Join This Site

Friday, 13 September 2013

Abang Pilot Part 8

Salam ! Lama dah tak update... I know...! Alhamdulillah terupdate juga akhirnya. Orang kata biar sikit dari tak ada kan ? so...update mana sempat sajalah dulu :) Skrg jarang buka lappy..and this Firefox is too slow plus i got problem nak sign in and make new update guna google chrome. Sigh Sigh Sigh...

Okay, hope this will do and harap enjoyable bagi yg rindu :) bye , saya nak ke pantai, ayah dah panggil... :D till then guys! comment pun tak sempat nak balas jg lagi...nanti lah ye :)


Part 8 

“ Rule  number 1, Chivalry never  dies, but  most  men  choose  to  ignore  it ..

Sambil  berjalan  menyorot  beg  hitam  juruterbang, sambil  itulah  suara  Lea  berputar  lembut  di  telinganya. Keadaan  lapangan  terbang  antarabangsa  Kuala  Lumpur  agak  sesak  walaupun  bukan  hujung  minggu. Mungkin  bila  pihak  penerbangan  mengadakan  menurunkan  harga  tiket  penerbangan  domestik, semakin  ramai  yang  mula  menggunakan  perkhidmatan  MAS. 

Mata  Zahid  sesekali  memerhatikan  sekeliling. Memandang  dua  gadis  di  hadapannya  yang  menyorong  troli  yang  penuh  dengan  bag  sebelum  sama-sama  keluar  daripada  pintu  lapangan  terbang. Bila  sampai  di  tepian  jalan  berturap  tar, tampak  mereka  terkial-kial  cuba  menolak  troli  yang  tampak  berat. 
“ Rule  number 1:  Chivalry never  dies, but  most  men  choose  to  ignore  it … ”

Suara  si  comel  Lea  Natasha  bergema  lagi. Zahid  tarik  nafas  panjang  sebelum  menebalkan  muka  ke  hadapan. Berdiri  di  tepi  kedua-dua  gadis  tadi. 

‘ Kalau  rule  no.1  pun  kau  tak  lepas  Zahid, ni  kan  pula  rule  lain ? Now  or  never ! ’ 

Kuat  si  hati  kecil  mengkaunselingkan  diri  sendiri. Lea  mahu  lihat  perubahan  dalam  masa  seminggu. Kalau  dia  tak  mula  berubah  sekarang  bila  lagi ? 

Hi, it  seems  quite  heavy. Mari  saya  tolong. ”
Senyuman  sopan  dilemparkan  oleh  Zahid  kepada  kedua-dua  gadis  yang  tampak  agak  terkaku  memandangnya  lama.
‘ Sekali  minah  dua  orang  ni  tolak, kan  malu  pula…ah, tolak  je  troli  ni  Zahid. ’
Tanpa  mempedulikan  reaksi  si  gadis  terus  sahaja  troli  ditolaknya  melintasi  jalan. Malu-malu  si  gadis  mengekori  dari  belakang. 
“ Sampai  sini  je  ya ? ”

“ Err… aha…thanks… er..nama ? ”  manis  senyuman  si  gadis  kepada  Zahid  tapi  Zahid  balas  dengan  senyuman  sopan. Mengundur  setapak  sambil  memberitahu  namanya, sebelum  dengan  lagak  selamba  meninggal  kedua-dua  gadis  tadi. Bila  dia  berpaling  memandang, keduanya  melompat  gembira. Jelas  perkataan  ‘ Cair ! ’ dilontarkan  oleh  mereka  berdua.  

‘Boleh  tahan  impak  mematuhi  rule  nombor  satu, rupa-rupanya..’ tingkah  Zahid  dalam senyuman  tak  sangka.

*******

“ Amboi, senyum  sorang-sorang  apahal  bro ? ”

“ Kau  pernah  dengar  Gentlemen’s rule ? ”

Usai  melabuhkan  duduk  di  kerusi  kereta  kawannya  si  Faizal  terus  soalan  itu  yang  ditanya  oleh  Zahid. Elok-elok  Faizal  datang  mengambil  teman  wanitanya  yang  bertugas  sebagai  pramugari, apalagi  teruslah  Zahid  menumpang  sama. Lagipun  Eri  dan  Faizal  tinggal  di  kawasan  Damansara  juga.

“ Haha..! ” sakan  si  Faizal  ketawa. “ Maksud  kau  rule  yang  lelaki  kena  buka  pintu  kereta  kat  perempuan  tu ? Bawa  handbag  perempuan ? ”

Topi  juruterbang  dibuang  oleh  Zahid  dan  diletakkan  ke  atas  kerusi  sebelah. Eri  duduk  di  hadapan. Dia  duduk  di  kerusi  belakang.

“ Bukanlah  bro… tu  old  fashion  sangat. Rule  no.1 : Chivalry never  dies, but  most  men  choose  to  ignore  it…” Zahid  ucap  dengan  gaya  professional.

“ Alah, gentleman  ke  tak  ke…Eri  sayang  aku  dowh. ” bahu  si  kekasih  bernama  Eri  dipeluk  oleh  Faizal.

“ Ya…tapi  kalau  you  jadi  gentleman, I  sayang  you  lebihhh  lagi. ” pipi  si  Faizal  dicubit  lembut  oleh  Eri, gadis  sederhana  tinggi  berkulit  putih. Rambutnya  yang  ikal  dan  panjang  diwarnakan  blonde. Sekali  pandang  ada  gaya  minah  Jepun.

“ Ya,  sayang ? ” satu  kucupan  hinggap  di  pipi  Eri. Eri  ketawa  manja.

“ Ehemm… ! Aku ada  kat  belakang  ni… ” suara  mendatar  si  Zahid  mula  menjampuk. Faizal  ketawa  terbahak. Sambil  memandu  sempat  dia  begitu  begini  dengan  awek  di  tepi.

“ Kau  tu  Zahid, dah  ramai  yang  beratur  nak  jadi  pengganti  kisah  cinta  tragis  kau   tu. Tunggu  apa  lagi ?”

“ Ya  lah  Zahid, kawan  I  si  Sarah  tu  suka  kan  you  dah  lama… Dia  cantik  apa ? ”

Zahid  pandang  ke  luar. Malam  gelap  yang  nampak  hanya  bayang-bayang  pokok  kelapa  sawit.

“ Sarah  memang  cantik  Eri…tapi  I  bukan  cari  yang  cantik  je…I  need  more  than  physical  beauty  from  a  woman. ”

Eri  dan  Faizal  terus  buat  muka  sambil  kembali  memandang  ke  depan. Bukan  mereka  tak  tahu, Zahid  dah  macam  trauma  bila  ditinggalkan  bekas  pramugari  dan  artis  terkenal  si  Atilia. Sakan  nak  disogokkan  dengan  perempuan-perempuan  lain, semua  Zahid  pandang  macam  pandang  jantan  je…

“ Kau  tunggu  ajalah  mak  kau  kirakan  dengan  perempuan  mana-mana  Zahid… ”

Zahid  senyum  sambil  menggelengkan  kepalanya. Macam-macam  kawan-kawannya  ni. Kalau  tak  couple  bukan  boleh  bawa  mati  pun. Kalau  dah  jodoh  datang  je  nanti. Eri  dengan  Faizal  pun  dah  3  tahun  bercinta  tak  ada  pun  bayangan  nak  berkahwin  lagi.

“ Kalau  aku  dah  rasa  nak  kawin  nanti, pandai-pandailah  aku  cari. Bukan  susah  pun. ”

Sakan  si  Eri  dan  Faizal  ketawa. Tang  tu  mereka  tak  berani  sanggah. Memang  Zahid  ni  kacak  dan  ada  auranya  sendiri. Seorang Atilia  pergi, berlambak  yang  datang  beratur  menagih  cinta  si  Zahid.

“ Esok  ko  free  tak ? Jom  riding, Sarah  join  sekali. ”

“ Tak  payahlah  nak  kenen-kenenkan  aku…Lagipun  aku  tak  suka  perempuan  bonceng  kat  belakang  motor  aku.  ” mendatar  suara  Zahid.

“ Keluar  kawan-kawan  ajalah… Taufik  dengan  Mat  pun  ikut  sama. Sarah  naik  lah  dengan  Taufik. ”

Zahid  termenung  barang  seketika. Mencongak  itu  ini. Esok  dia  tak  bekerja, kelas  dengan  Lea  pun  tak  ada.

“ Okay  lah. Kat  mana ? ”

“ Macam  tu  lah  bro ! Fraser  Hill, kita  balik  hari. ”

**************

Motor Ducatti Monster  di  pecut  laju  oleh  Zahid. Bandar  Kuala  Lumpur  semakin  jauh  ditinggalkan  oleh  mereka. Mereka  bertemu  di  rumah  Faizal, merengek  Sarah  mahu  menumpang  motornya  tapi  tegas  Zahid  tak  membenarkan. Aktiviti  memecut  motor  begini  mampu  menenangkan  fikirannya, tapi  kalau  ada  perempuan  di  belakang, terasa  makin  menyusahkan  pula. Hilang  ketenangan  yang  dicarinya.

Bila  memasuki  lereng  bukit  Zahid  masih  memecut  laju. Tambah  pula  tidak  banyak  kenderaan  yang  lalu  lalang. Zahid  yang  berada  paling  hadapan, mereka  yang  lain  kekal  pada  had  laju  di  bawah  120 - 130 km/j, dia  pula  lebih  senang  dengan  140-150 km/j. Sampai  sahaja  di  kawasan  atas  bukit,  kenderaannya  mula  diperlahankan. Kawan-kawannya  masih  jauh  di  belakang. Zahid  mencari  tempat  sesuai  untuk  dia  berhenti.

“ Kereta  Volkswagen  lama… mesti  rosak. ” Zahid  senyum  seorang  bila  melihatkan  sebuah  kereta  Volkswagen  lama  tersadai  di  tepi  jalan. Motornya  dihentikan  di  sebelah  kereta. Diintainya  di  dalam, tapi  tiada  siapa  di  dalam… Pelik.

Zahid  perhatikan  sekeliling. Lembah  dan  pokok  jauh  di  bawah. Menghijau  dan  cantik. Udara  segar  dihirupnya  sepenuh  hati. Bahagia. Pandangannya  meliar  ke  sekeliling…

“ Wow ! ” matanya  tertancap  pada  figura  perempuan  di  hujung  tebing. “ Berani  gila  minah  ni…” 
Penghadang  besi  dilangkahnya. Memasuki  kawasan  hujung  bukit  yang  berkeluasan  10  meter. Di  bawahnya  hanya  gaung. Perempuan  berbaju  putih  ala  gaun  santai  didekati  olehnya. Tampak  santai  sahaja  si  gadis  bersila  dengan  laptop  di  ribaan. Tak  takut ke  dia  ni ? Bisik  Zahid  sendirian.. walhal  gaung  kat  bawah  tu  dalam  bukan  main !

“ Cik … ” bahu  si  gadis  di  sentuhnya  lembut.

“ Ya  Allah…!!! ” suara  lembut  Zahid  dibalas  dengan  sergahan  kuat. Merah  muka  si  gadis  menahan  kejutan.

“ Lea ? ”

“ Zahid ? ”

Lea  terkaku. Zahid  berkerut  dahinya  memandang  Lea. Tangannya  jatuh  ke  pinggang.

“ Awak  buat  apa  kat  sini  Lea ? Ya  Allah…! ” giliran  Lea  pula  yang  kena  marah. Terkebil  Lea  memandang  Zahid. Laptop  di  ribaan  di  pandangnya  polos.

“ Menulis… ”

Anak  mata  Zahid  naik  memandang  ke  atas. Tak  dapat  menerima  jawapan  selamba  daripada  Lea. Tangannya  naik  ke  menepuk  dahi  sendiri.

“ Kat  sini ?! ”

Kaku  Lea  bila  di  marah  begitu. Liurnya  ditelan  kesat. Sudah  lama  dia  hidup  sendiri. Apa  sahaja  yang  dibuatnya  tak  ada  siapa  yang  peduli.

“ Awak  nampak  saya  menulis  dalam  gaung  ke ? ” selamba  lagi  soalan  si  Lea. Makin  tegang  wajah  Zahid.

“ Lea, kat  bawah  tu  gaung. Jarak  antara  awak  dengan  gaung   tu  hanya  dua  meter  awak  tahu ? Awak  tak  ada  akal  ke ?! ”

Lea  diam  lagi. Zahid  tarik  nafas  panjang.

“ Dah, bangun. Dah  besar  macam  ni  pun  tak  boleh  fikir. ”

Tangan  Lea  ditarik  spontan  oleh  Zahid. Komputer  di  ribaan  Lea  juga  dipegang  olehnya. Sarung  tangan  yang  agak  tebal  dibukanya  terlebih  dahulu. Lea  bangun  berdiri  sambil  menayangkan  muka  merajuk, tapi  Zahid  langsung  tidak  perasan. 

“ Lepaslah  saya  jalan  sendiri. ” perlahan  Lea  bertutur. Suara  rajukannya  semakin  kedengaran   
tapi  dek  kerana  terkejut  Zahid  masih  tidak  dapat  mengesan.

“ Jangan  nak  mengada-ngada. Sampai  tepi  kereta  baru  saya  lepas. ” genggaman  tangannya  pada  tangan  Lea  semakin  dikuatkan.  Laju  dia  berjalan  ke  arah  bahu  jalan. Lea  menurut  sambil  membentak  sendirian.

“ Dah  sampai. Lepas  lah. ”

Zahid  duduk  mengadap  Lea. Wajah  bungkam  Lea  diperhatikan  olehnya. Tampak  jelas  muncung  Lea  yang  bagaikan  merajuk. Zahid  menyorot  senyum. Wajah  Lea  yang  putih  kemerahan  menahan  sebak  dan  rajuk  membuatkan  hati  lelakinya  berdetak  laju..Bahu  Lea  dipegangnya  lembut, anak  matanya  memandang  si  gadis  yang  masih  tunduk  merajuk.

Lea…oh  Lea…



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

74 comments:

  1. Replies
    1. Tq kak ayu ;) in shaa Allah hope part 9 pnjang sket. Dh start blk menulis ni baru trasa ada mood nk berangan hehe

      Delete
  2. Like byk2 Eve...sayangnya butang Like x nampak kat BB ni.
    Thanks for the lovely story...May Allah bless u Eve aka Iman (mcm nama anak akak)...keep on writing k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh anak akk nama Iman jg? Kem slm peluk cium kt dia :D

      Tq sudi baca kak :)

      Delete
    2. will always SUDI baca...sampai bila2 pun InshaAllah selai bernafas di bumi Allah ini dear...

      Delete
  3. kak eve buat saya penasaran nihhh |-__-|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tape part 9 menyusul xlama nti ;)

      Delete
  4. Like 1000x.....eve rindu dgn abg pilot ni...

    ReplyDelete
  5. Like 1000x.....eve rindu dgn abg pilot ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe harap terubat rindu tu ye ;) tQ !

      Delete
  6. thnks.. terubat rindu. pendek pon xpe jnji de :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phewww..finally. thanks eve. Reading this here in perhentian, gorgeous n peaceful isle...i wish ada mamat pilot frustrated heart broken now here ;p

      Delete
  7. dap dup dap dup , teringat dengan seseorg bila baca pasal tunggang menunggang ni,,
    awesomee ~

    ReplyDelete
  8. Finally, dapat gak baca Abg Pilot part 8...lama dah menunggu kak Iman update...huhuhu

    Aigooo, Lea dah merajuk nampaknya...haruslah abg Zahid pujuk....hehehe..mmg tak puas baca...harap2 kak Iman update panjang2 lagi lepas nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha i knoeee ramai inc awak yg tanya.hehe. In shaa Allah baru dpt mood menulis ni hope pnjg la lpas ni .lol

      Delete
  9. Lea oh lea....
    Eve oh eve..

    Thx

    ReplyDelete
  10. Pendek pun pendek la..janji dapat baca pasal zahid and lea. Hehehe..tp len kali panjang sikit ye kak eve..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha baiklah eliza nti kita kasi pnjg sket lol :D

      Delete
  11. hahahahaha... finally :D thanks kak iman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh finally kannn punyalah mls sy nk start menulis blk. Hsha

      Delete
  12. saya dah terlebih gula ni...walaupun pendek, tapi sweet.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha seb baik tak bagi banyak tadi, nanti kencing manis :p tQ babe !

      Delete
  13. Sometimes I wonder, how can a PhD researcher like you have all the time to write and online. Just a SPM candidate like me have not enough hand to handle all these thing. May Allah brightens the day and tranquillize the night for you. For me. For all of us. R4BIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah as you grown older, u will learn how to manage ur time wiser :) May Allah bless u and ease ur journey through the youth time, in shaa Allah.

      p/s: i dont write all the time, but simply 'some time' only lol :p yg penting make every moment count as a quality time. tQ sudi follow even tgh sibuk nak SPM. all d best yeah!

      Delete
  14. Salam Eve... Finally muncul yg ditunggu, jadi peneman usai habis kerja, hilang penat rasanya.. Thanks!! Oh ya tak lupa... Congrats!! Atas A380 yg sangat best dan penuh ilmu dan pengajaran!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak :) wah... i adore ur wedding boutique! had been seeing it since last few years waktu bestie nak kawin.lol. and thanks kak sudi baca.no wonder u r busy :)

      Delete
    2. Waaa... Serously?? Thanks!!Lol. Anyway i adore ur writing! Alhamdulillah...

      Delete
  15. Alaaaa...nk lagi...baru nk ambik mood....

    ReplyDelete
  16. Tadi lapar sebab baru bangun tidur. Bila baca ni...hilang lapar. he he he...tenkiu ada gak entry baru lepas lama tunggu.

    2.39am/091413

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah boleh turunkan berat badan mcm ni babe kalau baca novel hilang lapar.lol :p tQ babe!

      Delete
  17. Ala pendeknye !! part yg best ni ! kekeke.. Kak eve kalau ada masa lapang, cepat2 update ye ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. baiklah, dah update ummu. ;) hehe tQ babe :D

      Delete
  18. Eve: at last...after a long wait- short, but something to ponder

    ReplyDelete
  19. Legaaaaaaa.. Ada jgk bab 8.. Can't wait for the next bab.. Tak puas baca g ni.. Hehe

    ReplyDelete
  20. Legaaaaaaa.. Ada jgk bab 8.. Can't wait for the next bab.. Tak puas baca g ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha legaaa tu..yeahh selepas di tanya oleh awak and few others maka terlahirlah part 8 ni.hehehe. okat part 9 dah update dah :)

      Delete
  21. Sweetnya lahai abang pilot ni. Melting hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh it just a start zahidah :P u gonna melt like a chocolate soooon :p

      Delete
  22. Eve...nape pendek sgt...hua...hua...nak lg la....x puas baca tau...hope this one can be ur 3rd baby....good luck girl...

    ReplyDelete
  23. doa sy supaya eve di beri kelapangan utk up kan next n3 dgn cpt..

    ReplyDelete
  24. Assalam,, sy peminat bru akak,hehe,, bru2 ni je tau psal novel akak, tu pon coz terbace kwan punye,, mule2 bace bahagian tengah,, terus ketagih nak bce sampai abeh,,hihi,, sronok bace,, arap Abang Pilot jd novel gak <3,,

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,kak eve!!too short..baru nak ambik feel..heheh..i'm waiting for part 9..cepat-cepat ,ya kak?

    ReplyDelete
  26. sweet plus best..buat saye berangankn zahid..tp pendeknya part8 ni..part9 tulis pnjg2 tau kak eve..hehehe..can't wait for the part9!! :D

    ReplyDelete
  27. eve.... best!!!! lame tggu baru kuar yg ni... xpe worth waiting.. khehehehe.. keep up da good work.. *thumbsUP*

    ReplyDelete
  28. takdan nak felling2 dah abis... alahaiiii

    ReplyDelete
  29. Kak Eve, I'm your silent reader. Sy suka sangat dengan penulisan kak Eve. Please keep writing! And I adore you so much!

    XOXO,
    Me.

    ReplyDelete
  30. Terubat rindu pd zahid & lea stlh berminggu2 menanti. Mesti best main tepi pantai kann. Bila nak balik UK?

    ReplyDelete
  31. nak lagi.... x puas baca rindu sgt kat abang pilot... hehe.. anyway thanks eve...

    ReplyDelete
  32. hi eve...best sgt bab ni...sweet lea merajuk...hahaha....
    eve, akak dah beli n baca ur novel (Both of them) best sgt...thumbs up!

    ReplyDelete
  33. Hi dear! Reader from singapore! I really love both of your novels!totally diffrent story and always looking forward to the ending! now i'm really excited to wait for ' Abang Pilot' next part to be out. will always look forward to your novels and story!

    ReplyDelete
  34. haha lame dh tunggu ni...akhirnya dpt jgk baca part 8 ni.

    ReplyDelete
  35. Whuu...terubat rindu..thnks kak eve...hehe..lalalala...hati bilang syiok woo...ahhaks!!

    ReplyDelete
  36. Whuu...terubat rindu..thnks kak eve...hehe..lalalala...hati bilang syiok woo...ahhaks!!

    ReplyDelete
  37. FINALLY ADE GAK ENTRY BARU...THANKS EVE...

    ReplyDelete
  38. windu nyer ngan depa tu..windu gak ngan cik writer..nak muncung cam lea gak ler..hukhuk..

    ReplyDelete
  39. Lama kak tunggu baru menjelma. Sukke...terima kaseh Iman.
    Sudi-sudikanlah sambung lagi n cepat2 ye :-))

    ReplyDelete
  40. Luv to read everything that u write... Keep it up...

    ReplyDelete
  41. Salam cek mek molek..
    Hari tu lagi akak dah baca tapi sibuk dan menyibuk dengan sikembar nak ambik PMR..
    Bila baca part zahid begitu care pada si Lea tersentuh hati..Aduh...duh duh duuu..
    kalaulah laki akak macam tu kan best giler...
    akak cuba uji dia..hari khamis sikembar masih berkampung di sekolah..akak tak balik..
    nak test kot-kot dia jadi seperti Zahid... bukan buat apa pun di sekolah..lepas solat asar
    layan blog yang ada cite best-best pukul 5 baru sikembar selesai..
    Balik rumah jen..jen jeng..teroja you..apa agaknya abe akan tanya...baby dah makan?
    letih ke? nak abe urut?... erm..agaknya dalam mimpilah...ayat power abe akak bagi
    agak-agaknya tahun ni dapat tak anugerah perkhidmatan cemerlang?...mak kau romantik and gentleman habis ayat laki aku???? mengekek sikembar ketawa....mimpi aje umi...aduhai..
    kena tambah power gedik ni????

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum..
    Ya Allah best nya kak Eve !! .. hope kak Eve blh sambung next bab dgn ASAP eh ?? :D

    ReplyDelete
  43. Suke sgt!!! Tp mcm dah trlpas part lain..tibe2 start part 8 :s

    ReplyDelete