Wah, saya menulis cerita baru. Haha. Tapi main taip tak sampai sejam. Nanti lain kali sambung lagi. Enjoy dulu part sikit ni. Hehe.
Abang Pilot : Part 1
But Since U Been Gone
I can breathe for the first time
I'm so moving on
Yeah, yeah
Thanks to you Now I get
What I want
Since U Been Gone
How can I put it? You put me on
I even fell for that stupid love song
Yeah, yeah
Since U Been Gone
Sepenuh
hati nyanyian
dilontarkan. Aku yang asyik
memerhatikan kerlipan bintang
di langit pun
terpaksa bangun menegak
memerhatikan lelaki yang
sedari tadi berada
di gigi pantai. Broken hearted
sangat ke mamat
ni ? Ni dah kali ke sepuluh dia ulang nyanyi lagu sama ! Tension aku dengar.
Niat asal aku datang
ke Pulau Perhentian
ni nak menenangkan
fikiran, nak cari idea
menulis. Malam-malam begini aku
buat aktiviti biasa, duduk
bersantai di tepian
pantai seorang diri di atas
kerusi rehat yang
disediakan oleh pihak
resort Pulau Besar
ini. Malam-malam sebelum ini
tak ada pula
orang nak melalak
tepi pantai macam
ni, elok sahaja masuk
hari Sabtu, mamat ni
muncul. Kacau betul. Elok je
aku tengah berangan
tadi, dah hilang habis
dah segala idea. Figura
lelaki di gigian pantai
tadi aku perhatikan
lagi sekali bila
dia sudah mendiamkan
diri. Tampak seperti dia
sedang mengukir sesuatu
di pasir. Aku mengeluhkan
nafas berat sebelum
kembali berbaring di
kerusi santai di situ.
“ Atiliaa…!!!! Why you
did this to me
??? Why…!!!?? ”
“Damn it ! Urghhh! ” geram
betul aku. Baru
je 5 minit
senyap dia buat
lagi.
Dia memandang
ke arah lautan. Malam kelam begini
tiada siapa yang
berada di sini
melainkan aku dan
dia. Restoran yang terletak
tidak jauh dari
sini masih lagi
cerah dan beroperasi. Biasa aku
akan berada di
sini sampai pukul
2 atau 3
pagi. Keadaan yang sunyi
dengan bayu laut
sangat menenangkan jiwa
aku, memudahkan aku untuk
menulis. Kerja sebagai penulis
novel ideanya datang
tak kira waktu, tapi
kalau dah bising
macam ni idea
yang keluar terus
lari pergi. Hilang !
‘
Sabar ajalah Lea… ’ hati
sendiri cuba aku
pujuk. Buku nota dan
pena aku capai
dan bersedia untuk
menulis sekali lagi. Elok
juga mamat ni
diam.
“
Atiliaa….!!! ”
Tak sampai
lima baris aku
menulis, nama heroine dah
tertukar jadi Atilia. Mamat
tiga suku ni
memang nak kena
pancung. Nota dan pen
aku letakkan di
kerusi. Selipar aku sarungkan
sebelum kaki bergerak
ke arah lelaki
berbaju putih dan
seluar Bermuda corak
bunga raya warna
kuning hitam itu. Wajahnya
tak jelas dari
jauh, tapi badannya tinggi
dan sasa. Kemas. Mesti tak
handsome, kalau handsome takkan
lah macam ni
sekali kena tinggal
dengan awek. Sempat lagi
aku tergelak jahat
dalam hati.
Jarak antara
kami hanya tinggal
beberapa meter. Dia langsung
tidak sedar akan
kehadiran aku.
“ It hurts… Damn
hurt…!!! ”
Dia terjerit
lagi sekali sebelum
berlari kencang meluru
ke dalam lautan. Aku
yang memerhatikan apa
lagi, terus pecut sama. Mengejarnya dari
belakang. Mamat ni nak
bunuh diri ke ? Tak
naklah aku saksikan
benda-benda macam ni.
“ Hoi !!! Stop !!! ”
laung aku kuat
tapi dia dah
pun mencecah air
cetek. Langsung tidak perasan
akan kehadiran aku
di situ. Dia berlari
ke tengah. Haih, makin kuat
aku berlari. Bila dia
terhenti di tengah-tengah
terus aku pecut
dan memeluknya dari
belakang. Cuba menghalangnya dari terus berlari ke tengah lautan sana.
“
Wooowww!!! ” kuat lelaki yang
aku peluk ni
menjerit.
Siap gigil lagi
badan dia bila
dipeluk dari belakang. “
Err….jembalang…air…ke…? Aku tak kacau
lagi….. Janganlah peluk macam
ni… ” gigil-gigil mamat ni
bercakap.
Tak tertahan aku
nak menahan tawa. Hantu
air ? Haha. Takut pula dia
pada hantu air. Tadi
kemain menjerit macam
hantu. Tak sangka ni pula yang dia fikir. Aku nak selamatkan dia. Ah, alang-alang tu kenakanlah mamat ni. Untung sabut, esok dia dah tak berani dah nak melalak kat sini. Suara aku
lembutkan..meniru gaya si
ponti dalam tv.
“ Abang
panggil nama saya….ya..? Atilia datang
abang…. Heee…heeee….heeee ”
Makin menggigil
badan lelaki ni. Tak
tahan aku nak
tergelak.
“
Bismillah….Bismillah….Allahuakbar ! Allahuakbar !!! ”
“
Abang….ni Atilia abang… ” suara cik ponti berjaya
aku tiru dengan
baik. Tak cukup dengan
tu, siap aku usap
belakang lehernya. Elok tangan
aku pun sejuk
semacam.
“
Sedapnya….bau….darahh abang……heee heeee
hheeee ”
Badannya yang
sedari tadi menggigil
sekarang macam mula
lembik. Entah-entah mamat ni
nak pengsan ? Alamak, masalah.
Buk.Splash.
Pengsan
?
Mamat ni
pengsan ?
Badannya yang hampir
tenggelam di dalam
lautan paras pinggang
aku, aku pandang kaku. Terkejut.
“
Eh, encik…bang.. ” badannya aku capai
laju. Pipinya aku tepuk
perlahan. “ Bang, saya
main-main je tadi…”
Kedua-dua bahunya
aku pegang kuat. Menariknya ke
tepian pantai bila
dia masih tidak
sedarkan diri.
Tercungap-cungap aku menahan
nafas bila terasa
penat menarik lelaki
ini. Badannya aku letakkan
di atas pasir, aku
pula rebah di
tepinya.
Penat
! Gila berat mamat
ni !
Habis lencun
baju aku. Dia apatah
lagi. Bila diperhatikan bawah
cahaya bulan macam
ni…kacak gila dia ni
! Liur aku telan, kesat. Mengancam sangat
anak teruna orang
ni, isk bahaya…bahaya..!
“
Pap! ” bahunya aku tampar
kuat bila dia
masih tak sedarkan
diri. “ Bangun..bangunlah !!”
Terpisat-pisat dia
membuka mata. Memandang aku
sekejap, dia tampak terkejut
sebelum kembali menarik
nafas lega. Mungkin pada
awalnya dia sangkakan
aku ni si
ponti tadi. Aku mencebik
memandangnya. Dia pula bangun
daripada terbaring di
atas pasir. Duduk berlunjur
sambil memandang aku.
“
Apa jadi
pada saya ? ”
“
Saya jumpa awak
tengah laut tadi. Nak
bunuh diri ke ?!!”
Dia memandang
sekeliling. Liar matanya mencari
sesuatu sebelum bangun
berdiri dengan tangkas. Tangan aku dicapainya
laju sebelum mengheret
aku pergi dari
situ.
“
Eh, awak ni apahal ? ”
“
Baik awak ikut
je. Kawasan ni keras. ”
Aku menyorot
senyum.
“
Mana ada
keras, berpasir je… ”
“
Ikut ajalah. Tinggalkan pantai
ni. Malam-malam tak elok
duduk sini. ” tangan aku
masih dipegangnya erat. Diheretnya hingga
menghampiri kawasan kerusi
yang aku duduki
tadi.
“
Kot ya
pun lepaslah tangan
saya ni. Saya nak
ambil buku nota
saya atas kerusi.”
“Owh..sorry.
” pegangannya pada tangan
aku mula dilepaskan. Dia terhenti
di sebelah kerusi
yang aku duduk
tadi. Menunggu aku di
situ.
“
Awak pergi lah
balik. Saya selalu lepak
kat sini. ”
Dia pandang
aku dengan wajah
gusar.
“
Anak dara tak
elok duduk kat
sini sorang-sorang… ”
“
Saya bukan nak
duduk sini, baju saya
dah basah lencun
ni. ” aku mencebik. “ Awak punya
pasal la ni… ”
Dia terdiam
bila aku menjawab
begitu. Tampak bersalah.
“
Sorry and thanks… ” ucapnya jujur.
“
Tak apa… ”
Memanglah tak
apa, sebab aku lah cik ponti
yang buatkan dia
pengsan tadi.
“
Ambil lah buku
awak saya tunggu
kat sini. Saya hantar
awak balik. ”
“ Balik
je dulu. ”
Baik pula
mamat ni. Tapi aku
boleh je jalan
sendiri. Aku berpaling ke
arah kerusi. Mula berjalan
ke kerusi yang aku
duduki tadi dan
mengambil buku nota
dan pen yang
aku tinggalkan tadi. Dia
masih berdiri menunggu
aku.
“
Awak tinggal di
resort mana ? ” soalnya relaks. Aku
berjalan perlahan ke
arahnya.
‘ Lea….. ’
‘ Lea………’
Berkerut dahi
aku mengamati bunyi
yang seperti memanggil
nama aku. Bunyi yang
bersatu dengan angin…
“
Awak tinggal di
resort mana ? ” persoalan mamat
kacak mengejutkan aku. Aku
silap dengar kot… Siapa
yang nak panggil
nama aku ? Bukan ada
orang kenal pun…
“
Err… Perhentian Island Resort…Chalet kat sana.. ” aku tunjuk ke arah kanan kami.
Dia senyum. Bertambah kacak. Manis
orangnya. Tegak, berkulit cerah,
hidung mancung dan
mata bagaikan helang. Tajam.
“Owh,
samalah..Saya Zahid. Apa
nama awak ?”
“
Saya Lea”
“
Lea… Jom..” ajaknya bila aku
berdiri di sebelahnya. Aku angguk. Mula
mengikut bila dada
terasa gusar semacam.
‘
Leeaa….. ’ suara perempuan. Aku telan
liur. Kenapa bunyi suara
tu macam angin ? Dekat
dan berhembus di
cuping telinga. Tak semena-mena
aku mula menggigil
takut.
‘
Leaaa…. ’
Aku tarik
nafas panjang. Berpaling ke
arah lautan tadi. Mencari
punca bunyi tersebut. Takkanlah aku
sorang je yang
dengar ? Mamat ni relaks
je.
“
Zahid… ” terketar suara aku
bila memanggil namanya. Dia
tunduk berpaling, memandang aku.
“
Awak….ada dengar apa-apa
tak ? ”
Berkerut wajahnya
memerhatikan aku yang
sudah terasa pucat
semacam. Tatkala itu jugalah
suara si perempuan
memanggil lagi.
‘
Lea… ’
Aku dongak
ke langit. Terpandang susuk
putih di pohon
kelapa berhampiran tempat
kami berdiri. Tersenyum. Menyeringai.
Saat itu
juga tangan ini
sempat mencapai tangan
si Zahid. Badan terasa kaku
dan lembik. Sebelum segalanya
mula menjadi kelam.
--> to be continued.
p/s: Ni short story je in shaa Allah. Hasil dah tak larat nak pandang simulation data di komputer, hasil jeles dengan kengkawan di Malaysia yang sedang asyik bersuka ria di Perhentian Island, dan hasil melihatkan kesengsaraan Abang Pilot (kawan si Fath yg kacak ) yang tengah broken hearted now. Hope he is getting better... :)
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)