Join This Site

Wednesday, 6 February 2013

13 Jam A380 Part 22


Peace be upon all of you guys ! =) 

Here, part 22. Owh so many replies on the linguistic subject. Hehe. I bet, I cant really help with the dialogue, but as for the non dialogue I have no choice but to try to make it in BM since in the end it will be changed to BM juga by editor, and yeah bahasa jiwa bangsa! Kalau ada yg terasa mcm baca buku sastera tu, dont say that, nanti Pak Samad tercabar ok ;p n I hope by menambahkan BM it will reach a bigger audience. Sayang pula kalau ada yang baca tapi mesej kurang sampai sbb bahasa...

Haydar or Fawwaz ? Ada yg dah berubah hati n ada yg setia menanti. Ahahaha, hati siapa yang akan Hana lukai ? Cinta yg menuntut pengorbanan n does the opposite attraction applies to them ? Wallaa la korg nye komen..! Haha.Anyway I love speculation as it means ur mind is being stimulated. lol. 

Ok, here come Bab 22. Enjoy n thanks guys! =)


p/s: Eve nak ambil kesempatan ni nak clear things up about TWB. Regarding Riyadh, tempat Thoriq lahir and tinggal.lol. Dalam TWB I did mention them being in Riyadh and having a bachelor party in Kelab Eksklusif. Thanks to Kak Mazura for her review about Riyadh : kat Riyadh jalankan hukum hudud, no alcohol, semua perempuan kena tutup aurat, xada kelab malam etc. 

Yes, Riyadh is part of Saudi Arabia and SA menjalankan hukum hudud. Well the real Riyadh is like what Kak Mazura said. Hudud, no alcohol, covered women. Dalam TWB Eve mentioned Kelab Ekskulif, as to say its a Private Club or a Club which is not open to everyone. So I bet I used the wrong word there and messed things up. If it made u think Riyadh tu penuh dgn kelab malam n penari gelek. I apologize, thats not what Riyadh is. What make me wrote Kelab Eksklusif tu is, the fact that dalam tripadvisor chat, there were non arabs yg kerja or ke SA atas ke SA dasar kerja yg searching for entertainment. So there was a guy yg suggest Riyadh as another option besides Bahrain. Riyadh ada nightlife, if Jeddah langsung tak ada. dead city at night. but nightlife in Riyadh dorg ada nightclub n bars yg open malam TAPI these places bukan kelab malam mcm kita. they are places to drink n lepak (from various sources I read) and no alcohol. Ada Riyadh cocktail only - mixture of juices and carbonated drink. TAPI this one guy suggested some Clubs which supply benda2 illegal tu. dan kalau bertuah boleh tengok belly dancing. TAPI kelab tu is not an easy access club, u need to know the loyal customers to get there, hence it is by invitation. So I put Kelab Eksklusif to potray all this hidden stuff, which did not match the meaning well. Sorry again on my side. I dont know the real stuff, sbb never been to those clubs, but I bet macam outerlayer and hidden layer of every city lah kot. Like Kelantan itself, suppose tak ada Kelab Malam or Pelacuran, but if u know it well, then u can tell where u can get all this stuff. 

About the VISA, mmg ada visa urusan perniagaan utk ke SA which u need a letter of invitation from the company. or Visa urusan formal which u need pengesahan dari ur embassy. So in Thor case, letter of invitation ke majlis kahwin di tukar ke letter of invitation utk urusan perniagaan i bet boleh diuruskan.hehe =p


and the quiet different view here : Saudi Arabia Royal Families dated 2008

All right, thanks guys ! Enjoy the chapter :)


x Eve x 


Bab 22

“ Linda…How  are  you  feeling  now ? ” tangan  Linda  aku  pegang  erat. Fawwaz  duduk  berdiri  di  sebelah  aku. Usai  menjemput  aku  di  universiti  kami  terus  ke  hospital. 



“ Alhamdulillah… ” jawab  Linda  dalam  suara  yang  masih  lemah. Dia  tersenyum  kecil. Masih  tenang  seperti  biasa.

Bunga  dan  buah-buahan  yang  kami  bawa  aku  letakkan  di  meja  kecil  sebelah  katil  Linda. Linda  siap  memakai  tudung  walaupun  dalam  keadaan  begini. Kagum  aku  dengan  peribadi  Linda. 

“ Owh, lupa  ni  Fawwaz… ” aku  berpaling  pada  Fawwaz  sebelum  Fawwaz  menunduk  hormat. “ Fawwaz, ni  Linda..kawan  saya  tu. ” masing-masing  senyum  sopan.

“ Hope  you  will  heal  soon. ” ucap  Fawwaz  sepatah  sebelum  kembali  kepada  sifat  azalinya  yang   kurang  mesra  dan  pendiam.

“ Terima  kasih… ” balas  Linda  lemah.

“ Awak  dah  jumpa  Helena ? ”

Linda  angguk  perlahan  sambil  melayangkan  senyuman. Tidak  pula  marah-marah.

“ Apa  dia  cakap ? ”

“ Dia  minta  maaf….tapi  salah  saya  juga. Saya  yang  tak  pandang  kiri  kanan… ”

Aku  angguk  beberapa  kali. Mata  meliar  ke  sekeliling. Mencari  kelibat  lelaki  bermata  biru  dan  berambut  blonde  semalam.

Tiada.

“ Saya  minta  maaf  juga  Linda,  saya  pun  tak  sempat  nak  warning  awak  awal-awal…” aku  capai  tangan  Linda. Menggenggamnya  kemas. Anak  mata  Linda  aku  pandang  telus.

“ Bukan  salah  awak… tak  apa, benda  dah  nak  jadi. ” balas  dia  dengan  wajah  tenang  seperti  tadi. Senyuman  masih  terukir  di  wajah  manisnya.

Oh, Linda….

Ada  juga  perempuan  sebaik  Linda  atas  dunia  ni… Lembut…sopan…cantik… Aku  menelan  liur  sendiri. Jauh  betul  dari  peribadi  aku…



“ Bila  Helena  datang ? Tak  sempat  nak  jumpa  dia..” mencicip  aku  bertanya. Cuba  mengalihkan  tumpuan  aku  pada  perkara  lain. Sedari  semalam  aku  terhenyak  dengan  pelbagai  persoalan  hidup… Persoalan-persoalan  yang  mula  terbit  bila  bersua  dengan  Helena  dan   berkonfrontasi  dengan  Fawwaz.

Usai  berbual  dengan  nenek, Fawwaz  dan  Fido, aku  tidur  di  samping  Emmel. Mereka  bertanyakan  mengenai  apa  yang  telah  berlaku. Fawwaz  membuat  keputusan  supaya  aku  berulang   dari  rumah  ke  universiti  dengannya. Memandu  jika  perlu  sahaja. Punah  harapan  ingin  memandu  Audi  TT, tapi  kalau  diikutkan, terselit  di  hati  kecil  ini  perasaan  trauma  dan  bimbang. Walaupun  bukan  aku  yang  melanggar  Linda, memikirkan  yang  aku  mungkin  boleh  berada  di  tempat  Helena, aku  tunda  dulu  kemahuan  yang  satu  itu. Lagipun aku  tidak  pernah  memandu  di  sini  dan  sistem  jalan  raya  di  sini  berbeza  sedikit  dengan  sistem  di  Malaysia. 



Semalam, bila  berbaring  di  samping  Emmel… Melihat  seraut  wajah  suci  Emmel…. Pipinya  yang  gebu….Matanya  yang  bundar….bulu  matanya  yang  tebal  dan  bewarna  keemasan…dengan  rambut  yang  hampir  putih  warnanya..aku  akui  fizikal  kami  jauh  berbeza. Tapi  kenapa  Emmel  memanggil  aku  ‘mommy’ ?

Kenapa  aku  yang  dipilihnya  sebagai  ibu ?

Apa  ada  pada  aku  hingga  sikecil  yang  berhati  tulus  memilih  aku  sebagai  ibunya?

Untuk  Hana  Sofea  yang  sudah  beberapa  kali  menolak  cinta  hanya  kerana  menunggu  buah  yang  tidak  mahu  gugur, Syed  Haydar  Syed  Nazim…memiliki  insan  yang  bergelar  anak  adalah  sangat  jargon.  Tidak  tercapai  dek  akal  normal. Tapi  Emmel  tidak  pernah  gagal  untuk  membuatkan  hati  aku  melonjak  gembira  bila  melihat  seraut  wajahnya. Emmel  juga   yang  buatkan  aku  mahu  teruskan  hidup  untuk  hari  ini  dan  esok, kerana  aku  tahu  Emmel  perlukan  aku. Emmel  sayangkan  aku, dan  reaksi  Emmel  terhadap  aku  buatkan  aku  rasa  dihargai.

Apakah  perasaan  yang  lebih  baik  dan  membahagiakan  daripada  dihargai  dan  diperlukan?

Tapi  cukupkah  hanya  dengan  hadir  di  sisi  Emmel ?

Bukankah  tanggungjawab  ibu  itu  sangat  berat  dan  besar ?

Ummi…Ayah…dua  wajah  yang  terbayang  semalam. Dua  wajah  yang  sudah  bersusah  payah  membesarkan  aku. Dua  wajah  yang  membentuk  dan  mempengaruhi  diri  aku  kini. Aku  adalah  kain  putih  yang  sudah  dicorak  rapi  oleh  ummi  dan  ayah. Kain  putih  yang  terkadang  seringkali  melukakan  hati  si  pelukis, tapi  setiap  kali  itu  jugalah  mereka  akan  kembali  mencorakkan  keindahan  di  kain  tersebut. Melupakan  luka  sendiri, semata-mata  mahu  menjadikan  kain  itu  indah. Indah  bukan  sekadar  di  mata  mereka, tapi  indah  di  mata  semua  yang  melihatnya.

 Ayah  yang  kecewa  bila  kakak  berkahwin  tanpa  restunya…tapi  ayah  sorokkan  rasa  dan  tetap  membuka  tangan  seluasnya  untuk  kakak  pulang  kembali  kepada  kami.

Aku ?

Aku  yang  tanpa  perasaan  mengugut  dan  mendesak  untuk  memusnahkan  penat  lelah  ayah  selama  berpuluh  tahun. Penat  lelah  yang  ayah  terpaksa  lalui  untuk  membina  impiannya  sebagai  kontraktor  kelas  A. H’s  CafĂ©  terbina  dari  kekecewaan  seorang  ayah, kasih  sayang  seorang  ayah, dan  sifat  mementingkan  diri  seorang  aku. Hana  Sofea.

Apa  pincangnya  ayah  dan  ummi  bila  anak-anaknya  degil  begini ? Sedangkan  kasih  sayang  yang  mereka  curahkan  langsung  tak  bertepi…Atau  tubuh  dan  darah  daging  kami  terhasil  daripada  wang  rasuah  yang  terpaksa  ayah  hulurkan  untuk  memenangi  pelbagai  kontrak  sebelum  ini  yang  buatkan  jiwa  kami  kelam  ?

Dan  Emmel….

Siapa  Emmel  bila  dia  seusia  aku  nanti ?

Akukah  yang  mencorakkan  peribadinya  nanti ? Bagaimana ? Layakkah  aku ? Ilmu  apa  yang  aku  ada ? 

Pelbagai  persoalan  terus  beraja  di  minda  dan  hingga  kini  masih  menghantui  jiwa.

“ Hana, awak  dengar  tak ? ” suara  Linda  berbaur  tawa. Fawwaz  turut  sama  tergelak. Aku  jeling  Fawwaz  sekilas.

“ Hana  memang  macam  ni  Linda.. ” Fawwaz  menahan  tawa  bila  jururawat  berdekatan  dengan  kami  memandang. Memberikan  isyarat  supaya  tidak  bising.

“ Jauh  berkhayal…awak  dah  sampai  mana  dah ? ” gurau  Linda  walaupun  kedengaran  lemah  tapi  cukup  untuk  menceriakan  suasana.

Aku  tersengih  sebelum  menjawab, “ Saya  dah  sampai  merata  dunia  tadi. Sikit  lagi  nak  ke  bulan, hehe ”

Fawwaz  dan  Linda  menggelengkan  kepala  dengan  gelagat  aku.

“ Helena  datang  pagi  tadi… ” ulas  Linda  bagai  mengulang  balik  jawapannya  tadi. Aku  angguk  perlahan.

“ Helena  tu  Muslim, Linda… Saya  langsung  tak  sangka…” ujar  aku  pada  Linda. Agak  teruja  dan  kagum  yang  bersatu.
Linda  senyum  tenang.

“ Alhamdulillah… Dia  nampak  baik…Mungkin  lepas  saya  sihat  nanti  kita  boleh  jumpa  bertiga. ”

Aku  telan  liur. Linda  langsung  tidak  menyimpan  perasaan  dendam  atau  amarah  pada  Helena ?  Kalau  Linda  begitu  positif  ingin  menerima  Helena  sebagai  teman, aku  apatah  lagi. Walaupun  dari  segi  status  dan  kelas  sosial  aku  rasakan  Helena  layaknya  setaraf  dengan  golongan  tidak  berpendidikan  tinggi  di  Malaysia, tapi…peribadi  dia  layak  aku  hormati. Ada  sesuatu  di  dalam  diri  Helena  yang  buatkan  aku  mahu  mengenalinya  dengan  lebih  mendalam.

“ Okay  juga ! Saya  pun  dapat  kawan  baru ” ujar  aku  riang. “ Owh  Linda…Saya  harap   
awak  sembuh  cepat  okay ? Nanti  kita  minta  Fawwaz  belanja  makan  gelato  kat  Itali.” aku  jeling  Fawwaz  yang  sudah  mengambil  duduk  di  kerusi. Melontarkan  senyuman  nakal  padanya. Menonong  Fawwaz  memandang  aku. Terlopong  pun  ya. Tak  pasal-pasal  nama  dia  yang  naik.

“ Gurau  ajalah  Fawwaz ! ” sakan  aku  ketawa. Fawwaz  dah  buat  muka. Linda  turut  sama  tertawa.

“ Ouch !!! ” suara  Linda  mematikan  tawa  aku. Berkerut  wajah  Linda  menahan  sakit.

“ Shh…alamak…sorry ! Saya  buat  awak  gelak  kuat  sangat….Belakang  awak  sakit  lagi?”
Kelam  kabut  aku  mencapai  bahu  Linda. Cuba  membantunya,  tapi  dia  mengisyaratkan  supaya  aku  tidak  berbuat  apa-apa. Mungkin  tindakan  cemas  aku  akan  lebih  membahayakan  dia. 

“ Saya  gelak  kuat  sangat  tadi, dah  okay  dah  sekarang. ” Linda  kembali  tersenyum  bila  dia  kembali  stabil. Fawwaz  yang  duduk  di  kerusi  menggelengkan  kepalanya  beberapa  kali  pada  aku. Aku  buat  dek  sahaja  dengan  reaksinya.

“ Hmm… nak  makan  buah  tak? ” soal  aku  sambil  berjalan  ke  kabinet  yang  aku  letakkan  buah-buahan  yang  sudah  dikupas  dan  diletakkan dalam  paket. Fawwaz  leka  dengan  telefon  di  tangan, entah  apa  yang  dibuatnya. Sabar  sahaja  dia  menunggu. Sejak  semalam  Fawwaz  lebih  mesra. Lebih  banyak  tersenyum  dan  tahu  bergurau  senda. Tadi  bila  aku  tanyakan  padanya  kenapa  mood  dia  macam  berubah? Dia  tayangkan  senyuman  maut  sambil  membalas, ‘ I  have  got  my  heart, so  it  changes  me.’

“ Boleh  juga.. ” jawab  Linda  perlahan.

“ Nanti  esok  saya  buatkan  red  ginseng  soup… ” aku  menawar  sambil  menghulurkan  buah-buahan  pada  Linda. Dia  menyambut  perlahan. Meletakkannya  di  atas  katil  sebelum  memakannya  denga  garfu  satu  persatu.

“ Susahkan  je  Hana…. ”

“ Okay  je…Hmm… your  savior  mana ? ” usik  aku  dengan  senyuman  nakal. Linda  pandang  aku  tak  berkelip. Nampak  keliru.

“ Savior ? ” soalnya  sepatah.

Aku  sengih  sampi  ke  telinga.

“ Tak  kan  malu  kot ? Suami  awak  eh ? Ke  pakwe ? ”

Makin  terkebil  mata  Linda  memandang  aku  yang  berdiri  di  sebelahnya. Bila  lama  Linda  terdiam  dan  terkebil  akhirnya  aku  sebutkan  terus.

“ Samuel  la… ”

Linda  sengih  sebelum  tersenyum.

“ Mengarut  lah  awak  ni  Hana… Samuel  tu  kawan  kakak  dengan  abang  angkat  saya… ”

“ Awak  minta  saya  call  dia  semalam ” potong  aku  cepat. Musykil.

“ Ya  lah, dia  je  yang  tahu  keluarga  saya. Kalau  ada  apa-apa  jadi   pada  saya, senang  dia  nak  hubungi  mereka  nanti. Kami  tak  ada  apa-apa  hubungan  pun… ”

Mengingatkan  cara  Samuel  semalam, aku  tahu  Linda  adalah  orang  yang  penting  bagi  Samuel…Kalau  tak, tak   kan  sampai  macam  tu  sekali  reaksi  Samuel ?

“ Bukan  kekasih ? ” tebak  aku  lagi. Bila  perasaan  ingin  tahu  memuncak, sikap  aku  menjadi-jadi. 

“ Bukan…dia  bukan  Islam  pun…kalau  berkasih  sampai  ke  mana ? Lagipun…” Linda  terdiam  lagi. “ Ridiculous  la ! Macam-macam  awak  ni  Hana… ” dia  ketawa  kecil.

Aku  buat  muka. Masih  musykil… tapi  aku  diamkan  saja…

“ Owh, kenapa  awak  cakap  dia  savior ? Bukan  ke  dia   datang  bila  saya  dah  dimasukkan  ke  sini  ke ? ” soal  Linda  bersahaja. Mangga  disuapnya  ke  mulut. Dikunyah  perlahan. Dia  memandang  aku  dari  ekor  mata.

“ Dia  tak  cakap  apa-apa ? ”

“ Cakap  apa ? ”

Linda  betul-betul  tak  tahu ? Pelik  pula  hubungan  Linda  dan  Samuel… Samuel  bagaikan  nak  gila  risaukan  si  Linda  ni  semalam. Kalau  sekali  pandang, macam  kekasih  dia…Aku  garu  kepala  sebelum  menyambung  kata  dengan  wajah  agak  berkerut.

“ Semalam…awak  hilang  banyak  darah… ” beritahu  aku  perlahan…otak  ligat  berfikir. Terfikirkan   sebab  kenapa  Samuel  langsung  tidak  memberitahu Linda  mengenai  perkara  tersebut ? Linda  tekun  memerhatikan  aku. “ Tapi  darah  awak  jenis  O  negatif….hospital  tak  ada  bekalan  darah  tu…Pihak  hospital  tanyakan  keluarga  awak… ”

“ Uhukkk !!! ” terkejut  aku  bila  Linda  tersedak. Cepat-cepat  aku  hulurkan  tisu  dan  air. Laju  Linda  mencapainya. Bila  reda  sedikit  dia  membuat  isyarat  supaya  aku  menyambung. Serba  salah  aku  dibuatnya.

“ Samuel  cakap  dia  keluarga  awak…. ” 

Linda  tunduk  menguis  buah  yang  masih  bersisa. Bagai  mengelamun…

“ Dia  yang  dermakan  darah  dia  untuk  awak  semalam. Nasib  baik  dia  pun  O  negatifHaih, kenapalah  dalam  1%  orang  kat  dunia  ni,  you  must  be  one  of  them?” aku  senyum  girang. Kembali  memandang  Linda.

Membuntang  mata  Linda  memandang  aku. Terkejut  benar  gayanya. Terdiam  aku  bila  dia  memandang  begitu.

“ Awak  dah  jumpa  dia  kan ? ” tebakku  dalam  musykil  yang  menggunung.

Dia  diam  sejenak  sebelum  mengangguk. Linda  nampak  menjauh. Bagaikan  mengelamun  dan  jauh  berfikir. Mungkin  berita  yang  darah  Samuel  dan  darahnya  kini  bersatu  agak  berat  untuk  dia  terima ? Atau  dia  langsung  tak  terfikir  yang  Samuel  akan  dermakan  darah  untuk  dia?

“ To  think  of  it  Linda…I  think  he  is  totally  into  you…and  just  by  thinking  of  it, I could  smile  and  smile…. ” Aku  tayangkan  muka  berangan  pada  Linda. “ Darah  awak  dan  darah  dia, bersatu….Dalam  diri  awak, ada  Samuel….Ouch, awesome  kan  Fawwaz?! ” girang  aku  memberitahu. Terkebil  Fawwaz  memandang  aku  bila  namanya  disebut  lagi. Nampak  sangat  mamat  ni  tak  ambil  peduli  sejak  dari  tadi. Aku  buat  muka.

“ Awak  ni.... awak  buat  apa  Fawwaz ? ” dia  masih  sibuk  dengan  telefon  di  tangan. Aku  berjalan  kearahnya  dan  mengintai  ke  skrin  telefon. Tak  puas  hati  betul  dengan  Fawwaz  ni, sedari  tadi  bukannya  nak  berbual  bersama  dengan  aku  dan  Linda  pun. Datang  sekadar  tayang  muka  je.

Graf  saham ? Online  portfolio ?

Dia  tengah  tengok  prestasi  saham ? Dalam  hospital  macam  ni ? Aku  pandang  Fawwaz  dengan  pandangan  semacam…Haisy…patutlah  kaya ! Betullah  orang  cakap, semua  benda  ada  harganya. Bukan  harga  duit, tapi  harga  pengorbanan , masa  dan  usaha… The  more  you  are  willing  to  pay, the  more  you’ll  get. Kalau  malas, terima  sajalah  apa  ada.

“ Nanti  ajar  saya  boleh ? ” pinta  aku  terus. Badan  masih  menunduk  memerhatikan  telefonnya. Dia  jeling  aku  sekilas  sebelum  tersenyum  dengan  hujung  bibir. Senyuman  maut ! Terpana  aku  sekejap.

“ Okay… ” balasnya  pendek  sebelum  mengisyaratkan  supaya  aku  kembali  ke  sisi  Linda. Bagaikan  kanak-kanak  aku  menurut  sahaja  arahannya. Sempat  mencebik  sebelum  bergerak  ke  katil  Linda. Dia  ketawa  perlahan  dengan  reaksi  aku.

“ Hmm..Linda, apa  mak  ayah  awak  cakap  pasal  awak  kemalangan ? Nak  saya  tolong  hubungi  mereka ? ” soal  aku  pada  Linda  walaupun  wajah  Linda  masih  merah  kerana  malu  diusik  oleh  aku  tadi.

Linda  terpempan. Wajahnya  tampak  bimbang. Mungkin  bimbang  dengan  reaksi  keluarganya, entah..aku  sendiri  pun  tidak  pasti.

“ Tak  apa.” Laju Linda  menolak. “Keluarga  saya  tak  tahu.Saya  tak  nak  mereka  risau.”

“ Owh… ” kali  ini  aku  pula  yang  terpempan  dengan  jawapan  Linda. Baik  benar  orangnya. 
Kalau  aku, mungkin  dah  minta  umi  dan  ayah  datang  ke  sini.

Bila  jam  sudah  menginjak  ke  pukul  6.45pm  aku  mula  meminta  diri. Aku  tahu  Fawwaz  pasti  penat  setelah  seharian  bekerja.

“ Linda, saya  dengan  Fawwaz  gerak  dulu  ya ? ”

Linda  angguk. 

“ Awak  nak  pesan  apa-apa  tak  esok ? ”

Linda  geleng. Dia  nampak  risau  dan  resah. Bagai  ada  yang  tidak  kena  dengan  Linda. Pelik, tapi  mungkin  mainan  perasaan  aku  sahaja. Mungkin  Linda  penat  sebab  itulah  dia  bereaksi  begini.

“ Jaga  diri  ya… Owh, Samuel  dah  tak  datang  ke ? Siapa  yang  jaga  awak  nanti ? ” bimbang  juga  kalau  Linda  hanya  berseorangan  kat  sini.

“ Dia  datang  pagi  tadi, tapi  saya  tak  selesa  lelaki  yang  jagakan. Lagipun  jururawat kat  sini  semua  okay… ” Linda  senyum  tenang. “ Awak  balik  la, dah  malam  ni… ”

“ Owh… ” itu  sahaja  yang  mampu  aku  suarakan. Agak  terkejut. Aku  sangkakan  Linda  dan  Samuel  rapat. Bercinta. Lain  pula  gayanya  kini. “ Mm…kalau  macam  tu…ada  apa-apa, hubungi  saya  ya ? ”

“ Insyaa  Allah, jangan  risau. Doakan  je  saya  cepat  sembuh. ”

“ Okay  Linda, saya  gerak  dulu. ” pipi  Linda  aku  cium  kiri  kanan. “ Fawwaz, jom.” Fawwaz  yang  sedari  tadi  duduk  di  kerusi  mula  bangun  dan  berdiri  di  sisi  katil  Linda. Dia  tunduk  hormat. Formal  seperti  biasa.

“ Moga  cepat  sembuh. ” itu  sahaja  ayat  dari  Fawwaz. Linda  senyum  mesra.

“ Terima  kasih  sebab  datang… ”

Wad  kami   tinggalkan. Menyusur  jalan  antara  katil-katil  yang  ada. Wad  pesakit  perempuan  dengan  pelbagai  jenis  pesakit  di  dalamnya. Ada  yang  berseorangan  dan  ada  yang  sedang  bergelak  tawa  dengan  pelawat. Bila  sampai  di  muka  pintu  wajah  yang  aku  cari  sedari  tadi  muncul  di  situ. Berselisih  dengan  kami. Laju  aku  menyapanya.

“ Samuel ! ” 

(WHO will be SAMUEL ? 
Out of 16 names  given. Only them are blond with blue eyes.lol.but semua handsome2, so I lined up those with blond hair n blue eyes only. You know Samuel's character rite ? 
High socialite, cheeky, rebellious, player )




Dia  terhenti. Memandang  aku  lama  sebelum  melayangkan  senyuman. Fawwaz  yang  berdiri  di  sebelah  aku  turut  sama  terhenti.

“ Awak  kawan  Linda  kan ? ” tebak  Samuel. Mungkin  lupa  apa  nama  aku. Bila  keadaannya  tidak  berserabut  begini  dia  tampak  jauh  lebih  kacak  dari  semalam.

“ Ya, kawan  Linda. Terima  kasih  selamatkan  Linda  semalam… ” ucap  aku  tulus. Dia  menggelengkan  kepalanya   sambil  tersenyum  memandang  aku.

“ Terima  kasih  pada  awak, bukan  saya. Mujur  awak  ada  dengan  Linda  waktu  tu.. Linda  tidur  ke  kat  dalam ? ” soalnya  pada  aku  seraya  mengintai  pandang  ke  dalam  wad. Wajah  bimbangnya  masih  ada, tapi  jauh  lebih  tenang  dari  semalam.

“ Tak… She  is  all  wide  awake. Tunggu  awak  kot. ” aku  kenyit  mata  bergurau. Samuel  ketawa. Tangannya  memegang  jambangan  bunga  dan  beg  plastik  yang  dipenuhi  majalah  dan  buku. Pasti  untuk  Linda  telahku.

By  the  way, saya  gerak  dulu..and  lupa, ni  kawan  saya, Fawwaz ” aku  pandang  Fawwaz  yang  berada  beberapa  langkah  di  hadapan  aku. Fawwaz  memandang  kami. Anak  matanya  tampak  intense. Tidak  mesra. Dia  berdiri  di  situ, tidak  cuba  untuk  datang  kemari. Terpana  aku  dengan  sikap  Fawwaz  kali  ini. Aku  buat  muka  pada  Fawwaz  sebelum  berpaling  pada  Samuel.

“ Ni  Samuel, kawan  Linda  ” Fawwaz  aku  jeling  sekilas. Samuel  memandang  Fawwaz  tepat  mata  ke  mata. Satu  pandangan  garang  dari  Fawwaz  dan  satu  pandangan  sinis  dari  Samuel. Keduanya  langsung  tidak  menapak  untuk  bersalaman. Fawwaz  memasukkan  tangannya  ke  dalam  kocek  seluar, tanda  dia  tidak  mahu  bersalaman, jauh  lagi  untuk  berkenalan. Samuel  pula  tersenyum   tenang…tapi  dalam  ketenangan  itu… sinikalnya  jelas  terpancar. Aku  yang  berada  di  tengah  terasa  jeda. Keliru.

“ Saya  pergi  dulu. See  you  again  Samuel. ” cepat-cepat  aku  mengekor  Fawwaz  bila  dia  terus  berlalu  tanpa  menegur  Samuel. 

Pelik. Mereka  kenal  ke  sebelum  ni ?







 your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :) 

and do leave your comment, its FREE ! =p

154 comments:

  1. Like it very much!! Sronoknya kalu evryday bgn celik mata ade new en3...lol..gurau jer cik eve....
    Samuel, no 3... face mamat nie kn ala2 notty skit.... hik3
    Nite2 eve...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalaulah bleh update cenggitu kan,lol. ;p

      Delete
  2. waa , sagt2 excited nk tw citer selanjutnye . td paggi2 online fb , dpt post dr group TWB ,tros bukak blog nii , waa . ape jaidk lepasnii ? tk sabar laa . nape ngn fawwaz and samuel ? there must be something between them kn ? hehe . thanks k.eve , update cerita harini :) dah lame tertungggu , kan best kalau tiap2 ari k.eve update :D hehe .. your entry selalunya , sgt informative . i like ! ahak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mahabbah.alhamdulillah kalau jumpa info tut.lol

      Delete
  3. Aik ada konflik bru lak..x pa janji entry nie best..hope selalu update this story..i love it..thank you eve

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jg fieda ;) insyaa Allah moga smooth menulisnya.

      Delete
  4. Waa.. Bestnya.. X sabar nak tau kisah seterusnya.. Cepat la Eve.. Selalu2 update entry.. Selalu tertunggu2.. Huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks babe :) selalu? ahahaha alangkah kan..hehehe

      Delete
  5. Eve ! Can I vote for Mr athur pendragon 4 Samuel ? I luv his character so much !

    "LOL"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup i also ....can i vote for Mr Athur Pendragon? thanks eve 4 the n3 i like it..

      -hanim_

      Delete
    2. me tooo...
      vote for arthur pendragon aka bradley james.
      oohh my... :D

      Delete
    3. me three..hehe
      nak arthur pendragon 4 sumuel !!!
      kak eva nak haydar..mana dya menghilang ni

      Delete
    4. pergh ramai fan arthur. k nti tgok vote mana plg banyak :)

      thanks!

      Delete
  6. Hana ni kdg2 klakar main redah je tanya itu ini, cute pn hado, hehe...well tulis lg Eve.
    Samuel tu Brad Pitt la kot...
    Good job dik...pasti Fawwaz kenal Samuel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itulah Hana.lol. thanks kak.

      Delete
  7. Hemmm...cairlah dgn si Fawwaz ni...seronok la pulak dgn expresi muka Fawwaz bila jumpa Samuel ni...ada unsur2 jeles...

    ReplyDelete
  8. Assalam Eve,

    wahhh makin menarik ni....

    1. kak pilih gambor no 2 jd Samuel ( btw sapa tu? :-)) )
    2. Fawwaz kenal Samuel?!! jeng jeng jeng...ni ada kena mengena ngan citer zaman prasejarah kot...
    3. Fawwaz + Hana tetap dihati biarlah ribut melanda...hehehe

    Eve, silalah sambung lagi... terima kaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt kak ! ;)

      1. herm eve pn tak ingt nama dia.haha.kne cek blk if dia menang.lol
      3. lol :p

      tQ kak ;)

      Delete
  9. eve, I love ur writing very very very much...
    tak sabao nk tau.... I select pic 3 or 6 for samuel image....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la sy pun rasa no 3 atau no 6 mcm kena jer ngan samuel

      Delete
    2. chris evans is samuel...samuel is chris evans...lol.

      Delete
    3. ouch anon...thanksss :D !

      ok geng 3 n 6 plak ni ye.baiklah counting d vote.lol

      tQ guys!

      Delete
  10. Eve..me want no 1..muehehhe..surely fawwaz kenal ngan si samuel tu..

    ReplyDelete
  11. spotted on part nk mendidik anak..i terpikir jgak hal2 camtu..takutnya nk pikul tanggungjawab nk mendidik ank2 coz takut xmampu mencorak 'kain putih' tu jd lukisan yg menarik..bab pikul tanggujawab as a gud wife & as a gud mom,huwarghh buat i seriau..

    *Amoiiwhitelily*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah me too.haha.hence d delayed in marriage. but if we search for the right husband may be he can ease the burden. may Allah make us a good mom, just like a mother for Imam Shafie whom taken care of her child(what she ate, what she read, what she said) since in the womb. amen

      Delete
  12. vote for ryan gosling! haha.. uh.. nmpknya ade konflik baru.. samuel vs fawwaz.. hmmm

    ReplyDelete
  13. selalu refresh blog ni, akhirnya ada entry baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akhrinyaa kan.lol. thanks mrs gx :)

      Delete
  14. Nk gambar no 1 jadi Samuel....mesti Samuel kenal fawwaz kn means mesti dia kenal abg Adam jgk kan.jyeahhh !! Hehe.. Tapi........ Rindu dekat haydar....where's haydar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. arthur pend. yeah ? k let see sape menang vote.lol. thanks fika :)

      Delete
  15. best best best.. mesti ada kaitan between Fawwas & Samuel tue..
    Ermmm no.2 or no.3 (nama diaorg pe yek?? udah luper laa) yg sesuai jd Samuel, even Mr.Arthur Pendragon tetap encem di hatiku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eve pn tak ingat nama dey all.haha. k noted eddayu. thankss ;)

      Delete
  16. hi eve, i vote for ryan gosling to be Samuel! I've just finish reading novel TWB and terus google nama u. since then i terus terpaut dgn blog u ni. Totally love your fairy tales. Keep up the good work girl!!
    p/s: love watak haydar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ifa ! yeah haydar, fawwaz n fido have their own team. hence welcome to d group.lol

      Delete
  17. No 1 pilihan hati hehe....

    Ada apa dgn dia orang eek ? (F & S)

    Hana tetap leee lurus bendul. ....

    bila Aryana n Tg Adam nak datang tengok linda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi rindu Ariana n Adam ye kak ? ;p haha
      thanks kak !

      Delete
  18. fawwaz kenal samuel ke..jgn la diorg musuh..

    ReplyDelete
  19. wah,makin best..sy pilih no 1 lah..hihi..tp,mana haydar menghilang??lama dah x dengar khabar..hmm..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep on missing him babe. hehe. thanks!

      Delete
  20. Wah..best n3 ni.yeahh..fawwaz dah dpt heart dia!!! thanks eve

    ReplyDelete
  21. samuel no 1 n no 6.. hikhikhik.. tamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha seb baik 1 n 6, bukan 1 hingga 6.lol. thanks babe :)

      Delete
  22. No.6 mcm nampak budak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok tetiba confuse, ni vote ke ? haha. vote la kan? ke? haha

      anyway thanks kak ila! :)

      Delete
  23. Samuel num 6 plis!!!

    ReplyDelete
  24. Waaa...suke sfat hana yg suke mengusik.. Pilih no.6 tuk samuel..rasanyer lbh sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok noted kak ;) tQ!

      p/s : d lively hana :)

      Delete
  25. oh no...xpuas la baca...hm....

    ReplyDelete
  26. setelah di ditolak campur ..saya pilih no1 utk samuel.. :)

    eve > hydar mana?..dah dilupakan @ terus dilupuskan dari ingatan hana ni..ishk.ishk.. (ku masih setia ni.. haha)

    ReplyDelete
  27. Nampak gayanya ada konflik antara Fawwaz dan Samuel ni. Mesti persengketaan high class, kerabat diraja dengan keluarga jutawan arab gitu. Fawwaz mesti tak suka Hana berbaik dengan Samuel...hehehe jangan jeles.

    ReplyDelete
  28. Lupa nak vote plak, still pilih no. 4 sebab semua cirinya ada pada Samuel tu.

    ReplyDelete
  29. This is wat I've been waiting for..new n3! I wonder wat had happened btween fawwaz and samuel? And as for samuel character I think paul walker and tat 2nd guy are very fit in wif samuel.

    ReplyDelete
  30. As salam.. Eve,

    thanks for the exciting n3! keep on writing.. & i choose guy no. 1 or 3 for samuel.. :)

    ReplyDelete
  31. Eve guy no.1 for samuel..

    ReplyDelete
  32. love fawwaz!!!! mabuk dh ni ngan fawwaz. Eve...can u hear my heartbeat?!hahaha... No.6 @ Chris Evans is samuel. Gud job eve. Love TWB and all ur work!

    ReplyDelete
  33. vote no. 1 for samuel .... (ini pelakon merlin yg jadi arthur tue kan??)

    ReplyDelete
  34. No 3 sesuai untuk Samuel.!! ^_^

    ReplyDelete
  35. Saya pilih pic no.3 utk watak samuel, kalau no.1 pun ok jgk tp mcm baik je nk jd player

    ReplyDelete
  36. nak lagi!!! hehehe

    ReplyDelete
  37. vote for num 3~~~ :D kenapa dengan samuel n fawwaz~ dup dap dup dap nak menunggu~~ keep it up! me want more entry from u! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh Aya no 1 la Arthur cm sesuai as samuel! Hehe

      Delete
  38. Izzati:

    salam sayang kak Eve...akhirnya dpat baca A380 part 22 hari nie..;)

    Emmel sngat cute!..ahaks!tetiba jdi camnie..lol
    yup,betul tu,ibu bapa lah yg mencorak peribadi anak mereka..klau mereka melukisnya dgn cantik,maka peribadi anak mereka turut cantik...:)

    sekarang tertanya-tanya apa yg berlaku antara Samuel dan Fawwaz?adakah diorang pernah kenal suatu hari dulu...?ataupun die jeles kot bile tgok Hana bercakap dgn Samuel?oh no no..sukar untuk menebak..suspen jer...

    x sabar nak tahu smbungan seterusnya..adik pilih no 3 untuk watak Samuel..:)

    keep writing...love u sis..<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ouch izzati ;) tetiba jadi camni ye? haha. comel jek. akak pun sukaaa klau ada anak macam Emmel.haha. agree with u about peranan mak ayah :)

      tQ dik :)

      Delete
  39. i vote for no.1 .. athur pendragon! sesuai sbb dia british ahaha~ tak sabar nak tau konflik between fawwaz n samuel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok thanks nadhrah ;) hmm pe ye konfik they all ni.hehe :p tQ nad

      Delete
  40. huih banyak konflik ini fairy tales

    kalau betul fawwaz dan samuel bermusuhan, harap2nya Hana & Linda dapat jernihkan hubungan 2 makhluk paling seksi ni.

    Nak tambah konflik lagi, time bunga2 matahari muncul between fawwaz dan Hana, Haydar pula muncul. Masa ni agak2 semua readers pun tak tau nak pilih siapa :)

    Tak sabar nak baca versi novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha fairytales versi fantaghiro plak kak ;p

      Delete
  41. The best!! Me vote for No.1!! Heee suka sgt ngn dia..

    -Yannie-

    ReplyDelete
  42. Yey..yey...dpt gak pilihan sy masuk dlm list utk watak Samuel...coz muka dia nampak player nor bad boy gitu di mataku...kui...kui...kui...me still vote no. 3....angau kakak ngan watak2 dlm citer nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha angau dgn semua watak pn ok kak ;) tQ

      Delete
  43. Kenapa takde yg nak pilih no 6 ?? No 6 lah x) kekeke Baru ada ghupa "High socialite, cheeky, rebellious, player" kan ? Tak eh ? Okay xD hehe
    Btw , cerita2 akak semua best best belaka ! xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada...ada yg plh no6 kat atas tut ;) thanks dik :)

      Delete
  44. fawwaz jeles...

    ReplyDelete
  45. i'm voting number 3 for samuel. yeahhh. he looks much like a high socialite ones and also a player. hehe. aikk, fawwas dan samuel ade something wrong somewhere kah? btw, thank you Eve for the entry. ohsemmmm!

    #Murni Tan

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks babe ;) okay no3 yeah..lol. nti we will unveil d truth about them... ;p

      Delete
  46. Cantik n comelnya gambar hana... Sapa tu? Artis ka?

    ReplyDelete
  47. Number 3. PREFER TO SAMUEL.

    ReplyDelete
  48. Vote for Chris Evans! He's hot and cheeky! ha ha

    ReplyDelete
  49. Eve..
    rasanya pic no 3 sesuai tuk samuel..
    nampak gayanya samuel n fawwaz cam ada benda yg x settle je..
    -Shalinda-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm mmg tak settle tu kak , hehe ;)

      Delete
  50. Replies
    1. ok adik manja, baby mio and nieza ;)

      Delete
  51. Fawwaz & samuel = musuh perniagaan .?

    ReplyDelete
  52. eve..saya nak samuel no 1 or 3..hehe :)

    ReplyDelete
  53. cerita smakin menarik!
    samuel ??? no3 plzz. very ohsem guy!

    -miela-

    ReplyDelete
  54. No 2,3,6 . Tapi 3 the best laaaa . What is going on between samuel and fawwaz?

    ReplyDelete
  55. Dup dap tunggu sambungannya :) hihi. No 1 la. Sesuai kot ngan character Sam yg cheeky tu.. Yg lain muka mcm matang sgt la.. hihi :p.

    ReplyDelete
  56. salam...
    xde cite pasal haydar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Haydar? siapa tu? hahaha joke. joke. :p belum tiba masanya.ahaha

      Delete
  57. Eve, vote for no.6...(wondering who's that guy????)

    ReplyDelete
  58. No1 (nmpk cheeky n playboy sikit) or no6 (nmpk baik n high class)

    ReplyDelete
  59. Setuju..no.1 tu nmpk mcm cheeky & messy.. so mmg dia lar playboy nyer...hahaha.. Eve walaupn skrg Fawwaz dh mula menceriakan hati ku (cewahhh) tapi rndu jugak dgn Haydar..mana dia menghilang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dok malaysia babe. baru semalam dia bertolak balik malaysia, entah dah habis jet lag ke blom. hehe

      Delete
  60. nk my king ^^ authur pendragon a.k.a bradley james num 1 hahha :D .... knapa fawwaz n samuel tu... diorg musuh ke?? mayb dlm business kot diorg x ngam.... or mayb fawwaz jealous hahahhaah :D
    anyway thanks kak eve for this entry.... :D Love ya! ^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  61. Saya vote pic no. 6..
    Dah dah beli dan abis baca TWB..love it very much..kerana banyak pengisian

    ReplyDelete
  62. Hoeyah....arthur!sy vote si arthur tu...excited mnunggu entry strusnya...

    ReplyDelete
  63. no.3...x sbr nak tnggu n3 bru...mna hlng haydar nak jgk tau..hehehe..

    ReplyDelete
  64. hi. saya rasa kurang berpuas hati bahagian perbualan watak-watak dalam cerita ni. boleh tak cik writer tolong tulis bila diorang bercakap dalam bahasa melayu dan bahagian mana diorang bercakap dalam bahasa inggeris. so some readers like me don't get confused on what language were they using when they are having a conversation. like fawwaz and hana, were they talking in malay - despite the fact that fawwaz said kenapa as key-na-per before? when did his malay improves so much? i think it is okay that you write english conversation in english and malay conversation in malay like in hatiku di harajuku by ramlee awang murshid where all the conversation in japanese were written in romanized japanese, with its translation right next to it. you are the writer so it's your right to write whatever you want in however you want. this is just an opinion from your humble reader. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi thanks my humble read ;p lol
      kalau u perasan, bukan Fawwaz je yg sepatutnya cakap BI, Helena, Samuel pun sama. In writing condition, buku BM, kalau nak letak bahasa asing kena at most 30% from the whole literature. Hence if I was about to write them all in English, it wud exceed d limit. As not to cause me trouble later, so I started d BM dialog now. Yang awal2 tu kena ubah nanti. So d book reader wont get confuse. Yg macam u cakap letak translation tu, biasanya kalau bukan BI org buat camtu sbb its a rare language. Anyway, insyaa Allah, will improvised the 'penyampaian' part dalam final mss. Mmg kena buat jg benda ni nanti :)

      Delete
  65. Bila nk sambung ni eve..hari2 dok intai for new n3.

    ReplyDelete
  66. akak novel ' The Wedding Breaker ' sngat bez . . . so interesting . . .byk motivasi yg baik2 . . . kmk sgat suka baca novel kitak <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam org Sabah ke Sarawak ni ? lol thanks siti !

      Delete
  67. Cant wait 4 d nxt n3.....fawwaz deftly knows smuel.....linda link to adam...adam link to haydar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waw what a small world kan ;) link and linked and linked. let see :p

      Delete
  68. hai eve , since you put about Saudi Arabia . i would like to know who is the king of SA before the saud family ruled ? thank you ! and i will wit for the coming novel !

    ReplyDelete
    Replies
    1. well u can check on it here ;)

      http://www.mofa.gov.sa/sites/mofaen/aboutKingDom/Pages/SaudiArabiaKings36148.aspx

      Thanks for reading TWB !

      Delete
  69. vote for 5..kalau bole buat novel je ttg samuel & linda..i'll wait 4 ur next novel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohehehe kalau ditakdirkan kisah mereka ditulis babe :) entah2 A380 novel last.ahahaha, doakan2 :)

      Delete
  70. As salam Eve,

    Bila pulak nak keluar novel ni.....x sabar tunggu after the wedding breaker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt, insyaa Allah tahun ni kot novel ni keluar. amen2

      Delete
  71. Salam..
    bila nak next entry ni..huhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt, haha dah nak kuar dah.

      Delete
  72. salam.. nak tumpang vote no 1 for samuel... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt.
      hahaha bolehhh anda layak mengundi :p

      Delete
  73. Cpt la kuar n3 bab 23 dah x sbr....

    ReplyDelete
  74. there something fishi btwn fawaz n samuel...???

    ReplyDelete
  75. samuel no 1..hihi

    ReplyDelete
  76. waiiiiiiiiiiiiiiiiiiit ! samuel ?! adam's best friend ? and linda ? got ittttttttt , how coincidencee . ahhhhhh , best gilaaaaaa critaa macam nihhh ! bilaa nak dbukukan ? i ike coincedences . keep it going eve ! love it so muchhhhhh ! xoxo ,

    ReplyDelete
  77. chris evans!!!! haha..semua orang nak die jadi samuel..

    ReplyDelete
  78. I read ur book evelyn rose. I luv 13 jam A380. I wish it'll be make into drama. Actress Ema maebong as Hana, Aiman (that acted in projek memikat suami) as Haydar and Azli Khairi as Fawwaz. The only part is that when u touch on christian which I don't agreed.

    ReplyDelete
  79. dear Evelyn Rose, i have read both ur novel TWB & of coz 13 jam A380 ..i luv 'em both ..i am not into the small details thou' coz i am more into the drama that went on in the story line - how i wish Fawwaz wld endup with Hana (although Haydar is not bad afterall knowing that both Haydar+Hana blend well both love freedom, naughty, adventurous & all) - can i suggest maybe in ur 3rd novel make Emmel (or maybe any of their children) the lead character, make Almas Iman died during giving birth or during humanitarian trip, make Haydar died of a disease or maybe in a car accident, make Emmel wanna her mommy+daddy find their long lost love like in Kuch Kuch Hota He (make KKHH version melayu plak) with more drama more thrill more love in the air this time although it will have to start with being sad & facing death at the beginning of the drama - afterall it is a drama a; a fairy tales -

    ReplyDelete
    Replies
    1. p/s KKHH (version Melayu) with a lil bit of a twist -- eh org x marah ke kalau sy suggest mcm ni? mcm jahat jer nk bunuh hampir semua watak kat dlm 13 jam A380 jer -- but y not kan? anything can happen in this world what more to say in the tips of a pen ;-)

      Delete