Join This Site

Wednesday, 27 March 2013

Novel 13 Jam A380 Bab 26


Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah here comes Bab 26. Doakan penulisan dipermudahkan ya :) Hopefully hopefully hopefully by early May boleh hantar manuskrip ke Karya Seni and depend pada Penerbit nak terbit ke tak or terbit bila... Pray ya ! :)  

 I think after reading private messages i got in the facebook and comments in fb and in the blog, i think quite a huge number of the audience are teenagers like in high school and in form 4 or form 5. How many of you guys are seating for the SPM this year ? Just interested to know. There were numbers of those asked me the experience studying in oversea. I did my undergraduate in UK and returned to Malaysia - worked for two years then continuing my study in PhD now also in UK.

Most people think its all about FUN being here =) being in an alien country where ur parent is thousand or million miles away, u need to be INDEPENDENT. Your only dependency is Allah s.w.t. You are exposed to many different cultures and religions and views about so many things in life. You need to start thinking before you start imprinting that new thing into ur life. English in Malaysia and English in England is different. No kidding. You might settled 9.0 for ur IELTS does this mean you will be able to understand their accent ? If u r in London yes. But if u r in other countries ( like South Yorkshire, North West, North East, Birmingham etc) the answer is u need to struggle to understand and get used to it.  And proper grammar ? No. Just like any other Malaysian, they f*cked up the grammar thingy just like us ruining our tatabahasa. So again, u need to understand their slang. If anything happen to you, either your grandmom died, or your family fall sick, u need to embrace urself coz u cant simply go home anytime u want. U need to managed everything in your life by yourself. There is no one to look after you. Of course u do have friends, but banyak mana kita nak susahkan kawan ? Semua orang ada kerja masing-masing.

So are they all negative ? No. All this hurdles build us up. It shapes us into a better and stronger person. A go getter.

Some adult would come and say to you, life is just a series of unfortunate. there is no such thing as beautiful ending. Dont listen to them. That is bullshit. Never surround yourself with negative people, but dont be a mat jenin. Kalau org lain boleh, kita pun boleh. Insyaa Allah.

You know what you want. You figure out how to get it. You set up your own plan how to get there. and you WORK HARD and SMART while understanding that DAPAT ATAU TAK ITU HAK ALLAH UNTUK MEMBERI, tapi USAHA itu SUNNATULLAH.

Hikmah setiap perkara yang berlaku adalah bila kita menghadapinya mengikut suruhan Allah (dalam perkahwinan, pekerjaan, study, berniaga, etc) . Kalau kita usaha tapi tak dapat, percayalah ada 1001 cara lain yang boleh kita gunapakai. Jadi macam tikus. Pintu tertutup, dia korek lubang utk masuk. Kenapa manusia tak mampu nak usaha sampai mcm tu ?

Bila gagal ada dua maksud : Samada ianya tak sesuai utk kita atau usaha kita tak kena caranya.

All in all always ask Allah for the answer He knows what we dont.

Saya percaya dan akan selalu percaya dengan workhard and smart before u get what u want. Kalau tak dapat pun u learn something out of it. Its worth trying.And of course banyak happy moments juga kat sini. Your friends are your family, the ups and down, the traveling, the experience. They are all beautiful. Cant describe it, u need to experience it to know :) esp keterbukaan org sini insyaa Allah dapat meluaskan minda kita. I talked to priest, to Jewish, got friends from all over the world. Memang a great experience, alhamdulillah. You see, Malaysian is not d only human race live in this world.lol

Thanks semua for keep on reading and following !and what a long intro I gave you! Good luck to those yg tgh study, and good luck to those yg kerja or kerja as suri rumah :)

Heart, 
Evexx


Bab 26

“ Mana  Helena ? ”

“ Lepas  ni  sampai  kot. Dia  cakap  pukul  2.00  pm  dia  habis  kerja. ”

Kami  menempah  meja  untuk  empat  orang. Linda, Helena, Emmel  dan  aku. Teruja  dapat  menggunakan  kereta, terus  aku  ajak  Linda  dan  Helena  makan   tengah  hari  di  sini. Linda  aku  jemput  di  kampus, Helena  pula  terus  ke  sini  usai  habis  kerja.

Suasana  Two  Hill  South  Restaurant  tampak  elegance  dengan  kerusi  hitam  dan  krim  dan  hiasan  bunga  lily. Menu  yang  dihidangkan  adalah  masakan  tempatan. Kami  memesan  makanan  berasaskan  makanan  laut  seperti  haddock, scallop  dan  salmon. Helena  cakap  dia  tak  kisah  makan  apa  asalkan  halal,  jadi  sementara  menunggu  kami  memesan  terlebih  dahulu. Ikan  yang  digunakan  semuanya  segar  dibeli  dari  nelayan.

Emmel  duduk  di  kerusi  sebelah  aku, berhadapan  dengan  Linda. Satu  kerusi  kosong  untuk  Helena. Emmel  asyik  dengan  coklat  Kinder  Bueno  Happy  Hippo  Biscuit  yang  aku  belikan  tadi. Menu  yang  dipesan  masih  belum  sampai.

“ Comel  je  awak  dengan  Emmel. Dua-dua  pakai  baju  sedondon. ”

Aku  sengih  bila  Linda  memuji. Linda  dah  pun  tahu  siapa  Emmel  dan  Fawwaz  pada  aku. Aku  simpan  rahsia  Linda, Linda  simpan  rahsia  aku.

“ Dia  yang  nak  baju  sama. Kan  sayang ? ”

" Yeah…I  love  mommy’s  dress.  My  mommy  is  so  beautiful… ”

Kembang  semangkuk  aku  bila  Emmel  memuji. Orang  kata  kalau  budak-budak  puji  tu  memang  ikhlas.

Beautiful  like  Emmel … ” pipi  Emmel  aku  cium. Dia  ketawa  perlahan. Coklat  di  tangannya  disuakan  pada  aku. Aku  gigit  sedikit.

Hye,  assalamualaikum . Sorry, for  making  you  guys  waiting ” suara  Helena  mengalihkan  tumpuan  kami.  Dia  duduk  di  kerusi  sebelah  Linda.

Not  a  biggie  lah. Makanan  pun  tak  serve  lagi. ”

“ Ouch, how  cute… Is  she  is  your  daughter  Hana ? ”

Bahu  Emmel  aku  peluk  lembut  sebelum  mengangguk. “ We  look  alike  aren’t  we ? ”

Helena  senyum. “ Lovely, you  both. ”

“ Emmel, ni  Aunty  Helena…Cakap  hi  kat  aunty. ”

Hi  aunty… ” Emmel  yang  sedari  tadi  memerhati  bersuara  perlahan. Langsung  tidak  memandang  Helena.  Mungkin  segan  dengan  Helena  yang  baru  dikenali. 

“ Saya  dengar  ada  orang  tu  dapat  kereta  baru. ” usik  Helena  pada  aku. Aku  sengih  mengiyakan.

That  is  why  I  treat  you  lunch  today. Lepas  ni  senang  nak  kemana-mana. ”

Good  for  you  Hana.” Linda  turut  bersetuju. Ulang  alik  dari  Oxshott  ke  Guildford  setiap  hari, dengan  projek  PhD  yang  kadang  tak  tentu  masa  baliknya  dan  Fawwaz  yang  sama  sibuk, kadang  memang  susah  kalau  tak  ada  kenderaan  sendiri.

Anyway  terima  kasih  Linda  sebab  tak  bawa  kes  kita  ke  mahkamah… ” tangan  Linda  dicapai  oleh  Helena. Digenggamnya  erat.

“ Bukan  salah  awak  pun  Helena, salah  saya. Tak  kan  saya  nak  bawa  ke  mahkamah..”

Helena  senyum  tenang. Mengetahui  keadaan  kewangan  Helena, aku  pasti  Linda  pun  tak  sampai  hati. Setahu  aku  Helena  akan   melawat  Linda  3  kali  seminggu. Kerap  juga  dia  ke  sana. Setiap  kali  bertembung  dengan  Samuel  memang  teruk  juga  Helena  kena. Samuel  boleh  tahan  barannya  kalau  dia  marah. 

Dalam  20  minit  menunggu  barulah  semua  makanan  sampai. Whole Baked Lemon Sole  untuk  Helena , Hand Crumbed Salmon and Haddock Fishcakes  untuk  aku  dan  Emmel  dan   Oven-Baked Grey Mullet  untuk  Linda. Sambil  makan  kami  berbual  kosong. Helena  tinggal  berseorangan. Keluarganya  di  Birmingham, 5  tahun  lepas  dia  berpindah  ke  London  sebelum  akhirnya  ke  Guildford. Tak  pula  dia  bercerita  mengenai  suaminya.

“ Owh, sebelum  saya  lupa. Mmm..kawan  saya  ada  ajak  untuk  jadi  sukarelewan  di  Human  Foundation. Sabtu  depan  dorang  akan  buat  solat  hajat  untuk  Syria. Kalau  korang  nak  ikut ? ”

“ Menarik  juga ” omen  Helena  dalam  senyuman.

“ Kawan ? Fawwaz  dengan  Fido  ke ? ” soal  Linda  dalam  usikan.

“ Ya  lah, dorang  lah. Memang  kawan  apa. ” aku  ketawa  perlahan. 

“ Saya  insyaa Allah  okay  je  Hana  tapi  awak  kena  datang  ambil  saya  dulu, kemudian baru  saya  ikut  awak  ke  sana. Okay ? ” Linda  laju  bersetuju. Soal  nak  mengambil  dia  di  university  memang  tak  menjadi  masalah  buat  aku.

“ Owh, baru  saya  ingat  saya  ada  kerja  sikit  Sabtu  nanti…Sorry… ” Helena  tampak  serba  salah.

It’s  okay, tak  ada  paksaan  okay. ” aku  senyum  tenang.

Kami  kembali  menjamu  selera. Asyik  dengan  makanan  masing-masing. Hingga  terpacul  satu  soalan  yang  sudah  lama  aku  simpan  selama  ini.

“ Helena, macam  mana  awak  yakin  yang  Islam  agama  yang  benar ? ”

Tangannya  yang  sedang  memegang  sudu  dan  garfu  terhenti. Kunyahannya  juga  terhenti. Dia  memandang  aku  bagaikan  terpana  dengan  soalan  itu.

“ Are  you  not  confident  that  Islam  is  the  truth ? ” soalnya  kembali. Serius  wajahnya.

Aku  telan  liur. Aku  percaya  atau  aku  tidak  pernah  peduli ? Terima  seadanya  siapa  aku ? Aku  dilahirkan  Muslim, jadi  aku  kekal  sahaja  sebagai  Muslim ? Tidak  pernah  cuba  untuk  mencari, mendalami  dan  mengkaji ?

Akhirnya   aku  senyum  menutup  gundah  di  hati. “ Saja  je  nak  tahu… ”

Helena  mula  tersenyum  tenang. “ Saya  dah  biasa  ditanya  macam  mana  saya  boleh  jadi  Muslim… tapi  tak  ada  orang  tanya  apa  yang  buatkan  saya  yakin  dengan  pegangan  saya  sekarang. ” Helena  berhenti  sejenak. Memandang  Emmel  di  sebelah  aku.

  Macam  bayi  Hana, mereka  tiada  pilihan  untuk  dilahirkan  sebagai  siapa, beragama  apa…Semua  tu  diterima  seadanya.. Tapi  macam  bayi  juga, kita  mula  melihat  dunia, berfikir  dan  belajar. Kita  mula  membentuk  diri  kita  sebagai  siapa  yang  kita  mahu. Mencari  Tuhan  adalah  salah  satu  daripada  proses  kehidupan. Lumrah  yang  Allah  wujudkan  dalam  diri  manusia  sedari  mereka  kecil. ”

Linda  yang  tekun  mendengar  sambil  makan  akhirnya  berhenti  dan  turut  sama  bertukar  serius.

“ Saya  membesar  ikut  persekitaran. Tak  banyak  fikir  pun, lalui  je  setiap  hari  macam  biasa.” Helena  senyum  sambil  tertunduk. “ Masa  kecil, mak  ayah  saya  bawa  pergi  gereja  walaupun  kami  miskin  tapi  mak  dan  ayah  saya  selalu  juga  ke  sana. Tapi  kami  tak  pernah  baca  bible  di  luar  gereja. Ayah  saya…kerja  angkat  barang  kat  kedai  buah-buahan. Bila  keadaan  sangat   menekan, ayah  mula  berjudi… Bila  rugi  teruk, dia  mula  mabuk-mabuk. Balik  rumah  mak  kena  pukul…” Helena  ketawa  perlahan. Kedengaran  sinis.

“ Waktu  tu  saya  terfikir, dalam  Gospel  of  Mark  7:15 -19  cakap, semua  makanan  atau  minuman  tak  menjejaskan  sikap, perilaku  dan  hati  seseorang, tapi  bila  ayah  saya  minum  arak. Dia  jadi  manusia  yang  kejam  dan  jahat !” ada  nada  benci  dalam  suara  Helena. Aku  terhenti  dari  menyuapkan  makanan  kepada  Emmel. Mata  luas  memerhatikan  Helena. Terkejut  pun  ya. Helena  bacakan  ayat  dari  Gospel  yang  dia  maksudkan.

“ There is nothing outside a person that by going into him can defile him, but the things that come out of a person are what defile him.” And when he had entered the house and left the people, his disciples asked him about the parable. And he said to them, “Then are you also without understanding? Do you not see that whatever goes into a person from outside cannot defile him, since it enters not his heart but his stomach, and is expelled?” 

“ In  Old  Testament, Proverbs  23:21  says, For the drunkard and the glutton shall come to poverty: and drowsiness shall clothe a man with rags ” Helena  melontar  pandang. 

“ But  most  Christian  says, Mark  7: 15 -19  make  all  the  laws  regarding  food  and  drink  in  The  Old  Testament  invalid. Old  Testament  adalah  kitab  yang  dirujuk  juga  oleh  Yahudi, tapi Yahudi  percaya  yang  Tuhan  itu  Satu. Kenapa  Kristian  dan  Yahudi  merujuk  pada  buku  yang  sama  tapi  asas  kepercayaan  mereka  berbeza ? Saya  keliru. Saya  terfikir. Tapi  saya  malas  mahu  mencari.” Helena  terhenti  seketika  sebelum  menyambung  lagi. 

“ Jalan  mudah, saya  lupakan  soal  agama. Biar  saya  hidup  cara  saya. Saya  tinggalkan  rumah. Saya  bencikan  ayah  saya. Kemudian,  saya  kenal  lelaki   Islam. Dia  yang  banyak  melindungi  saya  waktu  tu.. Kami  bercinta. Lama  kelamaan, dia  ambil  keputusan  untuk  mengahwini  saya, dan  syaratnya  saya  kena  tukar  agama. Saya  ikut  je. Islam  atau  Kristian  tak  ada  makna  bagi  saya. Lagipun  saya  bahagia  waktu  tu, dapat  lari  dari  ayah  yang  pemabuk…”

Keadaan  mula  sunyi, yang  kedengaran  hanyalah  bunyi  Emmel  sedang  menikam  fishcake  di  pinggan  dengan  garfunya….dan…bunyi  esakan  halus  dari  Linda. Aku  pandang  Linda. Dia  segera  tunduk. Segan  mungkin, tapi  aku  sendiri  tersentuh  dengan  cerita  Linda.

“ Tapi  bukan  perkahwinan  tu  yang  meyakinkan  saya  tentang  Islam  Hana. Bukan. ”
Aku  tertunggu  bait  kata  Helena.

“ Saya  temui  kebenaran  bila  saya  memerhati, bila  saya  mencari, bila  saya  fikir  dan  rasai  dengan  hati. Islam  agama  yang  berlandaskan  ilmu. Ayat  pertama  yang  diajarkan  oleh  Jibrail  kepada  Nabi  Muhammad  adalah  ‘ Recite ’. 


Recite. In the name of your Lord Who created.

Created man from a clot of blood.

And your Lord is the Most generous.

Who taught [man the use of] the pen.

And taught man that which he did not know.

“ Saya  Islam  waktu  tu, tapi  apa  pun  saya  tak  tahu… There  was  one  night  where  bad  thing  happen  to   me… ” suara  Helena  makin  perlahan. “ I  was  in  London. Soaking  wet…the  only  place  which  accepted  me  is  the  mosque. ” tumpah  juga  air  mata  Helena. Entah  kenapa, yang  dipandangnya  waktu  ini  adalah  Emmel  yang  berada  di  sebelah  aku. 

“ Saya  jumpa  Safiyyah. Dia  yang  bawa  saya  tinggal  dengan  dia  untuk  sementara  waktu. Duduk  dengan  Safiyyah  pun  saya  masih  tertekan  dengan  kehidupan  saya. Saya  toreh  pergelangan  tangan  saya  dengan  pisau…” 

Membuntang  mata  aku  dan  Linda  mendengarnya. Dalam  hati  beristighfar  sakan.

“ Tapi…. Allah  telah  tetapkan  itu  bukan  masanya  untuk  saya  pergi. Safiyya  asked  me  what  was  my  problem  but  I  refused  to  say. When  people  know  me, what  I  have  done, what  I  have  gone  through, they  will  surely  hate  me.

 “ Lepas   tu  apa  yang  berlaku  Helena ? ” soal  Linda  perlahan.

“ Safiyya  cakap, saya  mungkin  buat  apa  yang  saya  buat  tu  sebab  saya  tak  kenal  siapa  diri  saya. Siapa  saya, kenapa  saya  ada  di  dunia  ni ? Kenapa  semua  perkara  tu  berlaku. Andai  saya  tahu  siapa  saya, hakikat  kejadian  saya, saya  akan  mampu  menghadapi  apa  sahaja  yang  Allah  telah  takdirkan  untuk  menimpa  saya. Kekuatan  itu  datangnya  dari  jiwa, dan  untuk  punyai  kekuatan  tersebut  saya  perlu  mengenal  siapa  yang  menciptanya, dan  kenapa  Dia  menciptanya.” nada  suara  Helena  yang  penuh  keyakinan  dan  penuh  perasaan  buatkan  diri  aku menggigil. Bagaikan  ada  sesuatu  yang  aku  maha  kekurangan  selama  ini…

“ Saya  tanya  Safiyya  macam  mana  saya  nak  belajar   semua  tu ? Dia  bacakan  surah  Al- Alaq  ayat  1-5  tadi. Katanya  untuk  tahu  rahsia  tu, saya  perlu  baca  satu  buku, dan  buku  tu  adalah  Al-Quran.  Dalam  tu  saya  kenal  diri  saya. Siapa  saya  dan  kenapa  saya  ada  di  dunia  ni. Saya  tahu  macam  mana  caturan  kehidupan  berlaku. Saya  mula  tahu  sifir  kehidupan. Saya  sangat  gembira  dan  alhamdulillah  kegembiraan  tu  berpanjangan   dan  tak  pernah  padam  sampai  kini… Al-Quran  menyimpan  rahsia  alam, semuanya  tepat  dan  mengena. Cukup  dengan  Al-Quran  untuk  buatkan  saya  yakin  dengan  Islam.”

“ Untung  awak  jumpa  Safiyya. Dalam  hidup  kita  pasti  Allah  hantar  seseorang  untuk  bantu  kita  kan ? Bila  atheist  cakap  dunia  ni  tak  adil, sebenarnya  Allah  cukup  adil, Allah  jadikan  orang  kaya  dan  miskin  untuk  saling  membantu. Yang  tidak  berlaku  adil  adalah  manusia  tu  sendiri. ” bila  Linda  menjampuk  begitu, aku  terasa  bagaikan  keluarga  Fawwaz  adalah  orang  yang  Tuhan  hantar  untuk  aku   mula  mencari  jalan  untuk  mengenal  diri  sendiri. Emmel  yang  merengek  aku  capai  dan  bawanya  duduk  di  ribaan  aku. Rambutnya  aku  cium. 

“ Alhamdulillah.”  Helena  senyum  tenang. Dia  mencuit  pipi  Emmel  sebelum  memandang  Emmel  lama. “ Kalau  saya  boleh  undurkan  waktu…Saya  harap  saya  kenal  Al-Quran  sedari  kecil  lagi…”

Hati  bagaikan  tersentak  sekali lagi. Hati  terhenyak  kuat.

Apa  aku  buat  selama  ni ?

Kenapa  bila  Tuhan  lahirkan  aku  selaku  Muslim  yang  mampu  kenali  Dia  sedari  kecil, aku  sia-siakannya ?

‘ Mommy  takkan  biarkan  Emmel  jadi  macam  mommy. ’ tekad  aku  dalam  hati. Aku  akan  cari  siapa  aku, dan  aku  akan  ajarkan  pada  Emmel  rahsia  kehidupan  juga. Apa  ertinya  aku  selaku  seorang  ibu  andai  jalan  aku  sendiri  pun  penuh  cela?
 
“ Makin  banyak  yang  awak  baca, awak  kaji, makin  awak  yakin  dengan  Al-Quran  Hana.. Banyak  peristiwa  yang  disebut  dalam  Gospel  dan  Torah  juga  disebut  dalam  Al-Quran.  Bani  Israel  yang  membunuh  nabi… Dalam  Gospel   of  Luke  23:47, jelas  yang  bani  Israel  membunuh  Jesus   dan  panglima  Rome  ada  menyaksikannya. Dalam  Al-Quran  ada  menyebut  mengenai  sikap  manusia, dan  memang  sampai  sekarang  kita  tengok  manusia  bertukar  ganti  tapi  sifat  mereka  kekal  begitu. Tuhan  ceritakan  mengenai  kaum  Yahudi  yang  terlampau  terperinci  pada  tempat  yang  tak  perlu. Dalam  kitab  mereka  Tuhan  cakap  jangan  makan  darah, mereka  rendam  daging  dengan  garam  untuk  keluarkan  semua  darah  dalam  daging. Mereka  asingkan  periuk  antara  periuk  untuk  daging  dan  hasil  tenusu  termasuk  keju. Hindu  merekalah  golongan  polyetheist  dan  Buddha  adalah  golongan  atheist  yang  disebut  di  dalam  Al-Quran. Yang  kaya  dan  diperhambakan  dengan  kekayaan. Yang  iri  dan  dengki. Yang  bergaduh  dan  berperang. Dunia  berubah, tapi  manusia  kekal  sahaja  sifatnya  Hana. It  is  so  interesting  to  be  taught  by  God  about  all  this. I  won’t  trade  my  knowledge  of  Al-Quran  with  anything  else, even  a  Professorship  in  any  subject, unless  the   subject  is  about  Al-Quran  itself.” Helena  tertawa  kecil  sebelum  menghabiskan  ayatnya  itu. Aku  pula  diam  mencerna  satu  persatu. Hati  bagai  dihimpit  dengan  satu  perasaan  aneh  bila  Helena  bercerita. 

‘ Saya  pun  akan  mula  baca  Al-Quran. ’

‘ Saya  pun  akan  mula  cari   siapa  diri  saya. ’

‘ Saya  pun  akan  mula  mengkaji  rahsia  kehidupan… ’

Ayat-ayat  itu  berlegar  dalam  minda  aku. Tidak  terluah  kerana  ego  yang  terpendam. Tapi  hati  berikrar  untuk  melakukan  semua  itu.

“ Boleh  saya  dukung  anak  awak  Hana ? ” lamunan  aku  terhenti. Perhatian  beralih  pada  Helena  yang  berada  di  hadapan  Emmel.

“ Bolehje… ” aku  senyum  pada  Helena. Sedari  tadi  dia  asyik  memandang  Emmel, mungkin  pelik  bila  Emmel  berwajah  mat  saleh  dan  aku  pula  melayu. Atau  dia  tertawan  dengan  wajah  comel  Emmel.

Helena  bangun  mendekati  Emmel. Wajahnya  nampak  gembira.

Hye  beautiful… ” tangannya  di  depakan  pada  Emmel.

“ Mommy…. ” Emmel  mula  merengek. Menarik  lengan  baju  aku  hingga  terlepas  garfu  di  tangan. Berdesup  rasa  marah  dan  terkejut  dengan  reaksi  Emmel. Garfu  terpelanting  jatuh  ke  lantai. Aku  tarik  nafas  panjang, cuba  menenangkan  diri. Emmel  tak  pernah  macam  ni. Agak  kurang  sopan  perlakuan  Emmel  kali  ini.

“ Emmel….Aunty  Helena  tu  kawan   mommy, kesian  aunty. Jangan  buat  macam  tu. ” tegur  aku  agak  tegas  pada  Emmel. Bila  Helena  masih  berdiri  di  sebelah  kerusinya  Emmel  mula  tunduk. Tangannya  memegang  tangan  aku, kemas  sambil  kepalanya  digelengkan  rakus  tanda  protes.

“ Tak  apa  Hana, dia  tak  biasa. Manja  dia  dengan  awak… ” Helena  senyum  tenang  dan  kembali  ke  kerusinya. Aku  membalas  senyumannya. Bimbang  Helena  terasa  dengan  reaksi  Emmel, tapi  budak-budak  memang  macam  ni. Nak  pula  Emmel  jarang  sangat  keluar  rumah.

**************

“ Hana, buat  apa  kat  sini ? ” suara  Fawwaz  mengejutkan  aku. Entah  bila  dia  muncul  aku  tak  pasti. Balik  dari  rumah  agam, aku  duduk  di  padang  rumput  di  hadapan  pintu  utama  rumah  agam.  Melihat  bintang  dan  berfikir. Dia  berdiri  tidak  jauh  dari  aku.

“ Berfikir ” jawab  aku  sepatah  tanpa  memandang  dia. Dia  ketawa  perlahan.

“ Berfikir  pasal  bintang  ke ? ” usiknya  lagi. Aku  menghela  nafas  berat  sebelum  menjawab.

“ Siapa  saya… ? Kenapa  saya  di  sini…? Kenapa  setiap  apa  yang  berlaku  dalam  hidup  saya  berlaku  pada  saya ? ” ucap  aku  sepatah  sepatah  sambil  tangan  menguis  rumput  di  kaki. Mengulang  balik  persoalan-persoalan  yang  Helena  sebutkan  tadi.

Bunyi  derap  kakinya  datang  menghampiri. Aku  biarkan. Dia  duduk  tidak  jauh  dari  aku. Lampu  dari  pintu  utama  menyimbah  terang. Pengawal  yang  ada  di  pondok  pengawal  tampak  jelas  dari  sini.

A  Muslim  should  have  known… ” jawabnya  perlahan.

Aku  ketawa  perlahan. “ And  this  Muslim, is  not  sure… about  the  answer  for  all  those… ” aku  mengeluh  lagi. “ Fawwaz… saya  jarang  baca  Al-Quran… ” dada  aku  mula  sebak  tapi  aku  tahan. “ Saya  tak  lancar  baca  Quran…Saya  tak  faham  pun  apa  yang  ada  dalam  Quran… ” terkeluar  juga  beban  yang  aku  simpan  sedari  tadi. “ Rugi  kan  saya ? ”

“ Tak  rugi  kalau  awak  mula  belajar  dan  mengamalkannya  sungguh-sungguh  dari  sekarang. Kalau  selama  ni  awak  terasa  rugi, kenapa  perlu  rugikan  lagi  waktu  yang  ada ? ” tenang  sahaja  jawapan  dia. Aku  angguk  perlahan.

“ Macam  mana  saya  nak  faham  kalau  saya  tak  pandai  bahasa  Arab ? ”

Fawwaz  senyum. “ Buat  apa  duduk  dengan  orang  Arab  kalau  tak  boleh  nak  belajar  Bahasa  Arab ? ”

Aku  ketawa  perlahan. Lupa  yang  dia  anak  orang  Arab.

“ Tapi… tak  semestinya  kena  faham  Bahasa  Arab  baru  awak  akan  faham  Al-Quran  Hana… Ada  tafsir  dan  terjemahan  Al-Quran…Pilih  yang  ditulis  oleh  orang  yang  arif  dan  pakar  dalam  hadith, sejarah  terdahulu  dan  dalam  Bahasa  Arab  tinggi. Ayat-ayat  Allah  tu  mudah  untuk  difahami. Tak  ada  kekeliruan. Lebih  baik  dari  awak  baca  dan  langsung  tak  faham. Al-Quran  ni  Allah  turunkan  sebagai  panduan. Bukan  enak  dibaca  dan  didengar  je. Kalau  awak  tak  faham, tanya  saya  atau  Fido, tanya  orang  yang  tahu. ”

“ Dalam  masa  yang  sama  awak  belajar  juga  Bahasa  Arab  untuk  memudahkan  lagi  pemahaman  awak. You  can  only  see  the  miracle  of  Quran  by  learning  the  Arabic. There  is  no  other  way, sebab  bahasa  yang  Allah  pilih  untuk  digunakan  dalam  Al-Quran  adalah  bahasa  yang  tepat  dan  mendalam. Setiap  satu-satu  perkataan  adalah  dipilih  oleh  Allah  s.w.t  sesuai  dengan  maksud  yang  ingin  disampaikan. Walaupun  surah  tu  pendek, tapi  kalau  awak  faham, maksudnya  sangat  mendalam  Hana… ”

“ Macam  surah  Al-Falaq. Maksud  perkataan  Falaq  adalah  fajar, tapi  asal  perkataannya  adalah  falq  which  means  to  split. A  stage  of  existence  for  all  the  creation  involves  splitting. Benih  yang  bercambah, telur  yang  merekah, semuanya  melalui  proses  tu. Ia  lambang  kepada  permulaan  segala  kehidupan,  dan  Allah  lah  yang  memulakan  dan  mengadakan  segala  yang  ada  di  dunia  ni. ”

Leka  aku  mendengar  jawapan  Fawwaz. Indahnya  bila  ada  seseorang  yang  membimbing  diri  ini… Diri  yang  serba  kekurangan… Apa  yang  diharapkan  pada  seorang  lelaki  dan  suami  kalau  bukan  didikan  dan  bimbingan ? Apa  nilainya  seorang  lelaki  andai  ilmunya  tiada ? 

“ Hana. ”

“ Hmmm ? ” terlebih  tenung  lah  pula. Membahang  rasa  muka  sebab  sempat  tenung  dia  lama-lama. Siap  berangan  jauh  lagi. “ Saya  tengah  fikir  tadi. ” terus  aku  mereka  alasan. Dia  mengangguk  sambil  tersenyum  puas. Mujur  dia  terima  jawapan  aku  tu.

“ Betul  awak  nak  belajar ? ”

“ Aku  angguk  lagi. Lagipun  saya  rasa…saya  ibu  yang  teruk… ” aku  tunduk  segan. Tersenyum  pahit  sebelum  meluahkan. “ Saya  tak  pernah  ajar  Al-Quran  pada  Emmel…malah  saya  ceritakan  cerita  dongeng  pada  dia… ”Aku  pernah  bercerita  cerita  dongeng  si  Snow  White  pada  Emmel. Habisnya  awal  pagi  esok  soalan  cepu  emas  ditanya  oleh  Emmel  di  hadapan  daddynya. 
 
‘ Daddy, don’t  eat  that  apple!” Fawwaz  yang  baru  sahaja  ingin  mencapai  buah  epal  dari  pinggan  terhenti  bila  Emmel  menjerit  kuat. Aku  pun  turut  terkejut.

“ Snow  White  almost  died  because  of  an  apple, daddy! Only  prince  charming  can  kiss  you  to  heal  you…but  I think,  prince  charming  will  not  kiss  you  daddy…He  only  kiss  a  woman. Not  a  man. Isn’t  it  mommy ? ’ 

Ayat  Emmel  yang  buatkan  wajah  aku  membahang  merah  dari  meja  makan  awal  pagi  itu  hinggalah  ke  malam  harinya. Bila  berada  di  dalam   kereta  semasa  dalam  perjalan  ke  universiti  Fawwaz  mula  menegur  supaya  aku  tidak  bercerita  kisah  dongeng  pada  Emmel. Ianya  satu  kebiasaan  pada  kanak-kanak  di  sini  tapi   yang  biasa  dibuat  tak  semestinya  elok  dan  betul. Berimaginasi  tu  boleh, tapi  pada  landas  yang  betul. Semua  kisah  dongeng  tu  memberikan  harapan  palsu  pada  kehidupan, sedangkan  hakikat  hidup  tak  begitu. 

“ Semua  benda  dalam  hidup  ni,  ada  proses  dia  Hana… Awak  pun  baru  je  jadi  ibu. Insyaa  Allah  selagi  awak  berusaha  untuk  jadi  ibu  yang  baik, Allah  akan  mudahkan  jalannya. Dia  hanya  akan  membantu  mereka  yang  berusaha. ”

“ Insyaa  Allah. Awak  pun  tolonglah  saya  ya ? ”

Dia  ketawa  mesra  sebelum  bangun  dari  duduk. “ Insyaa  Allah. Saya  kan  ayah  Emmel.  Awak  ibu  Emmel. Kita  sama-sama  besarkan  Emmel. Sama-sama  ajarkan  dia  tentang  kehidupan. Insyaa  Allah. ” manis  senyuman  Fawwaz  yang  memandang  aku  dari  atas. Kenapa  ayat  Fawwaz  bunyinya  sangat  indah  di  telinga  ini ?

Saya  ayah  Emmel…

Awak  ibu  Emmel…

Kita  sama-sama  besarkan  Emmel…

“ Jom  ikut  saya. ”

“ Nak  ke  mana ? ”

“ Ke  dalam  rumah. Saya  bagi  awak  Al-Quran  dan  tafsir  yang  saya  selalu  guna. Esok  awak  pindah  masuk  rumah  ni. Saya  minta  Habsah  dengan  Mak  Leha  tolong  awak  kemas  barang. Subuh  kami  biasa  berjemaah, kalau  awak  tinggal  sekali  senang  nak  berjemaah  nanti. Pagi  biasanya  nenek  boleh  ajarkan  tajwid  untuk  awak… Kami  pun  biasa  akan  kupas  ayat  dan  surah  dalam  Al-Quran  setiap  Subuh.”

Owh. Arahan  dah  keluar  dari  mulut  ayah  Emmel.


~~> bersambung :)


 p/s: Alhamdulillah, early March this year I met some English women who reverted to Islam and listening to their life experience is very inspiring. Betapa dia selalu cakap pada saya : Bertuah awak dilahirkan Islam, kenal Al-Quran sedari awal..  but  then  dia  juga  cakap, betapa dia sedih dan keliru dengan sikap orang Islam yang dilahirkan Islam - yg beramal bukan seperti apa yg Islam suruh. Orang2 Islam yang dia jumpa buatkan dia keliru  dulu, tapi alhamdulillah bila dia cari Allah temukan dia dgn kebenaran = Islam.



your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)