Join This Site

Wednesday, 9 January 2013

Sweetheart Bab 7

Salam,

Okay its soo stressful bila Microsoft Office dah expired and cant write anything in my lit review thesis writing ! hooowwwfff ~

Hasilnya, hampir semua komen eve balas (bravo evelyn rose!)

And type sweetheart, sbb sweetheart mmg penulisan gaya bebas yg ditaip dalam blog je.keh3. A380 nak jadi novel jadi kena tulis dalam word document. kalau copy paste dari sini, pengsan format tak sama dan tak leh nak samakan.

By the way, mungkin ada yg mcm pelik pasal A380. A380 tu awalnya mmg nak jadikan cerpen, tapi bila dah disambung. Eve jadikan novel.and Eve guna Point Of View 1 - which is from Hana's view point ONLY. Sebab ia mmg dicipta dan dipilih khas utk menambah debar/teka-teki pembaca. I can see the effect already =) Bagi sesiapa yang mcm pelik kenapa asik Hana je, mmg sbb its Hana's view point. Bagi eve its more practical as human being. You can ONLY SEE THINGS from your eyes. Tapi Allah boleh nampak dari semua sudut, dari setiap hati manusia. Dengan kebolehan yg pasti terhad, mmg kita akan tertanya. kita akan question.

God, kenapa macam ni ?
God, kenapa Haydar tak datang cari aku (konon Hana)
God, why you make me met him and lose him ? (konon Hana lagi)

And all d whys is there. Kenapa ? simply sbb we are human. Bukan sbb kita tak nampak masa depan, sebab kita terhad dgn pandangn kita sahaja....

Okay enough babbling.lol. Just point it out in case u r questioning. Ada banyak je penulisan yang guna POV 1, macam Awak Suka Saya Tak by kak Melur Jelita, and Bisakah from Rehan Makhtar :) utk kefahaman/ cth POV 1.wahaha dah mcm mengajar penulisan. Bravado Eve. Bravado. Haha, lawak plak cakap pasal penulisan.keh3 dulu mana ada nak peduli dgn POV 1 , POV2, POV 3 and banyak POV ni.haha.


Oraite, okay. Sweetheart Bab 7 khas utk yang tertunggu esp kak Ayu, Addin, Kak Su, Shalinda, Fika, Kak Hass, and etc. etc.. nampak sgt dah malas nak menulis. haha.  ;) 

xEvex
------------------------

Bab7


Restoran Kunang-Kunang yang bagaikan dalam taman rimba menggamit Ilhan. Dia terpaksa menumpang Elyse sepupunya, untuk datang ke  situ. Kereta yang baru dibelinya dari UK masih belum sampai. Di bawa ke Malaysia dengan kapal kargo, mungkin ambil masa beberapa minggu lagi. Untung belajar di luar negara, dapat membeli kereta tanpa dikenakan cukai tambahan. Kereta yang biasanya mencecah ratusan ribu ringgit kadang tidaklah setinggi itu harganya di UK...

Angin malam Ilhan sedut habis-habisan. Udara Malaysia ! Udara yang fresh and refreshing ! Di UK sejuk, tapi kadang sejuknya boleh mencengkam. Boleh buatkan hidung sakit dan kering.

Walau sejauh dan selama mana dia di UK, Malaysia juga yang diidamkannya.

 ( Tukar lagi ? Haha. But seriously Alex suits to be Fath based on Fath's character)

" Ilhan ! " dari jauh Fath Azmi sudah berlari anak mendapatkannya. Bibir tersengih lebar. Bagaikan orang angau yang sudah lama tak bertemu kekasih hati. Ilhan gelengkan kepala dengan gelagat Fath Azmi. Dah ada kekasih, macam ni juga perangainya.

" Fath... tak yah lari. I ke sana juga... "  Ilhan berucap tenang. Senyuman terpamer dibibir bercalir lip tint warna pink.

Fath Azmi tetap mendapatkan dia. Mula berjalan tenang. Tidak berlari seperti tadi lagi. Malu-malu. Fath Azmi  yang sudah  bertambah machonya. Hilang  sudah  wajah  keanakannya  dulu. Hilang  sudah  Fath  Azmi  yang  agak  kurus  dulu. Yang  ada  kini  adalah  Fath  Azmi  yang  sudah  nampak  rahang  lelakinya. Fath  Azmi  yang  sudah  ada  garis-garis  kematangan  di  wajahnya... kulit  yang  dulunya  kuning  langsat  kini  sudah  menjadi  tan, biceps  dikedua  belah  bahu  juga  sangat  nyata  di  mata  wanita  Ilhan... Rambut  sahaja  yang  masih  brown  keperangan....

" Welcome  Home  Ilhan " ucap  Fath  kuat  bila  Ilhan  dan  dia  duduk  sejarak  sahaja. Bertentangan  di  bawah  sinaran  rembulan. Di  bawah  cahaya  bintang. Ilhan  sukakan  bulan. Bulan  yang  bersinar  terang. Kata  Ilhan, bulan  bukan  sahaja  menjadi  sumber  inspirasi  bagi  si  pujangga, bukan  sahaja  jadi  objek  rindu-rinduan  buat  si  pungguk, tapi  jadi  penenang  hati  bagi  yang  gundah, penunjuk  jalan  bagi  si  haiwan  di  rimba, dan  penentu  pasang  surutnya  lautan...

Itulah  bulan  bagi  Ilhan.

Dan  Ilhan  pada  Fath  Azmi  seperti  bulan. Jauh dipuja  dan  ditatang. Tak  bersama  tak  apa,  asal  dekat  di  hati. Asal  dia  tahu  Ilhan  masih  bersinar  terang. Asal  dia  tahu  Ilhan  itu  bahagia. Tidak  kisah  siapa  yang  Ilhan  pilih  untuk  menjadi  buah  hatinya, yang  penting  bahagia  itu  milik  Ilhan.

Ilhan  itu  bulan  buat  Fath  Azmi.



" So  you  gona  watch  me  the  whole  night ? "  soal  Ilhan  bila  lama  Fath  memandangnya. Tak  berkelip. Bagaikan  melihat  bidadari  turun  dari  langit. Dia  bukan  bidadari, wajahnya  biasa  sahaja. Tidak  secantik  Amarican  Next  Top  Model, atau  si  Lisa  kekasih  Fath  yang  tinggi, kurus  dan  bergaya. Dia  Ilhan  yang  pakaiannya  sederhana  sahaja. Dia  Ilhan  yang  tingginya  hanya  5  kaki  sahaja, dan  dia  Ilhan  yang  tak  punyai  mata  bundar  cantik.

" If  you  allow  me  to " usik  Fath  dalam  tawa. Dia  bergerak  di  sisi  Ilhan. Mengemudi  jalan  mereka  ke  ruangan  restoran. Restoran  yang  terbuka. Beratapkan  langit  dan  dikelilingi  pohon  menghijau.

" Melalut  you  ni  Fath... " Ilhan  menggeleng  lagi  dengan  telatah  Fath  Azmi. Kakinya  laju  mengikut  si  Fath  Azmi. Lelaki  yang  sudah  10  tahun  dikenalinya.

" Sometimes  we  need  to  express  our  feeling  Ilhan.... " bisik  Fath  perlahan. Entah  dengar  atau  tak  si  Ilhan, dia  tak  pasti. Yang  pasti  Ilhan  menjelingnya  sekilas  sebelum  kembali  memandang  ke  bawah.

Mereka  duduk  di  meja  tengah. Ramai  orang  di  sekeliling  tapi  tidak  terlalu  dekat. Pelayan  datang, dan  Fath  mula  membuat  pesanan. Dia  tahu  apa  makanan  gemeran  Ilhan, nasi  kerabu  goreng  dengan  teh  tarik, tak  ada  teh  tarik, mango  jus  pilihannya.

Bila  pelayan  berlalu  dia  kembali  memandang  Ilhan  yang  sibuk  melihat  bintang  di  atas. Ilhan  yang  tak  pernah  penat  dengan  bintang-bintang. Kalau  dulu  teori  alam  yang  sering  Ilhan  ketengahkan, sekarang  Ilhan  lebih  kepada  pujangga  yang  menyintai  kejadian  Tuhan itu.

Bila  mata  Ilhan  asyik  memandang  ke  atas, mata  Fath  asyik  memandang  wajah  mulus  Ilhan. Wajah  yang  masih  kekal  manisnya. Wajah  yang  masih  berbentuk  hati, dengan  tudung  sutera  lembut  di  kepala. Ilhan  yang  dulunya  sukakan  hitam, kini  ayu  dengan  warna-warna  terang  dan  lembut. Bila  diadun  bersama  tampak  bergaya, manis, anggun  dan tetap  ayu di matanya. Ilhan  datang  dengan  platform court shoes warna  merah  terang, seluar wide jeans, dan  tunic warna biru bercorak. Bag Chanel terletak elok di tangan, gaya perempuan lainnya dan bracelet Chanel menambah femininity si Ilhan. Jauh bezanya bracelet Chanel dengan studded bangle dulu.





Ilhan  mengalih  pandang, dari  bulan  terang  dan  bintang  yang  begemerlapan  ke  wajah  Fath  Azmi. Sahabatnya. Temannya. Guru  kehidupannya.

Sekali  lagi  Fath  Azmi  memandangnya  bagaikan  bidadari  turun  dari  bulan.

Awkward. 

" Fath. " panggilnya  terus. " Are  you  okay ? " soal  Ilhan  lagi.

Fath  Azmi  terus  membetulkan  duduk. Melilau  mata  ke  sana  ke  mari. Malu  pula  terkantoi ! Inilah  sebabnya  dia  tak  mahu  berdua-duaan  dengan  Ilhan  dulu. Sebab  dia  tahu  hati  lelaki  tu  bagaimana. Memang  dibuat  lelaki  punyai  perasaan  halus  terhadapan  wanita, kalau  tak  manakan  Tuhan  letakkan  hukum, haram  lelaki  dan  perempuan  yg  bukan  muhrim  duduk  berdua-duaan ?

"Okay.. hehe.. " Fath  senyum  kambing. Elok  sahaja  waiter  sampai  menyelamatkan  keadaan.

Makanan  dihidang di hadapan  mereka. Ilhan  mengambil  bau. Masyuk  gayanya, bagaikan orang  hidu  gam. Tersengih  Fath  melihatkan  gelagat Ilhan.

" Lama  tak  dapat  masakan  melayu  ye ? " usik  Fath  bila  Ilhan  terus  capai  sudu  garfu.

" Hey...mestilah ! " Ilhan  sengih. Dah  tak  ada  malu-malu  dah.

" Tu  laa sibuk sangat  dengan  kerja kat sana. Balik Malaysia pun tak nak. "

" Nak...tapi  masa  yang  tak  ada...cuti pun susah dapat. Adalah 30 hari peruntukan, tapi bila nak cuti ada conference, ada seminar, ada perjumpaan dengan tempat case study... I miss Malaysia you know." ucap  Ilhan  lagi. Nasi  kerabu dipinggan  dikuisnya.

" I ? You  tak  rindu ? " tebak  Fath tanpa segan.

Ilhan  senyum. Sengih. Merah  mukanya. Malu pula  bila  Fath  tanya  terus  macam  ni. Dah  lama  tak  ber face to face dengan Fath.

" Rindu  juga... " akui  Ilhan  perlahan. Senyuman  masih  terukir  di  bibirnya. Mata  jatuh  ke  pinggan. Haih, terasa  lain  macam  kali  ini.

" Kenapa  ajak  I  keluar ? "

" Saja  Ilhan...I  rindu... " Fath  senyum  tenang. Hakikat, ditutup  pun  tak  guna.

Merah  lagi  wajah  si  Ilhan. Fath  serius  pelik. Biasanya  Fath  lagaknya  bagai  si penenang  untuk  jiwanya. Tidak  pernah  sraight  forward  dengan  perkara  begini.

Fath  yang  macam  superman untuk dia.


" Ilhan, what is your next plan ? " soal Fath bila air grape sodanya di hirup. Soalan maha penting untuk Fath. Soalan hint untuk mengetahui langkah Ilhan selepas ini. Penanda aras untuk dia bertapak ke soalan yang lebih penting.

Wajah Fath dipandang oleh Ilhan lama. Berfikir mungkin.

" Firm, my own  firm " tepat, tegas dan yakin suara si Ilhan. Fath tahu kalau begitu gaya cakapnya, memang itulah yang akan diburu oleh Ilhan sampai dapat.

" Kat  mana ? " berdebar lagi jantung si Fath Azmi.

" Malaysia la. Mana lagi ? " tersengih Ilhan dengan soalan Fath.

Feuh, lega. Hela Fath.

" Cool, then you just get a partnership ! "

Membuntang mata si Ilhan.

" Yep, seriously. I pun nak ada firm sendiri. Ayah I dah ada his own, with my big bro handling it. Why not I have my own, I just need a partner with skills, and you suit the criteria !  " beriya Fath mengangguk dan cuba meyakinkan.

" Okayy... " senyum lagi si Ilhan. Elok juga ada partner. Si Fath jaga financial, dia ada technical skills. " Perfect ! " tambah Ilhan lagi.

Makin lebar senyuman Fath Azmi.

" Okay, tu partner company, career.... " Fath Azmi tahan senafas sebelum laju dia menyambung lagi, "you sudi tak jadi partner hidup I ? "

" Uhukkk !!! " tersedak si Ilhan. Cepat-cepat  Fath Azmi hulurkan gelas jus mangga untuknya.

Bila  Ilhan  tampak  tenang  sedikit. Fath  Azmi  duduk  menongkat  siku  di  meja. Mata  tak  lepas  dari  memandang  Ilhan. Tepat  ke  mata.

" Will you marry me ? " tutur Fath yakin.

Sudu dan garfu diletakkan ke pinggan. Ilhan berhenti dari makan. Mata  memandag Fath Azmi.

" I  thought  you  have  your  own  girl  Fath, what  happen ? " soal  Ilhan  pelik.Dia  tahu  Fath ada teman wanita. Tidak banyak gambar Fath dengan teman wanitanya, tapi status in-a-relationship with Lisa memang jelas di fb Fath.

" Ilhan, dah  berapa  lama  kita  kenal ? " Fath  yang  duduk  berhadapan  dengannya  mula  bersandar  santai  pada  kerusi. Memandang  Ilhan  tepat  pada  anak  matanya.Fath Azmi lebih yakin kini. Dia perlu yakin baru Ilhan lebih yakin dengan proposalnya ini.

" 10  years " jawab  Ilhan. Tidak  terukir  senyuman  di  bibir  Ilhan  saat  memandang  Fath. Dia  masih  keliru  dengan  permintaan  Fath  tadi.

" Kita  saling  memahami  kan ? " tebak  Fath  lagi.

" Ya  tapi.... things  change  Fath. Me , you , dah  lama  kita  tak  jumpa....I'm  just  home "

" Tapi  hati  kita  tak  pernah  berubah  kan ? Dalam  masa  empat  tahun  ni  we  keep  our  heart  close  right ? "

Ilhan  diam. Ya, dia  berkawan  dengan  Fath  dalam  tempoh  4  tahun  ini  tapi  Ilhan  sudah  banyak  berubah  bukan  dalam  tempoh  4  tahun  tapi  dalam  tempoh  10  tahun ! Fath  pun  sama. Dia  ada  cara  hidupnya  dan  Fath  dengan  cara  hidup  Fath,  hanya  bila  bercakap  soal  hati, mereka  tetap  seiring. 

" Girlfriend  you ? " 

" We just broke up "

" When ? "

" Some  time  ago... " jawab Fath lambat-lambat... beberapa jam yang lepas bolehlah dikira begitu.

" Fath....kan you cakap  you  are  happy  with  her ! " Ilhan  sudah  penat  dengan  Fath. Kalau  dengan  si  Fath  dia  tak  mampu  untuk  bermuka-muka. Mata  Ilhan  sudah  dijulingkan  ke  atas. Fath  ketawa  melihat  mimik  muka  Ilhan  yang  dah  tak  menahan.

" Ilhan... " menahan  si  Fath  mahu  meredakan  tawa. " Memang la... but  I  just  rasa  macam...tak  masuk  you  know. So  better  now  then  later. Pasni  kalau  kawin  kan  susah, nak  bercerai  bagai. I  need  a  girl  who  understand  me  Ilhan. "

Alasan.

I dah lama sukakan you Ilhan, tapi you tak nampak I - itu sebenarnya yang Fath Azmi patut ucapkan. Tapi dia telan.

Air  grape soda disedut  oleh  Fath. Air  kegemarannya. Garfu  di  sebelah  kanan  pinggannya  dicapai  sebelum  dia  mula  mengambil  makanan  yang  terhidang  elok  di  pinggan  Ilhan. Aksi yang cuba mengingatkan Ilhan yang mereka rapat. Sangat rapat suatu ketika dulu.

Matanya  memerhatikan  gadis  yang  sudah  sedekad  dikenalinya. Gadis  yang  sangat  ambitious  pada  pandangannya.

" Faatthhh ! " tangan  Ilhan  sudah  naik  ke  kepala. Menekan  kedua  belah  dahinya. " Why  you  put me  in  this  situation ? Its  awkward  you  know... "  

Fath  tergelak  lagi. Lucu  sangat  ke  tengok  teman  baik  sendiri  sampai  sakit  kepala ? 

Ilhan  bersandar  pada  kerusi  restoran. Mana  tak  peliknya, dalam  tempoh  empat  tahun  tak  bersua  Fath  tiba-tiba  propose. Kejutan bagi dia.

" You  tak  sayang  I ? " tanya  Fath  dalam  senyum  sumbingnya. Senyuman  lelaki  gentleman  yang  digilai  ramai, hanya  Ilhan  yang  tahu  si  gentleman  ni  macam  mana  orangnya. Fath  sendiri  yang  beritahu, dia  bosan  kalau  tak  ada  kekasih and  women  are  just  someway  to  kill  the  boredom. So  knowing  Fath  does  not  mean  dia  akan  suka  untuk  menjadikan  Fath  suaminya. 

Ilhan  mencebik geram. Pandai  betul  Fath  psiko. Memang  dia  sayangkan  Fath  dan  memang  setiap  kali  Fath  bercinta  dia  terasa  cemburu. 

" You  know  the  answer  Fath "
 
Fath  senyum  kemenangan. 

" Ilhan " panggilan  Fath  dibalas  dengan  pandangan  curious  dari  Ilhan  tapi  anak  mata  Fath  membuatkan  Ilhan  terdiam. Ada  keikhlasan  dari  mata  Fath. Kasih  sayang  yang  Ilhan  akui  memang  mencurah  antara  mereka  berdua.... 

" 9  tahun  lepas... Waktu  tu  I  tahun  pertama  kat  USA, you  ingat  apa  you  cakap  kat  I  masa  you  clashed  teruk  dengan  Zack ? "

Ilhan  diam. Mencongak  tahun-tahun  yang  telah  berlalu. 

Waktu  tu  Fath  keluar  kolej  sebab  ayahnya  mahu  dia  terus  ke  university  di  USA. Tidak  perlu  membuang  waktu  dengan  A-level  selama  dua  tahun. Fath  memang  mampu, dia  je  yang  tak  mampu. Ilhan  ke  UK  dengan  wang  ehsan  kerajaan  dari  Master  hinggalah  ke  PhD. Berbeza dengan Fath.

" At  the  end  of  the  you  akan  kawin  dengan  your  best  friend  sebab  bagi  you  boyfriend  never  last  and  not  designed  to  understand  you  while  best  friend  last  forever.  "

Ilhan  mula  mengukir  senyum. Memang. Dulu  dia  gadis  yang  lincah. Yang  outspoken. Dia  dikenali  kerana  wajahnya, kepandaiannya  dan  penyertaannya  dalam  pentadbiran  pelajar. Jadi  dia  datang  dengan  wisdom  sebegitu, wisdom  seorang  playgirl  sejati. 

Keluhan  terkeluar  dari  mulut  Ilhan. Keluhan  yang  datang  dengan  senyuman  yang  terukir  di  bibir. Betapa Fath  ingat semua  itu. 

" Then  I  ajak  you  untuk  sama-sama  stay  single, but  you  cakap, you  tak  boleh  stay  single. Nanti  you  bosan. " meledak  tawa  Ilhan  pada  Fath. Fath  menggeleng  laju. 

" Ilhan, I  thought  you  nak  ajak  I  couple, but  then  what ? You  ajak  I  stay  single, come  on ! " 

Merah  padam  wajah  Ilhan  bila  Fath  mengakui  perasaannya  selama  ini. Cintakah  dia  pada  Fath ? Tapi  cara  hidup  mereka  sangat  berbeza. Fath  kekal  dengan  status  sosialnya  dan semakin sosial dari masa ke semasa, tapi  Ilhan  sudah  semakin  kronik  ciri-ciri  radikalnya. Pemikirannya. Sudah  bertahun  Ilhan  tidak  bercinta, kerana  baginya  cinta  itu  sia-sia. Buang  masa.  Tidak  Islamik  dan  hanya  untuk  lelaki  bergelar  suami.

Dulu  Fath  ada  menjadi  Imam  solat  jemaah  di  kolej, tapi  bila  Fath  ke  USA,  kawan-kawan  Fath  agak  pelik  di  mata  Ilhan, berpeluk  lelaki  dan  perempuan...party  bagai... dan Ilhan  yang  bukan  kaki  surau, yang  dengar  muzik  hard  metal, yang  pakai  gelang  stud, menjumpai  nur  Islam  bila  menjejakkan  kaki  ke  UK. 

Tapi  sejauh  mana  Ilhan  berubah, dan  sejauh  mana  Fath  berubah, mereka  tetap  mampu  memahami  hati  masing-masing....hingga  kini.

" Ilhan.... kan  you  yang  cakap...kalau  cukup  10  tahun,  kita  tak  boleh  nak  settle  down  dengan  orang  lain... we  will  marry  each  other. "

Gulp ! 

Ilhan  terdiam  lagi. Pucat  wajahnya. Pucat  kerana  malu. Itulah  Ilhan, gadis  daring  suatu  ketika  dulu. Wajah  kacak  si  Fath  Azmi  Dato  Zakaria  sudah  tidak  mampu  dipandangnya  lagi. Dia  segan  dengan  sikap  jahiliahnya  suatu  ketika  dulu.

Menjadi  sahabat  baik  Fath  Azmi  adalah  sesuatu  yang  sangat  berharga  bagi  Ilhan, tapi  untuk  menjadikan  Fath  Azmi  sebagai  suaminya, banyak  perkara  yang  perlu  difikirkan  olehnya. 

Fath  Azmi  graduan  Stanford  University, USA. Graduate  seawal  usianya  21 tahun. 

Pernah  bekerja  di  USA  selama  3  tahun  sebelum  pulang  ke  tanah  air  dan mula  bekerja  dengan  Arup  Ltd  sebagai  akauntan. 

Fath  Azmi  yang  mahu  berdikari  dan  menolak  dari  membantu  perniagaan  keluarganya. Fath  Azmi  yang  gentleman  tapi  keras  kepala  dan  mahu  berdikari. Fath  Azmi  yang  humble  tapi  nakal  dengan  caranya  dan  yang  paling  utama, Fath  Azmi  yang  sama  adalah  seorang  playboy  tegar, ignorant  tentang  agama  dan  sangat  sosial.

" Wan  Ilhan  Arissa  Wan  Lokman, will  you  marry  someone  who  you  claimed  to  be  your  soulmate ? And  that  person  is  me ? "

Suara  Fath  Azmi  bergema  lagi. Ilhan  angkat  muka. Memandang  teman  baiknya  itu.

Ilhan diam.

" Siapa I untuk you selama ni Ilhan ? " soal Fath lagi.

" Guru kehidupan I... " perlahan Ilhan menjawab.

" Will  you.... Will you let me be your guru kehidupan sepanjang hidup you ? Forever. Tanpa ada lelaki lain yang ambil tempat I ?  "

Ilhan diam lagi.

Baru tersedar yang selama ini Fath Azmi yang bimbing dia dalam banyak hal. Bantu dia untuk buat keputusan dalam banyak hal juga.

Bukankah sudah 10 tahun Fath Azmi menjadi pembimbing yang baik untuk dia ?

Siapa suami di sisi si isteri ?

Bukankah pembimbingnya ?

Fath Azmi tidak pernah memaksa. Fath Azmi membimbing dalam gaya paling santai. Dalam gaya paling tenang untuk dia.

Bibirnya diketap. Nafas di tarik dalam. Anak mata Fath Azmi yang sediakala bewarna coklat muda dipandangnya lama. Mencari sesuatu. Jawapan mungkin...

Lepas  berpisah dengan Arif, Ilhan nekad tidak mahu bercinta. Bukan kecewa, tapi Ilhan sedar satu sifir kira-kira. Sifir yang selama ini dia tidak peka.

Jodohnya tertulis sejak dia di dalam rahim si ibu. Jadi kenapa dia mahu lekas mencari bagaikan si buta ? sedangkan yang nampak siapa jodoh yang tertulis untuknya adalah Tuhan Yang Esa ?

Kalau hakikat itu dia sudah lama tahu, bukankah kurang matang untuk dia tetap mahu bercinta sebelum berkahwin ?

Andaikata teori graviti, yang semua benda akan jatuh ke bumi mampu Ilhan percaya ? Kenapa tidak teori jodoh yang sudah lama dikemukakan oleh Tuhan dia tidak mahu akui ?

Pada Tuhan Ilhan berdoa dan beristikharah. Saban malam dia berdoa supaya hati si jodoh dipegang Tuhan supaya datang meminta ikatan perkahwinan darinya sebaik dia bersedia. Bersedia untuk si Ilhan ialah bila dia siap dengan pelajarannya. Dan orang yang melakukannya sebaik dia sampai menjejak kaki ke bumi Malaysia selepas 5 hari dianugerahkan title Dr ialah Fath Azmi, teman baiknya sendiri.

Kata orang kita suka memandang jauh kedepan, hingga kita lupa untuk lihat sekeliling dan menghargainya... Ilhan tarik nafas panjang.

' Ya Rahman, andai dia yang Kau pilih, mudahkanlah urusannya nanti... '  bisik Ilhan dalam hati. Istikharah itu bukan hanya solat dua rakaat tapi apa-apa perbuatan termasuk doa yang meletakkan perkiraan sesuatu pada hemat Dia yang Maha Tahu. Bertanya Allah sebelum berbuat keputusan.

" Okay. My answer is, Insyaa Allah. " Ilhan tarik nafas sebelum menyambung lagi, " Kalau my ayah say yes, your mum and your family say yes, then insyaa Allah " putus Ilhan akhirnya.

Istikharah itu tak semestinya turun sebagai mimpi. Ia boleh jadi kata hati. Ia boleh jadi kejadian yang menimpa kita. Bila kita letakkan urusan itu kepada Tuhan, andai ianya tidak elok untuk kita Allah akan hindarkan. Allah akan hindarkan walaupun waktu hanya tinggal sesaat lagi sebelum diijab  kabulkan. Itu pegangan Ilhan. Pegangan setelah dia ke kuliah agama anjuran Al-Maghribi di Birmingham England.

Tuhan lebih tahu hati Fath Azmi. Biarlah urusan itu Tuhan yang tentukan.

"Alhamdulillah...! " lebar senyuman Fath Azmi. Dia bersorak kuat.

Beberapa mata memandang mereka. Ilhan tunduk malu. Bibirnya diketap.

" Fath ! Lower down your voice ! " bisiknya kuat pada Fath. Fath senyum lagi. Bangun berdiri. Dada Ilhan sudah berdegup kencang. Apa Fath nak buat ? 

Lelaki  yang  sedari  tadi  duduk  di  meja  sebelah  bangun  mendekati  Fath  yang  turut  sama  berdiri. Sebuah  gitar  di  tangannya  dihulurkan  kepada  Fath  menyambut. Dia  duduk  bersandar  pada  penyandar  kerusi. Santai.

Muka  Ilhan  makin  memerah. Tuhan  sahaja  yang  tahu  betapa  hatinya  bagaikan  mahu  meletup !


Fath mula memetik gitar sambil mendendangkan lagu All I Want Is You nyanyia Louis.

If I was a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I was a tree growing tall and green
All I'd want is you to shade me and be my leaves

If I was a flower growing wild and free
All I'd want is you to be my sweet honey bee.
And if I was a tree growing tall and green
All I'd want is you to shade me and be my leaves

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.

If you were a river in the mountains tall,
The rumble of your water would be my call.
If you were the winter, I know I'd be the snow
Just as long as you were with me, when the cold winds blow.

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.

If you were a wink, I'd be a nod
If you were a seed, well I'd be a pod.
If you were the floor, I'd wanna be the rug
And if you were a kiss, I know I'd be a hug

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.

If you were the wood, I'd be the fire.
If you were the love, I'd be the desire.
If you were a castle, I'd be your moat,
And if you were an ocean, I'd learn to float.

All I want is you, will you be my bride
Take me by the hand and stand by my side
All I want is you, will you stay with me?
Hold me in your arms and sway me like the sea.





Terdiam Ilhan. Fath santai memandangnya. Lelaki yang menghulurkan gitar tadi bertepuk tangan memandang mereka. Beberapa lelaki dan perempuan di meja sebelah juga berbuat perkara yang sama. Bila habis, Fath Azmi mengumumkan kuat-kuat.

" Thank you Ilhan, for accepting me as your Guru Kehidupan selamanya... "

Ilhan tertunduk malu bila semua mata memandangnya. Bahang di pipi terasa semakin kuat.


" Thanks bro sudi datang. Guys ! " Fath mengangkat tangan pada lelaki dan perempuan di mejanya. Jadi semua tu kawan-kawan Fath Azmi ???


Dia angkat kembali wajahnya, melayangkan senyuman manis pada semua yang memandang.

Kalau tak ada orang sah Ilhan akan ternganga luas-luas.


Fath Azmi !


Too much surprise for a night ! 


Tak cukup dengan tu si Fath bersuara lagi.


" Tunggu sini jap Ilhan " 

Fath berpusing ke belakang meja mereka. Dia tunduk bercakap dengan perempuan yang duduk di meja itu. Perempuan yang membelakangkan mereka. Bertambah debar hati si Ilhan. Perempuan  yang duduk mengadap ke belakang dengan lelaki di sebelahnya bangun dan datang ke meja mereka.

Perempuan separuh umur yang berbaju kurung dengan lelaki juga sebaya atau lebih tua berdiri di sisi mejanya. Laju Ilhan bangun menyalami mereka. Tersengih-sengih Ilhan tak tahu apa ceritanya. Keningnya diangkat pada Fath.

" Owh....ni lah pilihan Fath... Cantik orangnya... ummi pun suka. Pakai pun sopan. Cakap pun sopan..."

Erk ?

Jadi sedari tadi ummi dan ayah Fath duduk mendengar ?

Apa jadi kalau dia jawab tidak setuju tadi ?

Muka Fath dipandangnya dengan pandangan - memang nak kena Fath ! 

Fath senyum sengih-sengih sambil menggaru batang leher  yang  tidak  gatal.

" Duduk lah..mak  cik...pak cik..." Ilhan menginjak  ke  kerusi  sebelah. Memberikan ruang untuk ummi  dan  ayah Fath duduk di  situ.

" Panggil  ummi ngan   ayah  je Ilhan... " ramah Datin Rahmah menyuruh. Suaminya duduk tersenyum memandang Fath Azmi. Anaknya yang ketiga. Fath...Fath... sibuk minta dia datang, katanya perkara hidup mati. Kalau boleh nak disegerakan. Ini cara si Fath. Dia  tersenyum dengan gelagat Fath Azmi, memang saling tak tumpah dengan cara dia dulu masa mengorat Datin Rahmah.

" Aha... ya  ummi.. ayah... "

Canggung. Baru je jawab ya tadi, terus mak ayah datang ? Elok  sahaja rupanya duduk di situ dari tadi. Aduh !

" Kalau Ilhan dengan Fath dah sama-sama suka, sama-sama setuju...ummi  suka je tengok kamu berdua ni bahagia..." ummi pegang tangan Ilhan. Mengusap lembut. Mata si ibu memandang si bakal menantu. Pandangn lembut si ibu mertua.

" Bila Fath plan nak kahwin ? " sua si ayah pada Fath Azmi yang sibuk memerhati sedari tadi.

Fath senyum. Ilhan dah membulat matanya.

" Anytime " Fath ketawa. Ayahnya turut sama tertawa. Datin Rahmah berdehem, dan Ilhan menjeling si Fath Azmi.

" Fath... tanya mak ayah Ilhan dulu... " lembut suara Datin Rahmah menegur si anak.

" Ha ah, ummi, ayah,  Ilhan rasa elok ditanya mama dengan ayah Ilhan...tapi dorang kat Jeddah... "

" Tak apa... Ilhan, kat Jeddah pun...kapal terbang ada " lembut si ibu memandang dia dan Fath.

" Hmm... apa-apa pun ummi, biar Ilhan tanya dengan ayah Ilhan dulu... kemudian Ilhan beritahu ummi,ayah dengan Fath... Manalah tahu family Ilhan boleh balik sini ke... " malu-malu Ilhan memberitahu. Ayahnya boleh tahan garangnya. Entah lepas ke tak si Fath ni jadi menantu...

Fath sendiri tahu ayahnya di mana  dan family di sana tu family tirinya. Fath tahu semua tu tapi Fath tak tahu ayahnya macam mana...

Kalau ayahnya setuju, mungkin itu satu lagi petanda.



p/s : kalau banyak typo tu, sorry kay. malas nak baca blk.hehehe.

p/s : Ilhan Arissa maksudnya : Respectful/Nice/ Precious + Bright

p/s : Fath Azmi maksudnya : Victory + A person who keeps his word


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

65 comments:

  1. ala, more. pls?

    ReplyDelete
  2. weeeee... sangat best entry kali nie.. fath azmi mmg macho bangat. siap bawak geng tue.. sgt yakin dan saya suke.. hehehe.. tp apa kes ayah ilhan?? hrmmm... x sabar nak tau..

    Faradina Azlin Azahar

    ReplyDelete
  3. wawawahhhhh...
    i want more!
    can u please book kan cter ni?

    najah norhanan
    19 years old

    ReplyDelete
  4. Fath mmng bpegang pada kata! I love this guy ♥♥♥

    ReplyDelete
  5. COOL sgt fath azmi niey....suke3x...tp lg ske kalo dia tu 'afiq muiz'..bkn 'alex yoong'..hehe..

    ReplyDelete
  6. Omg!!!!!! Sweetnya~~~~ yeayyyyy fath Azmi ngn ilhan jugak!arghhhhhhh sumpah fath paling sweet n gentle! Thumbs up'!!

    ReplyDelete
  7. lepas suboh je teros tngok blog eve. hehe. mmg de best la. bukak bukak je dah update. i luv ur writing la. good news la 13 jam-A380 tu nk jadik novel :) kalau bole sweetheart ni jadik la novel sekali. hihi. n i want more~

    ~ addin.

    ReplyDelete
  8. uhhh..senyummm panjang la kak Ayu tgk gamba "Fath' kat sini..:P

    *amoiiwhitelily*

    ReplyDelete
  9. weeeee weeeeeeee sangat suwitt.... Fath memang romantika di Amor sungguh siap bawa parents dia skali tu, satu Kunang-Kunang dia booked... Hahahahahaha

    Eve nak lagi, tak sabar nak tahu kesudahannya :)

    ReplyDelete
  10. bravo semakin menarik....sambung ya......

    ReplyDelete
  11. ooommaaaiii! fath is super duper sweet meh! oh no! jgn nanti ayah ilhan tak bg kawin sudah la..

    ReplyDelete
  12. Eve.....luv ur babbling dear....keep on writing.suka kat Fath ni...

    ReplyDelete
  13. sweet giler! x sangka fath nk buat sampai cam tu skali...now i'm curious abt ilhan's dad...

    ReplyDelete
  14. Waaa.. Suka tahap gaban nih... Nak lagi... Nak lagi...

    ReplyDelete
  15. YaAllah..sukenyer cara fath propose..i'm melting sudah...

    ReplyDelete
  16. hoho...so sweet... more please....
    hopefully there is someone like Fath outside there...hehe

    ReplyDelete
  17. sweet nye fath ni...:-)

    ReplyDelete
  18. eve tak cukup....nak lagi....nak lagi.....

    ReplyDelete
  19. weehuuu...seyus byk kejutan..hhehe...hopefully xbyk aral yg kene ditempuhi for fath and ilhan..

    ReplyDelete
  20. luv u fath azmi...
    hahaha
    nice laaa kak eve. :D

    ReplyDelete
  21. your style of writing is very likable , very smooth and ada pengajaran yg boleh diambil dalam entry kali nie. tak usah mencari jodoh , ia akan datang tepat pada masanya nnt. kita cuma perlu persiapkan diri dulu.

    #Murni Tan

    ReplyDelete
  22. best2....suke nye dorg nak kawen....oh lupe lak parents ilhan da divorced kn...hope takde masalah tuk dorg kawen...semoga direstui....

    ReplyDelete
  23. Alahaiiiii so sweetnyeeeeee, Mak N Ayah Fath mungkin tak ada masaalah tapiiiii macam mana pulak dengan Ayah tiri Ilhan ??? hmmmm tak tau lagi penerimaan dia orang macam mana kalau ok alhamdulillah, kalau ada yg nak kacau pun macam biasa kekasih lama datang mengharap, dah macam boleh agak xgirl datang mengharap pada Fath. . . . kasi tukar sikit boleh, apa kata Zack Or Alif yg datang kacau daun hahaha ....Eve daling Tqvm for your wonderful words

    ReplyDelete
  24. ya Allah chewt plus gentle gler fath ni!me want tooo!jdkan novel jgklaaa y ni kak eve..me likeeee!thumbs up!

    ReplyDelete
  25. Izzati:

    salam sayang kak Eve..seriously sweet sngat bab nie..Fath Azmi sngat macho,gentleman and very class~...asyik tersenyum simpul baca part Fath Azmi lamar Ilhan Arissa...rupenya dah siap bwak geng dgn umi dan ayah sekali...tak pernah lagi jumpa lelaki yg mcm fath..siap buat kejutan di restoran kunang-kunang lepas tu main gitar,nyanyikan lagu...FYI,i like man who can play an instrument ..especially guitar and piano..i hope i can get that man in my life....(selepas ciri2 utama bakal imam izzati lah)...kirenya klau dpat mcm fath azmi nie bonus buatku...hihihi...

    izzati suka nama Fath Azmi + Ilhan Arissa..thank sbb kak Eve dah bgi mksud nama mereka kat bawah tu..bru tahu ape maksud di sebalik nama yg cantik ini..nak cop ah nama diorang untuk bakal anakku(wah3x,nmpak sngat kegatalan ku nak kawen)..ahaks!

    harap2 step seterusnya berjalan lancar..moga keluarga Ilhan dpat terima Fath sebagai suami kepada Ilhan..nice story..semua cerita kak eve zati suka baca..hero2 die hensem + heroin die mesti lawa2...*peace..x sabar nak tunggu Sweetheart part 8...

    *rasa x lengkap klau tak baca story morry yg kak eve create..thank to Allah sbb bgi akak ilham untuk menulis cerita yg menarik,bnyak pengajaran dan sngat terkesan di hati.chaiyok3 kak eve..love u..muahhss

    ReplyDelete
  26. sweet nyer..mak bapak fath pn ada sm ms fath lamar ilham...

    ReplyDelete
  27. Below gmbar maya karin tu ada error eve. "Lisa kekasih Ilhan", it must be "Lisa kekasih fath" right? Btw eve, superbb masterpiece!!!

    ReplyDelete
  28. Wah eve, bestnya... ! "you sudi tak jadi partner hidup i?" Teringat masa hubby propose i... Hehehehe x sabar nak tau kesudahan kisah Fath & Ilhan ni... Setia menanti for your next n3..
    Take care beb... ;)

    ReplyDelete
  29. Wow!!!! Simply sweet...... Se sweet titlenya-sweetheart...... Go go Eve!!!

    ReplyDelete
  30. woah.... fath the sweetest men hehehhehe and straight forward dia yakin dgn ao yg dia ckp n buat... hahhaha i like tht type of man... full of confidence..... heeee
    thanks kak eve for this lovely entry....
    as usual sweet kiss from ur reader ^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  31. Contoh novel yang guna POV lagi macam twilight tu

    ReplyDelete
  32. Lah. Ketinggalan juga aku ni. --' Hah. Too much suprises. Dalam hati berdebar gila tunggu jawapan dari ilhan dgn kedua belah pihak. Oh, lupe plk. Hehe. Ni, kalau ilhan tolak this propose, pasti macam "argh, disaster".

    ReplyDelete
  33. awesome.... melting..... so sweet.....

    ReplyDelete
  34. awesome fath is awesome. great (Y)

    ReplyDelete
  35. nak lagi nak lagiiiii *sambil hentak kaki :))))

    ReplyDelete
  36. bravo.......ikut kata akak hihihihi

    ReplyDelete
  37. cik penulis pun attend al-maghrib course?qabeelat ihsaan? best kan course2 anjuran institut tu :D

    ReplyDelete
  38. sweet nyer depa neh..akhir nyer berjodoh depa neh...semuge segala nyer di restu keluarga n n yg maha ESA... i

    ReplyDelete
  39. Adoiii mmg nk pitammmsss nie.. (terase diri jd Ilhan la plak..cisss perahsantan betoi akak nie)
    mmg cair la dgn cara Fath nie siap bw ummi & ayah sekali melamar..
    gud job Eve.. akak loikeeee sgt2 ;)

    ReplyDelete
  40. :) Sukee....terimakaseh. Silalah sambung lagi....

    ReplyDelete
  41. aduhai... best sgt cara Fath propose Ilhan...
    Tq eve...
    Walaupun eve katakan citer ni just nak santai2...
    tapi...memang best...
    -shalinda-

    ReplyDelete
  42. bilaaaaaa nakkkkkkkkkk sambunggggggggggggggg???? HEHE :)

    ReplyDelete
  43. kak evelyn bile nk sambung sweetheart ni....rindu sangat!!!
    hehe...Ilhan Arissa & Fath Azmi..so sweet..i'm never bored reading your novel...

    ReplyDelete
  44. kite suka .. best sangat.weeding breaker pun best giler

    ReplyDelete
  45. Better akak wat novel je citer ni.. mana tau satu hari nanti ada org nak publish citer ni kat tv macam novel setia hujung nyawa

    ReplyDelete
  46. kak eve..pls make ayah ilhan setuju okayy?? xnak dy dgn org lain..bia dgn fath azmi jgk..sweeett sehh~ keep it up kak =)

    ReplyDelete
  47. Bila nk ade smbungan kak eve? Mmg d best lah citer akak ni ! ^_^

    ReplyDelete
  48. takde sambungan ker????????? best sgt cite nie.

    ReplyDelete
  49. waahhh!! awesome sungguh la kak eve!! syok sgt!!

    ReplyDelete
  50. Assalam... the end ke... Cik Eve@Iman kembangkan lah cerita ni sbb ianya menarik untuk remaja and adult .. i think as a penulis yg berbakat cerita sebegini InsyaAllah membantu remaja diluar yg kadang kala x tahu realiti alam sebenar...

    ReplyDelete
  51. asalam... the end dah ker??? alamak cerita sebaik ini pls lah kembangakan sebab u sgt bebakat cik Iman@eve... apatah lagi ianya untuk remaja agar mereka tahu buruk baik alam luar sana.. i think kalau ianya dijadikan novel pun best... hopefully...

    ReplyDelete
  52. Sy suka jln cerita santai.cara eve olah cerita cerpen or novel ada gaya novelis melur jelita.bravo2. I like

    ReplyDelete
  53. Awesome cerita Kak Eve.. Cepat sambung Kak :)

    ReplyDelete
  54. eve.......................cepat sambung.......................

    ReplyDelete
  55. weeee...awesome..nk smbungan plssss.. :)

    ReplyDelete
  56. Beautiful :) I'm hooked to your writing! May Allah bless you n keep on writing dear :)

    ReplyDelete
  57. Napa nama Ilhan tu berbeza? mula nama bapa lain, second ada 'wan' dah pula. Aik..

    ReplyDelete
  58. serious melting..dengan the way of Fath propose Ilhan...

    ReplyDelete
  59. knp x buat novel je....best sgt citer ni...ada episod 8 x????

    ReplyDelete
  60. assalam kak.. lps A380 i waiting for your work ... best novel2 akak .. very meaningful n lots of tarbiyah in the novel .. memberi satu "pembuka mta " sbg seorang wanita muslim .. bnyak yang sya bljr novel ni than menyentap tangkal jiwa :)) hope for your new novel ... trus kan berkarya kak .. mgkin dgn novel kak eve ramai yang tersentap dgn kata2 tarbiyah dlm prjalan novel tu .. maya Allah ease and bless you sis :'))

    ReplyDelete
  61. we want moreee...n moree...n more...plsssss...

    ReplyDelete
  62. Continue with new entry please....

    ReplyDelete