Join This Site

Sunday, 25 August 2013

Dating Berturut-Turut.

Alhamdulillah dah hampir sebulan novel kedua saya berada di pasaran, dan up to now dah masuk 9 bulan saya menjadi penulis separuh masa. Terima kasih atas sokongan semua, kata2 semangat, doa dan dorongan semua yang buatkan saya terus menulis despite the busy schedule as a phD student and business partner. Sepanjang 9 bulan ni juga, orang kuat yang selalu ada untuk membantu pastinyalah Mrs admins Group The Wedding Breaker. So apa pun, saya memang akan update entry khas utk mereka, which is this one. Selama 9 bulan menunggu, akhirnya bertemu juga kami di bumi Malaysia. Haha (ayat poyo sikit ya).

I still remember org yg paling kuat support masa awal2 saya nak buka group...then nak maintain group...then masa pelancaran novel last year... mereka sentiasa ada menyokong dan menghangatkan semua penulisan saya dari dulu sampai sekarang, alhamdulillah Allah sent them to be my companions and we had a lovely lunch date yesterday! Horey horey. Hehe. Semua memang havoc. But.... sedih jugalah sebab Kak Suhana and Kak Sal tak dapat datang...walaupun Kak Su dah plan cukup baik dah, but Allah knows best kan and Kak Salmah pula ada event lain..Alhamdulillah Kak Sal saya dah berjodoh sebelum ni lagi, hehe. Kak Suhana ajalah... In shaa Allah berjumpa juga nnti, cuma mungkin bukan di KL ;)

* dengan Kak Lily, Kak Ayu, saya lah tu, Kak Fidd and Kak Lela <3 * 
kami bukan support M&S tapi port ni mudah nak amek pic

Kak Suhana - make sure kita dapat bergambar dan berjumpa before saya balik UK ya! Haha. 
Kak Salmah - alhamdulillah udah jumpain (opss asal guwe cakap indon neh?haha) 

Then... dapat pula jam and shawls. So...cantek ! Love them all. 


Owh, itu cerita semalam. Hari ni dating lagi. Tapi tukar date partners. Haha. Kat mana ? Kat mana lagi kalau bukan tempat Tengku Adam Kamil terjumpa Ariana Rose dan Harith lunch. And kat mana lagi kalau bukan di hotel tempat si Haydar bulan madu dengan Hana tapi kena tinggal dengan Hana. Haha. 



* dengan pemenang-pemenang contest 13 Jam A380* 
Salmiah Alwi, Kak Ein, Raja Elyda dan saya lettuw.

Everyone were so nice ! And , terharu sungguh bila semua pakat bagi hadiah ni. Kak Ein siap buat pouch, Elyda plak buatkan cookies - dua bekas. bukan beli okay! Haha. It was such a lovely date and really enjoyed it. Pic atas tu agak skema - awal2 jumpa segan-segan you ;) 

Borak-borak pasal 13 Jam A380. Hehe.Banyak watak dalam tu mmg saya jumpa diluar. Alhamdulillah Allah mudahkan tugas saya untuk berkongsi. Termasuklah Sheikh An-Nahl, Almas Iman, Fawwaz, dan dialog antara si Atheist dan Sheikh. Macam dejavu, bila ke kursus Shahadah, ada seorang Atheist yg sedang mencari, soalan2 dia mengena dengan doa saya pada Allah supaya mudahkan saya untuk menulis mengenai Samuel dan Islamnya dia. Almas Iman pula bayangan seorang kanak-kanak perempuan usianya 8 tahun (saya bayangkan bila dia besar) , yang ibunya perempuan Inggeris yang memeluk Islam, dan ayahnya Arab yang kedua-duanya aktif berdakwah dan mereka jugalah yang berhempas pulas mengendalilan kursus yang saya ikuti di Manchester tu. Masa ke kursus tu, ada dalam 10 orang saudara baru yang semuanya berbangsa Inggeris. They are all very nice and up to now, we have a great relationship :) 

Fawwaz ? Fawwaz ada ke ? Fawwaz ada. Kalau kalian rasa sedih, Hana tidak berkahwin dengan Fawwaz,saya pasti, kalian letakkan diri kalian sebagai Hana kan ? Saya penulis, dan melihantnya dari sudut ke-3. Fawwaz pula adalah bayangan si lelaki ketua badan dakwah di Birmingham, beberapa tahun lepas - waktu saya masih lagi pelajar ijazah di sana. Dia punyai wajah yang sempurna, sangat pemalu dan menjaga pandangan, juga dari keluarga yang agak berharta. Sebagai orang ke-3, si pemerhati, saya yakin JANJI ALLAH ITU PASTI. Maka hakikat tetap hakikat. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya. Bila kita rasa marah dengan suami atau etc, cuba refleks diri kita. dan utk yg masih belum bersuami, masih ada masa utk membetulkan diri sendiri. 

Dan yang pastinya dalam novel ni, saya perhatikan, kita selalu menganggap watak utama adalah maksum. terbaik dan elok dari cacat cela. Walhal setiap pasangan adalah hero dan heroine dalam kisah mereka. Kalian dengan suami kalian, dan saya pastinya dengan suami saya ( bila ada nanti). Being a lead actor or actress doesnt mean u r the best. Dalam TWB - TAK dan AR adalah kononnya d best, does this mean bila dalam 13 Jam A380 they are no longer the best couple ? So, setiap antara kita ada kisah kita. Appreciates that :) 

Disclaimer : Saya bukan Hana ya :p Saya penulis cerita. lol. Hana itu kalian2 yang selalu follow twitter Haydar. Hehe. 

Alhamdulillah for this opportunity utk jumpa all of them =) and yang masih belum saya jumpai, ada jodoh, pasti akan berjumpa, in shaa Allah. 

p/s : Sebab mereka special, jadi saya upload kan gambar kami. Mungkin lepas beberapa hari gambar2 tu akan hilang dari post ni. Keh3.

Lots of Love, 
Evelyn Rose. 

73 comments:

  1. eve sangat cantik, macam gambaran arianna rose..heheve

    ReplyDelete
  2. nak eve yg jd arianna..eve sgt cantik..come lote :)

    ReplyDelete
  3. kak eve, so adorable.. hoho.. ^^v

    ReplyDelete
  4. Susah nak cari lelaki seperti Fawwaz. Sangat pemalu and menjaga pandangan.

    ReplyDelete
  5. Cntknya eve,beauty with brain... Doa saya smoga eve trus bjaya dlm hdup dan doa saya lg agar my hana (my daughter)bole jd sehebat eve bla bsar kelak.amin

    ReplyDelete
  6. Cntknya eve,beauty with brain... Doa saya smoga eve trus bjaya dlm hdup dan doa saya lg agar my hana (my daughter)bole jd sehebat eve bla bsar kelak.amin

    ReplyDelete
  7. Wah..sis,u r soo comel..haha..1st time i read ur blog(xsmpi 2minggu..hihi),it was soo motivating..n i really like ur writing..n ur novels too..:)

    ReplyDelete
  8. indeed Evelyn Rose is Ariana Rose. 13 jam a380 being a phenomena,such an awesome masterpiece. i wish you well kak iman. have a good day ahead,may Allah swt bless u.

    ReplyDelete
  9. Wahhh. Bestnyaaaa.. Nak jmpa akak jugak. Huhu

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Woww. Lawa nyaa akak evelyn. Like like like.. Better akak berlakon as Ariana Rose. :)

    ReplyDelete
  14. salam kak eve, wahh now only u reveal the picture of yourself dan kak eve sentiasa menjadi inspiration pada saya.
    dulu, i have no mood to further my study in degree tapi bila saya baca blog kak eve, saya baca novel kak eve yang penuh dengan experience and knowledge buatkan saya nak succeed macam kak eve jugak sampai boleh further study in phD.
    yalah, dapat degree in pure math, semua orang akan cakap "wah nanti jadi lecturer lah cenggitu. kena sambung sampai phD" padahal at that time saya rasa ya Allah,malasnya aku nak study -_-". waktu saya asasi pun saya macam tu.
    tapi mak cik saya pernah cakap, malas belajar tu adalah godaan daripada syaitan sebab mencari ilmu tukan dituntut dalam islam. kalau betulkan niat, insyaAllah kita akan dapat pahala. jadi kita kena kuat lawan godaan tu.
    btw, kak eve sangat lawa. i have once dream to be like you. bukan berjaya dalam study je, in fact kak eve dah terkenal satu malaysia. sampaikan saya tengok gambar faliq dalam insta smnasimuddin pun ramai orang komen pasal faliq heheh sangat lawak. tu semua penangan kak eve lettew..
    panjang pulak lah komen saya. semoga kak eve berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kerana sudi created cerita yg berilmiah dn menarik. Reading ur books is like sitting in a roller coster sgt mengujakn. sentiasa menunggu kemunculan novel baru drpd eve dn rin. I fall in love for the 3rd time.:-D

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kerana sudi created cerita yg berilmiah dn menarik. Reading ur books is like sitting in a roller coster sgt mengujakn. sentiasa menunggu kemunculan novel baru drpd eve dn rin. I fall in love for the 3rd time.:-D

    ReplyDelete
  17. Evelyn Rose nama pena mcm satu wangian Crabtree & Evelyn form London ! hehhe =) suka wangian itu !!! hope Eve akan terus berkarya dan permintaan abang pilot di bukukan as novel !!!

    ReplyDelete
  18. Salam kak eve... congratulations for your second novel... superb awesome and seriously u really make smthing surprise on it. since dh baca dkt blog akak so once buka sampul terus ke last page then nampak nama haydar as hana's husband. tpi bila baca bab 29 dan seterusnya, sgt2 la tdk sangka yg fawwaz ada purpose hana. banyak ilmu yg saya dapat dri TWB dan novel ni. best of luck in future :)

    ReplyDelete
  19. Salam eve...
    wahhhh tempat tu syiokkk tu....dalam novel lagi...ahaks jeles2...
    setiap novel eve pasti akan perbezaan itu yg special nya...
    A380 memang terbaik....wpun saya cemburu dengan fawwaz dan Almas Iman...tapi saya suke watak haydar memang terujer bila baca...thum up eve....teruskan usaha...sy pasti beli dan baca..dont worry...

    ReplyDelete
  20. Kak eve td p mph nmpk haydar (13 jam A380) tp tak beli. Sbb dah janji dgn my mom nk stop baca novel smpi hbis PMR. So zati sabar tnggu sebulan je lagi. Haha dont worry kak eve zati akan ttp peluk haydar. Kak eve bila nk bukak order?

    ReplyDelete
  21. Thanks Iman for lunch date. Nice meet uols; Iman, Wawa, Elyda, Miah dan 2 jejaka tampan itu. Detik yg tak mungkin dpt dilupakan. Terasa diri muda bila bersama uols.

    ReplyDelete
  22. Kak eve!!!! Comengnyaaaa... Okay iloveu n ur story. Sayang kak eve even xknal n really adore you since TWB lg!!!! MashaAllah you are ariana rose in my reality. Fi hifzillah kak

    xoxoxoxoxoxo :)

    ReplyDelete
  23. Waaaahhh...seronoknyaaaa dpt bersua muka,lepak2.... Hopefully sati hr nnti ain ada peluang tu.... :-)

    ReplyDelete
  24. Salam eve,
    when you talked abt fawwaz..teringat one british pakistani in my uni..budak EEE..muka bersih bercahaya walaupun berjambang..klu tgk sejuk mata memandang..dah tu rajin ke surau kat uni..and yes dia cukup menjaga mata..bercakap pun lemah lembut..on top of that budak first class..complete package sampai buat my friend terjatuh chenta..but the again kita ni sedar diri..tgk dr jauh je..hihihi

    ReplyDelete
  25. -so sweet.those pic.
    -fawwaz ada? oh.kalau boleh tahu macam mana orangnya dlm dunia nyata. kan? hope dia tak serabut berjambang.hehe
    -sy selalu lihat kesempurnaan hero/heroin, kerana ketidaksempurnaan diri sendiri.~thats how our eyes works.lol

    ReplyDelete
  26. insyaAllah... Kak Suhana dan Eve akan berjumpa jika ada jodoh... Akak pun dah jumpa dgn Kak Suhana masa Kak Su datang ke Kuantan... Kak Su sgt baik, sporting, humble... masa nak jumpa Kak Su rasa takut dan berdebar2 jugak... kerana TWB kami kenal dan x sangka dpt jumpa dan hubungan itu masih kekal erat sampai sekarang... kami ada geng tau dipanggil TWB GOJES... hehehe... ;)

    ReplyDelete
  27. my dear Eve...wish one day..kita akn brjodoh jgk yakni jumpa...face to face...dgn izin Allah...amin..always remmember..kak Hass. sntiasa mnyokong kmu...luv u...muuuah.
    (actually dh kirim peluk cium melalui Suhana utk Eve..tp.. dia pun tak dpt jumpa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak hass... dah tumpang kirim salam... tapi apakan daya x de rezeki kak su berjumpa dgn eve...

      Delete
  28. Jeless sesangat ... Insyaallah kita akan berjumpa di lain waktu .... Dulu angan2 nak jumpa Eve... nak siapkan bab 28 tu .. tapi otak tak berkembang buat pun separuh jalan .... seriusly akak memang suka sangat dgn novel ke 2 ni ....

    ReplyDelete
  29. Hi eve... sy wawa. Dh lama dh duk ikut eve punya blog tp x penah nk komen. :)

    Anyway tahniah ye eve kerana dh hasilkan novel2 yang sgt baik. Mula2 tgk TWB kat bookstore tak penah teringin nk beli... tp bila 2 3 kali pegi... mata asyik nampak itu je... terus sy beli jugak. Lepas baca tu... (dh baca more than 10 times rasanya...), dlm hati... wow! Beshnya novel ni. Lain! Banyak ilmu yg berguna. Author baru pulak tu... mmg tunggu and harap sgt eve menulis lg lepas tu. And sampailah 13 Jam A380 keluar. Memang sgt tak mengecewakan. Semakin banyak ilmu yg bole dimanfaatkan. Thanx eve. Kami ni sebagai pembaca... nak sgt something yg bukan saja utk sekadar suka2 and ayok sendiri je baca. Kami nak juga ilmu baru... and thanx to u sbb hasilkan buku2 yg baik dan romantik.

    Owh... one more thing. Tiba2 teringat pulak perbualan dengan my husband. Dia mmg peminat setia drama bersiri What If. Siri tu mmg x glemer pun tp cerita dia best. Hero dlm cerita tu Josiah Hogan. My husband ckp si hero tu handsome and kacukan lagi. Cakap melayu romantik sgt. And i think, eve bolehlah suggest kat puan ziela jalil utk drama TWB tu... sbb susah nk cari hero handsome utk TAK tu. He he trust me... josiah mmg sesuai. He he

    Ok lah eve... dh panjang sgt dh ni. Mcm tulis surat pulak. He he... apapun... all da best. Gud luck and take care ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry... guna my hubby blog... he he

      Delete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Alahmdulillah cantik, bijak, bdikari Eve...Akak doakn Eve sentiasa dlindungi,dberkati serta dpmudahkn Allah...akak akan skg apa yg baik Eve lakukan..

    ReplyDelete
  33. Untungnya dapat jumpa dengan penulis T_T

    ReplyDelete
  34. so sweet... story and also writernya... 2nd novel dah 'khatam'... any indicator for 3rd novel huhuhuhu? btw best of luck in everything u do, dear...

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. alahai.. jeles sgt.. kak eve lawa gilos!! haha.. stiap kali baca TWB nanti, blh la byangkan kak Eve sbg AR.. hehehe.. kita tunggu prince charming kak eve a.k.a. hubby kak eve sbg pemegang watak TAK.. Ok la tu kan?? anyway, hasil karya kak eve x pernh mengecewakan malah mmg WOWW!! Waiting 4 abg pilot pulak.. luv kak eve..

    ReplyDelete
  38. uwaaa patot la x sudi beraye ngan kami uuuuhuks

    ReplyDelete
  39. tahniah dah keluar novel kedua, moga terus berkarya dan menamatkan phd dengan jayanya

    ReplyDelete
  40. jelesnyer!!!!!!!!!!!!! hope one sweet day kiter leh jumpe eve...

    ReplyDelete
  41. Kak eve, you're so gorgeous! I'm freaking jealous dengan orang yang dapat jumpa kak Eve.

    ReplyDelete
  42. love both your books.All your heroes TAK and Haydar seems persistent and stubborn.The heroine too are so educated.The awareness on Islam and Allah's greatness makes the reader realise that Islam is a beautiful religion and Allah swt knows best in deciding our destiny.keep up your good work Cik Iman and may you write more great novels in the future.

    ReplyDelete
  43. love both your books.All your heroes TAK and Haydar seems persistent and stubborn.The heroine too are so educated.The awareness on Islam and Allah's greatness makes the reader realise that Islam is a beautiful religion and Allah swt knows best in deciding our destiny.keep up your good work Cik Iman and may you write more great novels in the future.

    ReplyDelete
  44. sis! bukak la instagram jugak. hehe. ramai tau hashtag novel sis kat insta =)

    ReplyDelete
  45. Teruja lps dah hbs.baca 13jam... For ur info... Tips2 dlm twb byk membantu utk naikkan kehangatan asmara kita & hubby... Byk juga ilmu panduan yg dpt bila baca 13jam & twb... Congratssssssss hope ada novel baru in future... Confirmmmmm kan ramaii2 serbuuuu ;-)

    ReplyDelete
  46. sis eve, you're super gorgeous! arianna rose pon kalah neh. ^^

    ReplyDelete
  47. Waaaa...Eve sweet n comel banget. Rather than imagining Eve as AR...akak lagi suka as Hana. N Haydar..ofcoz ...Faliq himself! Kekeke.. Ramai tau yg hashtag Eve n Haydar kat instagram siblings Faliq. Who knows one day he'll get curious..n cari who is this lady ER..etc etc..and tadaaaa... Eve n Faliq berjodoh... Wahwah..imaginasi kuat bole wat novel nih..;-)
    Anyway, im yr big fan...nak sgt jumpa eve. Walau eve muda akak sgt bangga kerana eve dapat hasilkan penulisan yang byk pengajaran dan boleh dijadikan panduan. Alhamdulillah.... So keep up the good work.. I'll alwayz support u!!

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum, saya asyik mengulang kali membaca buku terbaru Cik Iman. Love Haydar's character. Wish I was young again and meet a guy so stubborn, determine, loving, good looking and strong like Haydar. But in reality "ada ke lelaki macam ni??" keep on writing good books like twb and 13jam. I m your greatest fan.

    PS saya rasa Arianna Rose dan Hana Sofea is actually you, Cik Iman, pretty, fair, intelligent ( beauty with brain)

    ReplyDelete
  49. iman..secantik namanya...bertuah dpt berkenalan dan berjumpa denganmu dik..kikiki #ayatpoyo

    akak akan sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaanmu di dunia dan di akhirat..ameen..

    ReplyDelete
  50. Hi eve, baru habis baca novel ak380. Cerita ok, not bad. Tp nak komen pasal character haydar yg lbh kurang faliq. Agak x sesuai kalau character haydar tu diambil dr faliq. He's a public figure. Bagi saya mcm x sesuai wpon x sepenuhnya gambaran faliq. Kalau dalam seminar penulisan, selalunya penulis dinasihatkan tak samakan watak dalam novel dengan public figure ie menteri, penyanyi, pelakon etc. ni je komen saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Mai..... Ramainya tersalah faham

      Delete
    2. Oh Mai..... Ramainya tersalah faham

      Delete
  51. hi again Eve@iman,saya upload semua lagu yg Hana nyanyi dan dengar dlm novel ini(13jam).lepas itu baca balik novel ini dgn music yg telah di upload kan......baru rasa feel yg sebenarnye (saya rasa)dari imaginasi penulis.

    ReplyDelete
  52. manis sgt penulis nyerrr...hihi
    good luck sis ^_^

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Tahniah kak eve@iman :),
    karya akak kali ni memang dah mencuit dan menceriakan hati sya, huhu
    memang awesome kak,
    belum pernah sya baca novel melayu cam karya kak eve ,
    kini carta no 1 di hati sya,
    terima kasih jugak kerana telah mengajar n membuka minda sya tentang takdir,apa yang sedang berlaku kat middle east, n macam2 lagi~

    semoga Allah mencurah kehidupan kak eve dengan penuh berkat, peace :)

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum warahmatullah Kak Iman. I have to say, the 'perkara' that inspired me so much.. is the pemilik minda, that able comprises her fahaman/ idea2 kehidupan with jalan cerita yang seriously affects your readers so much(in a good way). You are an inspiration to me, to someone as young as 18 years old, who wants to instill true meaning of life.

    I am now penuntut dalam institut asasi sains. Mom pushes me to be a doctor. But I just had the idea, that following trends tak akan membawa saya ke mana. I love the idea of choosing my own future career, choosing my true passion, choosing something yg I can naturally adapt to. If so, then I want to fly overseas, bermastautin kat sana.. But how to? Maybe I can apply higher education there just like you, dear sis. Likewise, I'm not following trends. But, it is what I enjoy. Hence, I'm looking for sis' opinion.. About how you get to belajar kat overseas. Izit your choice? If yes, why so?.. And as a teenager who just belajar menapak dalam dunia realiti ini (ecewahh), how do you grip to your prinsip hidup, and how do you found it?

    I look up to you kak, I'm inspired by u.

    Sorry cause my questions are out of the topic.. :PP and I love your 13 Jam A380!!

    -Fatin

    ReplyDelete
  56. kak iman, everyone like your novels termasuk saya. and i look it (maybe) in a different perspective than the others. i am 16, and i dont really believe that people nowadays especially in Malaysia terima anak luar nikah or a girl that been raped. tbh, sy tak pernah nak pertikaikan status mereka. bila baca TWB, i have a strong point utk menegakkan pendirian sy in debat and karangan.

    & the way kak iman elaborated cerita tu sampai jadi TWB & 13 Jam A380, really inspired me. tambah lg kak iman masih bljr lg2 kat overseas & dlm bidang engineering. and i was like 'kenapa aku tak macam dia.' 'untungnya dia' sebelum baca your last post abt this. tak tahu title apa.

    bila fikir balik, semua terjadi ada hikmahnya. and maybe ni hikmah sy jumpa your novels kat a bookstore then in love w the writer, made me make up my mind, selalu fikirkan ajal etc.

    and thanks kak iman. and i really cant believe that i finally found something at the age of 16. selalunya sy stress abt a good grades je zzzzz part agama pun sy asyik lalai (menyesal). u are really inspiring. :)x

    (i love kak iman instead of kak eve - bila baca evelyn rose mula2 tertanya2 penulis ni islam ke tak, sorry)

    - Farra.

    ReplyDelete
  57. maksud sy, sy tak sangka ada a few number yg tak pertikaikan nasib org yg diperkosa, anak luar nikah etc (i put myself as ariana rose) and tak sangka there was a malaysian yg sangatlah awesome. and i really hope yg sy akan jadi hana kelak (not the haydar-hana part) tp part penghijrahan hana. from bad to good :)

    ReplyDelete
  58. salam kak eve..sy baru lpas bca 13 jam..aiyakk!! knapa rsa kecewa..hana x dgan fawwaz..but it shouldn't be unexpected rite, sbb tajuk pon da mcm menyebelahi haydar..but still! fawwaz..urghh..it's hard to say..maybe i adore him that much, that's why i'm feeling disappointed rite now..but don't worry, i adore u more..haha..apepon glad that he finally met someone he deserved..anyway kak eve, ur writing does give me a huge impact (in a good way of course)..again..you manage to make me think out of the box..think deeply about life, religion, knowledge, love..and ways to apply them in my lifestyle..u are so good in that..u are so inspiring..congrats kak..skali lagi..karya akak bkan sja x mengecewakan malah..wow! susah nk ckp la kak..sbb ni first time sy jumpa penulis mcm akak..u have everything in ur writing..yg buatkn org terfikir2 siapa evelyn rose ni sbnarnya..hehe..congrats again..n goodluck kak eve, may Allah bless u always =)

    p/s: jangan lupa update abg pilot slalu ye..will miss ur writing again..hee..

    ReplyDelete
  59. Waaa ! Kak Eve cantikk ;) Memang sblum tengok gmbar kak Eve , memang dah rasa Evelyn Rose ney cantik orngnya . Hehew :') Btw , The Wedding Breaker best sangat-2 ! Congrates kak , may Allah bless u always :')

    ReplyDelete
  60. Ouch kak eve. I don't know how to say but I love your novel very much!! Seriously 13jam a380 bagi saya impak yang sangat sangat besar. First time saya suka orang ketiga. Yahh. Fawwaz Husaini. Deep jugakkan bila Fawwaz bukan dengan Hana but yelah sah-sah tajuk novel ni untuk si Haydar kan. Perangai Haydar sebiji perangai Hana. Sumpah tak tipuu. Haha. Baca novel ni ulang banyak-banyak kali pun tak bosan sebab yeah ilove your story. Btw, jangan lupa buat novel baru. I'm waiting kak :)

    ReplyDelete
  61. Kak Iman! Hheheheh saya cari entry ni and ternampak jawapan kepada persoalan yang terbantut nak ditanya masa Pesta Buku tempoh hari. Heheheheh yes! Fawwaz wujud rupanya! Hehehhehee.

    ReplyDelete
  62. Seronok dpt jumpa eve kat pwtc ari tu.....comey lote eve....

    ReplyDelete
  63. salam kak eve,
    your writings really inspire me to be a better person and to ding in more knowledge
    your materials really fresh.
    i've been really curious with Thorinq and his wife and also Samuel and linda
    i really want to know about these two couple more, maybe because of the interconnection with the two novels
    if you can create another piece, im looking forward for these two couple stories.
    i'll continue to support work work akak . Insyalah ^_^ v

    ReplyDelete
  64. Eve...drama AR...lari dr novel asal....sedih sgt....geram...frust sungguh....

    ReplyDelete
  65. Happy birthday eve....semuga dirahmati Allah swt sentiasa..

    ReplyDelete
  66. Mmg sejak kecik lagi cik imam kita comey..hihii..BL nk blk kelantan..

    ReplyDelete