Join This Site

Sunday, 25 November 2012

13 Jam - A380 Part 14


Assalamualaikum ;) n Hi ! 

Alhamdulillah dah semakin ramai yg dah pun menerima novel TWB, terima kasih yg dah bagi review, alhamdulillah sangat-sangat gembira dengar  review  kalian ;) and thankss to all those yang ke pejabat KS pada hari Jumaat !  dan all the stories about how-you-get-ur TWB novel (sampai kejar van poslaju and call pejabat pos ;) ) all the stories make me smile.

Bagi yang dah order tapi tak dapat lagi, insyaa Allah mungkin next week akan sampai :)

Yang nak dapatkan di bookstore, yang area KL Eve rasa dalam next week jg akan ada :)




*kak Iman , Kak Lily, Kak Mariana n Kak Rohaidah tak ada dalam pic ni,i bet they must be somewhere eating durian crepe.lol. anyway I  LOVE this pic ! hehe


Apa-apa pun, terima kasih semua, yang tak dapat novel lagi meh layan A380 dlu sementara abang adam muncul ;)



Part 14

“ Mommy….you’re  home ” perlahan-lahan  Emmel  melangkah. Tidak  menghampiri  aku,  tapi  lebih  dulu  memeluk  kaki  Fawwaz  sambil  matanya  tertancap  pada  aku. Memandang  aku  penuh  sayu,  keliru  dan  takut  untuk  kecewa  sekali  lagi.

Owh  Emmel…luluh  hati  tengok  Emmel  macam  tu…
Tangan  aku  depakan  padanya. Menyambut  dia  datang  ke  pangkuan  aku. Dia  mendongak  mencari  kepastian  daripada  Fawwaz. Mungkin  takut  untuk  kecewa  lagi…Kesian  Emmel…

Maafkan  mommy….

Hanya  bila  Fawwaz  senyum  barulah  dia  teragak-agak  mendekati  aku. Tangannya  memintal  kain  baju  gaun  putihnya. Mata  memandang  lantai. Bila  dia  terpacak  di  hadapan  aku  tidak  pula  dia  terus  memeluk. Dia  hanya  terpacak  di  situ  dengan  mata  berkaca  sebelum  dia  tunduk  memandang  lantai.

“ I’m  sorry  mommy....I  won’t  be  a  bad  girl  again….Please  don’t  leave  me… ”

Terus  aku  capai  dan  dakap  si  Emmel  penuh  kejat. Pipinya  aku  cium  berkali-kali. Air  mata  aku  tumpah  tanpa  disedari.

“ I  love  you…. I’m  sorry…. ” tersekat-sekat  aku  bersuara. Berselang  seli  bunyi  suara  aku  dan  bunyi  esak  tangis  sendiri. Emmel  turut  menangis  hiba. Aku  tahu  Emmel  sangkakan  aku  si  ibu  yang  meninggalkan  dia  dua  tahun  lepas. Apa  yang  membuatkan  hati  ini  sedih  dan  remuk  ialah  bila  Emmel  menyalahkan  dirinya  sendiri  atas  apa  yang  berlaku. Emmel  sangkakan  aku  meninggalkan  dia  tadi  kerana dia  budak  yang  nakal….

“ Mommy  just  went  out  for  a  moment  with  daddy. See  what  I  bought for  you ” air  mata  aku  seka  laju. Tidak  mahu  si  Emmel  terus  bersedih  sama  dengan  aku. Aku  keluarkan  bola  getah  yang  mempunyai  lampu  kelip-kelip  di  dalamnya. Bila  di  hempap  ke  lantai  lampu  akan  menyala. Bola  sebesar  tapak  tangan  itu  aku  sentiasa  bawa  bersama. Pelik  tapi  itu  hakikat. Aku  suka  bila  ia  menyala. Terasa  hati  berbunga  bahagia  dan  ceria.



Bola  mula  bertukar  tangan. Emmel  semakin  leka  membeleknya. Jakun  dengan permainan  pelik  seperti  itu. Aku  mengukir  senyum  selebar  mungkin  bila  Emmel  menekan-nekan  bola  dan  bila  lampu  menyala  dia  terus  bersorak  riang. Hilang  terus  gundahnya  tadi.

Aku  pandang  Fawwaz.

Jantung  bagaikan  terhenti  seketika.

Wajahnya  sangat  bahagia. Sangat  tenang. Sangat  ceria. Dan  yang  membuatkan  hati  aku  terhenti  dari  berdegup  ialah  sepasang  mata  amber  yang  memandang  aku  dalam  kelembutan  dan  kebahagiaan. Senyumannya  juga  tampak  sungguh  ikhlas.

Terus  anak  mata  aku  larikan. Tidak  berani  memandangnya  lagi. Hati  sudah  berdegup  kencang  bagai  sedang  berlari.

“ Mommy… see ! ” kuat  si  daisi  menjerit. Semakin  lebar  senyuman  Fawwaz. Terlompat-lompat  Emmel  mendekati  Fawwaz, “ Daddy…. Emmel  love  it  when  you  bring  mommy  home… hooreayhh !!! ”

Emmel  melompat  sambil  bersorak. Bola  di  tangan  diangkat  tinggi. Tertawa  aku  dan  Fawwaz  melihat  gelagatnya.

“ Woow  now  now… ” suara  Fido  muncul  tiba-tiba  dari  pintu  menyambung  ke  dapur  dan  pintu-pintu  yang  banyak  tadi. Aku  tersenyum  memandang  Fido. Terasa  lega  bila  memandang  wajahnya.

Fido  mendekati  kami. Tunduk  mengadap  Emmel, “ How  lucky  you’re  my  dear  daisy…” hidung  Emmel dicuitnya  mesra. Mengekek  si  Emmel  ketawa.

Uncle, my  mommy  dah  balik… ” ucap  Emmel  pada  Fido  dalam  pekat  Inggerisnya. Tangan  Emmel  memaut  tangan  aku. Mendongak  memandang  wajah  aku  sambil  tersenyum  manis. “ Mommy  pergi  lama  sebab  nak  cari  bola  ni…kat  sini  mana  ada  kan  mommy ? ”

Terasa  meruntut  jiwa  bila  Emmel  senyum  begitu. Bila  dia  yang  berkata  begitu. Kesian  Emmel…Telan  liur  aku  dibuatnya,  tidak  tahu  apa  nak  dikata. Aku  hanya  mengangguk,  dalam  hati  menjerit  kuat ; “ Bukan  mommy  yang  tinggalkan  Emmel..!”


********************

Mujur  Emmel  tidak  bertanya  banyak. Dia  terima  aku  tanpa  banyak  persoalan. Bagaikan  aku  ada  bersamanya  sudah  cukup  dan  dia  langsung  tidak  meminta  jawapan  ke  mana  ibunya  menghilang  selama  ini ?

Sepanjang  beberapa  jam  tadi  dia  asyik  dengan  aku. Cepat  dia  menerima  aku  bagaikan  aku  memang  ibunya. Hati  bagaikan  mahu  bertanya  kenapa  aku  yang  dia  pilih ? Tapi  Emmel  masih  kecil  dan  aku  juga  tidak  tahu  bagaimana  mahu  menyuarakan  pertanyaan  sebegitu. Aku  juga  masih  belum  bersedia  untuk  memberitahu  Emmel  siapa  dia  sebenarnya  pada  aku  dan  Fawwaz  walaupun  idea  itu  datang  daripada  aku  tapi  aku  tahu  semua  itu  perlukan  masa  yang  sesuai.

Siling bilik  besar  di  rumah  tetamu  aku  pandang  kosong. Penat. Sangat  penat….untuk  segala  yang  berlaku  hari  ini  dan  semalam.

Usai  makan  tadi, aku  terus  ke  sini. Rumah  tetamu  yang  seluas  banglo  dua  tingkat  yang  letaknya  bersebelahan  rumah  agam  mereka. Elok-elok  di  tengah  taman  yang  sangat  cantik  dan  sempurna  di  mata  aku. Ada  tiga  bilik  yang  agak  luas   saiznya. Ruang  tamu  dan  dapur  sederhana  besar. Hiasan  yang  dipilih  lebih  menampakkan  gaya  English  cottage, tenang  pada  mata  dan  jiwa  aku.

Nenek  kemain  gembira  bila  mengetahui  aku  balik  dengan  Fawwaz. Fido  pula  tidak  banyak  mengomen  pada  awalnya. Tapi  bila  dia  berseorangan  dengan  aku  di  taman  indah  sekeliling  rumah  ini, barulah  dia  mula  bertanya.

Wajah  Fido  yang  tenang  memandang  aku  petang  tadi  aku  ingat  hingga  kini. Dia  duduk  di  bangku  kayu  di  tengah-tengah  taman  inggeris  yang  dipenuhi  dengan  lavender, allium, poppy, queen  anne’s  lace, aster, baby’s breath, delphinium, freesia, hydrangea, iris dan yang paling aku suka gladiolus warna peach dan pink ! Fido  siap  tolong  aku  potong  beberapa  batang  gladiolus  untuk  diletakkan  di  dalam  pasu  kristal  di  dalam  rumah. Waktu  itu  Fawwaz  sudah  ke  pejabatnya. Kasihan  juga  aku  pada  Fawwaz, sanggup  dia  batalkan  mesyuarat  hanya  kerana  ingin  berbincang  soal  Emmel. Usai  menghantar  aku  ke  sini, menemani  aku  dan  Emmel  dan  menunjukkan  aku  sekeliling  rumah, barulah  dia  meminta  diri  untuk  pergi.

Merengek  juga  Emmel  tidak  mahu  berenggang  tadi, tapi  nenek  pujuk  dia  kononnya  nenek  mahu  Emmel  tolong  dia  di  dapur  untuk  siapkan  makan  malam  untuk  aku. Melompat  si  Emmel  sebab teruja. Katanya  mahu  ibunya  merasakan  masakan  dia. Katanya  dia  sudah  besar  panjang.

‘ Mommy…I  will  bake  cookies  for  you…and  when  you  eat  them…You  will  always  remember  me and  you’re  not  gona  leave  me  anymore ! ’

Terpempan  aku  bila  Emmel  memberitahu  aku  begitu.

‘You’re  not  going  to  leave me  anymore ? ’ sebab  tu  dia  beriya  buatkan  aku  biskut. Bekas  biskut  aku  pandang. Ada  sebalang  biskut  yang  Emmel  dan  nenek  buatkan. Sedap  rasanya…Aku  tahu  budak-budak  di  sini  diajar  memasak  sedari  kecil.   Kebiasaan  bagi  mereka  untuk  membiarkan  anak-anak  bermain  di  dapur,  tapi  menggunakan  peralatan  yang  lebih  sesuai  untuk  mereka.

Anak  mata  beralih  dari  baling  biskut  buatan  Emmel,  ke  pasu  berisi  bunga  campuran  yang  diberikan  oleh  Fido  tadi. Cantik  bila  poppies  dia  gabungkan  dengan  Queen  Anne’s lace. Tampak  ceria  dan  menaikkan  mood.

‘ For  the  lady  who  brighten  up  the  whole  house  for  today  and  in  the  coming  days’



Tertawa  aku  dengan  gelagat  Fido. Selamba  sahaja  dia  menghulurkan  bunga  gaya  pahlawan  dahulu kala. Gaya  Shakespeare pun ada. Dengan  sebelah  tangan  di  kocek  seluar  dan  sebelah  lagi  menghulurkan  bunga. Wajahnya  langsung  tiada  riak  malu-malu, yang  ada  hanyalah  wajah  bersahajanya.

Bunga  di  tangan  Fido  aku  sambut  seraya  kaki  berjalan  ke  dapur, mencari balang  yang  sesuai. Air  aku  masukkan  sebelum  meletakkan  jambangan bunga.

Poppy  and  queen  anne’s  lace  look  perfect  together ” omen  aku  dalam  senyuman  riang. Balang  berisi  bunga  aku  bawa  ke  meja  bar. Fido  duduk  di  situ.

It’s  perfect  for  you ” Fido  senyum. Aku  jongketkan  kening. Poppy ? Bunga  liar  jalanan  dan  Queen  Anne’s  Lace  juga  bunga  liar  yang  turut  dipanggil  Wild  Carrot ? Itu  sesuai  dengan aku ? Fido  ni  perli  ke  apa ?

In Flanders fields the poppies blow
 Between the crosses, row on row,
That mark our place; and in the sky
The larks, still bravely singing, fly
Scarce heard amid the guns below.

We are the Dead. Short days ago
We lived, felt dawn, saw sunset glow,
Loved and were loved, and now we lie
In Flanders fields.

Take up our quarrel with the foe:
To you from failing hands we throw
The torch; be yours to hold it high.
If ye break faith with us who die
We shall not sleep, though poppies grow
In Flanders fields.

Bersahaja  wajah  Fido  tatkala  membacakan  bait-bait  sajak. Menonong  aku  memandangnya. Kaku.

Dalam  maksud  sajak  tersebut….

“ Pernah  dengar  sajak  tu ? ” soalnya  lagi  dalam  senyuman  coolnya.

Aku  geleng. Dahi  masih  berkerut  memikirkan  maksud  sajak  tadi.

“ To you from failing hands we throw
The torch; be yours to hold it high.
If ye break faith with us who die
We shall not sleep, though poppies grow ”

Bait  akhir  bermain  di  benak  dan  diulang  tayang  berkali-kali…

‘ Of  ye  break  faith  with  us  who  die,  we  shall  not  sleep, though  poppies  grow…’

Meremang  bulu  roma  aku.

Itu  harapan  seorang  pahlawan, seorang askar dan pejuang  yang  telah  berkhidmat  demi  bangsa  dan  akhirnya  gugur  di  medan  perang. Kematian  mereka  adalah  harga untuk  kemenangan  orang  lain.

Apa  gunanya  sebuah  pengorbanan  kalau  ia  tidak  dihargai ? Apa  maknanya  pengorbanan  kalau  orang  yang  kita  lakukan  pengorbanan  itu  tidak  mempercayai  kita ? Lebih  gerun  bila  aku  membayangkan kematian…

Kematian  yang  berlaku  di  serata  tempat  atas  nama  negara, atas  nama  sekutu,  atas  nama  agama  dan  atas  nama  ideology…Perang  berlaku  di  mana-mana…dari  dulu  hingga  sekarang  manusia  masih  tegar  bertelagah…

“ It’s  a  deep  meaning  Fido…very  deep… ” lemah  suara  aku. Masih  tenggelam  dalam  fikiran  sendiri. “ People  kills  each  other’s…for  what ? It’s  unbelievable  isn’t  it  how  its  keep  on  happening…who  wrote  it ?

“ It’s  a  poem  written  by  a  lieutenant  colonel, a  Canadian  physician  during  the  World  War  I..dari  poem  ni  lah  timbulnya  Remembrance  Poppy..and  you’re  right. Malaikat  pernah  bertanya  Tuhan  sebelum  Adam  dijadikan, kenapa  Allah  mahu  menciptakan  manusia  sedangkan  Allah  tahu  manusia  akan  menimbulkan  persengketaan, akan  berlakunya  pertumpahan  darah..tengok  Habil  dan  Qabil..Manusia  generasi  kedua, walaupun  sedarah  sedaging  they  started  to  kill  each  other’s..

Aku  angguk  rakus  tapi  Fido  masih  senyum.

“ Tapi  Allah  tahu  kebolehan  manusia  dan  Allah  yakin  kita  yang  paling  layak  menjadi  khalifah  di  bumi  ni..bukan  malaikat  dan  bukan  jin…manusia. Kita  makhluk  yang  hebat  hanya  bila  kita  berpegang  pada  ajaran  Allah  s.w.t… ”

Gigil  jiwa  dan  perasaan  mendengarkan  ulasan  Fido. Nampak  bersahaja  tapi  penuh  ilmu…Diri  terasa  malu  sendiri  sebab  tidak  banyak  yang  aku  tahu. Hidup  penuh  alpa  selama  ini…

Anyway  Hana, McCrae  tulis  sajak  ni  waktu  dalam  ambulance…Flanders Field  is  where  the  battle  took  place…a  lot  of  the  soldiers  died…and  it  was  said  that  after  the  battle,  poppy  grow  enormously on  the  field  and  on  the  graveyards..

Belum  sempat  dia  habiskan  ayat  terus  aku  pangkah, “ You  are  giving  me  bunga  orang  mati ? ”. Ya  lah  mengingatkan  bunga  poppy  ni  tumbuh  atas  kubur,  walaupun  kubur  pahlawan  ada  juga  rasa  seriau  tu.

Fido  ketawa  perlahan. Senyumannya  herot.

“ Poem  ni  melambangkan  struggle  of  life  and  peace  that  follows  later… and  the  grows  of  poppy  is  the  symbolic  of  that  peace…” dia  senyum  nakal  sebelum  bertanya, “ Did  you  get  what  I  mean ? ” dan  terus  ketawa. Mungkin  lucu  dengan  riak  muka  aku  kot..

“ Maksud  you….I  ni  symbol  peace ? ” soal  aku  ragu-ragu.

Dia  angguk.

“ Peace  after  all  the  struggle…and  a   shelter  for  those  who  had  been  losing  for  so  long…You  are  like  a  sanctuary  but  being  shielded  by  poppy’s  personality…Only  the  one  with  good  heart  will  do  what  you  are  doing  Hana. Queen  Anne’s  Lace  is  a  symbolic  of  sanctuary, I bet  you  know  that

Aku  diam  bila  dia  menuturkan  begitu. Berat  sandaran  yang  Fido  berikan  pada  aku. Sangat  berat. Aku  tahu  apa  maksud  dia…shelter  pada  Emmel  yang  sudah  lama  kehilangan  ibu…

Serba  salah  aku  melemparkan  senyuman, “ I  wish  so…”

Melihatkan  reaksi  aku  yang  begitu  Fido  terus  mengubah  topic  perbualan. Tapi  topic  kali  ini  nyata  lebih  mengejutkan.

“ Sepanjang  perjalanan  tadi  Fawwaz  okay ? ”  tanya  dia  dalam  wajah  concern.

Semuanya  okay  kalau  ditolak  waktu  Fawwaz  berwajah  tegang  dengan  rahang  mengeras  gaya  stone  cold  tadi. Habisnya  aku  angguk  sahaja.

Fido  nampak  lega. Dia  senyum  sambil  memandang  aku  tepat  ke  mata.

“ Hana…Awak  orang  pertama  yang  Fawwaz  tumpangkan  bila  dia  drive. ”

Berkerut  dahi  aku  cuba  memahami. Kurang  jelas  apa  maksud  si  Fido.

You  are  his  first  passenger  after  this  whole  years. Dia  dah  lama  tak  tumpangkan  sesiapa  kalau  dia  yang  pandu  kereta. ”

Pelik.

“ Kenapa ? ”

Fido  tarik  nafas  dalam. Anak  mata  aku  tidak  dipandangnya  lagi. Dia  pandang  langit  yang  sudah  semakin  gelap. Di  sini  pukul  4.00 pm hari  sudah  menginjak  maghrib.

“ Awak  tahu  mak  dan  ayah  kami  meninggal  kan ? ”

Aku  angguk  walaupun  aku  tahu  Fido  mungkin  tidak  nampak  dek  kerana  matanya  terpaku  pada  langit.

“ Mereka  kemalangan…Masa  tu  Fawwaz  yang  memandu…. ”

Fido  diam. Lama.

Aku  tahu  dia  sebak. Aku  juga  sama. Patutlah  Fawwaz  nampak  tegang. Tidak  mesra. Waktu  peristiwa  tu  berlaku  usia  Fawwaz  18  tahun. Kalau  aku  adalah  dia  aku  sendiri  tidak  pasti  apa  yang  akan  aku  lakukan ? Pasti  jiwa  aku  akan  terus-terusan  menyalahkan  diri  sendiri… aku  mungkin  tidak  sekuat  Fawwaz… Aku  mungkin  terus  tenggelam  dalam  duka  tak  berpenghujung…Hati  terasa  sebak  untuk  seorang  lelaki  yang  baru  aku  kenali  10  jam  tadi. Seorang lelaki  yang  sudah  melalui  pelbagai  dugaan  dalam  hidupnya  tapi  masih  tetap  utuh  berdiri. Siap  menguruskan  orang  lain  lagi… keluarga  dan  syarikatnya…

Adakah  struggle  yang  Fido  maksudkan  tadi  adalah  struggle  seorang  Fawwaz  atau  struggle  seorang  Emmel ? Atau  struggle  mereka  sekeluarga ?

Hingga  sekarang, selepas  3  jam  perbualan  itu  berakhir  aku  masih  tertanya  dan  berteka  teki. Comforter  aku  tarik  menutupi  dada. Sejuk....katil  bersaiz  king  aku  perhatikan. Luas… kalau  Emmel  tidur  dengan  aku, tidaklah  bosan  sangat…tapi  esok  banyak  yang  perlu  dilangsaikan.

Usai  berbual  dan  mengemas  rumah  dengan  bantuan  Fido  dan  Habsah  tadi, kami  makan  malam  bersama  Nenek  dan  Emmel. Fawwaz  masih  belum  pulang  tadi, banyak  kerja  di  pejabat  sementalah  semuanya  tertangguh  dek  kerana  menghantar  aku  ke  university  tadi. Merengek  Emmel  mahu  tidur  dengan  aku,  tapi  bila  dipujuk  dia  okay  sahaja..lagipun  kata  nenek  Emmel  sudah  dibiasakan  tidur  di  bilik  sendiri. Sudah  menjadi  kebiasaan  juga  bagi  orang  di  sini  mengajar  anak  mereka  tidur  di  bilik  sendiri  sedari  kecil. Emmel  tidak  banyak  perangai…Aku  tidurkan  dia  di  biliknya…menemankan  dia  lelap  sebelum  aku  mengundur  diri  ke  rumah  sendiri.

 ‘tweet  tweet ’

Lamunan  tentang  peristiwa  petang  tadi  terbang  melayang  bila  bunyi  tweet  kedengaran  dari  telefon. Terus  aku  capai  telefon  yang  tersadai  di  sebelah  bantal.

‘ Deal  secured. Time to celebrate  before  the  hard  work coming ’ – Haydar

Aku  senyum  lebar. Rasa  mahu  bersorak  bila  dapat  mengetahui  perkembangan  dirinya. Siap  ada  gambar  dia  bersalaman  dengan  wakil  di  England  lagi. Ah,  terubat  juga  rindu  di  hati ! Malam  begini  baru  dia  nak  update  twitter ? Tak  apalah, asalkan  ada  update…

Aku  senyum  lagi, angau. ‘ Owh  Haydar…don’t  you  miss  me ? ’ – hati  bersoal  sendiri…Gatal  sahaja  tangan  mahu  menjawab  tweet  si  Haydar  tapi  nampak  sangat  la  kan  aku  ni  stalker  dia  selama  ni ? Kemain  mengaku  tak  kenal  dalam  kapal  terbang  semalam. Haih, esok.

Esok….

Dada  berdebar  sakan  bila  mengingatkan  idea  untuk  mencarinya  di  lapangan  terbang  esok  pagi. Kalau  penerbangan  pukul  9.30  pagi  biasanya  dia  akan  check  in  pukul  8.30  pagi  paling  lambat..Kalau  aku  drive  dari  sini  ambil  masa  30  minit je.

Terus  aku  melompat  dari  katil. Almari  tinggi  hingga  mencecah  siling  aku  buka. Pakaian  aku  sudah  elok  disimpan  rapi  tadi. Satu  persatu  aku  perhatikan. Haruslah  aku  memilih  pakaian  terbaik  untuk  berjumpa  Haydar. Bibir  sudah  menguntum  senyum.


Iris  and  Ink  leather  skinny  pant  dan  Diane Von Furstenberg shizuka stretch-silk and crepe top aku pilih. Pakaian  warna  ceria. Hana  dan  Haydar bila  berjumpa  pasti  akan  jadi  ceria. Aku  senyum  lagi. Berangan.

 

Siap  memilih  pakaian  untuk  esok  hari  terus  aku  baring  di  katil. Mengharapkan  mimpi  indah  esok  harinya. 





your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Sunday, 18 November 2012

13 Jam - A380 Part 13


Part 13

Membahang  buat  kali  kedua  untuk  pagi  ini. Dia  pula  menonong  berjalan  keluar  pejabat. Gaya  tidak  bersalah  dan  gaya  tiada  apa-apa  yang  berlaku.

“ But  you  can’t  do  that ! ” laung  aku  kuat  bila  keluar  sahaja  dari  pintu  pejabat. Dia  masih  terus  berjalan. Berhenti  seketika  untuk  berpaling  barang  sesaat.

“ I  just  did  it ”

Bibir  aku  ketap  geram. Nanti  hilang  downpayment  dan  biasanya  kalau  tak  ada  orang  masuk  aku  juga  yang  kena  bayar  whole  year’s  payment! Mana  nak  cekau  duit ??? Dan  most  importantly  where  am  I  going  to  live ???

“ Dammit  can  you  stop walking  and  get  on  the  business ?!! ” entah  bila  aku  berlari  hinggakan  dapat  terpacak  di  hadapannya  aku  sendiri  pun  tidak  pasti. Yang  aku  tahu  dia  dah  berhenti  berjalan  dan  aku  dah  terpacak  di  hadapan  si  lelaki  batu  ni.

“ After  lunch ”

Hamboiii ! Aduhai, sakitnya  hati ! Aku  sudah  berapi  dia  maintain  cool. Langsung  tidak  terkesan.

“ I  can’t  stand  this  anymore ! ”

Kaki  aku  sudah  terhentak  gaya  budak-budak. Tangan  naik  ke  atas  gaya  tak  menahan. Si  Fawwaz  pula  hanya  tunduk  memandang. Sekarang  baru  nampak,  rupanya  Fawwaz  punya  cool  boleh  jadi  terlebih  dose  mengalahkan  Fido.

“ Hana, I’m  hungry. Later  okay ? And  stop  doing  that, its immature ”

Suara  perlahan  dengan  mata  intense. Bagai  budak  kecil  yang  takutkan  ugutan  si  ibu  terus  aku  mengundur  ke  belakang. Memberikan  dia  ruang  untuk  berjalan  dan  perlahan-lahan  mengikutinya  ke  café.
Urghhhh!!!!


*******************************

Masam  kebebet  muka  aku  menunggu  si  Fawwaz  makan. Aku  sendiri  langsung  tidak  memesan  apa-apa. Saja  mahu  mogok. Geram  dengan  sikap  si Fawwaz  ni ! Cakap  sikit-sikit  je…Kemudiannya  nak  suruh  kita  ikut  dia  je…!

“ Alhamdulillah ” ayat  pertama  yang  keluar  dari  mulut  Fawwaz  selepas beberapa  ketika  dia  tekun  menghadap  makanannya. Sudu  dan  garfu  diletakkannya  di  atas  pinggan  yang  sudah  kosong. Napkin  digunakan  untuk  menyapu  hujung  bibirnya. Lama  mata  aku  memerhatikan  tindak  tanduknya, mata  melekat  pada  bibir merah  kepunyaan  Fawwaz. Automatik  aku  menggigit  bibir  sendiri. Macam  pandang  strawberry  je…

Hmm…kenapa  dengan  perasaan  aku  ni ?

Gay.

I mean, I’m acting gay.

Bila  Fawwaz  tiba-tiba  memandang  aku,  terus  mata  kalut  mencari  tempat  lain  untuk  dipandang. Jatuhlah  saham  kalau  terkantoi  dok  intai  dia. Bukan  intai  dia,  tapi  his  lips !

Thank  you  for  being  very  accommodating ” beritahu  Fawwaz  dalam  senyuman  mesra. Hilang  sudah  wajah  menyinganya.

So  which  one  do  you  want  to  talk  first ? ” sambungnya  lagi. Aku  telan  liur. Mukaddimah  sudah  dimulakan.

“ Asrama  saya. Mana  saya  nak  duduk  kalau  awak  cancel  kontrak  tu?? Mana  saya  nak  cekau  duit  nak  bayar  kontrak ? Mana  nak  cari  duit  nak  bayar  tempat  tinggal  baru ? Awak  nak  saya  merempat ? Sampai  hati  awak.. ” laju  aku  bersuara. Tak  menyempat –nyempat  terus  aku  sembur.

Dia  mula  duduk  bersandar  pada  sofa  kulit  di  Café. Mata  memandang  aku  bagaikan  menyaksikan  teater. Dia  masih  tenang. Aku  pula  yang  terasa  bodoh  beremosi  begitu.

I  already  paid  for  it. In  total ” ringkas  jawapan dia. Ternganga  aku  dibuatnya. Untuk  sesaat  aku  lupa  untuk  bernafas. Ini  memang  diluar  dugaan. Sungguh !

Bukan  sedikit  jumlahnya, kontrak  46  minggu  berjumlah  GBP 6000.00, kalau di  tukarkan  ke  matawang  Malaysia, jadinya  RM 32,000.00 !

I  don’t  ask  you  to  do  that,  so  don’t  expect  me  to  pay  it ” tegas  dan  mendatar  nada  suara  aku. Dia  mengangguk  tenang.

Ada  saya  minta  awak  bayar ? jawabnya  laju  dengan  senyuman  nipis  terukir  di  hujung  bibirnya. Suka  lah  kot  tengok  aku  kalut  macam  kucing  jatuh  anak  ni.

“ Good ” jawab  aku  dalam  nada  mendatar. Gaya  sombong.

“ So  settle  about  that ? ”

“ Nope ”

Keningnya  dijongketkan. Aku  duduk  menegak. Tangan  di silangkan  di  dada.

“ I  nak  duduk  mana  nanti ?? ”

“ My  house ” selamba  ayat  itu  terluncur  dari  mulutnya.

“ Impossible ! ” bentak  aku  geram. Bengang.

Awak  lagi  sanggup  tinggal  dengan  lelaki  Hana ? What’s  your  attitude ? ”

Aku  telan  liur.

Jelas  nyata  sifat  aku  yang  ambil  mudah  soal  agama  dan  pergaulan. Terdiam  aku  sejenak.

Tinggal  sebumbung  dengan  awak  dan  Fido  pun  samakan? Tak  ada  bezanya!

“ You. Live  in  the  guest  house. Not  in  my  house ” perkataan  guest  itu  ditekankan  olehnya.

“ It’s  too  far  from  here ! ” bentak  aku  lagi  tidak  berpuas  hati. Kalau  tinggal  dengan  nenek, Fawwaz  dan  Fido…sah  lah  aktiviti  aku  agak  terhad..! Pasti  sukar  aku  mahu  keluar  malam  hari. Atau  pulang  awal  pagi.

Tanya  hati  awak,  is  that  is  the  real  reason ? ”

Thud ! Thud  in  my  heart  again. Bagaikan  dia  boleh  membaca  isi  hati  aku. Sekali  lagi  aku  diam. Aku  nakkan  kebebasan. Aku  memang  agak  bebas  bergaul. Tidak  terlalu  bebas,  tapi  kalau  bab  ke  party  dan  enjoy  sikit-sikit  aku  layankan  sahaja.

“ Tommy  will  send  you  to  the  campus. ”

“ Tak  nak ” jawab  aku  keras.

“ Then  drive ! Pick  any  car  that  you  want. They  are  all  in  the  garage ”

That  is  tempting….

Ah…hati  sudah  berkira-kira…mudah  benar  Hana  Sofea  digoyahkan.

“ What  if  anything  happen  to  the  car ? ”

“ Fix  it ”

“ I  don’t  want  to  pay  for  it ”

“ I  don’t  ask  you  to. It’s  my  car, so  it’s  me  who  gona  pay  for  it. Come on, give  it  up  and  stop  making  a  fuss  over  this. ”

Aku  tarik  nafas  panjang. Menghembusnya  keras. Mata  sudah  menjeling  si  Fawwaz  yang  masih  berlagak  tenang. Pelik. Jauh  bezanya  dengan  Fawwaz  awal  pagi  tadi. Mungkin  bila  singa  lapar,  dia  cepat  marah. Bila  singa  kenyang, lembut  aje  gayanya..

Makan  dah  free. Rumah  free. Dapat  gaji  main-main  dengan  Emmel…Dapat  kereta  pula  tu..aku  mula  mengukir  senyuman.

“ Saya  nak  Audi  TT  latest  version  je. Yang  lain  saya  tak  nak ”

Dia  tersenyum  senget  sebelum  mengangguk. Pasti  tidak  menyangka  aku  ni  jenis  macam  ni. 
Dah  dia  tawarkan, alang-alang  tu  ambil  lah  yang  puas  hati  terus.

" Warna  candy  pink


Dia  menggelengkan  kepala  seraya  tersenyum, " Okay, saya  minta  Tommy  bawa  ke  bengkel  dan  awak  boleh  pilih  warna  yang  awak  nak  nanti. "

“ Okay ” pendek  aku  membalas. Siap  dengan  gaya  - Hmm not  a  big  deal. Gaya  sombong  aku  bila  aku  bengang. Padahal  dalam  hati  dah  nak  menjerit  gembira!

So  can  we  discuss  about  Emmel  now ? ” Tanya  dia  pula. Aku  diam  seketika  sebelum  mengangguk  dalam  debar  yang  amat.

“ Emmel  is  my  daughter  but  she  lost  her  mother  when  she  was  2 ”

Nampak  gaya  Fawwaz  tidak  tahu  yang  aku  sudahpun  tahu  yang  Emmel  bukan  anak  kandungnya. Jadi  aku  diam  sahaja, menunggu  butir  bicara  Fawwaz  seterusnya.

“ She  likes  you…I  told  you  earlier ” katanya  bagaikan  tersekat  kali  ini. Bagai  cuba  mencari  patah  kata  yang  sesuai. “ So…you  agree  to  the  offer  I  made  earlier ? ” tanyanya  tersekat-sekat. Ada  juga  perasaan  takut  dalam  diri  lelaki  ni  rupanya…

Aku  telan  liur  sekali  lagi. Menelan  semua  gundah  dan  ragu  di  hati. Kalau  hati  merasa  tenang,  ia  satu  kebaikan. Kalau  hati  gundah,  itu  satu  keburukan.

“ I  do  agree  to  take  care  of  her, but….  ”

Dapat  aku  rasa  pandangan  Fawwaz  yang  semakin  intense  melekat  pada  wajah  aku  yang  masih  cuba  mengeluarkan  patah  kata  yang  terbaik  agar  perbincangan  ini  tidak  rugi  dan  sia-sia.

“ Awak  rasa  boleh  tak  penipuan  menutup  dan  menyelesaikan  penipuan  yang  lain?” soalku  dalam  suara  yang  tenang  dan  terjaga. Anak  mata  aku  halakan  pada  anak  mata  ambrrnya. Ada  sangsi  dalam  anak  mata  itu. Lama  dia  diam  sebelum  bersuara.

“ No ”

“ Awak  rasa  awak  nak  terus  menipu  dan  menyorokkan  yang  benar  pada  Emmel  atau  pada  saya ? ”

Lama  dia  memerhatikan  anak  mata  aku. Bagai  tembus  hingga  ke  rongga   jantung  paling  dalam. Nafasnya  ditarik  berat.

“ Fido  must  have  told  you…”

Aku  angguk. Dia  membuang  pandang  ke  luar  tingkap.

“ Thank  you  for  accepting  her  even  after  you  know  who  she  is ” ucapnya  lagi. Dalam  nada  yang  paling  ikhlas  pernah  aku  dengar  dari  mulutnya.

Everyone  would  do  the  same  Fawwaz. Dia  innocent…and  lovely. Since  jawapan  awak  ialah  tidak, jadi….first  of  all, saya  tak  akan  mengaku  yang  saya  ialah  mak  dia. Saya  bukan  her  mommy. Saya  Hana  Sofea,  saya  tidak  pernah  beranak  tapi  saya  akan  sayang  dia  macam  dia  anak  saya  sendiri. ”

Dia  diam  tidak  bersuara. Aku  terus  menyambung.

“ Dua, benda  macam  ni,  Emmel  akan  tahu  juga  bila  dia  semakin  membesar. Letting  her  know  the  truth  does  not  necessarily  need  to  be  harsh  and  hurting…but  it  takes  time…and  tahu  lebih  awal  will  not  hurt  as  much  as  if  she  know  it  later  from  someone  else….”

Aku  tahu  Fawwaz  sedang  berperang  dengan  perasaannya  sendiri. Matanya  tunduk  memandang  cawan  kopi. Dahinya  berkerut.

She  is  always  my  daughter,  no  matter  what ” tegas  suara  Fawwaz. Aku  faham  perasaan  dia.

And  she  is  my  daughter  too  no  matter  what

Dia  agak  terkejut. Wajah  aku  dipandangnya  dengan  riak   yang  tidak  dapat  aku  baca  sebelum  ia  disandarkan  pada  sofa.

“ Then  why  you  intend  to  hurt  her  that  way ?

“ Kalau  kena  caranya  ia  lebih  baik  Fawwaz. Dia  takkan  rasa  tertipu. Dia  akan  membesar  dengan  menerima  siapa  diri  dia  dan  siapa  kita  seadanya. Jangan  mereka  imaginasi  yang  bukan-bukan  untuk  dia…It  hurts  much  later…”

“ Don’t  say  anything  yet  about  her  past. Ask  me  first  before  you  plan  to  say  or  do  anything. I  don’t  want  any  surprise.”

Aku  telan  liur  bila  suara  Fawwaz  bertukar  garang  sekali  lagi. Sayang  betul  dia  pada  Emmel. Takut  benar  dia  andai  aku  tersilap  langkah  dan  merosakkan  perasaan  Emmel.

Okay….I  will…she  is  our  daughter  now. Saya  akan  bincang  dengan  awak  dulu…tapi  sekali  lagi  saya  tegaskan  yang  saya  takkan  mengaku  saya  ibu  dia. ”

Emmel  think  that  you  are

But  I  am  not  ” berkerut  dahi  aku  bila  menekan  ayat  ini.

“ What  you  gona  tell  her  then ? ”

“ Saya  akan  cakap  perkara  yang  sebenar. I  am  her  mommy  but  I  am  not  the  one  who  gave  birth  to  her…And..Fawwaz…Saya  minta  maaf  kalau  kata-kata  saya  nanti  akan  mengguris  hati  awak. You  are  a  great  man  in  my  eyes  even  we  just  met. With  you  taking  care  of  Emmel  and  your  family…I  know  you  have  great  intention…”  aku  diam  sejenak. Tersekat  mencari  patah  kata  yang  sesuai. Dia  pula  sabar  menunggu  aku  menghabiskan  ayat.

“ We  need  to  help  Emmel’s  mother  too…. Tak  adil  untuk  saya  mengaku  saya  yang  melahirkan  dia  sedangkan  yang  mengandungkan  dia  penuh  susah  adalah  ibu  dia  yang sebenar…kalau  tiada  kasih  dan  tiada  sayang  dalam  diri  ibunya,  pasti  tak  akan  lahir  dia  ke  dunia…tak  kan  masih  dia  di  sini  Fawwaz…Saya  percaya  dia  sayangkan  Emmel…Saya  percaya  dia  setuju  untuk  serahkan  Emmel  pada  awak  sebab  dia  tahu  masa  depan  Emmel  lebih  cerah  dengan  awak….Thrust  me  Fawwaz, she  must  miss  her  too…. Tapi  keadaan  dia  yang  buatkan  dia  begitu. Whom  to  blame ?

Hati  bagai  mahu  menggenggam  tangan  Fawwaz. Cuba  memberikan  dia  kekuatan,  walhal  yang  memerlukannya  adalah  aku. Aku  tahu  Fawwaz  sedang  jauh  berfikir. Jauh  tenggelam  dalam  kata-kata  aku  tadi…

“ Suami  dia….saudara  se  Islam  kita…dia  juga  saudara  se Islam  kita…Emmel  pun  sama… We  are  brothers  and  sisters  in  the  God’s  name…. Mungkin  dia  salah  kerana  tidak  dapat  menahan  ujian,  tapi  nasib  dia  juga  tidak  baik  sebab  bekas  suaminya..”

“ Then  what  do  you  want  me  to  do? ”

“ Saya  nak  jumpa  ibu  Emmel ” pinta  aku  akhirnya. Mengakhiri  ucapan  panjang  meleret  tadi.
Mencerlung  Fawwaz  memandang  aku.

“ You  have  something  in  you  Hana… I  appreciate  your  opinion…let  me  think  of  it  first…” suaranya  perlahan. Bagai  tidak  bermaya. Begitu  sekali  beratnya  soal  Emmel  pada  Fawwaz…tapi  hakikat  tetap  hakikat. Aku  mahu  menemui  ibu  Emmel. Kalau  akidah  Emmel  mahu  diselamatkan ? Kenapa  dibiarkan  ibunya  yang  terkontang  kanting  mencari  jalan  hidup  dalam  hati  yang  ranap  dianiaya  sang  suami ?

Thanks  Fawwaz …. Hmm  saya  tak  perlukan  apa-apa  bayaran…dan  saya  tak  mahu  apa-apa  ikatan…kontrak  atau  apa-apa  sahaja…Saya  sayang  Emmel, she  stole  my  heart  just  by  looking  into  my  eyes….I  will  love  her  and  I  already  do,  don’t  worry ”  aku  senyum. Senyuman  cuba  meyakinkan  dia  pada  ketulusan  hati  aku. Sungguh  aku  ikhlas. Andai  kata  aku  perlu  membawa  Emmel  ke  Malaysia  pun  aku  mahu.

Dia  angguk  lemah, “ Okay... and  you’re  part  of  my  family  now. ” Terukir  sebuah  senyuman  di  bibirnya. Dan  perlahan…aku  juga  turut  mengukir  senyuman  yang  sama…

Selepas  beberapa  jam  terseksa  berhadapan  dengn  Fawwaz  dan  situasi  yang  tidak  pernah  terbayang  dek  akal  fikiran  sendiri,  akhirnya  menyelinap  perasaan  bahagia  di jiwa. Bahagia  bersama  Haydar  membuai  jiwa. Bahagia  kali  ini  lebih  kepada  kepuasa  jiwa. Contentment. Mungkin  benar  kata  orang  jiwa  yang  memberi  akan  terasa  lebih  tenang  dan  puas  kalau  amalnya  itu  bersandarkan  keikhlasan…Harapnya  ikhlaslah  hati  aku  ini, inshaa  Allah…

“ So..shall  we  go  and  take  your  bag  now ? ” soal  Fawwaz  dengan  wajah  yang  jelas  lebih  gembira.

Aku  angguk. Berdiri  bersamanya  untuk  kembali  ke  asrama. Kembali  memunggah  bagasi  seberat  47 kg. Angkutlah  bag  tu  Fawwaz ! Tidak  kuasa  aku  nak  menolong.

*****************

Sepanjang  perjalanan  pulang  Fawwaz  kembali  diam. Tumpuannya  pada  jalan  raya  agak  melebihi  100%. Aku  biarkan  sahaja  dia. Hati  aku  lebih  suka  menerawang. Mata  memandang  ke  luar  tingkap. Melihat  awan  membiru. Hari  yang  agak  cerah  dengan  sinaran  matahari. Awan  kepul-kepul  dengan  latar  langit  biru. Cantik…

Telefon  aku  keluarkan  untuk  mengambil  gambar. Sudah  menjadi  hobi  Hana  Sofea  untuk  mengabadikan  kenangan  melalui  gambar-gambar. Tapi  sehebat  mana  pun  kamera  yang  diciptakan  manusia,  takkan  pernah  sama  dengan  keindahan  ciptaan  Tuhan.

Kamera  telefon  aku  fokuskan  ke  langit. Matahari  tampak  malu-malu  tapi  menyegarkan. Elok-elok  butang  capture  aku  tekan  ada  kapal  terbang  yang  melintas. Sempat  ditangkap  oleh  kamera  telefon  tapi  bila  diperhatikan  saiznya  kecil  amat.

Terus  terimbas  kenangan  bersama  Haydar.

Owh  Haydar….

‘ If  we  meet  again  I  will  never  let  you  go ’ – itu  kata  dia.

Rasanya  berapa  lama  dia  mahu  menunggu  jawapan  takdir ? Atau  sanggupkah  dia  memegang  aku  tanpa  lepas  andai  kata  kami  bertemu  waktu  itu  dia  sudah  berpunya ? Ah,  sekarang  pun  dia  dah  berpunya. Saja  dia  butakan  mata  barang  seketika. Apa  khabar  model  kesayangan. Model  trophy  Haydar ?

Hati  bagai  dipiat  rasa  sakit  yang  maha  halus  bila  mengingatkan  si  model  jelita. Lebih  benci  bila  Haydar  sendiri  mengaku  mereka  bersama. Jadi  telahan  aku  yang  mereka  telah  berpisah  nyata  tersasar  jauh.

“ Fawwaz  kalau  awak  suka  perempuan,  macamana  awak  tahu  dia  untuk  awak?” soalku  tiba-tiba. Diri  sendiri  terkejut  dengan  kata-kata  yang  terlepas  dari  bibir  sendiri.

Fawwaz  pandang  aku  sekilas  sebelum  kembali  memandang  jalan. Wajahnya  tenang  sahaja  langsung  tidak  mengambil  masa  untuk  berfikir  dia  terus  menjawab.

I  will  do  istikharah. Hantar  rombongan  meminang. Kalau  dia  untuk  saya  pohon  Allah  bukakan  pintu  hati  dia  untuk  terima  saya. Cinta  tu  datang  daripada  Allah  s.w.t  kalau  hilangpun  Allah  jugalah  yang  boleh  menarik  perasaan  tu…” dia  senyum  memandang  aku. 

Aku  angguk  laju.

Fawwaz  kalau  dia  suka  dia  terus  pinang ?

Kenapa  Haydar  perlu  tunggu ?

Sejenak  aku  berfikir….Bibir  digigit  perlahan…masih  lagi  berfikir  dan  berfikir  tentang  hakikat  kami. Ada  hakikat  ke? Bukanke  hakikat  kami  adalah  4  jam  sahaja? Habis  kapal  terbang  melandai  segala  angan  pun  turut  melayang ?

“ Kalau  perempuan  yang  suka  lelaki ? ” soal  aku  lagi. Langsung  tiada  perasaan  malu  atau  segan  pada  Fawwaz. Sudah  aku  terima  dia  bagai  kawan  dan  keluarga  sendiri.

“ It’s  the  same  concept ” dia  senyum  lagi. “ Tanya  Allah, diakah  untuk  awak ? Elok  ke  agama  dia ? Boleh  tak  dia  bimbing  awak  nanti ? Bila  saya  kata  agama,  awak  perlu  tengok  akhlak  dia…bukan  imej  dan  fizikal  semata-mata….Hak  anak  ke  atas  ibu  bapa,  untuk  si  ibu  dan  bapa  memilih  pasangan  yang  baik  untuk  menjadi  pendidik  mereka…selain  daripada  memberikan  nama  dan  pendidikan  yang  baik  untuk  mereka  sepanjang  mereka  membesar. Tu  semua  hak  bakal  anak  awak  nanti”

“ Hmm…Okay… ” lemah  jawapan  aku. Tidak  tahu  apa  lagi  yang  perlu  dikatakan..

“ Kalau  awak  ada  suka  mana-mana  lelaki  minta  keluarga  jumpa  dengan  dia. Macam  zaman  Rasulullah  dulu, ibu  bapa  perempuan  akan  mencari  calon  yang  baik  untuk  anaknya… Awak  ada  suka  sesiapa  ke ? ”

Membahang  muka  aku  bila  Fawwaz  bertanya  terus  terang  begitu. Aku  juga  yang  mulakan. Tersipu-sipu  aku  senyum  dengan  muka  yang  memerah.

“ Tak  adalah…. ” laju  juga  aku  geleng. Menidakkan. Malu  aku  kalau  Fawwaz  tahu  apa  aku  buat  dalam  kapal  terbang  tadi. Entah-entah  terus  dia  reject  aku  dari  menjadi  penjaga  anaknya. Ya  lah,  dengan  perangai  macam  aku  ni  mana  layak  nak  sama-sama  bimbing  Emmel. Entah-entah  ilmu  agama  Emmel  lagi  hebat  dari  aku. Menangis  tak  berlagu  aku  nanti…Haih…keluh  kesah  dalam  jiwa  aku  sorokkan.

Jam  sudah  menginjak  3.30 petang. Terasa  berat kepala  bila  sedari  semalam  langsung  tidak  tidur. Kalau  di  Malaysia  sudah  pukul  11.30  malam…

Twitter Haydar  aku  buka.

Masih  seperti  tadi.

Tiada  update…

Kata  Haydar  mesyuaratnya  sampai  petang  tapi  aku  pun  tak  pasti  sampai  pukul  berapa. Kata  dia  juga  dia  akan  menginap  di  London  malam  ni. Penerbangan  balik  pula  esok…Kalau  lah  aku  ambil  nombor  telefon  dia…tapi  takkan  perigi  mencari  timba ?

Penerbangan  dia  esok  pagi….Kalau  dia  tak  cari  aku,  patutke  aku  cari  dia ? Hanya  lapangan  terbang  yang  boleh  jumpakan  aku  dengan  dia. Tangan  terus  mencari  penerbangan  pagi  esok.

9.30 am.

Malaysia  Airlines  dari  Heathrow  Airport..

Dada  sudah  berdebar  sakan. Patutkah  aku  yang  mengejar  Haydar ? Apa  reaksi  dia  nanti ? Betul  dia  akan  simpan  aku  takkan  lepas  kalau  aku  yang  pergi  mencari  dia?



 Keep on listening to this song as my housemate was playing piano over and over again this evening :) 

p/s: Alhamdulillah, mungkin TWB boleh diorder minggu ni melalui website (tengok link di side bar/ tekan di pic novel TWB) Terima kasih semua, alhamdulillah. Eve pernah beritahu Allah, Eve harap I can do something trough my writing, and that was last 5 years tapi tak pernah sekali pun Eve terfikir untuk jadi penulis novel. Eve baca buku fakta, bukan novel. I do read novel but that was when I'm a teenager and once in a while...and yet Allah put me here, a novelist and alhamdulillah its great to know many of you with that nice and lovely heart. Ada jodoh jumpa nnti ;)

p/s: takdir itu berserah atau takdir perlu diusahakan ? dan doa juga satu usaha untuk mengubah takdir kerana pengubah takdir adalah Allah dan doa yang menghubungkan kita dengan Allah. Permohonan pada pemegang takdir. BErdoalah dan berdoalah utk saudara semanusia kita di all parts of the world which being bullied and threatened. 

 Salamalaikum ;) 

 your LIKE is my motivation, thank you :)