  tamu. Fawwaz  memang  sudah  tidak  nampak  bayang. Takut  benar  dia  kalau-kalau  aku  muncul  di  hadapan  anaknya  sekali  lagi. Sepanjang  berbual  tidak  ada  seorang  pun  yang  menyebut  nama Fawwaz. Habisnya  aku  yang  termangu  sendiri. Ingin  bertanya,  rasanya  agak  biadap  untuk  bercakap  mengenai  tuan  rumah  sendiri.

Segenap  ruang  tamu  aku  perhatikan,  manalah  tahu  ada  gambar-gambar  keluarga  mereka ?
Tapi  hakikatnya  langsung  tiada. Mungkin  mereka  agak  Islamik. Ah, aku  pun  Islam..jadi  apa  bezanya  antara  Islamik  dan  Islam ? Sepatutnya  semua  orang  Islam  punyai  sikap  Islamik. Kalau Islam  tapi  tidak  Islamik  pada  dasar  apakah  orang  itu  digelarkan  Islam ? Ah,  pandai  cakap  Hana,  aku  sendiri  pun  habuk  tiada. Bila  hati  bermonolog  begitu  laju  sahaja  tangan  aku  naik  ke  rambut. Kemudian  menarik  baju  t-shirt  ala  baby-tee  turun  agar  menutup  pinggul.

“ Hana  kat  university  tu  ambil  jurusan  apa ? ” soal  nenek  baru  mahu  menanya  mengenai  jurusan  aku. Tadi  dia  sibuk  bertanya  dah  ada  kekasih  ke  belum ?

Kenapa  tak  ada ?

Cantik  macam  ni  tak  kan  tak  ada?

Mesti  memilih  ni…

Macam-macam  telahan  nenek  sampaikan  si  Fido  di  sebelah  asyik  menyorot  senyum. Sukalah  kot  dapat  mengetahui  hal  peribadi  aku  begitu.

Sustainable  energy  mak  cik… ”

Nenek  mengangguk. Berkerut  dahi  dia. “ Apa  kebenda  tu  Hana ? ”

Aku  tergelak  kecil. Nenek  ni…comel  je…Tak  tahu  tapi  angguk  je  tadi.

“ Kajian  mengenai  cara  untuk  mengekalkan  sumber  tenaga  yang  ada  untuk  generasi  akan  datang  dan  sekarang ” aku  senyum,  tapi  nenek  dan  Mak  Leha  semakin  berkerut  dahinya.

“ Kajian  mengenai  tenaga  yang  kekal  atau  tak  kan  habis  mak  cik. Macam  sekarang  ni  kat  England  sumber  tenaga  elektrik  yang  kita  guna  ni  banyak  dihasilkan  daripada  arang  batu,  yang  mana  tak  kekal…kalau  di  Malaysia  kita  guna  hydro  atau  air, jadi  yang  tu  kekal..sebab  hujan  akan  sentiasa  ada  selagi  Allah  izinkan..tapi  kalau  arang  batu…petroleum..semua  ni  takkan  kekal…Jumlahnya  terhad…Cara  penghasilannya  juga  mengambil  masa  beratus  tahun, secara  semulajadi. Kejadian  Tuhan  juga ”

Terangguk-angguk  Mak  Leha dengan  nenek  kat depan  aku.

“ Dah  tu, sekarang  ni  kita  nak  guna  air  la  buat  elektrik  kat  UK  ni ? ”

Aku  ketawa  lagi. Macam  kanak-kanak  pula  aku  tengok  mak  cik  berdua  ni. Patutlah  Allah  ada  menyebut,  hakikat  kejadian  manusia. Bila  menua  manusia  akan  kembali  kepada  sifat  asal  mereka  sewaktu  kecil. Bayi  dilahirkan  tanpa  dapat  melihat  dengan  jelas  hinggalah  usia  mereka  mencapai  beberapa  bulan. Sama  juga  dengan  orang  tua,  bila  semakin  menua,  manusia  semakin  kehilangan  deria  mereka  terutamanya  penglihatan…

“ Kalau  kat  sini,  angin  lebih  berpotensi  untuk  menjana  tenaga  elektrik…Jumlah  hujan  hanya  banyak  waktu  musim  luruh..jadi  tak  konsisten…tapi  sekarang  ni  kerajaan  England  dah  banyak  keluarkan  polisi-polisi  baru  untuk  mengurangkan  jumlah  pembebasan  gas  karbon  dioksida  yang  boleh  menyebabkan  kesan  rumah  hijau. Semua  sektor  swasta  yang  mengeluarkan  gas  rumah  hijau  akan  dikenakan cukai. Jadi  sekarang  ni  UK  memang  all  out  untuk  menghapuskan  kesan  rumah  hijau. Kalau  mak  cik  dengan  Mak  Leha  perasan,  tahun  2009  kan  winter  lebih  panjang  daripada  biasa  kan? Dan  ribut  salji  sangat  teruk  tahun  tu  kan ? ”

Terus  Mak  Leha  buat  muka  teruja.

“ Ha  ah…! Memang ! Tahun  tu  Mak  Leha  baru  datang  sini. Akhir  tahun  2008  Mak  Leha  datang. Masa  tu  musim  sejuk…MasyaAllah…tak  tahan  rasa ! ”

Nenek  jeling  Mak  Leha  sekilas  sebelum  dia  pula  yang  menambah. “ Masa  tu  kan  kau  tu  baru  sampai  Leha…memang  lah  terasa  lebih  sejuk.. Tapi  ni  ha,  mak  cik  pun  perasan  juga. Habis  jiran-jiran  mak  cik  dok  bercerita  masa  tu. Biasa  mana  ada  salji  bulan  empat, masa  tu  dah  musim  bunga,  tup-tup  ada  salji ”

“ Tu  semua  salah  satu  kesan  rumah  hijau  mak  cik ” aku  senyum  tenang. Terasa  seperti  penceramah  bebas  pula. Mungkin  balik  nanti  aku  boleh  jadi  pensyarah.

“ Kat  sini  kesan  dia  lebih  terasa  sebab  suhu  selalu  berubah, kalau  di  Malaysia  kita  tak  peduli  sangat  mengenai  isu-isu  macam  ni…tapi  hakikatnya  dunia  menerima  kesan  daripada  setiap  perbuatan  manusia. Cuma  kita  kurang  terasa  sebab  cuaca  kat  Malaysia  kalau  tak  panas,  hujan  itu  je. ”

“ Hmm… ye  lah…bagus  juga  Hana  belajar  benda-benda  macam  ni… ” tutur  mak  cik  pantas. 

“ Si  Fido  pun  engineer  juga  dulu,  tapi  sekarang  dah  tak  dah… ”

“ Dia  jaga  hotel  kat  London  kan  mak  cik ? ”

“ Ha  ah,  dia  jaga  hotel..si  abangnya  tu  jaga  keseluruhan… shopping  complex  kat  London  dengan  kat  sini  tu  pun  abang  dia  juga  yang  jaga ”

“ Owh… ” itu  sahaja  yang  mampu  aku  jawab  padahal  dalam  hati ; Shopping  complex ???

Makin  aku  kenal,  makin  kecil  terasa  diri  ni. Jadi  jalan  terbaik  ialah  berhenti  bertanya  berkenaan  mereka  berdua. Nanti  tidak  pasal-pasal  keluar  cerita  yang  ayah  mereka  ni  keturunan  raja  arab. Pengsan  aku  nanti.

“ Tu  Fido  dah  sampai ” Mak  Leha  menunjukkan  pada  Fido  yang  sudah  siap  bersandar  pada  keretanya. Diparkir  betul-betul  di  hadapan  pintu  rumah.

Aku  bangun, bersalaman  dengan  Mak  Leha  dan  nenek  sebelum  meminta  diri  untuk  pergi. Sempat  lagi  aku  intai  tangga  ke  aras  atas,  tapi  bayang  Emmel  dan  Fawwaz  tiada.  Entah  kenapa  terdetik  rasa  kecewa…

“ Assalamualaikum  mak cik, Mak  Leha ”

“ Waalaikummussalam…jaga  diri  ya,  belajar  elok-elok…Hujung  minggu  ni  jangan  lupa  datang  sini ”

“ Hah ? ”

Hujung  minggu  ni ?

“ Fido !!! ” si  Fido  laju  memandang  neneknya. “ Hujung  minggu  ni  jemput  Hana,  bawa  dia  datang  sini ”

Aku  pandang  muka  nenek. Terkesima  sekejap. Belum  sempat  aku  buka  mulut  untuk  menolak  nenek  lebih  dahulu  cucuk  jarum, “ Nenek  ingat  nak  masak  masakan  melayu  banyak-banyak  hujung  minggu  nanti…Fido  dengan  Fawwaz  ni  tekak  mat  saleh  Hana,  ada  Hana  nenek  teruja  sikit  nak  masak  masakan  melayu… ”

“ Owh… ” itu  sahaja  yang  terkeluar  dari  mulut  aku. Otak  mencerna  ayat-ayat  nenek  dengan  kelajuan  yang  sangat  perlahan. Macam  komputer  yang  masih  menggunakan  processor DDR1, zaman  sekarang  orang  dah  guna  DDR3. Laju !

“ Datang  ya  Hana ? ”

Masakan  melayu…masakan  melayu…itu  sahaja  yang asyik  bergema  dalam  kepala  aku. Akhirnya  aku  angguk. Siapa  tak  mahu  kalau  dihidangkan  masakan  melayu ? Mestilah  nak !

“ Okay  insyaAllah  mak  cik. Hana  pergi  dulu  ya,  takut  staff  university  lunch  break  ”

Sekali  lagi  aku  bersalaman  dengan  mak  cik  dan  Mak  Leha. Berjalan  ke  arah  Fido  yang  sudah  sedia  membukakan  pintu  Range  Rover. Bagasi  aku  pun  sudah  sedia  berada  di  tempat  duduk  belakang.



Berderu  bunyi  Range  Rover  Fido. Pintu  kereta  aku  tutup. Bau  kerusi  kulit  agak  menenangkan  aku. Aku  suka  bau  kerusi  kulit  yang  100%  authentic. Sekeliling  kereta  aku  perhatikan. Aku  biasa  tengok  Range  Rover  Evoque  yang  baru  sahaja berada  di  pasaran  Malaysia…Yang  ini…lain  sangat  gayanya. Dengan  kerusi  warna  Pimento  atau  bahasa  mudahnya  merah,  dashboard  kulit  warna  sama…Headline  kulit  warna  hitam…Saiz  kerusi  yang  lebih  besar…Nampak  eksklusif  dan  lain  daripada  yang  lain..

“ Love  my  girlfriend ? ” soalan  Fido  mengejutkan  aku.

“ Sorry ? ” soalan  yang  dibalas  dengan  soalan. Memang  tak  faham  pun  apa  yang  dia  Tanya. 

Girlfriend ? Mana ?

“ Do you  like  this  car ? ” soalnya  lagi  dalam  senyuman  nakal.

“ Owh, sorry. Could  not catch  up. Yeah, it’s  lovely…but  quite  different.. ”

Dia  senyum  lebar. Seisi  keretanya  dia  perhatikan. Senyuman  masih  tidak  lekang  di  wajahnya.

This  is  The  All  New- Autobiography  Range  Rover. I  designed  this ” katanya  agak  bangga. “ I  chose  all  the  feature,  from  engine  to  exterior  and  interior. Lovely  isn’t  it? ” ucapnya  lagi  tanpa  dipinta  siap  dengan  kening  terjongket  dan  senyuman  herot  di  bibir.
Patutlah  lain,  memang  personalised  Range  Rover ! Ah, pasti  harganya  melambung  tinggi.

“ So…lovely…energetic, like  you ” balas  aku  ikhlas. Sangat  energetic  kereta  Fido  ni. Dengan  warna  Orange  Madagascar  dan  interior  merah  hitam, sangat  striking.

Wear  your  seat  belt, we  are  ready  to  go ” arahnya  sambil  tangan  mula  memasukkan  gear  dan  kaki  menekan  pedal  minyak. Tali  pinggang  keledar  aku  pakai, aku  palingkan  wajah  ke  arah  pintu  rumah. Melambaikan  tangan  pada  nenek  dan  Mak  Leha. Sempat  lagi  mata  mencari  kelibat  Emmel, tapi  tiada. Ah,  Fawwaz  benar-benar  menyorokkan  anaknya  dari  aku.
Terasa  agak  berat  hati  mahu  pergi  bila  tidak  dapat  melihat  Emmel..Entah  kenapa  hati  terasa  berat  begini…Bukan  kami  saling  mengenali. Cepat-cepat  aku  mengingatkan  diri  sendiri  supaya  tidak  mencari  masalah. Cukuplah  dengan  cerita  boyfriend  4  jam  tadi. Dengan  memori  yang  pasti  aku  ingat  dan  kenang. Dambakan  selalu..

Bila  semakin  menjauh, aku  intai  rumah  agam  tersebut  dari  cermin  kereta. Memerhatikan  cermin  kaca  aras  atas  satu  persatu.

Emmel.

Emmel  dan  Fawwaz.

Emmel  yang  sedang  menangis  sambil  memerhatikan  kereta  ini. Fawwaz  yang  memegangnya  dari  belakang. Memeluk  anaknya  kemas. Mencium  rambut  Emmel  penuh  kasih…



Terasa  jantung  aku  tersentap. Berat. Nafas  rasa  tersekat.

Walau  bayang  mereka  makin  menjauh,  tapi  imej  mereka  jelas  di  mata  ini. Emmel  yang  mengetuk  cermin  tingkap. Mula  meronta…dan…

Pengsan ?

Is  she  collapse ?

Yang  pasti,  Fido  langsung  tidak  perasan. Dia  hanya  memandang  ke  hadapan. Tambah  kereta  semakin  menghampiri  pagar  utama.

“ Fido,  turn  back ” arah  aku  laju. Mata  masih  melekat  di  cermin  sisi  Range  Rovernya. Dia  memandang  pelik. Kereta  langsung  tidak  diberhentikan.

“ Seriously ” tegas  aku  menyuruhnya.

Dia  mula  memperlahankan  kereta  tapi  masih  belum  berhenti  atau  menukar  arah. Wajah  aku  dipandangnya  dengan  muka  berkerut.

“ Why ? ” soalnya  pelik.

“ Just  do  it !” kesabaran  aku  semakin  menipis. Melihatkan  Emmel  yang  bagaikan  rebah. Disambut  oleh  Fawwaz  dan  dicempungnya  menjauh  dari  cermin. Hati  siapa  yang  tidak  tersentuh ? Hati  siapa  yang  tidak  kalut ? Walaupun  aku  perempuan  bujang  masih  belum  beranak,  tapi  hati  wanita  tetap  Dia  ciptakan  untuk menyayangi.

“ Okay ! ” Fido  terus  mengubah  laluan. Menggelengkan  kepalanya  dengan  telatah aku  yang  aku  kalut.

“ Awak  tertinggal  barang  ke ? ” soal  Fido  bila  kereta  sudah  mengubah  laluan.

Aku  geleng. Mata  masih  memandang  cermin  aras  atas. Mungkin  bilik  Emmel. Fido  pandang  aku. Mula  memerhatikan  arah  yang  sama  sebelum  dia  mula  menggelengkan  kepala.
Tiada  siapa  di  situ. Fawwaz  sudah  membawa  Emmel  jauh  dari  tingkap  itu. Jadi  Fido  tidak  mungkin  nampak  dan  tahu  apa  yang  berlaku.

Hana, don’t  meddle in ” beritahu  Fido. Kali  ini  agak  tegas  kedengaran  di  telinga  aku. Kereta  diberhentikan. Aku  mencerlung  memandangnya. Fido  pun  dah  nak  jadi  macam  Fawwaz ?

“ I  can’t  ” beritahu  aku  sama  tegas  dan  penuh  ikhlas.

Tangannya  yang  diletakkan  di  stereng  kereta  sudah  berubah  memeluk  badannya. Sebelah  lagi  menggaru  kepala. Gaya  orang  pening  memikirkan  masalah  negara.

“ Apa  yang  awak  nampak ? ” soalnya  seperti  tahu  apa  yang  berlaku. Aku  telan  liur. Mengingatkan  apa  yang  baru  sahaja  aku  saksikan  tadi  membuatkan  hati  aku  luluh.

Suara  sudah  jadi  sebak  semacam  tapi  aku  gagahkan  juga  diri  untuk  memberitahu  Fido  apa  yang  aku  saksikan  tadi, “ Emmel…I  think  she  just  collapsed.. She  was  crying  so  hard  Fido.. ” teresak  aku  menangis. Tambah  rasa  berdosa  kerana  menolak  tawaran  Fawwaz  untuk  menjaga Emmel.

“ If  you  love  her  don’t  get  close  to  her  and  give  her  a  false  hope ” tenang  Fido  memberikan  nasihat. Beberapa  helai  tisu  dihulurkannya  pada  aku.

“ What  sort  of  hope ? I  can  take  care  of  her. Is  that  wrong ? ”  suara  aku  sudah  meninggi  walaupun  sendu  masih  bersisa. Ah,  kalau  nenek  tengok  pasti  nenek  pelik  kenapa  kami  masih  di  sini.

Fido  mula  memegang  kedua  belah  bahu  aku. Cuba  menenangkan  aku.

Hana…you  just  don’t  know  what’s  going  on… ” tuturnya  lembut. “ Just  turn  your  back  and  forget  what  you  just  saw  and  things  will  be  okay  again. For  you, and  for  her.. ” pujukan  Fido  aku  cerna  satu  persatu. Untuk  aku  berpaling  dan  terus  pergi. Ah,  sah-sah  aku  akan  terus  mengingati. Tak  kan  aku  mahu  hidup  dengan  berteka –teki ? Dengan  gusar  di  hati  hingga  aku  berjumpa  Emmel  sekali  lagi ? Itupun  jika  si  Fawwaz  benarkan  aku  melihat  Emmel.

For  crying  out  loud ! Then  spill  the  beans ! ” tengking  aku  pada  Fido. Bila  Fido  terdiam  dan  terkejut  baru  aku  menarik  nafas  dalam. “ I’m  sorry  Fido. Just  stressed  out. I  never  go  through  this  sort  of  thing…Emmel  is  too  adorable. I  can’t  simply  ignore  her. I  thought  I  could… ”

Fido  mendengus  perlahan. Mungkin  berat  juga  untuk  dia  berhadapan  perkara  sebegini. Anak  mata  kami  bersatu.

“ Hana…Emmel…Her  mother  left  her ”

Muka  aku  sudah  berkerut  mempersoalkan  bagaimana  tegamak  seorang  ibu  meninggalkan  anak  secomel  itu ?

“ His  wife  left  him  and  her  daughter ? ”

Fido  tarik  nafas  panjang. Menghembusnya  kuat  sebelum  kembali  memandang aku.

“ No, I didn’t  say  his  wife ”

Okay, aku semakin  keliru. Mulut  sudah  ternganga  sedikit. Menanti  butiran  daripada  Fido.

“ Fawwaz  jumpa  Emmel  at  an  orphanage. After  Our  parents’  death,  Fawwaz  yang  jaga  perniagaan  keluarga…Since  we  both  are  also  an  orphan, Fawwaz  selalu  habiskan  masa  dia  di  Orphanage, donate  and  help  whatever  he  could…”

A thud in my heart. Terasa  sesak  di  peparu. Fawwaz ? Is  that  kind  of  guy ? Perasaan  bersalah  kerana  berprasangka  juga  semakin  menebal  di  jiwa.

“ So  Emmel  is  not  his  daughter ? ” soal  aku  masih  tidak  percaya. “ They  are  sharing  the  same  amber  eyes! ”

Fido  senyum  tenang  seraya  mengangguk. “ Perhaps  that  is  the  reason  why  he  adopted  her. ”

Silence.

Ya,  aku  sangat  terkejut. Aku  sangkakan  Fawwaz  ayah  kepada  Emmel. Sayangnya  pada  Emmel  bagaikan  ayah  kandung…

“ I  don’t  believe  this ” ungkap  aku  dalam  wajah  berkerut. Kepala  masih  digelengkan  beberapa  kali. Amber  eyes  tu  milik  Fawwaz ! Tapi  kalau  kira  warna  mata,  ramai  lah  rakyat  Malaysia  boleh  jadi  ayah  aku. Hmm..

“ Kenyataan  tak  perlukan  awak  untuk  bersetuju  Hana. Truth  is  the  truth  either  you  agree  or  not. It  will  always  stay  as  what  it  is.

“ All  right…Fine ” nafas  ku  hela  panjang. Badan  yang  tadinya  menegak  sekarang  sudah  bersandar  pada  kusyen  kerusi. “ Then  kenapa  Fawwaz  tak  bagi  Emmel  jumpa  saya ? Kenapa  Fawwaz  tak  suka  saya ? ” soalku  pada  Fido  lagi. Memandangnya  tepat. Menanti  riak  dan  jawapan  daripadanya.

“ Emmel  ingat  awak  mak  dia  Hana… Emmel  ingat  mana-mana  perempuan  muda  yang  datang  sini  adalah  mak  dia. Dia  akan  berlari  turun,  pandang  perempuan  tu…kemudiannya  naik  ke  atas  dan  menangis. Dia  akan  Tanya  Fawwaz ; Where  is  mommy ? I  saw  mommy  left  with  her  luggage… I  thought  its  mommy.. , The  last  time  it  happen, it  was  Habsah  came  here  to  work. But  Habsah  is  like  whole  lot  older  than  her  mommy. Then  right  after  that,  Fawwaz  or  me,  or  any  of  us  did  not  bring  any  young  woman  here. Alone, like  you  now. She  might  thought  it’s  her  mommy  again…I  knew  it  might  happen  this  way, but  the  thing  is,  never  once  she  called  any  of  those  women ‘mommy’  until  you…  ”

Fido  yang  tenang  mula  meraup  mukanya. Wajahnya  sudah  berubah  merah. Hiba  dan  sedih  juga  mungkin…

“ Did  you… well…did  you  ever  had  a  daughter  and  left  her  at  the  orphanage ? ”

Owh  My ! Adakah  Fido  mula  membuat  tekaan  melalut ? Emmel  dan  aku  jauh  bezanya. Rambut  aku  coklat  tua  atau  brunette, dan  aku  masih  belum  berkahwin !

Of  course  not ! Maybe  I  bawa  luggage  kot…that’s  why  she  thought  I’m  her  mommy…” jawab  aku  kelam  kabut. Tak  kanlah  aku  ni  ibu  kepada  Emmel. Emmel  pun  satu,  kenapa  panggil  aku  mommy ?

“Apa  Fawwaz  cakap  kat  dia  pasal  her  mother ? ” soal  aku  lagi. Cuba  mengubah  topic  perbualan.

Fawwaz  adopted  her  masa  dia  umur  2  tahun… You  know  what ? She  is  a  muslim. That  is  another  reason  why  Fawwaz  wants  to  adopt  her. Base  on  some  research  Fawwaz  did,  he  tracked  down  the  mother. She  actually  married  to  a  Muslim  Pakistani, and  yet  he  abused  her.”

Gasped.

Yes,I  did  actually  gasp. How  on  earth  such  thing  happen ? But  again,  what  so  weird ? It’s  not  about  the  religion,  it’s  about  the  human  being  and  their  attitude. Plus,  God  does  not  send  all  the  prophets  for  nothing,  the  religion  is  there  as  a  guidance  for  human  being. Either  they  want  to  follow  or  not  is  their  life’s  choice.

Suara  Fido  kembali  menerjah  telinga. Pandangan  aku  kembalikan  pada  wajah  Fido  yang  turut  sama  bertukar  serius. “They  divorced…ibu  Emmel  tinggalkan  Emmel  kat  orphanage, dia  balik  pada  cara  hidup  lama. Bagi  dia  Emmel  adalah  satu  kesilapan  dan  kalau  boleh  dia  tak  nak  tengok  muka  Emmel  lagi.”

Luluh  hati  aku  mendengarkan  penjelasan  Fido..That  sweet  and  lovely  Emmel…Kalau  aku  ibu  angkat  Emmel  sekali  pun  aku  takkan  pernah  tinggalkan  dia. Inikan  pula  memanggil  dia  sebagai  satu  kesilapan ?

Sanggup  seorang  ibu  mengisytiharkan  anak  yang  mereka  kandung  hasil  benih  cinta  dulunya  sebagai  satu  kesilapan? Semata-mata  kerana  cinta  itu  mati ? Benar  juga  kata  orang,  bila perkahwinan  itu  bertunjangkan  cinta  manusia,  bila  cinta  itu  hilang,  macam-macam  boleh  berlaku. Dulu  aku  sukar  untuk  percaya  telahan  begitu,  tapi  kini,  ia  sangat  nyata  pada  pemikiran  aku. It  hits  my  logic  mind.

“ Fawwaz  made  her  sign  an  agreement  to  let  him  take  care  of  her  daughter  and  never  show  up. She  agreed. Money  involved  and  of  course  she  don’t  even  bother  to  show  up  anyway. And  Fawwaz  never  let  Emmel  know  about  this. He  just  told  her,  her  mommy  would  come  back. Of  course,  as  to  sooth  her. Plus  Emmel  don’t  even  remember  how  her  mother  looks  like ”

Aku  mengangguk   dengan  mata  kosong. Memandang  jauh  hingga  ke  dunia  lain. Masih  lagi  terkejut  dengan  berita  yang  disampaikan.

“ Ayah  dia ? ” soalku  lagi. Tak  kan ayah  atau  nenek  dia  tak  ada ?

“ Gone  back  to  Pakistan. Left  Emmel’s  mother  when  she  was  pregnant  to  Emmel. ”

“ Owh ” sekali  lagi  itu  sahaja  yang  terbit  dari  mulut  aku. Tak  sangka  orang  berhati  batu  seperti  Fawwaz  sebenarnya  jauh  lebih  baik  dari  aku  sendiri. Don’t  judge  a  book  by  its  cover…

“ Dia  tahu  Fawwaz  ayah  angkat  dia ? ” soalku  lagi. Banyak  persoalan  mula  menerjah  di  minda.

“ You  tahu  cerita  anak  itik  dengan  ibu  ayam ? ”

Aku  geleng. Fido  senyum.


“ Ada  seekor  ibu  ayam,  she  always  bring  her  children  with  her  wherever  she  go…and…there  is  one  day,  anak  dia  suddenly  gone ! She  went  crazy  chasing  for  it…and  suddenly  she  met  a  new  child…it’s  a  duck..alone..she  took  her  in. Take  care  of  it  like  her  own  child...Does  the  duck  realize  they  are  actually  different ? You  rasa  anak  itik  tu  tahu  tak  tu  bukan  mak  dia ? ”

Aku  diam…lama…

Kanak-kanak….kalau  dicurahkan  kasih  sayang  pada  mereka  melebihi  ibu  dan  ayahnya  sendiri,  kita  pun  dia  boleh  anggap  ibu  mereka. Ibu  sendiri  pun  mereka  boleh  lupakan…

“ Maybe  not ” jawab  aku  perlahan.

“ The  truth  is  she  don’t  even  bother. She  wants  him  as  her  father. And..I  don’t  know  why  she  called  you  mommy…Hana..kalau  you  serious  nak  jaga  dia…go  on..kalau  you  nak  hadir  dalam  hidup  dia  sekejap  je  then  tinggalkan  dia  lagi, don’t

Suara  Fido  menerpa  cuping  telinga, menghadirkan  rasa  pelik  di  jiwa. Aku  telan  liur. Rasa  ngilu  mula  beraja  di  hati.

Patutlah  Fawwaz  menawarkan  kontrak  hingga  11  tahun  lamanya…Umur  yang  aku  kira  sudah  cukup  untuk  buatkan  Emmel  memahami  dan  lebih  matang  untuk  mengetahui  perkara  sebenar. Tapi  kalau  aku  bersetuju  adakah  Fawwaz  mahu  aku  mengaku  yang  aku  ibunya ? Dan  dia  ayah  Emmel ?

Jantung  mula  berdetak  lagi.

Berlakon  sebagai  ibu  dan  Fawwaz  ayah…doesn’t  sounds  right  for  me

And  how  am  I  going  to  tell  Emmel  about  my  disappearance? Not  my  disappearance,  but  her  mother’s ?

Adakah  penipuan  mampu  menutup  hakikat ?

Wajah  kami  jelas  lain…

Tapi  anak  mat  saleh  yang  berkulit  coklat,  bermata  coklat,  berambut  hitam  kerinting  habis  pun  tidak  pula  mempertikaikan  kenapa  ibunya  berambut  putih  dan  berkulit  cerah ? Ayah  pula  entah  ke  mana. Single  mother.

Fawwaz  berambut  gold. Tipikal  Arabian. Dengan  mata  amber  dan  berkulit  cerah. Fido  pula  berambut  hitam  dengan  mata  hazel. Kalau  dibandingkan  keduanya,  jelas  berbeza  dari  segi  fizikal  yang  utama  tapi  bila  diperhatikan  hidung,  bentuk  muka,  bibir  dan  lekuk  kening,  mereka  punyai  iras  yang  kuat.

Ah,  hidup  di  negara  yang  rakyatnya  sudah  bercampur  baur  begini  tiada  apa  yang  mustahil. Teman  lama  aku  sendiri  berambut  blonde, bermata  biru,  tapi  adiknya  berambut  hitam  dengan  mata  coklat, manakala  adik  perempuannya  pula  berambut  brunette. Sedangkan  kedua-dua  ibu  bapanya  berambut  blonde. Cuma  yang  menyamakan  mereka  ialah  bentuk  hidung  dan  mata.

Mereka  punyai  variasi  yang  lebih  meluas.  Kalau  di  Malaysia  yang  boleh  berbeza  cuma  warna  kulit, bentuk  hidung, bentuk  mata, tapi  di  sini  variasinya  lebih  meluas. Pertama  kali  menjejakkan  kaki  di  bumi  England  dulu  pun   aku  agak  canggung, asyik  memerhatikan  warna  rambut  mereka  yang  cukup  unik  antara  satu  sama  lain. Setiap  mereka  pasti  berbeza,  dan  ironinya,  British  pula  selalu  menyatakan  yang  Asian  look  the  same  sementelah  semuanya  bermata  coklat  dan  berambut  hitam.

“ Hana ” panggilan  Fido  mengejutkan  aku. Muka  Fido  menjadi  tatapan  aku  untuk  kesekelian  kalinya  sebelum  mulut  mula  bersuara.

“ Can  I  talk  to  Fawwaz ? ” pohon  aku  perlahan  tapi  penuh  determination. Makin  berkerut  muka  si  Fido. Mungkin  tidak  menyangka  itu  yang  akan  aku  pinta.

“ Okay ”

Dia  terus  mendail  telefon  bimbitnya  sebelum  menghulurkannya  pada  aku.

“ Tut….tut…. ” bunyi  deringan  satu  persatu  menambahkan  debar  di  hati. Aku  tahu  Fawwaz  jenis  menyinga,  tapi  adakah  itu  menakutkan  aku ?

Tidak.

Fawwaz  tetap  manusia. Kalau  dia  punyai  sifat  garang  begitu,  pasti  ada  kelembutan  dalam  dirinya. Seperti  lembut  dan  kasihnya  dia  pada  Emmel. Siapa  sangka  bukan?

“ Assalamualaikum ” pekat  bunyi  pelat  Arab  keluar  dari  mulut  Fawwaz. Pasti  dia  menyangka  Fido  yang  menelefon.

“ Waalaikummussalam  w.b.t.” perlahan  aku  bersuara, menahan  debar  di  hati  yang  agak  menggila.

Dia  diam. Aku  dengar  bunyi  hela  nafasnya.

“ Hana  here,  Fawwaz ”

“ Yes ? ”

“ Can  you  come  over  here  please ? How  is  Emmel ? Is  she  is  alright ? I  saw  you  both ” tersekat-sekat  suara  aku  menerpa  corong  telefon.

Dia  mengeluh.

“ She  is  okay. Sleeping. Don’t  worry…just  go…and  don’t  ever  come  here  again… ”

Aku  terdiam. Fawwaz  benar-benar  cuba  melindungi  Emmel. His daisy…

“ I…I  need  to  talk  to  you ” pohon  aku  sekali  lagi.

“ We  are  talking ”

“ Fawwaz,  please  come  over  here, we’re  just  at  the  entrance. Emmel  tidurkan ? ”

Dia  menghela  nafas  sebelum  menghembusnya  kuat  sekali  lagi. Diam  sejenak  sebelum  suaranya  kedengaran  sekali  lagi.

“ Okay ”

Did  he  just  said  okay ?

Now  I’m  the  one  whose  worried  sick !




 p/s: Bertuah kan kita ada ibu yang sayang and raised us up ? :) peace and good night everyone !


Your LIKE is my MOTIVATION :) - Press LIKE if u WANT MORE ! :)

123 comments:

  1. Okeyyy Emmel bkn anak Fawwaz.. Nasib baik ada lelaki budiman yg nk jaga Emmel.
    Another side of fawwaz is reveal.. Dan fawwaz jauh lebih baik drpd Haydar!! *Tetiba suka kat fawwaz laks.. *Hehhehehehe

    Tq eve..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hana ni cm carik pon ye tauu.. aiyooo..kesian kat emmel taper tp no fawwaz please! i want her wif haydar..
      ~mizzacu~

      Delete
    2. haha kak ayu...ingat fido kak , ingat fido ;p

      mizzacu : let see sape kahwin Hana nnti, eh kawin ke si Hana tu nanti? hahhaa

      Delete
  2. Huargggggghhhh.... Eve, Nak lg. Best giler. Sedih dengar citer emmel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian emmel kan...tp banyak budak2 muda sini dah dapat anak, pastu kesian je anak dorang tak dijaga dgn betul...sometimes i wish they just give those beautiful kids to me..kes yg mati kena dera pn banyak kat sini esp bila mak dapat anak dgn ex-bf, n now live with a new bf..sigh ~

      Delete
  3. xsaba nyer nk tnggu TWB...arghhhh....skrg dh pning nk plih haydar ke fawwaz???bg slah sorg matilah..hehe akhirnya dpt pon ntry bru...kesian emmel..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaOwh My God ! Wooo this is the real bombastic comment haha. terus kasi mati ye zatiey? noted.lol

      Delete
  4. OK SAYA DAH JATUH CINTA DENGAN FAWWAZ..THANKS EVE COZ BUAT SAYA JATUH CINTA DGN FAWWAZ N LUPAKAN HAYDAR (owh my Allah..did i mention Haydar)

    LOVE U

    -FARRA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow terus lupakan Haydar Farra ? haha kesian Haydar...omo...lol <3 u too babe! :D

      Delete
  5. Replies
    1. dah update anon :) thanks for reading :)

      Delete
  6. Ooo ingatkn emmel anak fawwaz...
    Hana ni baiknya...offer to baby sit 4 11 yrs haha...
    Wonderif it can spark romance at d air between fawwaz with hana......


    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak sure lagi hana nak 11 years tu :p wait n see mi ;)

      Delete
  7. Laaaaaaaaaaa mana haydar?????? Nk haydar .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haydar kita simpan dalam tempayan dulu ye u ollss hehe

      Delete
  8. Support fawaaz for sure fido 2nd an hydar 3rd..... Handsomenesssssssss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha haydar no3 owh kesian haydar tapi sape suruh tak tetap pendirian kan?

      Delete
  9. ok....dh fall in luv with fawwaz plak..

    ReplyDelete
  10. Tq eve...tetiba suka dkt fawwaz pulak...tapi nak hydar jugak...bila citer hydar nak keluar ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tape suka semua pn bleyh ;p haydar kena kurung dlu.lol

      Delete
  11. waaaa.... dh suka dekay fawwaz lak............
    tpi camne dgn haydar la .........naaakkk haydar.... mcm dah x sesuai la pulak tajuk dya 13 jam a380......kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sape kata haydar terus ilang..?opss opss :p

      Delete
  12. love fawwaz n hope haydar n fido dont bother hana & fawwaz ... " say no to cinta 3 segi" hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kita wat hexagon le cgitu bleh aida? haha

      Delete
  13. No haydar... No fido... Nk fawaaz plak... Hope hana jtuh cinta kt fawaaz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewah dah mcm dia hana ni ;p doakan yg terbaik buat hana (ok eve dah merepek mcm la hana tu wujud.haha)

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. No haydar... No fido... Nk fawaaz plak... Hope hana jtuh cinta kt fawaaz...

    ReplyDelete
  16. thanx eve... mmg dah rutin bgun tido sun morning check n3 baru.. best sgt. dah mcm nak hana & fawaaz pulak... oh hero2 semua memang terbaik & idaman melaya.... susah nk pilih ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol hehehe nti kira bulu kambing kak, cabut satu2. one for fido.2 for fawaz.3 for haydar sampai habis ;)

      Delete
  17. nk fawwaz gak tp kdg2 rase nk haydar gak..eeeii sgt tamak kn??bg hana je la decide....thanx eve 4 d entry...lap u..cant wait 4 TWB....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha seb baik kita tak jadi hana kan? tapi nti Hana ke yg decide ? opss lol ;p
      <3 u too anon !

      Delete
  18. my choice to fall in love with fawwaz is never a mistake.. lpas chapie ni, i love him even more... tq for the wonderful update.. it makes my day... nk lagi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch baru sikit bab fawwaz ni alianthem ;p

      Delete
  19. Replies
    1. hahaha u sounds like i'm telling a real story, but anyway we shud treat it a real story (ok eve dah merepek, better sleep) haha thanks babe!

      Delete
  20. I want more..eve, I think this will gonna be a novel instead of cerpen,haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon :) insyaAllah akan jadi novel, tgok mss siap dlu...and...tgok penerbit nak ke tak. lol

      Delete
  21. make hana with fawwaz please~...
    mesti sweet nanti...
    hana pon mesti boleh berubah ^^

    ReplyDelete
  22. nak haydar but nak gak fawwaz senang cerita BEST MAN WIN dek...pat2 nyer lah dek eve,sape cepat sah die punye...aduyai dah tak tau mane satu nak choose ne!!ngalah kan hana eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhh BEST MAN WIN ! haha tuler dah mengalahkan hana dah tu kak rihan nak memilihnya tu ;p

      Delete
  23. Baiknye fawwaz... tapi x tau kenape sy ttp nak hana dengan haidar jugak jugak.... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tape :) choose what u like most ;) tak ending lagi ni.hehe

      Delete
  24. Salam, rupanya Emmel anak angkat Fawwaz. Adakah itu anak kakak Hana yang berkahwin dan menetap di London? Sbb Fido kata hanya Hana, Emmel panggil tidak pada perempuan lain. Kalau Hana setuju jadi mummy angkat Emmel ok juga, sbb Hana ada rasa simpati. Apa pun semoga Hana tidak tersepit dan menyesal dengan keputusan yang dia buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt ayu ;)

      oh hihi no no bukan anak kakak hana. anak mat saleh ngan org pakistan. nti kita tgok what happen next kay ;)

      Delete
  25. Vote for fawwaz!! Fawwaz and hana please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh peminat fawwaz makin ramai ni ;)

      Delete
  26. ha'ah..sy pun nak hana d haidar..sesuai je dgn tajuk..hehe..

    -saba-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bleh aja , minat lah sesiapa pun Hana tak kan marah ;p

      Delete
  27. I'm in love with fawwaz character now, hana n fawwaz ...yes, hana n haydar of course yessssss, waaaaa haydar where are u...... eve tq 4 lovely n3....

    ~saza~

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol haydar owh haydar tak sabar nak munculkan haydar ;p but one step at a time ;) hehe

      Delete
  28. Waa sedihnye...sian emmel..tetiba tersuka lak ngan fawwaz nie..hihi
    -ieja-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha kelakar plak 'tersuka' tu ieja lol

      Delete
  29. Haydar haydar haydar....maybe fawwaz lebih perlukan hana demi emmel. Tp nk haydar gak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi arza, dua2 u nak rembat eh? hehe ;p

      Delete
  30. Okey..the gud fawwaz is here...but then i still want haydar...hah hana jgn nak menyimpang jadik mak org pula...belajo x habes lg tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mommy emmyline dah marah tu Hana, hope hana wud listen.lol

      Delete
  31. Seeeeee.....tot so...we surely can fall in luv with fawwaz.....eve....superbbbbs.......nak lagi.....ala haydar juz 4hrs bf maaa.....but fawwaz is daddy to emmel...and Hana will be emmel's "mom ".....hehe hellooowww...11 yrs contract okehhhh....juz compare 4jam dgn 11thn....I think juz remain haydar as hana's luv crushed je....tp fawwaz...hmmmmm

    -taz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ni mmg d real fawwaz supporters! lol. eve pn baru terperasan, 4 jam vs years ...? woah jauh beza tu.lol

      Delete
  32. harap2 hana bukannyer suka sangat kat fawwaz cuma naluri keibuannyer saja yang membuatkan hana sanggup berdepan dengan fawwaz yang ewwwzz tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk hana tak suka fawwaz pn lagi kak. dia buat sbb emmel je dlu pasni tak tau la camana ;)

      Delete
  33. Walaupun datang 1000 Fawwaz, Haydar tetap menjadi pilihan... hehehehe 13jam A380 titik permulaan pertemuan Hana & Haydar, so Hana and Haydar should be together :) H & H sesuai Hahahahaha
    peace yooo! ^_^



    p/s : Tapi berbalik pada soal Jodoh juga kann Eve :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah yg terbaeeekk itu hanya Allah knows

      Delete
    2. yeahh exactly Sal ! ;D jodoh itu di tangan Tuhan no matter what

      Lady : vote for HH ye? eve ok je mana2 pun. i just sit and watch people parading.haha

      Delete
  34. as usual,,wonderful n3...both fawwaz n haydar have their own charm...dats why xtau nk suka yg mna...waaaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thankss yanimss ;) tape suka je dua2 pon.lol

      Delete
  35. akhirnya terjwb siapa Emmel sebenarnya
    Pity her..tapi ini lumrah hidup,dia hadir tanpa disengajakan
    Both parents ada halatuju berbeza..
    Syukur ada Fawwaz yg membela..ank angkat Fawwaz rupanya
    Tak rugi Hana mencurahkan kasih kpd anak yg terbuang ..pahala byk tu!!
    Info psl mata ,rambut,keturunan sgt menarik Eve..awak menulis bkn hny ada belaian jiwa semata2..there is sumthing u give thru out the story line
    Eve tau tak..
    My son (15th yrs old) put his caller ringtone lagu ni..
    everytime I check on him..slalu dgr lagu ni
    Although sejak besar ni..dia mana nk peluk2 lg mama dia..but this song means a lot to me
    apart out of so many hip hop songs in his phone..he chose this
    Eve..u rs u scheduled writer ke?k sal rs k sal pun ur scheduled reader..
    hihi, enjoy ur life there..take gud care dearie!!
    tq for A 380 11..k sal suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kak Sal...what a lovely son u have...lucky u, alhamdulillah :) tu tandanya dia sayang akak :)

      thanks kak sal n do take care of urself too yeah ;)

      Delete
  36. waaaaaaaaaaaaaaaaaa eve watkan mama nagis...tetibe teringat anak kat umah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi cute je mama ni ;) kem peluk cium kat ur baby ye :)

      Delete
  37. Dear . . TQVM, walau pun U jauh tapi dekat di hati kami dgn novel2 U . . Jaga diri n jaga kesihatan tau L.U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi noorliyana ;) thankss loads dear for the wishes :) insyaAllah doakan eve kat sini kay :)

      Delete
  38. oh my...asal smua nk Fawwaz nih...Eve nk Haydar gak..Hana & Haydar...lau Hana cuma sian kat Emmel je, tk guna gak kan...sbb tk da perasaan cinta kat Fawwaz...nk gak Haydar & Hana..erkkkkkkk...Eve, akak syg Eve lebih nih..ahakssssss, anyway, owess mabeles...i loikeeee!!!! (-___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dont worry kak leen hana bukan nak kawin lg.hahaha
      nway <3 u too kak! thanks lots ! :D

      Delete
  39. Fido is the awesomeness of all.. Hahahahahahahaha

    -Novelaholic-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha coooll....! Fido cool kan ;)Eve suka org mcm Fido

      Delete
  40. apsal makin lama makin best pulak nilai2 murni dlm novel ni?

    love all the reality about islam.TQ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak salmiah :D entah maybe sbb surrounding kot...eve ni kan suka campur aduk pendapat sdri dalam penulisan, so bear with me.haha

      Delete
  41. eve,u are such a good writer.like this story.tp lebih awesome kalau hana dgn haydar tau!hehe


    <3 from nadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dont worryy babe ;) lambat lagi hana nak kawin, phD tak habis lagi tu.haha

      Delete
  42. Replies
    1. kikiki peminat haydar semakin penasaran.mana la haydar ni...hehe

      Delete
  43. Makin jatuh cinta dgn fawwaz.... Mcm mana ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tape...jatuh la dgn sape2 pn asal jangan jatuh kat tommy si driver tu sudah ;p

      Delete
  44. Nak fawwaz jugak

    ReplyDelete
  45. Bagi semua la kat hana... haydar pun nak.. fawaaz pun nak.. fido pun nak jugak la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni lg kronik, tiga2 mau angkat maa .lol

      Delete
  46. Not Haydar or Fawaaz even Fido jugak. Nanti kacau bilau hidup Hana, lebih baik cari yg tidak berkenaan dgn ketiga-tiga diatas. Kalau x, nnt bila Hana balik Msia cari Datuk Tengku Adam Kamil..heheheeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahaha jadi isteri no2 kaaan ? lol gud idea!

      Delete
  47. Assalammualaikum Eve,

    1. Terimakaseh utk info TWB,membuatkan kak berkobar2 nk jenguk KS hari.( mestilah nk yg Eve sign,mudah2an..insyaALLAH!!!

    2. A380 - tak sabar nk tau apa lg selepas ni. Terharu bc bab Emmel & Fawwaz.. Silakan Cik Eve sambung ye! Memang bertuah punya ibubapa yg membesarkan kita dr kecil,namun tak semua yg mendapat kasih sayang ibu&bapa sehingga dewasa, ada yg terputus ditgh jln dgn ketentuanNYA. Emmel bertuah kerana ada Fawwaz, apa pun Fawwaz & TAK tetap dihati!!

    K Eve, jaga diri bebaik....
    ~ Kak Aminah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wbt kak aminah ! :D

      hihi nti upload pic yee kalau dah g KS. ouch terasa nak g jg...!
      ha ah...thats true kak...beruntung yg ada mak ayah...kadang terfikir kenapa parent kita sanggup jaga kt sepenuh hati, walhal, ada parent org lain yg buang anak, dera anak...and ada jg yg Allah takdirkan tempoh dgn mak ayah tak lama pun... shud be thankful to Allah swt :)

      take care jg kak ;) <3

      Delete
  48. salam eve...
    vote for Fawwaz.sape vote Fawwaz angkt keyboard??hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak Ju ;)

      hahaha habislah pakat naik atas keyboard semua org.lol.

      Delete
  49. I was merely intrigued by Fawwaz before this but now dah jatuh suka. Mulianya hati Fawwaz nak bela Emmel untuk menjaga akidahnya. He is so protective of Emmel sampai halau Hana sebab Hana tak nak jadi”mommy” Emmel for the next 11 years.  Fawwaz is already a good father and he will make an excellent husband for Hana. Haydar is just a fling, an infatuation.  Eve ada jumpa orang yg rupa macam Fawwaz kan, take it as a HINT, Hana is meant for Fawwaz and Emmel. Hehehe. Nak juga melobi. Eve tak kisahlah Hana dgn siapapun asalkan you keep on writing dan cerita ini menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol cute je nana ni ;) maybe fawwaz tu utk eve.hehe ;p

      Delete
  50. rindunya dgn next episod...cpt la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lol habis baca terus rindu...? haha comelll

      Delete
  51. A380....cam mana ni Haydar @ Fawwaz ni...arrg susah...22 best

    ReplyDelete
  52. ishk..... mesti hana jd rapat dgn fawaz so cmne lak dgn hydar.... hurmmmm ^_~

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. eve nak tny.. kalau beli online di P2U je ke dpt sign eve? kalau beli online dr KS xdpt ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss bukan p2u babe! kat karya seni nye web...! eve salah info aritu. but terus terang eve gtau jumlahnya sangat2 terhad...yg awal bli kat Karya seni website atau ke pejabat karya seni. sape cepat dia dapat cmtu la... :)
      kalau tak sempat dapat tape, nti eve blk msia kt tt ;)

      Delete
  55. actually,.. i'm kinda annoyed with hana, my damn head just said 'why she needs to be all concern, leave the girl just like she wanna let go of haydar!!! heuheu.. sorry bout' all these emotic words eve... haha, so like me biased too much on haydar ^^ couldn't erased the first love,, u know what i mean d you?.. keep up the good work..

    ReplyDelete
  56. I don't know whether it's juѕt me or if everуbody else
    ехperiencing pгоblems with youг webѕite.
    It appeаrs as thοugh sоme of the text within youг content aгe running off the ѕcгeen.
    Can ѕomebody else pleаѕe сomment and
    let mе know if thiѕ is hapрening to them as wеll?
    This cοuld be a prοblem with my browseг bеcause I've had this happen before. Thank you

    Feel free to visit my webpage; quiz machines

    ReplyDelete
  57. fawaz si icebergh...huhuhu..dun judge b00k by its cover..(@-@)

    ReplyDelete
  58. Greetingѕ! Quіck quеstiοn that's totally off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My weblog looks weird when browsing from my iphone. I'm trying to find a theme or plugin that might be able to fiх this problem.
    If you haνe аnу recommendations, please shагe.
    Cheeгs!

    Feel free to surf to my web page :: best dvd guitar course
    My page :: beginners guitar lessons online

    ReplyDelete
  59. I'm really loving the theme/design of your blog. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A small number of my blog audience have complained about my site not working correctly in Explorer but looks great in Firefox. Do you have any suggestions to help fix this problem?

    Here is my homepage: how to get bigger boobs naturally

    ReplyDelete
  60. Dο you mіnd if Ι quоte a couple οf уouг aгticles aѕ lοng аs I pгovide cгedit and sourceѕ back to yοuг ѕite?
    My websіte is іn the very same area of interеst as yours
    anԁ mу usеrs would truly bеnefіt from some оf the infoгmаtion
    you provide here. Pleаѕe let me knοw
    if this аlright wіth you. Thankѕ a lot!


    My site - blogspot.com

    ReplyDelete
  61. I was wondering if you еver thought of changing the structure of your
    blog? Itѕ ѵery ωell written; Ӏ love what youve got to say.
    But maybe уou cοuld a little mοre іn the ωay οf content sо peοple
    could connect with it better. Youve got an awful lot of teхt fοr οnly having
    onе or twо images. Maybe you coulԁ ѕpace
    іt out better?

    my website - increase boob size

    ReplyDelete
  62. Hello! Would you mind if ӏ shаre уοuг blog with my tωіtter grouρ?
    Τheгe's a lot of folks that I think would really appreciate your content. Please let me know. Many thanks

    Feel free to visit my web page ... Fast Way To Lose Belly Fat

    ReplyDelete
  63. Pleаѕe let me knoω if уou're looking for a article writer for your weblog. You have some really good articles and I believe I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd absοlutеly love tο wrіte sоme content for your blog in eхchange for а
    link back tο mіne. Pleаsе shoot mе an email
    if intеrested. Regагԁs!



    My web page :: simple wood projects

    ReplyDelete
  64. Ηavе you eѵer thought abоut including a little bit mοге thаn just your articles?

    Ι mean, what уou ѕay is important and
    аll. But јust imagine if you adԁed ѕome great vіsualѕ or ѵideos to giѵe your ρosts mοre, "pop"!
    Your сontеnt iѕ excеllent but with imagеѕ and сlіps, thiѕ blοg could ceгtainlу be one of thе greatest in itѕ niche.

    Great blоg!

    Alѕo visit mу websitе :: get a bigger dick

    ReplyDelete
  65. asslamualaikum..
    allhamdulillah, akhirnya TWB berada ditangan saya juga...after all my hard work, coming to bookstore around my town every weekend for a month I finally found this amazing book..Best..berbaloi..terbaik...
    walaupun dah lebih 10 kali khatam buku ni.. sampai saya dah bleh ingat setiap watak, jalan cerita, and dialog dalam cerita tu..I still not get bored yet to read it...baca berulang kali...hehehe...x bosan..
    I fall for ADAM character..he is kind of perfect guy for me...used to become wild but finally turn back to becoming good muslim...I juz love how u write the story..best..n x lari dari jalan cerita islam...

    now A380 has becoming my next ...
    tiap2 hari tunggu next entry...harap sangat kalau eve boleh bukukan cerita ni..
    I will get it...

    eve...I think you should write a novel rather than write a cerpen...jalan cerita you sangat menarik...x puas baca sekadar cerpen...

    sorry..terlebih pula///
    wait for the next entry

    ReplyDelete
  66. Misi kk numpang share ya..!! jika ada yang berminat bisa langsung ke website kami
    INFO AGEN JUDI ONLINE 988BET
    AGEN JUDI ONLINE
    AGEN JUDI
    AGEN BOLA
    PROMO BONUS 988BET
    PREDIKSI BOLA

    ReplyDelete