Join This Site

Sunday, 6 January 2013

13 Jam - A380 Part 18

asSalamualaikum and Hi !

Part 18. Yep. Its here ;) Its been 14 days ! Haha, korang nye rindu A380, Eve ingat dah berapa hari...baru 14 hari. keh3. Good2 rindu2an jadi kenang2an (mcm tak masuk je lagu, haha).

Esok kembali ke pejabat. mode serius sudah tiba. owh ho ho ! Belajar rajin-rajin utk yg study, and work well to those working :)

Nite and Thanks !

x Eve x


Part 18 

“ How  was  it  Hana ? Your  return  to  UK ? Awesome  huh? ”  soalan  Hani  melalui  corong  telefon. Waktu  pejabat  habis  pukul  5.00 pm  tapi  aku  minta  keluar  awak, dengan  alasan  ada  beberapa  perkara  yang  diselesaikan  hari  ini. Professor  Patrick  membenarkan. 

Tepat  jam  1.00  pm  aku  dah  pun  menghilangkan  diri. Saja  mahu  melihat  sekitar  university, jadi  tak  adalah  canggung  mahu  ke  sana  ke  sini  nanti. Mana  pustaka, mana  café, dan  dewan  kuliah  atau  dewan  seminar. Pelajar  PhD  macam  aku  dah  tak  perlu  menghadiri  kelas  tapi  diwajibkan  untuk  mengambil  60  credit  setahun  melalui  seminar, conference  dan  workshop. Panjang  lebar  Professor  Patrick  menerangkan  tadi. 

Tempoh  projek  adalah  36  bulan  termasuk  thesis  writing  dan  VIVA.

Setiap  tahun  akan  ada  progress  submission.

Selepas  3  bulan  aku  perlu  menyiapkan  projek  proposal  dan  menghantarnya  untuk  dinilai  oleh  board  of  postgraduate  students.

Kegagalan  menyiapkan  projek  pada  tempoh  yang  diberikan  akan  mengakibatkan  pelajar  gagal, kecuali  punyai  alasan  kukuh  untuk  penangguhan. Contohnya  sakit  teruk.

Semua  hasil  kerja  perlu  dari  ihsan  idea  sendiri. Originality, novelty  adalah  sangat  penting  dalam  PhD.  Hasil  kajian  yang  sama  dengan  mana-mana  individu  lain  di  atas  muka  bumi  ini  akan  mengakibatkan  pelajar  gagal.

Wallaa ~ !

“ Cool … ” soalan  Hani  tadi  aku  jawab  ala  kadar. Baru  dua  hari  menjejakkan  kaki  ke  bumi  England, dah  pun  macam-macam  yang  berlaku.

Mimpi  jadi  realiti.

Kemudian  mimpi  jadi  mimpi  ngeri.

Jadi  ibu  segera ?

Dapat  kereta  Audi  TT.

Ah, Audi  TT  je  pun,  bukan  aku  tak  mampu  beli  sendiri, saja  menggedik  minta  dengan  Fawwaz. Harga  kat  UK  sama  macam  harga  kereta  MyVi  memang  mampu  sangat  kalau  nak  dibeli.

“ You  don’t  sound  excited  neither  happy  my  dear  sister… ” suara  sangsi  Hani  berbunyi  lagi. Bagaikan  dapat  menghidu  apa  yang  bermain  di  jiwa  aku. Pandai  pula  si  Hani  ni.

“ Well…. I  met  Haydar , he  sat  next  to  me  in  the  airplane. ”

Hani  ketawa  sakan, “ Ko  mimpi  kot  Hana. ”

Real  lah. ”

“ No  joke ? ”

“ 100%  serius. ” aku  masih  bersuara  malas. Tak  bermaya. Aku  tahu  kali  ini  pasti  Hani  dapat  mengagak  yang  aku  tidak  bergurau.

“ Then  why  you’re  not  excited ? ” ragu-ragu  Hani  bertanya. Bagaikan  takut  perkara  buruk  yang  berlaku.

“ Hmm… It’s  not  that  exciting. ” laju  aku  menipu. Menutup  malu  sendiri. Malu  yang  sebenarnya  aku  sahaja  yang  menaruh  harapan  pada  Haydar  tapi  Haydar  pula  masih setia  dengan  si  model  jelita. Aku ?

Kekasih  kayangan ? Atau  kekasih  yang  berangan ?

You  know, macam  masa  kita  jumpa  Jennifer   Lopez  dulu, she  was  not  that  pretty, and we goes blaahh…    suara  yang  sengaja  aku  jadikan  sedikit  annoying.

Hani  ketawa  sakan. Pasti  mengingati  waktu  kami  terserempak  dengan  JLo  di  Los  Angeles  sewaktu  percutian  keluarga  dulu.

 Tak  kenal  maka  tak  cinta, dah  kenal  hilang  selera ? tebak  Hani  dalam  tawa  yang  masih  tidak  surut.

Aku  tersenyum  tawar. Itu  peribahasa  yang  aku  reka  dulu.

Haydar  memang  kacak. Sangat  kacak. Sikapnya  juga  lain  daripada  yang  lain  dan  prinsip  hidupnya  tentang  wanita  juga  pelik. Haydar  yang  lain  bila  di  awangan  dan  Haydar  yang  lain  bila  di  bumi… Tak  kan  kami  hanya  mampu  menjalin  bahagia  di  awangan  sahaja ? Tapi  di  bumi  ia  bagaikan  realiti  yang  pahit ?

You  love  someone, let  them  free – kata-kata  Fido  tadi  menerjah  akal. Aku  tarik  nafas  panjang.

“ Bingo ! ” satu  perkataan  yang  sengaja  dibunyikan  agar  kedengaran  ceria  di  telinga  Hani. Tidak  mahu  Hani  tahu  apa  yang  berlaku. Meledak  tawa  plastik  dari  aku  sebelum  terhenti  dengan  sendirinya  bila  terasa  dipandang  oleh  mata-mata  yang  berada  di  sekeliling.

Union  House  tidaklah  sesak  hari  ini, tapi  terdapat  beberapa  orang  pelajar  di  situ. Sengaja  aku  ke  sana  mencari  program-program  yang  diaturkan  untuk  pelajar. Aku  memang  pelajar  yang  aktif  dan  sukakan  aktiviti-aktiviti  pelajar  yang  disediakan  oleh  pihak  university  sedari  dulu.

Events  Planner  aku  capai  sambil sebelah  tangan  lagi  memegang  telefon. Satu  persatu  aku  baca, melihat  kalender  dari  bulan  November  hingga  akhir  Disember.

“ So  end  of  your  fairy  tales  right ? ” suara  Hani  menerjah  lagi. Mata  aku  sudah  melekat  pada  Events  Planner.

“ Yeah, you’re  right  after  all….” Terpaksa  aku  mengiyakan  kata-kata  Hani.

“ Dari  dulu  lagi  aku  gitau  kau  Hana… Novel, kisah  dongeng, semua  tu  plastik. Face  your  reality  and  you  create  your  own  story. Novel  is  like  candu  you  know. Only  those  yang  nak  lari  dari  reality  yang  baca  kisah  cinta  awangan  camtu. Kisah  dongeng  kan  asalnya  kisah –kisah  ngeri  yang  dikumpulkan  oleh  Grim  Brothers  dari  Jerman. Apa  watak  yang  kau  suka  sangat  tu ? Snow  White? ”

“ Yeah… ” aku  menjawab  sambil  lewa. 

“ Snow  white, cerita  asalnya  bukan  pasal  mak  tiri  tau. Mak  dia  sendiri  yang  nak  bunuh  dia, bukan  mak  tiri  dia  sebab  dia  terlampau  cantik  hinggakan  ayah  dia  sendiri  yang   jatuh  hati  kat  dia. Mak  dia  yang  bawa  dia  ke  hutan.”

Cerita  sebenar  Snow  White  diulang  cerita  oleh  Hani  pada  aku  untuk  kali  ke  berapa  ratus. 
Repunzel  dalam  skrip  asal, mengandungkan  anak  luar  nikah  dengan  si  putera  hinggakan  si  ahli  sihir  yang  menjadikan  dia  sebagai  anak  angkat  menghalaunya  dari  situ. Si  putera  pula  menjadi  buta  kerana  terjatuh  di  atas  pokok  berduri  dari  menara  tempat  tinggal  Repunzel, dan  macam-macam  cerita  dongeng  yang  lain yang  telah  diubah  untuk  disesuaikan  dengan  kanak-kanak. Walhal  skrip  asalnya  sangatlah  ngeri  dan  tidak  bermoral.
Hani  memang  anti  dengan  cerita  dongeng. Berbeza  dengan  aku  yang  banyak  bermimpi. Suka  berangan, tapi  angan  aku  nak  buka  café, angan  aku  nak  sambung  PhD, nak  jumpa  Haydar,  menjadi  apa ?

“ Okay,  adikku  Hani  I  get  your  point. ” perkataan  adik  sengaja  aku  tekankan  supaya  Hani  sedar  yang  dia  tu  adik  dan  walaupun  tidak  dapat  melihat  wajah  Hani  aku  tahu  dia  sedang  mencebik  pada  aku.

“ So, my  dear  sister, selalu  bertapak  di  dunia  realiti  okay. Kalau  nak  cari  suami  eloklah  dibuat  sekarang. Lama-lama  nanti  dah  tak  laku. Women  are  not  wine, only  men  are  equivalent  to  the  wine. The  older  they  get, the  more  precious they  are, but  women, are  like  flowers, the  fresher, the  better.

“ Ya  lah  Hani… that  is  why  ko  kawin  awalkan ? Gedik  kan, umur  23  dah  merayu-rayu  kat  ayah, minta  nak  kawin. Tak  nak  sambung  Master, ko  habiskan  Bachelor  je… Fresh  la  sangat, freshly  graduated. Nasib  si  Ijoe  tu  lagi  tua, dah  ada  syarikat  sendiri. ” kali  ni  giliran  aku  pula  yang  membebel. Kepala  melayangkan  memori  lama. Memori  si  Hani  yang  merayu-rayu  minta  nak  kawin  sewaktu  di  tahun  terakhir  di  universiti, tapi  ayah  tak  benarkan. Jadinya  si  Hani  habiskan  Bachelor  dan  putuskan  untuk  tidak  menyambung  Master. Kecewa  ayah, habisnya  aku  jugalah  yang  sambung  kemahuan  ayah  yang  satu  ni. Nak  anak  dia  dapat  gelaran  Dr. Dr  yang  diperolehi  dari  PhD  bukan  Dr  perubatan  atau  vetenary  atau  doctor gigi.

 “ I  don’t  regret  it  Hana. Come  on, before  you’re  getting  older  Hana. Find  someone.” telus  suara  Hani. Aku  diam  sebentar. Kertas  Events  Planner  yang  sedari  tadi  aku  pegang  aku  baca  satu  persatu. Bibir  mengukir  senyuman  lebar.

“ Ha, betul  tu  Hani ! ” suara  aku  sengaja  naikkan  supaya  kedengaran  teruja. “ Ko  tahu, Isnin  minggu  depan  ada  RAG  Safer  Sex  Ball. Cool  tak ? Kalau  aku  join  boleh  dapat  suami  segera  ya  tak ? ”

Hani  mendengus  kuat.

“ Tu  sengal  orang  panggil. ”

Aku  ketawa  mengekek. Tak  ada  nama  lain  ke  nak  bagi untuk  event  ni ?

“ Tak  adalah, ni  event  untuk  healthy  sexual  awareness  la… Bunyi  je  macam  pelik. ” aku  terangkan  pada  Hani.

“ Kau  tu  bukan  boleh  pakai  Hana. Dulu  pun  kau  masuk  persatuan  pelik-pelik  semata-mata  sebab  nak  tahu. Sometimes  curiousity  could  kill  you, you  know. Not  just  cat.

Meledak  lagi  aku  ketawa  bila  Hani  mula  membebel. Hani  jenis  reserve, aku  pula  jenis  yang  daring  bila  aku  mahu  tahu  sesuatu.

“ Kat  sini  ada  Persatuan  LGBT ” aku  ketawa  lagi. Hani  pula  mencemuh.

“ Kau  tak  payah  nak  join  LGBT  Hana, mengarut. Kau  tahu  apa Hitler  buat  dekat  LGBT  dulu ? Dibunuh !  Corrupted  genes. Genetik  cacat. ”

Aku  ketawa  lagi. Bukan  aku  nak  masuk  pun, saja  mengusik  Hani. Bagi  Hitler  hanya  Germany  yang  patut  dikekalkan  di  German. Mana-mana  individu  yang  tidak  normal  kelakuannya  samada  cacat  atau  tidak  mengikut  fitrah, contohnya  homosexual  akan  dibunuh, di  samping  kaum  Yahudi  yang  dikira  sebagai  kaum  yang  menindas  oleh  Hilter. Kaum  yang  suka  mengamalkan  Capitalism.

“ Masuklah  Malaysian  Society  Hana. Islamic  Society  ke… ” kendur  suara  Hani. Faham benar  dia  dengan  sikap  aku  yang  suka  melarikan  diri  dari  komuniti  Melayu. Sekarang, awal-awal  lagi  dah  jumpa  orang  yang  Melayu.

 Nah, serve  you  right  Hana!

“ Hmm  tahulah  aku  Hani… Ayah  ngan  umi  sihat ? ”

“ Alhamdulillah… sihat. Semua  sihat . Kakak  balik  dari  Hong  Kong  haritu. Sayang  pula, kau  pergi  UK, kakak  kena  tukar  ke  Hong  Kong… ”

“ Tu  la…tapi  tak  apa… ”

Kakak  sulung  aku  ditukarkan  ke  Hong  Kong  dengan  suaminya. Kalau  tak,  tak  perlu  aku  ke  rumah  Fawwaz  dan  Fido, pasti  kakak  yang  datang  jemput. Tapi  nanti  aku  takkan  kenal  Emmel, Fido, nenek  dan  Fawwaz. Kalau  kakak  ada  di  London  lagi  sah  aku  kena  marah  kalau  dia  tahu  aku  sekarang  adalah  mommy  palsu  pada  Emmel. Sebolehnya  aku  perlu  sorokkan  hakikat  yang  satu  itu  dari  ahli  keluarga  sendiri.

“ Hana, aku  nak  ke  dapur. My  sayang  dah  panggil.” Hani  ketawa  gedik. Aku  julingkan  mata. Tak  habis-habis  romantiknya  dia  dengan  Ijoe, tapi  eloklah  tu  kalau  dah  nama  suami  isteri.

“ All right ! Kirim  salam  kat  semuaaa. Muahs ! Byee. ”

“ Bye…! ”

Talian  aku  matikan. Kaki   masih  lagi  tercacak  di  kawasan  notice  board. Satu  persatu  aku  baca.

Campus  Nursery

Perkhidmatan  Campus  Nursery  menarik  perhatian  aku. Terletak  di  Manor  Park, dekat  sahaja  dengan  kampus  dan  khas  untuk  anak-anak  pelajar  dan  kakitangan  universiti. Aku  senyum  lebar.

It’s  perfect  for  Emmel ! ” ujar  ku  riang. Balik  nanti  aku  bincangkan  dengan  Fawwaz. Harap  dia  setuju  nanti.

Dari  Student  Union, aku  stesen  bas. Mahu  ke  Guildford  City. Bandar  paling  hampir  dengan  Surrey  University. Niatnya  mahu  bersiar-siar  di  bandar  tersebut, mahu  membeli  winter  coat  dan  beberapa  pakaian  lain, termasuklah  mendapatkan  SIM  kad  talian  tempatan.
Perjalanan  dari  university  ke  Guildford  Town  tidak  mengambil  masa  yang  lama. Dalam  masa  15  minit  aku  sudah  sampai  di  Pekan  Guildford. Melilau  tanpa  arah  tujuan  yang  pasti  sementelah  itu  pertama  kali  aku  ke  sini. Pekan  Guildford  tidaklah  besar  segah  Manchester  atau  London. Suasananya  juga  tenang  sahaja. Walaupun  tanpa  arah  tujuan, aku  tetap  berasa  bahagia  dapat  menghayati  tempat  orang  begini. Melihat  manusia  yang  pelbagai.

Usai  membeli  belah  di  The  Friary  Shopping  Centre  dan  mendapatkan  SIM  kad  yang  diperlukan, aku  duduk  melepak  melayan  jiwa  yang  agak  lara  di  Costa. Ingat  senang  nak  lupakan  orang  yang  bertahun  kita  suka ?

 Kalau  sekalipun  tidak  pernah  berjumpa  itu  okay, tapi  kalau  bertahun  jatuh  suka, jatuh  cinta, dan  tiba-tiba  bila  berjumpa, mencipta  memori  indah  bersama…and  it’s  all  ruined  within  a  day !

What  will  you  feel ?

Aku  ambil  tempat  paling  belakang. Paling  hujung. Paling  dekat  dengan  cermin  kaca. Melihat  suasana  di  luar. Twitter  sendiri  dah  di  deactivatekan, sudah  tidak  dapat  mengintai  Haydar. Lagu  Sweet  Nothing  nyanyian  Calvin  Harris  diputar-putar  sedari  tadi.

You took my heart and you held it in your mouth
And, with a word all my love came rushing out
And, every whisper, it's the worst, emptied out by a single word
There is a hollow in me now

So I put my faith in something unknown
I'm living on such sweet nothing
But I'm trying to hope with nothing to hold
I'm living on such sweet nothing
And it's hard to learn
And it's hard to love
When you're giving me such sweet nothing
Sweet nothing, sweet nothing
You're giving me such sweet nothing
 
It isn't easy for me to let it go
Cause
I've swallow every single word
And
Every whisper, every sigh
Eats away at this heart of mine
And there is a hollow in me now

So I put my faith in something unknown
I'm living on such sweet nothing
But I'm trying to hope with nothing to hold
I'm living on such sweet nothing
And it's hard to learn
And it's hard to love
When you're giving me such sweet nothing
Sweet nothing, sweet nothing
You're giving me such sweet nothing

And it's not enough
To tell me that you care
When, we both know the words are empty air
You give me nothing

Uoooh, Uoooh, Uoooh
Nothing



Agaknya  sudah  berjam  aku  di  sini. Sudah  tiga  gelas  kopi  aku  minum. Mujurlah  ubat  penenang  aku  adalah  kopi, bukan wine  atau  beer.



It's  fun  to  be  around  you  Hana. Cant  wait  to  go  down ”   

“ You’re  like  drug  for  me  Hana…. ” 


“ Awak  buat  saya  lupa  my  reality…You  create  another  comfort  world  in  my  time  zone…and  I  don’t  know  if  this  good  or  not  for  long  term


“ Awak  dan  saya, are  just  like  that  coke  being  mixed  with  milk, bubbly. Heavenly  beautiful  taste.”


Suara  Haydar  menderu  di  telinga  walaupun  dia  tiada. Aku  ketawa  perlahan. Pathetic  laugh. Pathetic  Hana…

Kata  Haydar  juga, “ I  can’t  have  cocaine  all  the  time…

Kalau  lagu  hati  aku  kini  ialah  Sweet  Nothing, pasti  lagu  hati  dia  adalah  We  Found  Love, nyanyian  Rihanna  dan  Calvin  Harris.

Shine a light through an open door
Love and life I will divide
Turn away cause I need you more
Feel the heartbeat in my mind

It's the way I'm feeling I just can't deny
But I’ve gotta let it go

We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place
We found love in a hopeless place

Sebak  di  dada  aku  tahan. Rasa  sober  semacam. Tiga  gelas  kopi  bersusun  di  depan, di  tambah  dengan  segelas  coke  dan  susu  yang  aku  bawa  dari  luar. Sengaja  mendera  lagi  perasaan  sendiri. Hari  ni, tekad  aku. Hari  ni  je  aku  akan  ingat  Haydar. 


What  do  you  expect  from  me  Hana ? ” 




A  happy  you  Haydar. A  happy  you  is  more  than  enough  for  me. Whichever  way  you  choose  to  be  happy…
 

Mata  aku  pejam  rapat. Cuba  memadamkan  momen-momen  bersama  Haydar  yang  terlayang  di  ruang  mata. Tapi  samada  ditutup  atau  dibuka, ia  tetap  ada. Suara  Haydar  bagaikan  wujud  di  sisi  aku... 

" A  happy  you  Haydar....A  happy  you... "  perlahan  aku  menuturkannya. Biarlah  dikatakan  gila, biarlah... Mereka  tidak  tahu  apa  yang  ada  dalam  hati  kecil  ini. Mereka  tak  nampak  luka  di  jiwa. Luka  yang  aku  sendiri  tempah.

 
“ Hye, sorry  we’re  closing  in  few  minutes… ” suara  seorang  pelayan  lelaki  mengejutkan  aku. Masih  muda  gayanya. Kertas  kosong  yang  diconteng-conteng  dengan  perkataan  sama  oleh  aku  mendapat  perhatian  dia. Dia  senyum. Aku  senyum  sama.

Every whisper, every sigh
Eats away at this heart of mine
And there is a hollow in me now

“ Love  hurts ” dia  mengenyitkan  mata. Aku  tertawa. Orang  di  sini  memang  begini  caranya.  

 
“ Wana  get  some  drink   later ? There  is  a  nice  pub  around  here. Get  some  drink  and  you’re  back  to  a  beautiful  world ! ” katanya  lagi  dalam  senyuman  nakal.  Pasti  pelajar  universiti  yang  bekerja  separuh  masa, telah  aku.

“ Maybe  next  time… and  thanks ! ” aku  tolak  baik  ajakannya. Mula  bangun  dan  menepuknya  di  bahu. “ I'd  been  drugged  by  too  much  caffeine, even  a  big  mug  of  beer  won’t  be  able  to   knock  me  off  now. ”

Dia  ketawa. Aku  senyum  mesra  sebelum  berlalu  pergi. Secawan  kopi  panas  dalam  gelas  kertas  aku  capai  bersama.

“ Take  care  love ” ucapnya  lagi. Aku  senyum  dan  tunduk  hormat. Ucapan  ‘love’ agak  biasa  di  sini. Love, sweetheart, beautiful, semua  tu  panggilan  mesra  yang  biasa  didengar  walaupun  untuk  orang  awam.

Dengan  secawan  kopi  panas  di  tangan, dan  beg  plastik  yang  penuh  sukar  untuk  aku  melihat  peta. Terkial-kial  gayanya  tapi   kaki  masih  melangkah  ke  depan. Berjalan  ke  luar  shopping  centre  dan  melalui  laluan  pejalan  kaki.

“ Oppsss !!! ” nyaring  aku  terjerit. Kopi  di  tangan  sudah  terlucut. Membuntang  mata  aku  memerhatikan  empunya  badan  yang  sudah  disimbah  kopi  panas.

“ Sorry ! ” itu  perkataan  kedua  yang  keluar  dari  mulut  sendiri. Si  gadis  yang  telah  dilanggar  hanya  tersenyum  tenang. Tidak  sekalut  aku  kini. 



Laju  sahaja  tangan  ini  mencapai  tisu  dari  dalam  tote  beg. Mengeluarkannya  dan  mengelap  bubble  jaket  yang  sudah  basah. Mulut  terkumat  kamit  memarahi  diri  sendiri  dalam  bahasa  melayu.

“ Tak  apa… okay  je. ” gadis  tadi  menghentikan  aku. 

Kejap, dia  cakap  Bahasa  Melayu ?

Aku  perhatikan  gadis  ini  sekali  lagi. Bertudung  dan  berjubah  dengan  jaket  paras  pinggul. Kulit   cerah. Bila  diamati  betul-betul  memang  berwajah  melayu.

“ Malaysian ? ” tebak  aku  laju. Bibir  sudah  menguntum  senyuman  lebar.

Dia  angguk. Tangannya  dihulurkan.

“ Saya  Linda ”

“ Saya  Hana ”

Kami  sama-sama  tersenyum. Gembira  dengan  persahabatan  baru.

“ Saya  minta  maaf  Linda. Kalut  sikit  tadi, nak  kejar  bas  balik  Oxshott.”

“ Jauhnya  awak  duduk ” wajahnya  nampak  terkejut. Memang  agak  jauh  dari  university  sementelah  kebanyakan  pelajar  tinggal  di  kampus.

“ Ha, ah  kawan  tumpangkan  kat  rumah  dia

Dia  mengangguk  lagi. Memahami  atau  sedang  berfikir, aku  tidak  pasti. Aku  sendiri  pun  baru  tahu  yang  kawasan  Oxshott  adalah  kawasan  rumah  mewah  di  sini. Cheryl  Cole  pun  tinggal  di  kawasan  perumahan  yang  sama  dengan  rumah  Fawwaz. Kebanyakan  yang  tinggal  di  situ  adalah  jutawan  Arab, public  figures  dan  mereka  yang  berduit  dari  serata  dunia. 

“ Kalau  nak  ke  Oxshott, lagi  senang  kalau  awak  naik  train  instead  of  bus… ” beritahu  Linda  ramah. Tak  henti  dari  melayangkan  senyuman  manis.

Aku  terdiam  sejenak. Berfikir. Dari  train  station  nanti  aku  ambil  teksi ? Tapi  apa  alamat  rumah  Fawwaz.

Aduh !

Nampak  gayanya  terpaksalah  aku  menelefon  Fawwaz  minta  Tommy  ambilkan. Telefon  di  dalam  bag  aku  capai  dan  tekan.

Kosong.

Gelap.

Ya  Allah ! Telefon  pula  dah  kehabisan  bateri ! Bibir  aku  ketap, memarahi  diri  sendiri. Terasa  seperti  mahu  menangis  saat  ini. Macam  mana  nak  hubungi  Fawwaz  atau  Fido ? Nombor  mereka  bukan  aku  ingat. Dah  elok  di  simpan  dalam  telefon, bukan  dalam  SIM.



 ~~> bersambung. 

p/s : Owh Hana what gona happen to you ? 

p/s : Owh Haydar, have you forgotten Hana ? Or u r waiting for Him to bring her to you ?

p/s : The intense Fawwaz , The Lovable Emmel , The Cool and Calming Fido...and now its Linda?



Life is a puzzle. 
Nobody knows whats coming later. 
But no mater what it is, Only God Knows Better, 
Just lay in mind only the BEST been arranged for us by Him, The Creator....



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

110 comments:

  1. haha. bru nak tanya "Owh Haydar, have you forgotten Hana?" hihi, finally its here~ thanks so much kak Eve....continue please~~ :)

    ReplyDelete
  2. Yyahoo... Ade character baru..nice...hik3..nie buat lg tertungu2 ...jeng3! Siapakah Linda?? Terbaekk la dik.....muah3...♡♥♡♥♡♡♥ Tpi short sgt nti pnjg skit yer...hihihi... muchos gracias laling

    ReplyDelete
    Replies
    1. hyee kak yuhaniza ;) ! haha ni dah dekat 3000 patah kata dh ni.haha
      tQ kak! <3

      Delete
    2. I wonder if this is the same Linda from TWB? :))

      Delete
  3. nasib baek hana minum 3 cawan coffee jer...kalu cam Bella (twilight)dok tepi tingkap sampai tukar musim bagai coz frust cinta..kiranya Hana lg kuat dr Bella ler..heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ayoo bella dalam eclipse tu ye ? baca sparuh je sbb annoyed dgn bella.haha

      Delete
  4. idk why , but i love to see hana and haydar together . crazy isn't it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak salah apa, bleh je nak mcm tu tasya ;p

      Delete
    2. i'm with you miss natasya...gimme me 5

      >>k<<

      Delete
  5. selalu tertunggu citer hana dgn fawwaz.. thanks love...

    ReplyDelete
  6. Hmmmmm kesian Hana..... Kak eve nk part haydar plak...Adakah dia ingt Hana lagi or dia dh lupa kan Hana.gosh!!! It's kinda sad if haydar ignore her

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ho fika, i know u miss haydar. as much as hana miss him, but then cite ni POV1 nti akak explain pasni what the approach is and why haydar cudnt be here yet

      Delete
  7. Alahaii..sian Hana, tak dpt hubungi sapa2,agak2 Fawwaz teringat tak nk carik Hana coz tak balik2,hehehe...( takde nama lain dh..nama Fawwaz je..)

    K Eve, jaga diri selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eve,...Linda ni yg AR tlg dulu ke?...

      Delete
    2. Ouch! Pandaaaai :D waiting for some1 to make a right guess n yeah she is ;)

      Thanks kak tc jg, kt library skrg lol

      Eve - x sign in hehe

      Delete
    3. who ..AR ..hahahahhahahha

      Delete
    4. Hehehe..betul ya Eve!!
      Anon, AR = Ariana Rose

      Delete
    5. yeah AR is ariana rose ;) and ye linda tu laa kak ;) spotted on! lol

      Delete
  8. Love full of surprises, suspense, memories...it brings all full of calms & hurts too...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh i so love your words dear. sangat betul ;)
      dont get near love if u cant tolerate hurts.haha

      Delete
  9. Hana .... gi ikut Linda balik charge hp n call Fawwaz, tak pe susahkan orang sikit pun daripada awak yg dapat susah, lagi pun Linda org Malaysia n baik hati hmmmm. . .

    Udah le tak tahu alamat, no hp pun tak ingat hadoooiiiii hana hana hana awak bukan kat Malaysia ok. . .

    cheh cheh cheh saya pulah terover marahkan Hana hehehehe . . . itu belum jumpa Fawwaz lagi tu, mesti dah hijau, biru, kuning wajah dia...apa laaa mak angkat pada anak angkat dia niii, cuai n ikut perasaan huwaaaa hahaha

    Fido, mana kau!!! selalu jadi Hero hari ni tak ada pulak, miss your word dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha waah hamek kau hana kan kak ? hehe.skali siapa la yg muncul kan...skali hana p cari rumah cgitu je.haha

      Delete
    2. Boleh jadi jugak dia kan jenis yg berdikari (berdiri di atas kaki sendiri) tapi kena ingat awak tu pompuan tetap ada kelemahan walau macam mana keras hati pun . . .

      Macam tu jugak dgn Eve, duduk negara orang jaga diri baik baik dek, awak tu jauh dari keluarga.... jatuh bangun sendiri tau hahaha, kalau tak nak sakit jangan jatuh tapi kalau tak jatuh tak tahu pulak nikmat sakit .... hai laaa faham ke idak Eve hahaha sayang dia

      Delete
  10. Fido like a chipmore..sekejap ada sekejap tak ada..tapi watak fido pling bez..memahami! Hehe, apapun nak tahu jugak keadaan Haydar..huhu...eve, camne ngan haydar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah, hana tak tahu apa jadi dengan haydar (ayat mcm eve ni hana) hehehe ;p

      Delete
  11. oh my!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  12. Don't worry hana..insyaallah ada jalannya..linda nmpk mcm good girl...mst jd bespren hana nnt

    ReplyDelete
  13. cn i hve yr email address . something to ask:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pm je tasya, but akak dah jawab dah tadi ;)

      Delete
  14. nak haydar.
    want haydar more.
    hahaha
    :D
    thnx kak

    #diyana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr u

      Delete
    2. hahahhaa hayyooo hah geng haydar ngn geng fawwaz dah clash dah.lol

      Delete
    3. hahahaha

      agak over la juga..
      tp suka haydar..
      smtg yg org len xnmpk dri dia sbnr... hehehe...

      team haydar dn team fawwaz dh clash laaa kak... hahaha

      Delete
  15. even fawwaz was sweet but haydar more interesting cz have sumting that inside haydar makes me want to read more.hee.tmbah heroin la cmtuh.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. EuuWWWWWWW ..HAYDARRRRRR..............:p

      Delete
    2. haha gelak je ngan korang ni. tape suka lah sape2 pun, amek je mana nak. haydar bleh.fawwaz pn bleh ;p

      Delete
  16. Love it Eve .... but where Fawwaz... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berehat sekejap aida ;) nak berkepit je dgn hana kang tak elokkk.hahaha! ;)

      Delete
  17. I luv fawwaz..tp kadang2 rind gak kt haydar..eve..nnt sambung le cite haydar gak..Tq eve ...from Hazalina Burahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai rindu haydar ;)
      TQ jg babe ;)

      Delete
  18. k.eve, is that u in the picture ? show u'r full face lahh . teringin nak tgk =D . thanks for this new entry . suke ! sweetheart mcm kureng sikit lahh . =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol i know ramai minta nak tgok rupa akak ni...walahaiii dah mcm produk plak, org main aci nak tgok2.haha ;p

      sweetheart tu tak ganggu A380 pun, so dont worry :)

      Delete
  19. Izzati:

    akhirnya A380 PART 18 terupdate jugakk!..thank u so much kak eve..:)

    apa yang saya dapat belajar dpat bab nie?

    1.saya dapat tahu mcm mana pelajar phD belajar camne..saya ingat mcm study biasa2 jer..padahal mcm kerja jugak..harus buat projek yang tak boleh sama dgn org lain...hanya satu dalam seribu..kalau sama,mesti GAGAL..owh,rasa takut lak nak smbung belajar hingga ke peringkat tinggi...hihihi..salute to sis Eve

    2.bru saya tahu kisah dongeng snow white dgn Rapunzel..x pernah terbayang pun cerita itu diubah...klau yg asal."jauh panggang dari api"..hehehe

    3.ingat ke Hani nie kawan kepada Hana..rupanya adik(dlam bab 1 ade kak eve cerita pasal diorang adik beradik kan?)..dah kahwin pun..awal betul..takpe,in shaa Allah..nnti jodoh Hana akan smpai jugak..harap2 dgn Fawwaz..Amen..(asyik2 Fawwaz je,dah minatlah katakan)..:)

    dear Hana,lupakan Haydar sekiranya kenangan bersama dia sngat memeritkan...hidup perlu diteruskan..banyak lagi cabaran yg bakal mendatang..jdikan setiap perkara yg berlaku dlam kehidupan sebagai satu titik permulaan untuk terus bangkit menemui kejayaan...tak semua yg kita suka akan jdi milik kita..mungkin Allah bakal titipkan insan yg lebih baik untuk kita..masih ada yg sudi menyayangimu seperti Fawwaz,Emmel and Fido..

    apa kan terjadi dgn Hana nnti?adakah Fawwaz tahu Hana dlam kesusahan sekarang?owh,rasa tak sabar nak tunggu part 19 plak..teruskan menulis kak eve..goodluck for ur study..take care...love u..:)

    4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang ohhh

      Delete
    2. waahh soo good izati ni! I LIKE ;) ada je yg awak dapat, alhamdulillah :D

      but janganlah takut plak nak bljr tetinggi. once u cross d path u need to finish it. by hook or by crook, just have faith in Him ;)

      gluck u too dik ! tc

      Delete
  20. hmmm...I think better fawwaz with hana ...
    tp penulis mesti letak HAYDAR sbg HERO right .....macam 1st novel....a playboy,heartless as hero........

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha speku anon ;) i tahu mmg ramai org speku utk A380, mmg ditulis utk begitu.hehe

      Delete
  21. kalau watak linda from TWB is here is there any chance to see samuel too? waiting for next chap ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye laaaa Linda dari TWB, awat tak perasan ekk hehehe suke suke suke...hmmm the Samuel ala haii kawan baik Tg Adam, mesti kawan baik dengan Fawwaz or Fido jugak kan . . .pi mai pi mai tang tu jugak n tak mustahil Fawwaz pun kenal dgn Haydar hahaha. . .

      Delete
    2. aina : yezza :p lets see ;)

      Delete
    3. yess Linda dari TWB..she went to Surrey u u remember ;)

      Delete
  22. nak haydar.. :(

    ReplyDelete
  23. nak semua 1 hahaa ! will be waiting for more ! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah tamak semua awak nak ya? lol tape amek je mana2 nak.semua pn bleh :p

      Delete
  24. hi eve..

    y not tukar ckit cite ne..x semestinya hero will always be a hero kn & xsmua hero will be change to better person sometimes human feel that their good enough & not realize hw their look...maybe fawwaz or fido will be the hero who's know.. :) sometimes we hv to face the reality wlpn tersgt pahit...berpijaklah di bumi yg nyata..

    just give the suggestion hope u will not angry or any feelings towards me..hehehehehe peace :)

    i do like your story byk yg sy sy belajar frm u thanks a lot for share your knowledge and wonderful story... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon ;) have we figure out sape hero ? but in my opinion, what does a hero means ? pada eve kalau dat person dont get the lead character in certain novel, doesnt mean he is less better. and mcm hana, doesnt mean she is better than linda (cth je) . i mean, kalau lepas ni eve buat cerita pasal Thoriq and Najjah, and Ariana jadi side character, adakah it means, Ariana is less better than Najjah? and Adam is less better than Adam ? haha now i make it sounds like a deep thought.lol. but to be honest eve tak setuju dgn konsep hero heroine ni.hehe. my one cent ;)

      in my opinion, semua org have their own story and semua org is a hero, for their soul mate. if they dont hv one, they are a hero for themselves ;)

      Delete
    2. Eve... Bnyk english novels yg berkait... Judith Deveraux for example.. Hero & heroin one novel ada watak dlm next novel dia, as good frens.. And some of novel melayu dah buat camtu.. And I'm fine with it...be it Haydar, Fawwaz or Fido... Hana, linda etc... Yg penting ada message disebalik cerita...

      Delete
  25. setuju ngn u TT,hanya ALLAH sj tau apa yg tebaek untk kita,sk sngt ngn g bhs u dlm pnceritaan,pnh imformasi,sweet,sdh n so onnnnn,pepun nk fawwaz ngn hana,nxt n3 plsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah if gaya bahasa eve guna ni suits u, thanks mona ;) insyaa Allah its coming soon :)

      Delete
  26. Haydar haydar haydar...plezzzz come back. Hana n me really miss u lot kih kih kih.
    Harus linda n hana bkawan baik pasni kan. Apa kt bg linda kat fawwaz hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha linda kan dengan samuel ;)

      Delete
    2. Aduyaiiiiii...haydar peluang makin tipis klu gitu. Isk isk btabahlah haydar. Hero harus kalah dulu ekeke...

      Delete
  27. nak haydar!!! 2 la blh bgi linda kat fawwaz or fido je lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. X nk hydar....nk fawwaz....fwaz mre intrsting dr hydar yg pntgkan diri....hana wkup grl....hydar dah ada org lain.....x ptt kcau hak org hana....

      Delete
    2. haaa i know geng fawwaz vs geng haydar pasti akan muncul.hehehhe. tape teruskan menyokong mana2 yg u all suka.keh3

      Delete
    3. Mmm saya geng....... Geng bas sekolah bleh? Wah Eve... Tak sabar nak tunggu novel nie... & yr writing abt student union, university buat i dejavu zaman studybdi UK bebelasvthn dulu...

      Delete
  28. Alahai..kesian Hana...
    Siapa yang akan cari dia ye..
    Fido ke fawwaz?
    x sabar nak tunggu citer haydar plak...
    -Shalinda-

    ReplyDelete
  29. bru bukak blog pinky nie tgok2 da smpai 18 hhehehhe hari tu stop til 13 je... ap lagi marathon la.... hahahahh bce punya bce... da smpai 18 alamak da abes x sdar pon da smpai 18 hehhehe...... klau ad buku confirm beli hahhaha..... kak eve... i love u so much bcause of ur story full of info, N SBB ADA ABANG FAWWAZ HAHHAHA :D x sdar da marathon smpai 18 rse mcm nk lgi.... hehehhe... apa2 pon thanks kak eve for this lovely entry.... :D
    as usual sweet kiss from ur reader ^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol akak pn suka baca marathon dr sket2.hek3.thanks babe ;) <3

      Delete
  30. You have a distinctive style of writing and I enjoy it.. Perhaps, you could write an English novel next time :)
    ~Abigail

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch english novel....maybe but need to be extremely cautious with d grammar.haha. and maybe after years later, am not that good in english taf... ;) thanks babe!

      Delete
  31. can't wait for the next part......

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks babe ! :) insyaa Allah coming soon

      Delete
  32. I frequently check your entry. English novel please Kak Eve. I would love to have one!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena polish english la nampak gaya. nanti siap buku thesis akak dlu baru konfiden nak tulis english. tapi sometimes english ok juga simple tapi dalam... ;) thanks dik :)

      Delete
    2. Haha. Good luck kakak. NI first time baca novel melayu banyak-banyak kali. Good job indeed.

      Delete
  33. Eve.... Tak sabo nak tunggu A380 nie.... I go for Fawwaz tapi ada my geng go for Haydar... So cik adik Eve... Balancekan ek keinginan2 fans awak nie.... Wah nak p visit Eve kt Surreylaaa

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Evelyn Rose...

    Really admire with ur nick name...and its sound really commercial like Arianna Rose hahaha...emm...perhaps u like roses.

    Congrats on ur TWB ( 4x read)....am thinking that u r my fav novelist after Melur Jelita....I love her Novel I love u stupid....santai and penuh kemanusiaan...oh my Firman...

    But 13 jam - A380 is really something that which i cannot wait...i want more n more....it's sound like cocaine....can't wait what

    Notice that ur main cast is handsome , rich n famous guys (hot stuff indeed, oh my).......with a beautiful girl with a brain... cliche huh like other novel..

    do me a favour dear sis....I would like to have ur 13 jam - A380 by quarter of this year...am very eager to read ur novel. Can't wait ur new posting....

    Adios - sis mb

    ReplyDelete
  35. yup..stuju ngan sis mb.. A380 mmg adictive sgt.. hukhukhuk.. ble nk kuar entri baru... ai tak sabar ... wase geram sgt ngan EVE nih.. kihkihkih...=P

    ReplyDelete
  36. Awesome sgt2... Hopefully novel ni jd buku cpt2 ,, seriously awesome

    ReplyDelete
  37. Halo sweetie >.<)/

    Kak Eve , hmm sebenarnya kan .. e-err macam mana nak cakap , eh .. ~
    Okay , to be honest .. saya tak mahu watak Haydar ending bersama Hana ,
    saya lebih suka kalau Hana ending dengan Fido atau Fawwaz ...
    Emm , itu kalau ikutkan hati kecil saya nih .. hihihi ~ Tapi akak je yang tahu
    mana yang sesuai untuk Hana >3<

    sorrie yaa , kalau saya menyibuk disini ^..^v

    ReplyDelete
  38. i like it....please update moooorrreee:):)

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Dear Eve.. i like your writing :)
    cant wait for the next part..
    miss n what happen to Hydar???

    Eve take good care n good luck dear :)

    ReplyDelete
  41. love it so much... hope haydar yg akan endup dgn Hana, the rest are cool but i still think haydar need her more, to be a happy him. :-) lol can't wait to see him next, give him a chance eve, b fair okay, :-) i think there more in him yg u tak reveal lg kn (cm real je hehehe ..)

    selalu pas baca tgk je org komen tp nk gk kali ni nyebuk, in love with all the heros but im in team haydar okay..:-)

    good job sis, bought twb .. cant wait to hv the next one

    ReplyDelete
  42. Dear Eve.. love your writings.. lovely, make my heart melts.. feel like i'm in the picture.. dan sangat best bila di link kan dengan lagu2 yang best.. terutama lagu dari caro emerald dan situasinya.. sangat mengujakan.. hahahaha terlebih excited plak.. tapi karya awak mmg best pon.. baca cerita ni buat saye turet mengembara sama sambil menikmati keindahan dan pelajari setiap kata hikmah yang ada.. kata lainnye.. travelling yang hanya dengan membaca tanpa perlu berbelanja lebih.. pape pon keep on writing sampai terhasilnya novel ni versi cetak.. tak sabar nak beli.. hehehe

    p/S1: love the information given.. will treasure each word of it.. TQ 4 that.. ;)
    p/S2: nak sambungannya...

    ReplyDelete
  43. salam kak eve.. saya peminat baru 13 jam A380.. masa first2 baca n3 nie tadi petang dah cair dengan haydar.. sampaikan tak keluar makan untuk hbiskan cerita nie.. sadis betul.. hahaa.. walaupun di atas nie banyak fans haydar, fawwaz and fido, tapi saya tetap pilih haydar.. hope hana and haydar akan bersama akhir nanti.. amin. =)

    ReplyDelete
  44. bace n3 yg nie...prasan mcm da smpai kt L0nd0n...eve ur the best..blh mnghidupkn cite mnjd plot2 yg btl real..seakan akan ur reader berada d kota london...(serasa mcm nk trbang)

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  46. ala... bila nak sambung lagi ni.. huuhuhu...

    ReplyDelete
  47. salam kak eve...citer ni best sngattt!! bla nk smbng??btw i think i like fidoooo.hahaha
    hana + fido..he3

    ReplyDelete
  48. I just cant wait...plz b patience heart...:(:(:(:(

    ReplyDelete
  49. Salam, Kak Eve. Dari mana akak tau psl cerita asal kisah dongeng tu? Saya nak tau psl kisah dongeng yg lain jugak, apa sbenrnya yg jd, mcm cinderella ke, beauty and the beast and semualah!

    ReplyDelete
  50. haydar :) :)

    ReplyDelete
  51. Best gila cerita ni ! I love it ! :)

    ReplyDelete
  52. Salam, Kak Eve! I don't know if you can read this. But anyways, if you can, and if ada kesempatan teringin nak novel baru, 13 Jam A380, tapi from point of view Fawwaz. Meaning, jadikan Fawwaz sebagai aku. Please please! It's kinda hard, tapi macam rewrite the novel but in Fawwaz's point of view. Can you, can you? I'll wait for it. Much love xx

    ReplyDelete
  53. Kak,kenapa dlm novel ni Linda and Samuel baru nk khawin? but dlm TWB dorg dh kahwin.. kan?

    ReplyDelete
  54. Jln cite best... cuma part akhir je jln cite mcm nk cepat² finish je... mcm xpuas lak akhir cite nya....huhuhu... but i give 10 thumbs up.... ;)

    ReplyDelete