Join This Site

Wednesday, 30 May 2012

BAB 15


Assalamualaikum wbt, 

Hehe Farra Joe dah sakit kepala tunggu update.haha.kecian je...So Evelyn menyilok la waktu keje. Ingat nak reply comment tapi nnti after office hour kot. Laptop saya tgh direpair..gerhana betul tade lappy. 

KaryaSeni ada call Evelyn utk publish novel ni (alhamdulillah and thanks a lot to KaryaSeni for the oppurtunity given)  few weeks ago.  So doakan dpt siapkan cepat ye! lol. and satu lagi Evelyn tengok most of the traffic datang dari sini : http://enovel-link.blogspot.com/ . So thanks to enovel for listing this blog there ;) 

Okay, enjoy friends! 

p/s: Dari tadi nak post skrg baru dapat post. hehe. keje macam hujan.



------------------------The Wedding Breaker Bab 15 -----------------------


Semalam dia mabuk lagi, Zahidah atau nama glamournya Zatty yang membawanya balik ke kondonya. Adam melihat disebelahnya, tiada pula Zatty disitu. Kepalanya terasa berat tapi dia gagahkan juga untuk bangun. Kelibat Zatty dicarinya. 

Perempuan bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah dan rambut lurus paras bahu sudah siap menyiapkan sarapan untuknya. Wajah Zatty masam sahaja. Merajuk? Kenapa? Soal Adam pelik. Biasanya Zatty akan bawa makanan tu ke bilik. Bed Breakfast yang selalu dibuat bila mereka bersama.

"Hi" tegur Adam sepatah. Kerusi ditariknya untuk duduk. Zatty masih membisu. Mukanya masam mencuka. Buruk bebenor Adam melihatnya.

" You ni kenapa? Pagi - pagi dah tunjuk muka kebebet ni kat I ? " suara Adam mendatar. Tiada riak mahu memujuk. 

" Siapa Ariana?"

" Kenapa you tanya ? " Kenapa nama Ariana juga yang naik pagi-pagi ni? Dia nak lupakan Ariana, si Zatty ni pula yang naikkan nama perempuan tu. Tak habis-habis.

" Dah dua malam Tengku..." dua malam apa? Apa yang Zatty nak sampaikan ni? Wajah Zatty dicerlungnya. Apa kaitan dua malam mereka bersama dengan Ariana?

" Siapa yang Tengku ingatkan when you are sleeping with me? Jangan gunakan saya when you mind is so flooded with Ariana! Tengku menjatuhkan maruah saya!" Serius Zatty memarahi Adam.Supermodel yang digilai oleh ramai lelaki macam dia boleh diperlakukan sebegitu oleh Tengku Adam.

Apa yang dia dah buat? Adam bungkam.

" I tak fahamlah apa maksud you? You nak nak duit I dah bagi kan? What else? Jangan nak cari pasal dengan I pepagi ni boleh tak? " spoilkan hari minggunya sahaja. Ingatkan hari Ahad macam ni boleh berehat. Celik mata je dah ada yang nak cari gaduh. Adam merengus.

" Tengku, kalau malam lepas saya boleh tahan. Tapi kalau dah dua kali it happen, I can't. Tengku carilah perempuan lain untuk Tengku gunakan. Not me. Jijik Tengku. Jijik ! " 

" What is so wrong with you? Sejak bila tidur dengan I dah jadi jijik Zatty? "

" Sejak you keep on calling Ariana's name while doing  ‘it’ with me! " Meja makan ditinggalkan. Zatty mencapai handbagnya sebelum terus meninggalkan Adam yang masih tercangak, terkejut dengan apa yang Zatty sampaikan. 

- - - - - - - - - 

Cuba mencari ketenangan dengan perempuan, makin menyerabutkan kepalanya ada. Lebih baik dia ke Royal Selangor Polo Club, menunggang kuda. Sudah berminggu dia tidak menjenguk Bucephalus, kuda hitam dari keturunan Arab yang dibelinya dari seorang jutawan arab saudi. Bucephalus dinamakan sebegitu kerana fizikal dan kekuatannya seperti kuda hitam milik Alexander The Great yang juga bernama Bucephalus. Dia jatuh hati dengan Bucephalus sewaktu ke rumah kawannya Thoriq Hamdi di Riyadh 8 tahun lepas.  Bucephalus diterbangkan ke England untuk tinggal bersamanya di sana, sebelum kemudiannya diterbangkan pula ke Malaysia 5 tahun lepas. Bila dia mengambil keputusan untuk bermastautin di Malaysia atas desakan Tengku Mukhriz.



Bucephalus dijaga oleh pihak Royal Selangor Polo Club, dia membayar kos makan, penjagaan, sewa kandang dan upah penjaga kuda. Encik Azman yang mengendalikan kuda di situ memang boleh diharap. Encik Azman juga penggemar kuda. Dia menyalami Encik Azman sebelum ke kandang di mana Bucephalus  ditempatkan. 

Kuda hitam yang tinggi dan sasa menjerit sakan bila melihat tuannya datang. Pasti Bucephalus rindukannya. Adam ketawa melihat keletah Bucephalus. Kuda tidak seperti manusia, dia tahu apa yang ada diminda tuannya walaupun tanpa komunikasi yang nyata. 

" How are you my little boy..." Kepala Bucephalus diusapnya penuh sayang. Beberapa ketul lobak merah dihulurkan kepada Bucephalus.

Bucephalus makan dengan sakan. Kepalanya digeselkan pada Adam. Gembira dapat kembali melihat tuannya. Sudah berminggu Adam tidak datang menunggang.

" Makan kenyang-kenyang...nanti kita jalan-jalan"

Bucephalus menyahut kata Adam dengan anggukan. Kepala Bucephalus direndahkan, meminta tuannya mengusap. Adam ketawa. Kepala Bucephalus diusapnya lagi. Sebelah lagi tangannya menyuakan makanan. 

Bucephalus di bawa keluar dari kandang untuk outride di trail yang telah disediakan oleh pihak Royal Selangor. Hutan kecil dilalui oleh mereka. Terasa tenang bila dapat menunggang di kawasan sebegitu, biasa dia akan menunggang di hutan kecil di England bila kepalanya agak berserabut. Jika dia dalam mood biasa, Bucephalus akan dibawa ke gelanggang untuk berlumba dengan kawan-kawannya.

Adam memberhentikan Bucephalus di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Badannya dijatuhkan untuk berbaring di atas Bucephalus. Bucephalus membiarkan sahaja tuannya, dia sudah masak benar dengan perangai Adam. 

" Dont you feel lonely, Bucephalus"

" Kau tak ada girlfriend. Tak ada isteri...tak ada anak-anak...Dah 8 tahun kau tinggal dengan aku, tapi aku tak carikan kau isteri pun kan? "

Bucephalus menggerakkan ekornya, melibas ekornya yang panjang hingga terkena kepada Adam. Adam ketawa. Dia tahu Bucephalus faham apa yang dibualkan. 

" Kau nak isteri eh? Nanti aku belikan satu..."

Bila Bucephalus mengeluarkan bunyi, dia ketawa lagi. Terus dia teringatkan Daddynya yang tak habis-habis memaksanya untuk berkahwin..Mungkin perasaan Daddynya sama seperti apa yang dia rasa untuk Bucephalus. Mahukan yang terbaik untuk kudanya itu. Adam sudah tidak pasti samada mahu pasrah dengan pilihan Daddynya, atau...cuba mendekati Ariana.. tapi antara dia dan Ariana tidak mungkin akan terjadi sebuah perkahwinan. Ariana bukan dari golongan sepertinya..nanti dia akan ditertawakan jika memilih isteri yang hanya berkelulusan SPM, anak peniaga gerai? Antara dia dan Ariana ada chemistry yang kuat, hingga sekarang dia masih belum mampu melupakan wajah mulus Ariana Rose. Ariana Rose yang cantik secantik mawar merah, tapi durinya tajam hingga dia tidak mampu menyentuhnya sekali lagi.

" Ehekkkk!!! " Bucephalus berbunyi kuat, mengejutkan Adam.

Kudanya itu mula berlari anak. Adam terus menegakkan diri. Tali pedal dipegangnya kemas. Larian Bucephalus semakin laju...angin yang menempias mukanya terasa sungguh nyaman. Mereka menuju ke kawasan padang yang lebih luas. Bucephalus menguatkan lagi lariannya. Adam memejamkan mata, Bucephalus dipecutnya hingga dia dan angin mula bersatu. 

-  - --- -  - - - - - --

Usai meletakkan Bucephalus kembali ke kandangnya, memberi makan dan membasuh tubuh Bucephalus, Adam ke Coffee House. Meja paling tersorok dipilihnya, dia tidak mahu diberikan perhatian oleh mana-mana ahli perniagaan yang mencari rezeki ditempat sebegini. No Business On Sunday, itu prinsipnya. Berbual kecil mengenai bisnes pun tidak akan dilayan jika hari itu adalah hari Ahad.

Segelas juice dan chicken chop dipesannya. Dalam 15 minit makanannya sudah siap terhidang. Dia mengadap dinding, membelakangkan mata-mata yang memasuki coffee house tersebut. Dia betul-betul tidak mahu diganggu.

"Silakan duduk Miss Rose" bunyi kerusi ditarik agak jelas kedengaran di telinga Adam. 

" Thanks" si gadis membalas. Macam pernah didengar suara ini..bisik Adam. Tapi dibiarkan sahaja. Dia terus menyuapkan makanan.

" You nak makan apa? Minum?" si lelaki bertanya lagi.

" Hmm..teh tarik. Minum je"

" Okay.." kedengaran si lelaki memanggil waiter. Kemudian memesan makanan dan minuman.

"Biasanya bila riding session untuk disabled ni diadakan Faizul?"

" Tiga kali seminggu. Selasa, Rabu dan Khamis..dari pukul 10.00am hingga 12 tengah hari. Sekarang ni Hazrin Abdullah yang lead altogether with dua foreigners" 

" I nak register untuk one disabled school yang I jaga..but time allotment I tak boleh nak datang pula. Weekdays I kerja"

" Takpe...I boleh tolong jagakan, plus cikgu sekolah tu adakan?" 

" Ada....Nanti I minta cikgu in charge contact you dulu ya..I teringin nak volunteer juga..takde untuk weekend?"

Lelaki yang sama ketawa, " Tak ada...you are very kind Ariana Rose"

Adam tersedak. Cepat-cepat dicapainya juice dragon fruit. Ariana Rose? Memang bayang perempuan ni akan sentiasa mengekorinya. Macam hantu. Itulah buat dosa sangat dengan perempuan tu. Dah buat dosa, tidak mahu bertanggungjawab. Padan muka kau Adam! 

Adam mengintai ke belakang. Topinya diturunkan sedikit agar Ariana tidak mengecamnya. Memang jelas, Ariana Rose bt Hussein sedang berbual mesra dengan seorang lelaki muda. Mungkin lewat 20an. Ariana semakin cantik bila wajahnya yang putih menjadi kemerah-merahan. Mungkin baru lepas menunggang. Rambutnya yang panjang diikat tocang. 

Lelaki yang dipanggil Faizul tadi sibuk memandang Ariana. Tidak berkelip. Kalau nak berbincang pun tak perlu lah nak pandang lama-lama. Macam tak pernah tengok perempuan cantik. Herdik Adam dalam hati. Kalau ikutkan hati mahu sahaja disuruhnya si Faizul tu ketepi. 

" No lah Faizul..I just love being around horses and helping those kids buatkan saya rasa puas. Kalau ada masa awak bolehla lawat dorang. Sekolah dorang area sini je. Saya selalu pergi weekend"

" Menarik juga tu. Next week boleh saya pergi dengan awak" Faizul ketawa lagi. Ketawa yang menyakitkan hati Adam. Bukan nak buat volunteering, nak menggatal sebenarnya tu. Herdik Adam lagi. Chicken Chopnya sudah siap dicincang lumat sambil telinganya sibuk mencuri dengar perbualan Ariana dan Faizul.

"Boleh je...you are most welcome. Nanti saya akan kenalkan awak dengan Mia dan Azri. They are very cute..walaupun keduanya ni ada disability, Mia kena demam panas waktu kecil yang menyebabkan dia hilang suara...Azri pula down syndrome..tapi dorang berdua ni sangat positif dalam hidup dia. Bila awak tengok bagaimana bersemangatnya dorang ni teruskan kehidupan, we will feel so grateful. Hilang habis semua masalah yang terbeban " Ariana senyum. Faizul semakin cair. Adam semakin membahang menahan marah.

" Jarang saya jumpa perempuan muda macam awak yang sanggup turun padang buat volunteering untuk golongan macam mereka ni Rose, inshaAllah, next week saya pasti akan ikut serta. Boleh kita bincang dengan cikgu sekolah tu about your plan untuk mendaftar. Pasal bayaran, kita boleh carikan sponsor untuk mereka"

"Thanks Faizul...Thanks a lot...riding for disabled ni saya dah mula buat kajian last few months. Waktu saya join Horse Riding di Serdang, ada few kids ada disability ikut therapy ni, and it works for them. Cuma, tak semua orang ada duit kan nak ikuti kelas theraphy macam ni. Kalau ada orang yang sanggup menyumbang that would be great....Saya akan cuba tampung mana mampu" Ariana senyum lagi.

" Okay, inshaAllah. Kita cuba usahakan sama-sama" Faizul senyum meleret. Cuba usahakan sambil mengorat anak orang. Cemuh Adam lagi. Dia bangun. Bahu Faizul ditepuk. Faizul berpaling memandang Adam.

" Hye...! Datuk...!" Faizul menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adam menyambut baik. " Duduk dulu Datuk" Adam mengangguk. Makanannya di bawa ke meja Ariana dan Faizul tanpa malu.

"Do you mind?" dia berpura-pura bertanya Ariana. Tanpa menunggu jawapan, kerusi disebelah Ariana ditariknya.

"Rose, kenalkan ni Datuk Wira Tengku Adam Kamil. Datuk, kenalkan ni Ariana Rose" Ariana hanya mengangguk. Adam pun sama. Masing-masing diam. Faizul terasa canggung dengan perlakuan mereka.

"Mmm korang dah kenal ke?"

"Dah" konfiden jawapan Adam. Ariana pucat. Apa yang akan Adam beritahu kepada Faizul?

"Datuk ada sponsor satu program anak yatim yang Kementerian saya anjurkan" Ariana senyum pada Faizul. Adam dibiarkannya.

" Saya terdengar perbualan korang berdua tadi. Saya agak berminat untuk membantu dari segi kewangan. Kalau Cik Ariana tidak keberatan you can brief me about it."

Adam sengaja cari pasal, bisik Ariana. Tapi dia memang perlukan sumber kewangan untuk kanak-kanak kurang upaya mengikuti kelas menunggang kuda tu.

"I can brief you now kalau Datuk okay?" 

Adam geleng, " I dont talk about business on Sunday. You can come to my office anytime you are free" 

" I won’t be able to make it on weekdays. So...maybe tak ada rezekilah saya nak terima sumbangan dari Datuk" 

" You macam tak serious je nak cari sponsor" Adam senyum. Sengaja mahu menduga kesabaran Ariana. Dia tahu Ariana cuba mengelat. Bepura-pura  tak  kenal  konon...tapi cuak, bisik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas merenung Ariana. Faizul hanya memerhatikan dari tadi. Macam tak sebulu je dua orang ni, bisik Faizul.

"I am serious. Cuma saya kerja on weekdays"

" Habis kerja?"

"5.30 pm"

"Datang after 5.30 pm then. Saya ada di pejabat. It’s up to you, if you are serious wana help the needy why not pull some effort?" kata-kata Adam ada betulnya. Kalau dia serious mahu membantu anak-anak kurang upaya tu, sepatutnya dia ketepikan masalah dia dengan Adam.

"Okay...Rabu ni lah kalau macam tu. Saya lapang sikit on that day. Ofis Datuk kat mana?" Adam keluarkan business card nya. Tertera namanya, alamat, dan nombor telefon pejabat.

"Call my secretary untuk set appoinment. Rabu 6.30pm?"sekeping kad nama disuakan kepada Ariana. Kad nama disambut.

" Hmm okay, I think I can make it at 6.30pm"

" Okay. See you then"




 * Note : Weblink utk riding for disabled http://rda-malaysia.com/polo-club.html  
dan  http://www.rda.org.uk/

Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Friday, 25 May 2012

BAB 14

Assalamualaikum wbt.

A very quick post guys..sangat sibuk (T.T) - sorry took long time to update + laptop memang dah rosak tahap tak leh nak hidupkan dah, so nak update kat office memang tak menyempat. Hari ni pun sbb rehat lama sikit. Okay no more talking, enjoy guys n thanks for patiently waiting ;)


E.R
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 14

Esoknya, Adam disuruh Mommy dan Daddynya untuk pulang ke rumah. Habis waktu pejabat, Adam terus ke rumah mereka di Damansara. Kata Daddynya urgent. Kalau Tengku Mukhriz kata urgent memang maksudnya urgent. Kalau tak, tak berkejar dia ke sana.

Usai sampai tangan mommynya disalami. Jam dah menunjukkan pukul 8.00 malam. Makan malam dah pun siap terhidang, Tengku Mukhriz yang baru selesai solat turun dari tingkat atas. Adam menyapa Daddynya dengan mesra.

" Jom makan " Tengku Mukhriz mengajak seisi keluarganya untuk makan bersama. Keluarganya bukan ramai pun, dia, isterinya dan Adam. Dia mungkin dikurniakan rezeki yang banyak dari segi wang ringgit, tapi rezekinya dari segi anak-anak tak sebegitu. Apa pun dia bersyukur dikurniakan Adam, seorang anak dah cukup dari tiada langsung.

Lama dia tak makan masakan Mommynya. Mommy pun jarang masak, kecuali dia balik ke rumah. Hari-hari biasa Mak Som atau Yanti yang masak. Adam makan dengan berselera. Entah apalah amanat yang papanya nak sampaikan dia pun tak pasti.

" Isya' nanti kita solat sama Adam "

Adam rasa macam tercekik tulang ikan tapi yang dikunyahnya adalah ayam. Perit tekaknya mahu menjawab ajakan Daddynya. Gelas air cepat-cepat disambar, dia minum dengan rakus.

" Adam solat sendiri lah Daddy "

" Ini arahan Adam "

Owh My God. Dah bertahun Adam tak solat. Macamana nak solat ? Aduhh pening kepala dia berfikir. Nak makan lagi, nak fikir lagi. Daddy ni pun satu, bangkitkan isu ni waktu makan. Kan dah hilang seleranya.


" Okay Daddy..."



Makanan dalam pinggannya dihabiskan secepat mungkin. Adam mahu naik ke biliknya. Dia nak buka laptop, surf internet cara-cara menunaikan solat sebelum dia ke bilik solat untuk solat Isya bersama ayahnya.

Paparan Youtube ditontonnya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Dia boleh ingat pergerakan solat, tapi doa, surah dia tak mampu mengingat dengan baik. Dia hanya ingat surah Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Ingat tu pun jadilah bisik Adam sendiri. Selesai mandi dan menukar pakaian, Adam ke bilik solat atau surau dirumahnya di tingkat satu. Kelihatan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania sudahpun bersedia di tikar sejadah. Seorang ustaz pun ada bersama. Lega rasa hati Adam, dibuatnya Daddynya meminta supaya dia jadi Imam memang nahaslah.

Usai solat Isya' Ustaz tadi memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kepentingan solat. Adam dengar acuh tak acuh, tapi sedikit sebanyak dia terasa.

'  kalau kita tak solat, kita jauh lebih teruk dari syaitan. kenapa? sebab syaitan tak mahu sujud pada Nabi Adam sahaja, tapi syaitan tetap bersujud pada Allah '

Maknanya dah 17 tahun dia jadi syaitan, ah bukan syaitan tapi lebih teruk dari syaitan. Seusia 30 tahun dia dah lupa cara solat. Ini lah kali pertama Daddynya mengajaknya solat bersama. Adam meraup mukanya, kata-kata ustaz memang terkesan padanya. Mereka semua bersalaman, Ustaz tadi dijemput untuk minum malam bersama. Usai Ustaz turun mengikut seorang pembantu rumah, Daddynya merapati Adam.

" Ada hal Daddy nak bincang dengan Adam"

" Pasal apa Daddy? "

" Jumaat dua minggu lagi Daddy akan hantar rombongan meminang "

" Daddy nak kawin sorang lagi? Mommy tahu ke?"

" Isk budak ni, kesitu pulak. Daddy nak pinangkan anak Datuk Jusoh untuk Adam "

Adam terkejut. Siapa pula anak Datuk Jusoh? Tak habis dia dipaksa kawin dengan Juwita kali ni dipaksa lagi kawin dengan anak orang lain pula.

" Adam bukan nak melawan Daddy..tapi you see what happen the previous time kan? Kahwin ni perlu ada kemahuan dari kedua-dua belah pihak. "

 " You are saying Juwita pun tak nak kahwin dengan Adam ?"

" I'm saying that….well,  yes. Juwita tak nak daddy. That woman yang crashed in my wedding was informed by Juwita about our marriage" Hampir-hampir dia terlepas cakap mengenai lakonan Ariana dimajlis kahwinnya, tapi mengingatkan yang gadis itu sudah hilang mahkotanya dek kerana peristiwa tersebut dia tidak mahu menyusahkan Ariana lagi. Kalau daddynya tahu, sah Ariana akan diheret ke mahkamah dengan Juwita sekali.

Akan terbongkar juga rahsianya meniduri Ariana.

Tapi Ariana yang mengaku mengandungkan anaknya di majlis kahwinnya dulu. Kalau kes ni di bawa ke court rasanya dengan tuan hakim pun pening. Sorang kata mengandungkan anaknya, kemudian lepas tu baru diperkosa? Mana boleh. Tak lojik. Mestilah diperkosa dulu baru mengandung. Kalau Ariana mengaku berbohong dan saja mahu menjatuhkan maruah Adam, dia tetap tak salah sebab Ariana masih lagi mengaku pregnantkan anaknya sampai lah malam tu, pada saat kritikal macam tu baru Ariana nak mengaku menipu. Kalau dah sampai tahap kritikal macam tu lelaki mana pun tak kan mampu hentikan niat mereka. Bukan dia je. Nafsu lelaki ni kan satu je, satu dalam fragment yang besar. Seks. Perempuan.

" Ya Allah Juwita....sampai macam tu sekali..." Tengku Mukhriz  menggelengkan  kepalanyany.. Nak diberitahu pada Tengku Sidin, memang nahaslah Juwita kalau dia tahu. Juwita walaupun saudara jauh dengan Adam tapi tetap keluarga baginya. Tengku Sidin tu garangnya tak bertempat. Kalau dia dikategorikan sebagai tegas dan garang, Tengku Sidin 50 kali ganda lebih garang darinya.

"Jadi betul lah perempuan tu pregnantkan anak Adam?”

Adam jungkit bahu. Tak mahu menjawab. Ariana pregnant ke? Semalam dia tengok perut Ariana macam flat je lagi. Tapi baru dua bulan…macamana kalau betul-betul pregnant?

Tengku Mukhriz sudah tahu apa jawapannya. Dr Rosli sudah awal-awal memberitahunya. Yakinlah dia Adam memang ada hubungan dengan Ariana dan Ariana nak Adam ke fasa serius. Betul telahan Dr Rosli, bisik Tengku Mukhriz meyakinkan dirinya sendiri.

“Adam. Sekali lagi daddy tahu Adam berzina,daddy tak kan berkompromi lagi. Kalau ada perempuan mengamuk lagi, nak heret Adam ke court ke apa, Adam tanggung sendiri. Daddy tahu daddy silap tak bimbing Adam dulu, tapi Adam dah besar panjang Adam. Cuba usahakan untuk cari cahaya Islam tu balik”

Panjang lebar pula ceramah daddynya. Rasanya baru 3 tahun lepas daddynya berubah insaf. Pada usia 59 tahun baru daddy nya nak cari nur islam. Kalau dia contohi daddynya, dia ada masa 29 tahun lagi untuk teruskan kehidupannya sekarang sebelum mula mencari ustaz untuk ajarkan segalanya pasal Islam. Ikutkan hati nak je dia bagitahu daddy nya macam tu, tapi kang tak pepasal lagi murka Tengku Mukhriz. Bala jangan dicari.

“Okay daddy” Adam jawab acuh tak acuh. Sekadar mahu menghentikan leteran Tengku Mukhriz.

“Lepas ni every night Adam datang sini. Makan malam kat sini, solat Isya sama-sama”

Aduhai nak kene solat pula tiap-tiap malam! Rengus Adam dalam hati, tapi mulutnya mengiyakan sahaja. “Ya daddy, kalau Adam tak ada appoinment”

“Jangan nak tembelang Adam. Daddy akan dapatkan schedule Adam dari Farah. Remember you gona be a husband soon Adam. Daddy tak nak Adam jadi macam daddy dulu….Siap sedialah sekarang Adam untuk bimbing anak isteri Adam…” lemah bunyi suara Tengku Mukhriz, penuh penyesalan.

“Come on daddy….nak Adam kawin juga ke? Is that plan still on?”

“Of course!” tegas Tengku Mukhriz menjawab.

“Who is she? Adam tak kenal pun anak Datuk Jusoh tu….can you give me a choice? At least?”

“Berapa banyak peluang daddy dah bagi kat Adam, cuba Adam ingat balik? Zatty Adam kata tak setaraf, Lisa Adam kata playgirl, Liyana yang tergilakan Adam dulu sampai abangnya Ramzul tu bermusuh dengan kita pun Adam kata tak sepadan juga. Siapa yang sepadan dengan Adam?”

Hadui..makin panas perbincangan mereka. Tak pernah daddy nya mengungkit macam ni. Memang semua perempuan yang daddy nya sebut tu dia tak berkenan. Semuanya model, artis, pelakon. Memanglah cantik, tapi kalau cantik je otak tak ada, tayang tubuh je tahu tak kan lah dia nak ambil buat ibu pada anak-anaknya nanti? Bila berbual pun hanya tahu merengek, ajak dia shopping, tak kanlah dia nak hidup dengan perempuan macam tu sampai ke mati? Lagipun, sangat obvious yang dorang semua tu nak kan hartanya. Siapa nak tanggung kos suntik silikon di dagu kalau bukan dia? Mutual benefit lah. Dia dapat apa yang semua lelaki impikan, bersama perempuan cantik yang popular, dan mereka semua dapat duit, sponsorship darinya.

“Daddy, you know who are they kan? They want my money! I’m not dumb” suara Adam mula meninggi. Tengku Mukhriz buat muka annoying dengan perangai anaknya.

“Okay, this Rose anak Datuk Jusoh kawan papa di Kelantan is your match” suara fakta dri Tengku Mukhriz. Siap dengan tangannya digayakan ala pemidato. Nak ketawa pula Adam melihatnya. Macam tu sekali semangatnya Tengku Mukhriz kali ni.

Rose anak Datuk Jusoh? Entah-entah namanya Rosnah Binti Jusoh. Panggilan glamour Rose. Mengekek Adam ketawa dalam hati. Kalau daddy nya tahu apa yang dia dok fikir, mengamuk orang tua tu.

“Adam tak kenal dia”

“Adam nak kenal dia dulu? Nak jumpa?”

“Not interested. Tunggu majlis kawin lah Adam jumpa. Nak tak nak Adam kena terima kan daddy?”

Terasa dirinya diperli oleh anak sendiri. Tak semena-mena Tengku Mukhriz cuba membela diri, “Ni pilihan terbaik untuk Adam. She is pretty.”

Kepala Adam membayangkan Ariana Rose. Tiada gadis secantik Ariana di matanya.

“She is educated. Graduate Master in Management and Politic from Cambridge University”

Terus nama Ariana padam. Ariana kerani. Penolong Setiausaha kata Hilmi. Sama lah tu macam kerani.

“She did her A-level also in Cambridge, a straight A’s scorer”

Wajah Ariana masih tak mampu timbul kembali. Ariana lulusan SPM. Ye lah, kalau dah kerani lulusannya mestilah SPM.

“Ayahnya politician in Kelantan and owned his own construction company”

Ayah Ariana peniaga gerai.

“Her mom owned a Beauty House and Boutique in Kelantan”

Mak Ariana? Hmm..tak tahulah dia apa kerjanya. Tak pula Hilmi bagitahu.

Ariana hanya menang pada cantik. Yang lainnya tersadung kalah….tapi wajah tu juga yang dia ingat. Wajah tu juga yang buat hatinya tak keruan. Apa ada pada Ariana? Kalau hanya cantik, kekasihnya yang lain supermodel. Cantik juga. Ariana bagaikan magnet padanya. Hatinya berdegup kencang setiap kali berada dengan Ariana..

“Adam dengar tak apa daddy cakap ni?” bengang pula Tengku Mukhriz bila Adam mula melangut. Langsung tak memberi respon.

“Dengar. Okay fine, daddy. Majlis kawin I will see her. For the time being I want my freedom”

Tak berubah-ubah juga Adam ni. Bagi nasihat kat anak terunanya ni macam curah air di daun keladi. Buat habis air liur je. Lantak kau lah Adam! Tengku Mukhriz dah mula marah. Kalau Adam nak jumpa waktu akad nikah, let it be. Dia sendiri pun tak akan sesekali memberikan informasi pada Adam mengenai tunangannya nanti. Pandai-pandai lah nak hidup. Tegar sangat nak jumpa waktu akad nikah. Get what he wish.

“Sure. Majlis tunang 8 Mei 2012. Majlis kahwin 3 months after. 17 August ”

3 bulan? Cepat sangat tu..telah Adam.“What so rush? Client kilang elektronik dari Jepun kan datang sini 8 Mei daddy..”                                                                                              

“Hadir akad nikah je. Tunang tak payah. Bukan elok si terunanya ada sama waktu bertunang. Kita ni kerabat kena ikut adat.  Daddy dengan mommy uruskan semua,Adam tak payah nak complaint”

Adam jungkit bahu. Whatever.

“Okay” pendek sahaja balasnya pada Tengku Mukhriz. Cakap banyak pun tak guna. Kalau dah Tengku Mukhriz kata macam tu, macam tu je lah....

“Adam balik dulu la daddy, esok meeting awal. I get your point, August my wedding ”

Adam terus meminta diri. Itu rupanya hal penting yang Daddynya nak bagitahu. Dia meninggalkan Villa Indah dengan perasaan sebal. Asyik-asyik kena paksa kahwin. Baru beberapa bulan tarikh perkahwinannya dengan Juwita, dah ada calon baru. Mukanya dah nampak desperate sangat ke nak berbini?

“Siapa yang sepadan dengan Adam” soalan ayahnya diulang tayang.

Hanya Ariana yang terbayang di benaknya. Tapi sayang …..Dia takut mengahwini Ariana akan menjatuhkan statusnya di mata kawan-kawannya yang lain. Peluang untuk menjadi perempuan simpanannya pula,  Ariana tolak mentah-mentah.

Kenapalah dia boleh rindukan gadis itu?

Gadis? Adam senyum sumbing, sudah bukan gadis lagi. Dia orang pertama menyentuh Ariana. Memang nikmat menjadi lelaki pertama, tapi lebih nikmat jika hanya dia sahaja yang menyentuh Ariana. The one and only. Sakit hatinya melihatkan Ariana dengan Harith. Lelaki itu pun boleh tahan kacaknya...Dia mahu mendekati Ariana sekali lagi, tapi perempuan itu langsung tidak heran dengan kehadirannya. Berpura-pura tidak mengenalinya...Kusut kepalanya bila memikirkan Ariana! Hati kata mahu, ego kata jangan, tapi bila jumpa tangan tak boleh nak dok diam! Asal dekat Ariana je, tarikan tu bagaikan magnet. Magnet yang asyik melekat tak mahu lepas.

Adam mendengus.Pedal minyak ditekan, arah laluannya juga berubah. Niat awal untuk terus balik ke rumah dibatalkan. Sebaliknya Audi R8 diarahkan ke sebuah kelab. Dia perlu melupakan Ariana. Kat sana ramai perempuan lain akan membantunya melupakan Ariana. Adam senyum.


Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Friday, 18 May 2012

BAB 13

Wah..ramai  sungguh  yg  tak  sabar  nak  tengok  Adam  ngan  Ariana  jumpa  balik  ya?  Bab 12 dan 13 tak  leh  combine  sebab panjang  sangat  kalau  combine.  Tapi  memang  plan  nak  post  terus  before  weekend ;)

okay,  enjoy! Thanks  for  reading  :))

- Evelyn  Rose -

-------------------------------------The  Wedding  Breaker  -------------------------------------

BAB 13


Perkarangan  Hotel  Marriot  Putrajaya  dimasukinya.  Ariana  berdandan  sehabis  cantik. Lama dia tak berdandan. Sejak kejadian diculik oleh Adam, dia memang murung. Sedih. Pakaiannya pun sememeh je bila ke pejabat. Bila dia ditegur oleh doktor beberapa hari lepas, barulah dia perasan yang dia dah terlampau mengabaikan dirinya sendiri. Adam dah merosakkannya tak kan dia juga mahu terus merosakkan dirinya sendiri ? Sejak hari itu dia nekad mahu melupakan semua yang dah berlaku. Dia nekad mahu menyayangi dirinya sendiri. Kalau bukan dia, siapa lagi?

Dua hari lepas, pulang dari pejabat di terus ke gim. Semalam dia menghabiskan masanya di Equestrian Putrajaya, menunggang kuda dan petangnya pula dia ke spa. Mendapatkan balik semangat dan serinya yang telah hilang. 

Usai meletakkan kenderaan, Ballroom Grand Putrajaya 1 dimasukinya. Acara baru sahaja bermula. Seorang penyambut tetamu menunjukkan tempat kepadanya. Meja VIP yang terletak disebelah kiri dewan ditujui mereka.

Ariana mengambil tempat setelah dibawa oleh penyambut tetamu tadi. Beberapa orang VIP lain turut memenuhkan meja. Acara dimulakan bila YB Menteri dan perwakilan syarikat memasuki dewan. Mereka semua ditempatkan di meja tengah,bersebelahan dengan meja Ariana. Meja khas untuk VVIP itu langsung tak dipandangnya. Beberapa acara bermula, dimulakan dengan persembahan, kemudiannya ucap cara YB Menteri di Kementeriannya, dan pemberian sumbangan oleh YB Menteri dan perwakilan syarikat. Wakil media yang berada disebelah kiri dewan sibuk mencatat dan yang mewakili stesen televisyen pula sibuk merekod. Live katanya. Haih, peduli apa aku, bisik Ariana.

Ariana tekun menghadap makanannya. Kadang-kadang dia melayan bicara Encik Harith yang mengambil tempat di sebelahnya. Asalnya tempat itu dikhaskan untuk Ketua Bahagian, tetapi Harith memohon tempatnya ditukarkan dengan Encik Osman yang asalnya ditempatkan di sebelahnya.

"Ariana, ini lah penyumbang terbesar untuk program kita, " tegur Encik Harith bila  satu nama dipanggil untuk naik ke pentas.

Datuk Wira Tengku Adam Kamil bin Tan Sri Tengku Mukhriz.

Sesusuk tubuh yang amat dia kenali diperhatikan. Harith turut sama melempar pandang pada Adam yang sedang bangun dari tempat duduknya. Mata mereka bersatu. Ariana mula gundah. Peluh sejuk sudah memercik didahinya. Matanya dilarikan, berpura-pura tidak mengenali Adam. Senyuman hormat dilemparkan untuk Adam sebelum dia menyambung makan.

‘You don’t know him Ariana! You don’t know him!’ hatinya melaung kuat. Dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi. Sudah sedia dimasukkan dalam kotak hitam memorinya. Kenapa Tengku Adam muncul lagi? Mahu merobek memori lama? Mencungkil apa yang sedaya upaya dia kuburkan?

"Muda-muda lagi dah jadi Datuk..hebatkan dia ni?" Harith mencelah lagi. Kalau Harith boleh bagi dia masa untuk bertenang, itu lebih baik sebenarnya.

" Pangkat tu boleh dibeli Encik Harith"

" Hisk, awak ni..dia anak billionaire, tapi banyak aktiviti amal yang dia support. Lagipun keluarganya banyak menyumbang pada pembangunan ekonomi negara. Cuba awak kira, dia ada lebih dari 10 buah syarikat besar dari aktiviti perladangan, perkapalan, elektronik, perumahan, perhotelan, dan macam-macam lagi. Dah berapa banyak peluang pekerjaan yang mereka boleh sediakan? Tak termasuk cukai yang dibayar kepada kerajaan yang digunakan semula untuk pembangunan negara? Itu sebabnya dia dapat gelaran tu..."

"Biasalah tu Encik Harith, yang kaya senang nak jadi lebih kaya. Kalau macam saya ni, idea ada duit tak ada. Nak buka perniagaan apa? Last-last macam ni lah juga. That is why kalau Encik Harith baca laporan ekonomi negara, hanya 20% golongan yang terkaya di Malaysia yang mengalami pembangunan taraf hidup yang pesat, dan paling teruk adalah golongan 40% di bawah. Tiada kemajuan langsung" Encik Harith ketawa mendengar pendapat Ariana. Ariana gadis yang agak lain dari yang lain. Pendapatnya kadang tajam tapi bernas.

“Awak salahkan siapa? Kerajaan?” duga Encik Harith lagi.

“Bukan…maklumat ni kerajaan juga yang keluarkan. Dari situlah kita tahu yang jurang ekonomi antara yang kaya dan yang miskin semakin teruk..dan sebab itu jugalah sekarang ni kita bagi banyak insentif kepada rakyat, macam bantuan duit, laptop, rumah. Banyakkan kemudahan pinjaman, macam program 1Azam tu supaya lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana ditubuhkan..Tu semua kan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, tapi sayang…bila kita bagi pertolongan kewangan banyak yang salah guna…” beriya Ariana memberitahu. Kalau dah namanya pegawai tadbir dan diplomatik, gaya bahasanya pun mengganas. Macam nak berdebat di parlimen je.  Harith  semakin terpesona dengan Ariana. Bukan sahaja cantik, malah bijak dan pandai berkata-kata.

“Encik Harith senyum sorang-sorang ni kenapa? Angau ke?” soal Ariana, pelik dengan lelaki yang sedari tadi asyik memandangnya. Tiba-tiba pula senyum-senyum semacam.

“Awak memang beriya ye bab-bab negara ni?” Harith masih tak lekang tersenyum.

“Nak kata saya beriya ke poyo?” terhambur ketawa Harith. Seisi dewan memandangnya. Harith buat-buat batuk. Jatuh reputasinya sebagai pegawai khas menteri. Laju-laju dia memandang ke depan, buat-buat fokus ke pentas.

-  - - - - - - -

Kemesraan Ariana dan Harith Iskandar, Pegawai Khas Menteri mendapat perhatian Adam. Hatinya bagai dipagut gelisah, bagai ditusuk sembilu melihatkan kemesraan Ariana dan Harith. Kenapa dengan dia? Sudah dua bulan dia biarkan Ariana. Melawan egonya dari mencari perempuan yang telah dirosakkan olehnya. Sangkanya egonya telah menang, tapi tak semudah itu. Kehadiran Ariana dengan lelaki lain mencengkam perasaan cemburunya.

Walaupun dia sibuk di atas pentas, berdiri sebaris dengan Y.B Menteri, dirakam oleh stesen-stesen TV dan disiarkan secara langsung, matanya tak lepas dari memandang ke bawah. Ke arah Ariana. Ariana yang duduk dimeja VIP. Sedari tadi Adam memerhatikan Ariana. Meja untuk pegawai perwakilan dari Kementerian. Tak mungkin kerani seperti Ariana menjadi perwakilan Kementerian. Apa profesion Ariana sebenarnya?

“Er Datuk…” Adam pandang lelaki yang menegurnya. Keningnya diangkat tanda bertanya kenapa? Lelaki muda di sebelahnya takut-takut menjawab, “Dato’ Seri dengan yang lain dah nak turun dah tu..” matanya dikerling ke arah Dato Seri yang sudah menjejak tangga. Tinggal dia je yang asyik memerhatikan Ariana sampai tak tersedar apa yang berlaku. Malu je Adam oi! Dah la masuk tv. Perlahan dia memarahi dirinya sendiri. Laju-laju dia mengikut Dato’ Seri dan Ketua Setiausaha Kementerian.

Usai selesai acara pentas. Adam bangun, cuba mendekati Ariana. Dia berpura-pura mahu bersalaman dengan semua wakil Kementerian dan anak-anak yatim. Bila tiba di meja Ariana, Harith pegawai yang banyak berhubung dengan syarikatnya yang menyambutnya terlebih dahulu. Dia mempamerkan riak biasa, tidak mahu sesiapa perasan dengan niatnya yang sebenar. Usai berbual dengan Harith, Adam beralih kepada Ariana.

Huluran tangannya untuk bersalam tidak diendahkan oleh Ariana. Sebaliknya perempuan itu hanya membalas dengan senyuman.

" Terima kasih Datuk atas sumbangan dan komitmen Datuk untuk program ini. Anak yatim sebelah sana ye Datuk " pendek sahaja ayat yang dituturkan oleh Ariana. Jarinya menunjukkan kearah meja anak yatim di belakang mejanya sebelum dia duduk dan menyambung makan. Mata-mata yang memerhatikannya tidak diendahkan. Dia tahu perbuatannya itu agak biadab, dan mungkin dia akan ditegur nanti. Pedulikan! Hilang kerja pun dia rela.

“Rugi tau awak layan dia macam tu. Bukan senang nak jumpa anak Billionaire” usik Harith yang juga tidak menyangka Ariana langsung tidak tertarik dengan lelaki kaya dan kacak seperti Adam. Bukan kaya yang biasa, anak Billionaire!

Ariana mencebik, “Bayar sejuta pun saya tak hingin Encik Harith”

Perlahan sahaja Ariana mengucapkannya, tetapi masih mampu didengar oleh Adam. Adam geram bila perempuan itu melayannya penuh formal, profesional seperti antara mereka tak pernah bersua muka. Tak pernah berkongsi katil. Adam jadi geram bila tidak diendahkan oleh Ariana, dah la terang-terang memberitahu Harith yang Ariana tak ingin pun kat dia tapi geramnya disimpan. Dua bulan dia cuba melupakan Ariana, kerana ego dia biarkan Ariana sendirian. Tidak mahu mengganggu gadis itu lagi.  Elok-elok malam ni, Ariana muncul kembali. Yang memedihkan hatinya ialah Ariana datang dengan lelaki lain. Wajahnya semakin cantik, berseri, bagai apa yang berlaku dulu langsung tidak memberikan kesan pada Ariana.

Adam masih mempamerkan riak professional walaupun Ariana biadap dengannya. Dia terus bertegur sapa dengan beberapa ahli meja yang menempatkan anak-anak yatim.

Habis sahaja acara, Adam keluar terlebih dahulu bersama-sama dengan YB  Menteri dan beberapa orang tetamu VVIP lain. Mereka berbual dia VIP lounge room sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Adam menunggu Ariana meninggalkan Ballroom, dia memerhatikan dari lounge area.

Usai Ariana melintasi lounge area, dia terus mendekati. Beberapa mata memerhatikan mereka. Terutamanya perwakilan Kementerian yang lain. Harith tiada dengan Ariana, lelaki itu terpaksa mengikuti YB Menteri.

 Ariana yang leka berjalan tidak perasan akan kehadiran Adam. Dia sangkakan Adam dah lama meninggalkan hotel. Sengaja dia tunggu setengah jam baru dia keluar dari Ballroom. Ariana berjalan santai keparkir keretanya diseberang jalan. Terasa seperti dirinya diekori tapi Ariana malas nak perasan. Lagipun ramai yang turut berjalan keluar bersama dengannya.

Remote control kunci keretanya ditekan dari jauh. Ariana terus memasuki perut kereta. Pintu disebelah penumpang turut sama dibuka. Ariana menjerit. Adam cepat-cepat menutup mulutnya dan memintanya diam. Membuntang matanya melihat Adam yang sudah berada disebelahnya.

" Ariana, apa you buat kat sini ? "

Adam  memandang  Ariana  yang  masih  cantik  dengan  sanggul  melayu  dan  baju  kurung  kain  songket  warna  merah. 

Ariana  menarik  nafas  dalam-dalam,  cuba  mengawal  emosinya.  Dia  perlu  bijak  kali  ini.  Tidak  mahu  dan  tidak  akan  kalah  dengan  permainan  Adam. 

Kau dan dia tak pernah berjumpa Ariana. Tak pernah. Tak pernah. Tak pernah! – bisik  Ariana  kuat  bergema  kuat  dibenaknya.  Menggetarkan  jiwanya.

" Sorry Datuk, apa Datuk buat dalam kereta saya. I think it is not appropriate if people see you sneaking into my car "

Adam buat muka pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke?

"Come on Ariana, jangan buat tak kenal lah "

"Memang kita tak pernah kenal " Ariana melemparkan senyuman manisnya. Berpura-pura formal.

" Ariana "

"Ya Datuk? Saya hormati Datuk sebagai sponsor utama event Kementerian saya, tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Bolehkan Datuk ? "

"Apa jawatan you kat sini ? "

"Kerani " Ariana sengaja nak memulangkan paku buah keras pada Adam. Sedap-sedap kata dia kerani.

"Kerani yang duduk dimeja VIP. Hebat " Adam turut membalas sinis.

"Ya, saya memang hebat " selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijelingnya sekilas. Lelaki itu menggelengkan kepalanya bagaikan tak percaya dengan layanan Ariana. 

"Can you stop this Ariana. Dah la berpura-pura.Does it hurt so much to remember me? " puaka mulut Adam. Bukan puaka, tapi celaka! It hurts a lot to remember you! Bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia tak kan kalah dengan permainan Adam.

" Maaf Datuk, saya memang tak kenal Datuk. So please, leave."

Adam ketawa sinis. Patutlah Ariana langsung tak mencarinya, ada lelaki lain..Hatinya kembali dicengkam resah. Dipagut cemburu.

“Maybe this will cure your memory”

Leher Ariana dipaut oleh Adam. Mendekatkan wajah perempuan itu dengannya. Bibir mereka hampir bertaut tapi pantas Ariana menolak Adam dengan sekuat tenaganya. Hon kereta dibunyikan dengan kuat. Adam terus melepaskannya. Terkejut dengan tindakan Ariana yang lebih agresif dari dulu.

"I will not let anyone touch you EXCEPT me”pintu penumpang dibuka. Adam berjalan laju meninggalkan kawasan parking. Dari jauh kelihatan dua orang pengawal datang kearah keretanya. Ariana membuka cermin kereta dan mengangkat tangan. Keretanya dikeluarkan dari tempat parking, dia berhenti disebelah pengawal.

" Sorry saya tertekan hon tadi "

Pengawal tadi tersenyum. Perempuan yang bawa kereta, memang macam-macam. Ariana terus memecut laju meninggalkan perkarangan hotel. Malam itu dia tak berani untuk bermalam dirumahnya seorang diri. Kenapa Adam muncul lagi? Baru sahaja dia mahu berasa lega dengan perkhabaran dua hari lepas, Adam datang lagi dalam kehidupannya. Tak habis-habis!

Ariana menghubungi kawan sepejabatnya Lailatul, dia mahu menumpang rumah Laila. Tidak berani untuk kembali ke rumahnya. Dia tahu setakat mana kemampuan Adam. Awal-awal pagi nanti dia akan terus balik sebelum ke pejabat.




Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D