Join This Site

Saturday, 20 July 2013

Abang Pilot Part 7

Salam n hi !

Part 7

Lama  Lea  termenung  di  atas  katil. Majalah  dan  buku  berselerak  di  sekelilingnya. Kipas  antik  yang  berpusing  ligat  dipandangnya  tanpa  erti. Otaknya  ligat  berfikir. Ya, mengenai  Zahid, siapa  lagi ?

Dia  hanya  ada  masa  dua  bulan  sebelum  majlis  ulang  tahun  ke-8  majalah  MACHO yang  Lea  sedang  bekerja. Jadi  penulis  berikan  Lea  peluang  untuk  menguruskan  masanya  sendiri. Dia  bebas  menguruskan  waktunya  untuk  menulis  samada  di  rumah, atau  di  tempat  lain, dan  samada  menulis  novel, atau  artikel. Tapi  menjadi  penulis  modalnya  bukan  hanyalah  angan  kosong. Dia  perlu  lakukan  kajian  untuk  maklumat  yang  ingin  dia  gunakan  di  dalam  novelnya. Kadang  hanya  untuk  menulis  satu  ayat, tapi  kajian  yang  perlu  dibuat  agak  memakan  masa  dan  memerlukan  dia  membuat  banyak  rujukan. Walaupun  Lea  hanyalah  berkelulusan  SPM, tapi  dia  bukan  bodoh. Dia  mampu  belajar. Cuma  jalan  yang  perlu  dia  lalui  membuatkan  dia  memilih  jalan  sekarang.

Bila  mama  dan  papanya  meninggal  dalam  kemalangan  tujuh  tahun  lepas, waktu  tu  usianya  awal  18  tahun. Baru  lepas  SPM…

‘ Lea, nak  ikut  mama  dengan  papa  pergi  kenduri  Aunty  Lydia ? ’

‘ Tak  naklah  mama…. Lea  nak  habiskan  baca  buku. ’

‘ Hmm… ya  lah… Jaga  diri. Kunci  pintu  bila mama  dah  keluar. ’

‘ Okay  mama. ’  Lea  senyum  lebar. Bila  SPM  dah  habis, kerja  Lea  hanyalah  melepak  di  rumah. Dulu  dia  suka  baca  buku  chic  lite, buku  classical  romance, perasan  kononnya  dialah  Elizabeth  dalam  cerita  Pride  and  Prejudice…akan  ada  lelaki  kaya  yang  datang  dalam  hidupnya. Lelaki  kaya, kacak  dan  bijak. Saat  tu, segalanya  akan  berubah ! Tapi  angan-angan  hanya  tinggal  angan  bila  pihak  polis  bertandang  ke  rumahnya.

‘ Cik  Lea  Natasha  binti  Helmi  Abdullah ? ’

‘ Ya. ’

‘ Saya  harap  awak  tenang. Saya  Inspektor  Razak…’ Lea  sudah  berdebar  sakan. ‘Mak  dan  ayah  awak  kemalangan. Sekarang  mereka  berada  di  hospital. ’

Bila  Lea  ke  sana. Kedua-duanya  sudahpun  tiada. Hanya  tinggal  jasad  yang  kaku. Siapa  pernah  menyangka  itulah  kehidupan  yang  tercatat  untuk  dia ?

Siapa  sangka  tempat  dia  bergantung  akan  hilang  secepat  itu ?

Dia  baru  sahaja  18  tahun…. Macam  mana  dia  mahu  teruskan  kehidupan  sementalah  selama  ini  hidupnya  bergantung  pada  mama  dan  papanya ? Lea  buntu.

Nenek ? Datuk ? Mak  cik  dan  pak  cik ? Masih  terngiang-ngiang  suara  mereka.

‘ Mama  kamu  bukan  darah  daging  kami  lagi. Anak  aku  namanya  Melinda  Chooi  bukan  Maryam  Sakinah  Abdullah ! Dia  yang  buang  nama  keluarganya ! Kamu  bukan  keluarga  kami. ’

‘ Lea… kamu  pergi  dululah… Nanti  atuk  kamu  tu  marah. Dia  tak  suka. Balik  ya. Ada  apa-apa  telefon  pak  cik. ’

Selama  dua  tahun, Pak  Cik  Arjan, adik  kepada  ayahnya  yang  selalu  mengambil  berat  mengenai  dirinya. Tapi  semenjak  pak  cik  Arjan  berpindah  ke  Australia, Lea  sendiri  sudah  tidak  mendengar  khabar  berita  daripada  lelaki  itu  lagi. Selama  dua  tahun  jugalah  Lea  bekerja  apa  ada. Sesuai  dengan  kelulusannya.Mujurlah  rumah  teres  setingkat  ni  dah  habis  di  bayar  oleh  kedua  ibu  bapanya. Kereta  papa  dah  remuk, yang  tinggal  hanyalah  kereta  Volkswagen  Beetle  klasik  yang  papa  guna  sebagai  hobi.

Mama  kerja  di  syarikat  swasta, papa  pun  sama… insurans  pun  tiada… Bagaikan  si  pengemis  Lea  mencari  sesuap  nasi. Terkontang  kanting  cuba  untuk  mula  bertapak  dan  berdiri  kukuh  atas   usaha  sendiri.

Dia  bukan  bodoh. Keputusan  SPMnya  tidaklah  ‘excellent’  hingga  penuh  semua  As  tapi  dia  mampu  capai  5A, 3B  dan  1C. Tapi  kedudukannya  sebagai  bukan  bumiputera  sementelah  mama  dan  papa  berbangsa  Cina  dan  India  membuatkan  Lea  sukar  mendapatkan  tempat  di  universiti  awam. Nak  ke  universiti  swasta, dia  tak  punyai  wang  sebanyak  itu. Nak  jualkan  rumah ? Tak  mungkin. Itu  sahaja  peninggalan  mama  dan  papanya. Itulah  tempat  dia  simpan  semua  kenangan  mereka.

Gambar  mama  dan  papanya  diambil  dan  dibawa  ke  dada. Di  peluk  kemas. Kejap. Air  matanya  tumpah. Lea  Natasha  sudah  bekerja  sehabis  daya. Memulun  sehabis  tenaga  untuk  berdiri  sendiri. Dia  sudah  masak  menjadi  kuli. Alhamdulillah  rezekinya  Allah  tetapkan  dalam  bidang  penulisan. Dari  situ  dia  mampu  menyimpan. Kerja  menulis  bayarannya  bertangguh, jadi  Lea  belajar  cara  pengurusan  wang  yang  baik. Daripada  duit  royalty, dia  gunakan  separuh  untuk  disimpan, dan  separuh  lagi  sebagai  pelaburan  senyap.  Lea  percaya  akan  satu  kata  pepatah ;

‘Start  where  you  are. Use  what  you  have. Do  what  you  can.’

Dia  tahu  kelulusan  dia  takat  mana. Dan  elok  sahaja  dia  memang  suka  menulis  sedari  arwah  mama  dan  papanya  masih  hidup, cuma  setelah  dua  tahun  dia  bekerja, secara  tidak  sengaja  dia  mula  menulis. Dan  tanpa  disangka  sambutannya  agak  baik. Mungkin  itulah  namanya  rezeki ? Atau  namanya  mencuba  dan  berusaha ? Kalau  dia  tak  cuba, tak  mungkin  dia  akan  jadi  begini  sekarang.

“ Mama…papa… Lea  rindu… ”

Gambar  wajah  mamanya , Maryam  Sakinah  dielus  lembut  sebelum  beralih  pada  ayahnya,  Hilmi  Abdullah. Mama  gadis  cina  daripada  Ipoh, ayahnya  pula  India  keturunan  Punjabi  atau  kata  lainnya  Singh. Tapi  mereka  berdua  memeluk  Islam, dan  berkahwin  bila  bertemu  dalam  satu  majlis  keagamaan. Kedua-dua  belah  keluarga  yang  kuat  berpegang  pada  asal  keturunan  mereka  kuat  menentang, tapi  bila  dikatakan  cinta, siapa  mampu  menghalang ?

Dan  Lea ?

Lea  jadi  cucu  terbuang….

************
Pertemuan  tengah  hari  tadi  masih  mampu  buatkan  Zahid  mengukir  senyuman. Esok  mereka  bertemu  lagi. Kata  Lea  mereka  perlu  cepat, masa  mereka  hanya  tinggal  dua  bulan, atau  tepatnya  7  minggu.

“ Lea…Lea… Kenapa  comel  sangat ?”  Kemain  Lea  buat  muka  cuak  bila  dia  minta  adakan  sesi  lecture  dan  latihan  di  rumahnya, tapi  akhirnya  Lea  setuju  juga. Kadang  dia  pelik  juga  apa  yang  Lea  kejarkan  supaya  dia  jadi  famous ? Tapi  kalau  orang  dah  beri  peluang, dan  melihatkan  Lea  yang  beriya  Zahid  jadi  teruja. Tambah  lagi  Lea  jenis  perahsia. Hanya  dengan  cara  ini  dia  mampu  bertemu  dan  mendekati  Lea.

Cintakah  dia  pada  Lea ?

Entah. Masih  terlalu  awal…tapi  suara  Lea, semangat  Lea  yang  selalu  dia  bawa  dengannya. Semangat  Lea  dan  harapan  Lea  padanya  seringkali  buatkan  dia  rasa  berharga  dan  dihargai.

Zahid  pandang  wajahnya  yang  penuh  dengan  pencuci  muka. Membasuhnya  dengan  air  pili  sebelum  mengelap  dengan  tuala  kecil.

“ Time  to  sleep…! ” ujar  Zahid  kuat. Dia  sorang  je  pun  tinggal  di  kondominium  ini. Mama  dan  adiknya  Zalina  tinggal  di  New  York. Mama  kahwin  lelaki  mat  saleh  di  sana  setelah  diceraikan  oleh  papanya  sewaktu  dia  berusia  18  tahun. Bila  isteri  pertama  papa  akhirnya  mengetahui  yang  papa  sebenarnya  punyai  dua  isteri  selama  ini. Lucu ?

Entah. Manusia  boleh  menghukum, tapi  yang  melaluinya  adalah  mereka. Yang  benar-benar  tahu  juga  mereka. Perlukah  Zahid  persoalkan  mengenai  keadilan  bila  mereka  tak  lagi  menerima  nafkah  dan  tanggungan  daripada  papa setelah  mama  berkahwin  lain ?

Hidup  mereka  tak  susah. Mama  pun  asalnya  daripada  keluarga  senang. Keluarga  berada, tapi  kerana  cinta  mama  sanggup  jadi  yang  kedua  dalam  hidup  papa. Sanggup  bersenyap  tentang  statusnya  selaku  isteri  kedua. Dan  mama  sendiri  ahli  perniagaan  yang  berjaya. Sama  seperti  papa. Papa   juga  punyai  syarikatnya, tapi  sah-sah  semuanya  akan  dimiliki  oleh  anak-anak  isteri  pertama  papa. Buat  apa  dia  nak  menaruh  harapan  pada  benda  yang  dia  tahu  tak  kan  jadi  milik  dia ?

Zahid  pandang  langit  kelam  di  luar  apartment  mewahnya. Kondominium  pemberian  papa  pada  dia  dua  tahun  lepas. Selepas  papa  mula  insaf  tentang  tanggungjawab  dan  hak  anak-anaknya. Atilia  sendiri  tidak  tahu  tentang  susur  galur  keluarganya  yang  caca  merba. Memalukan  pada  Zahid.
Kerlipan  bintang  diluar  sana  buatkan  dia  hanyut. Mula  memejamkan  mata  dan  tanpa  disangka  pertemuan  dia  dengan  Lea  esok  hari  yang  keluar  dalam  kamar  fantasianya  dan  membuatkan  hatinya  diawangan.

“ Tut…tut… ”

Malas-malas  Zahid  bangun. Mencapai  telefon  yang  berada  di  meja  kecil  di  sebelah  katilnya.

‘ Esok, saya  datang. Jangan  bangun  lambat ! ’ – Lea

Zahid  senyum. Terus  dia  bangun   menegak. Skrin  iPhone  4S  ditekannya.

‘ Okay. 5.00  am  kan ? ’ – Zahid

‘ (0.o) No…! Kalau  nak  boleh  je  :p ’ – Lea

Zahid  ketawa.

‘ Okay, jumpa  esok  Lea. 8.00  am  sharp  kay. Good  night ’ – Zahid.

‘ Okay, goodnight. ’ – Lea.

**************

Security
Security
Security

Gila.

Lea  bungkam. Marah-marah  sendiri. Dalam  hati  ada  juga  perasaan  kagum. Siapa  Zahid  ni  sampai  tinggal  di  condominium  mewah  macam  ni. Lea  nak  masuk  tadi  pun  sampai  kena  3  security  check. Dahla  dia  pegang  dua  beg  kertas  saiz  besar  semata-mata  nak  ceramahkan  si  Zahid  ni.
Sampai  sahaja  depan  pintu  bergrill  putih  terus  Lea  tekan  punat  loceng  sepenuh  hati. Melepaskan  amarah  sekali.

“ Zahid…lambatnya…! ” puas  dia  menekan  loceng  si  Zahid  tak  muncul-muncul. Lea  bersandar  pada  dinding  sebelah  grill. Kedua-dua  beg  kertas  diletakkan  di  lantai. Daripada  atas  sini  cantik  pula  pemandangan  bukit  di  bawah. Kondo  mewah  Zahid  letaknya  di  atas  bukit  kecil  di  kawasan  Damansara. Boleh  tahan  juga  pendapatan  juruterbang  ni, telah  Lea  sendiri.

“ Lea ! ” suara  Zahid. Lea  pandang  tepi.

Opss! Mulut  ternganga  sedikit. Liur  ditelan  payah. Terus  membahang  wajah  si  Lea. Panas..!

“ Sorry…saya  terbangun  lambat. Tak  dengar  awak  tekan  loceng  tadi, I  was  taking a shower...”

Zahid  datang  mendekat. Jantung  Lea  dah  berdebar  semacam.

“ Yeah, I  can  see  that. ” stonecold  suara  si  Lea. Cuba  cover  si  jantung  yang  macam  nak  melantun. Apa  ni  Zahid ? Kalau  tepi  pantai  dulu  memang  lah  nampak  otot-otot  pejal  si  Zahid  ni, tapi  masih  lagi  berbaju. Ni  tak  pakai  baju, dengan  rambut  basah  dan  bertuala  paras  lutut  je.

Bila  Zahid  datang  menghampiri, automatic  si  Lea  mengundur  ke  belakang. Terasa  tak  selamat  tiba-tiba. Walhal  Zahid  hanya  cuba  mengambil  beg  besar  yang  dibawa  oleh  Lea. Tindakan  Lea  buatkan  Zahid  senyum  kecil. Makin  galak  dia  suka  dalam  hati. Bukan  dia  sengaja  bangun  lambat, tapi  bila  jadi  macam  ni  suka  pula  dia  tengok  reaksi  Lea  yang  memerah  mukanya. Dah  macam  udang  kena  bakar.

“ Jom  masuk.” Ajak  Zahid  pada  Lea.

Lea  berdiri  lama. Zahid  dah  tunggu  depan  pintu  grill.

“ Hmm… boleh  tak  kalau  kita  masuk, tapi  awak  tak  payah  tutup  pintu  grill. ” Pinta  Lea  tersekat-sekat. Macamlah  si  Zahid  ni  nak  buat  apa-apa ? Tapi  hisk, lelaki  bukannya  boleh  percaya!

Zahid  senyum  seksi. Menggoda.

“ Whats  in  your  mind  Lea ? ”

Lea  ketap  bibir.

“ I  just  know  you… and  maybe  tak  selamat  nak  masuk  rumah  awak  dengan  keadaan  awak  separuh  bogel  macam  tu. ”

“ Hahaha..!!! ” Sakan  Zahid  ketawa. Separuh  bogel ? Zahid  pandang  diri  sendiri  atas  bawah. Memang  pun. Haha ! “ Come  on  lah  Lea, kata  nak  jadi  manager  saya. Don’t  you  know  what  a  manager  do ? You  will  need  to  choose  my  shirts, my  attire,  manage  my  schedule, when  I  travel  you  too  would. You  will  get  used   to  this. Lagipun  saya  yang  separuh  bogel, bukan  awak. Kalau  awak  yang  half  naked, I  can’t  guarantee  you  will  be  safe. If  it’s  me  whose  half  naked, its  takes  you  to  start  doing  something  on  me. ” Zahid  senyum  herot. Nakal.

Lea  dah  buat  muka  geram. Macamlah  dia  yang  nak  terkam  Zahid ? Gila  apa ? Walaupun  mungkin  lah  dia  akan  buat  macam  tu  kalau  Zahid  tu  halal  untuk  dia. Hisk, apa  kau  fikir  ni  Lea ? Dari  melayan  fikirannya  yang  dah  melalut  terus  Lea  berjalan  masuk  ke  kondo  Zahid. Meninggalkan  Zahid  di  luar. Berlagak  tegas. Zahid  membontoti  dari  belakang  dengan  senyuman  herot  yang  masih  tak  lekang  di  bibir.

Please  have  a  seat. Saya  masuk, tukar  baju  dulu. Okay ? ”

“ Yes, you  should. ”

Lea  angguk. Professional. Bila  Zahid  masuk  bilik, meliar  Lea  pandang  sekeliling  kondo. Luas. Cantik. Semuanya  serba  putih  dengan  sofa  platinum   dan  putih. Belakang  sofa  nampak  langit  luas  yang  indah, dengan  pintu  lungsur  besar  dan  beranda  putih  di  luar. TV  nipis  bersaiz  gergasi  juga  elok  terletak  di  ruang  tamu, dengan  karpet  berbulu  tebal  warna  putih. Jauh  benar  dengan  keadaan  rumahnya. Sudah  bertahun  rumah  Lea  kekal  ringkas. Dia  gunakan  perabot  sedia  ada. Semua  duit  yang  dia  perolehi  Lea  utamakan  untuk  menyimpan  dan  menggandakan, bukan  berhabis  sakan. Nanti  kalau  dah  cecah  1  juta, mungkin  barulah  Lea  akan  fikir  untuk  bermewah. Sekarang  bukan  masanya  lagi.

“ Ralit  tengok  kat  luar ? Cantik ? ”

“ Owh, sorry  tak  perasan  awak  dah  keluar. ”

Zahid  senyum. Manis. Sudah  elok  menyarungkan  t-shirt  dan  seluar  track  adidas. Santai. Zahid  duduk  di  sebelah  Lea, sengaja  menyakat  lagi. Makin  dia  suka  bila  Lea  tak  keruan.

‘ Lea…Lea… don’t  you  know  what  are  you  getting  into ? Too  innocent ? Or  too  ambitious ? ’ Zahid  simpan  kata  hatinya. Kadang  Lea  ni  memang  na├»ve  and  blur, tingkah  Zahid  lagi. Dan  sifat  itulah  yang  buatkan  hati  Zahid  ceria.

“ Macam  mana  awak  nak  mulakan  kelas  kita  yang  pertama ? ”
Lea  tunduk  sekejap. Jarak  mereka  terlampu  dekat  sampai  bau  haruman  mandian  Zahid  pun  mampu  diciumnya.

“ Your  mind. We  will  reform  that. ”

“ Haha ! ” Zahid  geleng  kepala. “ Apa  yang  teruknya  dengan  my  mental  state ? ”

Suara  mencabar  Zahid  dah  buat  Lea  lupa  pasal  jarak  mereka. Terus  Lea  berpaling  memandang  si  Zahid. Mata  ke  mata. Kali  ini  Zahid  pula  yang  telan  liur  bila  anak  mata  warna  coklat  cair  milik  si  Lea  Natasha  memandangnya  tajam. Dengan  bulu  mata  yang  tebal  dan  lentik, hidung  yang  mancung  dan  bibir  yang  mungil  walaupun  tanpa  mekap  tebal.

That. That’s  is  the  attitude  which  you  need  to  reform. Panas  baran. Kan ? ”

Zahid  diam. Kaku  lagi. Mata  terpacak  memandang  si  bibir  mungil  berucap. Bukan  kaku  sebab  apa  yang  Lea  cakapkan, tapi  sebab  memandang  dua  ulas  bibir  yang  seksi.

“ See ? You  don’t  even  pay  attention… ! ”

“ This  gonna  be  hard  for  us  Lea. ”

Zahid  bangun. Mengeluh  perlahan. Macam  mana  mereka  nak  berurusan  berdua  macam  ni  bila  Zahid  sendiri  tanpa  disangka  tertarik  dengan  fizikal  Lea. Lea  memang  cantik, itu  hakikat… Bolehkah  mereka  kekal  professional  sampai  ke  akhirnya ? Atau  berjumpa  di  rumah  begini  memang  tidak  sesuai  buat  mereka ? Zahid  bukan  si  gila  seksual, tapi  dia  juga  bimbang  kalau  yang  tak  elok  mungkin  berlaku.

Or  you  shouldn’t  provoke  Zahid ? Stay  professional. ’ Si  kata  hati  buatkan  Zahid  mengangguk  bersetuju. Dia  yang  tak  sepatutnya  menyakat  begitu, sebab  akhirnya  dia  juga  yang  mendapat  kesannya.

“ Sorry, kalau  saya  too  direct. ” Gumam  Lea  perlahan. Zahid  ni  boleh  tahan  keras kepalanya, daripada  dia  hilang  peluang  keemasan, Lea  rasa  baik  dia  cuba  berlembut  dengan  Zahid.

“ No, it’s  okay. Saya  pun  kena  professional. We  both  gonna  make  this  work. ”

“ Alhamdulillah, thanks. ”

“ Not  a  problem. How  can  we  start ? And  meanwhile  tu  boleh  saya  sediakan  breakfast? Wanna  join  me ? ”

Lea  senyum  lebar. “ Saya  bawakan  breakfast  untuk  awak. Saya  pun  tak  makan  lagi. Sambil  tu  kita  cakap, yeah ? ”

“ Sure. ”

Mereka  kembali  duduk. Lea  keluarkan  beberapa  buah  buku  biography  lelaki  terkenal. Ya, Lea  dah  buat  kajian  pasal  semua  ni. Satu  persatu  Lea  kenalkan  pada  Zahid. Mereka  yang  terkenal  sedari  awal  1950-an  dulu  hinggalah  ke  hari  ini. Mereka  yang  jadi  idola  lelaki  dan  perempuan. Yang  walaupun  tiada  tapi  masih  tetap  dikenang.

Silap  penyanyi  dan  pelakon  adalah  hakikat  kerja  mereka  yang  demanding, membuatkan  mereka  mudah  kecundang  dengan  mengambil  jalan  salah  bagi  melepaskan  stress  kerja. Apa  lagi  kalau  bukan  dengan  dadah, pill  dan  ke  kelab. Itu  juga  Lea  beritahu  dan  ingatkan  pada  Zahid.

Remember  the  gentlemen  rule  I  told  you  before ? ” Wajah  Zahid  yang  tekun  berbincang  dengannya  sedari  tadi  Lea  pandang  lembut. Kan  mudah  bila  Zahid  masuk  mood  professional  macam  ni ?

“ Yeah. Pasal  apa  tu ? ”

“ Pasal  how  to  be  a  real  man. Hanya  a  real  man  will  earn  respect  by  his  fellow  friends, and  earn  interest  by  the  women. A  real  man  is  a  gentlemen. ”

Zahid  kerut  dahi. Make  sense.

“ We  know  we   were  created  with  purpose  aren’t  we ? ”

Zahid  angguk.

“ Lelaki  sepatutnya  punyai  sifat  lelaki, dan  perempuan  sepatutnya  punyai  sifat  perempuan. Dan  secara  fitrahnya  lelaki  dan  perempuan  akan  tertarik  kepada  lawan  jantina  mereka  yang  mengikut  sifat  asal  mereka. Lelaki  sifatnya  melindungi, Tuhan  memang  jadikan  lelaki  begitu. Perempuan  pula  penyejuk  hati. Jadi, perempuan  akan  tertarik  pada  lelaki  yang  pada  hemat  mereka  mampu  melindungi  mereka, lelaki  pula  akan  tertarik  dengan  perempuan  yang  pada  hemat  mereka  mampu  buatkan  hidup  mereka  penuh  senyuman, dan  lelaki  juga  sukakan  perempuan  yang  boleh  mereka  lindungi. Bersifat  keanak-anakan  dan  juga  keibuan. ”

“ True… ” dalam  kerut  di  dahi  Zahid  bersetuju  dengan  kata-kata  Lea. Lelaki  memang  sukakan  perempuan  yang  manja, ceria, tidak  membebankan  kepala  mereka, lemah  lembut  dan  keibuan.

“ Lelaki  pun  sama. Perempuan  akan  tertarik  pada  mereka  yang  boleh  buatkan  mereka  rasa  selamat  dan  selesa. How  they  perceive  security ? It  depend  on  their  life  value. Ada  yang  rasakan  duit  tu  mampu  buatkan  kehidupan  mereka  dan  anak-anak  lebih  terjamin, ada  yang  rasakan  lelaki  perlu  ada  sifat  memimpin, ada  yang  rasakan  lelaki  yang  punyai  ilmu  tu  mampu  melindungi  mereka…All  in  all, its  depend. But  if  you  tried  to  be  a  gentlemen, then  you  are  a  true  man. Whom  when  women  see  and  know  him  they  will  definitely  fall  for  you.  It’s  our  nature. ”

“ So  whats  the  rule ? ”

“ Rule  number  1  : Chivalry never  dies, but  most  men  choose  to  ignore  it.  Accept  the  fact  that  you  are  made  as  a  protector  for  women. Your  strength, your  masculine, your  extra  ability  to  absorbs  knowledge, they  are  all  made  it  that  way  so  that  you  can  protect  women. Protect. Not  oppress.  ”

“ Rule  number  2, always  be  confident  but  there  is  a  thin  line  between  confident  and  arrogant. A  real  gentlemen  knows  between  the  two. ”

Sekarang, you  need  to  implant  in  your  mind  these  two  rules. Bila  fikiran  kita  berubah, segalanya  tentang  kita  akan  berubah. It’s  here. In  the  mind. If  you’re  content, people  will  be  attracted  to  you. If  you’re  not, you  will  pull  people  out  from  you. It’s  human  nature. We  don’t  like  problem. ”

Wajah  Lea  yang  sedang  menunjukkan  ke  arah  kepalanya  sendiri  dipandang  Zahid  penuh  erti. Si  comel, si  cantik  yang  penuh  falsafah  dan  berjiwa  besar. Rupanya  industry  ‘manusia’  bukan  sekadar  menayangkan  wajah  cantik  atau  kacak. There  is  an  art  behind  it…

“ Fun  to  know  Lea. ”

“ And  it’s  encouraging  to  know  that’s  what  you  think. ” Lea  senyum  lebar.

“ And  another  rule  is, ‘Boy  speaks, gentlemen  act’. Learn  all  the  rules  and  practice. Knowledge  without  practice  is  useless. ”

Zahid  jongket  kening. Tercabar. ‘I  will  show  you  Lea, what  I’m  worth’, bisik  Zahid  dalam  hati.




----------------------------------------

Thanks for reading ! :)

Alhamdulillah its been almost half Ramadhan. Why did I mention about Gentlemen Rule here ? A man should be gentlemen -for me they should esp lelaki melayu. Wanna know a story happen here ? 

Cerita 1 : 

There was a friend of a friend who came here (England) untuk jalan-jalan and stayed in our house. She has a Malay bf yg tengah study kat sini. Then one day she bought things - shopping yang agak banyak. Then the bf dont even carry it for her. They both walked along the street, then there was one car driven by  female and passengers pun penuh dgn perempuan. Driver perempuan tu, perlahankan kereta, stared at the bf and shout: 

OWH MY GOODNESS...HE LET WOMAN CARRY THE BAG ? WHAT A SHAME ?! 

Then the guy terus kalut-kalut nak ambil bag shopping si perempuan. 


Cerita 2 : 

Kawan saya sendiri. Datang England for business purposes and for shopping. With her fiancee. I joined them. Yes. Lelaki tu memang baik. Tapi. Bila shopping, he let the women (inc his fiancee) bawa that big shopping bag without taking heed to help. He did help once in a while, but still, he is a man. Being rich but not a gentleman, is absolutely a NO for me. 


So you gonna saya I am 'perasan' mat saleh lah nak orang jadi gentleman bagai ? Sampai orang melayu dah jadi serba tak kena di mata sendiri ? 

I didn't say all Malay man. But come on, you know yourself dude. There is no pointing finger here, but just check on yourself. You know your own self better than others. Ambil yang baik, buang yg  buruk.

When you said perempuan tu lemah, tolonglah. Bukan selalu bagi perempuan buat segala benda. Kerja rumah perempuan buat, jaga anak pun perempuan punya kerja, didik anak pun perempuan juga. 

Okay fine lah. 

Fine kalau duit poket memang lelaki yang tanggung itu memang fine. tapi kalau sama-sama cari makan, budget-budget lah. Rasulullah pun tolong isteri-isterinya di rumah. Jangan diri jadi fitnah pada Islam. Perempuan tak semuanya betul tentang mereka, sama-sama fikir, sama-sama berubah. 


Courtesy is another issue. 

Being gentleman is not equal to gatal. It is formality and courtesy, and people could tell the different from the way you carry the action. 

Yes. My cousin is getting married to an English guy - the blond hair guy with aquamarine eyes. They came to my house last night for dinner. So sebab dia kacak ? Make me like him ? 

Absolutely not. 

Its his courtesy. When he came here, he know I'm a muslim. So he put off his shoes when entering the house. Its the way he talked and the way he act. My cousin do make a good decision, alhamdulillah for her. When invited to eat at my place, he brought a bouquet of flower and a box of chocolate. 


This is from him.

This is from my housemate friend we invited him to dine at our place.


Isk, gatalnya mamat ni ? Dia romantik dekat org yg salah ke ? - so is that what u gonna say ? 

Its the courtesy. I cooked Mee Bandung, instead of saying its pedas, he didnt say anything until I asked him. : Is he is alright ? 

Since he was sweating and his face turned all red. And still he tried his best to finish it. and even clean up the table. 

Yeah, with a gentleman, we cant help it but to ADORE you Mr Gentleman !

* I know, ada je perempuan Melayu yang suka salah faham bila lelaki tunjuk courtesy. And I find its amusingly weird bila ada perempuan yang tak biasa. But I cant blame them, maybe the upbringing is different. Alhamdulillah, Allah grant me a father who is also a gentleman. 

Okay, bye dan selamat beramal :) 

your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

83 comments:

  1. entry ni sngat berguna kpada kaum lelaki. yes, I totally agree with u sis, sometimes man need to be gentleman. especially during shopping. in Brunei, i see most of the man carrying their wife bag, some carry their baby, or help their wife push the baby stroller. I amazed that my father one of them, my father always carry my mom shopping bag everywhere, while my mom carry my lil sis. kadang2 abah saya tu kena main paksa jugalah. kih..kih..kih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alhamdulillah thats good :) paksa pun tak apa, alam2 dia biasa ;D lol

      Delete
    2. *lama2 bukan alam2 - penyakit dyslexic makin menular (>.<)

      Delete
  2. Bg lelaki bc..grooming session...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, true. TWB pun banyak juga utk lelaki tu.lol.

      Delete
  3. Couldn't agree more with you. Typical Malay guys. I have two sons and I instilling the values of being a gentleman in them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah thats very good kak. Orang sini pun memang ajar anak2 dia dari kecil utk tolong perempuan. May Allah bless you for teaching them good values :)

      Delete
  4. Good thing you rambling about gentlemen in this post. I think Malay men nowadays not only x gentlemen but they also x respect women langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. ada yang baik tu alhamdulillah. tapi yang kurangnya ramai. *boiled* bila ingat ni.

      Delete
  5. novel.
    jadikan cerita ni novel please.
    thanks XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks juga Haefy ;) in shaa Allah will do. hopefully.

      Delete
    2. yeay!
      in shaa Allah.
      waa.tak sabarnya nak baca 13 Jam A380.

      Delete
  6. Seriously malay guys mmg gitu kot. Kalau jmpe pn mesti dah kahwin..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn yang dah kawin ni sbb dah mingle n mixed dgn perempuan (isteri) so lebih memahami. tu pun biasanya ambil masa beberapa tahun baru jadi gtu.lol

      Delete
    2. yup..dah kena brainwash dengan wife diorang kot.. hehehe

      Delete
  7. mmg lelaki melayu ego lebih....mungkin their upbringing yg menyebabkn camtu. x nk jatuh standard bw brg byk2 . tp klu ikut islam tanggunjwb terletak pd lelaki sbg IMAM dlm kluarga...membimbing, mendidik dn menjaga.

    ReplyDelete
  8. Honestly sy mmg more into nonmalay guy compared to malay guy^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka muka lelaki melayu, tapi hisk, kecewa betul sbb susah nak cari perangai elok. hmmmm...

      Delete
  9. Untuk lelaki melayu yeer.... memang dah tersurat dan tersirat lelaki melayu kurang romantic n gentleman sebabnya dah ditanam dlm pemikiran dia orang perlu dihormati sebagai ketua keluarga.... n pemikiran lelaki melayu kadang kadan tertutup n tak mudah menerima pendapat or pekara yg baru disebabkan ego...mungkin....

    Tapi tak semua lelaki melayu yg tak gentleman ada tak dinafikan cumanya quantity terlalu sedikit....siapa yg dapat tu untung arrrr kan hahaha

    kita sebagai perempuan/kekasih/isteri pun boleh ajar lelaki untuk jadi gentleman n romantic .... sifat lelaki ni kadang kadang ambil mudah n tak peke keadaan sekeliling tu yg jadi buta hati hahaha dah la akk dah mengarut lebih niiii

    yg pasti semua pun ada kekurangan n kelebihan terima seadanya n pakat pakat memperbaiki setiap kelemahan.... sekian wasalammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm orang Arab jugalah kot kak. lagi sedih bila orang lelaki macam ni, banyak lelaki non muslim fikir - thats how Islam taught them/us. Allah letakkan tanggungjawab pada mereka, dan sebagai iman yang adil dalam keluarga - we as women respect them. but if they are not doing their role, and want us to 'patuh' - that is an abuse in power. banyak lelaki Islam yang dah salah gunakan 'kuasa'. we always see penyalah gunaan kuasa dalam sistem pentadbiran, tapi kita lupa keluarga kita juga adalah salah satu sistem pentadbiran. Domestic management.

      *haha okay saya dah masuk mode cakap2 serius.sorry*

      and yeah, lucky those yang dapat si lelaki gentleman. Kalau lelaki tu patuh pada Allah, dia sewajarnya punyai akhlak yg jauh lbh baik dari si gentlemen english. harapannya begitulah.

      n yes, ibu2 in shaa Allah boleh didik anak2 jadi lelaki budiman. ayah pun perlu ingat utk tunjuk teladan. dan yang paling penting macam Lea ajar si Zahid pun boleh. haha. or macam minah saleh yang sound pakwe kawan saya tu.lol. yg penting kita sama2 baiki diri kpd lbh baik, in shaa Allah. :)


      Delete
  10. Ms Eve terdengar lagu gentleman ke tiba2 tulis pasal ni? heheh. I know that you wanted to give some nice reminder to those men outside there ! Sometimes music can be our inspiration for many things. Hope you dont mind with my naughty comment!

    -Yanne-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha no lah yanne. lagu gentleman pun saya tak tahu. google tadi rupanya lagu PSY tu ye ? Mengarut betul MV lagu tu, but since tak paham apa lirik dia so tak boleh nak komen. MV mcm tak gentleman langsung.lol. Isu gentleman ni dah lama dah haha ;D

      Delete
    2. Haha sangat mengarut. You know what? First time the video released I watched it with my mom and my mom said what was this video motive? I just laugh and replied "PSY wanted to show us that he's truly gentleman".

      Delete
  11. salam
    memang tipikal lelski melayu begitu
    lebih2 lagi lelaki kelantan akak tahu sebb
    aku kelantan pure suami juga kelantan...nak tggu dia ucsp sayang jenuh mnunggu..
    tapi bila akak dah gila baca novel mula tbuka
    minda...kenapa tidaakak yang ajar..he..he
    rasa nsk mggedik dgn suami sdiri...balik
    sek..kak ikut cara ustaz haslin suami balik kerja senyum manis diberi...bagi minum
    lepas tu panggil abbbbeeeee....tersembur you
    air yg dia minum..tapi dia tetap cool cuma ade
    jeling2 manja gitu...mgkin dia kata buang tebiat ke bini aku ni...ke nok mnopous?
    akak teruskan juga..ikuylah apa yg ada dlm
    novel bila nak pergi kerja..anak2 pula nakal2
    sukaa intai..merah muka dia you malu dgn ank dia..akak buat slambbrrland ajee...
    tapi akak tahu dia suka..macam mana akak tahu dia suka?...sebab elaun akak dia up lagi
    bulan berikutnya..he.he..pahala dapat...dhargai lagi oleh suami..
    apa yang ptg..kita yh dah bpuluh tahun kahwin kena hadap juga suami yg tak gentlement n romantik ni..tapi kita yg ada kuasa gedik2 yg dkurniakn Allah..gunakanlah untuk kebahagiaan r/tangga...sebab..bahagia
    bukan dtunggu..tetapi dicari atau dicipta...siapa lagi kalau bukan kita...kalau tidak..ermm hanya watak novel sajalah yg bahagia...kita beranggan sendiri...oleh itu
    wahai ibu2 ciptalah bagia sendiri...Allah
    reda kita pun happy mmanjang...barilah kasih sampai ke dyurga you
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch so cute and sweet kak anon! thats the way we do it ;D tu baru the woman's power kan? lol. suka saya baca komen akak. and setuju sangat dengan kita yg cipta bahagia tu :) novel tu kalau baca saje, kemudian kita kata it is so not real, the reality is in our hand. we shape the reality.

      Moga bertambah2 bahagaia sampai syurga kak :D

      Delete
    2. suka nya baca komen akak ni. terbaik!!!

      Delete
    3. betul akak! walaupun saya tak kahwin lagi...tapi sy setuju cara akak. tetiba teringat satu ayat motivasi -> 'we are the product of our action, not circumstances'. kalau tak dapat yang kita nak, why not, tukarkan ia pada sesuatu yang kita suka...make the best of it.

      Delete
    4. setuju sangat...... kuasa seorg isteri...... tak salah menggoda dan bermanja dengan suaminya..... dah halalkan tiada batasan..... nak kekalkan kebahagian rumahtangga bukannya mudah lebih2 lagi setelah berbelas tahun berumahtangga.....

      Delete
  12. Ecece..... Zahid nk tnjuk skill heeeee..... N about ur second story tu... Heeeeee i agree... Mmg nmpk sngat tipikal laki mlayu mmg kebnyakkan mcm tu.... Yg btol2 gentlemen tu ad la kot... Tpi sngat sikit la n susah nak jumpa....
    - syira azmi-

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nti kita tgok ahid tunjuk skill plak.haha. ha ah ada je yg gentleman di kalangan melayu, pernah jumpa beberapa alhamdulillah. tapi masih belum jadi majoriti. kena buat kempen ubah they all neh.hehe

      Delete
  13. Eve,
    i'm so totally agree with you..i guess malay culture makes most malay guys less gentleman kot..biasa yg kena suruh buat keje anak pompuan je..anak lelaki makan pakai semua mak yg sediakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100juta% agree! Ank lelaki dlyan mcm raja kat umah xpyah wat apa2...wlpun just basuh pinggan sbijg yg diaorg guna..
      -blue rose-

      Delete
  14. Sangat2 bersetuju dgn pndapat eve,alhamdulilah akak dpt suami gentlemen:-)

    ReplyDelete
  15. huhuhu...mak sy ckp..ayh sy dh ckp gentleman utk dia walaupon x carry any bag's from her..mak ckp..ayh x bwk pon x per..mak ckp..dia x nk org ckp dia control laki klo buat mcm tu..mak ckp..mlut tempayan boleh tutup..but mlut org x boleh...mak ckp ank2 dia ada nk tlg dia...ayh gentleman dgn cre dia sndri..ayh x sgan2 nk bergurau dgn mak dpn kmi adeq beradik..walaupon mk garang...huhuhu...x smestynya laki tu x bwk beg prmpn ker aper ker..he's not gentlement..he can be gentleman by it's own way...peacee...x mksdkn apa2 pon..just nk share jer...maaf klo ad yg terasa... :)

    -royal pahang-

    ReplyDelete
    Replies
    1. If ur mom is happy with ur dad then there is no issue at all :) its individual preference. And indeed gentleman is not all about carrying ur bag or shopping bag. Its the way that person carry themselves. Its the courtesy as i mentioned earlier in the post. Being honest, respectful for others n there are all other list.
      Your mom might be happy n comfortable with ur dad - even he didnt fall into the gentleman type. So again its individual preference. Or he is, just he dont carry bag but he do have courtesy - u know ur dad better. Hope u dont shrink the gentleman's definition as equal to carry women bag only tho :p

      - royal kelantan - evelyn rose - hehe

      Delete
  16. Alhamdullilah my husband tuh kira gentleman la erk... selama nih rasa rimas sebab semua dia nak pegang..and i have bad habit during shopping..selagi tak penuh tangan, selagi tuh kena membeli... but bila baca this entry, ok now i understand.. stupid me... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha susah jg tu if xpnuh xstop bli. Kne bli brg besar trus la cmni ;) if hubby nk bawa bg je kak :p

      Delete
  17. i quote your line 'being a gentleman is not equal to gatal. it is formality and courtesy' kak eve. i find it hard to look for real gentleman nowadays. dahlah sesetengah perempuan yang bila guys ni gentleman katanya ambil kesempatan lah apalah kan. ahahaha same goes to your cerita 2 lah kan hehe -ika

    ReplyDelete
    Replies
    1. true ika.. kadang tak salah one sides, but both :)

      Delete
  18. salam alaik, eve,

    this entry makes me grin all the way.. especially your comments on our malay guys. I guess it's like a taboo to say that they are not gentlemen enough, when in reality that's the fact..right? I was brought up by a grandma who looks up upon guys but not girls. It was really annoying.. eeiii.. geram bila ingat. heheh.. but now that I have my own child, I try to teach them what Islam teach us. Abanglong will be scolded for tengking2 adik.. abanglong will have to be nice to adik.. abanglong must carry things for ummi.. hehehe... evethough they are only 3 and 2 tears old. I guess our malay folks dulu-dulu selalu sangat menangkan guys, that's why they end up being the way they are now. .but as usual, not all la kann... hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha i know that feeling ! and seriously cant agree more. i thought it just my grandma but it seems like it is in the malay culture l malay culture. mgkn now some modern parent dah ubah

      Delete
  19. siapa kata lelaki melayu saja x gentleman. hahaha actually most of lelaki malaysia yang x gentleman sebenarnya.I like courtesy man seperti yg Eve kata tu. But lelaki yang ada courtesy mcm tu x banyak kat malaysia ni. kalau ada pun pasti dikata oleh lelaki lain. Like my husband tolong wife sidai baju pun jiran tetangga kata i queen control. Hello... apalah sangat setakat sidai baju tu jika dibandingkan bantu suami menambah pendapatan keluarga merangkap pengurus rumahtangga kannn. Belum lagi tanggungjawab isteri sepenuh masa.Eh bukan mengungkit ye.. tp its reality. Man not think about it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha true that kak. i think most asian mcm ni...that is so wrong... people shud change. esp mata2 yang melihat tak patut make a wrong judgement.

      Delete
  20. Lelaki yang tak gentleman selalunya ada ego, terasa diri lebih besar/berkuasa dari pasangan mereka.

    ReplyDelete
  21. So I am really lucky I guess hehe...
    My Huby is romantic person and sgt sgt rajin menolong..
    tdk kira kerja cuci kain ker, jemur kain, kemas rumah, jaga anak,cuci piring..
    semua dia tolong buat klu sy sdg sibuk dgn kerja lain and his cooking skill also amazing...sy punya skill memasak 'out' klu nak dibandingkan dgn dia.

    kerja angkat mengangkat barang ni pun dia rajin tolong..ermm termasuk angkat sy sekali hehehe...malu:p

    Anyway,thanks Eve, bnyk info yg sy belajar dr sini actually. Biarpun sy bkn malay/muslim but I understand what Eve trying to tell us. Actlly, bkn malay man saja yg ada tak gentleman ni, bangsa lain pun ada jg. Mcm bangsa sy juga, ada yg gentleman, ada yg tdk, dan ada jg yg Over Gentleman smpai beg tangan wife dia pun dia nak bawa heee.. Jadi bg sy, ini semua bermula dari didikan keluarga itu sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are truly lucky babe :) hehe. Alhamdulillah sangat2 bila Tuhan aturkan awak dapat suami macam tu :) should appreciates him more tu babe.hehe. and eve percaya , mmg based on didikan keluarga. hope when we become a mom kita boleh cuba terapkan budaya yg lebih baik, amen.

      p/s: nanti boleh la bagi extra kisses to hubby ;p

      Delete
  22. Suka entry evelyn tentang gentleman, bg yg belum berkahwin masih boleh survey all option, tp bg yg dah berkahwin. Like some says ' when you're stuck in it, make the best of it'. Bahagia itu mmg kita yg cipta....dengan izin Allah. Suka sgt dgn your way of thinking.....very inspiring. Jgn asyik di takuk lama and to make everyday counts.

    ReplyDelete
  23. kebanyakan lelaki melayu sgt romantik sebelum kahwin. kalau tersepak batupun, batu disalahkan... tapi bila kahwin dah lama sikit, tu yg lemak mereka bertambah tu.. nak-nak kalo dapat wife yg boleh berdikari... lagilah dia serahkan segala urusan kepada wifenya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm when akk said this it remind me of one akk i know yg independant - she did advise me not to be very independant bila dh kawin, nti jd mcm dia, dia yg settlekan semua ... Suami lpas tgn ... Nauzubillah

      Delete
  24. cara didikan mereka yang lebih mementingkan etika berbnding keputusan peperiksaan menjadikan mereka less academic oriented and being a human :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah dkat msia mmg a bit pressured - but most asian countries are. Kat uk its not really the etika but more about strive for ur passion. Music, art, science, geology, whatever u choose its based on ur passion not based on market.cuma kat sini they were trained since kecik tu obey the law, freedom of choice, freedom of speech, human right n yg laki mmg d train jd gentlemen since kecil jg, like a culture ;)

      Delete
  25. my hubby always carry my handbag everytime we go out. even when i insist, dia tetap nk bwk kan. his right hand holding my hanfbag, left hand holding my hand. dh nya i pulak yg malu2, rasa mcm queen control bila hubby bwk handbag kita. my hubby says biarlah apa org nk kata, ada aku kisah!! haishhhh… ni kira cetegory gentleman gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol he satisfies some requirement there lol ;) lucky u!

      Delete
  26. Owh Eve really loved ur entry. esp for the Gentleman's part!. Seriously, I bnyk study about malay guy. My friends, my brothers n etc.. But Alhamdulillah My late Abah was a really Gentleman guy. panggil my mom 'yang' dpn anak2 and even depan his mother n his mother in law. N not only that, plg penting sgt tegas about Islam. N sgt ringan tulang untuk wat kerja2 rumah, very respectful to my mom, courtesy n bla..bla.. bla..

    And because of this, I mmg berangan nak cari hubby yg mcm my late Abah. Hahaha unfortunalety, mmg tak jumpa yg sama ok! Yg ada sgt menyakitkan hati. Tak pandai nak berlembut dgn I. Bila i uji sikit, cepat melenting n panas baran. Urghh. Annoying! Tak pndai nak hormat I as a young lady/women. End up, i tinggalkan. Tak mahu buang masa n sia-siakan usia.

    Then, pernah i start blind date with one guy. Ohh jumpa yg desperado pula. baru 1st time jumpa, dah kata fall in love. Ohh sgt takut. Then i angkat kaki. Terlalu nmpk mcm tergesa-gesa. And ada pula yg semuanya okay, tapi tinggalkan i sorang-sorang bila kami tgh berjalan kaki while going somewhere..! Auch. Mmg i tawar hati terus. Lupa kat i ke apa n takkan langsung tak worried on my security?

    Then i jumpa yg semuanya ok, courtesy, baik, agama ok tip top. I tried so much to love him Unfortunately, tak boleh. sbb kami too close. mcm abang dgn adik. And since dia sebaya dgn my brother so i treat him just like my big bro. N now his getting married with a very lucky woman. Ohh.. Ruginya i.. kan??


    Pening. Macam2 yg i jumpa. Hahah and at the same time quite funny. hahaha.. No wonder dari dulu lagi i Adore sgt Brad Pitt and Tome Cruise.. ;) Ahaks.. To me they kindda 'real man' which im seeking for. Haha..

    Opps.. hahaha terlebih mengarut pulak i cerita kan? But for the conclusion, Some Malay guy memang tak gentleman, tak courtesy n bla..bla..bla.. but some are vice versa. Well, it depends. Haha.. cuma kalau masih mencari2 macam i ni risau juga nanti smpai bila2 pun susah nk jumpa my Mr.Right! Lol (O.*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe what an experience babe! I pun anti laki baran.heuy. Hope u find someone like ur dad muza ! ;D

      Delete
  27. salam...saya ada jual produk shaklee..jemput la tgk kt sini

    http://intan-mohamad.blogspot.com/2013/07/shaklees-product-prices.html

    ReplyDelete
  28. ble nk smbung part 8 ni eve..xsbr ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakhakhak entahh bilas tgh mls lg. lol :p

      Delete
  29. iman...awok ke evlyn rose....hahahha....x sangka2..budak scipp...wah2....sya beli buku awok..best.....gnee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gnee eh? Haha! OMG xsekko geng scipp baco.lol. Lucu dop saya nulis novel,klu King buleh kiro.hehe. TQ gnee sudi baca karangan sayo tu. lol ;)

      Delete
  30. kak eve comel >_<

    ReplyDelete
  31. Eve..nak ubah hubby I jadi more gentleman maybe kebarangkalian berjaya is slim..sikit sikit maybe boleh kot..(practice makes perfect..my mental note huhu) ..
    But one thing for sure..I will adapt these gentlemen lessons to my two sons !! Yg tu still ada chance..I want to show them how mama teach daddy to be gentleman and you guys should do to yr love one someday too..Eve, keep on spreading sunnatullah love thru yr writings.. Arigatou ne..
    *I am in Japan. Study juga just like you. You inspired me.. And! I bought yr 13jA380 dah! Tunggu nanti my family will send it to me..aarrrggghhh tak sabar! From: Anon Surah

    ReplyDelete
    Replies
    1. moshi moshi surah san !

      i learned Japanese before but dont remember it well now.lol. alhamdulillah glad to know that ur studying in Japan now, ,and blessed to have two sons already. in shaa Allah may Allah ease you to ubah ur hubby to be a gentleman and what most imprtant is ur sons. in shaa Allah moga dipermudahkan. and suka ur semangat :D

      wah, gambatte ne!

      Delete
    2. Dear Eve, the 13j A380 has landed at my mom's. How I wish I am back at home now!!! Aarrrggghhhh!!! Tidakkkkk!!! Heheheh .. I told my sis, jangan bukak! Biar angah yang rasmi kan! Heheh... Tq eve ! This news just complete my day! One mundane ramadhan without pasar ramadhan in japan..haisshhh..but now i can senyum!!

      Delete
  32. Assalamualaikum....

    Hi ....I have read 13 jam A380. Emm....i dpt copy but not my name , someone's else...tapi x pe as long as i got d copy.....emo la baca esp 4-5 chapter before ending...
    anyway i like it and do hope that Abang Pilot will be published as a novel too...

    U r so cute with those glasses....emmm....a bit like Ariana Rose perhaps...

    Okie.....Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, Taqabullah minna wa minkum...

    Lots of Love from Sis mb

    ReplyDelete
  33. ni yg suka baca n3 u eve. mmg sgt informative. courtesy...susah nk jumpa di mesia guys yg gentleman ni. waiting 4 next n3... ;)

    ReplyDelete
  34. wow.. mmg best citer abang pilot ni.. i think i'm in love with this story... publish ek cam TWB n A380... bab Lelaki Alhamdulillah.. my hubby suka ke dapur mambantu sampaikan kekadang akak segan pulak bila bapa mertua tegur but he's mine so buat derk jelah.. hehe

    ReplyDelete
  35. suke cerite ni. . semua cerita kak eve best2
    tak sabar tggu sambungan nyee

    ReplyDelete
  36. sukew sgt..nnti buat novel yew kak eve.. huhu.. nak minta something bole?? ... will u be my kakak angkat..hahaha... just joke..

    ReplyDelete
  37. Salam evelyn. enjoy reading A380. I love fawwaz so much..haha..mati i if my husband read this comment..

    b4 this i jadi silent reader. but now i tak tahan nak comment jugak..:))))

    ReplyDelete
  38. assalam Eve...suka baca cerita ni,lbh2 lagi bila cik suami sendiri seorang pilot.teringat zaman mula2 kenal dulu.dia bkn seorang lelaki romantik,tapi setelah 17 tahun bersama,makin romantik pulak.yer,romantik itu blh dipupuk plus dgn bantuan saya sendiri...alhamdulillah,ence suami bkn jenis yg memandang jer bila wifey dia bawak barang2.anak2 pun byk dia yg uruskan kalau dia ada.keje saya cuma masak dan uruskan rumahtangga.pernah dia cakap,suruh la buat apa pun tapi jgn suruh ke dapur.membalancekan satu keburukan dia dgn sepuluh kebaikan yg dia ada,membuatkan rumahtangga lbh harmoni.dugaan??itu biasa...kalau tak,bkn lah kehidupan namanya.semoga Eve terus hasilkan karya yg bermutu....mood#tggu novel baru Eve#

    ReplyDelete
  39. Kadang2: i lebih faham u punya BI daripada BM. Nak tanya: Tak mau cuba guna bahasa sastera ke dlm penulisan U?

    ReplyDelete
  40. Kadang2: i lebih faham u punya BI daripada BM. Nak tanya: Tak mau cuba guna bahasa sastera ke dlm penulisan U?

    ReplyDelete
  41. Book book book...i need the novel pleaseee*mukadahmcmmatgianmintaksupply. Eve..ive been reading ur two babies..n im waitong for the third. One word for u : OHSEM

    ReplyDelete