Join This Site

Tuesday, 8 October 2013

Abang Pilot Part 10


Salam kalian ! 

Thank you for patiently waiting.Sorry lah lama sikit nak up part baru. Hidup kat Malaysia ni banyak komitmen, masa kat atas jalan raya pun kadang sama banyak dengan masa kerja. Penat.... Kerja pun bertindan dan berlapis-lapis...Kadang hati kering sampai nak fikir pasal kisah cinta pun tak ada mood. hehe. Tak sabar nak balik UK. Doakan kerja siap lagi awal dari Disember ! (macam boleh) haha. 

Okay, enjoy part 10 yg tak seberapa ni ya :) 

Part 10


“ Lea, I need your  help. ” Cemas  suara  Fiza, kawan  kepada  Lea.

“ And  that  is ? ”

“ A  male  model. I  need  one. Kau  kenal  siapa-siapa  tak ? ”

“ Untuk  bila ? ”

“ Lusa. ”

“ Whaattt ??!  Kau  gila, apa ? ”

“ No…One  of  the  models  accident… Aku  nak  pengganti. And  this  is  just  a  simple  show. Nothing  serious. Yang  amateur  pun  okay  asal  ada  rupa, and  boleh  jalan  atas  pentas. That’s  it. ”

Lea  diam  sejenak. Befikir.

Rahman…Shafiq….Arab… Borhan… semua  model-model  yang  dia  kenali  melalui  majalah-majalah  yang  dia  bekerja… tapi… Apa  salahnya  kalau  dia  berikan  peluang  tu  untuk  Zahid ?
Nak  ke  Zahid  tu ? Mamat  tu  ada  masa  ke  nanti ?

“ Lea…ada  tak ? Aku  tengah  cemas  ni… ”

“ Kau  memang  macam  tu  Fiza. Kejap… Erm… Ada  lah  few  names  yang  aku  tahu, kau  nak  aku  berikan  kau  semua  nama  atau  kau  nak  aku  contact  mereka  dulu  and  tanya  mereka  semua  available  tak  waktu  tu ? ”

“ Well…Tolong  hubungi  mereka  dulu  please ? Then  beritahu  aku  mana  yang  boleh  yeah ? ” Suara  cemas  Fiza  dah  pun  berubah  jadi  suara  paling  manis. Lea  geleng  kepala. Habi-habis  dia  juga  yang  kena  telefon  satu  persatu.

“ Ya  lah. Aku  caj  bil  telefon… ”

Sakan  Fiza  gelak. Tahu  sangat  Lea  ni  cakap  je  nak  caj  tak  tak  pun. Lagipun  biasanya  dia  berikan  juga  komisen  pada  Lea  untuk  model  yang  Lea  carikan.

*****
“ Owhh  its  okay  Borhan… If  awak  tak  available,  tak  apalah. ”

“ Sorry  again  ya  Lea.  See  you  next  week  for  the  photoshoot. ”

“ See  you  Borhan. ”

Gagang  telefon  rumahnya  diletakkan. Semua  model  yang  dia  kenali  masing-masing  dah  ada  show  mereka  untuk  hari  itu. Lea  termenung  sebentar. Pandang  siling  rumah. Kemudian  pandang  gagang  telefon. Tangan  naik  ke  dahi, berfikir.

“ Haih, call  ajalah  Lea ! Tak  tanya  mana  nak  tahu  jawapannya ?! ” Nah, Lea  dah  menjerit  memarahi  diri  sendiri. Gagang  dicapainya  rakus  sebelum  nombor  Zahid  di  dail  olehnya. Sabar  dia  menunggu  panggilannya  di  jawab. Baru  dua  hari  lepas  mereka  bertemu. Saban  waktu  dia  menunggu  Zahid  menghubunginya, tapi  langsung  tiada. Habisnya  dia  terasa  bagaikan  dia  je  yang  syok  sendiri.

“ Hello. ” Suara  garau  Zahid  menerpa  cuping  telinga. Lea  gigit  bibir.

“ Err…Hi… ”

“ Lea… kan.. ? ”

“ Er.. yeah. Macam  mana  you  cam ? ”

Zahid  ketawa. Suara  garau  yang  maskulin. Entah  kenapa  dada  Lea  bagaikan  berdebar  mendengarnya.

“ I  cam  la  suara  you  Lea… You  macam  tahu-tahu  je  I  baru  mendarat  di  KLIA. ”

“ Owh… patutla  diam  je  2  hari  ni… ”

Senyap.

“ Awak…tunggu  saya  call  awak ? ”

‘Alamak ! Terlepas  cakap  la  pula…!’ marah  Lea  dalam  hati. Bengang  dengan  diri  sendiri. Nampak  sangat  dia  menunggu  Zahid  menelefonnya.

“ Awak  rindu  saya ? ” Asak  Zahid  lagi  dengan  soalan  panasnya. Soalan  bikin  Lea  memerah  wajahnya. Nada  Zahid  serius. Itu  yang  buatkan  Lea  langsung  tidak  tertawa, tapi  terasa  bagaikan  dadanya  sempit. Sesak  untuk  bernafas.

“ Er…awak  kat  KLIA  ke ? ”

“ Hmm..ya… ” Suara  Zahid  mula   kendur. Perasan  yang  Lea  bagaikan  cuba  untuk  lari  dari  persoalannya. Mungkin  terlalu  awal  buat  mereka…telah  Zahid  sendiri.

“ Zahid, awak  free  tak  lusa ? ”

“ Mmm… free… tapi  saya  ingat  nak  berehat  je. Kenapa ? ”

“ Owh..Mm… Awak  nak  tak  jadi  model   fashion  show ? ”

“ Bila ? ”

“ Lusa. Malam. ”

“ Tapi  Lea… saya  tak  biasa  buat  semua  tu… ”

“ Kawan  saya  betul-betul  perlukan  pertolongan  awak  Zahid… Plus  dia  tak   kisah  if  awak  tak  biasa  pun… Just  pakai  baju, jalan  atas  pentas  je. Okay ? ”

“ Ada  rehearsal ?

“ Ada…. Esok..and  pagi  lusa…”

“ Saya  hanya  boleh  attend  pagi  lusa… ”

“ Esok ? ”

I’m  sorry  Lea, esok  saya  tak  boleh. I  need  my  rest… ” perlahan  nada  suara  Zahid. Lea  faham..Kasihan  pun  ada  pada  Zahid..tapi  inilah  peluang  untuk  Zahid. Untuk  dirinya  juga.

“ Okay… Thanks  Zahid. ”

“ But  Lea… ”

“ Yep ? ”

“ Esok… Boleh  awak  ajar  saya  serba  sedikit  pasal  catwalk ? Malam. ”

Lea  diam. Berkira.

“ Erm.. Okay…kat  mana ? ”

“ Rumah  awak ? ”

Terbatuk  si  Lea. Sudah  tentu  tak  boleh !

“ No. Saya  ke  kondo  awak  nanti. Okay ? ”

Zahid  senyum. Makin  okay !

“ See  you  tomorrow  night  Lea. ”

“ Yes, Zahid. Thank  you  again. ”

************

“ Wah, kacak  okay  pilihan  kau  ni  Lea. Model  baru  ya ? ” galak  Fiza  bertanya  bila  Lea  menunjukkan  gambar  Zahid  kepada  Lea. Sengaja  Lea  ke  tempat  show  untuk  tengok  serba  sedikit. Zahid  sah  tak  mahu  ikut, malam  nanti  baru  dia  jumpa  Zahid.

“ Yup. Baru. ” Keropok  lekor  yang  dibeli  oleh  Syah, model  yang  biasa  bekerja  bersama  Fiza  dikunyah  perlahan.

“ Mana  kau  jumpa  new  talent  ni ? ” Fiza  masih  teruja. Lea  tarik  nafas. Takut  Fiza  rembat  Zahid  jadi  model  bawah  agensinya. Lea  ada  plan  sendiri  untuk  Zahid.

“ Pergi  Perhentian  aku  terserempak  dengan  dia… ”

“ Pandai  kau  pilih ! ”

Malas-malas  Lea  melayan  Fiza. Malas  mahu  berkongsi  cerita  tentang  jejaka  ‘panas’  itu.

“ Dia  baru  lagi  tau ? So… don’t  go  hard  on  him  ye  Fiza. Malam  ni  aku  train  dia..then  esok  baru  dia  dapat  datang  training. ”

Menyeringai  senyuman  Fiza.

“ Can  I  join  in ? ”

“ What ? Malam  ni ? Since  when  kau  rajin  macam  ni ? ”

Fiza  ketawa  gedik. Lea tahu  sangat  perangai  kawannya  ni  kalau  bab  lelaki. Fiza  ni  baik  orangnya, tapi  kelemahannya  adalah  lelaki  kacak. Elok  pula  kerja  di  agensi  model…

“ Tak  payah…. Yang  ni  kau  tak  boleh  usik. ” mendatar  suara  Lea. Fiza  ketawa.

“ Wow…kenapa  tu… ? ”

“ Sebab…dia  ni  protégé  aku, all  right ? ”

“ Bukan  sebab  kau  suka  dia ? ”

Lea  buat  muka.

“ Pehh ---lease ! Okay ? ”

Mereka  sama-sama  ketawa. Lea  bersandar  pada  kerusi  yang  disusun  ditepi  pentas. Santai  dan  malas. Fiza  pula  menurut  gaya  yang  sama. Dah  lama  mereka  saling  mengenali. Sama-sama  susah, sama-sama  senang… Lea  gadis  yang  sangat  berdikari, sangat  berprinsip  juga… Fiza  senang  menggunakan  kecantikan  yang  dia  ada  untuk  kesenangan  di  kotaraya, Lea  pula  lebih  rela  bekerja  keras  daripada  menjadi  perempuan  simpanan  lelaki   kaya. Walhal, tawaran  yang  datang  untuk  Lea  ada, bukan  tak  ada…

“ Kau  tak  penat  ke  Lea ? Kerja  keras  dari  dulu  sampai  sekarang ? Kalau  kau  jadi  isteri  kedua  atau  ke  tiga  Dato  atau  Tan  Sri… kan  senang  hidup  kau ? ” Perlahan  Fiza  bersuara. Bimbang  model-modelnya  mendengar. Sedari  dulu  dia  cuba  ajak  Lea  untuk  ikut  jejak  dia, tapi  Lea  yang  tak  mahu. Degil. Keras.

“ Kau  tahu  kan  prinsip  aku ? ”

“ Kau  tak  nak  kahwin ? Kurang-kurang  ada  orang  jaga  kau  Lea… ”

“ I’m  still  young… Aku  dah  pernah  hidup  merempat. Aku  tahu  erti  susah. Aku  dah  tak  nak  hidup  macam  tu  lagi. I’m  building  up  myself. Aku  tak  nak  bergantung  pada  orang  Fiza… Pedih  dan  sakit, perit…perit  rasa  dalam  hati  ni  bila  orang  yang  kita  sayang  pergi  meninggalkan  kita  Fiza…aku  dah  rasa  semua   tu…Aku  takut  nak  sayang  sesiapa  lagi…. Aku  takut  bila  aku  dah  bergantung  pada  suami  aku, suatu  masa  dia  tinggalkan  aku… Its  too hard… Biarlah  aku  hidup  sendiri… ”

Keluhan  berat  keluar  daripada  mulut  Fiza. Kawannya  yang  berada  di  sebelah  diperhatikan  olehnya. Lea  tak  kan  pernah  berubah..

“ Lea ! ” Suara  nyaring  Ferhad  mengejutkan  keduanya. Lelaki  bertubuh  sasa, tinggi  dan  kacak  mula  datang  mendekati  Lea  dan  Fiza. Senyuman  manis  terukir  di  wajahnya. Lea  turut  sama  tersenyum  manis.

“ Ferhad ! Hey…! ”

Terus  Lea  bangun  berdiri. Teruja  berjumpa  dengan  Ferhad. Model  yang  pernah  dibantunya  dulu  hingga  berjaya  ke  peringkat  antarabangsa. Susah  nak  berjumpa  dengan  Ferhad, kerjanya  di  merata  dunia. Inipun  kejutan  buat  Lea  untuk  berjumpa  Ferhad  di  sini.

“ Owh  My  God ! I’m  sooo  happy  to  see  you  Lea ! ” Kedua-dua  belah  tangan  Lea  dipegang  oleh  Ferhad. Gaya  teruja. Bagaikan  kanak-kanak  yang  baru  bertemu  rupa.

“ Macam  mana  boleh  ada  kat  sini ? ”

“ Kebetulan  ada  show  di  Bangkok, so  I  singgah  Malaysia. Tengok  instagram  Fiza  you  ada  kat  sini..then  here  I  am ! ”

Sakan  Lea  ketawa. Ferhad..Ferhad.. Macam  chipsmore.

“ Fer… I  seriously  miss  you… ”

“ Me  too  Lea… ”

Pandangan  lembut  hinggap  ke  wajah  Lea. Kepala  Lea  diusap  lembut  oleh  Ferhad. Pada  Lea, Ferhad  bagaikan  abangnya  sendiri. Cuma  bila  Ferhad  meluahkan  rasa  cinta  padanya  dulu, Lea  cuba  larikan  diri  daripada  Ferhad. Pada  waktu  yang  sama  Ferhad  mendapat  tawaran  untuk  ke  luar  negara, pada  Lea  cinta  jarak  jauh  tak  akan  berhasil, dan  hubungan  dia  dengan  Ferhad  tidak  lebih  daripada  abang  dan  adik. Bila  Ferhad  berada  di  luar  negara  barulah  Lea  rasa  kehilangan…

Tangan  Lea  ditarik  oleh  Ferhad. Mereka  duduk  agak  jauh  daripada  Fiza  yang  Cuma  memerhatikan  dalam  senyuman  segaris.

“ Jom  keluar ? I  just  have  today  and  tomorrow. ”
Nak  sahaja  Lea  katakan  ya, tapi  temujanjinya  dengan  Zahid  pula  yang  datang  mengingatkannya.

“ I  had  love  to… tapi  Lea  ada  meeting  dengan  newbie. Nak  kena  brief  dia  pasal  catwalk  malam  ni… ”

Berkerut  dahi  Ferhad. Macam  tu  sekali  istimewanya  si  newbie  tu ? Dia  dulu  mana  ada  nak  special  macam  tu. Tak  datang  rehearsal  habislah  dia.

“ How  special… ” Ferhad  buat  muka  semacam. Lea  ketawa  perlahan. Tangan  masih  memegang  tangan  Ferhad. Ala  orang  bercinta  yang  dah  lama  tak  jumpa.

“ He  is… ”

Terjongket  kening  Ferhad  mendengar  pengakuan  Lea.

“ Tak  adalah…I  have  a  good  plan  for  him. So  kenalah  polish  sikit… ”

“ Okay… Pukul  berapa ? ”

“ Around  9.00  pm  tonight. ”

“ Kat  mana ? ”

“ Damansara…Rumah  dia… ”

Melopong  mulut  Ferhad.

“ Wait…wait…wait…. Lea  nak  pergi  rumah  lelaki  tu ? Sorang ? No  way ! ”

“ Fer… don’t  treat  me  like  a  kid  please… ? ”

“ Hey, that’s  not  what  I  mean  Lea… ” Ferhad  senyum  lembut. Cuba  menyorokkan  cemburu  di  hatinya. Dia  tahu  Lea  tak  suka  bila  dia  terlampau  mengongkong. Itu  salah  satu  kesilapannya  dulu. “ I’m  a  professional  world  class  model, I  can  teach  him  if  you  want. Bring  me  along  tonight ? Hmmm ? ”

“ You  nak  ikut  I  ke  kondo  Zahid ? ”

“ Owh  so  that’s  his  name ? ”

“ Yeah… ”

“ Mana  lagi  handsome  dari  I ? ”

Lea  ketawa  sakan.

“ Well  you  gotta  judge  him  yourself ! ”

Ferhad  ketawa. Riang. Bahagia.

“ So  the  answer  is  a  yes  lah  kan ? I  boleh  ikut  you ? ”

Lea  angguk.

“ Thank  you  Fer… Jangan  charge  I  yeah  for  this  exclusive  modelling  class. ”

“ Sure…tapi  you  kena  temankan  I  makan ! Now. ”

Sakan  keduanya  ketawa. Tampak  sangat  ceria. Bagaikan  dua  sahabat  yang  sudah  lama  tidak  bersua  muka. Hakikatnya  begitulah, sudah  hampir  setahun  keduanya  tidak  bertemu.

Untung  juga  ada  Ferhad, fikir  Lea…boleh  juga  Ferhad  ajarkan  Zahid  tentang  catwalk  malam  ni. Harap-harap  Zahid  okaylah  dia  bawa  Ferhad  sekali, kadang  Zahid  tu  angin  tak  menentu  juga….fikir  Lea  sendiri  sambil  tangannya  diheret  oleh  Ferhad  keluar  daripada  tempat  show  mereka. Pada  Fiza  mereka  hanya  melambaikan  tangan  dari  jauh. Fiza  pun  sudah  masak  dengan  perangai  kedua-duanya. 



(modelling is not that easy tho.lol)


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

52 comments:

  1. Hahaha!!!
    So sweet...
    Klaka gila!!!

    ReplyDelete
  2. Can't wait to read the full novel!!! Seriously felt in love with Zahid and Lea..

    ReplyDelete
  3. alah pendeknye kak eve..x puas tersengih..kali ni lea x jumpe zahid lgsg..next chapter minx2 pnjg lah..cepat2 lah update bab11 ye kak eve :D

    ReplyDelete
  4. akhirnya, terubat jugak rindu kita...hehe..thx kak eve..best sgt...

    ReplyDelete
  5. Wah love this... Zahid ada rival. Ouch! I bet Zahid sure 'hangin' dengan Lea.. :) thanks Eve. At least terubat rindu pada Zahid and Lea. Cant' wait for the next chaptet!

    ReplyDelete
  6. Wah love this... Zahid ada rival. Ouch! I bet Zahid sure 'hangin' dengan Lea.. :) thanks Eve. At least terubat rindu pada Zahid and Lea. Cant' wait for the next chaptet!

    ReplyDelete
  7. Wah love this... Zahid ada rival. Ouch! I bet Zahid sure 'hangin' dengan Lea.. :) thanks Eve. At least terubat rindu pada Zahid and Lea. Cant' wait for the next chaptet!

    ReplyDelete
  8. misteri ni...apa jadi lepas ni...timbul aksi cemburu2/rebut-merebut antara zahid vs ferhad...fuuhhh..seramnya
    x sabar nak baca next n3...hehehhe

    ReplyDelete
  9. Haa..mesti zahid jeles nnt ni..alahai..

    ReplyDelete
  10. Something worth waiting.. Thanks eve xx
    Good luck and do take care eve..

    ReplyDelete
  11. laaaaa dahh hbis ke . nak lagi. best !

    ReplyDelete
  12. ooohh serius tak puas... baru nak feeling2.. Eve... next chapter pls,
    Sayang Eve.. :-)
    Thank You Dear...

    ReplyDelete
  13. jeles la zahid nanti..huhuhu.. love this entry..tq eve!!

    ReplyDelete
  14. hihihihi...thank you eve..lama tunggu entry ni..hari2 duk bukak page nih...
    tak sabar la nak tgk aksi jeles menjeles si zahid..haha..mesti die angin je dengan lea..da la die rindu lea sebab da lame tak jumpe..ni lea bawak pulak si fer nih...haha..tambah la baran si zahid.. :D

    tak sabar nak tunggu next entry..jangan lame sangat eh eve.. :)

    ReplyDelete
  15. ho ho ho....agaknya Zahid nanti jeles dengan Ferhad tak?
    Adik manis......tak sabar nak tunggu next chapter :-)

    ReplyDelete
  16. Wow! New rival... Zahid mesti jealous tengok Ferhad & Lea ^^

    ReplyDelete
  17. Hari2 stalk ur blog tp tkde new post. Nasib baik harini stalk ada gk part 10. Although cm pendek sket tp berbaloi. Tk sabar tunggu nxt part. Cepat lahhhhh nk tau apa jadi after this.. Can't wait!!

    ReplyDelete
  18. Hari2 stalk ur blog tp tkde new post. Nasib baik harini stalk ada gk part 10. Although cm pendek sket tp berbaloi. Tk sabar tunggu nxt part. Cepat lahhhhh nk tau apa jadi after this.. Can't wait!!

    ReplyDelete
  19. Penat tunggu...terima kasih kak. okey, harap cepat kerja siap, cepat balik UK. hehehe...bukan apa, kalau kat UK nun, boleh update selalu kan. Harapan pembaca disini. Sayangnya~~cerita ini takkan jadi novel, betul ke kak Eve? Buatlah jadi novel. Pendek pun takpe. Nway best wishes as always~ :)

    ReplyDelete
  20. Haha eve bestla x sbar rasy nye. Hurm jgnla c zahid buat ape2 suprise tuk mlm tu... Mne tau hehe msti tekejut ble fer ada skali. Perang cemburu bermuls yea!!!!

    ReplyDelete
  21. sweetnyerrrr..

    kompem zahir jelessss!!!

    ReplyDelete
  22. Jgn zahid tetiba naik angin sudah laa... Tp marah tu tanda cemburu. Cemburu itu tandanya sayaaaangggg

    ReplyDelete
  23. salam, best sangat.pls continue :)))))

    ReplyDelete
  24. like it!!..waiting for the next part..x sabar2 nak tau apa yang terjadi kat rumah Zahid...Zahid must be really jealous..

    ReplyDelete
  25. mesti menarik nanti bila ferhad dan zahid bertemu......

    ReplyDelete
  26. Wow...msti zahid jeles nnt kn...huhuhu...tggu dgn xsabar nye....hahaha

    ReplyDelete
  27. Wow...msti zahid jeles nnt kn...huhuhu...tggu dgn xsabar nye....hahaha

    ReplyDelete
  28. bestttt... gud luck ye eve!! moga bleh setel keje cpt2 n cpt2 smbg cite ni....

    ReplyDelete
  29. ahaksss.... x sabar nak tgk apa yang bakal terjadi di rumah zahid.....
    heheheh..... mesti si ferhad dan zahid saling jeling menjeling tgk lea..... n_~

    ReplyDelete
  30. Yeah,akhirnya ada p0wn next n3 Hehehe..confirm zahid jelous kan..
    Thumb up ahh writer

    ReplyDelete
  31. hi, saya ada buat novel jugak, baru belajar menulis, meh la tengok tengok http://emmatalkingtoyou.blogspot.com/
    kak eve, tumpang promote jap , hehehe

    ReplyDelete
  32. Xpe k.eve asal kn update jgn jd mcm certain bloger y biar kn blog die bsawang n fan die mnunggu jd pnunggu tegar..sy doa kn k.eve bjye dunia dan akhirt....fighting!

    ReplyDelete
  33. Salam eve, tq for ur entry...loved it, short but sweet...as sweet as eve..all the best in whatever you re doing..stay sweet dear

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. Wow.... Interesting.... Zahid sure cuak n cemburu nie. Thank you Eve.. saya suka walaupun pendek :-( . semoga apa yg u buat akan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  36. Baru mula membaca 13 Jam A380. Honestly said, I haven't even finish reading The Wedding Breaker, but I know people was crazy about it and talk about Evelyn Rose. I accidentally flip to the part on introductory of the writer. Hey! It's you! Cik Coach! :'(

    Anyway, happy for you. And you inspire me a lot. I'm writing my own conspiracy theory too. But, it has the usual ups and downs. Kejap rajin kejap malas. Kejam motivated kejap demotivated. Haha. All the best for your future undertaking Cik Iman. Take care.

    :)

    ReplyDelete
  37. Salam eve...thanks 4 the n3...sweeeeet sgt...sure nt zahid jeles ngan ferhad...

    ReplyDelete
  38. u r my inspiration kak iman !
    one fine day , I will be a novelist like u ..
    bjihad mlalui pnulisan ..even one phrase ...

    ReplyDelete
  39. cant wait for the next part..oh abang pilot!

    ReplyDelete
  40. Still Good story Of You Sista but Wedding Breaker still in The First Place :p. Im Already read 1380 and Again, Im Like *daydream ?* -> get into the story and the main thing, im too interest in how you brought us into your story. Frank to said, you be my silent inspired sista. Hope can know you more closely and privately and im stil too young, just 16. Haha, wait ! Before you say anything, im admit that in this age i have to busy with Tom and Jerry Or Mr Bean right ? :p What to do, Novel make I Cant turn my mind to other thing :p How you can be my inspire ?! will tell more detaily in e-mail maybe ? My Personal Wings From this Little Heart : Loved, HoneyBee ~ [ meow_shuik@yahoo.com ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. p/s : I know you are too busy sista, but hope anytime at anyplace you willl realise this comment and will send me a bouquet of flower to my e-mail although its will couse thousand time, clock ticking :) ! Maybe, from disney channal -> im watching Diva :p ; With's Lots of Love~

      Delete
  41. Assalamualaikum..sis eve...sy bru jer abes bca yOur 2nd writing,,13 jam A380...ahh,,amazing sis !..dh lma taw sy bli nOvel tuu..tp bru bln ny dpt bca since my mOm x bg bca nOvel dlu cOz stdy is my priOrity,,and enjOying your writing is my favOurite ...but,,TWB still be the first place in my deep heart...tak keruan sy sis bca 13 jam tuu..sggup x tdur n brlinangkan air mata smbil bca...keep tOuching...why must she with haydar n not fawwaz ?..dan shhinga helaian trakhir i admit that herO dOesn't must be a perfect One actually...rite,,sis...thanx sO much 4 thOse meaningful phrase...smua ayt yg mmpu buat sy terkesima sy cOpy ..n thx a lOt sbb jadikn hati sy utk lbih kenal dgn Sang Pencipta..knl dgn khidupan yg reality...smua yg brlaku ats tkdir Allah dn pasti ada hikmahnya as the same things gOes to Hana Sofea Ibrahim...i wish tO be as strOng as her...walaupun hakikatnya seorang Hana Sofea Ibrahim x kan pnh wujud,,itu sy thu...sis bnyk ajr sy ttg agama yg pd dsrnya x begitu sy dalami scra x langsung...terima kasih sgt2 sis...hOpefully Oneday i will encOunter with yOu...dOakn kjyaan sy dunia akhirat ye sis....thats all my warm regards for u,,lOve ;')

    ReplyDelete
  42. hi iman... it's sandramoonirah frm ur instagram followers... cant wait for the next chapter for abg pilot! tak sabar! tak sabar! hahaha

    ReplyDelete
  43. Hi eve...happy dpt jumpa eve kat pwtc....lebih hepi dr jumpa pelakon drama AR......pelik tak?

    ReplyDelete
  44. Ramai yg hampa tak dpt jumpa eve sbb tak der special card.....they are not aware that card is needed.....so pgi tu ramai bslik..wpun diumumkan eve ada pkl 2 sbb timetable yg dipaparkan kata eve ada pukul 10 saja....tak mention kata ada pkl 2

    ReplyDelete