Join This Site

Monday, 15 July 2013

Abang Pilot Part 6

Salam Ramadhan ! :) 

Part 6

“ So,  Lea, projek  awak  tu  jalan  ke ? ” Zahid  jongket  kening. Saja  menyakat  Lea  yang  duduk  di  hadapannya  kini.  Lea  Natasha  yang  agak  memerah  wajahnya  dari  tadi. Berdebar  okay  bila  si  kacak  peluk  dekat-dekat  macam  tadi ! Sampai  Lea  dah  boleh  cam  bauan  Zahid. Kalau  tanya  bau  deodorant  Zahid  pun  dia  tahu, punyalah  dekat  kedudukan  mereka  tadi. 

“ Projek ? ” macam  si  sengal  Lea  bertanya. Sesak  nafas  sekejap  berhadapan  dengan  lelaki  sekacak  Zahid  sampaikan  hilang  memorinya  sekejap. Entah  apa  yang  bodohnya  si  Atilia  tinggalkan  Zahid ? Biasalah, kalau  perempuan  yang   rasakan  diri  dia  semakin  bagus, mungkin  pada  Atilia  Zahid  bukan  lagi  tandingan  dirinya.

“ Haha..Awak  ni  Lea.. Okay  ke ? ” senyuman  seksi  Zahid  terbit  lagi. Lea  tarik  nafas  panjang  sambil  memarahi  diri  sendiri  supaya  fokus !

“ Okay. Saya  lapar. Tak  boleh  fikir  nak  jawab  apa. ” muka  toya  si  Lea  dah  keluar. Zahid  ketawa  mengekek. Lama  dia  rindu  dengan  riak  Lea  yang  tak  berperasaan. Wajahnya  yang  polos.

Tangan  Zahid  diangkat  tinggi. Lama  menunggu  si  pelayan  restoran, tak  sampai-sampai. Bila  si  pelayan  datang, terus  pesanan  dibuat.

How’s  life  Lea ? Kenapa  saya  mesej  langsung  tak  berbalas ? ”

“ Owh… Hmm…saya  tengah  tulis  novel. Siap  baru  saya  contact  awak. ”

Zahid  geleng  kepala. Kalau  dia  jadi  kekasih  Lea, sah  resah  hati.

“ Menulis  kat  mana ? ”

“ Rumah… restoran..cafe…taman…padang…tepi  pantai… ”

Muka  Zahid  dah  berkerut  sakan  bila  satu  persatu  disebut  Lea. Merata-rata  minah  ni  menulis  rupanya, tapi  mesej  dia  langsung  tak  dapat  Lea  nak  balas.

“ Dah  lama  awak  menulis ? ”

‘ Sejak  dua  tahun  mama  dan  papa tiada…. ’ jawapan  emosional  sebegitu  Lea  pendamkan  sahaja  dalam  jiwa. Biar  dia  dan  Tuhan  sahaja  yang  tahu  kisah  hidupnya. Senyuman  ceria  di  layangkan  pada  Zahid.

“ Lima  tahun. ”

“ Lama… Awak  umur  berapa  sekarang ? ”

Wah, abang  pilot  dah  mula  tanya  soalan  advance. Lea  berdehem  kuat.

“ Awak  rasa ? ”

“ Kalau  lima  tahun  lepas… if…awak  start  lepas  awak  graduate..umur  awak  sekarang  mestilah  26 ? Awak  lulusan  apa ? Diploma ? ”

Lea  senyum  sambil  geleng. Kalau  Zahid  tahu  satu  persatu  perihal  hidupnya, mungkin  Zahid  akan  pandang  rendah  pada  dia ? Anak  yatim  piatu… Sebatang  kara…Yang  dulu  pernah  menjadi  pelayan  restoran, menjadi  penjaga  kaunter  di  Tesco  dan  bekerja  di  salon.

“ Abang  Pilot, hari  ini, saya  yang  interview  awak. Bukan  awak  interview  saya. Can  we  get  to  the  business now ? ” kening  Lea  dijongketkan  gaya  Ziana  Zain. Masih  comel  pada  pandangan  Zahid. Zahid  angguk. Bukan  mengalah, tapi  dia  tahu  dia  masih  punyai  masa  untuk  mendekati  si  gadis  comel  di  hadapannya  kini.

“ Bila  dan  bagaimana  caranya  nak  masuk  ruangan  majalah  tu ? ”

Wajah  Lea  terus  bertukar  serius. Zahid  kemam  senyum. Dalam  diam  dia  semakin  suka  memerhatikan  reaksi  Lea  yang  boleh  berubah  dalam  waktu  beberapa  minit  ini. Penuh  ekspresi.

“ Saya  dah  rancang  yang  terbaik  untuk  awak. You  pathway  to  glamour  world ! But. The  time  is  not  yet  to  come.  Not  yet…. Sampailah, ” Lea  terhenti  di  situ  sambil  tangannya  tergawang  menunjukkan  gaya  tidak.

“ Sampai ? ”

“ Sampailah  bila  awak  berjalan  semua  mata  akan  pandang  awak. Lelaki  pun. ”

“ Euu… Ingat  saya  gay  apa ? ”

Sakan  Lea  ketawa. Gay ? Euu..

“ I  will  make  you  a  true  man. ”

“ Uhuukkk!!! ” Tiba-tiba  Zahid  tersedak. Macam  lekat  liur  sendiri  di  kerongkong. Pelik  je  bunyinya. Macam  dia  bukan  lelaki  sebenar. “ I  am  a  true  man, okay.

“ Pernah  baca  The  Rules of Gentlemen ?

Zahid  kerut  muka. Kening  bagai  nak  bercantum, sibuk  fikir  apakebenda  tu ?

“ Kalau  dah  baca  baru  awak  tahu, a  different  between  a  man  and  a  boy.

Wow, okay. Interesting. So, saya  nak  kena  baca  semua  tu ? Haha, buku  pasal  penerbangan  banyak  lagi  saya  nak  kena  belajar  ni  Cik  Lea, nak  naik  pangkat. ”

“ But…. It’s  so…simple. ”

Zahid  jungkit  bahu. Malas  pula  dia  kalau  kena  berhempas  pula  sebegitu.

“ Kalau  susah-susah  tak  payah  lah  Lea… ”

Elok-elok  si  pelayan  datang  hantar  pesanan  makanan  mereka. Zahid  tidak  perasan  wajah  Lea  yang  dah  kebebet  sedih. Harapan  yang  menggunung  nak  jadi  pengurus  Zahid, mengaut  keuntungan  bagaikan  hampir  lenyap  kini. Baru  nak  mula  mamat  ni  dah  nak  tarik  diri. Lea  ketap  bibir, berfikir  sementara  Zahid  sibuk  menyusun  makanan  di  meja.

Zahid, you’re  not  even  trying  yet. See  Atilia ? Untuk  jadi  seperti  apa  yang  dia  ada  sekarang,  tak  mudah. Semua  orang  akan  lalui  jalan  yang  susah  sebelum  jadi  senang. Kita  nampak  artis  semua  tu  macam  mudah  je  hidup  mereka, but  trust  me, they  had  been  through  many  things. Many  hidden  things. The  makeover, to  maintain  what  they  have  and  to  maintain  what  they  changed  on  themselves. They  need  to  go  through  all  this  before  we  could  see  what  we  are  seeing  on  them.

Zahid  leka  memerhatikan  Lea  yang  tampak  bersungguh. Nafasnya  ditarik  panjang. Entah  dia  ada  masa  ataupun  tak… Dengan  jadual  kerja  lagi. Memanglah  penerbangan  bukanlah  setiap  hari  ke  luar   negara, tapi  sekali  terbang  jauh  memang  badannya  penat.

“ Makan  dulu ? Saya  kalau  perut  lapar  tak  boleh  fikir  macam  awak  juga. ”

Selamba  Zahid  capai sudu  dan  menyuapkan  makanan. Lea  pasrah, turut  sama  berbuat  demikian  tapi  dalam  hati  kuat  berdoa  minta  Zahid  terima. Projeknya  kali  ini  kela  menjadi. Bukan  setakat  nak  jadi  pengurus, dia  dah  simpan  angan  nak  keluarkan  buku  grooming  untuk  panduan  lelaki. Zahid  ni  bolehlah  dikatakan  macam  bahan  ujikaji. Bukan  ambil  kesempatan, tapi  cari  pengalaman.

“ Awak  tinggal  kat  mana  Lea ? ”

“ Erm… adalah. ”

“ Macam  mana  saya  nak  percaya  kat  awak  kalau  awak  asyik  sorokkan  mengenai  diri  awak ? ”

Anak  mata  Zahid  yang  tajam  menikam  akhirnya  buat  Lea  mengalah.

“ Kajang.  Awak ? ”

Damansara. So, how  do  you  wanna  start  our  project ? Tell  me  your  plan. ”

Lea  sorokkan  senyum  bila  Zahid  mula  menunjukkan  tanda-tanda  positif.

“ Have  heard  of  debut ? ”

“ Yeah. ”

“  We  will  prepare  for  your  debut. Masuk  majalah  tu  is  just  side  things  in  the  plan. The  real  gate  for  you  is, during  the magazine’s  anniversary’s  party. Couple  of  weeks  later.  I  was  invited  since  I  am  part  of  the  contributor, and  you  Zahid, will  be  assisting  me  that  night. ”

Zahid  senyum. Part  assisting  Lea  dia  suka.

Lea  terasa  semakin  bersemangat  bila  Zahid  senyum  begitu. Pasti  Zahid  mula  membayangkan  dan  nampak  perancangan  yang  sudah  dia  garap.

“ That  night, I  want  you  to  sparkle. Even  from  every  angles  and  distance. ”
Ternganga  mulut  Zahid. “ What ? ” Malu  kot  kalau  semua  orang  pandang  macam  tu. Dia  bukannya  jenis  gila  glamour. “ That’s  so  fairy  tales  lah  Lea. ”

Lea  hentak  kaki. Tak  bersetuju. Mulut  muncung  sedikit. Zahid  sorok  senyum  lagi. Lea…Lea…kenapa  comel  sangat ? Hilang  habis  bayang  Atilia  yang  selama  ini  dia  dambakan. Tambah  lagi  Lea  jugalah  yang  jadi  pakar  psikologinya  sebelum  ini.

“ Mana  datang  fairytales ? It’s  a  real  story…! ”

Grimm  fairytales  kan ? Dah  diubahkan ? ”

“ Yes…but… cerita  Snow  White  dan  Cinderella   still  happy  ever  after. Still  they  both  jumpa  putera  kacak  dan  berkahwin… Just  ayah  Cinderella  jahat, dan  Cinderella  tu  suka  lompat-lompat  pokok…dan  Snow  White  pula  scary…sebab  putera  tu  sanggup  bawa  balik  mayat  Snow  White, and  accidently  keranda  dia  jatuh, epal  yang  terlekat  dikerongkong  tu  keluar, dan  tadaa  mayat  si  puteri  cantik  jadi  manusia ! Scary  kan ? Hehehe… ” Lea  ketawa  senang. Sudah  tenggelam  dalam  cerita  dongengnya.

“ So  awak  nak  saya  jadi  apa  ni ? Si  putera  ke  ? Si  Cinderella ? ”

Lea  ketawa  lagi. Ha  ah, macam  kisah  Cinderella  pula  si  Zahid  ni. Dia  pula  siapa  lagi  kalau  bukan  pari-pari  baik ? Cinderella  yang  comot, dia  ubah  jadi  si  cantik  jelita ! Owh, sakan  Lea  berangan.

“Awak  Cinderella, saya  pari-pari… ! ”

“ Uhukkkk !!! ” terbelahak  si  Zahid. Cepat-cepat  minuman  dia  letakkan. Apa  kes ? Dia  jadi  Cinderella ? Biarlah  jadi  putera. “ Tak  nak  lah. Saya  putera. ”

“ Putera  katak ? hahaha !" sakan  Lea  ketawa. Zahid  dah  buat  muka  graveyard  serious, terus  Lea  diam. " Ya  lah, pada  mata  semua  orang, awaklah  putera. ” Lea  buat  muka. “ Hidup  orang-orang  famous  ni  Zahid, macam  kisah  Grimm  Fairytales  je. Nampak  macam  best…indah…tapi  yang  disebalik  keindahan  tu  bukan  orang  tahu. Ada  kejamnya, ada  sedihnya. ”

Betul  kata  si  Lea  ni… Dulu  awal-awal  nak  naik, Atilia  selalu  mengadu  pada  dia. Tambah-tambah  kalau  gossip-gosip  kejam  keluar  memanah  tanpa  belas. Duit  berhabis  nak  maintain  cantik, nak  tambah  cantik, tak  usah  cakaplah, dia  juga  yang  berhabis  untuk  Atilia. Malas  pula  dia  nak  jadi  famous. Nak  popular  pun  ada  harganya. Harganya  adalah  privasi.

“ Lea… saya  tak  suka  sangat  dunia  glamour. ”

Gosh, Zahid  buat  lagi !

“ Zahid…. Try  je… Give  it  a  try. ”

“ Lea, I  can’t  really  sparkle  the  way  you  want  me  to. ”

No. Awak  pernah  tengok  Miranda  Kerr ? Channing  Tatum or  any  other  famous  people  before  they  become  famous ? They  don’t  even  have  biceps, or  sparkling  look. Semua  tu  being  polished  Zahid. I  know  this  thing  very  well.

“ You  are  trying  to  POLISH  me ? ”

“ Yes ! Exactly ! ”

“ How ? Nak  suruh  saya  baca  buku  The  Gentlemen  Code  tu ? Not  gonna  happen. ”
Lea  ketap  bibir. Zahid  ni  jual  mahal  pula !

“ Saya  train  awaklah. ”

Zahid  saja  buat  muka  ketat.

“ Kat  MidValley ? Macam  ni ? ”

Lea  buang  nafas  berat.

“ No. Private trainer. Free of  charge. Am  I  not  kind  enough  Encik  Pilot ? ”
Zahid  saja  buat  kedekut  senyuman. Lama  baru  dia  angguk. “ Okay  since  you  are  that  determinant, when  shall  we  start ? ”

Lea  sengih  lebar. Yess !!!

We  already  started. Saya  saja  tengok  awak  dari  atas  tadi… ” ceria  si  Lea  menerangkan. Zahid  kerut  muka. Apa  je  dengan  si  Lea  ni. Pelik. “ Saya  sampai  awal  dari  awak  tahu ? And… Sepanjang  saya  perhatikan  tadi,  50%  perempuan  akan  notice  kehadiran  awak, but  lelaki  hanya  akan  pandang  sekali. That’s  not  enough. ”

“ What ?! ”

“ Yeah. It  isn’t  enough  yet. You  need  to  get  the  right  aura. Pulling  people  to  watch  you  even  from  a  distance. ”

Zahid  tergelak. Angan-angan  je  si  Lea  ni.

“ How ? ”

“ You  already  have  the  basic  package, but  nak  kena  polish  je. Bukan  fizikal  je, but  mental  state. ”

“ Mental  state ? What  are  you  trying  to  say ? ”

Zahid  dah  mula  panas  hati. Lea  senyum  lagi  dengan  sikap  cepat  melenting  Zahid.

“ Bukan  macam  apa  yang  awak  fikirlah… ! Bila  model  jalan, dalam  kepala  dia  ada  satu  mantera  yang  mereka  akan  ulang  dan  ulang  supaya  semua  mata  akan  pandang  mereka. Nak  jadi  model  bukan  senang  tahu ? Dari  jauh  orang  dah  nampak, macam  magnet  kuat. One  good  example  is  David Gandy, walaupun  dia  tak  jalan  atas  pentas  peragaan, people  still  could  notice  him  and  what’s  more, lelaki  pun  salute  dia. ”


Selingan 1: Rozita Che Wan masa muda dan sekarang. Dengan heavy make up dan light make up. So whats the different ? I wont say Che Ta buat surgery, i dont think so. But you could see, what hair colour, hair types and style, eye brow color and style, and lashes will do to you. In fact the skin color even changed, and of course will change people's appearance. SO ? So what I'm saying is, the only thing needed is polish or please do take care of yourself. 


Selingan 2 : Neelofa masa tak famous dan sekarang. She was born with good feature. Previously dengan natural black hair and eyebrow and a bit plumpy feature, and obviously the wrong make up. Now a bit thinner but still in hourglass shape. lighter color eyebrow, heavy eye lashes, different hair color and the right make up, AND *bertudung kan cantek si Lofa ni :p haha. 

** I think it is not fair for us, untuk compare ourselves dengan celebrity as they have done SO MANY THINGS to be what they are now, whereas us, we only do the basic maintenance.



Wow, interesting. So  awak  nak  saya  jadi  macam  David  Gandy  tu ? Kalau  jalan  je  semua  mata  pandang  saya ? Haha… I  wish  you  succeed. ” sinis  dalam  tawa  suara  Zahid. Lea  ambil  sebagai  cabaran. Mata  Lea  dah  mengecil, membara, tercabar.

“ Enough  talking. So  deal  made ? We’ll  see  Zahid. I  will  polish  you, not  change  you  but  POLISH. ”

Zahid  masih  dalam  tawa  mesra. Hati  ceria  melihatkan  si  comel  di  hadapan  yang  muka  dah  memerah  menahan  rasa.

“ Sure. Whats  the  deal ? ”

Lea  telan  liur. Nafas  ditarik  dalam. Serius.

“ Saya  latih  awak. Awak  berikan  masa. Saya  juga  berikan  masa  dan  kepakaran  saya. Kalau  lepas  Anniversary  Party  tu  berjaya, saya… ” Lea  berdehem  perlahan. Bimbang  kalau  Zahid  nampak  dia  gila  duit. Gila  kuasa. “ Er…saya  nak  jadi  pengurus  awak. Okay ? ”

Lea  jadi  pengurus ? Macam  menarik, detik  hati  Zahid. Dapat  selalu  mainkan  Lea. Boleh  selalu  serap  kata-kata  semangat  dari  Lea… Boleh  selalu  pandang  wajah  Lea  yang…comel…cantik… Hmmm… Lea….wajah  dia  bukan  persis  melayu  biasa. Tak  macam  cina  sangat, tak  juga  macam  india  sangat…  Mata  bundar, hidung  mancung, kulit  putih  mulus, bulu  mata  lentik, kecil  dan  comel  orangnya….Pakaian  tak  glamour, kasual  dan  biasa, tapi  orangnya  tetap  cantik. 

“ Okay. Boleh…So  saya  bayar  awak  sebagai  pengurus ? ”

Lea  geleng. No..no…no… Tak  lah  dia  beriya  kalau  macam  tu  caranya.

“ 50 – 50. Saya  carikan  awak  job, kita  share  income ? ”

Zahid  geleng. “ Saya  60, awak  40 ? ”

“ 50 – 50. Saya  yang  polish  awak. Kalau  awak  tengok  pelakon  Korea, payment  dorang  sikit  je  tahu ? Yang  banyak  dapat  dorang  punya  management  company. Sebab  company  dah  polish  artis  tu  habis-habis  sebelum  dikeluarkan  ke  pasaran. They  took  2  years  to  train  them  before  making  their  debut.

“ Kita  bukan  kat  Korea. ” Pendek  dan  mendatar  suara  si  Zahid. 

“ 50-50. Deal  or  no  deal. ” Lea  pula  dah  mendesak  dan  terdesak. 

“ No  deal. ” Jawab  Zahid  pasti. Jantung  Lea  dah  macam nak  ranap. Punah  harapan. Lea  diam  dan  sambung  makan. Nak  mengalah  awal  sangat.

Habis  makan. Zahid  masih  berlagak  seperti  tadi. Lea  dah  ketap  bibir. Kalau  dia  biarkan  Zahid  pergi, hilang, lenyap  harapan  dia. Bila  Zahid  panggil  waiter  nak  bayarkan  bil  terus  Lea  bersuara.

“ Okay, deal. 55 – 45 ”

Zahid  buat  muka  tanpa  riak. Tangannya  diangkat  tanda  okay. Lea  bagaikan  nak  melompat  gembira.

Okay, first  thing  first  saya  akan  beritahu  semua  plan. From  A  to  Z  and  what  you  will  need  to  go  through. Saya  cek  baju  awak, some  small  lectures  every  week  and  practices. 

Okay ? ”

“ Okay, semua  tu  perlu  dibuat  di  rumah  saya. Not  here  or  in  public. Kalau  tak, no  is  my  answer. ”

Susah  juga  Zahid  ni. Lea  kemam  bibir  lagi. Zahid  makin  sakan  menanti  riak  si  gadis  comel  di  hadapannya.

“ Siapa  ada  kat  rumah  awak ? ” Akhirnya  terluah  persoalan  daripada  Lea.

Zahid  senyum  herot  dengan  mata  menggoda. “ Saya  sorang. ”

Gulp.


Lea  telan  liur. Hisk, mamat  kacak  macam  ni  ajak   datang  rumah. Bahaya. Bahaya… tapi  hari  tu  kan  dah  pernah  tinggal  sebumbung…tapi  dulu  satu  malam  je…ni…mungkin  banyak  kali  kena  datang… Tapi…Zahid  tak  gatal  macam  laki  lain… Urgh…apa  nak  buat  ni ? Nak  ajak  Zahid  datang  rumah  sendiri ? Hah, kalau  jiran  tahu, habislah  dia. Tapi  nanti  memang  kena  semak  pakaian  Zahid…kata  nak  jadi pengurus…. Hmm…. Lea, decision !



p/s : Been a busy bee. Yes I am. I think I wanna make this Abg Pilot as my third novel, but my first 'light' novel as I kinda excited to write this one. Haha, the topic I will touch in this novel is part of my interest. Say the 'fun' side of me. *whatever*. lol. but IF I think I wont have much time for it, then I will make it a short story.

p/s : Cant wait utk balik Malaysia, even though I am a bit cuak for my phD project - my case study is in Malaysia. Alhamdulillah for all your doa :) I have passed panel review presentation for 1st year progress report which enable me to continue to the 2nd year. Yeah, phD kat sini (my uni) need to make a panel review presentation (VIVA) setiap 9 bulan before the final VIVA in 3rd year or 4th year depending on project's progress.

Lesson I learn in this Ramadhan : Trust Allah's decision. Eventho when you think things isnt work out when you have tried your best. Say in your heart, that Allah is arranging the best thing for you. Allah is arranging something far greater than what you are planning. Allah will never make you despair, indeed, when Allah give you suprise, it can blow your mind as what Allah arranged for you is far beyond your imagination. And alhamdulillah thats what happen to me, and when it happen, it is a big blow - in a gud way. Mashaa Allah. For everything great is from Allah. =) and Thank you for all your doa too :)



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

68 comments:

  1. Waaaa... mmg the best abg Pilot nie.. ;)
    ikut Eve la mane yg sempat, buat 3rd novel pun blh, short story pun blh..
    Tahniah kat Eve lulus VIVA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak for d wish :) nti tgok mana saya sempat, hehe. mcm nak wat novel but tak tebal, tapi tak tahulah tgok masa dan keizinan Allah nti ;)

      Delete
  2. Oh..tetiba nak gi cuci mata tgk pic DG..abislah nanti akak kena sekeh dgn lily & ayu..ahaks :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha Oppss kak lily n kak ayu kipas susah mati DG :p

      Delete
  3. Gud job dear...miss ur writing....gud luck in ur phd project....doa yg trbaik buat mu Dik...luv u...
    - kak hass-

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak Hass ;) TQ a lot for your doa, alhamdulillah.

      <3 kak !

      Delete
  4. well said eve..indeed trust allah's decision...becoz he knows what best for us..

    dok bukak ur blog tiap2 hari in hoping dpt baca abg pilot..akhirnye, terubat rindu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe akhirnya abg pilot muncul ;)

      true, Allah knows whats best for us.

      Delete
  5. Haah..saya tak kisah jgk..janji citer keluar..tp awak mmg ada kelas tersendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh I'm very humbled to hear ur compliment, hope i can write with benefit to the readers, doakan ye :)

      Delete
  6. amboi..lea..sambil menyelam sambil minum air..

    ReplyDelete
  7. Kita ok jep lau nak jadikan novel..lagi best dan menarik, yang penting citer abang pilot still dapat baca ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe in shaa Allah moga terjadilah novel citer ni.amen2

      Delete
  8. Yeah 3rd novel n 2nd year phD...caiyok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tQ kak :D hope i can manage both. amen

      Delete
  9. wahh lea nk ikut ke umh zahid yea? hihihi.

    ReplyDelete
  10. Salam Eve,

    Selamat berpuasa. From the first chapter, laughing at both Lea's and Zahid's antics, and till this latest chapter, I have fallen in love with this story. Different from TWB and with your unique syle, you are able to spin a tale which I am sure will be well received by the readers. Will be looking forward to the next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt,

      thanks a lot anon for ur kind word and generous compliment,alhamdulillah if thats how u perceive, i hope i can convey my writing the way u said it too.amen :) tQ again!

      Delete
  11. best! superb! hope boleh jadi novel... sebab suka kalau cerita ni dipanjangkan lagi... good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yeah i think it will be kinda long, if its shortened i cant reach the meaning of the story.lol. tQ for d wish!

      Delete
  12. Hehe comel best je cita ni...oh abg pilot yg cool! Kekeke

    ReplyDelete
  13. Tahniah..eve

    Dlm hati abg pilot dh byk bunga2 dh ni..tak lama lg jd taman la..

    ReplyDelete
  14. Wahhh.. ! Teruja giler bila tau Eve nak jadikan kisah abg pilot yr 3rd novel. Suka... Suka... :-)
    Btw, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan Eve..
    Take care ya... :-*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks kak for supporting ;) Salam Ramadhan dan selamat berpuasa !
      tc <3!

      Delete
  15. Boleh boleh klu nk jd 3rd novel. Sy suka sy suka ^^ hehe.

    ReplyDelete
  16. congratulations... n good luck......
    abg pilot ..xtraordinary...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha in shaa Allah, moga dapatlah si Zahid tu jadi extraordinary.lol
      TQ babe :)

      Delete
  17. alah...kalau buat third novel jgnlah lama sangat kak. merana jiwa kang. Anyway goodluck untuk research case study akak! sudah balik malaysia, terubat rindu tu nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, tQ for the doa :D lol idk how long this one gonna take, macam kejap je, but aint sure.lol

      Delete
  18. makin tertanya2 dan x sabar pulak nak tau sambungan abg pilot ni. kalau jadi 3rd novel pun best juga :)
    Anyway goodluck for phD project. Bila nak balik M'sia ni. Mesti rindu kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes so rindu esp d family.lol. cant wait utk balik.lol. tQ kak for the wish, in shaa ALlah moga Allah bantu nti, amen :)

      Delete
  19. oh dear... 3rd novel plz... but take ur time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh tQ kak, yes I will need to make it leasure this time :) menulis bila ada mood.lol

      Delete
  20. x nk zahid jd artis.. nk dia jd liya's true man je.hehe

    ReplyDelete
  21. Salam Ramadhan Eve....tahniah sebab dah pass through your first VIVA, and good luck for the next one.

    Abang Pilot ni kalau jadi short story aje tak boleh eh? Lama lah kalau nak tunggu novel.

    Tapi apa pun, I will always support your writting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt kak zalida :)

      tQ for the wish :) in shaa Allah berkat doa akak n semua moga can make it trough and trough,amen. macam akan jadi novel je, sbb tak leh nak short :p haha.

      Delete
  22. Abg pilot tak tahu dia digunakan and Lea gile .... memang gile duit betul la budak tuuuu....

    Kepala otak bila dah banyak fikir pasai untung memang tak ingat baik or buruk apa yg dibuat.... harap harap abg pilot tabah la yeeee.... rasanya ini lagi sakit kot dari kena tinggal dgn Cik Model

    Hai Eve.... satu lagi pengajaran buat semua peminat kan.... tq tq tq tak sabar nak beli buku ke dua Eve, semoga semuanya berjalan lancar n dipermudahkan

    And one more request boleh dak buat cerpen cerita tentang Linda (adik angkat Arayana Ros) macam mana boleh menikah dgn mamat matsaleh yg gile kaya tu n tak mo kisah sedih dia dok jedi anak ayam pak dia ..... tq tq tq daling muah muah peace♥♥

    ReplyDelete
  23. Abg pilot tak tahu dia digunakan and Lea gile .... memang gile duit betul la budak tuuuu....

    Kepala otak bila dah banyak fikir pasai untung memang tak ingat baik or buruk apa yg dibuat.... harap harap abg pilot tabah la yeeee.... rasanya ini lagi sakit kot dari kena tinggal dgn Cik Model

    Hai Eve.... satu lagi pengajaran buat semua peminat kan.... tq tq tq tak sabar nak beli buku ke dua Eve, semoga semuanya berjalan lancar n dipermudahkan

    And one more request boleh dak buat cerpen cerita tentang Linda (adik angkat Arayana Ros) macam mana boleh menikah dgn mamat matsaleh yg gile kaya tu n tak mo kisah sedih dia dok jedi anak ayam pak dia ..... tq tq tq daling muah muah peace♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh hahaha nak yang part bahagia tu je ye :) nanti ada dalam 13 Jam A380 kak :) haha.Ingat nak yg start from the anak ayam. Yeah Lea owh Lea. We'll see what happen to them.Thanks kak for d idea!

      Delete
  24. Salam Ramadhan Eve!

    Btw, hehe excited as u said mungkin boleh jd your 3rd novel! And congrats too for your 2nd year PhD!! Wahh.. All the best dear. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita. :)

    Oh one more thing. Muza agree dgn request kak Noor Liyana above. To write a short story about Linda.. Humm lovely idea kak Liyana! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yehhhh!!!! Ada penyokong..... gerrrrr Eve tolong pertimbangkan yeee

      Delete
    2. wslm wbt Muz :) wah suka kak liyana ada penyokong. haha. and d gud news is, will have cerita Linda and Samuel in A380. yeah, wait for August to come!

      Delete
  25. Akak Eve best best... jadi novel?? Wah macam menarik amat.. Apa-apa boleh kak.. Janji happy.. hehehe :)

    ReplyDelete
  26. salam ramadhan kak eve... congrats for ur VIVA...... wah...wah... novel ketiga.... :D ap2 pon x pe la mini novel pon x pe....
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt Syira ;) rasanya novel ni mcm tak tebal, like lbh kurang ketebalan novel2 yg harga RM20 tu.haha

      Delete
  27. Tahniah dek eve...sukses dlm berkarya...ape pn pd akk karya u mmg da bomb n so superb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tQ kak Rihan,melambung pujian itu, in shaa Allah moga jadi kenyataan pujian tersebut. amen :)

      Delete
  28. Salam Ramadhan Eve.congrats for ur VIVA...akak harap Abg Pilot nie leh jadi ur 3rd novel la....for me ur gaya penulisan kali nie ada kelainan...interesting..jgn la wat short story....All da best n good luck...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt kak Alina, tQ for the support in shaa Allah hope berjaya lah saya siapkan cerita ni. Hala tuju dorang macam dah nampak, nak kena tulis je ni.hehe.

      Delete
  29. tahniah Eve..... setuju je cerita ni dijadikan novel... sangat menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Aida ;) in shaa Allah doakan ye!

      Delete
  30. So eve bila nk balik ni....

    ReplyDelete
  31. Keep up the gud work... X sbr tggu novel 13 jam a380..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ NAdia, in shaa Allah, doakan ye :)

      Delete
  32. penulisan kak eve mang dew class tersendirilah...chaiyokh...
    btw good luck for ur phd project...
    <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh terima kasih Zira for such a high compliment :) in shaa Allah doakan part time career and my full time study is going well. amen :)

      <3

      Delete
  33. Hope Abang Pilot nie dapat jadi novel :) Keep it up Kak Eve ! Luv it sooo much

    ReplyDelete
  34. interesting la cite ni..jd novel best nih

    ReplyDelete
  35. salam...best la,ana baca novel kak rose...t kalo dh publish gtaw erk

    ReplyDelete
  36. nove please !!! superbb exciteddd ! i buy both of ur novel ady ! i hope i can buy ur novel in the future or sooon to be might be 3 4 and.......... manyak lagi !! keep writing and i will be ur die hard fan LOL ^_^

    ReplyDelete