Join This Site

Friday, 20 July 2012

Teaser Bab 26


Assalamualaikum wbt,

Salam Ramadhan semua ;) - Moga Ramadhan kali ni sama2 kita manfaatkan, inshaAllah. Banyak kelebihan Ramadhan kan ? Awal pagi macam ni pun terasa tenang... 

Mesti tak puas hati ni kan, nape Teaser ? Kenapa bukan Bab 26 terus je ? hehe. Actually Eve will not  be  around for few weeks. So kalau update bab 26 terus nnti all readers kena tunggu kat p2u jg utk Bab 27...and the gap will still be 2 weeks. Unless P2U update 2 bab sekali gus...So, hope this will help to cure the curiosity.

Untuk Tajuk : Ramai vote for TWB + Penerbit tak cakap pape pun pasal kena ubah tajuk, so I guess it will stay as TWB. 

Penerbit : Karya Seni ( as what was told akan diterbitkan secepat mungkin, tak tau la bila. Kena tunggu dorang update lagi.lol) 

Fanpage : Ada yg cadangkan wat fanpage kan? hahaha - OMG - segan gell nak wat fanpage. Novel pun tak keluar lagi. tapi Eve teringin nak kenal u guys as in real , inshaAllah bila novel dah keluar ;)

How Adam look like ? ada yang tanya ni. OmoOmo - hehe. My taste would not be d same as yours. But in my imagination, lebih kurang macam ni. Yours ?


                                                                                          

I think I will still update here once I'm home again later - kalau ada gap antara last chapter dengan penerbitan novel, maybe there will be a teaser and synopsis ;)

Till we meet again ;) - sahur time

--------------------------------Teaser Bab 26--------------------------------

Part 1
Bila Ariana bangun daripada tidur, rumahnya agak lengang. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 pm. Lama betul dia tidur...Bila dia menelefon umminya, kata ummi mereka sekeluarga sudah mengejutkan dia tadi, tapi Ariana tidur macam orang pengsan. Langsung tak berganjak dari diulit mimpi. Jadi mereka keluar dulu, ayahnya ada temujanji dengan kawannya dari Kuala Lumpur. Selesai makan malam dengan kawan ayahnya tu, mereka akan terus pulang. Umminya juga sudah meninggalkan nasi dan lauk pauk di dapur. Kak Nab orang gajinya dari Thailand juga ada di rumah menemaninya.

Usai dia mengerjakan solat dan makan malam, terdetik di hatinya untuk ke ruang tamu kedua rumahnya. Pelamin indah daripada alas bantal di dudukinya. Kan bagus kalau dia yang berada di situ? Berjumpa dengan Prince Charmingnya yang akan membela nasibnya. Menjaga dirinya hingga dia menginjak tua, tetap menyintainya walaupun wajahnya sudah berkedut sejuta..
 
Ariana senyum memasang angan...perkahwinan ala-ala fairy tales wedding, dia ayu berkebaya putih, puteranya datang dengan kuda putih.....kuda? ke kereta lambang kuda? a.k.a ferrari? hehe...Ferrari lagi best!

Sekejap sahaja senyumnya hilang, yang ada hanyalah kerutan di dahi dan wajah yang gusar. Adakah orang yang mahukan dirinya? Adakah lelaki yang sanggup memperisterikan perempuan sepertinya? Yang ikhlas menerimanya?


(Adakah Ariana akan terima ? )


Part 2 


Selesai pembuka selera ikan siakap goreng tiga rasa, cendawan dan oyster goreng tepung, tom yum kung, udang goreng butter dan daging goreng gajus pula yang dihidangkan. Memang membuka selera. Sakan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania makan. 

“Tut….Tut….Tut….Tut…..” telefon bimbit Tengku Mukhriz berbunyi sakan, macam tak mahu menunggu. Tertera nama ‘Adam’ di skrin telefonnya. Telefon diangkat. 

“Hello, Assalamualaikum….”

“Hi, Daddy. Daddy kat mana?” cemas sahaja suara Adam. Boleh pula anak terunanya bertanya dia kat mana? Di Kelantan lah, dia juga yang nak bertunang. Tengku Mukhriz bangun dari tempat makan, beredar ke tempat yang agak jauh. 

“Adam, Daddy di Kelantan la…kat mana lagi? Esok kan pertunangan Adam…Daddy tengah dinner dengan keluarga Datuk Jusoh ni. Call Daddy after 10.00 okay” hampir sahaja Tengku Mukhriz memutuskan talian. Cepat-cepat Adam memintas.

Daddy! No, please listen

( Apa Adam nak gitau daddy dia ? )



Tunggu Penulisan2U update ye :) -  The Wedding Breaker at Penulisan2U


.Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Saturday, 14 July 2012

BAB 24 dan BAB 25

Assalamualaikum wbt,

As  promised : Combo Update Bab 24 dan Bab 25 ;)

Lepas  ni  Bab 26,Bab27, Bab 28, Bab 29 akan diupdate di sini ye : Penulisan2u 

Thanks ye for those following this blog. Kalau ada masa saya jenguk2 kat sini.  Manuskrip dan pun siap, alhamdulillah. (OMG rasa mcm nak tercabut biji mata.haha - tapi since semua org dah minta2, saya usahakan juga) . Tengah checking format, language, factual etc. InshaAllah by Isnin saya submit. Doakan ya semua! Love you guys loads!

Have  a  great  Saturday  Night  guyss!

p/s: Ada  someone  komen  pasal  tajuk  buku  nanti....Seriously  saya  tak  tahulah  kalau  tajuk  novel  kena  tukar  ke  bahasa  melayu  or  not.  IF  kena  tukar  tajuk, I  might  use  tajuk  : ARIANA  ROSE -- anyone  have  a  better  idea ?

-----------------------------



BAB 24

“ Ariana....! Ariana...!!! ” tubuh  Ariana  dipeluknya  kemas. Nama  Ariana  dipanggilnya  beberapa  kali. Nadanya  cemas,  kesalnya  menggunung.

Rambut  Ariana  yang  mengurai  panjang  dan  menutup  bahagian  dahinya  diselak  ke  belakang. Adam  terus  mengangkatnya  ke  katil. Bergegas  mencapai  tuala  putih  yang  elok  tersangkut  di  sebelah  pintu  ke  kamar  mandi,  membasahkannya  sebelum  berlari  ke  tempat  Ariana  untuk  mengelap  lukanya. Terketar-ketar  tangan  Adam  membersihkan  wajah  mulus  Ariana  yang  sudah  berpalit  darah. 

Ariana.....I’m  sorry.... ” sambil  tangannya  sibuk  mengelap  dengan  penuh  berhati-hati  tangan  kirinya  mencapai  telefon  bimbit  untuk  menelefon  Dr  Atikah.  Doktor  peribadi  keluarganya  di  Kuala  Lumpur.  Mujurlah  Dr.  Atikah  cepat  menjawab  panggilan,  itu  juga  sebabnya  dia  mengambil  Dr.  Atikah  sebagai  doktor  peribadi.  Cekap  dan  memahami  keadaan  dirinya  yang  mahukan  semuanya  cepat.

“ Doctor,  there  is  an  emergency. Are  you  at  home ?”

Yes  Datuk ”

“ Good. Dolman  will fetch you very soon . Please  get ready, saya  kat  Putrajaya. My  love  one  knocked  her  head  and  the  bleeding  is  pretty  bad. Anything  I  should  do  to  stop  the  bleeding ? ”

“ Luka  teruk  tak  Datuk ? Deep  cut ?

“ No  just  the  bleeding  is  still  there ”

“ Dah  tutup  tempat  luka ? Put  some  pressure  on  it with  your  hand  or  cloth ”

Owh, no I  didn’t. I’m  doing  it now ”

Hold  it  there  if  dalam  10  minit  masih  tak  berhenti,  luka  tu  teruk. Kalau  tak  she  will  be  okay

Thanks  doctor, but  please  come  and  check  on  her

“ Yes  Datuk,  of  course ”

Talian  dimatikan  sebelum  dia  mula  menelefon  Dolman. Setelah  agak  lama  tuala  yang  dilekapkan  di  tempat  luka  di  dahi  Ariana  di  angkatnya  perlahan.  Cuba  memastikan  adakah  pendarahan  masih  berlaku  atau  tidak. 

Kering.

Adam  mula  mengukir  senyum. Lega. Tapi  dia  sendiri  masih  belum  pasti  adakah  luka  tersebut  benar-benar  tidak  serius. Debarnya  kembali  menghimpit.

God, save  her  please.  I  will  do  anything...!

Air matanya lelakinya begitu murah mengalir kali ini, dia takut kehilangan Ariana. Rambut  Ariana  diusapnya  beberapa  kali.

“ Sayang...bangun...I’m  terribly  sorry.....Let’s  be  mine..totally  mine...Marry  me  please  my  little  one. I  will  not  treat  you  this  way  again. I  won’t ! ” tangan  Ariana  dicapainya.   Dikucupnya  dan  digenggamnya  dengan  erat. 

Dia  berjanji  pada  Tuhan,  pada  dirinya, jika  Ariana  sedarkan  diri  dia  tidak  akan  menyakiti Ariana  lagi. Dia  akan  mengambil Ariana  sebagai  isterinya yang sah. Menjaga dan menatangnya bagai minyak yang penuh. Bila dia berhadapan dengan kemungkinan begini, kemungkinan kehilangan Ariana, barulah dia sedar betapa dalamnya cintanya pada Ariana. Dia boleh menidakkan, tapi itulah hakikatnya. Dia tidak mahu membuang masa lagi memikirkan soal status, biarlah apa kata orang lain bila dia memilih Ariana, yang penting hatinya bahagia. Dia tidak perlu berpura-pura. 

Bunyi loceng rumah mengejutkan Adam. Dia segera membuka pintu rumah. Doktor Atikah, doktor peribadi yang  telah dihubunginya tadi  muncul  di  hadapan  pintu  kondo  bersama  dengan  Dolman. Adam segera mendapatkan Dr Atikah, membawanya ke bilik tidur Ariana. Dolman  pula  disuruhnya  untuk  duduk  di  ruang  tamu.

"Thanks  doctor  for  coming.  Saya  dah  bersihkan  luka  di  kepalanya  tapi  hanya  dengan  air. Couldn’t  find  antiseptic " Adam  membawa  Dr.  Atikah  kepada  Ariana  yang  masih  terbaring  lesu.  Mukanya  di  raup  kasar. Wajahnya  kusut, sekusut perasaannya sekarang. 

Dr Atikah memeriksa luka  di  kepala Ariana, matanya,  kemudian tekanan darahnya dan pernafasannya. Tiada  kesan  lebam.  Pendarahan  juga  sudah  terhenti.  Luka  juga  tidak  dalam.

"Is she is okay?" tanya  Adam  kurang  sabar.

Dr  Atikah  merenung  Adam. Adam  yang  sudah  seperti  kucing  kehilangan  anak.    

"She is okay, don't worry Datuk.."

"Owh Thanks God..." Adam segera memegang tangan Ariana. Rambut Ariana diusapnya penuh kasih.

"Her injury is not severe, tak teruk. Tapi tekanan darahnya agak tinggi. Mungkin dia tertekan. Jadi seeloknya bagi dia berehat sepenuhnya, dan jangan bagi tekanan pada dia"

Adam mula menyalahkan dirinya sendiri. Dia selalu menyusahkan Ariana tanpa sebab yang kukuh. Sikap  possessivenya  memang  teruk.  Dia  sendiri  tahu  dan  masak  benar  dengan  sikapnya  yang  satu  itu. Dia  memang  jenis  yang  possessive  sedari  kecil.  Anak  tunggal. Segalanya  haknya  seorang.  Tambah  pula  dengan  mommy  dan  daddynya  yang  sering  tiada,  keseorangan,  membuatkan  dia  sukar  melepaskan  apa  sahaja  yang  dia  sayang. Jika sesuatu yang buruk berlaku pada Ariana kali ini, dia memang tidak akan memaafkan dirinya sendiri.

Dr Atikah mula mengeluarkan alcohol  free  cleansing  wipes. Nasib  baik  Datuk  Adam  tak  menyapu  dengan  antiseptik,  kalau  tak,  rosak  tisu  kulit  perempuan  cantik  di  hadapannya  itu. Cantiknya  memang  memukau,  patutlah  Datuk  Adam  bagai  kucing  kehilangan  anak.  Tidak  pernah  lagi  sepanjang  5  tahun  dia  bertugas  sebagai  doktor  peribadi  keluarga  Adam  dia  diarahkan  untuk  mengubati  mana-mana  kekasih  Datuk  Adam  walaupun  banyak  desas-desus  yang  dia  dengar  tentang  sikap  playboy  Datuk  Adam.

Siap  menyapu  wipes  dan  meletakkan  plaster  dia  mula  mengemaskan alatan pemeriksaannya. Ariana tidak memerlukan apa-apa ubat, cukup dengan rehat sahaja.

"Erm, Datuk, please remove her clothing, gantikan dengan something lighter supaya ada pengudaraan. Jangan gunakan penyejuk udara, dan buka tingkap. Jangan selimutkan dia juga,dia perlukan pengudaraan yang baik. Oh ya, if she is wearing lense, please put that off too."

Adam mengangguk faham. Seawal  di  majlis  tadi  dia  tahu  Ariana  memakai  kanta  lekap,  tetapi   bila  balik  tadi  sudah  tiada.  Mungkin  sudah  dibuang  awal-awal  lagi,  telahnya.

Dr Atikah  pandang  Datuk  Adam. Menanti arahan Adam supaya dia melakukan semua itu. Tak kan dia nak biarkan Datuk Adam menyalin pakaian gadis di depannya ? Sah-sah  bukan  suami  isteri.

“Ada apa-apa lagi doktor..” tanya Adam serius.

Lambat-lambat Dr Atikah menjawab, “Datuk..nak saya tolong salinkan ke pakaian cik ni?”

“Owh…hmm awak  buatlah. Dia  dah  buang  kanta  lekap  rasanya. Nanti  saya  ambilkan  baju  untuk  disalin ” baru Adam ingat tak manis kalau dia yang buat semua tu walaupun pada hakikatnya dia dah pun melihat Ariana keseluruhannya. Maruah  Ariana  pada  mata  khalayak  lain  perlu  dijaganya. Adam mula menjauhi katil, membuka  almari  pakaian  Ariana  dan  memilih  gaun  malam  paras  betis  dari  kain  kapas.  Elok  untuk  pengudaraan.

Usai  menghulurkan  baju  yang  di  pilih  Adam  mula  membuka  tingkap  bilik  Ariana. Memberi ruang Dr Atikah melakukan kerjanya  tapi  masih  tetap  tidak  mahu  meninggalkan  Ariana  dengan  orang  luar  berseorangan.  Dia  bukan  percayakan  sesiapa. Takut  kalau-kalau  Ariana  diapa-apakan. Mana  tahu,  gambar  Ariana  diambil  dan  disebarkan ? Dia  tak  kan  benarkan  perkara  seperti  itu  berlaku. Dengan  doktor  sendiri  pun  bukan  dia  senang-senang  mahu  percaya. Itulah  dia. Sikapnya.

Dr Atikah agak kekok untuk menyalin pakaian Ariana bila Adam masih mundar mandir di situ. Perlahan-lahan dia membuka pakaian Ariana, tapi masih melindungi tubuhnya dengan selimut supaya tak terbuka aibnya. Doktor sepertinya sudah biasa melakukan kerja-kerja sebegitu. Dress Ariana yang sangat cantik digantungnya di hanger sebelum digantikan dengan night gown dari kain kapas yang diambil oleh Adam dari almari Ariana.

“Okay, done Datuk” Dr Atikah bersedia untuk meninggalkan rumah itu.

Thanks doktor” Adam terus mendekati Ariana. Mengusap dahinya sebelum mencium  dahi  gadis itu tanpa mempedulikan kewujudan Dr Atikah yang memerhatikan tingkah lakunya.

Buat drama la pula…Dr Atikah berdehem. Adam  mula  mengangkat  muka. Tiada  riak  bersalah  pula  di  wajahnya.

Owh sorry doktor..shall we?” Adam mengiringi doktor yang sudah mencecah usia 40 tahun itu keluar  dari  bilik. Dolman  masih  bersantai  di  sofa.  Dia  tahu  itu  rumah  Ariana  Rose, perempuan  yang  diculik  oleh  tuannya  dulu. Tidak  menyangka  lain  pula  hubungan  mereka  kini.

Melihatkan  Datuk  Adam  dan  Dr  Atikah  sudah  melangkah  keluar  dari  bilik  Ariana,  Dolman  segera  bangun.

“ Datuk, pakaian  dengan  alatan  yang  Datuk  pesan  ada  dalam  ni ” Dolman  suakan  sebuah  bag  pakaian  sederhana  besar  pada  Adam. Adam  menyambutnya.

“ Terima  kasih  Dolman.”

Mereka  beriringan  ke  pintu  rumah. Dolman  juga  menurut  sama,  bersedia  untuk  menghantar  Dr  Atikah  kembali  ke  rumahnya.

Thanks again doktor for coming. Will pay you double for this. Dolman, ni  ambil  buat  minum  kopi ” beberapa  keping  duit  RM100.00  dihulurkan  oleh  Adam  kepada  Dolman.

“ Terima  kasih  Datuk,  saya  pergi  dulu ” Dolman  memohon  diri.  Dr  Atikah  pun  sama.
Dr  Atikah  memandang  Datuk  Adam  sekali  lagi.  Riak  wajahnya  nampak  lebih  lega  dari  tadi. Sayang betul Datuk Adam pada gadis tadi sampaikan mahu menambah gajinya. Rezeki jangan di tolak walaupun dia tertanya-tanya apa hubungan Datuk Adam dengan gadis cantik di atas katil itu? Apa yang berlaku antara mereka? Kot Adam berada di atas lantai, katilnya juga berselerak, seperti ada pergaduhan tapi dia tidak mahu bertanya lanjut. Tugasnya hanya merawat, jika bertanya lebih-lebih nanti hilang punca pendapatannya. Rumah Ariana ditinggalkannya dengan hati yang berat...Langkah  Dolman  diikutinya  hingga  ke  parkir  kereta. Dia  dah  biasa  bekerjasama  dengan  Dolman  dan  Hilmi. Bekerja  dengan  Datuk  Adam  memang  lumayan,  banyak  tips  dan  elaun  atau  bonus  yang  tak  di  sangka-sangka,  tapi  perlu  biasakan  diri  dengan  kehendaknya  yang  mahu  cepat,  mahu  sempurna  dan  tidak  kira  masa.

** * * ********* *  * *  **

Adam kembali ke sisi Ariana. Duduk  di  sebelahnya. Tangan  Ariana  kembali  dipegangnya. Hujung  dahi  Ariana  yang  sudah  ditampal  plaster  disentuh  lembut  oleh  Adam. Nasib  baiklah  terhantuknya  di  hujung  dahi, boleh  dilindung  lagi  dengan  rambutnya. Dahi  Ariana  dikucupnya  buat  kesekian  kalinya.

"Adam minta maaf Ariana...I swear I will never treat you this way again"

Gebar selimut yang menutupi badan Ariana dialihnya penuh hati-hati, cuba menurut nasihat doktor tadi.. Dia mahu bermalam di situ sambil menjaga Ariana.  Ariana kelihatan lebih tenang dari tadi,tidurnya juga semakin nyenyak.

Adam berbaring di sisi gadis yang selalu membuatkan dia hilang pertimbangan. Cemburu buta. Rambut Ariana dielusnya perlahan.

"You sleep like a snow white sayang..."

Adam  kembali  bangun.  Mencapai  beg  pakaian  yang  dibawa  oleh  Dolman  tadi  sebelum  ke  bilik  mandi. Dia  membersihkan  diri  dan  menyalin  pakaiannya. Dia  menyarungkan seluar bermuda dan mengenakan t-shirt putih. Santai. Segelas kopi pekat  juga dibancuh olehnya, dia tidak mahu terlena pada malam itu. Dia mahu menjaga Ariana.

Gelas  kopi  diletakkannya  di  atas  meja  sisi  katil  sementelah  dia  mengambil  tempat  di  sebelah  Ariana,  bersandar  pada  kepala  katil  sambil  sebelah  tangannya  menggenggam  tangan  Ariana  erat. Bila  mengantuk  mula  mengetuk  tangkai  mata,  Adam  segera  bangun  dari  situ.  Rak  buku  Ariana  menarik  perhatiannya. Rak  buku  setinggi  dinding  dan  dipenuhi  dengan  pelbagai  jenis  buku. Adam  mendekati  rak  tersebut  tapi  terhenti  bila  mendengar  suara  Ariana.

Adam...! No..! Adam...please.... ” suara  Ariana  yang  merintih  mengejutkannya.  Cepat-cepat  dia  mendapatkan  Ariana. Disangkanya  Ariana  sudah  bangun  dari  pengsannya,  tapi  hakikatnya  tidak.  Ariana  meracau  dalam  tidurnya. Kepalanya  digelengkan  beberapa  kali,  tangannya  juga  seperti  cuba  menolak  sesuatu.

Pasti  Ariana  cuba  menolaknya....Mungkin  Ariana bermimpikan perkara tadi. Hatinya luluh bila melihatkan keadaan Ariana, betapa dalamnya kesan yang dia telah tinggalkan pada gadis itu. Bahu  Ariana  ditepuknya  perlahan.  Bagai  mendodoikan  anak  kecil. 

“ Shh....You  are  safe  now...”

Sepanjang  malam  dia  terpaksa  menjaga  Ariana  yang  meracau. Menenangkannya  bila Ariana  menangis  dalam  mimpinya. Hampir  pukul  6.00  pagi  barulah  Adam terlena disebelah Ariana. Dia tertidur dengan sebelah tangannya memeluk Ariana, cuba menenangkan gadis itu yang menangis dan meracau sepanjang malam...


-----------------------------------------------------


BAB 25

Matahari yang memancar terus dari tingkap biliknya mengganggu tidur Ariana. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kepalanya  masih  terasa  berat.

'Apa yang dah berlaku? '          

Ariana sendiri tak pasti. Dia hanya ingat saat-saat dia terjatuh, itu sahaja. Bila tersedar, Adam ada di sebelah, dengan sebelah tangannya memeluknya erat. Bajunya sudah bertukar, Adam pun sama. Ariana cuba mengingat kembali apa yang berlaku, tapi nyata ingatan itu benar-benar tiada dalam mindanya.

Perlahan-lahan tabir  matanya  menayangkan  kembali peristiwa semalam. Adam. Adam cuba menodai dia sekali lagi. Adam yang sangat menakutkannya,  dan  Adam  yang  sudah  menyelar  hati  dan  perasaannya.

Debaran di hatinya semakin kuat. Takut. Dia benar-benar takut. Tangan Adam dialihnya dengan penuh berhati-hati. Kakinya  melangkah  perlahan  untuk  turun  dari  katil.  Dia terus mencapai pakaiannya di dalam almari, sehelai jubah yang diberikan oleh umminya. Pakaian yang paling mudah untuk di pakai, sehelai selendang hitam turut dicapainya. Dia tidak mahu Adam mengecamnya jika Adam bertindak mencarinya nanti. 

Tas tangannya dipungut dari lantai di ruang tamu, kunci keretanya juga di capai. Wajahnya  yang  masih  belum  dibersihkan  atau  badannya  yang  masih  belum  mandi,  semuanya  tidak  terfikir  oleh  Ariana.  Kunci  rumah  juga  sempat  dicapainya. Scanner  boleh  dibuka  dari  dalam, dan  berkunci  secara  automatic  Adam  pasti  tidak  dapat  memasuki  rumahnya  lagi  selepas  ini. 

Dia terus berlari meninggalkan kediamannya. Dia mahu pergi jauh dari situ, jauh dari Adam. Jauh dari lelaki yang telah banyak kali meremukkan perasaannya, memijak maruahnya, mencalit noda hitam dalam kamus hidupnya. 

Selamat tinggal Adam. Buat kali kedua. Jangan kau muncul lagi dalam hidup aku.

* * * * * * * * * *

Encik Hussein tercari-cari kelibat anak sulungnya dengan Asra, Ariana Rose. Ariana menghubunginya tadi, suaranya sangat cemas. Pelbagai kemungkinan bermain di mindanya. Ariana meminta dia segera ke Kuala Lumpur International Airport, dia mahu berjumpa Encik Hussein di sana. Bila ditanya kenapa tidak pula Ariana mahu memberitahu.

'Mana Ariana?' bisiknya. Beberapa orang yang lalu lalang diperhatikan olehnya. Tiada satu pun Ariana..

"Papa" suara Ariana. Encik Hussein berpaling.

"Ariana...." terkedu Encik Hussein melihatkan Ariana yang siap berjubah dan bertudung litup. Sejak bila Ariana mula berhijrah?

Tubuh papanya dipeluk kemas. Dia memerlukan kekuatan. Teresak-esak Ariana menangis di bahu papanya. Bingung En. Hussein dengan perlakuan Ariana.

"Kenapa ni Rose....? Cerita kat papa...Dahi  tu  kenapa ? " belakang anaknya diusap penuh kasih.
Ariana menggelengkan kepalanya. Selendang  yang  menutup  kepalanya  ditarik  ke depan  agar  menutup  dahinya  yang  berplaster. Wajah Encik Hussein di pandangnya. Dia perlu berhenti menangis.

"Takde apa-apa papa..Rose  terhantuk  je  and  I just miss you"

Dia tahu Ariana berbohong, tapi dia juga sedar Ariana tidak bersedia untuk memberitahu masalahnya.

"Papa pun rindukan Rose...Always come to our house Rose. Jangan menjauhkan diri macam dulu lagi..Mama kamu tu dah berubah Rose"

Tangan papanya dipegang kemas. Dia mengangguk.

"InshaAllah  papa...Rose  dah  nak  balik  Kelantan, nak  jumpa  papa  sebelum  balik ” sebuah  senyuman  dilayangkan  pada  papanya.  Cuba  menutup  sedih  di  hati. “ Rose dah beli tiket balik ke Kelantan. Penerbangan Rose 30 minit lagi. Lepas ni Rose dah nak masuk. Rose akan berpindah ke Kelantan..Papa tolong jaga kereta Rose ya. Ni  kuncinya " kunci  kereta  Suzuki  Swiftnya  dihulurkan  kepada  Encik  Hussein.

"Rose jangan risau...papa jaga nanti"

" Terima  kasih  papa. Rose  parkir  kat  depan  pintu  sana  ya  pa. Just  across  the  street.” Ariana  menunjukkan  pada  keretanya  yang  di  parking  di  hadapan  pintu  masuk. 
Encik  Hussein  turut  memandang  keluar  sana. Kereta  Suzuki  Swift  putih  yang  tersadai  di  bahu  jalan  diperhatikannya. Dia  datang  tadi  dengan  pemandu  pejabatnya, jadi  mudahlah  untuk  dia  membawa  pulang  kereta  Ariana.

“ Okay...papa  dah  nampak  dah. Kirim  salam  kat  ummi  dengan  ayah  ya ”

“ InshaAllah  papa, Rose minta diri dulu" tangan papanya disalami.

Encik Hussein melambaikan tangan pada Ariana Rose. Mengiringi pemergian Ariana dengan pandangan sayu seorang ayah. Sejak dia dan Asra bercerai Ariana sudah semakin menjauhkan diri darinya. Dulu dia pernah membawa Ariana tinggal dengannya, waktu tu Ariana berumur 10 tahun. Setiap kali dia pulang dari kerja Ariana sudah berada di bilik. Tidak seperti adik-adiknya yang masih leka bermain.

Setelah beberapa hari barulah dia tahu yang Ariana cuba menyorokkan kesan lebam di badannya akibat dipukul oleh isteri barunya Zariah. Dia dan Zariah bergaduh besar, hampir-hampir mereka bercerai, tapi Zariah lebih bijak memujuk. Dari saat itu baru dia tahu yang pilihannya selama ini sama sekali tersasar. Dia telah membuang permata, mengutip kaca, dan membiarkan lelaki lain menyimpan dan menatang permata tersebut.

* * * * * * * * 

Sepanjang penerbangan yang mengambil masa 45 minit, Ariana terus-terusan menangis. Air matanya tidak mampu disekat lagi. Biarlah dia hamburkan segala kesedihannya, kekecewaannya waktu itu. Bila dia pulang dan berjumpa keluarganya nanti dia tidak mahu umminya tahu dia sedang bersedih. Biarlah perasaan ini dia seorang sahaja yang tanggung.

Dia bernasib baik kerana berada di tempat duduk berhampiran tingkap dan berada di hujung kabin. Kedua-dua tempat duduk di sebelahnya juga kosong. 

Dia sedar dia silap. Adam begitu berani mahu menodainya lagi kerana dia sendiri tidak berani melaporkan perkara itu kepada pihak polis sewaktu kali pertama dia diperkosa oleh Adam. Dia sepatutnya terus bertindak pada waktu itu. Tapi...dia juga takut, takut dengan pandangan masyarakat. Takut dengan prosedur yang dia perlu lalui nanti  dan  takut  dengan  kesilapannya  mengakui  dia  mengandungkan  anak  Adam  sewaktu  majlis  perkahwinan  Adam  tidak  akan memenangkan  dia.

Biarlah. Biar semua itu berlalu. Dia mahu mulakan hidup baru di Kelantan. Dekat dengan ummi dan ayahnya. Jauh dari Adam...

Andai dulu dia sudah punyai suami, seorang lelaki untuk menjaganya, pasti perkara ini tidak berlaku. Pasti tiada lagi mata-mata lelaki yang melihatnya. Tiada lagi mereka yang menabur minat ke atas dirinya...Salah dia juga tidak menjaga auratnya dengan baik sehingga menjadi perhatian mata-mata jahat…Bila berjubah dan bertudung hari ini dia rasa dilindungi, terlindung dari perhatian manusia bernama lelaki…..dan salah dia juga kerana terlampau memilih...Ramai  yang  datang  tapi  tidak  satu  pun  menarik  perhatiannya.

Ah,  jodoh itu kan di tangan Tuhan...hatinya  menjawab  sendiri.

Siapa dia untuk mengomen tentang aturanNya? Lambat atau cepat dia menerima peneman hidup, hanya Allah yang tahu hikmah disebalik semua itu. Apa yang berlaku padanya kini juga suratan takdir yang telah tertulis sedari rohnya berada di loh mahfuz lagi. Sebelum dia keluar dan melihat isi bumi. Mengenal siapa ibu dan bapanya lagi...Tuhan lebih tahu setinggi mana upayanya untuk menghadapi semua ini. Tuhan percaya dia mampu menghadapi semua ini, dan atas kepercayaan itu dia akan cuba kembali berdiri teguh.

Hmm jodoh....Adakah lelaki yang masih mahukan perempuan sepertinya? Air matanya gugur lagi..

'Ya Allah....kurniakanlah seorang lelaki yang akan menjaga aku, dunia dan akhirat....yang seikhlas hati menerima diriku seadanya...yang menyayangi Mu sepenuh hatinya...kerana dia yang mencintai Mu akan menjagaku seadilnya' Ariana pandang ke langit sambil berdoa pada Tuhan. Moga doa musafir dan orang yang teraniya sepertinya lebih mudah mendapat perkenan Tuhan...

* * * * * * * *

"Cik...." bahunya ditepuk beberapa kali. Ariana membuka mata. Seorang krew kabin sedang terpacak di sisi tempat duduknya.

"Dah sampai?"

Krew kabin mengangguk, mengiyakan. Sebuah senyuman dilemparkan oleh krew tersebut. Ariana membalas senyum sebelum mengucapkan terima kasih.

Perut kapal sudah kosong, hanya tinggal dia. Ariana lekas mengambil tas tangannya dan turun dari pesawat. Lapangan Terbang Sultan Ismail Yahya hanyalah sebuah lapangan terbang yang kecil saiznya.

Keluar dari balai ketibaan, Ariana terus mendapatkan teksi. Mungkin kepulangannya ini satu kejutan buat ummi dan ayahnya.

15 minit perjalanan dari lapangan terbang, dia sudah sampai ke banglo ayah dan umminya. Tudungnya  ditarik  agar  menutup  dahinya. Plaster  didahinya  juga  dibuang  agar  tidak  dilihat  oleh  keluarganya. Merincih  dia  menahan  pedih,  tapi  mujurlah  kesan  luka  sudah  semakin  baik.  Luka  juga  sudah  bertaut.  Hanya  menampakkan  parut  bewarna  pink.

"Kakak!!!" Adiknya Amalina yang menyambutnya di pagar rumah. Senyuman riang Amalina sedikit sebanyak mengubat lara dihatinya. Badan Amalina dipeluknya.

"Lin!! Rindu akak tak?"

Amalina angguk. Tangannya masih memeluk bahu Ariana.

"Lin rinduuuu akak sangaat...sangattt! Semalam Lin doa nak jumpa akak, hari  ni Allah dah hantar akak kepada Lin" Amalina memegang tangan kakak kesayangannya. Kesian Amalina, pasti dia sunyi berseorangan di rumah. Kakak dan abangnya kedua-duanya berada di luar Kelantan.

"Comel je...adik akak ni" pipi Amalina dicubitnya. Mereka berpimpin tangan menuju ke pintu utama.

"Assalamualaikum...!" Ariana mengintai di ruang tamu, tiada pula umminya kat situ.

"Waalaikummussalam...!" bunyi suara umminya kedengaran dari arah dapur. Umminya terkocoh-kocoh keluar keruang tamu.

"Rose!" mereka bersalaman dan berpelukan. Satu kejutan buat umminya kerana Ariana pulang lebih awal dari yang dirancang. "Awal,balik? Dahla tak bagitahu ummi pun nak balik awal.."

"Hmm dapat balik awal, Rose balik awal la.Tak suka ke?"

"Hisk Rose ni, ummi suka la ni"

Mereka beriringan ke sofa di ruang tamu. Umminya memandangnya lama..Setitis air mata umminya gugur...Kenapa? Ummi tahukah apa yang menimpanya?

"Kenapa ummi?" Ariana masih cuba berlagak biasa.

Umminya mengusap kepala Ariana, "Allah makbulkan juga doa ummi nak tengok Rose pakai tudung...."

Dia bertudung...Ya, dia lupa soal itu. Dia bertudung tanpa sengaja, tapi tak sangka ramai pula menyambut baik keadaannya sekarang. Mungkin sudah sampai seru untuk dia kekal begitu...Ariana hanya tersenyum kepada umminya...

Ruang tamu kedua yang tertelak berhadapan ruang tamu utama diperhatikan olehnya. Macam ada kelainan...Ariana bangun mendekati ruang tamu tersebut..

Beberapa barang hantaran elok terletak di tepi dinding rumah. Ruang di hadapan pintu kaca yang menghadap taman rumahnya pula dihiasi dengan bunga-bungaan, lapik bantal dan gerbang indah. 

Kenapa begitu meriah?

Ariana memandang umminya. "Ada majlis apa ni ummi? Siapa  nak  kahwin  ni ? " tebak  Ariana  selamba. Pernah  sepupunya  Kak  Liza,  kakak  kepada  Emma  menumpang  rumah  mereka  untuk  mengadakan  kenduri  kahwin.  Ayahnya  jenis  yang  tidak  kisah, dia  menyambut  baik  permintaan  bapa  saudaranya  itu  untuk  enggunakan  rumah  mereka  bagi  mengadakan  kenduri  kahwin  anak  sulungnya. Maklum  lah, hidup  ayah  lebih  bernasib  baik  berbanding  adik  beradik  ayah  yang  lain.  Rezeki  dari  Allah,  kalau  kita  tidak  lokek,  habisnya  pun  tidak.  Malah  makin  bertambah  ada.

Ariana  masih  memerhatikan  umminya  yang  sedari  tadi  terdiam. Datin Asra kelu. Apa perlu dijawabnya? Lama dia termenung. Mata Ariana direnungnya dalam.

"Rose naik..mandi dulu...solat...ummi ceritakan pada Rose nanti." umminya tenang mengarahkannya.

"Sangat misteri la ummi...! Takpe, nanti Rose turun lepas ni"

Ariana terus ke biliknya. Mandi, mengqada'kan solat-solatnya yang tertinggal dari semalam. Baru kini baru dia terasa lapang. Otaknya baru boleh berfikir dengan tenang. Terasa  lapang  bila  dikelilingi  oleh  ahli  keluarga  sendiri,  seperti  ada  yang  menjaganya  dan  yang  paling  penting  jauh  dari  anasir-anasir  jahat  seperti  Tengku  Adam  Kamil.

Dia merebahkan diri di atas katil yang sudah lama dia tinggalkan. Amalina sibuk di dapur dengan umminya. Persoalan  tentang  persiapan  di  bawah  masih  mengetuk  mindanya  tapi  dek  kerana  masih  penat  dia  menangguhkan  untuk  terus  turun  ke  bawah  dan  bertanya  umminya. Tubuhnya  direbahkan  ke  katil,  memandang  siling  sebelum  dia  tertidur  lena. Tidur  yang  sudah  tidak  diganggu  oleh  mimpi  ngeri  peristiwa  semalam.


.Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D