Join This Site

Sunday, 30 December 2012

The Wedding Breaker : Cerpen Khas



Assalamualaikum wbt, n hyee ! 

Alhamdulillah, freshly baked from the oven. Thanks to kak Bloomin Jasmine yang mengingatkan and Izati.hehe. Honestly, many things happen in this cold winter, tarikh apa etc pn eve dah tak ingat.hehe. 

Alhamdulillah, Eve nak ucapkan thank whole loads to those yang menyokong TWB. Semuanya dari Allah, alhamdulillah bagi yang mengambil kebaikan darinya :) 

All right thanks semua :) for adding up a good meaningful moment for me as a NEW writer. =)


Lots of Lovesss~
 x Eve x 

 ---------------------------
Cerpen  Khas  : The  Wedding  Breaker

Isnin

“ Hye…. ” Tengku  Adam  tersenyum  nakal. Seksi. Pinggang  isterinya  dipeluk  dari  depan. Matanya  melekat  pada  wajah  Ariana  yang  semakin  lama  kelihatan  semakin  cantik  di  matanya. Bagaikan  ada  aura  yang  istimewa, Ariana  sangat  irresistible  lately. Soo  irresistible  sampaikan  dia  tak  tahu  kenapa  dan  apa  puncanya.

“ Abang…. Sayang  dah  naik  berat  badan…! ”

“ Abang…..Sayang  selalu  lapar…. And  I  can’t  control  it ! ”

Itu  yang  selalu  Ariana  adukan  padanya  sejak  dua  minggu  lepas. Bila  dia  minta  Ariana  buat  pregnancy  test, kata  Ariana  haidnya  masih  teratur.

“ Hyee… ” Ariana  senyum  segaris  dengan  battling  lashesnya. Menggoda. Dia  suka  menggoda  Tengku  Adam, suaminya. Godaan  yang  mampu  buatkan  Tengku  Adam  hilang  kawalan. Itu  kuasa  perempuan, Ariana  senyum  lagi. Walaupun  perempuan  fizikalnya  lemah, tapi  Tuhan  jadikan  perempuan  mampu  menundukkan  lelaki  yang  kuat, dan  ianya  selalu  terbukti  betul.

Atas  prinsip  yang  sama  terlahir  satu  istilah :

Behind  every  great  man  there  is  a  great  woman.

Hanya  perempuan  yang  hebat  yang  mampu  menjadi  companion  dan  membentuk  suami  yang  hebat  kerana  azali  lelaki  dan  perempuan  tidak  sempurna. Hanya  bila  mereka  bersama, mereka  saling  melengkapi. Menutup  apa  yang  kurang  dan  menambah  kepada  kebaikan.

“ Masak  apa  untuk  abang ? ”

Me ” Ariana  senyum  dan  Tengku  Adam  ketawa  kuat. Ariana…Ariana…tak  habis  habis  dengan  nakalnya. Suka  menduga  had  kawalannya.

I  had  love  too… ” tingkah  Tengku  Adam  tapi  Ariana  segera  menggelengkan  kepalanya. Menepuk  pinggul  suaminya  sebelum  berlalu  ke  meja  makan.

“ Sayang  dah  masak  la  abang… ”

Tudung  saji  di  buka  oleh  Ariana, terhidang  beberapa  lauk  pauk  di  hadapan  matanya.

Sayur  bakar  dengan  topping  cheese.

Salmon  bakar  gaya  Mediterranean.

Makaroni  bakar  dengan  keju.

Tengku  Adam  terdiam. Mana  masak  lemak  tempoyak  yang  biasa  Ariana  sediakan  untuk  dia ? Biasanya  Ariana  suka  makan  makanan  melayu. Pinggang  Ariana dipeluknya  sekali  lagi  dari  sisi. Menginjak  si  isteri  supaya  lebih  dekat  dengannya. Dagu  Ariana  dicuit  mesra.

“ Sayang  diet  ya ? ”

Berubah  muka  si  isteri.

“ Tak… ” nafasnya  ditarik  panjang. Bagaikan  cuba  menyedut  bau  di  situ. “ Sayang  suka  bau  cheese  ni. It  smells  sooo  good ! ” mata  isteri  bercahaya  bagai  rembulan  penuh  di  tengah  April. Tengku  Adam  terdiam  lagi. Sejak  bila  Ariana  hantu  keju ?

Ariana  mengeluh  panjang  sebelum  menyandarkan  kepalanya  pada  Tengku  Adam.

“ But…. I  feel  weird  now  abang…. It’s  like… I  can’t  stand  the smell  of  durian  anymore… I’m  sorry…I  tried  to  cook  you  masak  lemak  tempoyak…but…I  can’t  stand  the  smell…It’s  horrible ! ”

Tengku  Adam  senyum. Ariana…Ariana… Orang  suruh  cek kandungan  dia  tak  nak. Katanya  kalau  dia  mengandung  dia  pasti  tahu ! Instinct  seorang  ibu  katanya. Nampak  gayanya  instinct  seorang  ayah  lagi  kuat  dari  instinct  seorang  ibu. Tengku  Adam  senyum  lagi. Bagaikan  pasti  dengan  telahannya  itu.

“ Tak  apa, sekali  sekala  tukar  menu  apa  salahnya  kan ? ” 

Tengku  Adam  mula  duduk  di  kerusi  utama. Ariana  mencedok  lauk  pauk  ke  dalam  pinggan  suaminya. Melihat  Adam  makan  penuh  berselera. Sejak  bila  Adam  tidak  berselera  kalau  Ariana  yang  memasak ? Lagipun  biasanya  perut  Adam  lebih  sukakan  nasi  bukan  makanan  barat  begini. Gering  katanya  kalau  tak  ada  masakan  melayu, tapi  kalau  dah  tak  ada  nasi, terpaksalah  makan  dengan  banyak  baru  dapat  tenaga  yang  sama.

“ Sayang  tak  makan ? ”

Hampir  separuh  makanan  dimakannya  baru  Tengku  Adam  menyoal. Ditunggunya  Ariana  makan  tapi  sampai  ke  sudah  tidak  disentuhnya  lauk  pauk  yang  dibuat. Ariana  tunduk, nampak  serba  salah…

“ Sorry  abang….Sayang  makan  dulu  tadi… I  can’t  control  my  appetite  anymore…”

Adam  ketawa  dengan  riak  Ariana. Comel.

“ Tak  apa…. Abang  risau  je… ”

Risaukan  anak  dalam  kandungan  Ariana  sebenarnya. Risaukan  Ariana  juga.

“ Tak  apa  makan  lebih… ” pujuk  Adam  lagi. Perempuan  mengandung  memang  perlu   makan  lebih, telahnya. “ Ngaaa… abang  suap ”

Sepotong  macaroni  bakar  disuakan  ke  mulut  isteri  tercinta. Ariana  ketap  bibir  sebelum  membuka  mulut. Hati  terliur  tapi  otak  kalut  berfikir  pelbagai  benda.

Macam  mana  kalau  dia  gemuk ?

Adam  akan  cari  orang  lainkah ?

Persoalan  yang  memberatkan  jiwa  dia  simpan  dalam  hati. Tidak  mahu  mengganggu  suami  yang  sedang  makan.

Ah  slimming  centre  kan  ada, telah  Ariana  atau  dia  sepatutnya  mula  ke  gim ? Sejak  balik  dari  berbulan  madu  di  Switzerland  dan  London  dua  bulan  lepas  dia  dan  Adam  berpindah  ke  penthouse  Adam  di  tengah  kotaraya. Dekat  dengan  Panglima  Holding. Tempat  yang  menyimpan  cerita  dukanya  dulu, tapi  cerita  duka  itulah  pembuka  dan  sebab  kepada  kebahagiaannya  kini.

Katil  yang  sama.

Bilik  persalinan  yang  sama.

Adam  yang  lama  tapi  jiwa  yang  baru.

Ah, biar  lepas  semua  kenangan. Tak  ada  manusia  yang  sempurna. Adamnya  kini  jauh  lebih  sempurna  dari  dirinya  sendiri. Penuh  ilmu  di  dada. Menyayanginya  bagai  menatang  minyak  yang  penuh. Tuhan  Maha  Tahu, dan  tidak  rugi  percayakan  aturan  hidup  yang  Dia  tetapkan  untuk  mereka  berdua.

“ Macam  mana  progress  writing  sayang ? ” soal  Adam  bila  isterinya  mula  memungut  pinggan  yang  dia  makan. Licin  semua !

“ Hmm… Sayang  banyak  tidur  lately…. Coffee  pun  tak  boleh  tolong… ” Ariana  termenung  lagi. Membulat  mata  Adam. Ariana  perlu  disedarkan  yang  dia  sedang  mengandung, kalau  tak  entah  apa  yang  Ariana  akan  buat  nanti. Minum  kopi  tak  elok  untuk  anaknya  nanti.

“ No. Don’t  drink  coffee. Abang  tegah  sayang  dari  minum  kopi. ” ternganga  mulut  Ariana  dengan  reaksi  kalut  Adam. Dia  ketawa  mengekek. Pinggan  diletakkan  di  tepi, tangannya  mula  mencapai  pipi  suaminya. Mengusapnya  lembut.

“ Abang… Why  on  earth ? You’re  acting  so  strange…

Adam  telan  liur. Nampak  sangat  dia  kalut  tadi. Kedua  belah  tangan  isterinya  dicapai  dan  dikucup  mesra.

“ Sayang, I’m  your  husband  right ? ”

“ Yes… of  course  sayang ! ” melebar  senyuman  Ariana. Kali  ini  dahi  Adam  menjadi  mangsa  kucupannya. “ Why ?

You  and  I  are  a  couple  from  heaven. God  chose  us. Kalau  sayang  sakit, sedih  hati  abang  akan  tahu. We’re meant  for  each  other. Even  you don’t  tell  me  about  it, I  will simply  know  it by heart, sayang…. That’s  the  specialty  that  God  gives  us. A  husband  and  wife…”

Ariana  diam  memandang  anak  mata  suaminya. Adam  kalau  berbicara  pasti  maksudnya  dalam  dan  menusuk  kalbu.

“ And  you  my  dear  wife….is  carrying  our  baby… ”

Ariana  ketap  bibir…

Tangannya  naik  mengusap  perut  sendiri….Hati  hiba  tiba-tiba….

Terasa  cepat…sangat  cepat…ketakutan  untuk  menjadi  seorang  ibu  menerpa  sanubarinya  lagi…Sungguh  dia  takut !

Takut  untuk  mendidik  anaknya  nanti. Takut  andaikata  dia  salah  mendidik  mereka. Takut  melihat  mereka  membesar  dan  akhirnya  pergi  meninggalkan  dia  dan  Adam  berdua…Membina  alam  rumah  tangga  sendiri, keluarga  sendiri. Semua  ketakutan  itu  membelenggu  Ariana  Rose  Hussein…

Tangan  suam  Adam  terasa  di  kulit  perutnya. Mengusap  perlahan.. Anak  matanya  yang  tadinya  memandang  perut  sendiri  kini  berubah  ke  mata  suaminya. Dengan  mata  yang  sudah  berkaca, tangan  suaminya  dipegang  erat. Sama-sama  mengusap  perutnya…

Dia  diam  sejenak….

Mengamati….

Menghayati…..

Saat  itu  dia  mula  pasti, ada  nyawa  dalam  rahimnya. 

**************


Selasa

“ Congraltulation, you’re  two  months  pregnant ”

“ Alhamdulillah, Ya  Rahman ” beriya  Adam  senyum. Tidak  menyorokkan  perasaannya  langsung. Tangan  isterinya  digenggam  erat. Betul  telahannya. Sangat  betul !

“ Terima  kasih  doctor… ” Ariana  tersenyum  manis. Hati  lapang  selapang-lapangnya. Rasa  bahagia  mula  mencurah-curah  ke  dalam  jiwa. Ada  janin  dalam  dirinya. Janin  bukti  kasih  mereka  berdua. Janin  yang  dipilih  Allah  untuk  dilahirkan  oleh  dia.

Bila  dia  suarakan  yang  dia  takut  dia  tak  mampu  jadi  ibu  yang  baik  petang  tadi, Adam  bijak  memujuk  dengan  kata-katanya  yang  bisa  menguatkan  hati  seorang  Ariana  Rose  Hussein,  “ Tuhan  percaya  kita  mampu  jadi  ibu  dan  bapa  yang  baik  sayang… Dia  hadiahkan  kita  anak  untuk  menyelamatkan  kita  di  akhirat  kelak. When  God  believes  we  can  handle  this, we  should  be  more  than  convinced. We   should  welcome  our  baby… You  have  me  after  all, I  will  lead  you  to  be  my  best  wife,  best  mom for  our  children !

Dari  klinik  Adam  terus  ke  rumah  mommy  dan  daddynya. Menyampaikan  berita  gembira   
pada  mereka. Jeda  sekejap  Ariana  bila  masing-masing  sibuk  memeluknya. Adam  sendiri  pula  berlagak  seperti  polis  trafik, memeriksa  laluannya  takut  dia  terjatuh  nanti. Dalam  tempoh  tiga  bulan  pertama  janin  masih  lagi  tidak  kuat  bergantung  di  uterus  atau  rahim, jadi  dia  sendiri  sedar  yang  dia  perlu  berhati-hati.

Balik  ke  rumah  Adam  putuskan  supaya  mereka  kembali  berpindah  ke  rumah  mertua  mereka. Sekurang-kurangnya  ada  orang  bersama  Ariana  sepanjang  masa. Canggung  adalah  perkataan  terbaik  yang  Ariana  rasa, tapi  untuk  menyekat  kegembiraan  suaminya, itu  bukan  sikapnya.

“ Patutlah  abang  rasa  sayang  cantik  sangat  lately.... ” Adam  senyum  dan  ketawa  pada  satu  masa. Mereka  baru  siap  membersihkan  diri  setelah  berjam  di  rumah  mommy  dan  daddy. Pakaian  sudah  ditukar  ke  pakaian  tidur.

Mommy  dan  daddy  memang  sangat  gembira. Cucu  sulung, katakan… Ayah  dan  uminya  pula  dah  siap  diberitahu  oleh  Adam. Kalau  boleh  semua  orang  dia  nak  khabarkan, tapi  Ariana  sempat  berpesan  pada  umi  dan  ayahnya  supaya  dirahsiakan  terlebih  dahulu, pada  mertuanya  pun  sama. Waktu  sekarang  sebolehnya  dia  mahu  mereka  berdoa  supaya  kandungannya  sihat. Awal-awal  begini  kalau  diwar-warkan  takut  pula  dia  kalau  ada  apa-apa  yang  berlaku. Bukan  percaya  pada  mistik, tapi  logiknya  bila  belum  mencapai  usia  3  bulan, janin  masih  belum  kuat. Jika  ada  pihak  yang  ingin  berbuat  jahat  pada  janin  di  dalam  rahimnya, waktu  inilah  waktu  yang  terbaik. Tambah  pula  Adam  punyai  kekasih  lama  yang  masih  berdendam, lagi  Ariana  tidak  mahu  mengambil  risiko.

 Setelah  lama  berdiam, terluncur  satu  soalan  dari  Ariana.

“ Kenapa  abang  tahu  dulu ? ” lama  Ariana  termenung, akhirnya  terluncur  juga  soalan  tu  dari  mulutnya. Terasa  seperti  dirinya  tidak  peka.

Melihatkan  riak  muka  si  isteri  yang  agak  mendung  Adam  terus  memeluk  Ariana. Membawa  isterinya  rapat  padanya. Televisyen  yang  terpasang  di  hadapan  mereka  di  matikan  oleh  Adam. Tidak  mahu  diganggu  oleh  bunyi  tv.

Because  of  I’m  your  Imam  sayang ” kucupan  hangat  hinggap  ke  ubun-ubunnya. “ I  pay  particular   attention  to  you… ”

Ariana  senyum  kali  ini. Ikhlas  dari  hati. Ya, Adam  adalah  Imam  dia  dalam  segenap  perkara. Kini  lebih  terbukti. Makin  lebar  senyumannya.

“ Alhamdulillah… Tuhan  bagi  sayang  the  best  Imam  I  could  ever  get… ”

Tubuh  suami  dipeluknya  erat. Seerat  sayangnya  pada  Adam.

“ Dah  60  hari  kan  anak  kita  sayang ? ” abdomen  Ariana  diusap  lagi  oleh  Adam. Bagaikan  dia  dapat  rasa  ada  janin  di  dalamnya.

Ariana  angguk.

“ Sayang  nak  tahu  tak  kenapa  sayang  suka  dairy  product  and  cheese  lately ?

Muka  Adam  dipandangnya . Berteka  teki. Ariana  jongket  bahu.

“ Sebab…. Anak  kita  made  in  Switzerland ! ” lebar  senyuman  Adam. Riang.

“ Abang  kiralah  sayang, didn’t  I  tell  you ? Tuhan  suruh  kita  berusaha  ikut  sunnatullah, hukum  alam  yang  Dia  ciptakan  dan  pada  masa  yang  sama  we  know  that  every  single  thing  is  actually  come  from  Him. ”

“ My  handsome  and  brilliant  husband, I  heart  you ! So  much ! ”

“ I’m  happy  when  you  do, love. ”

Adam…owh  Adam… tiada  kata  yang  dapat  menggambarkan  betapa  Ariana  bersyukur  punyai  suami  bernama  Tengku  Adam  Kamil. Sungguh  dia  berterima  kasih  pada  Tuhan. Rupanya  selama  ini  Adam  memang  mengira  dan  memerhatikan  perubahannya  tapi  semata-mata  mahu  menjaga  hatinya  selaku  seorang  ibu  kepada  anak  mereka, Adam  berikan  dia  peluang  dan  menyorokkan  rasa  dihatinya  sendiri. Adam  berikan  dia  peluang  untuk  merasakan  kehadiran  janin  itu  sendiri  hinggalah  Adam  rasa  dia  mungkin  boleh  melakukan  perkara  yang  membahayakan  anak  mereka  barulah  Adam  mula  bersuara.

“ Kalau  nak  dikira, sekarang  ni  dah  minggu  ke  9  kan  sayang ? ”

Ariana  angguk.

Which  mean  about  63  days  or  so  kan ? ”

Ariana  angguk  lagi.

“ Sayang  ingat  hadith  4  koleksi  Imam  Nawawi ? ”

Hadith  ke  empat  dalam koleksi  hadith  40  Imam  Nawawi  diulang  tayang  dalam  minda  Ariana.

Abu 'Abd al-Rahman 'Abdullah bin Mas'ud, radiyallahu 'anhu, reported: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, the most truthful, the most trusted, told us :

"Verily the creation of any one of you takes place when he is assembled in his mother's womb; for forty days he is as a drop of fluid, then it becomes a clot for a similar period. Thereafter, it is a lump looking like it has been chewed for a similar period. Then an angel is sent to him, who breathes the ruh (spirit) into him. This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed.

I swear by Allah - there is no God but He - one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein."
[Al-Bukhari & Muslim]

Dia  angguk  lagi. Menunggu  ayat  seterusnya  dari  suaminya.

“ Kita  ada  lebih  kurang  57  hari  je  lagi  sayang  untuk  pohon  pada  Allah  supaya  letakkan  takdir  terbaik  buat  anak  kita. Terbaik  dunia  dan  akhirat…. Moga  dia  mampu  jadi  anak  yang  soleh  dan  solehah. Dijaga  hatinya  supaya  sentiasa  suci  dari  dosa… Dipermudahkan  pekerjaannya  di  dunia  dan  akhirat… Sentiasa  di  bawah  lembayung  rahmat  Allah… dan  semoga  Allah  sentiasa ingatkan  dia  tentang  janjinya  pada  Allah  sebelum  dia  dipilih  untuk  turun  ke  bumi… ”

Air  mata  Ariana  gugur  tiba-tiba. 57  hari  yang  sangat  crucial  untuk  anak  di  dalam  kandungannya. Sangat  penting  untuk  masa  depan  anaknya. Hak  seorang  anak  bukan  bermula  selepas  mereka  keluar  ke  bumi, tapi  sebelum  seorang  lelaki  memilih  seorang  wanita  untuk  menjadi  isterinya  dan  ibu  kepada  anak-anaknya  lagi.

Air  mata  sang  isteri  disapu  oleh  Adam. Dikucup  mata  isterinya  penuh  kasih. Pipi  isteri  yang  bakal  berpenat  lelah  untuk  seorang  waris.

“ Jom, kita  tidur. Nanti  kita  sama-sama  buat  persediaan  untuk  jadi  mama  dan  papa. Esok  we  will  figure  out  what  to  do  first  okay ?

Aye, aye  my  captain ! ” Ariana  buat  gaya  tabik  pada  leftenan. Leftenan  dunia  akhiratnya.

“ Ooppss  sebelum  tu  can  you  do  me  a  favour ? ” Adam  buat  muka  kesian. Muka  merayu  sungguh-sungguh. Sebelah  tangan  menggenggam  tangan  isterinya.

“ Anything, heart ”

“ Can  we  take  your  pregnancy  progress  picture ? Pleaasseeee ”

Ariana  tertawa. Wajah  suaminya  diusap  sayang. Comel.

“ Of  course  boleh, I’m  all  yours  by  the  way ”

Beberapa  keeping  gambar  diambil  oleh  Adam. Gambar  perutnya  dari  sisi. Dengan  kertas  di  tangan  tertulis : I’m  9  Weeks  Old !







Esoknya  Adam  kejutkan  dia  awal  pagi  lagi, sebelum  Subuh. Tahajud  bersama. Selepas  Subuh  berjemaah  mereka  berdua  bersarapan. Adam  memutuskan  untuk  membawa  dia  bersama  ke  pejabat. Menyelesaikan  beberapa  tugasan  sebelum  mereka  berdua  ke  kedai  buku, memilih  buku-buku  persediaan  untuk  menjadi  ibu  dan  bapa. Adam  carikan  seorang  fitness  teacher  untuk  menjaga  diet  dan  senaman  Ariana. Senaman  dan  diet  yang  betul  mampu  menjamin  tumbesaran  yang  baik  untuk  anaknya, dan  senaman  yang baik  mampu  membantu  Ariana  sewaktu  mahu  melahirkan  nanti.

Hari  yang  sama  juga  Adam  wajibkan  semua  staffnya  yang  Muslim  melakukan  solat  hajat  berjemaah  pada  waktu  Dhuha  salah  satu  waktu  yang  mustajab  doanya. Arahan  kuasa  diturunkan  serta  merta  dan  berkuat  kuasa  esok.

Over  sekali  lagi  untuk  Ariana, tapi  pada  Adam  dia  sedaya  upaya  cuba  mengelakkan  anaknya  dari  tersesat  jalan  sepertinya  dulu  dan  selaku ketua, apa  salahnya  kalau  menggalakkan  solat  sunat  berjemaah ? Kata  boss  Islam. Company  Islam.

Hujung  minggu  tu  juga  mereka  merancang  untuk  ke  rumah  mommy  dan  daddy. Kata  Adam  setakat  jauh  sikit  apa  salahnya, dia  bukannya  drive  sendiri  nanti. Bodyguardnya  si  Hilmi  dan  Dolman  pun  dah  lama  tak  melakukan  tugasan  sebagai  pemandunya  bila  dia  dan  Ariana  berkahwin. Makin  santai  mereka  berdua. Sekarang  terpaksalah  keduanya  kembali  bertugas.


**************
Minggu  ke  15

Sekeping  lagi  gambar  diambil  oleh  Adam  dengan  Ariana  memegang  sekeping  kertas  bersaiz  A4  bertulis : I’m  15  Weeks  Old !

 

Adam  senyum  sendiri  sambil  ditatap  oleh  isterinya. Di  ofis  pun  Adam  boleh  scroll  album  di  telefonnya. Album  khas  untuk  pregnancy  Ariana. Anak  sulung  mereka.

Adam  berbisik  ke  telinga  isterinya, perlahan “ Dia  dah  boleh  dengar  suara  kita  sekarang, be  careful  with  what  we  say

Ariana  senyum  dan  ketawa  perlahan. Adam…Adam… bimbang  betul  dia  kalau-kalau  anaknya  akan  terdengar  perkataan  yang  tidak  elok  nanti. Kalau  dulu  adalah  mereka  bertegang  lidah  sikit, tapi  sekarang  tahap  sabar  Adam  sangat  tinggi. Dia  tak  mahu   anaknya  mendapat  gambaran  yang  buruk  mengenai  mama  dan  papanya.

Ariana  sendiri  pun  akan  sentiasa  mengalunkan  bacaan  al-Quran, terbukti  bayi  lebih  tenang  bila  dibacakan  ayat  suci  al-Quran. Kajian  tentang  bunyi  yang  dibuat  juga  mempunyai  pendapat  yang  sama. Bunyi  mampu  mempengaruhi  tumbesaran  otak  janin.

Perut  Ariana  yang  sudah  berbonjol  sedikit  di  kucup  oleh  Adam.

“ Papa  dan  mama  sayang  awak, mama  minta  baby   jadi  anak  yang  baik…yang  soleh… We  both  love  you  so  much ! ” terasa  geli  perut  Ariana  bila  Adam  bercakap  dengan  perutnya  tapi  dia  tahankan. “ Muaahhss ” satu  kucupan  hinggap  lagi  untuk  anak  kesayangan.

Sudah  sebulan  lebih  mereka  tinggal  di  rumah  mommy  dan  daddy. Minggu  lepas  baru  dia  dan  Adam  khabarkan  pada  papa  dan  mama  tirinya  yang  Ariana  sudah  mengandung. Beriya  papa  dan  mama  datang  ke  rumah  mereka. Adik-adik  tirinya  pun  datang  sama.

“ Rose…. Kenapa  lambat  beritahu  mama ? ”

Sejak  bila  mak  tirinya  teringin  nak  ambil  tahu  hal  dia ? Pelik. Tapi  Ariana  diamkan. Buat muka  manis, tak  elok  buat  perangai  masa  mengandung.

“ Mama  dan  papa  antara  orang  yang  terawal  yang  tahu… ”

“ Dah  berapa  bulan  kak ? ” soal  Tasha  dengan  muka  teruja.

“ 3 bulan lebih… ” Adam  yang  jawab  kali  ini.

“ Owh… hati-hati  kak…baru  lagi  tu. Jangan  happy  sangat, macam-macam  boleh  jadi.”

Thud !

Terasa  jantung  kena  tikam. Ariana  diam. Ketap  bibir.

“ As  a  good  sister  you  should  pray  for  her  wellbeing . Bukan  cakap  macam  tu. ” Adam   menembak  terus.

Tasha  buat  muka  gedik. Cover  line. “ Tasha  risaukan  kakak  je  abang  Adam… ”

Pinggang  Ariana  dipeluknya  kemas. Pipi  isterinya  dicium  terus  di  hadapan  mereka.

“ Thanks  sebab  risaukan  akak ” Ariana  senyum  lagi. Emosi  ibu  mengandung  kena   stable…nanti…takut  anak  yang  keluar  jadi  rebellious, Ariana  mengingatkan  diri  sendiri.

“ Nanti  kalau  akak  nak  beli  barang  baby  ajaklah  Tasha, Tasha  boleh  temankan ”

Adam  sangsi. Sebab  Tasha  lah  Ariana  mengamuk  dengan  dia  dulu. Sekarang  dia  dah  masak  benar  dengan  apa  yang  berlaku  antara  isterinya  dan  adik  beradik  tirinya. Ariana  sudah  dipaksanya  untuk  menceritakan  semua  benda.

“ Tak  apa…Abang  Adam  boleh  temankan  Kak  Rose ” Adam  terlebih  dahulu  menjawab  bagi  pihak  Ariana. Bukan  boleh  pakai  adik  iparnya  tu. Huh, kalau  jadi  apa-apa  pada  Ariana, mahu  dia  jadi  jahat  macam  dulu. Culik  dan  pukul orang. Ariana  je  yang  dia  tersasul  sampai  ter  tutt  dulu…

Astaghfirullah  hal  ‘azim…Nauzubillah  hi  min  za  lik. Terus  Adam  beristighfar. Tak  mahu  kembali  ke  zaman  jahiliahnya.

“ Sayang, mengelamun  ye ? Dah  mengantuk ? ” suara  Adam  menyapa  telinganya. Tangan  yang  masih  dipegang  erat  oleh  Adam  dibiarkan  ditarik  hingga  ke  katil. Adam  menyuruhnya  duduk.

Ariana  patuh.

“ Tak  sangat  abang…. Awal  lagi  kan ? ”

Adam  angguk, “ Hmm mmm awal  lagi. Jom  baring, abang  nak  berbual  dengan  anak  abang ! Minggu  ni  baby  kita  officially  dah  boleh  dengar  suara  kita ! ” Adam  bernada  riang  sekali  lagi. Macam  budak-budak  dah  gayanya…

Sakan  Adam  berbual, Ariana  ambil  buku  untuk  di  baca. Kalau  tunggu  Adam  habis  bercakap  dengan  anaknya  entah  pukul  berapa  lah  dia  pun  tak  boleh  nak  menduga.

“If I was a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I was a tree growing tall and green
All I'd want is you to shade me and be my leaves

If I was a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I was a tree growing tall and green
All I'd want is you to shade me and be my leaves

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.”


Lagu  All  I  Want  Is  You  nyanyian  Juno  bergema  di  kamar  mereka. Lagu  nada  dering  di  telefon  Adam.

Adam  angkat  muka, mencari  mana  letak  telefonnya. Ada  di  meja  katil  di  sebelah  Ariana.

“ Sayang, tolong  angkatkan. ”

Adam  kembali  berbaring  di  peha  Ariana. Memandang  benjolan  kecil  yang  dikiran  sebagai  anaknya. Memang  anaknya  pun. Sedari  beberapa  minggu  lepas  lagi  dia  sudah  boleh  melihat  pergerakan anaknya.

Elok  sahaja  Ariana  mahu  menjawab  panggilan, panggilan  terhenti. Kemudian  bunyi  mesej  pula  yang  kedengaran.

‘ Abang  Adam, its  Tasha. Abang  sure  bosan  sebab  Kak  Rose  dah  tak  se-luscious  dulu  kan ? I’m  always  here  for  you. If  you’re  free  esok  Tasha  datang  apartment  abang…. Abang  tak  payah  lah  jual  mahal  sangat, I’m  not  asking  for  anything  by  the  way. Just  giving  you  a  sweet  substitute  for  not  that  luscious  Rose  anymore ’ - Tasha

Thud !

Terasa  jantung  ditikam  lagi  sekali.

Tasha…Tasha….

Telefon  dihulurkan  kepada  si  suami. Malas-malas  Adam  menyambut. Skrin  diperhatikan  olehnya.

Terus  Adam  bangun  menegak.

“ What…! ” Adam  terdiam. Perut  Ariana  direnungnya. Mengingatkan  diri  yang  dia  tidak  boleh  mencarut  di  depan  anaknya  sendiri.

Yes, your  adik  had  been  texting  me  for  times  sayang. Abang  tak  nak  sayang  malu, so  I  just  silenced it, but  honestly  I  don’t  like  it. ”

Ariana  peluk  tubuh. Dia  percayakan  Adam. Itu  pasti. Bibirnya  diketap. Jantung  sudah  berdegup  kencang, entah-entah  anak  di  dalam  rahimnya  pun  tahu  apa  yang  ada  dalam  hatinya  kini.

Tangan  Adam  di  capainya. Adam  yang  sudah  resah, takut  Ariana  buat  hal  macam  dulu.

“ I  trust   you  abang, and  I  will  not  let  her  ruin  our  good  time  together ”

Ariana  menadah  tangan. Meminta  telefon  Adam. Bila  telefon  berganti  tangan, Ariana  menekan-nekan  skrin  telefon.

Mesej  di  balas.


****************
“ Ding  Dong ! ”

Pintu  apartment  di  buka  oleh  Adam. Tersembur  wajah  Tasha  di  muka  pintu. Menggeletis   Tasha  mendapatkan  Adam. Terpaksa  Adam  menolaknya  ke  tepi.

“ Ouch…Abang  Adam ! I  had  been  waiting  for  this  time  like  ages ! Akhirnya  you  open  up  your  eyes, si  Ariana  Rose  isn’t  for  you  abang…I  can  satisfy  you  better… ” tanpa  segan  Tasha  sudah  beraksi  kucing  parsi. Bukan  dia  tak  biasa  beraksi  begitu  dengan  orang  lain.

Adam  tayang  muka  kosong. Dahi  sudah  berkerut.

Tangannya  ditarik  oleh  Tasha, “ Abang, here  or  in  the  bedroom ? Or you want  something  else  first ? ”

Adam  ketap  bibir.

“ Tasha !!! ” suara  Encik  Hussein  ayah  mertuanya  bergema  seisi  apartment.

“ Pangg  !!! ” satu  tamparan  hinggap  ke  pipi  putih  anaknya. Naik  turun  darah  Encik  Hussein. Mendidih  bila  melihat  aksi  berani  anaknya  sendiri.

Tasha  terpempan.

Anak  matanya  memerhatikan  dari  Adam  ke  papanya  sendiri.

Terkejut  dan  terkedu.

“ Papa…. ? ” wajah  keliru  dan  terkejut  Tasha  sangat  jelas  di  mata  semua.

“ Sanggup  kau  buat  macam  ni  Tasha ? Sanggup  kau ?! Papa  tak  ajar  kau  jadi  perempuan  murahan  macam  ni  Tasha ! Dah  berapa  kali  papa  larang  hah ? You’re  so  dead  to  me  Tasha. So  dead ! ”

“ Apa  papa  nak  buat ? ” membulat  mata  Tasha.

“ Tahulah  apa  aku  nak  buat  dengan  kau  ni. Ajar  pun  dah  tak  guna. ” dalam  hati  Encik  Hussein  sudah  merencana  mana  nak  dihantar  anaknya  yang  liar  ni. Biarlah  kalau  isterinya  mengamuk  macam  mana  sekali  pun, dia  ayah  kepada  anak-anaknya. Kalau  diberi  muka  pada  Zariah, inilah  jadinya. Sampah !

Tangan  Tasha  ditariknya  rakus. Kalau  ikutkan  hati   mahu  ditampar-tampar  muka  anaknya  sampai  ke  sudah. Biar  dia  tahu  peritnya, tapi  malu  pula  dia  dengan  Tengku  Adam. Balik  nanti  siaplah  anak  sulungnya  dengan  Zariah  ni.

Bila  Encik  Hussein  menarik  Tasha  balik. Adam  ke  bilik  tidur  dia  dan  Ariana.

“ Sayang, dah  boleh  keluar. ”

Adam  tak  mahu  Ariana  ada  di  sana  tadi. Tidak  mahu  anaknya  tahu  apa  yang  berlaku. Ariana  yang  merancang  supaya  Adam  dan  ayahnya  ke  apartment. Dia  sendiri  sudah  tak  tahan  dengan  sikap Tasha  dan  ibu  tirinya. Dia  juga  tak  mahu  kebahagiaan  dirampas  seperti  ibunya  dulu.

Tubuh  suaminya  dipeluk  kemas.

“ I  will  never  let  anyone  take  you  from  me. You  are  my  bubbly  boo…Everything  for  me  too… ” wajah  Adam  diusapnya  penuh  kasih. “ Except  God…Except  God…” Ariana  menambah.

Pelukan  dikemaskan  oleh  Adam, “ Me  too  sayang… ”

“ Nak  ke  Ritz  Carlton  tak ? Makan  lobster  macam  dulu ? Shepherd’s  pai ? ” ajak  Adam  beriya. Baru  sahaja  Ariana  nak  menjawab  Adam  sudah  tunduk  ke  perutnya. Oh, bercakap  dengan  anaknya  rupanya…

Bahu  Adam  ditepuk  lembut, Ariana  ketawa  perlahan, “ Abang… Rose  keliru  tau…Abang  asyik  cakap  dengan  baby…I’m  here  too…!

Dagu  isterinya  dicuit  mesra. “ Loving  the  baby  means  I  respect  the  mommy.”  Kucupan  hangat  dihadiahkan  pada  isterinya. Ariana  senyum  lagi, senyuman  bahagia.

***************

Sebelum  mereka  ke  Ritz  Carlton  sempat  lagi  mereka  singgah  di  Pusat  Asuhan  Kanak-Kanak  Istimewa. Bermain  dengan  mereka  dan  bertanya  khabar  seperti  kebiasaan. Masing-masing  gembira  bila  diberitahu  mereka  akan  mendapat  adik. Azri, Raymond  dan  Fakhrul  kemain  berharap  yang  adik  mereka  ini  adalah  lelaki.

Sampai  sahaja  di  Ritz  Carlton, Adam  pesankan  makanan  yang  mereka  pernah  makan  dulu  dengan  tambahan  sepinggan  sayur  dan  dua  pinggan  buah. Naik  juling  dia  makan  sayur, tapi  untuk  anak, Ariana  turutkan…

Hak  anaknya  untuk  dapat  kesihatan  yang  baik. Untuk  membesar  dengan  baik..

“ Sayang, abang  nak  ke  restroom  kejap ” Adam  bangun  minta  diri. Ariana  angguk.

“ Okay ”

Terimbau  kembali  saat  Adam  baru  nak  berubah  dulu. Inilah  tempatnya. Tempat  yang  dia  tersalah  sentimental  dengan  Adam  bila  teringatkan  bekas  teman  rapatnya  Daniel.

“ Oho…Datin  Ariana Rose…. Sorang  je ? ” suara  perempuan  menyapa. Ariana  pandang   empunya  diri, Liyana.

“ Assalamualaikum  Liyana ” Ariana  tayang  senyum. Hati  kena  didik  jadi  baik, itu  telahan  Ariana. Tak  nak  anak  jadi  rebellious, fikirnya  lagi. Mengingatkan  diri  sendiri.

“ Waalaikummussalam  wr  wbt…. ” Liyana  pandang  Ariana  atas  bawah. Muka  tak  puas  hati. “ Heard  that  you’re  pregnant ” Liyana  tayang  muka  sombong. Dagu  naik  ke  atas. Mata  jeling  ke  bawah.

“ Alhamdulillah … ” jawab  Ariana  dengan  senyuman.

Liyana  mencebik. “ Tu  bukan  anak  pertama  Tengku  Adam. Ko  tak  payah  nak  rasa  wallaa  sangat ! Ni ” Liyana  unjurkan  pada  perutnya  sendiri. “ Perut  ni  dah  bawa  anak  Tengku  Adam.”

Ariana  terbatuk  kecil.

“ Mana  anak  tu  sekarang ? ” soal  Ariana  tenang.

Liyana  buat  muka  jengkel. Tidak  menyangka  Ariana  setenang  itu.

“ Suka  hati  aku  lah  mana  aku  letak  anak  tu. ”

“ Anak  tu  bukan  anak  Adam. I  know  everything  by  the  way… ” Ariana  senyum  lagi. Kenangan  beberapa  bulan  lepas  sewaktu di  London  menjengah  kotak  minda.

Dia  dan  Adam   berjalan  berpimpinan  tangan  seperti  pasangan  lainnya  di  England  selepas  makan  di  Malaysian  Hall. Hidangan  ikan  patin  masak  tempoyak  menjadi  santapan  putera  kesayangannya  hari  itu.

Taman  Hyde  Park  dilalui  oleh  mereka  sekali  lagi.  Daun-daun  yang  sudah  berguguran  melatari  padang  hijau  tampak  menenangkan. Pokok  yang  mula  ditumbuhi  lumut  pada  batangnya  dengan  daun  kekuningan  menyejukkan  pandangan.

“ Rose,  abang  nak  tanya  boleh ? ” soal  Adam  lembut  tatkala  mereka  menyusuri  The  Long  Water  sepanjang  Kensington  Garden  dan  Hyde  Park.

“ Hmm…yup sure ” pelik  pula  bila  Adam  bertanya  begitu.

“ Ermm…jangan  marah  atau  merajuk  kalau  abang  tanya ”

Ariana  ketawa. Ni  mesti  kisah  lama. Pastinya  Adam  takut  dia  merajuk  lagi.

“ Ye  sayang….Rose  tak  kan  merajuk  okay…Now  say  it”

“ Kenapa  sayang  berlakon  macam  tu  masa  majlis  kahwin  abang  dengan  Juwita ? ”
Ariana  terhenti. Majlis  itulah  punca  utama  perjumpaan  mereka. Punca  utama  kecelaruan  hidupnya  dulu,  dan  punca  utama  kebahagiaannya  kini.

“ Peristiwa  tu….Macam-macam  abang  tuduh  Rose  dulu  kan? ”

“ Hey….I’m  sorry  sayang… ” tubuh  isterinya  dipeluk  kemas. Jari  telunjuk  Ariana  diletakkan  di  bibir  suaminya.  Menghentikan  kata  maaf  dari  Adam. Sudah  banyak  kali  Adam  memohon  maaf,  dan  dia  sendiri  sudah  lama  memaafkan  Adam.

“ Bukan  salah  abang…salah  Rose  yang  mengfitnah  abang…but  that’s  how  it  started  right ? ”

Adam  angguk. Ada  pahit,  ada  manis,  ada  duka,  ada  derita  dan  ada  lara…tapi  bila  redha  bertempat  di  hati  pasti  kemanisan  yang  kekal  paling  lama.

“ Kenapa  Rose  buat  macam  tu ?  Dulu  abang  tanya  masa  kat  Cameron  beriya  Rose  tak  nak  jawab.  Lama  lepas  tu  abang  ingat  sebab  Juwita,  tapi  kemudiannya  si  Ramzul  tu  betul-betul  muncul  dengan  Rose. Terkejut  abang  masa  tu ”

“ Malam  abang  buat  perangai  tak  senonoh  tu  kan ? Sanggup  abang  nak  rogol  Rose  sebab  perkara  macam  tu  tau ? Sedih  tau ? Rose  ingat  abang  dah  berubah,  tiba-tiba  abang  datang  dengan  si  cantik  Sophie  tu. Dahla  buat  macam  tak  kenal,  tiba-tiba  muncul  kat  kondo  Rose ”

Ariana  dipeluknya  sekali  lagi. Mengingatkannya  sewaktu   Ariana  terjatuh  dan  kepalanya  berdarah. Hanya  Tuhan  yang  tahu  betapa  takutnya  dia  waktu  tu. Tapi  disebabkan  oleh  peristiwa  itulah  dia  berubah  yang  sebenar-benarnya  perubahan.

“ Abang  sayang  Rose  sangat-sangat…I  can’t  lose  you  sayang…Do  you  know  what  I  felt  when  you  knocked  your  head ? ”

Ariana  pandang  wajah  suaminya. Menampakkan  matanya  yang  bundar  bila  mendongak  ke  atas  begitu.

“ Waktu  tu  abang  tersangat  pasti  that  you  are  the  one  for  me. I’m  willing  to  lose  anything  for  you.  Anything ”

“ Really ? ”

Adam  angguk  seraya  tangannya  mengelus  lembut  pipi  isterinya, “ Masa  tu  abang  tak   tahu  Rose  tunangan  abang…So, malam  sebelum  hari  pertunangan  abang  telefon  daddy  supaya  batalkan  pertunangan. Abang  beritahu  daddy  yang  abang  dah  ada  pilihan  abang  sendiri  which  is  you  Ariana  Rose  Hussein  walaupun  masa  tu  abang  tengah  gila-gila  cari  Rose. Abang  gaduh  dengan  daddy  sampai  daddy  ugut  abang  untuk  tarik  balik  pewarisan  hartanya  pada  abang ”

Ariana  mengerutkan  dahinya, “ Abang  tidak  kisah  hilang  berbillion  ringgit ? ”

“ Anything  for  you  sayang. Kalau  duit  banyak  tapi  bahagia  tak  ada, what  is  this  life  for  isnt  it ? ”

Bergenang  air  mata  terharu  dikelopak  mata  Ariana,  tapi  pada  masa  yang  sama  dia  terasa  kelakar. Kelakar  sebab  punyalah  ignorantnya  Adam  dan  dia  yang  sama-sama  tidak  tahu  siapa  tunangan  mereka.

“ Sebenarnya  bang…masa  Rose  janji  dengan  Juwita  untuk  tolong  dia  masa  hari  perkahwinan  abang  dengan  dia  dulu, Rose  tak  tahu  pun  abang  ni  siapa. Juwita  bagi  gambar-gambar  abang  dengan  entah  perempuan  mana-mana,  so  Rose  cubalah  tolong  Juwita.  Kesian  dia,  kena  kahwin  dengan  playboy. Tup-tup…Rose  yang  dapat  playboy  tu… ”

“ Kenapa  tak  beritahu  abang  awal-awal  lagi ? Masa  kat  Cameron  tu ? ”

“ Abang  nak  Rose  buat  press  conference  tu ? No..No..No…ulang  balik  peristiwa  dulu  pun  Rose  tidak  akan  sesekali  buat  press  conference. Ayahkan  wakil  rakyat,  abang  tahu  kan? Dengan  pilihanraya  yang  dah  dekat,  kalau  keluar  cerita  anak  sulung  Datuk  Jusoh  buat  perangai  macam  tu,  tak  ke  rosak  nama  baik  ayah ? No  way ”

“ Nak  selamatkan  orang   lain,  Rose  sanggup  jadi  mangsa ? ” kedua  belah  pipi  isterinya  diusap  perlahan. Mata  bundar  isterinya  direnung  dalam.

Ariana  jungkit  bahu. Kadang-kadang,  bila  kasih  sayang  menjadi  tunggak,  diri  sendiri  pun  tidak  tahu  apa  yang  sanggup  dilakukan  untuk  orang  yang  disayangi. Kalau  tidak,  tak  kan  seorang  ibu  sanggup  mendermakan  matanya  untuk  kegunaan  seorang  anak,  atau  ayah  yang  menyelamatkan  anak  dari  kebakaran  tapi  diri  sendiri  maut  disambar  api ? Kalau  ibu  bapa  sanggup  berkorban  seperti  itu  kenapa  anak-anaknya  tidak ?

“ Sometimes  love  will  bring  you  to  a  place  you  will  never  imagine ” pendek  jawapan  Ariana  tapi  diakui  juga  oleh  Adam.

“ By  the  way,  my  bad  boy…what  make  you  think  I  have  something  to  do  with  Ramzul ? ”

“ Waktu  tu  banyak  sangat  hal  abang  dengan  Ramzul. Hilmi  dengan  Dolman  tu  pun  satu,  dia  dapatkan  maklumat  dari  officemate  sayang  lah. Katanya  sayang  ni  penolong  setiausaha  dan  kalau  ikut  maklumat  peribadi  sayang  yang  dalam  simpanan  pejabat,  pewaris  terdekat  sayang  adalah  papa…langsung  tidak  ada  menyebut  Datuk  Jusoh. Sayang  pula  tinggal  di  Putri  Palma  Kondo,  harga  hampir  sejuta  tu…Mana  abang  tidak  terfikir  yang  bukan-bukan…”

“ Tu  kondo  papa  la  abang…abang  ni  kan,  semua  pasal  Rose  abang  pandang  rendah  tau ! ”

Adam  ketawa. Dia  fobia  dengan  perempuan  yang  mendekatinya  dulu,  yang  jadi  mangsanya  adalah  Ariana.

“ Sorry  sayang…. I  was  blind ”

“ Memang  pun ! ”

“ Hey…amboi…” pinggang  Ariana  digeleteknya. Mengekek  Ariana  ketawa. Bila  ketawanya  semakin  bersisa  tangan  Adam  ditariknya  untuk  duduk  di  atas  padang  rumput,  di  bawah  pohon  maple. Ariana  bersandar  pada  batang  pokok  yang  lebar,  Adam  berbaring  di  ribaannya.

“ Abang…. ” panggil  Ariana  bila  Adam  mula  memejamkan  matanya.

“ Hmm ? ”

“ Kenapa  abang  gaduh  dengan  Ramzul ? Apa  Liyana  buat  pada  abang  dulu ? Dia  macam   simpan  rahsia  je…. ” 

Adam  pantas  membuka  matanya. Wajah  isterinya  yang  sedang  memandangnya  turut  diperhatikan  sebelum  dia  kembali  memejamkan  matanya.
 
“ Ramzul  tu  kawan  abang  sewaktu  di  London  School  of  Economy. Bila  abang  balik  ke  Malaysia,  he  is  the  only  friend  I  have  in  Malaysia. Jadi  abang  selalu  keluar  dengan  dia. Dia  ada  adik  nama  Liyana  tu…Masa  tu  Liyana  masih  kat  Kolej…Abang  dah  anggap  Liyana  macam  adik  sendiri ” 

Adam  terhenti  sejenak. Nafasnya  ditarik  dalam.

“ Liyana  always  contacted  me. One  day  dia  call  abang,  katanya  dia  terlanjur  dengan  this  one  guy  yang  dia  baru  jumpa  kat  The  Zouk…Masa  tu bagi   abang,  terlanjur  is  common…so  I  just  advised  her  to  take  a  chill  pill..I  mean  not  to  worry  about  it…”

“ Liar  juga  budak  tu  ye  bang ? ”

Adam  angguk. Macam  mana  Ariana  boleh  terfikir  si  Liyana  tu  baik  pun  dia  tak  pasti.

“ Then  kenapa  abang  dengan  Ramzul  pula  yang  gaduh ? ”

“ Dalam  dua  bulan  lepas  tu,  Liyana  call  abang,  katanya  ada  kecemasan  kat  rumah  dia. So  abang  pergilah. Rupanya  dia  cuba  perangkap  abang  untuk  ditangkap  basah  dengannya. She  called  some  pencegah  maksiat  and  both  of  our  families  come…tapi  abang  berkeras  not  to  marry  her. Dia  tuduh  abang  yang  buat  dia  pregnant.  I  don’t  even  touch  her ! Abang  bukan  main  terjah  je  macam  ayam  jantan  terjah  mana-mana  ayam  betina. Abang  pun  ada  taste  okay ”

Berkerut  dahi  Ariana  mendengar  cerita  Adam. Patutlah  Ramzul  marah  benar  dengan  Adam  tapi  hakikatnya  yang  berhati  hitam  adalah  Liyana. Entah  bila  perempuan  tu  nak  betulkan  keadaan. Kesian  si  Ramzul,  mati-mati  bergaduh  dengan  orang  lain  semata-mata  kerana  adiknya  yang  menipu.

“ Her  pregnancy  macam  mana ? ”

“ The  hell  I  care. Dia  gugurkan  lah  kot.  I  don’t  know ”

Tersentak  Ariana  mendengarnya. Langsung  tidak  menyangka  itu  perangai  sebenar  Liyana.  Gadis  yang  nampak  lemah  lembut.

“ Hmm… I’m  speechless…but  Alhamdulillah, my  bad  boy  was  a  bad  boy..kalau  abang  jadi  pak  sanggup...Rose  lah  yang  terlepas  suami  kacak  yang  super  romantik  ni ”  usik  Ariana  seraya  tangannya  menyentuh  hidung  Adam  yang  mancung  terletak. Adam  tersengih  lebar.

Kenangan  di  United  Kingdom  dulu  ditepis  pergi. Anak  mata  Ariana  kembali  memandang  Liyana. Si  gadis  cilik. Hebat  memutar  belit. 

“ Liyana, dah  lah  menabur  fitnah, pity  your  brother  you  know. ” muka  Liyana  mula  berubah  pucat. Anak  matanya  memandang  sangsi.

“ What  are  you  talking  about ? ”

“ You  know  what  I’m  saying  Liyana. You’re  just  like  a  well  respected  pet  sister  for  Adam..He  never  touches  you ! Adam  hormat  awak  sampai  sekarang  semata-mata  awak  adik  kepada  teman  yang  pernah  rapat  dengannya  dulu. Stop  doing  this  Liyana. You  look  awfully  stupid.”


Liyana  mencebik, “ Siapa  yang  nak  percaya  hah  perempuan ??! Dah  bertahun  abang  aku  percayakan  aku. Nasib  Adamlah  bermusuh  dengan  abang, dia  yang  tolak  cinta  aku. He  deserves  a  hell  life.

“ You’re  the  one  who  is  living  in  a  hell  life. Hati  yang  menipu  takkan  pernah  tenang  Liyana. Go  get  a  life ! ” Ariana  bangun  berdiri. Memandang  Liyana  tepat  pada  anak  mata. Liyana  yang  semakin  membara  mengangkat  tangannya  tinggi  di  udara.

Dihayun  kuat  mensasarkan  pipi  mulus  Datin  Ariana  Rose  Hussein.

“ Stop it  Liyana !!! ”

Membuntang  mata  Liyana. Ariana  juga  sama.

Adam  terkocoh-kocoh  mendekati  mereka.

Ramzul  yang  sedari  tadi  mencuri  dengar  tampil  menahan  tingkah  laku  adiknya.

Adam  tarik  Ariana  ke  dalam  pelukannya. 10  minit  takkan  pernah  selamat  lagi  baginya. No  more  public  expose  to  Ariana. Ultimate. Hilmi  dan  Dolman  akan  sentiasa  ada  dengan  mereka  nanti.

“ Abang…!!!?? ”

“ I  heard  everything. Everything  Liyana ! ”

Terkebil-kebil  Adam  memandang  keduanya. Drama  apa  pula  ni ? Tadi  adik  ipar  dengan  ayah  mertua. Drama  yang  Ariana  sendiri  karang  untuk  berlaku.

Now  what?

Wajah  Ariana  dipandangnya  penuh  tanda  tanya.

Ariana  senyum  tenang  sambil  menggeleng  agar  Adam  tenang  sahaja.

“ How  could  you  fooled  your  own  brother ? How  could you… ” terduduk  Ramzul  di  kerusinya. Kepalanya  digelengkan  beberapa  kali. Terasa bodoh. Terasa  menyesal. Sudah  banyak  benda  yang  dibuat  olehnya  semata-mata  kerana  dendam  pada  Adam, dan  turned  out, dia  ditipu  oleh  adik  sendiri !

**************

“ Too  much  for  a  day ? ” tanya  Adam  bila  mereka  dalam  perjalanan  pulang  ke  rumah. Hilman  yang  memandu  kali  ini. Selesai  makan  tengah  hari  tadi, Adam  ke  pejabat. Ariana  di  bawanya  sama. Adam  paranoid  dengan  peristiwa  tadi. Langsung  dia  tidak  menyangka  yang  dalam  masa  10  minit – anything  could  happen !

Alhamdulillah  tiada  apa-apa  yang  terjadi  pada  Ariana.

Ramzul  berlalu  pergi  dengan  Liyana  macam  tu  je. Pandang  muka  dia  pun  tidak  dibuat  oleh  Ramzul, biasanya  lelaki  tu  galak  menggasak  kesabarannya. Kali  ini  tidak. Bila  mereka  sudah  jauh, barulah  Ariana  membuka  cerita.

“ Tak  pun…banyak  drama  kan  bang ? ” Ariana  ketawa. Adam  pun  sama.

“ Macam-macam… ” Adam  mengeluh  perlahan. “ Mungkin  ni  rezeki  baby ” perut  Ariana  diusapnya.  Ariana  pandang  wajah  suaminya, bertanya  apa  maksud  Adam.

“ Rezeki  baby  untuk  lahir  dalam  keada  mama  dan  papanya  dah  tak  ada  konflik. Dah  selesai  dua  konflik  hidup  kita  sayang, rezeki  dari  Tuhan ” Adam  senyum. Ariana  turut  sama  tersengih.

Alhamdulillah…telahnya.

“ Anyway, anything  could  happen  when  you’re  not  under  my  supervision. So, lepas  ni  sayang  nak  ke  mana-mana  makesure  ada  mommy  or  daddy  and  Hilman  or  Dolman” tegas  suara  Adam. Ariana  menjulingkan  mata.

“ Abangggg….turn  out  that  I’m  your  victim  now… ” badan  suaminya  di  snuggle  manja. Merengkok  dalam  pelukan  Adam.

“ People  can  do  anything  to  you  sayang, I don’t  want  that  to  happen. Just  because  of  me, you’re  the  one  who  need  to  go  through  it. No  and  a big  no. Arahan  suami  ni… Nak  jadi  isteri  solehah  tak ? ”

Ariana  memuncungkan  mulutnya. Kepala  jatuh  ke  dada  Adam  tanda  pasrah.

“ Okay…. I  know  you’re  the  best  husband  ever.. ”

Adam  senyum  lebar. Hm, Ariana  yang  manja  dan  Ariana  yang  menenangkan  jiwanya.

Among His proofs is that He created for you spouses from among yourselves, in order to have tranquility and contentment with each other, and He placed in your hearts love and care towards your spouses. In this, there are sufficient proofs for people who think. [30:21]

“ Look  at  that  rainbow  sayang ”

Ariana  angkat  kepalanya. Mencari  pelangi  yang  dikatakan  oleh  sang  suami.

Adam  tertawa  bila  Ariana  tercari.

“ Tu ”

Jarinya  ditunjukkan  ke  satu  tempat. Cermin  pandang  belakang. Terpapar  wajah  Ariana  di  dalamnya.

“ That  is  me… not  a  rainbow ” telah  Ariana, keliru.

Tangan  Ariana  digenggamnya  kemas, You  ARE  my  rainbow. You  color  my  heart  and when  its  blend  together, it  turns  into  light. You  bring  me  back  to  my  Lord, Allah  s.w.t. The  life  under  the  guided  light… Kehidupan  yang  lebih  suci  tapi  penuh  warna  kebahagiaan… ”

Oh, my  Adam….

‘ My  little  baby, mama tak  sabar  untuk  kenalkan  baby  dengan  the  best  man  in  my  life. Your  papa… ’ – bisik  Ariana  dalam  hati. Dia  tahu  anaknya  mendengar…
 


p/s: hehe tertukar Lienda n Liyana sorry n thanks yg perasan.just edited.lol


IKLAN :-

Ada yg tanya : I must be a good wife for my husband - due to Ariana nye watak.

The answer is : not yet, but insyaaAllah. Eve tak kahwin lagilaahhh..I'm just 26 ! haha. and knowing my responsibility as a wife and as a mother, I kinda freak out. I believe in Imam-makmum konsep dalam perkahwinan. That is why Eve bawa watak Adam bertaubat sebelum dia jadi Imam pada Ariana. It is a huge RISK for me utk mengangkat seorang lelaki yang I know, kurang ilmu agamanya. Hak my anak nanti utk dapatkan ayah yang boleh bimbing mereka ke syurga. Dan hak Eve utk dapatkan seorang Imam yang boleh bimbing Eve, bukan Eve bimbing dia. But kalau ada yg dah bertunang, dah kahwin, sama2 lah berusaha utk berubah. Pintu kebaikan terbuka luas :) Tuhan tak pernah kata : sudah terlambat. Not until nyawa sampai ke halkum... =) 

p/s : I'm a science  people, so when I mentioned ovum and sperm, I mean ovum and sperm not sexual relationship. I mean seriously. and I even say uterus instead of rahim in my daily life. So peace to those whose being offended by me mentioning about ovum and sperm in TWB. but anyway, dalam Quran pun ada sebut : manusia  asalnya dari air mani yang hina :p hehe.



your LIKE is my motivation, thank you =)