Join This Site

Sunday, 28 October 2012

13 Jam A380 - Part 10

Salam Aidiladha semua :)

I got a blast celebration here, alhamdulillah. Muslim are everywhere so its never been a problem.lol. Hope you guys enjoy and appreciate the celebration too what most important is; how much and how far we will do what God ask us to ? Even me myself is not that good by the way, but it's a good reminder =) All right esok school lagi and things getting heated now, haha just pray that i can stay be a dreamer (in d weekend, at least) as I started to indulge in my project now and find its hard to give a bit of escape into another world (A380). And yeah enjoy this chunk guys !



Part 10

So  Fido  is  not  going  to  say  anything  too ?

Si  Fawwaz  pula  diam  membatu  di  kerusi. Mogok  mungkin. Aku  jeling  sekilas.

Eyes  to  eyes….

Aku  telan  liur…Ya  Allah.…kenapa  mata  mamat  ni  macam  mata  Dracula ? Laju-laju  aku  larikan  pandangan…Memandang  jari  jemari  sendiri, cuba  mengalihkan  gundah  di  hati.

Awkward moment.

Silence.

How  I  wish  Haydar  is  around…The  fun  and  funny  Haydar…tapi  Haydar  itu  pun  sudah  bertukar  kepada  the  busy  and  serious  Haydar  bila  kaki  mencecah  tanah…Ah,  realiti…tak  semuanya  manis  dan  indah.

Telefon  di  tangan  aku  jeling  sekilas. Mengharap  ada  tweet  dari  Haydar.

‘ Shooting  for  Surrey ’ – indahnya  kalau  itu  tweetnya  selepas  ini. Terbukti  dia  tidak  mengharapkan  takdir  menemukan  kami. Terbukti  dia  mahu  berusaha  menjadikannya  satu  kenyataan.

Tapi  soal  jodoh  berbaloikah  kalau  berusaha  sehabis  daya ?

Atau  doa  sudah  mampu  untuk  mengatur  segalanya ? Kerana  jodoh  itu  ketentuan  Dia ….? Haydar  percaya  pada  takdir  dan  ketentuan  Dia  dalam  soal  kami ? Atau  dia  sendiri  tidak  pasti  dan  takut  untuk  membuat  keputusan  yang  maha  besar  itu ? Or  a  relationship  with  me  is  not  worth  trying ?

Ah,  Hana,  sudah  dapat  betis  mahukan  peha. Tuhan  berikan  memory  aku  mahukan  dia  untuk  selamanya….Manusia  seperti  aku  tak  kan  pernah  cukup…dan  Tuhan  langsung  tidak  cemuh  bila  aku  asyik  meminta.

Mengingatkan  kebaikan  Tuhan  aku  jadi  kerdil…telefon  di  tangan  kembali  aku  masukkan  ke  dalam  kocek  seluar. Biar  ia  dia  di  situ. Biar  aku  lupakan  dulu  harapan  aku  yang  tak  kan  pernah  luput  dan  padam…

“ Hana, Hana  duduk  dulu  ya, nenek  nak  tengok  makanan  kat  dapur ”

Suara  nenek  memecahkan  kesunyian  antara  aku, Fido  dan  Fawwaz. Wajah  nenek  aku  pandang  tenang. Sedaya  mungkin  aku  cuba  untuk  tidak  memandang  Fawwaz,  tidak  sanggup  mahu  melihat  riak  wajahnya. Biarlah  dia  kalau  dia  marah.

“ Okay  nek ” Aku  angguk. Menghantar  nenek  dengan  pandangan  mata  dari  ruang  tamu  serba  luas  dan  mewah  ke  pintu  besar  yang  aku  sangkakan  pintu  dapur. Pintu  kayu  yang  tinggi  dan  besar.

Fido  pula  bangun. Menggeliat  sebelum  terus  menaiki  anak  tangga. Menonong  aku  pandang  si  Fido.

“ Hana,  saya  naik  mandi  dulu. Dah  rasa  macam  kambing  ni ”

Tak  kanlah  nak  tinggalkan  aku  dengan  mamat  icy  cold  ni ? Sesak  dan  kusut  fikiran  aku  tika  ini. Keluh  kesah  rasa  hati. Laju-laju  aku  bangun.

“ Err…. Saya  ikut… ? ”

Meledak  tawa  Fido.

“ Don’t  you  know  a  guest’s  ethic  lady ? ” suara  garau  menyapa  telinga. Tiba-tiba  terasa  menggigil  seluruh  badan. Bagaikan  ada  aura  mengerikan  di  sekeliling. Aku  pandang  belakang.

Fawwaz.

Dengan  mata  amber  dracullanya….

Aku  telan  liur  lagi. Kecut  jantung  seketika. Aku  tarik  nafas  panjang. Fido  ketawa  lagi  sambil  menyambung  langkahnya  menaiki  anak  tangga. Kepalanya  digelengkan  beberapa  kali. Entah  tawanya  itu  pada  aku  atau  pada  abangnya.

“ Ehemm… ” aku  jeling  si  Fawwaz  sekilas. Mengalihkan  pandangan  sebelum  kembali  duduk  dan  berpura-pura  tidak  mengendahkan  dia.

Terasa  kusyen di  sebelah  terhenyak  kuat. Lelaki  ni  duduk  sebelah  aku??? 

Owh  My  Goodness ! Jantung  sudah  berlari  laju. Macam  buat  sprinter  tapi  kaki  tetap  terpaku. Kalau  dengan  Haydar,  jantung  sentiasa  memalu. Berdegup  kencang  kerana  terlebih  hormone  cinta. Tapi  dengan  dia  ni ?

Obviously  NOT  love !

Rasa  macam  duduk  dalam  kandang  singa  dan  bila-bila  masa  sahaja  boleh  di ngap!

Dia  tunduk  mendekat…

Hati  semakin bercelaru. Dapat  aku  rasakan  degup  jantung  yang  tidak  sekata. Nafas  aku  tahan  bagaikan  seekor  arnab  yang  menunggu  masa  untuk  menjadi  sarapan  seekor  singa liar.

“ My  daughter  likes  you. ”





Owh ! Terus  aku  berpaling  menghadapnya. Mata  membulat  menunggu  kata-kata  seterusnya. Hilang  habis  semua  takut  di  dada.

“ I  know ” terluncur  ayat  tersebut  dari  bibirku. Ah,  tak  malu  kau  Hana ! Siap  dengan  senyuman  lebar  lagi  aku  hadiahkan untuk  mamat  icy  cold  ni.

Wajahnya  dia  masih  tegang  seperti  tadi,  tapi  ada  aku  kisah ?

“ IF  and  only  IF  you’re  willing  to  spend  your  time  with  her  like  in  the  evening…Let  her  call  you  mommy…and  I  will  pay  you  50 buck  perhour  BUT  it  must  be  a   written  contract  UNTIL  she  reaches  15  years  old ”

“ How  old  is  she now ? ”

“ 4  years  old ”

11  tahun  jadi  nanny  Emmel ? What  the  fish ? Apa  guna  aku  ambil  phD  kalau  macam  ni ? Tapi  untung  juga,  siapa  nak  bayar  RM300.00  sejam ?

“ If  I  breach  the  contract ? ”

“ Compensation  must  be  paid ”

“ If  I  refuse ? ”

“ Never  get  close  to  her  and  please  leave  this  house  as  soon  as  possible. Before  she  come  down ”

Wow ! Hebat. Right  on  the  face  aku  kena  halau. Nice.

Aku  geleng  kepala. Roll  eyes  sambil  buat  muka -  Apa  kena  kau  ni  hah?

“ Awak  ni  kenapa ? ” selamba  aku  bertanya. Nada  tenang  dan  mendatar.

Dia  terpaku  lagi. Aku  perhatikan  bibirnya  yang  semacam  mahu  berkata  sesuatu  tapi  tertahan.

“ Aw..wak  la  yeng  keneype ??! ”

Meledak  aku  ketawa. “ Owh  My  God, this  is  so  funny. ” Aku  sambung  tawa.  Dia  menonong  memandang  aku. Mukanya  sudah  memerah. Entah  malu  atau  bengang, aku  tidak  pasti. Patutlah  dari  tadi  dia  asyik  speaking, pelat  Melayu  rupanya!

I’m  dead  serious ” mendatar  si  Fawwaz  memberi  amaran. Aku  tetap  ketawa  sakan.
Tidak  puas  dengan  hanya  ketawa,  habis  dengan  sofa  aku  tepuk-tepuk. Sengaja  juga  mengenakan  si  mamat  mencuka  ni. Bila  lagi  nak  ketawakan  dia  macam  ni ?

Owh…My…God…!  Say  it  again. Key-nay-pear ? Hahaha !

Fawwaz  yang  duduk  di  sebalah  aku  sudah  tak  tahan  diuji. Terus  dia  bangun  berdiri  di  hadapan  aku.

Agree  or  not ? ” tanyanya  tegas. “ And  stop  laughing for  God  sake !

Ka-boom! Suara  si  Fawwaz  mengalahkan  hilai  tawa  aku. Terus  aku  terdiam. Rasa  macam  tertelan  balik  tawa  besar  aku  tadi. Liur  di  telan. Mata  yang  tadinya  jatuh  ke  kakinya  sudah  naik  memandang  si  Fawwaz. 

Wajahnya  menyinga. Too  much  for  him  to  handle.

Aku  tarik  nafas  sekali  lagi. Membetulkan  duduk  biar  tampak  ladylike  sebelum  bersuara.

I’m  sorry,  I’m  here  to  study. I  singgah  pun  sebab  nenek  yang  ajak. I  will  not  stay  long,  lepas  breakfast  nasi  lemak  I  will  leave. Need  to  register  for  my  course  today” tenang  suara  aku. Aku  senyum. Juga  senyuman  penuh  ketenangan. Baru  mendapat  komposisi  untuk  berhadapan  dengan  singa  liar  seperti  Fawwaz. Motto : Act  Like  A  Lady  kembali  menjadi  pegangan  hidup  aku.

Dia  terdiam. Mungkin  tidak  menyangka  yang  reaksi  aku  setenang  itu. Aku  bukan  perempuan  gila  untuk  marah-marah  tak  tentu  hala.

“ Emmel  tu  sangat  adorable,  but  please,  jangan  sebab  ego  awak,  dia  yang  merana. I  don’t  know  what  happen  to  your  life  before,  but  she  have  a  future  and  you’re  the  one  who  will  shape  it. Don’t  let  your  past  ruin  the  future. Her  future ” anak  mata  Fawwaz  aku  pandang  penuh  keikhlasan. Tidak  guna  bertegang  urat  kalau  cara  baik  boleh  digunakan. Harap  dia  faham.

Bila  Fawwaz  kaku  di  hadapan  aku,  aku  memohon  izin  untuk  berlalu. Meninggalkan  dia  di  situ. Berlalu  ke  arah  yang  aku  sendiri  tidak  pasti  ke  mana. Mengikut  langkah  nenek  tadi,  melalui  pintu  besar  di  tengah-tengah  ruang.

I  will  ask  the  driver  to  send  you. Go  get  your  breakfast ” arah  Fawwaz  pada  aku. Ah, keras  lelaki  ini. Hati  batu. Kalau  tak  mahu  aku  di  sini,  aku  pun  tidak  hingin.

Aku  diam. Kaki  terus  melangkah  melalui  pintu  besar. Langsung  tidak  berpaling. Tidak  hingin  aku  membuang  pandang  pada  lelaki  serba  ego  itu. Buat  menyakitkan  hati  aje.

Aku  memasuki  lorong  yang  terarah  ke  pelbagai  bilik  lain  yang  berderet  di  dalam. Tiang-tiang  rome  yang  besar  dan  tinggi  teratur  cantik. Terasa  bagaikan  memasuki  istana  lama…

Mana  nenek ?

Mana  satu  dapur ?

Makin  ke  dalam,  makin  tak  berjumpa  adalah. Setiap  pintu  di  kanan  kiri  semuanya  tertutup  rapat. Nak  dibuka  bimbang  juga  kalau-kalau  bilik  yang  tidak  sepatutnya  tetamu  bertandang. Gambar  pemandangan  dan  kalimah  Al-Quran  memenuhi  dinding  lorong. Cantik. Tampak  gah  dan  tenang…

Puas  berjalan  dan  meneka,  aku  duduk  berdiri  di  hadapan  satu  kalimah  yang  ditulis  dalam  tulisan  khat. Dibingkaikan  cantik  dengan  bingkai  warna  emas  dan  ukiran  indah. Perlahan  aku  membaca  ayat  tersebut  satu  persatu. Aku  bukan  perempuan  muslimah  yang  baik  dan  elok  didikan  agamanya. Nak  baca  ayat  Quran  pun  agak  merangkak  gayanya. Aku  hanya  perempuan  yang  indah  rupa  dan  pelajarannya…bab  agama  mungkin  umur  40  baru  aku  cuba  menjadi  pengamal  yang  baik.Mungkin….


Apa  maksud  ayat  ni ? Lama  aku  memandang…Tangan  menggaru  dagu  yang  tidak  gatal. Kenapa  ayat  ini  yang  menjadi  pilihan  penghuni  rumah  agam  ini ?

“ Awak  nak  pergi  mana  Hana ? ” suara  Fido  bergema  di  lorong  sunyi  rumah  agam  membuatkan  aku  sedikit  lega. Kalau  sesat  dalam  rumah  ni  haru  juga  aku  rasa  ni. Terus  aku  berpaling  memandang  Fido. Melayangkan  senyuman  hingga  ke telinga.

Ouch!

Fido  di  hujung  sana,  dan  aku  di  hujung  sini.. Fido  yang  sudah  menukar  gaya. Seluar  jeans  hitam,  nampak  lebih  berjenis  dari  seluar  petak-petak  gaya  Jason  Mraznya  tadi. Rambut  kena  ributnya  sudah  disikat  rapi,  siap  diikat  di  belakang  gaya  samurai  atau  pembunuh  bersiri. Macho  dan  seksi  juga  dia  ni…tapi  Haydar  tetap  membawa  seri  pada  hati  ini. Biarpun  Haydar  menolak  aku  menjadi  cocaine  sepenuh  masanya. Walaupun  Haydar  menelan  hakikat  yang  cocaine  tidak  boleh  diambil  sepenuh  masa.

Will  we  see  each other’s  again ?

Aku  sendiri  tidak  pasti. Kalau  Haydar  mengharapkan  destiny  bukankah  maksudnya  dia  berserah  pada  takdir  dan  takkan  memunculkan  diri ?

Ah,  sekurang-kurangnya  dia  berharap  seperti  mana  aku  berharap  kini.

“ Hana ”

Astaghfirullah…jauh  sudah  aku  mengelamun. Walhal  baru  sejam  terpisah  dari  Haydar,  hati  sudah menjerit  rindu. Ingatkah  dia  pada  aku ? Seperti  aku  mengingati  dia ? Atau  tumpuannya  kini  seratus  peratus  pada  mesyuaratnya  kini ?

Hmm..biarlah  masa  yang  menentukan. Haydar  memilih  untuk  berserah  pada  takdir  dan  waktu. Siapa  aku  untuk  menjadikan  sebaliknya ? I’m  a  lady  after  all,  bukan  gaya  aku  menonong  mencari  lelaki.  Takkan  perigi  mencari  timba. Biar  sudah  lapuk  pepatah  lama,  tapi  pepatah  itu  juga  yang  aku  pegang. Takkan  terhegeh  kalau  orang  tak  mahu.

“ Fido ” wajah  manis  aku  layangkan  sekali  lagi. Excited  dia  muncul. “ Mana  dapur ? ”

Dia  ketawa. Sampai  tertunduk. Satu  lagi  sikap  dia  yang  nyata,  bila  gelak  memang  over !

“ Lapar  sangat  ke  cik  tetamu ? ”

“ Nasi  lemak  okay,  haruslah  I  cari  sampai  ke  dapur ” jawab  aku  tanpa  segan. Walhal  abang  kau  yang  halau  aku  okay ? Haha,  tapi  ayat  itu  aku  telan. Biarlah  perkara  antara  Fawwaz  hanya  kami  yang  tahu.

Dia  melangkah  ke  arah  aku. Aku  duduk  menunggu  di  situ. Jauh  juga  jarak  antara  kami. Mungkin  100  meter. Mungkin  rumah  ni  panjangnya  200  meter,  telah  aku. Patutlah  nampak  besar  dari  luar,  bila  masuk  memang  besarpun…

“ Dapur  kat  paling…hujung ” katanya  sambil  berjalan  gaya  machonya. Hmm Fido  ni  boleh  buat  boyband. Kalau  dia  tubuhkan  boyband,  aku  rasa  mungkin  ramai  akan  minat  dia. Ah,  berangan  lagi  Hana oi !

Bila  dia  sudah  sampai  di  sisi  terus  aku  tanyakan  soal  ayat  al-Quran  yang  elok  tergantung. Agak  malu  untuk  bertanya,  tapi  kalau  soal  ilmu  yang  malu  itu  akan  kekal  dalam  kebodohannya.

“ Fido,  apa  maksud  ayat  ni ? ”

Dia  tunduk  memandang  aku  sebelum  memandang  ayat  yang  tergantung  di  situ. Ayat  tersebut  dibacanya  dengan  pelat  arab  yang  pekat. Indah  pula  bunyinya.

“ Sesiapa  yang  bertaqwa  kepada  Allah, nescaya  Allah  akan  berikan  jalan  keluar  dari  segala  masalah  dan  memberinya  rezeki  dari  jalan  yang  tidak  terlintas  di  hatinya. Dan  sesiapa  yang  bertawakal  kepada  Allah,  nescaya  Allah  akan  mencukupkan  keperluannya. Sesungguhnya  Allah  melaksanakan  urusan (yang  dikehendaki) Nya. Sesungguhnya  Allah  mengadakan  ketentuan  bagi  setiap  sesuatu.”

Habis  membacakan  maksud  ayat, dia  berpaling  memandang  aku  yang  masih  terangguk-angguk. Tak  adalah  faham  sangat  pun, angguk  je  lebih.

“ Faham ? ”

Aku  jongket  kening. “ Well… I  think  so. ”

Dia  senyum. Seksi. Macam  samurai.

“ A  lot  of  people  misuse  this  ayat. Portray  it  on  the  wall  without  reading  and  practicing  is  just  like  a  muslim  who  claim  to  be  a  muslim  but  not  even  practicing  what’s  been  taught  in  the  Quran… ”

Gulp. Serious  aku  terasa. Aku  la  tu…

Terus  aku  menunduk  malu. Riak  wajahnya  langsung  tiada  iras  mahu  menyindir  aku. Dia  tampak  relaks  dan  cool  macam  selalu.

“ Erm..I  tak  adalah  faham  sangat  Fido, can  you  please  clarify  a  bit  about  the  meaning ?

Dia  senyum  lagi. Wajah  aku  sudah  membahang  panas  dek  kerana  malu  tapi  hati  mahu  tahu.

God  says, TAQWA  is  the  key  issue  here. Siapa  yang  bertaqwa ? How  you  define  orang  bertaqwa ? ”

Soalan  Fido  aku  jawab  dengan  jongketan  bahu.

“ Taqwa  means  scared  of  Allah  s.w.t. Just  like  all  the  sahabat  when  God  says  alcohol  is  haram, right  on  the  spot  they  throw  it. All  the  expensive  wine, or  even  the  cheap  alcohol..They  just  throw  it  and  stop  drinking  immediately. Why ?

Aku  ketap  bibir, “ Sebab  takutkan  Tuhan.”

“ And  what  make  a  person  scared  of  God ? ”

Sebab  Allah  menakutkan ? Sure  not…Allah  is  the  greatest. Allah  is  kind…

“ Sebab  we  BELIEVE  in  His  power ” Fido  juga  yang  menjawab. Boleh  tahan  ilmu  mamat  di  hadapan  aku  ni. “ How  much  we  believe  in  Allah’s  existence  and  power  will  determine  how  much  we  follow  Allah’s  summons. Orang  yang  percaya  pada  kuasa  Allah  s.w.t  adalah  orang  yang  tunduk  dan  patuh  pada  suruhannya. Percaya  itu  Iman  dan  patuh  itu  Taqwa. Orang  yang  patuh  pada  suruhan  Allah  pasti  akan  berjaya. Allah  sudah  menetapkan,  untuk  berjaya  perlu   tawakal. Usaha  mengikut  cara  yang  baik, bersungguh-sungguh  dan  kemudiannya  berserah  pada  Allah  s.w.t, bukan  baca  ayat  ni  seribu  kali  tapi  amalannya  tiada. Setinggi-tinggi  iman  terpancar  pada  akhlak, perbuatan… ”

Terangguk-angguk  aku  macam  si  belatuk  menebuk  pokok. Tak  sangka  British  born  macam  Fido  jauh  lebih  tahu…

Bila  tak  semua  suruhan  Tuhan  aku  lakukan, maknanya  Iman  aku  masih  belum  sempurna…hence  my  Taqwa…Termenung  aku  sebentar.

“ Kreukk… ”

Fido  ketawa. “ Let’s  make  our  way  to  the  kitchen.” Pintasnya  laju. Ah,  malu  giler  okay  bila  perut  berbunyi  macam  tu!  

“ Yeah, and  thanks  for  the  explanation ”

Kami  sama  berjalan  ke  dapur. Pintu  paling  akhir  di  situ  dibukanya. Ada  tiga  orang  pembantu  rumah  sedang  melepak  di  dapur. Nenek  pun  ada  sama. Kata  nak  cek  makanan,  walhal  nenek  dah  pun  duduk  bersantai  di  meja  dapur  sambil  minum  kopi  dan  bergosip  dengan  sorang  lagi  pembantu  rumah. Orang  melayu. Pandai  betul  nenek  ni!

Merekah  senyuman  aku  melihat  telatah  nenek  yang  sibuk  bercerita  mengenai  Malaysia. Siap  diberitahu  pada  mak  cik  pembantu  rumah  yang  dia  bawakan  bekalan  petai  ke  England. Sungguh  authentic !

Grandma  kalau  bergossip  kita  pun  dia  tak  nampak  Hana ” bisik  Fido  seraya  memandang  aku. Dia  juga  turut  tersenyum  bahagia  memandang  nenek  kesayangannya  itu.

“ Fido ! Jom  makan,  mak  cik  ada  goreng  cucur  ni ” ajak  mak  cik  pembantu  rumah  yang  sedang  bergosip  dengan  nenek  di  meja  makan. “ Ni  tetamu  yang  jumpa  kat  kapal  terbang  tu  ya ? Alahai….cantik  orangnya ! ” menyeringai  tawa  si  mak cik. Siap  sepet-sepet  matanya  dek  kerana  tersenyum. Aku  balas  dengan  senyuman  lebar  yang  sama. Berjalan  ke  depan  mengikut  si  Fido. Bersalaman  dengan  mak  cik  tadi  sebelum  mengambil  tempat  duduk  di  kerusi  yang  sudah  ditarik  elok  oleh  Fido.

Bau  kopi  pekat  menusuk  kalbu. Aku  tarik  nafas  panjang-panjang…Bau  kopi  sangat  menenangkan  bagi  aku. Nyaman.

“ Saya  Hana  mak  cik ” aku  kenalkan  diri. Punggung  aku  labuhkan  di  kerusi. Mak  cik  sudah  bangun  menuangkan  air  pada  kami.

“ Panggil  Mak  Leha  je  Hana ” tuturnya  laju. Tangan  menyuakan  cawan  kopi.

“ Terima  kasih  Mak  Leha… ” kopi  bersambut. Aromanya  ku  hidu  dulu. Menyeringai  si  Fido  senyum  melihatkan  reaksi  aku. Aku  jeling  dia  sekilas  sebelum  melemparkan  riak  kosong. Ada  aku  kesah ?

“ Sedap  bau  kopi  ni  Mak  Leha…pandai  Mak  Leha  bancuh ” memang  baunya  sedap. Menyeringai  lagi  Mak  Leha  senyum. Peramah  betul  orangnya.

“ Minum  Hana,  nanti  kita  breakfast  kat  Dining  Hall..Tetamu  tak  elok  makan  kat  dapur  ni ” ajak  nenek  laju.

Dining  Hall ? Jangan  kata  yang  kerusinya  ada  25  dengan  meja  panjang. Sungguh  tak  ada  selera  aku  nak  makan  macam  tu.

“ Tak  apalah  mak  cik…makan  sini  je ” pujuk  aku  laju. Kat  sini  lebih  selesa.  Warm.

“ Fawwaz  pun  tak  makan  lagi  tu ” tingkah  nenek  pula. Fido  sudah  menyuap  beberapa  biji  cucur. Mudah  jadi  Fido,  langsung  tidak  peduli  dengan  sekelilingnya.

Bila  disebut  nama  Fawwaz  terdetak  lagi  hati  aku. Stony sangat  gayanya. Dah  tak  larat  dah  hati  ni  nak  berhempas  pulas  dengan  dia. Aku  diam. Menunggu  nenek  sahaja  yang  memutuskan.

“ Sini  je  lah  nek. Fawwaz  dah  naik  atas,  tengok  Emmel. Dia  suruh  makan  dulu” Fido  memberitahu  sambil  memandang  nenek. Kemudian  aku  pula  yang  dipandangnya, “ Hana,  lepas  makan  I  hantar  you  okay ?

Aku  angguk  dengan  senyum  nipis.

Sah  Fawwaz  minta  Fido  hantarkan  aku  cepat. Serius  aku  terasa. Tidak  pernah  lagi  dalam  hidup  dilayan  macam  ni.

“ Duduk  lah  sini  dulu. Apa  yang  nak  digesakannya ? ” suara  nenek  sudah  naik  satu  oktah  juga. Bukan  marah  bunyinya,  tapi  lebih  kepada  suara  orang  tua-tua  bergosip. Aku  menggeleng  lemah. ‘ Cucu  nenek  tak  suka  saya…. ’ nak  je  aku  jawab  begitu  tapi  ego  tidak  membenarkan.

“ Tak  pe  lah  nenek…nanti  Hana  datang  lagi  ya ? Hana  kena  daftar  course  kat  university  nek ” pujuk  aku  tenang. Nenek  diam  sebelum  mengangguk.

“ Hmm..kalau  macam  tu  makan  lah  dulu. Leha,  hidangkan  nasi  lemak  tu  kat  sini  je.” arah  nenek  pada  mak  cik  Leha. Mak  cik  Leha  terus  bangun  ke  cabinet  dan  dapur  basah. Habsah  turut  sama  menolongnya.

Nampak  hidangan  penuh  di  atas  meja, terus  hilang  melayang  semua  kegusaran  dan  kelukaan  di  hati  dek  kerana  si  Fawwaz  yang  stony. Bibir  mengulum  senyum  gembira. Dapat  rasa  nasi  lemak  tiap-tiap  minggu  pun  okay  juga  kalau  macam  ni, telah  aku. Hmm perlulah  datang  selalu  kalau  macam  ni.

Perluke ? 


p/s: what's there for Hana in this Land  of  The  Angels ?

p/s: Kadang Allah tak bagi apa  yang  kita  nak  terus, sebab  Allah  tahu  bila  hati  dan  iman  kita  lebih  bersedia  untuk  menerimanya, dan Allah  tahu  andai  tidak  mendapatkannya  adalah  perkara  yang  lebih  baik  untuk  kita...dan  kadang, bila  kita  menerima  apa  yang  kita  doakan  dulu, ia  boleh  menjadi  ujian  untuk  kita.. Owh takdir, what  is  there  for  Hana ? 


I wish you're here Haydar, but will you ?



Saturday, 20 October 2012

13 Jam - A380 : Part 9


Part 9


What the autumn promises me.......?
credit picture : google


Hampir  sejam  dalam  kereta  bila  dicampur  trafik  dan  si  dua  beradik  tadi  minta  berhenti  di  hentian  akhirnya  kami  sampai  ke  rumah  mereka. Rumah  ke?

Aku  pandang  sekeliling. Pagar  tinggi, pokok  dan  taman  yang  luas  mata  memandang. Siap  ada  maze  lagi. Laluan  berbata  merah  dari  awal  pagar  hingga  ke  dalam. Ni  dah  gaya  mansion  lama…Gaya  istana  ni…liur  di  telan  lagi…Saat  aku  turun  menurut  mereka  telefon  berbunyi.

‘ tweet tweet ’

Tweet  baru  dari  seseorang  yang  aku  follow. Syed  Haydar  the  young  tycoon.  My  4  hours  ex-boyfriend.

‘ The  best  13  hours  in  life – Morning  glory – If  we  meet  again  I’ll  never  let  u  go ’



“ Daddy…!!! ”

Serta  merta  aku  berpaling. Mencari  suara  kecil  yang  nyaring  menjengah  telinga. Mata  yang  tadinya  leka memerhatikan  skrin  telefon  terus  mencari  empunya  suara.

Emmel  my  daisy ! ” Fawwaz  membalas  dalam  intensiti  yang  sama. Sama  nyaring  dan  sama  riang  dengan  suara  si  gadis  kecil. Terkebil-kebil  aku  memerhatikan  gelagat  Fawwaz  yang  berubah  180  darjah. Macam  tak  masuk  dek  akal  si  Fawwaz  ni  boleh  beriak  begitu.

Tangannya  didepakan. Menanti  gadis  comel  berambut  putih  kekuningan  menerpa  dalam  dakapannya. Fido  yang  tadinya  sibuk  mengeluarkan  beg  bersama  dengan  si  pemandu  juga  turut  sama  tercegat  memerhatikan  dengan  senyuman  lebar.

Emmel, don’t  you  miss  me ? Your  teddy-train ? ” dari  sedari  tadi  memerhatikan  si  Fawwaz  kini  pandangan  jatuh  pula  pada  si  Fido. Emmel  sudah  sedia  di  pangkuan  Fawwaz. Si  kecil  tidak  mengendahkan  Fido,  sebaliknya  menunjukkan  tepat  pada  nenek  seraya  merengek  mahukan  Fawwaz  membawanya  pada  nenek.

Meronta-ronta  si  Emmel  di  pangkuan  Fawwaz. Comel. Tampak  bahagia. Aku  mula  mengukir  senyuman… Senyuman  bahagia  bila  berada  dalam  situasi  penuh  kasih  sayang  sebegini. Rumah  besar  aku  perhatikan…tiada  kekurangan…ahli  rumah  pun  tiada  kekuranga…kacak, nenek  pun  cantik, Emmel  pula  sangat  comel…and  they  are  all  very  happy….What  a  perfect  family….

Siapa  kata  orang  kaya  tak  bahagia? Hmm…now  I’m  seeing  one…

Angin  Autumn  yang  berhembus  dingin  menyejukkan  wajah. Aku  menggigil  sedikit. Mengembalikan  aku  pada  pemandangan  keluarga  Fawwaz  dan  Fido.

Owhhh  my  lovely  girl…Grandma  miss  you … ” nenek  turut  sama  mendepakan  tangannya. Menanti  si  gadis  kecil  entah  anak  Fawwaz  atau  anak  Fido  atau  anak  angkat.

Bila  Fawwaz  makin  mendekat. Dengan  senyuman  lebar  dan  bahagianya…dengan  si  kecil  Emmel  di  dukungan….aku  terasa  kerdil  dan  janggal  berada  bersama  mereka.

Aku  yang  langsung  tidak  mengenali  tiba-tiba  sahaja  menjadi  saksi  drama  keluarga  bahagia  sebegini. Di  Surrey  pula  tu. Dalam  hati  sibuk  bertanya  siapa  gerangan  si  Emmel  ni? Anak  saudara ? Rasanya  dua  beradik  sahaja…Anak  Fawwaz ? Mata  meliar  menunggu  ibunya  pula  yang  muncul.

Emmel  yang  berada  di  dukungan  Fawwaz  tampak  sangat  comel  dengan  baju  gown  putih  paras  lutut, seluar  ketat  warna  pink  dan  cape  berbulu  lembut  tampak  mewah  dan  mahal. Kanak-kanak  tadi  tak  ubah  macam  si  puteri  kecil. Mata  bundar  si  kecil  warna  amber  seperti  Fawwaz  memandang  aku  tanpa  berkelip. Tanpa  sedar  mata  kami  saling  bertaut. Lama. Mendalam…Dan  pandangan  penuh  bahagia  anak comel  itu,  berjaya  menjengah  lubuk  hati  aku  juga…

Emmel,  is  really  a  daisy  to  everyone…when  you  sees  it, you  feel  happy. Serenity..

Bagaikan  patung  hidup  yang  dipukau  aku  terpacak  di  situ,  saling  berpandangan  dengan  si  gadis  comel  yang  punyai  mata  yang  maha  dalam.  Sama  seperti  ayahnya. Wajah  garang  dan  tegas  Fawwaz  yang  memandang  aku  dengan  pandangan  kurang  senang  tidak  aku  endahkan.

Si  kecil  mula  mendepakan  tangannya. Tapi  bukan  pada  nenek. Pada  aku. 

Masih  dalam  pukauan  mata  si  kecil, tangan  aku  turut  didepakan. Menanti  Fawwaz  menyerahkan  Emmel  pada  aku.

“ Mommy !!! ”

 Sorry ? Mommy ? Salah  dengar  ke ?

Aku  pandang  belakang,  manalah  tahu  ada  orang  lain  di  belakang  aku ?

Kosong. Yang  ada  hanyalah  limousine  tadi. Nenek  turut  berpaling  memandang  aku. Dia  senyum  penuh  makna. Fawwaz tergamam. Fido  juga  sama,  tapi  dalam  versi  cool.

“ No, Emmel ! ” suara  Fawwaz  sudah  naik  satu  oktah. Aku  tergamam. Emmel  mula  menangis. Anaknya  dijauhkan  daripada  aku. Berkerut  dahi  aku  menahan  perasaan. Kejamnya  Fawwaz. Hina  sangatkah  aku  untuk  memegang  anaknya ?

I  want  mommy ! Daddy…I  want  mommy…! ” si  kecil  mula  meronta  di  pangkuan  Fawwaz. Kakinya  dihentakkan  supaya  Fawwaz  membawanya  pada  aku. Aku  yang  sedari  tadi  kaku  di  situ  akhirnya  bergerak  ke  hadapan. Menghulurkan  tangan  pada  si  kecil. Emmel  senyum,  dan  saat  itu  juga  si  Fawwaz  mengeratkan  dakapannya  pada  Emmel. Membawa  kanak-kanak  tadi  jauh  ke  dalam  rumah  atau  mungkin  lebih  tepat  istana. Tangisan  Emmel  langsung  tidak  bebekas  di  hati  Fawwaz. Keras  dan  tegas  sahaja  langkahnya. Langsung  tidak  memandang  ke  belakang.

Owh  My  Goodness !

Terasa  segenap  ruang  liang  roma  yang  ada  terkeluar  bahang  panas.  Hot,  man ! Aku  pandang  Fido  sambil  buat  roll-eyes  dan  Fido  hanya  senyum  seraya  mengenyitkan  matanya  menyuruh  aku  chill  sahaja. Dia  duduk  di  tangga  besar  di  hadapan  pintu  masuk  rumah  agam  yang  terbuka  luas.

Tengah  aku  marah  macam  punting  rokok  kena  cucuh  api,  saat itu  tangan  sejuk  nenek  memegang  tangan  aku. Mata  tuanya  menangkap  anak  mata  aku,  memandang  penuh  sayu. Bagaikan  meminta  agar  aku  mengerti…memaafkan dan  memahami  gelagat  cucunya  tadi.

Aku  tarik  nafas  dalam. Menghembuskannya  sebelum  melayangkan  senyuman  manis  dan  tenang  semata-mata  kerana  hormat  aku  pada  nenek. Tangan  nenek  aku  pegang  kemas. Mecari  punca  kekuatan  sebenarnya  untuk  aku  menahan  sabar. Hal  aku  dengan  Fawwaz  haruslah  aku  selesaikan  selepas  ini.

“ Kita  masuk  sarapan  dulu  ya  Hana ? Tukang  masak  sediakan  nasi  lemak  special  hari  ni ” lembut  ajakan  nenek. Suara  memujuk…Haruslah  aku  kalah. Bukan  kerana  intonasi  semata,  tapi  teringin  nak  sarapan  nasi  lemak. Kalau  dah  ke  asrama  lepas  ni  sah  tak  jumpa  nasi  lemak  lagi  dah  kecualilah  aku  rajin  nak  masak  sendiri  nanti.

“ Hmm ya  lah,  nek ”

“ Fawwaz  tu  memang  macam  tu, jangan  ambil  hati  ya ? ” lembut  lagi  nenek   memujuk. Fido  masih  memandang  dari  jauh. Wajahnya  nampak  prihatin. Beg  mereka  sudah  dibawa  masuk  oleh  pembantu  rumah.

Aku  hanya  mengangguk.  Nak  cakap  ya  tapi  tidak  terkeluar. Takut  juga  bila  dituturkan  bunyinya  tidak  cukup  ikhlas  nanti.

Bila  sampai  di  kaki  tangga  pintu  utama  yang  tersergam  indah  dan  megah,  Fido  memeluk  bahu  neneknya. Matanya  memandang  tepat  pada  aku.

“ Grandma  I  think  Fawwaz  had  gone  crazy  again ”

Tupp! Terasa  macam  jantung  sudah  berhenti  berdegup. Fawwaz  gila  ke ? Tiba-tiba  sahaja  hati  bagai  luluh. Jatuh  sedih  dan  kasihan…Pandangan  aku  mula  redup  menyimbah  wajah  nenek  sebelum  berhenti  pada  Fido.

I’m  sorry  to  hear  that…Saya  tak  tahu  Fawwaz  ada  mental  problem…”

Terdiam  keduanya. Fido  ternganga  sebelum  meledak  tawanya. Nenek  menggeleng  sakan. Tak  putus-putus  si  Fido  ketawa  hinggalah  memasuki  ruang  tamu  serba  mewah  gaya  Victoria. Kerusi  ukir  Victoria  style  jenama  Versace  menyambut  kami. Lantai  marmar  warna  putih  dan  hitam  memukau  pandangan. Piano  besar   berada  di  sudut  hujung  rumah, di  beranda  keluar  ke  taman.

Tangga  spiral  berada  di  hujung  sudut  kiri. Cantik. Menambahkan  gah  pada  rumah  agam  ini. Aku  perhatikan  kaki  tangga  yang  dilapik  karpet  tebal  dan  halus  buatannya. Pasti  dari  Parsi. Entah-entah  harga  pun  berjuta,  kalau  karpet  di  Istana  Negara  Malaysia  boleh  bernilai RM 1 juta, dorang  ni  tak  kan  tak  mampu ?

Mata  yang  sibuk  memerhati  terus  terpaku bila  kaki  lelaki  berseluar  hitam  memunculkan  diri  di  situ.

Fawwaz.

Emmel  sudah  tiada  dengannya. Wajahnya  tegang. Matanya  menikam  anak  mataku. Dengan  tangan  yang  di  silangkan  di  dada  dia  terpacak  di  situ. Aku  turut  berbuat  perkara  yang  sama. Ah, am  I  scared ? Please…!

Where is  Emmel ? ” tegas  aku   bertanya. Dia  tampak  terkejut. Dengan  wajah    masam  mencuka  dan  icy  coldnya,  mulutnya  ternganga  mahu  menjawab  sebelum  kemudiannya  dibatalkan  olehnya. Matanya  merenung  tajam  sebelum  melangkah turun  dan  langsung  tidak  menjawab.

Kurang  asam  punya  jantan ! Urgh, geram  aku !

This  is  Hana ! And  you  dare  ignore  me?

Entah  bila  kaki  ni  aku  langkahkan  menghampiri  Fawwaz  yang  sedang  berjalan  melintasi  aku,  aku  sendiri  pun  tak  pasti. Sedar-sedar  aku  dah  elok  terpacak  di  depan  Fawwaz, dia  berdiri  tegas,  tegang  dan  tegak  memandang  aku  dari  atas. Yeah, he  is  a  foot  taller.

You. Are. The. WORST. Father.I had ever seen. Dot ” satu  persatu  aku  tuturkan. Biar  perlahan  tapi  jelas  pada  telinganya.

Aku  menjeling  sinis. Puas  bila  wajahnya  sudah  merona  merah  dua  kali  ganda. Mamat  icy  cold  sudah  bercekak  pinggang. Mata  tajam  menikam. Anak  mata  ambernya  bagaikan  api  yang  marak. Eww…kalau  aku  sendiri  bukan  dalam  keadaan  marah, gamaknya  kecut  juga  perut  aku  tang  ni.

Aku  nampak  matanya  beralih  memandang  nenek  dan  Fido. Meninggalkan  aku  bagai  orang  bodoh  di  situ.

  “ Who  the  hell  is  she ??? ”  

Tanpa  diundang terus  aku  melabuhkan  punggung  pada  kerusi  set  sofa  mewah  di  situ. Rasulullah  cakap,  kalau  marah, duduk. Kalau  marah  lagi, baring. Kalau  tak  jalan  juga,  ambil  wuduk.

“ Ya  Allah….Fawwaz…sabar…tetamu kan  tu ? ” kalut-kalut  nenek  mendapatkan  Fawwaz. Tangan  cucunya  ditarik  agar  duduk  di  sofa  terdekat  dengan  mereka. Melilau  mata  nenek  mencari  kelibat  pembantu  rumah.

Habsah, serve  some drink  please.. ” laju  sahaja  nenek  memesan  minuman  usai  ternampak  kelibat  Habsah  di  pintu  taman.

Okay  ma’am… ” perempuan  dalam  usia  40-an  masuk  ke  bahagian  dalam. Mungkin  dapur. Fawwaz  masih  dengan  riak  mencukanya.

“ Is  she  is  your  girlfriend ? ” pekat  pelat  Inggeris  si  Fawwaz  menghambur  pada  Fido.

“ Cool  off  okay ? ” tangan  Fido  sudah  naik  ke  atas. Tanda  menyerah  dan  tidak  mahu  memanjangkan  isu.

Yang  kesiannya  nenek. Kalut  dan  keluh  kesah  sedari  tadi. Susah  juga  nak  jaga  cucu  lelaki…Tambah  lagi  bila  keduanya  sudah  besar  panjang.

“ You’re  not  answering  Fido ”

“ Fawwaz…Hana  yang  bagi  tempat  dia  kat  nenek  masa  dalam  flight  tadi…double  seating. Ada  kesilapan  tiket, Hana  let  go  her  seat, kalau  tak  nenek  tak  boleh  nak  duduk  sebelah  Fido  tau ? 13  jam  kalau  Fido  tak  ada  kat  sebelah,  siapa  nak  bagi  makan  ubat  kat  nenek ? 
Silap-silap  tak  sampai  nenek  kat  sini  sekarang  ni ”

Aduhai…nenek  sudah  buat  cerita  sedih. Fawwaz  terdiam. Masih  membatu. Marah  lagilah  kot…tapi  dah  tak  berani  bersuara.

“ Alright  bro…? ” Tanya  Fido  gaya  relaksnya. Dia  berjalan  ke  arah  aku  sebelum    duduk  bersandar  di  sofa  sebelah  aku . Tenang  sahaja  gayanya. Berbeza  benar  dengan  si  Fawwaz.

How  on  earth  they  are  from  the  same  root ?!

Aku  intai  Fido  di  sebelah. Boleh  pula  mamat  ni  bersandar  malas. Kakinya  dilunjurkan. Matanya  ditutup  rapat  sambil  tangannya  menutup  mulut  yang  menguap.

“ Dia  selalu  macam  tu  ke ? ” bisik  aku  pada  Fido. Tidak  mahu  mencurah  minyak  pada  api  yang  tengah  marak.

Fido  pandang  abangnya  sekilas. Senyum  kecil  dihujung  bibirnya  seraya  menggeleng.

“ Sorry  Hana  for  what  had  happen. ” dia  senyum  sebelum  berbisik, “ Its  too  personal  for  us  to  share  with  you  what’s  going  on. Sorry  ya? ” pujuknya lagi.

Too  personal ?

What  had  happen  to  Fawwaz ?

Siapa  Emmel ?

Satu  persatu  persoalan  timbul. Wajah  aku  sudah  berkerut  mencari  jawapan. Mata  aku  pandang  Fido  tapi  dia  sudah  membalas  dengan  pandangan ; No, I’m  not  going  to  tell  you.





If you are not the one then who ? Kalau tanya Eve perkara apa paling misteri dna mistik dalam dunia ni ? I would say jodoh ;p

P/s : Opps macam tak percaya je ada entry baru.hehehe. Owh Eve pun angau nak berangan dengan jejaka2 ni.lol. Thanks to God for the mood malam ni, dah pagi pun kat sini. Just feel happy esok weekend! Hooray ! hehe. Maybe I can write during the weeked if I do not need to bring work home. By the way , Happy Weekend n enjoy ur 2days holiday. Feel heaven dapat weekend bila one whole week asyik kerja jeeee , jet lag pun tak habis lagi.haha membebel plak eve.kiki

Kay, babe. Goodnite ! =)



Wants more press LIKE ;)