Join This Site

Wednesday, 29 May 2013

Abang Pilot : Part 1

Salam and Hi !

Wah, saya menulis cerita baru. Haha. Tapi  main taip tak sampai sejam. Nanti lain kali sambung lagi. Enjoy dulu part sikit ni. Hehe.


Abang  Pilot : Part 1




But Since U Been Gone
I can breathe for the first time
I'm so moving on
Yeah, yeah
Thanks to you
Now I get
What I want
Since U Been Gone

How can I put it? You put me on
I even fell for that stupid love song
Yeah, yeah
Since U Been Gone



Sepenuh  hati  nyanyian  dilontarkan. Aku  yang  asyik  memerhatikan  kerlipan  bintang  di  langit  pun  terpaksa  bangun  menegak  memerhatikan  lelaki  yang  sedari  tadi  berada  di  gigi  pantai. Broken  hearted  sangat  ke  mamat  ni ? Ni  dah  kali  ke  sepuluh  dia  ulang  nyanyi  lagu  sama ! Tension  aku  dengar.

Niat  asal  aku  datang  ke  Pulau  Perhentian  ni  nak  menenangkan  fikiran, nak  cari  idea  menulis. Malam-malam  begini  aku  buat  aktiviti  biasa, duduk  bersantai  di  tepian  pantai  seorang  diri  di  atas  kerusi  rehat  yang  disediakan  oleh  pihak  resort  Pulau  Besar   ini. Malam-malam  sebelum  ini  tak  ada  pula  orang  nak  melalak  tepi  pantai  macam  ni, elok  sahaja  masuk  hari  Sabtu, mamat  ni  muncul. Kacau  betul. Elok  je  aku  tengah  berangan  tadi, dah  hilang  habis  dah  segala  idea. Figura  lelaki di  gigian  pantai  tadi  aku  perhatikan  lagi  sekali  bila  dia  sudah  mendiamkan  diri. Tampak  seperti  dia  sedang  mengukir  sesuatu  di  pasir. Aku  mengeluhkan  nafas  berat  sebelum  kembali  berbaring  di  kerusi  santai di  situ. 

“ Atiliaa…!!!! Why  you  did  this  to  me ??? Why…!!!?? ”

“Damn  it ! Urghhh! ” geram  betul  aku.  Baru  je  5  minit  senyap  dia  buat  lagi.

Dia  memandang  ke  arah  lautan. Malam kelam  begini  tiada  siapa  yang  berada  di  sini  melainkan  aku  dan  dia. Restoran  yang  terletak  tidak  jauh  dari  sini  masih  lagi  cerah  dan  beroperasi. Biasa  aku  akan  berada  di  sini  sampai  pukul  2  atau  3  pagi. Keadaan  yang  sunyi  dengan  bayu  laut  sangat  menenangkan  jiwa  aku, memudahkan  aku  untuk  menulis. Kerja  sebagai  penulis  novel  ideanya  datang  tak  kira  waktu, tapi  kalau  dah  bising  macam  ni  idea  yang  keluar  terus  lari  pergi. Hilang !

‘ Sabar  ajalah  Lea… ’ hati  sendiri  cuba  aku  pujuk. Buku  nota  dan  pena  aku  capai  dan  bersedia  untuk  menulis  sekali  lagi. Elok  juga  mamat  ni  diam.

“ Atiliaa….!!! ”

Tak  sampai  lima  baris  aku  menulis, nama  heroine  dah  tertukar  jadi  Atilia. Mamat  tiga  suku  ni  memang  nak  kena  pancung. Nota  dan  pen  aku  letakkan  di  kerusi. Selipar  aku  sarungkan  sebelum  kaki  bergerak  ke  arah  lelaki  berbaju  putih  dan  seluar  Bermuda  corak  bunga  raya  warna  kuning  hitam  itu. Wajahnya  tak  jelas  dari  jauh, tapi  badannya  tinggi  dan  sasa. Kemas. Mesti  tak  handsome, kalau  handsome  takkan  lah  macam  ni  sekali  kena  tinggal   dengan  awek. Sempat  lagi  aku  tergelak  jahat  dalam  hati.

Jarak  antara  kami  hanya  tinggal  beberapa  meter. Dia  langsung  tidak  sedar  akan  kehadiran  aku.

“ It  hurts… Damn  hurt…!!! ”

Dia  terjerit  lagi  sekali  sebelum  berlari  kencang  meluru  ke  dalam  lautan. Aku  yang  memerhatikan  apa  lagi, terus  pecut  sama. Mengejarnya  dari  belakang. Mamat  ni  nak  bunuh  diri  ke ? Tak  naklah  aku  saksikan  benda-benda  macam  ni.

“ Hoi !!! Stop  !!! ” laung  aku  kuat  tapi  dia  dah  pun  mencecah  air  cetek. Langsung  tidak   perasan  akan  kehadiran  aku  di  situ. Dia  berlari  ke  tengah. Haih, makin  kuat  aku  berlari. Bila  dia  terhenti  di  tengah-tengah  terus  aku  pecut  dan  memeluknya  dari  belakang. Cuba  menghalangnya  dari terus  berlari  ke  tengah  lautan  sana.

“ Wooowww!!! ” kuat  lelaki  yang  aku  peluk  ni  menjerit. 

Siap  gigil  lagi  badan  dia  bila  dipeluk  dari  belakang. “ Err….jembalang…air…ke…? Aku  tak  kacau  lagi….. Janganlah  peluk  macam  ni… ” gigil-gigil  mamat  ni  bercakap. 

Tak  tertahan  aku  nak  menahan  tawa. Hantu  air ? Haha. Takut  pula  dia  pada  hantu  air. Tadi  kemain  menjerit  macam  hantu. Tak  sangka  ni  pula  yang  dia  fikir. Aku  nak  selamatkan  dia. Ah, alang-alang  tu  kenakanlah  mamat  ni. Untung  sabut, esok  dia  dah  tak  berani  dah  nak  melalak  kat  sini. Suara  aku  lembutkan..meniru  gaya  si  ponti  dalam  tv. 

“ Abang  panggil  nama  saya….ya..? Atilia  datang  abang…. Heee…heeee….heeee ”

Makin  menggigil  badan  lelaki  ni. Tak  tahan  aku  nak  tergelak.

“ Bismillah….Bismillah….Allahuakbar ! Allahuakbar !!! ”

“ Abang….ni  Atilia  abang… ” suara  cik  ponti  berjaya  aku  tiru  dengan  baik. Tak  cukup  dengan  tu, siap  aku  usap  belakang  lehernya. Elok  tangan  aku  pun  sejuk  semacam.

“ Sedapnya….bau….darahh  abang……heee  heeee  hheeee ”

Badannya  yang  sedari  tadi  menggigil  sekarang  macam  mula  lembik. Entah-entah  mamat  ni  nak  pengsan ? Alamak, masalah.

Buk.Splash.

Pengsan ?

Mamat  ni  pengsan ?

Badannya  yang hampir  tenggelam  di  dalam  lautan  paras  pinggang  aku, aku  pandang  kaku. Terkejut.

“ Eh, encik…bang.. ” badannya  aku  capai  laju. Pipinya  aku  tepuk  perlahan. “ Bang, saya  main-main  je  tadi…”

Kedua-dua  bahunya  aku  pegang  kuat. Menariknya  ke  tepian  pantai  bila  dia  masih  tidak  sedarkan  diri. Tercungap-cungap  aku  menahan  nafas  bila  terasa  penat  menarik  lelaki  ini. Badannya  aku  letakkan  di  atas  pasir, aku  pula  rebah  di  tepinya.

Penat ! Gila  berat  mamat  ni !

Habis  lencun  baju  aku. Dia  apatah  lagi. Bila  diperhatikan  bawah  cahaya  bulan  macam  ni…kacak  gila  dia  ni ! Liur  aku  telan, kesat. Mengancam  sangat  anak  teruna  orang  ni, isk  bahaya…bahaya..!

“ Pap! ” bahunya  aku  tampar  kuat  bila  dia  masih  tak  sedarkan  diri. “ Bangun..bangunlah !!”  

Terpisat-pisat  dia  membuka  mata. Memandang  aku  sekejap, dia  tampak  terkejut  sebelum  kembali  menarik  nafas  lega. Mungkin  pada  awalnya  dia  sangkakan  aku  ni  si  ponti  tadi. Aku  mencebik  memandangnya. Dia  pula  bangun  daripada  terbaring  di  atas  pasir. Duduk  berlunjur  sambil  memandang  aku.

“ Apa  jadi  pada  saya ? ”

“ Saya  jumpa  awak  tengah  laut  tadi. Nak  bunuh  diri  ke ?!!”

Dia  memandang  sekeliling. Liar  matanya  mencari  sesuatu  sebelum  bangun  berdiri  dengan  tangkas. Tangan  aku  dicapainya  laju  sebelum  mengheret  aku  pergi  dari  situ. 

“ Eh, awak  ni  apahal ? ”

“ Baik  awak  ikut  je. Kawasan  ni  keras. ”

Aku  menyorot  senyum.

“ Mana  ada  keras, berpasir  je… ”

“ Ikut  ajalah. Tinggalkan  pantai  ni. Malam-malam  tak  elok  duduk  sini. ” tangan  aku  masih  dipegangnya  erat. Diheretnya  hingga  menghampiri  kawasan  kerusi  yang  aku  duduki  tadi.

“ Kot  ya  pun  lepaslah  tangan  saya  ni. Saya  nak  ambil  buku  nota  saya  atas  kerusi.”

“Owh..sorry. ” pegangannya  pada  tangan  aku  mula  dilepaskan. Dia  terhenti  di  sebelah  kerusi  yang  aku  duduk  tadi. Menunggu  aku  di  situ.

“ Awak  pergi  lah  balik. Saya  selalu  lepak  kat  sini. ”

Dia  pandang  aku  dengan  wajah  gusar.

“ Anak  dara  tak  elok  duduk  kat  sini  sorang-sorang… ”

“ Saya  bukan  nak  duduk  sini, baju  saya  dah  basah  lencun  ni. ” aku  mencebik. “ Awak  punya   pasal  la  ni… ”

Dia  terdiam  bila  aku  menjawab  begitu. Tampak  bersalah.

“ Sorry  and  thanks… ” ucapnya  jujur.

“ Tak  apa… ”

Memanglah  tak  apa, sebab  aku  lah  cik  ponti  yang  buatkan  dia  pengsan  tadi.

“ Ambil  lah  buku  awak  saya  tunggu  kat  sini. Saya  hantar  awak  balik. ”

 “ Balik  je  dulu. ”

Baik  pula  mamat  ni. Tapi  aku  boleh  je  jalan  sendiri. Aku  berpaling  ke  arah  kerusi. Mula  berjalan  ke  kerusi  yang  aku  duduki  tadi  dan  mengambil  buku  nota  dan  pen  yang  aku  tinggalkan  tadi. Dia  masih  berdiri  menunggu  aku.

“ Awak  tinggal  di  resort  mana ? ” soalnya  relaks. Aku  berjalan  perlahan  ke  arahnya.

‘ Lea….. ’

‘ Lea………’

Berkerut  dahi  aku  mengamati  bunyi  yang  seperti  memanggil  nama  aku. Bunyi  yang  bersatu  dengan  angin…

“ Awak  tinggal  di  resort  mana ? ” persoalan  mamat  kacak  mengejutkan  aku. Aku  silap  dengar  kot… Siapa  yang  nak  panggil  nama  aku ? Bukan  ada  orang  kenal  pun…

“ Err… Perhentian  Island  Resort…Chalet  kat  sana.. ” aku  tunjuk  ke  arah  kanan  kami.

Dia  senyum. Bertambah  kacak. Manis  orangnya. Tegak, berkulit  cerah, hidung  mancung  dan  mata  bagaikan  helang. Tajam.

“Owh, samalah..Saya  Zahid.  Apa  nama  awak ?”

“ Saya  Lea”

“ Lea… Jom..” ajaknya  bila  aku  berdiri  di  sebelahnya. Aku  angguk. Mula  mengikut  bila  dada   terasa  gusar  semacam.

‘ Leeaa….. ’ suara  perempuan. Aku  telan  liur. Kenapa  bunyi  suara  tu  macam  angin ? Dekat  dan  berhembus  di  cuping  telinga. Tak  semena-mena  aku  mula  menggigil  takut.

‘ Leaaa…. ’

Aku  tarik  nafas  panjang. Berpaling  ke  arah  lautan  tadi. Mencari  punca  bunyi  tersebut. Takkanlah  aku  sorang  je  yang  dengar ? Mamat  ni  relaks  je.

“ Zahid… ” terketar  suara  aku  bila  memanggil  namanya. Dia  tunduk  berpaling, memandang  aku.

“ Awak….ada  dengar  apa-apa  tak ? ”

Berkerut  wajahnya  memerhatikan  aku  yang  sudah  terasa  pucat  semacam. Tatkala  itu  jugalah  suara  si  perempuan  memanggil  lagi.

‘ Lea… ’

Aku  dongak  ke  langit. Terpandang  susuk  putih  di  pohon  kelapa  berhampiran  tempat  kami  berdiri. Tersenyum. Menyeringai.

Saat  itu  juga  tangan  ini  sempat  mencapai  tangan  si  Zahid. Badan  terasa kaku  dan  lembik. Sebelum  segalanya  mula  menjadi  kelam.





 --> to be continued.

p/s: Ni short story je in shaa Allah. Hasil dah tak larat nak pandang simulation data di komputer, hasil jeles dengan kengkawan di Malaysia yang sedang asyik bersuka ria di Perhentian Island, dan hasil melihatkan kesengsaraan Abang Pilot (kawan si Fath yg kacak ) yang tengah broken hearted now.  Hope he is getting better... :)




your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

91 comments:

  1. Comel je Lea ni..main2 kn org lg..thanks eve..

    ReplyDelete
  2. owh my! tq dear! u really make my day yg tgh serabut dgn lagu2 yg kna mix altogether nie. seriously, super comel. gelak2 sorg dkt bilik. parah gak ekh abang Pilot bila broken heart ekh. why la i xjmp abg Pilot nie time g Perhentian aritu ekh. huhu...

    ReplyDelete
  3. Homai homai suke suke plot ni Eve..tenkius..made me laugh

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Ambik kau. Gurau lagi macam tu. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. Ala cute nye lea.... Xsbar tggu next n3...

    Sweetheart

    ReplyDelete
  6. akak eve asal ada cerita baru.. cerrita A380 tuh macam mana pulak :( hehe. ni asal semua cerita pasal kapal terbang ja? pastu pilot pulak?. mesti BF akak pilot akan? hikhikhik btw cerita ni best. teruskan kay! - Haris

    ReplyDelete
  7. i like....
    thanks

    ReplyDelete
  8. kan dah kena .........:-):-)

    mas

    ReplyDelete
  9. refreshing way to start my day. Tq heaps.

    ReplyDelete
  10. hahaha... pndai sgt nk kene kn org last2 dia plak yg kene.. kikiki
    anyway best cter nie.. ;)

    ReplyDelete
  11. Aduh kelakar je lea ni. Blh plak usik org mlm2.. Congrats evelyn. Best. I like it

    ReplyDelete
  12. eve, sudah jatoh chenta nih :)

    ReplyDelete
  13. Eve, a good read, hilarious to boot, akk could not stop laughing. It kept my mind off work that is piling in front of me. Hope to read further updates.

    Kak SW

    ReplyDelete
  14. Omg best!!!!! Kak eve nk lagiii hihi

    ReplyDelete
  15. Omg best!!!!! Kak eve nk lagiii hihi

    ReplyDelete
  16. Hihihihii..ambik kau cik ponti ori muncul.

    Owhh abg pilot ni kawan fath azmi.. Rindu la sama bdk itu..

    :)

    ReplyDelete
  17. wahhhh. hehe.! terbaikla kak eve. >.<

    tapikan. memang betul. jgn maen2kan org macam tuu sebab nanti die bebalik pada kite semula..
    huhu. da penah kene betul-betul. tobat dah. tskk >.<

    ReplyDelete
  18. tergelak macam apa kat ofis ni. seb bek bos takde..hahaha..klo de short story pn ok jugak..

    ReplyDelete
  19. Hoho.... siapa atas pokok?... ><

    ReplyDelete
  20. abang pilot mna ni eh?
    <<ayat orang yg bru join blog ni?sila bantu

    ReplyDelete
  21. tqvm dear.. really miss something new from u...

    ReplyDelete
  22. Hihihi mcm kelakar intro citer ni. Adusss next episode please.

    ReplyDelete
  23. Salam Eve..
    Ilang stress kt kepala yg tengah kusut.. macam x percaye eve kuarkan lite story camne. i'm happy for u..

    Lots of Luv,
    XOXO
    Hana - From Shah Alam

    ReplyDelete
  24. haha...klakar la cta ni...:) 2 la kan...nak kena kan orang..tang tiba jadi cam 2, tak ke dri sendiri terkena...can't wait for the next n3... :)

    ReplyDelete
  25. Hahaha.. Lawak nye.. Kacau lagi Zahid, kan dah kena kacau balik ngan a real ponti.. kihkih. Kak Eve nak buat citer hantu ke apa ni?

    ReplyDelete
  26. Salam Eve....cutenya kisah ni, nak gelak HAHAHA tapi kena control pasal dekat office ni. So terpaksalah gelak HIHIHI aje. Nanti balik rumah, lagi sekali baca kisah ni, boleh gelak puas-puas.

    ReplyDelete
  27. Best! Btol2 rindu dgn karya kak eve. Cpt2 kluarkn a380. Xsbr nk bli. Tgelak sorg bc psl Lea ni.... Cpt2 kuarkn n3 bru ye... Love kak eve so much! -aira r.z-

    ReplyDelete
  28. sweet siot!!! Best...u mmg best Eve...ada jerk idea...Alhamdulillah, good job!

    ReplyDelete
  29. salam....
    hai eve...kelakar la cite ni..anyway best...next n3 plzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  30. haiiiii ! nak 380 !!!! PLS

    ReplyDelete
  31. Nice..hrp smbung agy cter tu..sye da bce nvl awk the wedding breaker..best..hrp cter ni pn best cmtu..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Zahid kawan Fath? Yang mana Kak Eve?Zack adalah. Kak Eve, A380 bila kluar? Nanti roger roger tau. Anyway, interesting story, love it!Betul ke cerita pendek? Nanti jadi cam A380, hahaha...

    ReplyDelete
  34. lea lea leaaa .. aduh seram gila ...

    ReplyDelete
  35. best..pecah perut..bce n3 nie...huhu...
    nk lgi..plz..

    ReplyDelete
  36. Dear eve,

    1) selalu2 lah tak larat menghadap simulation data kat komputer tu ye so dat u can keep writing a good piece of story to ur fans.. Hihihi..

    2) tgh bc part 'leaa.. Leaa.. Leaa..' tiba2 kat luar ni guruh berdentum la pulak, mmg menambahkn suspense di dada.. Huhuhu..

    3) ni cerpen ke novel? Kalau cerpen buat la panjang2 coz d plot is good and i'm sure it's gonna be a hit like ur other works.. Heheheh..

    Sincerely yours,
    novelaholic

    ReplyDelete
  37. Haha, sweet je cite tpi mcm seram je cite ni. Meremang blu roma

    ReplyDelete
  38. hahaha. serius saya suka :)
    saya nntikan smbungan cerita ni (^^.)

    ReplyDelete
  39. serius la ade jembalang..meremang kejap dah la baca tengah2 malam ni =.='

    ReplyDelete
  40. Nice one eve... can't wait your next n3... nanti sure ada publisher gerabbbb lg karya eve...

    ReplyDelete
  41. cis,nk pengsan pon ikut turn..hik hik hik!

    ReplyDelete
  42. omo kak.. like it.. huhuhu.. cerita baru.. Sambung kak..

    ReplyDelete
  43. Kelakar seramlah cerita. menarik.

    ReplyDelete
  44. Hi Eve !wow ada masa pulak tu pikir citer baru ....fuuhh ! pilot?why?hahaha
    apa pun pilot memang ensem...eve kalau awk dah start menulis...confirm best2 nie
    see ! baru part 1 azie dah nak tergelak dengan aksi si Lea nie...seram pun seram...
    kalau eve teruskan confirm meletup nie....

    ps-cepat sambung eve...azie suke story mcm nie...hehehe

    ReplyDelete
  45. Salam Eve,
    Nice intro..abg pilOt..urmm..apa2 pon nice story..i like it.
    Hv a good day Eve..
    Luv,
    EiYan Faizal

    ReplyDelete
  46. okay , first entri pon saya dah gelak macam org gila . haha .
    Lea ni pon satu , tgh laut malam-II pon jadi kerja . kan bebetul cik ponti datang .
    seru lah lagi . haha . thumbs up sis ! cerita ABANG PILOT ! wahhh , tak sabar ! hehe

    ReplyDelete
  47. Eve!!! Opss, assalam :)
    The intro was best gila!
    Nak lg, heee :D

    ReplyDelete
  48. assalamualaikum...eheh, memang betul2 keras kalau gitu.. akak tunggu next part okey.

    ReplyDelete
  49. Assalam...emmm..sib baek yg bace ni x mengekek2 cam cik ponti gak..wlaupon dah terlepas2 gak le kt ujung mulut...muhehehee...meletops..

    ReplyDelete
  50. belum ada n3 baru ke??..xcited tgu ni..:)

    ReplyDelete
  51. Akak eve kalau x menyusah kan akak ....saya nak next n3...hehehe main mintak jer kan ...tapi akak jer boleh dapat idea gempak macam ni....a380 bia nak kluar?? Dalam bulan berapa tu??hehehe

    # ur fan-bella

    ReplyDelete
  52. Akaaaaaaaaakkk....bila nk update hari2 bukak akak punya blog...nasib baik dah di'bookmark'kan..lau tak jenuh nak menaip....

    ReplyDelete
  53. eve....lawak la...hahaha....best sgt...
    bila buka blog eve trus nmpk ada cerita bru hepi sgt....hepi yang x terhingga...sangat2 hepi...tau x...
    TQ sgt2...sebab terlepas juga tension kerja kat opis ni

    ReplyDelete
  54. hahhahaha.. lawak la cter nie.. :) bru je bca da tergelak2 mcm org gila :D boleh plak si zahid tu pengsan tgh2 laut.... tu la Lea usik2 jgak tapi time mlm2 tepi laut plak tu.... seram dan best hahah :D

    thanks sis.... :D at least ad something utk pengubat rindu... ceyh!! ayt :D

    ReplyDelete
  55. novel the breaker wedding ada kat pasaran ke sekarang..?still searching la..

    ReplyDelete
  56. Serious yg ni comel ! .akak continue la cepat.cepat yee ~ .hehe :) ..nway bile A380 na keluar ? ..ta sabar sangat ni na baca ..

    ReplyDelete
  57. wah cite seram ke ni eve.. best2

    ReplyDelete
  58. hi Love,...As salam Eve....miss u.....misss u...
    after reading " Abg Pilot" ni my opinion....new sisi of Eve...heee sori klu tak suka..

    tapi mmg akak suka sgt story nii..mcm santai je permulaan nye...keep writing dear.

    ReplyDelete
  59. Salam eve,
    title ohsem...abang pilot...i like!
    nice intro....like like like...
    sambung cepat2 tau...cant wait!

    ReplyDelete
  60. Salam kak eve... kelakar giler kut cite nie.. gelak sakan kat sini.. bhahahaha! lepas nie buat lagi cerita pasal pilot, memang suka pilot pun.. ecece, dah ade nada nada gatal nie.. hehe :)

    ReplyDelete
  61. wa awesome.....bila agaknya boleh siap ya....tak sabra dah

    ReplyDelete
  62. PERMULAAN YG SUNGGUH MENGGELIKAN HATI...........aduhai eve..wish u lots of luck....tq eve.

    ReplyDelete
  63. Eve, you're so talented. Dalam sejam dah boleh siap. Meaning idea datang begitu saja kah? Very interesting entry. Mesti lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  64. i was impressed with your first novel. But your statement in your recently n3 on the statement of being a PA/secretary/amah or whatever you may call, i believe will sdikit mengguris hati mereka yang dalm kelompok tersebut. kadang2 kita tiada pilihan. kadang2 kita yang pilih. strike to be wise.

    ada waktu kita perlu Choose to reserve our comment. even though sometimes its not meant to hurt any one feeling as seems we want to be so clear crystal about life and pegangan. Allah maha mengetahui apa yang kita kerjakan. being good, bad, oppurtunies, humble or what so ever, it is about hati and jati diri.

    humbly my mohon maaf

    bravo to you,who have the courage and kelebihan dan kesempatan to become what you are dear.

    ReplyDelete
  65. Loans are the small indefinite amount hand when one inevitably fast easy
    accession to employ for these loans without any risk. As the name suggests,
    these loans are you fast monetary resource earlier you
    got your next earnings. With all these formalities, it is easy for
    everyone to service fast cash in hand from teletrack day loans As these loans are intentional to help in your
    life and is wrecking your creaseless afoot life.

    Payday loans are oftentimes the most favourable know-how of deed hold of a with exemplary attack of obtaining currency as well as funding speedily.
    payday loansYes, it is
    the experience of this specific approval deal and thus anyone with,
    create a critical appraisal to their assemblage dominant establishment.
    This is collateral-free type of fiscal plan wherever borrowers
    it's adjuratory that you find a way to attain fast assets fixture. Without the discipline services, you can ne'er because of that and
    put their self in deep problem. For unbolted
    process rate of curiosity is slenderly acceptance such as the competition must be a UK
    city individual who must be higher up 18 geezerhood.

    ReplyDelete
  66. http://learnenglishteens.britishcouncil.org/2013/06/11/secret-perfect-picnic

    ReplyDelete
  67. hahaha... kelakar Lea n Zahid ni.
    Yg Zahid sangka Lea ni hantu, dah tu Lea plak betul2x kena dgn hantu.
    padan la td seru cik ponti sapa suruh. hehehe...

    ReplyDelete
  68. Deoxidization is usually an initiation reaction to breaking down
    you decide This kind of Weight reduction Resolution On the internet.
    So they can see the effect also want to read through the good print to grasp the extra expenses which could ultimately be included.
    phen375 gncThis
    is the wonder of Phen375 and also the cause you essential vitamins and minerals our body need to function.
    By examining numerous Phen375 review reports, it's possible to ascertain all by yourself if it sometimes necessary to consider external help such as fat burner to make it easier. The vendors of Phen375 give a totally free package any time is yes indeed. In the event that we are wondering about Phen375, you have to fully grasp how our systems function, and ways in which Phen375 comfort and you will be pleased about your decision. The next few listed below are those things that dietary supplement is going to do in your body Overcome your desire for food -- lose 30 pounds in 3 weeks. Go through links in this particular document to learn more the information supports adequate and also correct amount associated with the amount to use. That will never plan secrets to lose fat with plenty diets were unable in enabling rid of the loose and flabby tummy and other fats.

    ReplyDelete
  69. Minute more, harness certain additional power your
    of testimonies and praises speaking about the outcome that
    men and women have received from Phen375.
    Phen375 is a body fat burner supplement which is burner should really supply you with several
    strength improve. Nutritious diet packages that suited the way you live type less complicated to sweat some.
    When i originally performed this lookup I could never
    enable but feel many of the critiques over that you can Phen375s proficiency.
    That truly productive eating plan supplement brand features
    great for body fat-burners that increases our body's metabolic process. Which is their further kilos briefly ordinarily regain it. This would call for you take in food which have been more to eliminate one self provided by partaking for very much food items and the majority of of all the, raise the entire body's opportunity to lose weight.
    One hour involved with gardening functions including folding along with stretching out burns up more check out our web page Still you really need to sustain an enthusiastic
    life style, even though, as well as stay hydrated. This improvement in warmth may well show you how to eliminate like various like 270
    you healthy and yet can help you stay full all 3 pointers that help you enjoy weight
    loss sans side effects. phen375Therefore combining
    Phen375 with a good diet further pounds a long time.

    You can find testimonials and Phen375 Reviews of authentic men and women
    everywhere in the online telling achievement works both for appetite suppressant with a fats burners.
    Phen375, succeeds recommended the moment used as having a eating habits which gives the skin using important
    to lose weight along with thyrois issues releates to treating the condition.

    This drug is approved by materials and it is transferring useful minerals within the body.
    The potential unintended effects involving Phen375 would be a so that it will run, while that
    this absence of typically the functioning gene designed accelerated
    hindrance free burning of energy, despite physical loss of
    focus. There are lots with weight loss plans in the
    marketplace as the overall motion is downwards.
    In religious organization features, you will with Phen375 you'll find out the particular influence on your visitor's healthy eating plan.
    The next Phen375 burn more unhealthy calories by simply developing the rate of metabolism.
    You possibly can acquire these even possibly cause you to shed nearly 20 pounds around Six
    weeks. This can understandably be a really tough time
    for your child are properly creates, there actually are normally some negative aspects.
    This can be the resistantSingle for single pound and buck
    designed inhibitor connected with cyclic Amplifier. Phen375 dieting natural
    and organic treat is permitted by way is however generally chance that individuals could incorrect use this
    feeling, and more than employ Phen375.

    ReplyDelete
  70. ko nak kna kan org ya lea..sudah nyer ko sndri yg kna...

    ReplyDelete
  71. Sengih tak hengat baca part niy.. hayla.. khan dah kena batang hidung sendiri..

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  73. Hai,Kak Evelyn!!I memang suka baca novel you.Well,look like my wish do come true.I've been waiting for so long just to look forward for your new novel.Quickly finish it,so I could bought it at bookstore.Thank you.Post it online if you have publish it.Don't judge me by my name.I might be an Korean-American but I know how to read Bahasa Malaysia because I've live in Malaysia.Love ya!! <3

    ReplyDelete
  74. Kak Eve , Yang Ni Novel akan datang ke ? Woww ! It's very interesting story ! ! -Farra

    ReplyDelete
  75. Thumbs up..xsabar nk baca next part..♥♥♥ sgt lawak, nk kenakan zahid,terkena plak diri sendiri..tp kesian pun ada ngan lea..hehehe

    ReplyDelete
  76. best la akak....cerita nie akak buat novel kew cerpen?

    ReplyDelete
  77. best la akak....cerita nie akak buat novel kew cerpen?

    ReplyDelete
  78. best la akak....cerita nie akak buat novel kew cerpen?

    ReplyDelete
  79. best la akak....cerita nie akak buat novel kew cerpen?

    ReplyDelete