Join This Site

Tuesday, 24 April 2012

BAB 7


BAB 7

Tubuh Ariana yang dicempungnya dibaringkan di atas katil. Ariana masih lagi lena dibuai mimpi. Adam tersenyum sinis. Baru sebiji pil tidur dia masukkan ke dalam minuman Ariana gadis itu terus tak sedarkan diri sampai sekarang. Niatnya tadi hanyalah mahu mengelakkan dari diketahui Ariana arah tujuan mereka tapi lenanya sungguh panjang. Sampai diangkat hingga ke apartmentnya pun Ariana masih selesa dibuai mimpi.

 

Wajah Ariana diamatinya. So fair, so strikingly beautiful.Bisik Adam. Kulit Ariana yang putih melepak bila dipadankan dengan rambutnya yang hitam pekat, alisnya yang terbentuk dan bulu matanya yang lebat membuatkan dia kelihatan sangat menarik. Macam Snow White. Kecantikan yang membuatkan dia terpanggil untuk menyentuh keindahan yang terbentang di depan matanya.

 

Ariana bermati-matian mahu dia percaya yang dia mengandungkan bayinya. Tak ke macam mengiakan yang mereka berdua mempunyai hubungan intim seperti suami isteri sebelum ni? Pasti perempuan di hadapannya tak kisah kalau dia menidurinya. Perempuan seperti Ariana sanggup menjual tubuh untuk status dan kedudukan. Untuk harta. Sudah ramai perempuan jenis itu yang dijumpainya. 

 

' Rezeki datang mengadap, tunggu apa lagi ? ' bisik suara jahat kepada Adam.

 

Only loser do such thing Adam… suara yang lain berbisik perlahan. Adam menjarakkan diri daripada Ariana. Dia berundur setapak demi setapak ke belakang. Matanya masih tak lepas memandang gadis yang dikatakan mengandungkan anaknya itu. Tegar Ariana membohonginya, ada hati pula mahu memerangkap dia untuk menjadi bapa kepada anak dalam kandungannya yang datang entah dari mana. Marahnya kembali menerjah. Adam membatukan diri di hadapan pintu bilik. Berkira-kira samada mahu keluar atau tidak.

 

Dia kembali ke sisi katil yang menempatkan si gadis cantik yang menjadi tawanannya. Antara kemahuan dan prinsip seorang lelaki. Adam semakin keliru dengan pertimbangan akal dan pertimbangan nafsu.

 

She wants you! Dia yang datang cari kau. Mati-mati kata pregnantkan anak kau. Perempuan macam dia memang bersorak gembira lah kalau kau bagi perhatian Adam! ’ syaitan berbisik sakan. Tak mahu kalah. 

 

Adam ketawa kecil, Rambut Ariana dibelainya. Diusap wajah gadis yang masih nyenyak di alam mimpi, cantik. Akhirnya Adam tewas, tewas dalam sumpahan nafsu lelakinya sendiri..seperti tumpasnya Adam dengan kecantikan Hawa...dek bisikan syaitan yang sama.

 

 

* * * * * * * * * * *

 

Kepala Ariana terasa seperti di awang-awangan. Badannya terasa berat seperti ditindih sesuatu. Badannya juga terasa lebih hangat dari biasa. Walaupun matanya tertutup dan dia hanya separuh sedar, tapi dia dapat rasakan dengan jelas ada sesuatu sedang menjalar di tubuhnya. Dia menggagahkan diri untuk membuka mata. 

 

Pandangannya yang kabur semakin jelas. Adam begitu dekat dengannya. Sangat dekat bagaikan langsung tidak terpisah ! Tubuh Adam terus ditolaknya, dia cuba untuk meleraikan rangkulan Adam tapi ternyata kudrat perempuan bertubuh kecil sepertinya tidak mampu untuk menolak badan Adam yang jauh lebih besar saiznya. 

 

Mereka bergelut tapi kudrat Ariana tetap takkan mampu memisahkan Adam darinya. Lelaki itu sudah tenggelam dalam nafsunya. Tangisan dan rayuan Ariana juga sudah hilang maknanya di telinga Adam. Pasrah, Ariana berhenti melawan. Dia membatukan diri, air matanya laju mengalir.

 

Bagaikan baru tersedar dari rasukan, Adam turut sama berhenti. 

 

Rambut  Ariana  digenggamnya. Tidak  sekasar  sebelum  ini. Memaksa  Ariana memandang  anak  matanya  tepat. 

 

" Kenapa Ariana ? Kau nak sangat pregnantkan anak aku kan? Now you can get it. Anak dalam kandungan kau sekarang anak jantan lain! " 

 

"Please Adam...I'm not pregnant.. Aku mengaku aku tipu..! Stop this now, please! The doctor was wrong! "

 

"Doctor can’t be wrong. Ko saja nak merosakkan nama aku kan??? "

 

Ariana tak mampu menjawab persoalan Adam. Teresak-esak dia menangis. Dia sangkakan Adam bukan jenis begini. Menyesal dia membantu Juwita.

 

" Siapa yang hantar kau ? "

 

Ariana geleng. Adam semakin berang.

 

"Cakap !"

 

" Nobody sent me!" jerit Ariana.

 

" Kau jangan bohong Ariana..Kau perempuan simpanan Botak kan?? Gaji ciput tinggal di Puteri Palma... Kau ingat orang tak tahu? " terbayang musuh ketatnya. Ramzul Aziz yang berkepala botak. Banyak tender yang mereka rebutkan sebelum ini. Berlumba menggunakan cara kotor, itu sifat Botak yang sangat jelas.

 

Botak ? Siapa botak ? Memang gajinya tak sebesar pendapatan Adam. Tapi kondominiumnya adalah pemberian papanya! Keji tuduhan Adam.

 

" No....Aku tak kenal dia...! Lepaskan aku Adam...Lepaskan..!! " badan Adam masih cuba ditolaknya. Masih gagal. Rangkulan Adam dikemaskan.

 

" Perempuan kotor macam kau ni jangan nak berlagak sucilah. Bukan kau tak pernah tidur dengan jantan lainkan? Tapi satu Malaysia kau jajak cerita aku yang rosakkan kau! As you wish...Ariana" Adam senyum puas melihatkan Ariana yang semakin takut. Ariana mahu dia berhenti sekarang? Tidak mungkin. Dia tidak sekuat itu untuk melawan nafsunya sendiri. Kalau siang tadi Ariana mengaku perkara seperti ini tidak akan berlaku.

 

" No....Adam...No!..Please Adam…" air mata dan rayuan Ariana sudah tak berguna lagi. Andai masa boleh diputar, Ariana tidak sepatutnya merosakkan nama baiknya sedari awal lagi.

 

" Too late Ariana" Satu kucupan lembut hinggap di ubun-ubun Ariana, ke pipinya dan terhenti di telinganya. " Dont mess up with me again, sayang..."

 
p/s : Just home and tired! but takut esok lagi busy before flying out utk outstation, so saya postkan BAB 7 utk you all yang sangat best support The Wedding Breaker! Thanks! Kalau saya dapat internet connection, saya akan update BAB 8 etc, kalau tak please check kat sini ye : The Wedding Breaker Penulisan2U since saya dah emailkan kat penulisan2u sampai BAB 11.



Okay? Bad ? Or do you LIKE it! ;D

Sunday, 22 April 2012

BAB 6








BAB 6

 

Wajah Dr. Rosli dipandang oleh keduanya. Dr. Rosli masih mempamerkan baris giginya yang putih kepada dua anak muda di hadapannya. 

 

" Should I tell your Daddy Adam?"

 

"No! Of course not" Gila nak bagitahu pada Tengku Mukhriz? Adam menggelengkan kepalanya dengan laju. Bala jangan dicari, bisiknya.

 

Ariana yang masih tercengang di sebelahnya diheret bangun. Tangan Adam ditolaknya, memaksa Adam untuk melepaskan rangkulan. Depan doktor pun nak buat adegan ke? Dah la kejutan dikatakan mengandung masih tak hilang.

 

" Thanks Uncle. Adam pergi dulu."

 

Ariana pandang wajah Dr. Rosli seperti memohon untuk dia perbetulkan keputusan yang baru diumumkan, tapi pandangannya dibalas dengan senyuman ramah dari doktor yang sudah separuh usia itu. Ariana membalas senyum sebelum turut meminta diri.

 

Keduanya berjalan menyoroti baris kedai bersebelahan klinik Dr Rosli. Suasana sunyi. Adam tidak berbunyi, Ariana pun jauh tenggelam dalam benaknya sendiri. Hilmi yang mengekori mereka sedari tadi hanya memerhatikan gelagat tuannya yang berubah 180 darjah. Ikut ajalah...Dah tu tugas dia.

 

“ Pregnant ? Sentuh lelaki pun tak pernah, inikan pula nak tidur sekatil ? Ah, takkanlah kena cium dengan Adam semalam dia dah pregnant ? Impossible…Aku belajar hukum biologi apa dulu ! ” bentak Ariana dalam hati.

 

Last three months … who slept with me? Lisa…Zatty...Adam garu kepala. “ Who else ?? I was busy last few months..nak ke club pun susah. Ada tak aku bawa perempuan balik rumah masa mabuk ? Hmm…”Adam berkira-kira. “ No. I’m positive I never met Ariana. If we had been sleeping together I had keep her. ” Adam berkata sendiri. 

 

Mereka berhenti dihadapan Hummer yang diparkir selang beberapa lot kedai dari klinik. Adam berdepan dengan gadis yang sedang memporak porandakan kehidupannya.

 

Apa motif you Ariana ? We never sleep together and you know it ” dia cuba berdiplomasi. Anak mata Ariana direnungnya penuh makna. Serba salah jadinya bila Adam bereaksi tenang dan matang. Tak sanggup bertentang mata lama-lama dengan Adam, Ariana tunduk.

 

" You might not remember....." perlahan sahaja tutur bicara Ariana.

 

" I remember who I slept with very well. And " Adam merapati Ariana. Dagu Ariana diangkat supaya memandangnya.

 

" Know  this ? ” pek  kecil  empat  segi  dengan  nama  Durex  dilayangkan  di  hadapan  wajah  Ariana. Ariana  telan  liur. Gila.  Ingatkan  di  England  sahaja  peringatan  untuk  membawa  kondom  dipraktikkan. Rupanya  di  Malaysia  pun  sama.

 

I  bring  this  everywhere  I  go. So...You  should  know  it  very  well  that  I used condom. So quit the game Ariana. Before I become fade up ”  

 

Ariana masih membatukan diri. Takut tersalah cakap, takut juga untuk bercakap. 

 

" I am pregnant and this baby is yours.."

 

"Okay, I  bagi you one last chance. Tell me the truth. Clean my name and I will let you go. Tell the tabloid that it was a prank, that's it. Senang kan? For  God  Sake, dont complicate this Ariana. Just stop playing this game !”

 

Senang bagi Adam tapi susah baginya. Membuat kenyataan akhbar, memberitahu kepada seluruh Malaysia termasuk ummi dan ayahnya yang dia sengaja memecah masuk majlis perkahwinan kerabat di raja untuk satu 'prank' ? Satu 'prank' yang kononnya Adam Kamil anak billionaire yang kedua terkaya di Malaysia telah tidurinya dan dia hamil?

 

Mana ayah dan umminya nak letak muka kalau semua orang tahu anak gadisnya dah buat kerja bodoh yang memalukan muka macam tu, kemudian baik hati nak mengaku, buat sidang akhbar :  

 

" Hye Press! Sorry, that was just a joke! Gotcha!"

 

Gila. Itu kerja gila. Dia  tidak  akan  sesekali  menghancurkan  karier  ayahnya  dengan  kesilapannya  itu. Sudah  banyak  jasa  ayah  pada  dia  dan  ummi  selama  ini. Liurnya  ditelan. Pahit. Satu ayat dilemparkan juga kepada Adam, " That is the truth ! "

 

 

Ariana masih lagi berdegil. Masih tidak mahu berganjak dari pendiriannya. Adam pasti dia memang tidak meniduri Ariana. Kenapa Ariana masih galak berbohong ? Kenapa Ariana masih mahu dia percaya yang anak itu adalah anaknya? Harta ? Harta dia yang Ariana kejar ? Adam tersenyum sinis. Perempuan macam Ariana tidak layak melahirkan pewarisnya. Harapkan muka je cantik, tapi sundal. Tidur dengan lelaki lain, perasan nak jadikan dia ayah pada bayi yang entah benih dari mana.

 

" Fine" pendek sahaja jawapan Adam. Dia sudah tak kuasa mahu berdiplomasi.

 

Adam mengarahkan Ariana memasuki perut Hummer. Hilmi  dan  Dolman  yang masih setia mengawasi mereka segera menaiki kenderaan usai keduanya sudah selamat berada di dalam. Dia diarahkan untuk singgah di villa sebentar, mengemas barang-barang Adam sebelum mereka kembali ke Kuala Lumpur. 

 

Mendengarkan keputusan Adam untuk kembali ke Kuala Lumpur Ariana terasa lapang. Mungkin tragedi hari ini akan berakhir tak lama lagi. Adam lebih banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Mereka hanya berhenti di Hentian Karak untuk membeli makanan, itu pun di bungkus oleh Hilmi. Kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur, lelaki itu hanya menawarkan minuman kepadanya sebelum dia terus terlena.


 


Okay ? Bad ? Or you LIKE it?  ;D

Friday, 20 April 2012

BAB 5


 



 

BAB 5

Telefon Ariana dibiarkan berdering. Beberapa panggilan dibiarkan tak berjawab. Kebanyakannya dari pejabat. Akhirnya Adam mematikan telefon LG  milik Ariana. Takde kelas langsung bisik Adam. Orang sibuk guna Blackberry, Iphone dia guna LG Pink. Surat khabar dibeleknya satu persatu, mencari berita-berita penting terutamanya yang bersangkut paut dengan perniagaannya. Ariana masih dibiarkan di bilik tetamu. Usai dikuncinya perempuan yang dah menyusahkan hidupnya itu, dia berehat di bilik utama hinggalah pagi menjelma.

Sarapan dah pun disediakan oleh pembersih rumah yang diupahnya untuk datang setiap hari. Mak Cik Salmah biasanya akan datang waktu pagi dan berada disitu hingga ke tengah hari. Bila jam sudah menginjak ke  10 pagi, terdetik di hati Adam untuk meninjau keadaan Ariana. Dia berjalan perlahan ke bilik tetamu yang berada dihujung sayap kiri rumah. Kunci dibukanya dari luar, perlahan dia memasuki bilik itu sambil matanya memerhatikan sekujur tubuh yang masih terbaring di atas katil bersaiz king.

Ariana kelihatan sangat penat. Ada riak sedih diwajahnya yang mulus. Rambutnya yang berombak lembut menghiasi bantal yang mengalasnya tidur. Bantalnya juga ada kesan basah. Mungkin Ariana menangis semalam.

‘Sape suruh cari pasal dengan aku ? ’ bentak Adam, cuba menghilangkan rasa bersalahnya.   ‘ What I’m  going  to   do  with  her ? ’ niat asalnya mahu membawa Ariana ke Cameron untuk ‘berbincang’ dengan menggunakan caranya sendiri. Dia mahu Ariana menarik balik dakwaan yang mereka pernah tidur bersama, membuat sidang akhbar dan seterusnya membersihkan namanya kembali. Dia mahu tahu apa tujuan Ariana berbuat demikian.

Seulas bibir yang masih basah dan merah diperhatikannya. Mengingatkannya akan ciuman mereka semalam. Dia pasti mereka belum pernah tidur bersama. Andai dia pernah meniduri Ariana, dengan tarikan yang ada pada gadis itu, tak mungkin dia boleh melupakan Ariana semudah itu. Tak mungkin.

Jadi apa motif disebalik lakonan Ariana pada majlis perkahwinannya dengan Juwita ?

Badan Ariana digoncang oleh Adam, “Bangunlah.”

Kasar intonasi yang digunakan oleh Adam. Kepala Ariana terasa berat, lambat-lambat dia membuka matanya. Kelopak matanya terasa sungguh berat untuk dibuka. Pandangannya agak berbalam. Lama kelamaan semakin jelas.

Lelaki ni lagi. Dia penuh berharap apa yang berlaku semalam hanyalah mimpi. Bila dia sedar hari ini semuanya kembali seperti biasa. Tapi nyata Adam terpacak dihadapannya.

Adam ???

Ariana terus bangun. Gebar selimut ditarik supaya menutupi tubunya. Badannya diraba, cuba memastikan pakaiannya masih ada.

Dia menarik nafas lega. Pakaiannya masih terletak elok seperti semalam. Tiada apa yang berlaku. Adam memerhatikan gelagat Ariana yang kalut semacam.

“ Ko ingat aku dah perkosa kau ke? Aku tak buat benda tu dengan memaksa. Perempuan yang datang offer tubuh dorang kat aku la ” berlagak sahaja riak Adam. Memang itu prinsipnya, dia tak kan memaksa. Walaupun  Ariana  cukup  menarik  perhatiannya. Hanya loser yang perlu memaksa perempuan untuk meniduri mereka.

“ Bangunlah sebelum aku heret ko ke bilik mandi.” arah  Adam  lagi. Pandangannya  di  arahkan  ke  luar  tingkap  bilik,  cuba  mengalihkan  kemahuannya  untuk  melakukan  perkara  yang  tidak  senonoh  kepada  perempuan  itu. Itu  bukan  niatnya.

Benci betul Ariana memandang wajah Adam. Dia mencebik. Terus dia melangkah turun dari katil.

“ Tuala mana ? ” soal  Ariana  dalam  nada  mendatar.

“ Dalam bilik  mandi  la,  mana  lagi . Ko mandi. Salin pakaian kau tu, dah hapak dah baunya” serentak itu Ariana mencium bau badannya. Hapak dia cakap? Bentak Ariana.     

 “ Pakaian ada dalam bilik mandi tu. Ko ambil je mana-mana yang muat”

Ariana terus ke bilik mandi. Lama dia berendam di dalam bath tub. Itu sahaja caranya untuk menenangkan diri. Menghilangkan semua tekanan yang semakin membelenggu dirinya. Selesai bersiap dia ke tepi tingkap, memerhatikan sekeliling villa indah itu. Villa yang terletak di lereng bukit dikelilingi ladang teh yang memenuhi lereng bukit hingga ke bawah lembah. Anggap saja lah sedang bercuti Ariana, percutian survivor. Bisik Ariana pada dirinya sendiri.

*********************

Adam datang sekali lagi dengan membawa sedulang sarapan. Roti bakar, susu, cornflake, butter dan jem. Ariana memandang Adam dengan pandangan yang dingin. Bencinya pada Adam semakin membara.

“ Makan ” arah Adam sambil meletakkan dulang berisi sarapan di atas meja berhadapan sofa dan tv. Ariana menjeling sekilas. Malas dia nak bercakap dengan Adam. Dia masih terpacak di depan cermin kaca menghadap ladang teh.

“ Kau nak datang sendiri ke nak aku heret kau datang sini ? ” sergahan Adam yang kuat mengejutkan Ariana. Automatik dia mendekati sofa. Sengaja dia melalui jalan jauh supaya tidak perlu melintasi Adam. Roti bakar dicapainya perlahan. Kalau diikutkan dia hilang selera, tapi dia juga perlukan tenaga. Manalah tahu dia perlu bergelut dengan Adam nanti ?

“ Kenapa kau buat aku macam ni Adam ? ” Ariana memberanikan diri bertanya.

And the same question goes to you Ariana.. ” Adam merenung Ariana dengan pandangan yang tajam. Serta merta Ariana menundukkan pandangannya. Perlu kah dia memecahkan rahsia Juwita ? Belum tiba masanya.

“ Berapa bulan kandungan kau ? ”

Ariana mengetap bibir. Tak perasankah kah Adam Kamil yang perutnya sangat rata. Tak  ada benjolan langsung! Ariana menarik nafas.

“ 3 bulan” usia kandungan yang paling lojik difikirkannya.

Adam tersenyum sinis. Masih mahu menipu perempuan ni. Dia bangun dari sofa yang didudukinya, mendekati Ariana, dan mula duduk di sebelah gadis itu. Badannya disandarkan pada belakang sofa penuh santai. Sebelah tangannya diletakkan di belakang Ariana.

So we have sex last three months ?

Terbatuk –batuk Ariana bila Adam bertanyanya begitu. Gila ! Perlu menipu lagi Ariana? Perlukah? Tapi dia sudah berjanji dengan Juwita. Kalau dia memberitahu Adam apa yang akan terjadi? Mungkin dia akan disaman oleh Adam! Bila  jadi  kes  mahkamah  mahu  atau  tidak,  pasti  kedua-dua  belah  keluarga  akan  terlibat  sama. Lagi teruk keadaannya nanti. Pening!

Sikap kelibut Ariana dah menunjukkan dia  berbohong. Adam semakin galak mahu melihat reaksi Ariana. Segelas susu dihulurkannya pada Ariana. Cepat-cepat Ariana meneguknya.

“ I miss the time we did it… ” tangan Adam bermain-main dengan rambut Ariana yang ikal dan panjang hingga ke siku. Pipi gadis disebelahnya  yang  putih  kemerahan  turut diusap perlahan. Terhenti nafas Ariana. Kaku. Adam semakin galak mengenakan.

Wajah Ariana dipegang dengan kedua belah tangannya. Mata mereka bertaut, “ Let’s start a family then.”  Ariana menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu. Dia tidak rela bersuamikan Adam.

“ Tak kan you nak besarkan baby kita ni sorang-sorang ? ” Adam mula mengusap perut Ariana. Terasa geli geliman, bagaikan ada kupu-kupu yang bermain di dalam perutnya. Mahu saja dia menjerit pada Adam, ‘ Stop it ! It was  just  an  act !!! ’ tapi dia masih belum bersedia memecahkan rahsianya. Kemungkinan tindakan Adam akan menjadi lebih agresif jika mengetahui dia berbohong turut menakutkan Ariana.

I  boleh besarkan our baby alone, and please stop touching me! ” Ariana menolak tangan Adam yang semakin liar. Dia bingkas bangun menjauhi Adam. Naik rimas dia dibuatnya.

I nak kita kahwin ”

NO

You yang cari pasal mengaku kandungkan anak I, satu Malaysia dah tahu. Mestilah I kena bertanggungjawab! ”

“ I tak nak kahwin dengan you ! ”

“ Dah tu apa motif you pergi mengaku macam tu waktu I kahwin? ”

“ Sebab you tu lelaki tak guna yang langsung tak layak dengan Juwita ! Faham ? Kalau setakat nak warisi harta pusaka arwah nenda you, you nak korbankan masa depan Juwita, no way !

“ Kau bersubahat dengan Juwita kan ??? ”

“ Tak. You deserve it Adam. Kau memang tiduri perempuan kan? Those yang pregnant kau support dorang untuk gugurkan kan? ” mata Ariana mencerlung melihat Adam. Benci betul dia memandang wajah Adam, lelaki seperti Adam memang wajar diajar.

They want me! Heh, mana ada aku pernah pregnantkan mana-mana perempuan lah! Kau je yang muka tak malu buat pengakuan depan semua orang. Mana maruah kau ? Perempuan bodoh je yang akan bertindak macam kau ni tahu tak?”

Berdesing telinga Ariana dituduh sebegitu. Roti bakar yang masih bersisa di tangannya dibaling ke pinggan. Dia terus berlalu, malas mahu melayan Adam.

“ Aku tak luak sikit pun Adam. Nama kau yang hodoh, bukan aku. People don’t even know me. They know you” Ariana tersenyum sinis.

Hati  Adam  semakin  membengkak  bila  diapi-apikan  oleh  Ariana. Sengaja  cari  nahas. Dia  bangun  mendekati  Ariana.  Tangan  Ariana  dipegangnya  kemas.

“ Apa  ni ? ” tangan  Adam  ditepisnya  tapi  tidak  memberikan  apa-apa  kesan. Muka  Adam  yang  sudah  memerah  diperhatikannya. Terdiam  Ariana  bila  melihat  muka  Adam  yang  menahan  marah. Tangannya  diheret  keluar  dari  bilik  besar  itu,  menuruni  satu  persatu  anak  tangga  banglo  besar  itu.

“ Dolman,  Hilmi !!! ” laungan  Adam  bagaikan  halilintar  yang  memanah  kuat. Terkejut  kedua-dua  orang  suruhannya  yang  sedang  minum  pagi.

“ Kenapa  bos ??? ”

“ Gerak  sekarang ! ” arah  Adam  pada  keduanya. Ariana  hanya  mengikut  bila  diheret  begitu. Terkocoh-kocoh  mereka  berdua  menghidupkan  enjin  Hummer.

Ariana  ditolaknya  ke  tengah  tempat  duduk. Adam  pula  mengambil  tempat  di  sebelahnya. Tangannya kemas mencengkam kedua-dua belah tangan Ariana.

“ Ke mana bos ? ”

“ Tanah  Rata. Kau jalan je”

Pekan Tanah Rata disiggahi mereka bertiga. Adam mengarahkan Hilmi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah klinik. Ariana diheretnya sama. Adam terus ke bilik doktor tanpa mempedulikan mereka yang sedang menunggu giliran. Doktor Rosli adalah Doktor keluarganya di Cameron, penjaga kaunter pun sudah arif mengenai perkara  itu.

Doktor Rosli menyambut mereka berdua dengan senang. Adam mengeratkan pelukannya dipinggang Ariana.

  Uncle, boleh tolong cek girlfriend Adam ni pregnant tak ? ”

Wajah Doktor Rosli berkerut menahan curiga. Adam sudah semakin melampau baginya. Andai papanya tahu pasal ni habislah Adam. Orang muda seperti Adam  perlu diajar erti tanggungjawab, bisik Doktor Rosli. Teman  wanita  bertukar  macam  tukar baju. One night stand perkara biasa. Ariana sajalah perempuan pertama yang dia bawa berjumpa dengan Doktor Rosli. Yang lain entah apa nasibnya.

Ariana semakin takut. Of course dia tak mengandung! Matanya dipejamkan. Dia perlukan masa untuk berfikir, samada mahu memberitahu perkara sebenar ataupun tidak.

“ Cik cuba buat urine test then datang sini balik. Tandas sebelah kiri.” Suara Doktor Rosli mengejutkan lamunan Ariana. Wajah Adam dipandangnya dengan pandangan mengharap. Mengharapkan agar Adam akan menukar fikirannya.

Selepas 15 minit Ariana kembali. Urine sample diserahkan pada pembantu kesihatan di klinik tersebut. Adam masih tersenyum-senyum. Lepas ni rahsia Ariana, penipuan Ariana akan terbongkar. Dia tahu Ariana tak mengandung, di majlis perkahwinan tak jadinya perut Ariana jelas memboyot tapi sekarang kempis, rata macam model teh kurus.

Ariana mengambil tempat disebelah Adam. Doktor mula menyoal beberapa soalan kepadanya. Semuanya dijawab dengan teliti.

 

Pembantu tadi mengetuk pintu bilik doktor sebelum memasukinya dan menyerahkan keputusan kepada Dr Rosli.

NEGATIVE

Doktor tersenyum. Sebelah tangannya dihulurkan kepada Adam.

Congratulation, son. You are becoming a father

Senyum Adam mati. Ariana mati akal.

 
 

Monday, 16 April 2012

BAB 4










BAB 4

Ariana  menyanyi  perlahan  sambil  bermain  dengan  kunci  keretanya. Butang  lock ditekan  dari  jauh  manakala  kakinya  membolosi  pintu  masuk  Alamanda  di  parkir bawah  tanah. Tiba-tiba  tangannya  direntap  dari  belakang. Terkejutnya  dia  bukan kepalang, beg  tangannya  yang  berisi  computer  riba  terus  dihayun  kearah  lelaki  yang masih  memegang  tangannya  dengan  kemas.

Sasarannya  hampir  mengena  tapi  lelaki  itu  sempat  mengelak. Pucat  lesi  wajah Ariana  bila  memandang  wajah  lelaki  yang  menyerangnya.

Tengku  Adam  Kamil.

Lelaki  yang  dah  dimalukan  olehnya  diseluruh  pelosok  Malaysia. Apa  yang  Adam Kamil  mahu  lakukan  padanya ?  Mata  Ariana  meliar  memandang  sekeliling,  tak kanlah  tak  ada  kelibat  manusia  lain  kot??

“ Lepas lah !!! ” jerit Ariana sekuat hati. Tangan Adam yang masih mencengkam bahunya  cuba  digigit  tapi  Adam  terlebih  dahulu  menghentikan  niat  Ariana. Susuk tubuh Ariana dipeluknya erat, menimbulkan persepsi yang mereka adalah sepasang kekasih kepada mereka yang melihat. Pastinyalah Adam cuba menipu CCTV yang terpasang di situ.

“ Ikut aku kalau kau tak nak benda lebih teruk berlaku ” Adam berbisik di telinga Ariana serentak dengan itu dia rasakan tangan Adam menyelinap masuk ke dalam bajunya. Menyentuh sisi pinggangnya sebelum benda tajam yang sejuk seperti besi mendarat di kulitnya. Ariana kaku. Nafasnya tersekat-sekat menahan takut yang amat. Matanya dipejamkan kejap sambil kepalanya diangguk cepat.

Adam tersenyum puas. Tahu pun takut. Gertak sikit dah takut.Tangannya masih selesa berada dipinggang Ariana. Sebilah pisau yang dibelinya di Switzerland masih kemas dipegang. Sekali pandang mereka bagaikan pasangan kekasih yang masyuk bercinta sedang beriringan kearah kereta.

Adam berhenti di hadapan sebuah Hummer bewarna hitam. Kedua penyiasatnya merangkap pengawal peribadinya sudah sedia berada di dalam kereta. Pintu belakang dibuka dan mereka beriringan memasuki perut Hummer.

“ Apa kau nak buat dengan aku, hah??!! ” Ariani menjerit. Macam-macam kes dipaparkan di akhbar sekarang. Rogol dan bunuh, rogol dan bakar, rogol kemudian dicampakkan dari kereta. Mengingatkan semua kemungkinan, Ariana lebih rela berusaha memboloskan diri kalaupun dia mungkin akan mati kerana mencuba  untuk  meloloskan  diri  daripada  mati  setelah  diperkosa!

“ Cameron ” pendek sahaja arahan Adam kepada si pemandu. Pertanyaan  Ariana  langsung  tidak  diendahkan  olehnya. Lelaki yang berkumis tebal dan becermin mata hitam di  hadapan  terus mengangguk dan menekan pedal minyak.

Putrajaya semakin jauh ditinggalkan. Ariana meninjau reaksi Adam, dia menunggu masa bila lelaki itu sedikit terleka. Dia berpura-pura tidur. Perlahan-lahan Adam menjauhkan pisau Swiss nya. Ariana dibiarkan  bersandar  nyenyak pada  kusyen  kerusi.

Hampir sejam dia dibawa pergi. Ariana mengintai dari celahan matanya yang dibuka sedikit. Suasana diluar agak gelap, mereka mungkin dah menghampiri lebuh raya karak. Tak kan nak terjun kat sini? Ariana berkira-kira. Tapi lebih baik kat sini dari dia di bawa di tengah hutan kemudian mereka merogolnya beramai-ramai, mayatnya dicampak kesungai! Ngilu perutnya bila membayangkan semua itu.

Kunci pintu disebelahnya terus dibuka. Bunyi yang dikeluarkan mengejutkan Adam yang berada disebelahnya. Pinggang Ariana lantas dipegang kemas. Ariana meronta-ronta cuba mencapai pembuka pintu.

Badan Ariana dirangkul dan ditolaknya ke atas tempat duduk. Kedua belah tangannya memegang bahu Ariana rapat ke kusyen, dia menindih Ariana agar Ariana berhenti melawan. Wajahnya didekatkan pada wajah Ariana yang kemerah-merahan menahan amarahnya yang semakin menggunung. Matanya dijegilkan.

"Diam!!"

“ Lepaskan aku Adam ! ”

Jarak muka mereka didekatkan hingga hidung mereka bertaut.

"Dont you dare do it again, Ariana"

Badan Ariana semakin menggigil. Demi Allah dia tak pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Demi Allah juga dia sangat takut maruah yang dijaganya selama ini diragut oleh lelaki jahat seperti Adam. Matanya dipejam rapat. Air matanya sudah tumpah tanpa diundang.

“ Adam, tolong….Aku minta maaf….” Menggigil bibirnya mahu menyebut perkataan itu.

“ Jangan nak buat drama lah perempuan.” Rambut Ariana yang beralun ditarik sedikit  oleh Adam. Sakit. Ariana menahan perbuatan Adam yang tak berperi kemanusiaan itu. Sekarang dia langsung tak menyesal memburukkan nama Adam keseluruh negara! Padan muka lelaki itu. Memang dasar lelaki jahat, sumpah Ariana dalam hati. Rambut Ariana ditariknya lagi.

“ Pandang aku! ” Ariana terus membuka matanya. Tidak tahan dengan perbuatan Adam.

Wajah Adam masih tak berganjak. Deru nafas mereka bertaut.

Pandangan  mata  mereka  juga  bersatu. Kacak  telah  Ariana. Berkulit kuning langsat, matanya sangat enigmatik, alisnya hitam sederhana tebal, hidungnya mancung terletak, bulu matanya juga lebat. Ariana berkira dalam hati. Rasa macam tak betul pulak saat cemas macam ni dia boleh terpukau dengan kekacakan Adam. Gila. Mungkin dia dah mengalami tekanan perasaan yang teramat teruk hingga membuatkan dia sedikit weng.

Sedangkan hakikatnya, Adam juga turut terpukau bila Ariana leka memerhatikannya. Bila Ariana sudah diam dan tidak melawan. Malah memandangnya tidak berkedip dengan matanya yang semakin membundar.Adam semakin mendekatkan wajah mereka.

Nafas mereka bersatu.Bibir mereka bertaut.

Ariana terpana.

Adam semakin leka.

Bos, roadblock ! ” sergah penyiasatnya dari depan.

Shit! ” sumpah Adam pada kedua lelaki upahannya. Ariana terkejut dengan apa yang terjadi. Membahang kulitnya bila tersedar dari apa yang mereka dah buat. That was her first kiss ! ‘Ariana.. what have you done?’ tempik Ariana dalam hati. Malu dengan perbuatannya sendiri. Macamana dia boleh terpukau? Ah, berdosa Ariana! Kau berdosa. Malunya dia pada Tuhan…

Badan Adam ditolaknya. Bibirnya terus-terusan disapu dengan hujung lengan baju. Adam segera memerhatikan road block tak jauh dari kenderaan mereka.

“ Buat biasa je” arah Adam.

Pisaunya dikeluarkan sekali lagi, diletakkan tepat dirusuk Ariana. Tangan Adam masih seperti tadi, menyentuh pinggangnya yang sudah terasa seram sejuk dan kegelian.

Pinggang Ariana dirangkulnya kemas. Jarak mereka didekatkan dan kepala Ariana ditolaknya supaya bersandar pada bahunya. Lagaknya seperti pasangan romantik.

“ Ko jangan pandai-pandai minta bantuan Ariana. Kalau kau tak nak tengok adik kau yang paling bongsu diculik macam kau sekarang” serta merta Ariana teringatkan adik bongsunya, Amalina yang baru berusia 11 tahun. Macam  mana  Adam  tahu ?

Badannya terus kaku. Dibiarkan sahaja Adam merangkulnya erat. Pegawai polis yang mengintai ke dalam kereta dipandangnya kosong. Dia hanya memerhatikan Adam tersenyum pada pegawai polis tadi sebelum kereta mereka meluncur laju membelah malam.

Bila dia tersedar, mereka dah pun berada di hadapan sebuah banglo mewah berkonsepkan English. Taman di hadapan rumah dipenuhi dengan bunga-bunga ros yang sedang mekar. Orang  suruhan  Adam  yang  berada  terlebih  dahulu   turun  untuk  membuka  pintu  rumah  banglo.  Adam  menyuruh  mereka  masuk  terlebih  dahulu.

Ariana  menjeling  Adam  yang  menunggunya  di  pintu  Hummer. Badannya  sudah  berada  di  luar. Tangannya  memegang  pintu  Hummer.

“ Turun ” arah  Adam  dalam  suara  yang  mendatar.

Ariana  berpura-pura  mahu  turun  tapi  pantas  dia  melompat  ke  tempat  pemandu,  membunyikan  hon  sekuat  hatinya. Cuba  menarik  perhatian  orang  sekeliling  jika  ada. 

Adam  meluru  masuk  dan  menarik  kaki  Ariana  dari  tempat  duduk  belakang. Ariana  menendang  membuta  tuli. Sakitnya  boleh  tahan,  telah  Adam.

“ Woi, kau  ni  kan  memang  nak  kena !!! ” mendidih  suhu  marah  Tengku  Adam  bila  berhadapan  dengan  perempuan  sedegil  Ariana. Badan  Ariana  dipeluknya  erat. Ditarik  dari  pintu  bahagian  depan  Hummer  untuk  dibawa  keluar  dari  perut  kenderaannya. Hilmi  dan  Dolman  terkocoh-kocoh  keluar.

“ Kenapa  bos ?? ”

Adam  yang  sudah  mengendong  Ariana  di  bahunya  hanya  menggelengkan  kepala. Kaki  dan  pinggang  Ariana  dipegangnya  kemas  supaya  tidak  jatuh.

“ Lepaslah  !!!! ” Ariana  masih  tidak  berputus  asa.  Dunia  kelihatan  terbalik  di  matanya. Belakang  Adam  dipukulnya  berkali-kali.

Adam menaiki tangga hingga ke tingkat atas, sebuah bilik yang agak luas dibukanya. Katil yang dihiasi hiasan mewah ditujui Adam. Tubuh Ariana dihempaskannya ke atas tilam. Senak perutnya diperlakukan sebegitu. Kepalanya  juga  pening  bila  melihat  dunia  dalam  keadaan  tunggang  terbalik. Terjelepuk  dia  di  atas  katil  besar  itu.  Adam  juga  dilihatnya  berbalam-balam.

“ Stay  here ” arah  Adam  sebelum  terus  keluar  meninggalkan  Ariana. Ariana dikurungnya di bilik serba mewah milik keluarganya itu.