Join This Site

Wednesday, 2 January 2013

Sweetheart Bab 2

Peace be upon all of you guys !

Terasa mcm kerap pula Eve update blog...Hmm... but update je la kan? hehe. Okay allow me to membebel sebelum giving u guys update utk Sweetheart ohehe. A380 ? A380 tu masih dalam pembinaan, org kata kalau asas tak kukuh, jangan bagi org masuk lagi kan? haa..A380 tu mcm tu la skrg ni. Tak pepasal kapal terbang terhempas.hehe

Hmm... Eve perasan kebanyakan readers akan cakap macam ni :

I wish Tg Adam does exist 
I wish I'm Ariana, so that I will get someone like Adam 
I wonder does a guy like Adam Kamil exist in the universe ? 

Well, I know such question might linger as me too questioned Kak Melur Jelita dulu : Hilman Yong ada ke kak atas dunia ni ?

And now when I see it closely, I started to understand one thing.

Soalnya bukan lelaki seperti Adam yg akan buatkan kita bahagia. It is rather an INTERACTION between two people. Bukan an act of solely ONE person.It is an interaction between Adam dan Ariana which make it looks sweet in everyone eyes.

Adakah Tg Adam sweet dgn semua org ? The answer is no.

Penyatuan Adam dan Ariana yang buatkan mereka bahagia dan berubah. mat saleh kata CHEMISTRY, we call it JODOH dari Allah.

It is Ariana's reaction towards her fate make Adam feel different towards her.
It is Ariana's redha towards Allah's choice on her jodoh, make the marriage smooth.

So again, SWEETness between two people is a product of an INTERACTION between both parties. How you're willing to give and take. Bukan mengharapkan kesempurnaan dari pasangan tapi cuba untuk sama-sama mencapai kesempurnaan. Dalam TWB sendiri pun there is an event where Ariana treat Adam poorly, so what is the result of this ? Adam pun react poorly juga. 

If you want someone to be nice to you, treat them nicely too.. but what ikhlas mean ? Do something without hoping for return. Its solely for Allah swt. When you love those below (di bumi) then those above will love you and shower you with love too - hadith.

* Simple example : Kenapa reaksi si A layan B dgn lemah lembut tapi dgn si C biasa-biasa sahaja ? That is an interaction between different individual. Kita sendiri pn ada org yg kita favor ada yg tak.

All in all : You cant find readily made Adam but you can shape one, your own very husband =) but rather than changing people, it is easier to shape ourselves first :)

Nak ilmu ? : Usahakan
Nak  harta ? : Usahakan
Nak rupa ? : Usahakan (bukan plastik surgery, but enough when u take care of ur health and beauty but all in all, kecantikan tu depend on the eyes of beholder)
Nak keturunan yg baik ? : Boleh dimulakan dengan keluarga sendiri. Kita tak boleh nak ubah our past but we can shape our future :)



Okay, enuf with my rambling. So here Bab 2 - Sweetheart

***************************



Bab 2

“ Uih…Ilhan…rupanya…. Nak  beli  apa  tu ? Meh  la  dok  sini  dulu. Borak-borak. ”
Ilhan  jeling  sekilas. Kaki  yang  mengarah  ke  café  terus  terarah  ke   suara  yang  memanggil. 

Terdiam  semua.

“ Apahal  panggil  aku ? ” tanya  Ilhan  nada  kosong. Ramainya  budak  engine  juga  tapi  kelas  kimia  yang  dia  tidak  kenal. Semua  mata  memandang  Ilhan. Sepi.

" Eh, Fiq, tak  main  lah  kacau  perempuan. Bacul  ko  tau. " salah  seorang  geng  Rafiq  turut  sama  bangun. Datang  mendekati  Ilham  dan  duduk  berdiri  di  sebelahnya.

Rafiq  buat  muka  tak  puas  hati. " Ko  pehal  Zack ? "

“ Tak  adalah  aku  nak  duduk  sebelah  Ilhan  pun  apa  salahnya ? ” Zack  membalas  dalam  gurauan. Ilhan  pandang  mereka  tak  berkelip. Drama  apa  malam-malam  camni ?

“ Jom  Ilhan,awak  nak  masuk  beli  apa-apa  kat  café ? Rafiq  takde  kerja  tadi  tu  dia  melalut  tadi. ” Zack  buat-buat  senyum. Muka  Rafiq  yang  tak  puas  hati  dia  buat  dek  je. Tangannya  diunjurkan  ke  arah  café. “ Jom, kita  pergi  sama-sama. Saya  pun  nak  beli  air  ni…” bila  Ilhan  masih  tak  berganjak  Zack  ajak  lagi, tapi  lebih  tegas  kali ini.

“ Jom ” suara  Zack  ditekan  kuat. Memaksa.

“ Hmm… ye  lah. ” acuh  tak  acuh  Ilhan  menjawab. Rafiq  dijelingnya  sekilas. Tak  puas  hati. Kaki  melangkah  menurut  lelaki  bernama  Zack.

Bila  sampai  di  café  barulah  Ilhan  perasan, Zack  punyai  wajah  yang  macho. Ala  Fahrin  Ahmad  dengan  badan  yang  sasa  dan  tinggi. Tadi  asyik  sangat  menjeling  si  Rafiq, tak  perasa  si  Zack  kat  tepi. 



“ Awak  nak  minum  dulu ? ” tanya  Zack  santai.

Teh  tarik. Okay  juga  kalau  pekena  the  tarik, bisik  hati  kecil  Ilhan.

“ Boleh  juga, awak  tolong  order  kan  the  tarik, saya  nak  beli  barang  jap. ” selamba  Ilhan  mengarah. Kaki  sudah  melangkah  meninggalkan  Zack, mengarah  ke  kawasan  groceries. Tuala  wanita  dicarinya  laju. Bimbang  kalau-kalau  Zack  datang.

Usai  terjumpa, terus  dibayarnya  dan disumbat  ke  dalam  bag. Bayang  Zack  dicarinya  lagi. Zack  sudah  siap  duduk  di  meja  berhampiran  televisyen.


“ Hye ! ” Ilhan  melayangkan  senyum. Dua  gelas  teh  tarik  sudah  elok  terletak  di  meja   mereka. Zack  turut  sama tersenyum  lebar. Dalam  hati  agak  pelik  dengan  sikap  Ilhan.  

Blur. 

Direct. 

Daring. 

 Tapi  mudah  rapat  dan  tidak  memilih  kawan.

“ Your  teh  tarik ” Zack  mengunjurkan  pada  teh  tarik  yang  masih  berbuih  dalam  gelas. Ilhan  terus  keluarkan  duit  untuk  membayar  pada  Zack tapi  ditolak  olehnya. Tak  macholah  kalau  setakat  teh  tarik  pun  nak  berkira. Kata  anak  ahli  perniagaan.

“ No  Ilhan. Don’t  pay ! It  is  a  crime  if  you  do ”

Meledak  tawa  Ilhan. Crime  pulak…Apa-apa  ajalah.

“ Alhamdulillah… Thanks  to  God, rezeki ! ”

Ilhan  tak  suka  buat  drama  tarik  tali. Kalau  orang  dah  bagi  ambil  ajalah. Tak  payah  nak  buat  drama  perempuan  melayu  terakhir. Sah  dia  bukan  perempuan  melayu  terakhir  pun. Ibunya  kacukan  Jepun  dan  Arab, ayahnya  sahaja  yang  melayu  tulen.

“ Er…you  tak  nak  tahu  nama  I ? ” soal  Zack  bila  dah  agak  lama  mereka  di  situ. Ilhan  bukan  nak  melayan  bual  tapi  dibukanya  buku  Physics  dan  tang  tu  juga  Ilhan  mula  menyelesaikan  latihan  fizik  dari  bukunya.

Ilhan  pandang  muka  Zack  dengan  wajah  blurr.

“ I  dah  tahu  nama  you. Zack  kan ? Tadi  Rafiq  panggil  you Zack ”

Silent.

Zack  ternganga  sekejap  tapi  masih  belum  berputus  asa.

“ I  mean, my  full name. I  kelas  mana ? ”

Kacau  lah ! Bentak  Ilhan  dalam  hati. Mata  yang  tertancap  pada  buku  diangkat  sekali  lagi. Menjamu  seraup  wajah  Zack  yang  cukup  macho  pada  pandangannya.

“ I  don’t  need  your  daddy’s  name  but  I  bet  you  budak  engineering – chemical
Zack  ketawa  besar.

“ Wrong ! ”

Ilhan  buat  muka. “ but  it  doesn’t  matter ” telah  Ilhan  muka  blurrnya  lagi.

“ I  mean  you’re  right ! ” Zack  ketawa  cover  malu. Ingat  nak  buat  lawak  tadi  tapi  tak  menjadi  lah  pula.

“ You  orang  mana  Ilhan ? Tak  sakit  kepala  ke  asyik  mengadap  buku  je ? ”

“ Orang  Johor  and  I  love  books ! Lagi  sakit  kepala  layan  kawan-kawan  you  tu ” Ilhan  menjuihkan  bibirnya  pada  kawan-kawan  Zack  tadi. Mereka  masih  dimeja  yang  sama. Memerhatikan  dia  dan  Zack.

“ Dorang  tu  main-main je  Ilhan…awak  janganla  serius  sangat… ”

“ Saya  okay  je  Rafiq  yang  serius. Dah  panggil  orang, pastu  cakap  merapu-rapu… ”

Zack  ketawa  sakan  melihatkan  mimik  muka  Ilhan. Ada  juga  minah  tak  cover  malu  macam  ni  rupanya.

“ Awak  buat  kerja  fizik  yang  mana  satu  Ilhan ? ”

Zack  mengunjurkan  kepala  kearah  Ilhan. Mengintai  buku  yang  dibuka  oleh  gadis  dihadapannya.

“ Chapter  5  

Zack  kerutkan  muka.

“ Dah  masuk  chapter  5 ? Lajunya  cikgu  awak. ”

“ Owh…Miss  Dona  baru  ajar  sampai  chapter  3, lambat  sangat  saya  baca  sendiri  je  lah. Bukan  susah  pun, macam  SPM  dulu  just  advance  sikit  je. ”

Ternganga  lagi  si  Zack  dengan  Ilhan.

“ Ohooo cepat.”

Ilhan  menjuihkan  bibirnya. “ Tak  adalah.” Teh  tarik  yang  berbaki  diteguk  oleh Ilhan. Jam  ditangan  diperhatikannya. “ Saya  blah  dulu  la  Zack. Bye. ”

Selamba  Ilhan  bangun. Buku  sudah  siap  ditangan. Beg  masih  di  bahu. Terkocoh-kocoh Zack  menyudahkan  minumannya.

“ Eh, jom  jalan  sekali ”

Ilhan  angkat  bahu. Gaya  whatever.

“ Awak  sekelas  dengan  Fath  Azmi  kan ? ”

Hmm Fath  Azmi  lagi. Ilhan  mula  mencebik.

“ Ya ”

Zack  sengih  lebar.

“ We  are  best  friend  since  years  ago. ”

Hmm…solid  reason  untuk  tidak  mendekati  Zack, telah  Ilhan.

“ He  is  such  a  nice  guy ”

Sounds  gay  to  me – hatinya  berbisik  lagi.

“ Er, you  asal  mana ? ” tak  tahan  asyik  mendengar  mengenai  Fath  Azmi, laju-laju  Ilhan   menukarkan  topic.

“ Petaling  Jaya ”

“ Cool ! Dulu  belajar  kat  mana ? ”

“ Kolej  Yayasan  Saad… ”

“ Owh.okay… ” jenis  Fath  jugala  kot  budak  ni, telah  Ilhan. Anak  orang  berada. Kalau  kata   dari  KYS  biasanya  macam  tulah, unless  ada  yang  ditaja  oleh  pihak  kolej.

Pagar  asrama  perempuan  sudah  terletak  elok  di  hadapan  Ilhan. Hati  bersorak riang.

“ Okay, thanks  Zack  for  sending  me  here ! Good  night ! ”

Zack  berat  hati  untuk  pergi. Bukan  senang  nak  bercakap  dengan  Ilhan. Biasa  Ilhan  akan  berada  dengan  Safar. AJK  surau  yang  sah  garang. Senang-senang  dia  kena  sound  kalau  nak  mencuba  nasib  dengan  Ilhan  nanti.

“ Err… ada  number  phone ? ” Zack  buat  muka  tak  malu.

“ Ada  kenapa ? ”

Mak  aih, minah  ni  dia  buat  sengau  pulak  dah ! – marah  Zack  dalam  hati. Ada  ke  patut  tanya  kenapa? Takkan  tak  faham.

“ Err… Kalau  saya  nak  boleh ? ”

“ Nak  nombor  saya ? Nanti  saya  nak  guna  nombor  mana ? ”

Aduii, dia  tahu  Ilhan  saja  jual  mahal. Buat  bodoh  alang  pula.

“ Bagi  ajalah, bukan  saya  nak  kacau  pun. ” nah, amek  kau. Satu ayat  pedas  dari  Zack.

“ Okay, Zack ! Bye ! ” Ilhan  tayang  senyum  lebar  sambil  bergerak  ke  dalam  asrama. Apa  hal  nak  paksa-paksa ? Ni  Ilhan  la bhai !

*********************

“ Fath ! ” siap  menukar  pakaian  terus  Zack  mencari  Fath  Azmi. Tak  puas  hati  dia  dengan  Ilhan. Bilik  tidur  Fath  dah pun  gelap, light  off  katakan. Biasalah  kalau  di asrama  memang  ada  waktu  yang  diwajibkan  semua  lampu  bilik  ditutup – isyarat  yang  semua  dah  kena  tidur.

“ Apahal  bro ? ”

“ Ilhan  Arissa  kelas  ko  kan ? ”

“ Ha  ah, kenapa ? ” dari  duduk  berbaring  Fath  Azmi  bangun  menegak. Memandang   kawannya  dalam  samar  malam.

“ Adjustkan  dia  kat  aku ”

Wajah  beriya  Zack  menjadi  santapan  mata kuyu  Fath. Dia  menguap  sekali.

“ Tak  payahlah  Zack, she  is  no  fun  for  you  lah  bhai. Bukan  type  Keila  ni. ”

“ Aku  dengan  Keila  dah  tak  ada  apa-apa  lah. ” Zack  bengang. Kenapa  nak  disebut-sebut   nama Keila ? Dia  dan  Keila  baru  je  clashed.

“ Aku  tahulah  korang  dah  clashed… but  I’m  framing  that  Ilhan Arissa  bukan  type  Keila. She  is  totally  different ! Aku  tahu  lah  ko  couple  macam  mana  bhai, Ilhan  tu  nampak  je  rock, tapi  baik. Tak  yah  kotorkan  budak  tu  la ”

“ Aku  tahu  dia  baik…Aku  bukan  nak  jahatkan  dia…Aku  ikhlas  ni. IKHLAS. ”

Fath  Azmi  ketawa  sakan. Ikhlas  ? Setakat  mana lah  ikhlasnya  tu ?

“ Zack, ko  ikhlas  macam mana  pun, tak  kan  ko  nak  kawin  dengan  budak  tu ? And  knowing  you, aku  tahu  ringan-ringan  tu  biasa  kan ? Dah, don’t  lay  your  eyes  on  her! ” tegas  amaran  Fath  Azmi.

Ketegasan  tu  juga  yang  buatkan  Adam  Zachery  lagi  panas. Dia  diam  dengan  tekad  di  hati. Ilhan  Arissa  pasti  akan jatuh  hati  pada  dia  juga  nanti. Bukan  dia  nak  apa-apakan  Ilhan  Arissa. Kalut  je  si  Fath  ni !

“ Okay  lah  bro, ko  tak  nak  tolong  sudah. Aku  chow  dulu. ”

“ Hmm bye ”

Fath  Azmi  menyambung  tidur. Wajah  Ilhan  Arissa  terbayang  di  mata  walaupun  matanya  sudah  tertutup  rapat.

Wajah  cantik  Ilhan  yang  sekali  pandang  macam  Jepun, sekali  pandang  macam  Arab, dua  kali  pandang  macam  melayu. Fath  Azmi  mengukir  senyum. Ramai  yang  sukakan  Ilhan  Arissa  tapi  gadis  tu  sangatlah  blur. Rock. Daring.

Dia  sukakan  Ilhan  tapi  dia  lagi  suka  kalau  Ilhan  lebih  ayu. Macam  perempuan-perempuan  lain. Macam  awek  dia  sekarang  ni. Fatin  Hazwani  yang  masih  bersekolah  di  KYS. Juniornya  setahun. Bertudung, ayu, lemah  lembut…dan  cantik. Itu  ciri-ciri  perempuan  pilihan  Fath  Azmi. Bukan  macam  Ilhan  Arissa  yang  kasar.

Dalam  kelas  Ilhan  Arissa  sangat  menyerlah. Pakaiannya  pun  sempoi. Tidak  comot, bergaya  tapi  gaya  rock  star. Dengan  baju  kurung (diwajibkan), kasut  sneakers  All  Star, studded  bangle  atau  kadang-kadang  dia  akan  memakai  bangle  warna  pelangi  gaya  Avril  Lavigne  tapi  dispoilkan  dengan  warna  pelangi. Avril  mana  pakai  warna  warni, Avril  pakai  warna  hitam. Tak  lupa  juga  pada  celak  citam  bawah  mata  Ilhan. Menyerlahkan  lagi  sepasang  mata  cantik  milik  Ilhan.



Ilhan  Arissa  kalau  nak  curse  suka-suka  hati  dia  je  cursing  depan  kelas. Peristiwa  dua  hari  lepas  diulang  tayang  dalam  benaknya.

“ Ilhan  awak  tolong  selesaikan  soalan  fizik  kat  depan  ni ” Ilhan  bangun  dengan  wajah  kosongnya. Langsung  tidak  malu-malu. Jalannya  tegap  tidak  pandang  kiri  kanan.

“ Fath  Azmi, awak  selesaikan  kat  sebelah  sana. ”

Ilhan  jeling  dia  sekilas  sebelum  menyambung  menulis  di  papan  hitam. Tulis  punya  tulis  tiba-tiba  terdengar  satu  perkataan  keramat.

“ Oh, shit ! What  the  hell with  me ? ”

Fath  Azmi  pandang  sebelah. Rupanya  Ilhan  salah  kira, cepat-cepat  Ilhan  menyapu  dan  kembali  menyambung  kira. Selamba  minah  tu  mencarut  dalam  kelas. Miss  Dona  yang  memandang  ternganga  sekejap. Seisi  kelas  pula  ketawa, hanya  Ilhan  yang  buat  dek.

“ Done ! ” Fath  Azmi  meletakkan  kapur  dan  berjalan  ke  tempat  duduknya.

“ Done ! ” Ilhan  Arissa  pula  yang  kembali  ke  tempat  duduknya. Dalam  hati  Tuhan  saja  yang  tahu  betapa  Ilhan  dok  menyumpah  diri  sendiri  sebab  tersalah  tekan  cos  dan  sin  di  kalkulator, hasilnya, dia  lambat  beberapa  saat  dari  Fath  Azmi.

Ilhan….Ilhan…telah  Fath  Azmi, siapalah  yang  malang  kawin  dengan  ko ? Tempered  gila. Kasar  pula  tu… Zack  pun  satu, banyak-banyak  orang  kenapa  Ilhan  Arissa ? Kawan  dia  pun  ramai  kalau  Zack  setakat  nak  buat  main-main teman  bersosial. Dia  bukan  alim  sangat, tapi  tidaklah  sesosial  Zack.

Ah, baik  tidur  dari  fikirkan  soal  Ilhan  dan  Zack, telah  Fath  Azmi. Tak  lama  lagi  pun  dia  akan  berada  di  kolej  ni…Pada  semua  dia  diamkan  tentang  pertukarannya  nanti. Ayahnya  sedang  menguruskan  perpindahan  dia  ke  Standford  University, pre-university  dalam  bidang  akaunting  dan finance. Double  degree.

Ayahnya  punyai  construction  firm, major  in  civil  engineering. Abangnya  yang  sulung  sedang  mengikuti  jurusan  Civil  Engineering, kakaknya  medic, ibunya  sendiri  dalam  civil  engineering, dan  dia  kata  ayahnya  perlu  mengikuti  jurusan  akaun  dan finance  untuk  kebaikan  syarikatnya  nanti.

Tapi  jauh  dalam  hati  Fath  Azmi, dia  lebih  suka  mengatur  hidupnya  sendiri. Syarikat  kepunyaan  ayahnya  sah-sah  akan  dimiliki  oleh  abangnya, kalau  bukan  sepenuhnya  tapi  majoriti. Perkara  tu  dia  diamkan  sahaja. Habis  belajar  nanti  tahulah  dia  apa  yang  dia  nak  buat. Buat  masa  sekarang  fly  dulu, habiskan  belajar  dulu. Kalau  ditentang  sang  ayah, tak  pasal-pasal  dia  kena  buang  masa  buat  A-Level  dua  tahun, walhal  boleh  straight  ke  university  dan  buat  pra  setahun.

Ilhan  Arissa  pun  dah  tak  perlu  risaukan  dia  lagi  dah. Tak  perlu  nak  bertanding  dengan  dia  lagi…






p/s: Thanks for reading guys ! =)

your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

43 comments:

  1. Sian fath.. Kene ikut arahan mandatori. Bertabahlah!!
    Hai zack...*sambil jongket kening* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha jongket kening ? gaya mgoda ke gaya ziana zain tu kak ;p

      Delete
  2. Salam eve, rindu fawwaz. Haha. Tapi suke jer cerita baru ni!! Rindu zaman matrikulasi.. Stylo habis ilhan ni!! Best kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt anon ;) owh hoh, rindu kolej jg even dlu benci kolej.haha. fawwaz nti ye.hehe

      Delete
  3. Oh my gerdd! Akak, me bukak akak punya blog hari-hari sebab nak tengok ade ke tak entry sweetheart atau 13 jam-A380. Yeay! At last ...

    1. Ilhan, boleh tak saya cakap awak BRUTAL. Haha
    2. Zack, ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke...mcm diseru2 keluar jg ya at last.lol. ilhan mmg brutal, spotted on! haha. zack ? undefined yet.lol.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Mcm terimagine gaya ilhan...teringt blk zaman study dlu..camtu la...pkai bj kurung, kasut sport pkai plak beg selempang..rock uuuu...

    ReplyDelete
  5. Terbaekkkk la eve.... btw akak lg suka ur rambling....hihihi...akak dh Kawen n stuju sgt2 apa yg eve tulis tu, u know y, coz nobody perfect...JODOH..... bila dh tertulis tiada apa yg dpt mnghalang...bg akak bila kita kawin kita kena Trima psngn kita seadanyaa.. kita yg create our own perfect marriage...give n take no jelesi n Perl jujur dgn pasangan msg2... once lafaz Sah berbunyi mean kita dh Trima buruk baik pasangan kita...pasangan msg2 juga kena Pandai memainkan peranan supaya perkahwinan tdk hambar... in. Sha allah.... ( ade 1 novel brtajuk teduhan kasih, watak ehsan as husband remind me to my hubby) Alhamdulillah... Kami xkaya seperti org lain tpi Kami love each other very much n everyday... hahaha..akak plak yg rambling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes spotted on kak ! itu hakikat perkahwinan sebenar. i've read somewhere that its not about looking for a perfect guy, but a guys with potential. org yg ada potensi utk maju dan berjaya dalam hidup, and bimbing kita. Hmm novel Teduhan Kasih saya ada baca kat p2u and Ehsan is like a very caring guy, lucky u kak! :D lucky him too for having u with him :) alhamdulillah

      Delete
  6. bez.. twb bru habes bce. pun bez. ur wiritng memang superb. sempoi je. hope cpt2 smbg 13jam- A380. tk sabar :)


    ~ addin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh thanks babe sudi baca TWB :) insyaa Allah nti keluar lah A380 tu.haha. skrg mcm tak ready lg nak berlepas..keh3

      Delete
  7. Salam..kak eve rindu haydar !!! Terus abg Adam dilupakan hehe! Btw citer ni best! Suka ilhan tu..dia rock,blurr outspoken tapi x poyo .ada stgh citer yg kita bc skang ni heroin klau outspoken/rock ni mesti poyo gila!siyes x suka tapi ilhan ni best!yeayyyyy kak eve always DAEBAK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam fika ! haha hero berganti ye fika ? haha! wah poyo itu ciri2nya mcm mana yak ? akak pn slalu guna perkataan poyo kot2 definisi kita lain. thanks btw fika! :D

      Delete
  8. Sempoi ar si ilhan tue...

    ReplyDelete
  9. ermmm best cter nie.. TWB mmg the best Eve (dh hbs pun bace novel nie).. A380 pun gempak gak..
    rambling Eve yg paling best.. yup bkn seme org perfect kn, terima la pasangan kter seadanyer.. Akak dlu kawin muda masa tgh study dh kawin and i'm so lucky dpt hubby yg understanding, sporting, romantic walaupun umur kami beza 22thn.. b4 kawin dlu mmg hubby akak nie nakal sikit, but ble dh kawin Alhamdulillah dia dh berubah, masa silam dia akk lupakan saje, terima dia seadanye dan dia pun kene terima akk seadanyer..
    perkara lepas x perlu dikenang dan diungkit2kn.. sejarah silam kn.. so masa skrg adalah masa utk membina sejarah bersama2 melalui jln2 yg di Redhai oleh Allah...
    kite x sesempurna mana tp bersama kite melengkapi satu sama lain.. (cewahhh bermadah la plak akk nie) kikiki ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..alhamdulillah :D see that is ur Adam ;) its happen in real life kan.kalau akak tak positive dgn kisah silam suami, things will not be as sweet and as beautiful as what u r experiencing now :) tetiba rasa nak kawin bila dengar ramai org get that sweetness in marriage.. owh oh! ;) hehe

      Delete
  10. Wahhh...Ilhan mmg best!..kita sama rock babe!..yeayyyy!..simple / sempoii janji rock & hepi!

    ckp pasal jodoh...honestly,tak expect nk jodoh yg perfect cam TAK or Hilman..Siapa saje yg ALLAH dah takdirkan utk i,itulah lelaki yg sebaik-baik lelaki yg ALLAH ciptakan utk i....redha & bersyukur apa jua yg ALLAH bg kat kita kan...barulah ada kemanisan hidup di situ...sb i percaya jodoh yang ALLAH bg tu adalah sebaik2 jodoh yg ALLAH kurniakan..;-)

    *Amoiiwhitelily*

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol yeah eve stuju, rock and hepi !

      yeah spotted on asma ;) soo true. optimism is crucial. that what make things seems perfect.hehe. I doakan u dapat suami yang superbb dunia akhirat ! amennn ! :D

      Delete
  11. all the best to you...semua novel2 eve bes..will always support u!! chaiyok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh thanks babe ;D glad glad glad :D

      Delete
  12. awwww...protective jugak si Faith ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ciri2 fath semakin diserlahkan..hehe

      Delete
  13. Go go go baby go . . . love your n3. . .

    ReplyDelete
  14. Fath ni suka ilhan dr kolej ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah komen jue mcm org yang dengar cerita real.haha ;D

      Delete
  15. Hehehe eve, sy dah nak daftar form 4 ahad ni kt KYS......Terasa bangga KYS dimention dkt blog eve, btw doakan sy boleh handle killer subjects tu smua ok...ILY <33

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah Ily ! ;) akak doakan only d best for you. high school time is crucial, degree is honeymoon, and yeah it had been years, sure u dont know ur super senior in that school anymore.haha. teringin nak tahu apa khabar dat school.lol

      Delete
    2. hihi kak eve dulu high school kt mne? btw i adore you, srsly. well i mean you study overbroad ;)

      Delete
  16. Entry 1st eve,wah..makes me realise smething.a guy like TAK mayb ade 1 in a million kan..kaye,kacak, n bla3.
    Yes,chemistry,jodoh..smething yg my self pon slalu pkir,how can I know he's my imam?
    How can I know that he's e 1 that made 4 me since dlm my mom pnye prut lagi kan?
    So,there's no other way xcept 2gu n doa aje..
    Juz like u say,kite bukan cari kesempurnaan seseorg tp kite cari seseorg yg mnyempurnakan both of us kan..
    Hm,so back 2 ur writing,
    I love it,,full of pengetahuan,pengajaran..n I just love it!
    Bcoz 4 me,anything yg kte bace kne ade sesuatu as good feedback.n I just found it in ur karya..
    Can't wait 4 smbungan cter kapal trbang 2.n ur new crite ni pon not bad tp cam u plez pnjangkn sikit plot2 die..x puas la bace..hehe..demanding la plak kan..da la org bagi bce free..
    Good luck!
    Thank u 4 making such a great karya yg sngat2 berguna!

    -najah norhanan-
    Xtually,I'm 19!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh thanks a lot dik for ur nice words :) alhamdulillah when u find it beneficial. and akak setuju sangat for u to stay berdoa. jangan risau dgn mencari muda2 ni, u'll waste ur time with all those thing. masa muda kita akan tanya, siapa jodoh kita, bila kia dewasa sikit, kita tahu how the math's in it.. So d best thing is doa for d best insyaa Allah. Allah bagi yg terbaik utk kita, yang pnting kita usahakan utk jadi yg terbaik jg. Perempuan yang baik utk lelaki yg baik and vice versa kan :)

      and best of luck in ur study !

      Delete
    2. Haha..akak,ayat slalu pkir 2 over sngat la kan..bukan la slalu tp sometimes..helo,I'm just 19 kot..there's a long way 2 go kan..akak,may I know,u skrng 26 kan..akak further study in what level ek?phd ke?n akak amik course ape?

      Delete
  17. In which high school did you studied b4 you study abroad? i'm super curious with yr identity..and can i adress you as "velyn"?

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum wbt...EVE,

    Terima kaseh utk perkongsian ini kisah TAK&AR, sangat2 dihargai..dan tiada yang benar melainkan benar2 belaka!!!

    2. Suka Eve update blog hari2..ni sweetheart ni pun mmg sweetttt je!! Citer ni habis kat sini ya..


    ReplyDelete
  19. Izzati:

    Ilhan nie mmg stylo and rock!samelah mcm saya...ehh,perasan sungguh..pemalu je bnyak saya nie..hik3

    btw,x taulah nak cakap ape..sweetheart mmg bestt...cerita yg sntai dan memang sesuai untuk saya yg berada di alam remaja nie..teruskan menulis kak Eve...

    *kalau pasal jodoh,mmg lah ramai yg mengharapkan lelaki seperti Hilman dan TAK dalam dunia nie..izzati tak kisah pun..kalau dpat yg seiras diorang,Alhamdulillah...izzati tak mengharapkan lelaki yg serba smpurna sbgai calon pilihan sbb semua mnusia di dunia ini tak ada yg sempurna..sebenarnya diri masing2 yg main kan peranan...izzati harap dpat lelaki yg mampu menerima kekurangan dan kelebihan izzati..kalau izzati ade kekurangan,die boleh tutup dgn kelebihan die..bila dia ade kekurangan,izzati boleh tutup dengan kelebihan izzati..msing2 saling melengkapi..bru wujud kesempurnaan...sebagai hamba Allah,kita kena redha dgn jodoh yg ditetapkan..mungkin itu yg terbaik untuk kita..:)

    ReplyDelete
  20. menghayati hilman n intan, adam n arissa, nmpk sgt sempurna, suami idaman, tp kalau kita sendiri mndpt suami spt hilman or adam adakah hidup kita akan sesempurna itu...sy rs semuanya berkait dgn mcm eve kata 'chemistry', kalau kita mmg ada chemistry walau abu, walau ali, walau mamat pun suami kita, kita pasti akan bahagia, kalau x jumpa bahagia carilah di mana chemistry itu dana serasikanlah ia, dan usahakan utk bahagia..wallahuaklam.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum.

    Thank you for this lovely story. I like it. Your story remind me with one of my friend and now I missed her so much. We were in different school and no time to meet. Keep on writing.

    ReplyDelete
  22. u make me always thinking abaout my life n my future larh kak.. dulu saya xambik peduli tentang semua uh yang penting enjoy n happy.. but lps bce semua karya akak.. so many benefit that i learn from ur novel an also ur blog and d'best things about islam.. i love it.. rase nk sangat mengenali akak dengan lbh dekat..hoho.. u have a twitter?? can i follow u akak.. heee

    ReplyDelete
  23. salam... i seriously want to email Eve.... I really admire her writing... Boleh sekiranya Eve akak Iman email saya di sitishamimah@gmail.com. I am waiting.. Thank you.

    ReplyDelete
  24. Kak Eve, thanks for the reminder about those novel stuff. Teens kan masa yang paling senang nak absorb everything from the surrounding. So, I jenis yang terikut-ikut especially kalau read novels. Rasa macam eishh nak jadi macam orang ni, orang tu. Haha. Thanks a lot for the tips!

    ReplyDelete