Join This Site

Thursday, 21 February 2013

Novel 13 Jam A380 Bab 23



salam n hi !

Kay, akhirnya berupdate :) Siapa jadi samuel ? Based on the voting...tradaaa ~ ! (cek pic kat bawah, hhehe) and mana Haydar ? Haydar ? Mana you ? 

Ahahaha, Haydar kan baru je Hana hantar pagi tadi (as in dalam bab 22) kat airport. So masa Hana kat hospital pastilah Haydar baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Malaysia. He suppose to reach Malaysia at 10.00 pm waktu England, bersamaan  pukul  7.00 am esoknya waktu  Malaysia. 

Thanks for reading guys :) 

x Eve x 


Bab 23



 ( I think Emma Maembong look whole lot nicer in tudung)


“ Dah  lama  awak  kenal  Samuel ? ” soalan  mudah  tapi  Linda  ambil  masa  agak  lama  untuk  menjawabnya.  Sudah  seminggu  Linda  keluar  dari  hospital. Dua  minggu  dia  di  sana. Katanya  bosan  maut, tapi  dah  nak  buat  macam  mana  kalau   nak  sembuh  kena  lah  tahan  sikit. Sekarang  Linda  dah  boleh  kembali  ke  kelas  seperti  biasa  tapi  masih  perlu  berhati-hati.

“ Hmm…jumpa  dalam  6  tahun  lepas…masa  tu  kakak  angkat  saya  kahwin…dia  kawan  baik  abang  angkat  saya. Dia  pengapit  Abang  Adam, saya  pula  pengapit  Kak  Ariana…tapi  lepas  tu  bertahun  saya  memang  tak  contact  dia  pun… bila  saya  datang  belajar  kat  sini, dia  yang  banyak  tolong  saya..tapi  macam-macam  tu  ajalah..Kalau  family  kakak  saya  datang, kita  orang  biasa  keluar  sama-sama… ”

“ Macam-macam  tu  sampai  sanggup  kongsi  darah ya ? ” saja  aku  mengusik. Linda  mencebik. “ Dia  handsome  sangatlah  Linda, posh  pula  tu, takkan  tak  berkenan ? ”

Aku  mencucuk  lagi. Makin  suka  menyakat  Linda  dengan  Samuel  sejak  peristiwa  kemalangan  hari  tu. Samuel  pun  nampak  sangat  mengambil  berat  pasal  Linda. Linda  je  yang  macam  jual  mahal. Tampak  serba  salah. Kalau  aku, hmm  dah  lama  sambar  tak  lepas-lepas.

“ Kahwin  bukan  kerja  mudah  Hana… ” Linda  menghela  nafas  berat. Dia  tunduk  memandang  lantai. Restoran  tepi  tasik  di  universiti  menjadi  pilihan  kami  sementara  aku  menunggu  Fawwaz  datang  menjemput. 

“ Saya  terima  nikahnya ! Hm…terus  settle. ” aku  senyum  girang. “ Apa  susah ? ”

“ Yang  nak  ucap  tu  senang, ni, yang  nak  hidup  berpuluh-puluh  tahun  dengan  orang  tu…bukan  mudah. Bangun  pagi, ada  dia. Tidur  malam, sebelah  dia. Anak-anak  saya  akan  bawa  nama  dia. Baik  dia, baiklah  reputasi  anak-anak, kalau  buruk  dia, buruklah  reputasi  anak-anak…Kalau  suami  awak  penagih  dadah, orang  akan  panggil  anak  awak, anak  penagih  dadah. Kalau  suami  awak  bunuh  orang, apa  orang  akan  panggil  anak  awak ? Anak  pembunuh ! Sampai  mati  Hana, you’ll  carry  that  title. Nak  kahwin  pun  orang  akan  cek  dulu  latar  keluarga, kalau  keluarga  yang  macam  tu  siapa  yang  nak  Hana ? The  child  can’t  choose  whose  their  father  is,  but  the  mother  can. ” Linda  menarik  nafas  panjang. Melontar  pandang  ke  tengah  tasik  sebelum  menyambung  lagi. “ If  you  choose  a  wrong  mate, you  are  totally  checkmate  Hana. Checkmate. The  End.”  serius  pandangan  Linda  kali  ini  hinggakan  aku  pun  terdiam. Betul  kata  Linda. Nak  ucapkan  aku  terima  nikahnya  senang, tapi  nak  kekalkan  hubungan  dalam  keadaan  bahagia  tak  mudah. Nak  mencorak  keluarga  bahagia  yang  semuanya  punyai  masa  depan  yang  cerah, lagilah  susah.

Betul..tapi…Samuel  tak  adalah  teruk  sangat  Linda.” Aku  sengih. “ Dia  bukan  Islam  je…You  cant  really  be  that  racist  Linda. Kesian  dia…He  can  simply  changed  his  religion. Many  people  do  that  by  the  way. I  hardly  understand  why  people  go  against  each  other  just  because  of  religion. Look  at  the  atheist  they  become  what  they  are  due  to  this. This  illogical  antipathy. They  are  sick  of  this  thing.” tambah  aku  lagi  dalam  nada  perlahan  tapi  mendalam  dan  tegas. Kenapa  perlu  bergaduh  kerana  pendapat  yang  berbeza  mengenai  Tuhan? Bukankah  semuanya  daripada  Adam  dan  Hawa ?

Hana, no. ” tegas  suara  Linda. Garfu  yang  dicucuk  cendawan  tepat  menghala  ke  arah  aku. Aku  diam. “ Tuhan  tak  pernah  suruh  kita  bertelingkah  sebab  agama. Surah  Al-Maidah  ayat  82, Allah  sebut  tentang  orang  Nasrani  sebagai  orang  yang  paling  dekat  persahabatannya  dengan  orang  yang  beriman. Surah  Al-Maidah  ayat  5, Allah  benarkan  lelaki  Islam  untuk  mengahwini  perempuan-perempuan  Kristian  dan  Yahudi  yang  alim  dan  menjaga  kehormatan  di  kalangan  mereka. Surah  Al-Baqarah  ayat  213, Allah  katakan  yang  manusia  adalah  umat  yang  satu, dan  Allah  turunkan  Kitab  untuk  menyelesaikan  persengketaan  antara  manusia.”

Linda  berhenti  sejenak. Memandang  aku  yang  terdiam  lama. Linda  ingat  ayat-ayat  Quran ? Faham  dan  aplikasikan  dalam  kehidupan  dia  sebagai  panduan. Aku ?

Apa  aku  buat  dengan  Al-Quran  selama  ini ? Apa  nilai  Al-Quran  pada  aku ? Kalau  benar  tingginya  martabat  Al-Quran  di  hati  aku, kenapa  tidak  terserap  ajarannya  dalam  kehidupan  aku ?

Aku  ketawa  perlahan  dengan  diri  sendiri. Jawapannya  mudah. Aku  tahu  wujudnya  Al-Quran, aku  tahu  nilai  dan  martabatnya  tinggi, tapi  aku  tidak  pernah  cuba  untuk  baca  dan  fahami. Jauh  lagi  untuk  diingati. Kalau faham  pun  tidak,  macam  mana  nak  ingat ? Macam  mana  nak  diamalkan ?

Aku  angguk  perlahan. “ Saya  rasa….Ada  benda  yang  saya  salah  faham.” Perlahan  aku  akui.

“ Bukan  awak  je  Hana…semua  yang  anggap  agama  tu  untuk  memecah  belahkan  manusia  adalah  orang  yang  silap. Agama  yang  satukan  kita. Manusia  yang  salah  memahami. Islam  dan  Kristian, dua  agama  terbesar  di  dunia. Making  up  54%  of  the  world  population. Yahudi, Kristian  dan  Islam  datangnya  dari  sumber  yang  sama. People  call  it  Abrahamic  Religion. Allah  sebut  mengenai  Nabi  Ibrahim  dalam  surah  Al-Imran, yang  Nabi  Ibrahim  bukanlah  beragama  Yahudi  mahupun  Kristian. Rumah  ibadah  yang  pertama  didirikan  oleh  Nabi  Ibrahim  di  Becca, nama  lama  untuk  Mekah, tapi  Nabi  Ibrahim  bawa  pegangan  yang  sama  dengan  Islam, memperkaui  yang  Tuhan  itu  satu, tiada  anak  dan  tidak  diperanakkan  dan  manusia  adalah  ciptaan  Allah. Allah  ceritakan  mengenai  Yahudi  dan  Nasrani.”

“ Yahudi, menolak  Islam  bukan  kerana  apa  yang  dikatakan  di  dalam  Al-Quran, tapi  mereka  percaya  yang  Nabi  sepatutnya  daripada  kalangan  Israel  sahaja. Kristian, God addressed  them  as  Nasrani. Who  is  Nasrani ? They  are  those  Christian  in  Syria. Gospel of Matthew, Mark  were  speculated as been written is Syria  in  no  later  than  70AD, about  at  least  40  years  after  Jesus  death  and  these  theology  researches  know  that  those  wrote  Gospel  took  the  sources  not  directly  from  Jesus. It  is  a  collection  of  various resources  including  the  priest  teaching. If  you  watched  The  Hidden  Bibble  documentary, study  about  Romanian, then you’ll  know  that  Christianity  existed  earlier  than  the  Rome’s  capturing  Jerusalam  in  70  AD. Agama  asal  Rome  bukan  Kristian. Mereka  percaya  pada  banyak  Tuhan. Tuhan  perang, Tuhan  kecantikan, King  God, Queen  God, anak  Tuhan, isteri  Tuhan. Pada  awal  jajahan  Rome, agama  Kristian  dipanggil  sebagai  agama  untuk  golongan  bawahan, golongan  hamba. Ramai  penganut  Kristian  yang  dibunuh dan  mereka  juga  tidak  disukai  sebab  percaya  hanya  pada  satu  Tuhan. Monotheism.  Sepanjang  70 AD  hinggalah  324  AD, ramai  yang  di  prosecuted, hinggakan  banyak  gereja  yang  terpecah  antara  gereja  yang  menyerap  pengaruh  Rome  dan  gereja  yang  kekal  dengan  ajaran  yang  sebenar.”

“ Kenapa  324 AD ? ” dengan  wajah  yang  intense  aku  tanyakan  pada  Linda. Berkerut  dahi  aku  mendengar  hujah  Linda. Banyak  yang  berlaku  suatu  ketika  dahulu  yang  membentuk  masyarakat  kini. Kita  adalah  produk  sejarah  lampau, dan  apa  yang  akan  berlaku  di  masa  hadapan  adalah  hasil  apa  yang  diusahakan  sekarang.

Linda  senyum. Mula  duduk  lebih  santai. “ 324 AD, Raja  Constantine, Ketua  kepada  Empire  Rome  mula  memeluk  agama  Kristian. Mengisytiharkan  Kristian  sebagai  agama  rasmi  Rome. Selepas  254  tahun  penganut  Kristian  dijadikan  korban  Tuhan  Rome  hanya  kerana  mereka  tidak  mahu  mengikut  ritual  Roman, barulah  semuanya  dihentikan. Selepas  pada  tarikh  ini, sejarah  besar  melanda  Kristian. Rome  mahu  satukan  semua  ajaran  Kristian  dalam  satu  fahaman. Adakan  mesyuarat  untuk  menentukan  adakah  Jesus  anak  Tuhan  atau  penyampai  wahyu, nabi ? ”

“ And ? ”

Linda  angkat  kening  dan  senyum  sinis. “ And  they  decided  that  Jesus  is  The  Son  of  God  even  majority  of  the  voters  or  priests  were  against  it. But  its  not  weird  anyway, Romanian   dah  lama  tak  suka  dengan  fahaman  Kristian  yang  percaya  Tuhan  hanya  Satu, tak  macam  mereka, yang  percaya  Tuhan  tu  banyak. So  Kristian  tersebar  sampai  sekarang  dalam  definisi  Romanian  tapi  as  time  goes  by  Kristian  jadi  banyak  versi. Versi  King  James, versi  Roman  Catholic, versi  Anglican, versi  Nasrani  pun  ada  tapi  kalau  trace  back  sejarah, kitab  Gospel  Nasrani  dah  di  ubah  oleh  penjajah  Portugese. ”

“ Owh…. ” aku  mati  kata.

Linda  senyum  ceria. “ Awak  tengok, Kristian  ditindas  oleh  Rome. Yahudi  ditindas  oleh  Jerman  dan  Rusia. Islam  dibunuh  besar-besaran  oleh  tentera  Mongol. Tapi, Islam  tidak  pernah  menindas  mana-mana  agama, dan  mereka  yang  menganut  agama  yang  ditindas  oleh  mereka  yang  tiada  pegangan  agama. ”

“ September  11 ? ”

“ Seantero  dunia  dah  buat  kajian  Hana, pasal  peristiwa  tu. Ramai  orang  USA  sendiri  yang  masuk  Islam  sebab  peristiwa  tu. Kajian  yang  dibuat  berpihak  kepada  teori  yang  dalang  disebalik  peristiwa  tu  adalah  George  Bush  sendiri, bersekongkol  dengan  golongan  Anti Christ  yang  tak  percayakan  agama. Start  reading  Hana.” Linda  ketawa  perlahan. “ Semua  tu  dibuat  supaya  orang  yang  ada  agama  macam  kita  ni  bergaduh  sesama  kita. Kristian  dengan  Islam. ”

“ Palestine and  Israel  issue ? ”

“ Lebih  50%  daripada  rakyat  Israel  tak  percayakan  Kitab  Taurat. Tak   beragama. Awak  tengok  dokumentari  History  of  Judaism  in  19th  century. There  is  a  distinct  gap  between  Zionist  and  Judaist. Macam  puak  Islam  yang  menggunakan  nama  Islam  untuk  membunuh  orang  yang  tak  bersalah, mereka  membawa  fitnah  pada  ajaran  Islam. Sama  juga  dengan  orang  Yahudi, mereka  membunuh  atas  nama  Yahudi  sedangkan  perbuatan  tu  daripada  Israel. Zaman  nabi-nabi  terdahulu, Nabi  Musa, Daud, Isa, Ishak, Yaakob, mereka  semua adalah  bangsa  Israel  tapi  tak  semua  bangsa  Israel  yang  memeluk  agama  yang  nabi-nabi  bawa. Malah, dia  orang  ni  siap  bunuh  nabi  lagi. Jesus, atau  Nabi  Isa, dibunuh  oleh  Israel. ”

“ Wow..” Jeda  sebentar  dengan  istilah. Mungkin  samalah  dengan  perumpamaan, orang  Melayu  tak  semestinya  beramal  dalam  amalan  Islam  walaupun  mereka  tu  Islam.Bangsa  bukan  agama, dan  agama  bukan  bangsa. Islam  bukan  Muslim, tapi  Muslim  adalah  orang  yang  beragama  Islam. Perilakunya  masih  belum  tentu  100%  Islamik.

“ Kalau  macam  tu… ” aku  diam  sejenak. Dahi  berkerut  sebelum  melontarkan  kata.“Awak  tahu  banyak…tak  salah  kalau  awak  ceritakan  pada  Samuel, mana  tahu  dia  berfikir  dan  temui  kebenaran ? Macam  awak  cakap  tadi, orang  Kristian  paling  dekat  dengan  kita. Bila  kita  bacakan  Al-Quran  kepada  mereka, mereka  juga  akan  turut  sama  percaya.”

“ Samuel, atheist  Hana. Atheist  yang  tak  percayakan  Tuhan. ” Linda  ketawa  sinis. Bagai  memomokkan  sesuatu. “ Pada  saya  itulah  sesombong-sombong  makhluk  Hana.”

Aku  diam. Bagai  tersentap. Betullah, sesombong-sombong  manusia  adalah  mereka  yang  tak  mengakui  Pencipta  mereka  sendiri. Kalau  anak  yang  tak  mengaku  mak, dah  pun  dipandang  sebagai  melampau, inikan  pula  manusia  yang  tak  mahu  mengakui  penciptaan  mereka  oleh  Tuhan.

“ Tapi..tak  salah  kalau  awak  sampaikan ? ” aku  mencuba  lagi.

“ Kalau  dia  nak  dah  lama  Hana… ”

“ Kalau  macam  tu  awak  doakanlah… Doakan  senjata  Muslim.”

Linda  diam  menunduk. Nafas  dihelanya  sebelum  mengangguk.

“ Saya  doakan  dia, tapi  bukan  sebab  saya  nak  kahwin  dengan  dia. Saya  tak  layak  pun  dengan  dia  Hana…Dia  sangat  kaya, saya  miskin. Dia  keluarga  diraja, saya…haha…hmm..” Linda  ketawa  sebelum  menggeleng. “ Dah  la, tak  habis  kita  makan  kalau  macam  ni  Hana.” soalnya  laju. Cuba  lari  dari  topik.

“ Ha, awak  dengan  Fawwaz  tu… ada  apa-apa  ke ? Takkan  setiap  hari  dia  datang  ambil, datang  hantar, tapi  tak  ada  apa-apa  hubungan ? ” belum  sempat  aku  buka  mulut  Linda  lebih  dulu  menembak  dengan  soalan.  Kali  ini  aku  pula  yang  jadi  sasaran. Dada  berdebar  nak  menerangkan. Otak  ligat  berfikir. Selama  ni  aku  hanya  cakap  Fawwaz  tu  kawan.Mungkin  Linda  segan  nak  tanya  depan  Fawwaz  jadi  baru  sekarang  dia  tanya  lagi.

“ Kawan ” akhirnya  jawapan  yang  sama  juga  yang  aku  beri.

Linda  pandang  aku  dengan  mata  mengecil  bagaikan  mengesyaki  sesuatu. Dia  menggelengkan  kepala. Sudu  di  tangan  dia  gawangkan  di  udara  gaya  tak  bersetuju.

“ I  don’t  think  so… ”

“ Why ? ”

“ You  tell  me  why ”

Suara  dan  gaya  meyakinkan  dari  Linda  buatkan  peluh  sejuk  memercik  di  dahi. Aku  buat-buat  ketawa. Capai  menu  di  tengah  meja  dan  berpura-pura  memerhatikan  menu.

“ Linda, kita  tambah  hidangan  nak ? Ais  krim  coklat  dan  lada  merah. Macam  best !” dengan  muka  yang  masih  tekun  melihat  menu  aku  buat-buat  bertanya.

Emm hmm  lady,  no  pretending  please.

Meledak  aku  ketawa  bila   Linda  buat  gaya  lady  boss  begitu.

“ Serius… dia  memang  kawan  je. Dia  tumpangkan rumah, dah  kebetulan  dia  kerja  juga, jadi  kami  kongsi  kereta  lah  datang  kerja. Kan  elok  kalau  kongsi  kereta  ni, mengurangkan  pencemaran  udara. Kerajaan  sekarang  berhabis  berbillion  untuk  kurangkan  pembebasan  gas  karbon  dioksida  di  udara. Kalau  awak  tengok  ranking  dunia, UK  adalah  negara  ke-9  paling  banyak  membebaskan  gas  karbon  dioksida. We  are  in  threatening  state! Look  at  the  shift  in  policy, look  at  the  fluctuation  in  energy  price  now…”

Belum  habis  aku  sambung  Linda  menjampuk.

Okay,  I  got  it,  ‘kawan’. Sajalah  tu  nak  lari  topik  kan ? I  had  rather  take  it  as  ‘kawan’  than  listening  about  those  freaking  facts.  dia  ketawa. Linda  selalu  komplen  dia  tak  faham  kalau  aku  cerita  pasal  sains  banyak-banyak  sebab  kerja  dia  semuanya  nombor. Trick  kali  ni  memang  menjadi ! Aku  sengih  lebar.

“ Owh  Hana, hmm  maaflah  kalau  saya  tanya…. ”

Aku  buat  isyarat  supaya  Linda  teruskan  sahaja  persoalannya.

“ Awak  perasan  tak  Samuel  dengan  Fawwaz  macam…ada  something  wrong ?



Terus  sudu  dan  garfu  aku  letakkan  ke  pinggan. Mata  dah  membuntang  teruja.

“ Saya  pun  dah  lama  nak  tanya  awak ! Tapi  macam  bimbang  juga  takut  awak  cakap  saya  serkap  jarang…since  u  asked.…but  then, saya  pun  tak  tahu  kenapa  dengan  mereka  tu… ”
Linda  dan  aku  diam  sejenak. Memutarkan  detik-detik  Samuel  dan  Fawwaz  bertemu. Sepanjang  tempoh  ini  sudah  tiga  kali  mereka  bertembung  di  hospital  dan  setiap  kali  itu  keduanya  tidak  bertegur  sapa. Lain  benar  cara  pandangnya  pun.

“ Pelik  kan ? ” serentak  kami  berdua  bersuara. Kemudian  tertawa  sebab  macam  di  rancang-rancang  fikir  benda  sama. Aku  pernah  tanya  Fawwaz, tapi  habisnya  dia  hadiahkan  pandangan  tajam  dan  dia  berikan  jawapan  pendek, ‘ Do  not  bother.’

“ Awak  tak  pernah  tanya  Samuel ? ”

Linda  geleng. “ Tak  naklah  campur  hal  dia. ”

Aku  angguk. Aku  pula  main  redah  je  tanya  Fawwaz  hari  tu.

Akhirnya  topik  pasal  Fawwaz  dan  Samuel  kami  abaikan  sahaja. Bermacam  topik  lain  keluar  sepanjang  menghabiskan  makanan  di  pinggan. Perempuan  kalau  makan  macam  ni  lah. Boraknya  lama. Walaupun  sudah  3  minggu  mengenali  Linda, aku  langsung  tidak  tahu  asal  usul  dia. Soal  keluarganya…yang  aku  tahu, kakak  angkatnya  dan  baru  tadi  aku  tahu  kakak  angkatnya  tu  nama  Ariana  dan  abang  angkatnya  nama  Adam.

“ Fawwaz  datang  pukul  berapa  Hana ? ”

“ Biasa  dia  mesej  kalau  dah  gerak…tadi  dia  cakap  lambat  sikit… ”

“ Balik  bilik  saya  dulu  okay  tak  sampai  Fawwaz  datang ? ”

Makanan  memang  dah  licin, tak  kan  nak  duduk  lagi  kat  sini. Aku  terima  sahaja  pelawaan  Linda. Lagipun  ini  kali  pertama  aku  ke  bilik  Linda. Biasanya  kami  bertemu  di  hospital  dan  di  cafĂ©  atau  Union  House.

Flat  Linda  dikongsi  dengan  3  lagi  pelajar  perempuan. Flat  yang  sama  bangunan  dengan  asrama  yang  sepatutnya  aku  tinggal. Flat  yang  dibatalkan  kontrak  oleh  Fawwaz ! Kalau  ingat  memang  geram, tapi  tinggal  di  rumah  agam  tu  pun  okay. Tak  lah  aku  panjang  kaki  melepak  di  pub  malam-malam, makan  minum  pun  ada  orang  sediakan. Ada  Emmel  yang  sangat  comel, daddynya  yang  semakin  menambat  hati  sejak  kebelakangan  ini. Siap  buatkan  portfolio  saham  untuk  aku, belanja  kot  musim  sejuk  jenama  The  Row, dah  tak  marah-marah  macam  dulu  dan  dia  selalu  luangkan  masa  dengan  aku  dan  Emmel. Kadang  terasa  bagaikan  keluarga  sebenar.

“ Saya  pun  sepatutnya  tinggal  kat  bangunan  ni  tau. Aras  tiga. ” umum  aku  pada  Linda. “ Tapi  Fawwaz  la  tak  kasi  saya  tinggal  kat  situ  sebab  campur  lelaki. ”

Bilik  Linda  juga  bilik  en-suite  yang  agak  luas, dengan  katil  bujang  dan  shower  room  sendiri. Aku  mengambil  tempat  di  atas  katilnya. Duduk  bersila  di  situ  sambil  mata  melihat  sekeliling.

Lienda  tertawa  melihatkan  riak  aku  yang  seperti  mencebik. Bukan  mencebik  sebab  tak  dapat  tinggal  di  sini, tapi  mencebik  dengan  sikap  Fawwaz  yang  suka-suka  hati  je  nak  buat  apa-apa  sebelum  ni.

“ Betul  tindakan  dia  tu  Hana…kat  sini  ramai  je  Malaysian… Kadang  susah  kita  nak  jaga  pergaulan  kalau  dah  serumah.. Lagipun  kalau  kawan  serumah  buat  party, nanti  mereka  mabuk-mabuk  dan  bising. Itu  hak  mereka, tapi  you  know, they  won’t  like  it  if  we  ignore  house  party. It’s  rude  for  them…”

Aku  tahu  pasal  tu…tapi  masalahnya  dulu  aku sendiri  tidak  kisah  kalau  nak  berparty  asalkan  aku  sendiri  tidak  minum  arak,  sudah. Habisnya  aku  tayangkan  senyuman  pada  Linda. Tidak  mahu  memberikan  apa-apa  komen.

“ Hana, duduk  dulu  ya ? Saya  nak  salin  baju  dan  solat  kejap. Kalau  nak  baring, baring  je…”

“ Okay ! ”

Aku  mula  memerhatikan  gambar  yang  ditampal  di  dinding  bilik  Linda. Gambar-gambar   yang   ditampal  dalam  bentuk  hati. Satu  persatu  aku  perhatikan. Teruja. Ada  gambar  Linda  dan  kawan  serumahnya. Dia  dan  tiga  orang  kanak-kanak  lelaki  yang   sangat  kacak  walaupun  masih  kecil  dan  seorang  perempuan  yang  mungkin  usianya  lewat  20-an. Macam  ibu  kanak-kanak  tu. Mungkin  kakak  angkat  Linda ? Telahku  lagi. Gambar  lain  aku  perhatikan. Gambar  berlatar  belakangkan  rumah  agam  yang  besar. Ada  Linda, keluarga  tadi  dengan  dua  orang  lelaki. Seorang  Malaysian, tapi  sangat  tinggi  sedang  memeluk  kakak  yang  pada  hemat  aku  ibu  kepada  tiga  kanak-kanak  tadi. Seorang  lagi  mat  saleh, berambut  blonde  bulu  jagung  dan  bermata  biru. Kacak  dan  sasa. Siapa  lagi  kalau  bukan  Samuel. Ceria  dan  bahagia  setiap  gambar-gambar  mereka. Kakak  dan   abang  angkat  Linda…macam  pernah  aku  lihat…

Kata  Linda  tadi, enam  tahu  lepas, dia  jumpa  Samuel. Dia  jadi  pengapit  kakak  angkatnya, Kak  Ariana  dan  Samuel  pengapit  pengantin  lelaki, Abang  Adam.

Datin  Ariana  Rose  dan  Datuk  Wira  Tengku  Adam  Kamil ?

Owh.

Mulut  aku  dah  jadi  bentuk  O. IPhone  yang  baru  dibeli  oleh  Fawwaz  aku  buka. Mula  mencari  gambar  keluarga  Datuk  Wira.

Gambar   kahwin  mereka  dulu.

Gambar  mereka  sekeluarga  di  rumah  anak  yatim  yang  ditubuhkan  oleh  syarikat  mereka.

Gambar  aku  besarkan. Mula  membandingkan  gambar  di  dinding  dengan  gambar  di  telefon. Sama. Makin  luas  bentuk  O  yang  terbentuk  di  bibir  aku. Linda  adik  angkat  Datuk  Wira  dengan Datin  Ariana  Rose ?

Perlukah  pengsan  sekarang ? Sayang  Datuk  Wira  dah  ada  anak  tiga. Oh, menggedik  ya  Hana ? Aku  tergelak  sorang.

“ Gelak  sorang-sorang  kenapa  pula  tu  Hana ? ” Linda  pula  yang  ketawakan  aku. Aku  berpaling  memandang  Linda. Nak  tanya  ke  tak ? Aku  pernah  serumah  dengan  anak   orang  kenamaan, biasanya  mereka  tidak  suka  kalau  orang  lain  tahu  mereka  siapa. Lama  kenal  baru  semua  tu  diceritakan. Belajar  di  UK  dan  punyai  sifat  tak  suka  bergaul   denga  orang  Malaysia  macam  aku  memang  akan  berjumpa  golongan-golongan  sebegini. Golongan  yang  suka  menyorokkan  indentiti.

Aku  duduk  berdiri   mengadap  Linda. Tangan  tercekak  di  pinggang. Dia  menjongketkan  kening.

Aku  terus  meluru  memeluk  Linda.

“ Linda…!!! Kirim  salam  kat  kakak  angkat  dengan  abang  angkat  awak. Kalau  dia  nak  cari  calon  isteri  nombor  dua, sila  hubungi  saya  ya? Haha..” sakan  aku  gelak.

“ Hey…Linda…kenapa  tak  cakap  kakak  dengan  abang  angkat  awak  tu  Datin  Ariana  Rose? Owh, by  the  way,  saya  baca  buku  dia. Novel  dia  tiga-tiga  saya  baca, ” aku  tayang  gigi   putih  pada  Linda  yang  tercengang   memandang  aku. Tak  tahu  apa  nak  cakap  lah  tu.

“ Tak  apa, saya  rahsiakan  okay ? ” aku  kenyitkan  mata  seraya  mengambil  duduk  di  katilnya.

Well… Saya  sepatutnya  buang  gambar  tu  sebelum  ajak  awak  datang. ” balas  Linda  sambil  buat  muka   pasrah. “ Janji  jangan  bagitau  sapa-sapa ? ”

“ Tapi  Linda, kita  bukan  ada  kawan  Malaysian  lain  pun  kan ? Mat  saleh  dengan  minah  Arab  mana  nak  kenal  billionaire  Malaysian. ”

“ Hmm  betul  juga…Awak  pun  bukan  masuk  Malaysian  Society  pun  kan ? ” tebak  Linda  mula  bersetuju. Aku  mengangguk  sakan. Linda  mula  memeluk  bahu  aku  dan  menepuknya  beberapa  kali.

“ Nasib  baik  awak  ni  jenis  yang  macam  ni  Hana… Hehe.. ”dia  tergelak  kecil. Lega  lah  tu. Bimbang  betul  takut  orang  tahu  dia  siapa. Kalau  orang  yang  betul-betul  kaya, sorokkan  identiti, orang  yang  ala-ala  je, suka  tayang  situ  sini. Lumrah.

Puas  menunggu  Fawwaz, aku  mula  berbaring  di  katil  Linda. Linda  pula  sibuk  menelaah  buku. Katanya  esok  ada  tutorial  yang  perlu  dihantar. Malas  mengganggu  Linda, aku  mula  memejamkan  mata. Rancangnya  hanya  mahu  tidur  sekejap.

************

“ Hana, dah  pukul  9.00  dahni. ” sayup-sayup  suara  Linda. Yang  buatkan  aku  bangun  bukan  suaranya, tapi  muka  aku  yang  terasa  basah  bila  direnjis  oleh  Linda. Lambat-lambat  ayat  Linda  masuk  mendaftar  di  minda. Pukul  9.00 pm ??

Alamak !

Terus  aku  buka  mata. Asyik  sangat  melayan  mimpi  di  musim  sejuk  begini  tidur  memang  sesuatu  yang  sangat  nikmat  untuk  dibuat. Tambah  lagi  otak  penat  berfikir  seharian  hari  ni.
Laju  tangan  mencapai  telefon. Skrin  aku  perhatikan.

‘ Hana, I’m  on  my  way, will  be  there  in  30  minutes. ’ – 6.35  pm

‘ Hana, I’m  at  your  university.’ – 7.00 pm

‘ Hana, where  are  you ? Are  you  okay ? ’ – 7.15 pm

Gasped ! Oh, no ! Mati  aku.
 





 p/s : Now does anyone realize cerita  Hana  ni  mengambil  masa  bila ? 6  tahun  selepas  perkahwinan  Tengku  Adam  dan  Ariana  Rose :) Hence  usia  Samuel is 35 years old.


Spring Is Here , Alhamdulillah :)




Really love my community in this country/state. There are many English Muslim, and many of those who are actively doing dakwah. All  these women are very keen about Islam, they are among Christian and atheist and those who believe in God but dont know which religion to choose. A question to ponder, setiap tahun dalam 5000 British masuk Islam, dan 2/3 adalah perempuan. 

Kalau Islam ni dikatakan menindas kaum perempuan, kena pakau tudung semua, kenapa mereka yang bebas berbuat apa sahaja memilih untuk menjadi Muslim dan berhijab ? Malah mereka cuba mempraktikkan Islam, membaca dan memahami Al-Quran jauh lebih baik dari kita yang sudah lama Islam? 

Kenapa ?



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

90 comments:

  1. Yup! K.jaja perasan ms baca n smbil mencongak dlm kepala brp lm dh citer hana nie dlm kepala eve... coz dlm twb, in t end ms buat majlis anniversary dieorg baru samuel n linda dtg n they oredi married... hahaha..berhempas pulas memikir... apa2 pun besttt sgt.. n i wonder y u take so long nk siapkan en3 nie... banyak info yg penuh bermesej dmasuk kan dlm en3 nie n memerlukan bacaan yg teliti.. apa2 pun k.ja salute awk.... oll d best laling ♡♥♥♡♥♡♥♡♥♡♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha ye kak... saya pn kena teliti jg, nak tulis semua, takut banyak sangat info..and takut offensive for certain individual...tolak tambah, tolak tambah, ini lah dia :) hehe perasan ye timing they all.hihi TERBAIK kak Jaja ! :D

      Delete
    2. setuju sgt dgn sis yuhaniza..ptot la sis eve stres sgt nk tulis citer ni..info yg sgttt baik utk buka minda bg sesiapa xtau tntg Islam sblum ni..rupanye linda ni adik angkt datin rose yg dihantar ke sabah tu yg..xsangka smbungan TWB..
      good luck utk smbungan ni nt..xsabaw nk tgk reaksi fawwaz..
      <3 <3 <3 love fawwaz&adam kamil
      p/s : selutt utk info anda..

      Delete
    3. tQ fatma :) ha ah Linda adik angkat Datin Ariana :)

      Delete
  2. Hihihi.. yg baik harus d jadikan teladan... Nasihat n info2 yg penuh bermesej dm karya Eve amat bgs skli.. truly speaking, kalu sajer2 nk gugle cari info yg mcm Eve ceritakan tu sure xbuat... at least bila bc buku yg ade info2 yg sebegini n hadis2 tertentu menyebabkan yg xtau menjadi tahu... Alhamdulillah Eve, bnyk pahala tu.... n siapa kata bm Eve xbgs.... begitu pandai skli mencoretkan patah2 perkataan dn d selangi dgn info n hadis yg begitu berguna skli tanpa menyebabkan pembaca merase bosan...hihihi... bnyk plk k.ja comment yek.. apa2 oun keep up d good karya yea.... ♡♥♡♥♡♥♡♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu k.ja sy sokong hehehe... At least byk ilmu baru yg sy dpt...

      Delete
    2. haha ouchh kak jaja ! terharu cakap bm saya bagus.hehehe. thank you kak and cyah! <3 u both ;)

      Delete
  3. brilliant eve!!! hahaha.. gotttcha!! sape yg lambat pick up akan jd tipah tertipu.. tehehe.. ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tipah kena tipu yek.lol. tak berniat nak menipu.haha thanks babe ;)

      Delete
  4. Your second story getting more interesting :) .. tq for the info sharing..

    ReplyDelete
  5. akhirnyaa...thanx eve..so informative. =)

    ReplyDelete
  6. Hihihi.. yg baik harus d jadikan teladan... Nasihat n info2 yg penuh bermesej dm karya Eve amat bgs skli.. truly speaking, kalu sajer2 nk gugle cari info yg mcm Eve ceritakan tu sure xbuat... at least bila bc buku yg ade info2 yg sebegini n hadis2 tertentu menyebabkan yg xtau menjadi tahu... Alhamdulillah Eve, bnyk pahala tu.... n siapa kata bm Eve xbgs.... begitu pandai skli mencoretkan patah2 perkataan dn d selangi dgn info n hadis yg begitu berguna skli tanpa menyebabkan pembaca merase bosan...hihihi... bnyk plk k.ja comment yek.. apa2 oun keep up d good karya yea.... ♡♥♡♥♡♥♡♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks kak jaja, ni msti tersalah bg komen dua ni.haha

      Delete
  7. Assalamualaikum Eve laling

    Here...tis chapter..talk abt Al Quran again!..really luv it..and tis chpter so informative..u so awesome & im salute u,babe!
    Thanks 4 tis informative n3 & take care ya :)

    HUGS *Amoiiwhitelily*

    ReplyDelete
    Replies
    1. omai teringat lagu salut dari malique yg cool.haha, ignore me melalut.lol. thanks babe. lets loovee Al-Quran! ;)

      Hugss! <3

      Delete
  8. thanks for the info eve..biggg huggg..!!!

    ReplyDelete
  9. ALHAMDULILLAH..... lama tunggu, terima kasih Eve for the info tq tq tq tqvm...

    keranya cite ni tow in one la ye , Bukan saja cerita pasai Hana tapi jugak perjalanan hidup Linda ... I like...;-)

    hmmm.... masa Linda solat, hana tak solat ke? geeerrrrr

    Hana tak reti call Fawwas ke , yg awak nak harapkan orang tu je yg call awak buat ape... apa salahnya sms Fawwas masa nak balik ke bilik Linda tadi, hadoooiii budak hana ni nak kena piat telinga .....hehehehe macam mak nenek membebel

    Masa Linda 2 minggu dlm hospital, kakak angkatnye takkan tak datang jengok... muskil adik kesayangan tuuuu, ke Linda tak bagi tahu kakaknye

    Terima Kasih Dek Eve... LU

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak liyana! tak baik tau cakap hana cenggitu. dia dah solat awal lagi utk Maghrib, but for sure Isyak belom. Kat sini Maghrib as early as 3.45 pm di msuim sejuk haha. so by the time pukul 6pm mmg dah masuk isyak dah.. Isk akak ni, ni mesti baca lompat2 ni.haha. Kan Linda gtau Hana dia tak bagi Samuel gtau dianye family kat Malaysia about her accident :p lol. and Hana text Fawwaz masa kat restoran but yeah she didnt tell him she is going to Linda's. Haha. Hana tu saya buat mcm saya kak, i never tell anyone where I'm going.lol. if u live with me sure nausea akak nanti.hahaha.

      thanks kak! ;)<3

      Delete
  10. terbuai2 bila baca citer si hana nie..

    ReplyDelete
  11. thanks eve 4 new n3...yup akak agree dgn komen2 kat atas sgt2 informative yalah klu saja2 nak nak buka pakcik google nak cr maklumat tu rasanya x t'buka la kot but since information here ia blh menambahkan ilmu n ilmu ni x mengira umur even eve lg muda dr akak byk ilmu yg akak dapat penulisan eve thanks a lot darling!!!

    -hanim_

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ kak Hanim ;) alhamdulillah if ada info yg elok dari sini.hehe ;) <3

      Delete
  12. Haha..puas mencongak masa..6 tahun..mean tak lama lg kawen la lienda n sammuel tu kannn. bestt..byk info dpt

    ReplyDelete
  13. Wahh...

    siap ada kaitan dengan TWB lagi..

    best-best...

    ;)

    ReplyDelete
  14. Whoahhhh bestlah byk info berguna thanks kak eve....hehe mesti abg Adam kenal haydar jgk kan? Ahhhh nk haydar ngn Hana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha fan Haydar is in! lol. Wait n see mah fika ;) haha tQ dik!

      Delete
  15. Best!!tlupa watak Samuel seketika..haha.n NOW,bru tsedar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha now baru sedar.thanks babe! ;)

      Delete
  16. best but still dont know what is going on between fawwaz and samuel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES.... jgn biarkan hidup kami di selubungi MISTERI ! Eve silalah beri penjelasan

      Delete
    2. owh emmyline and anon...MISTERI tu akan terus menyelubungi sampai la suatu masa nanti. ;p hehe

      Delete
  17. kita berada pada tahun berapa sekarang? in the future ke... how old im??? =))

    _aniesue_

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah bab tahun eve let it be there. imagine je which ever tahun yg u nak, for sure bukan masa depan ;) kalau letak tahun nanti eve akan bayangkan fashion baju yg tak semenggah.haha. picky me. lol

      Delete
  18. more please sis!!! I am addicted to this one =D

    -shamien-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks shamien! insyaa Allah. coming2 ;D

      Delete
  19. Byk info...many thanks..:-) i miss haydar....a lot n a lot

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terharu haydar dengar ;p haha

      Delete
  20. nak lagi!!!hahaha

    ReplyDelete
  21. kakak eve. nak fb. and akak pleashhh... update banyak bab sikit... ek? *muka puppy*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, tak paham .haha nak fb ? and akak ? ke nak fb akak ? keh3 banyak bab itu sukarr.lol. doakan la laju saya siapkan projek, maka laju jugalah saya menulis.haha. anyway fb ada Page TWB tu jek dik. fb akak nggak ada. lol

      tQ anon!

      Delete
  22. kak eve.. pnntian saya berbaloi sbb utk entry nie bnyak info yg saya dpt.... plus with ad nma adam n rose hahah.....
    -syira azmi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. cewah nama rose ngn adam terus suka yek? hehe. tQ syira ;)

      Delete
  23. suka bace karya kak eve..

    byk yg info yang boleh dapat..
    yg mana still nk details,
    kite slalu tnya pak cik google..

    bgus la...LIKE!

    sape ckp novel sekarang xberkualiti?
    bukan picisan or cintan cintun je skrg..

    novel sekarang penuh dgn ILMU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waw macam sajak plak. hehe. thanks nimk! insyaa Allah, hopefully ada ilmu yg dapat nanti. Nak detail tanya pak cik google or baca buku and documentaries. Banyak documentaries and buku2 sentuh pasal all these.hehe. best!

      Delete
  24. oh! oh! oh! guess what? saya lagi teruja dgn linda-samuel berbanding hana-fawwaz-haydar skrg. kak eve, kenapa tak buat scene fawwaz-hana-emmel? it would add the saccharine sweet to the story. and thanks alot for the religion facts baru skrg saya tau tu semua. keep writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ aina. a ah gewd if u r interested in Samuel and Linda jg.hek3. intentionally made it that way.lol. thanks ! ;)

      Delete
  25. assalamualaikum kak eve. jazakallahu khair, alhamdulillah. sgt byk new info yg boleh dpt from this entry. kalau saje saje nak baca and search all those info memang agak kemalasan lar kan. hehee. keep on writing macam nie ye kak eve. we will support you no matter what. barakallahu feek :)

    #Murni Tan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt Murni ;) thanks a lot Murni :) alhamdulillah for ur support, inshaa Allah doakan ada kebaikan dalam penulisan saya ye :) moga saya tak menulis dengan sia-sia. amen.

      thanks/jzkk murni! :D

      Delete
  26. Syabas .cerite yg menyeronokkan. X sbr nak tgu n3 ttg hydr.miss u hydr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha haydar cakap miss u tooo :p tQ wan!

      Delete
  27. hi dear Eve.. sgt teruja n very good info..
    x sbr nak tahu kisah hydar pula..

    good keep up n take care Eve :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks eiyan ;) tc u too. Haydar owh Haydar. Eve rindu dd real Haydar, u rindu d watak Haydar. hehe :p

      Delete
  28. dh smpai bab 23 still xde cite pasal haydar...
    rindu dgn haydar ni...
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruskan merindui ;p haha (kejams) lol

      Delete
  29. slow and steady ok.....for sure Haydar will appear soon.....he is d hero....rite Eve...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa let see! gona be interesting soon. ;)

      Delete
  30. Eve, terimakaseh utk info2 berguna dlm coretan Eve.
    Sila teruskan, lagilah teruja bila ada unsur2 TWB jugak :-))

    ReplyDelete
  31. i like your writing style! selamba dan boleh masuk dalam jiwa, will collect all your novels.. keep up the good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch dayang, novel i baru satu. doakan yg ni plaks ye :) thanks babe!

      Delete
  32. Eve dearie.. as usual good stuff... now am excited to know more about Linda & Samuel instead of Hanna - Fawazz - Haydar...hehehe.. also thanx for the info on the Rome/ Jew etc..keep it up sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah, thanks kak haslina ;) !

      Delete
  33. Salam Eve...how are u...dah lama x lyn gang TWB, nk pm pun x dak semangat sbb it is not ur own FB, hihi...entry kali ni penuh dgn JIWA...all d best sis xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak sue ;) owh yea..yes fb saya mmg dah tak ada. yg ada just Page. but here pn boleyh.hehe. rindu akak ;)

      Delete
  34. assalamualaikum,

    thanks eve, banyak yang saya dapat.. bila baca eve punya entry kali ni..good job eve..
    love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt, thanks farra ;) alhamdulillah glad to hear that. <3 u babe ;)

      Delete
  35. salam Eve..
    tqvm byk ilmu yg didpti dlm novel eve nie.. lg best ble berkaitan dgn TWB.. hehehe
    anyway kn
    Sean O'pry = Haydar
    Marlon Teixeira = Fido
    Emma Maembong = Hanna
    ?? = Fawwas

    hehehe... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak dayu...fawwaz la kak, bukan fawwas. haha it reminds me of mawas. haha. fawwaz i took two persons atesh and leandro lima. Fawwaz got the face as publish in d blog, but leandro and atesh tak semua pic they all mcm muka fawwaz. ohoho ayat mcm tunggang terbalik.haha

      Delete
  36. Tq Eve...
    byk dpt info berguna...
    cerita yg semakin best dan menimbulkan tandatanya...
    makin x sabar nak tunggu...
    -Shalinda-

    ReplyDelete
  37. salam..tq kak eve, byk info yg sy tak tahu sebenarnya. mcm linda ckp, 'start reading'..hehe. btw, bila nak sambung sweetheart? tak sabar nak tunggu sambungan die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops sweetheart dah sambung but akak baru nak reply komen kat sini.ehehe. yeah mcm seruan Allah s.w.t dalam surah Al-Alaq .

      Iqra ! (recite!) so jom membaca atas nama Allah ;)

      Delete
  38. Eve..bile nak sambung lg ... Rindulaa ...plzzzzz new n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha baru nak sambg. bls komen dlu. haha tq eiyan!

      Delete
  39. Hi Eve, can't wait for the nxt n3 ...wil ths one to be publish jz like TWB soon? Ths 2nd one oso superbb ! Keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah, planning to make it a novel. insyaa Allah. thanks lvynn. doakan2 :)

      Delete
  40. wow! watak dlm A380 same dgn TWB.. kagum dgn kak Eve.
    xde la TWB hilang dr ingtn mcm tu aje nnt.. :)
    wondering..adakah datin ariana & dato wira adam muncul juga nnt..hehhehe :D
    tak sabar tunggu yg seterusnye...
    thank you Evelyn Rose. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mawar ! ;) aha, yg tu kena tgu nanti.hehe :D

      Delete
  41. eve..awk sgt sesuai jd pensyarah..bnyk things yg ur reader (specialy me)yg mmng tk tau mnjd tau..thanks coz sharing many info...:))

    ReplyDelete
  42. baru saya perasan citer ni smbungan the wedding breaker... hehe ^_^ semua laki dlm citer ni handsome2 <3 keliru nk pilih sapa. :P

    ReplyDelete
  43. Baru sy perasan sape samuel. Dia kawan adam yg atheis tu. Haha lol. Masa baca nama samuel tu sy trus bygkn samuel L jackson tu tau. X teringat plak twb. Hehehe, sori. Sy baru folo blog ni.

    ReplyDelete
  44. Saya suka novel ni..best!tp honestly I nk dia ngan fawwaz!

    ReplyDelete