Join This Site

Sunday, 25 August 2013

Dating Berturut-Turut.

Alhamdulillah dah hampir sebulan novel kedua saya berada di pasaran, dan up to now dah masuk 9 bulan saya menjadi penulis separuh masa. Terima kasih atas sokongan semua, kata2 semangat, doa dan dorongan semua yang buatkan saya terus menulis despite the busy schedule as a phD student and business partner. Sepanjang 9 bulan ni juga, orang kuat yang selalu ada untuk membantu pastinyalah Mrs admins Group The Wedding Breaker. So apa pun, saya memang akan update entry khas utk mereka, which is this one. Selama 9 bulan menunggu, akhirnya bertemu juga kami di bumi Malaysia. Haha (ayat poyo sikit ya).

I still remember org yg paling kuat support masa awal2 saya nak buka group...then nak maintain group...then masa pelancaran novel last year... mereka sentiasa ada menyokong dan menghangatkan semua penulisan saya dari dulu sampai sekarang, alhamdulillah Allah sent them to be my companions and we had a lovely lunch date yesterday! Horey horey. Hehe. Semua memang havoc. But.... sedih jugalah sebab Kak Suhana and Kak Sal tak dapat datang...walaupun Kak Su dah plan cukup baik dah, but Allah knows best kan and Kak Salmah pula ada event lain..Alhamdulillah Kak Sal saya dah berjodoh sebelum ni lagi, hehe. Kak Suhana ajalah... In shaa Allah berjumpa juga nnti, cuma mungkin bukan di KL ;)

* dengan Kak Lily, Kak Ayu, saya lah tu, Kak Fidd and Kak Lela <3 * 
kami bukan support M&S tapi port ni mudah nak amek pic

Kak Suhana - make sure kita dapat bergambar dan berjumpa before saya balik UK ya! Haha. 
Kak Salmah - alhamdulillah udah jumpain (opss asal guwe cakap indon neh?haha) 

Then... dapat pula jam and shawls. So...cantek ! Love them all. 


Owh, itu cerita semalam. Hari ni dating lagi. Tapi tukar date partners. Haha. Kat mana ? Kat mana lagi kalau bukan tempat Tengku Adam Kamil terjumpa Ariana Rose dan Harith lunch. And kat mana lagi kalau bukan di hotel tempat si Haydar bulan madu dengan Hana tapi kena tinggal dengan Hana. Haha. 



* dengan pemenang-pemenang contest 13 Jam A380* 
Salmiah Alwi, Kak Ein, Raja Elyda dan saya lettuw.

Everyone were so nice ! And , terharu sungguh bila semua pakat bagi hadiah ni. Kak Ein siap buat pouch, Elyda plak buatkan cookies - dua bekas. bukan beli okay! Haha. It was such a lovely date and really enjoyed it. Pic atas tu agak skema - awal2 jumpa segan-segan you ;) 

Borak-borak pasal 13 Jam A380. Hehe.Banyak watak dalam tu mmg saya jumpa diluar. Alhamdulillah Allah mudahkan tugas saya untuk berkongsi. Termasuklah Sheikh An-Nahl, Almas Iman, Fawwaz, dan dialog antara si Atheist dan Sheikh. Macam dejavu, bila ke kursus Shahadah, ada seorang Atheist yg sedang mencari, soalan2 dia mengena dengan doa saya pada Allah supaya mudahkan saya untuk menulis mengenai Samuel dan Islamnya dia. Almas Iman pula bayangan seorang kanak-kanak perempuan usianya 8 tahun (saya bayangkan bila dia besar) , yang ibunya perempuan Inggeris yang memeluk Islam, dan ayahnya Arab yang kedua-duanya aktif berdakwah dan mereka jugalah yang berhempas pulas mengendalilan kursus yang saya ikuti di Manchester tu. Masa ke kursus tu, ada dalam 10 orang saudara baru yang semuanya berbangsa Inggeris. They are all very nice and up to now, we have a great relationship :) 

Fawwaz ? Fawwaz ada ke ? Fawwaz ada. Kalau kalian rasa sedih, Hana tidak berkahwin dengan Fawwaz,saya pasti, kalian letakkan diri kalian sebagai Hana kan ? Saya penulis, dan melihantnya dari sudut ke-3. Fawwaz pula adalah bayangan si lelaki ketua badan dakwah di Birmingham, beberapa tahun lepas - waktu saya masih lagi pelajar ijazah di sana. Dia punyai wajah yang sempurna, sangat pemalu dan menjaga pandangan, juga dari keluarga yang agak berharta. Sebagai orang ke-3, si pemerhati, saya yakin JANJI ALLAH ITU PASTI. Maka hakikat tetap hakikat. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya. Bila kita rasa marah dengan suami atau etc, cuba refleks diri kita. dan utk yg masih belum bersuami, masih ada masa utk membetulkan diri sendiri. 

Dan yang pastinya dalam novel ni, saya perhatikan, kita selalu menganggap watak utama adalah maksum. terbaik dan elok dari cacat cela. Walhal setiap pasangan adalah hero dan heroine dalam kisah mereka. Kalian dengan suami kalian, dan saya pastinya dengan suami saya ( bila ada nanti). Being a lead actor or actress doesnt mean u r the best. Dalam TWB - TAK dan AR adalah kononnya d best, does this mean bila dalam 13 Jam A380 they are no longer the best couple ? So, setiap antara kita ada kisah kita. Appreciates that :) 

Disclaimer : Saya bukan Hana ya :p Saya penulis cerita. lol. Hana itu kalian2 yang selalu follow twitter Haydar. Hehe. 

Alhamdulillah for this opportunity utk jumpa all of them =) and yang masih belum saya jumpai, ada jodoh, pasti akan berjumpa, in shaa Allah. 

p/s : Sebab mereka special, jadi saya upload kan gambar kami. Mungkin lepas beberapa hari gambar2 tu akan hilang dari post ni. Keh3.

Lots of Love, 
Evelyn Rose. 

Friday, 2 August 2013

Review 13 Jam A380 - Keputusan Pemenang Contest - Teaser Bab 28 !

Salam alikum ! and Hye!

1. Yeah we had been reading so many versions of Bab 28 - dalam novel sebenar Bab 29 bukan Bab 28 ye.hehe. Before Eve letakkan sambungan Bab 27 hari tu, Eve nak ucapkan terima kasih pada Kak Zarmila, orang first yang bagi review, then kak SJ Sab.

*Eve tahu ramai tak baca dan tak terima lagi, but review mereka mmg so good sebab I just need one word of ur feeling from you once u finished it. Bukan ceritakan balik pada Eve jalan cerita novel ;) *





Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Memang besar harapan saya untuk pembaca dapat apa yang saya cuba sampaikan dalam 13 Jam A380. Dan ceritanya tidak se-simple TWB. Maka tempoh menulisnya juga selama 6 bulan (Nov - April. May Eve hantar pada Aunty Eve utk grammar correction) berbanding 4 bulan untuk TWB. Apa pun moga Allah jadikan pembacaan anda sebagai sesuatu yg bermanfaat in shaa Allah.


2.  Okay as promised. Teaser sambungan Bab 27 novel 13 Jam A380 - dalam blog. 


“ Hana… ” Haydar  pandang  aku  bagaikan  tidak  percaya  dengan  matanya  sendiri.  Lama  dia  tegak  begitu. Emmel  asyik  memandang  kami  berdua.

Haydar. Tak  sangkai  kami  akan  bersua  rupa  sekali  lagi. Tak  sangka  Emmel  yang  kembali  menemukan  kami. Aku  senyum. Senyuman  manis  buat  Haydar  yang  masih  tercengang  di  hadapan  aku  kini.

“ Thank  you  for  helping  my  daughter, Mr…? ”

Makin  berkerut  dahi  Haydar. Membuntang  matanya  memerhatikan  aku.

“ Hana. Tak  kan  awak  tak  kenal  saya ? ”

Aku  berlagak  selamba. Mencium  pipi  Emmel  sebelum  kembali  memandang  Haydar.

“ Kita  pernah  jumpa ? ” tebak  aku  lagi. Dia  buat  muka  ‘ I  can’t  believe  this ’. Aku  tahan  diri  dari  ketawa. Padan  muka  Haydar. Dia  ingat  aku  akan  terkenangkan  dia  siang   malam   sedangkan  dia  bahagia  dengan  si  model  jelita ? Ini  bukan  Hana  Sofea  yang  awak  jumpa  tiga  bulan  lepas  Haydar.

“ 13  Jam, MAS  A380. Hana  Sofea  binti  Ibrahim… Jangan  buat-buat  lupa  sebab  saya  tahu  awak  ingat.  ” yakin  suara  Haydar.  Dia  menapak  ke  depan, mendekati  kami  tapi  aku  langsung  tidak  berganjak. 

“ Bila ? ” soal  aku  lagi  dengan  wajah  yang  dibuat-buat  terkejut. Dia  mengetap  bibir. Geram  mungkin.

“ 17  September   lepas.  ” suara  Haydar  bertambah  tegas.  Aku  buat-buat pandang  ke  langit, kononnya  berfikir.

“ Owh…awak ! Yang  duduk  sebelah  saya  tu  kan ? ” aku  mula  ketawa  perlahan. “Maaflah…serius  saya  lupa… Apa  nama  awak ? ”

Haydar  tarik  nafas  panjang. Memandang  aku  tajam. Bibirnya  diketap  geram. Dia  bergerak  setapak  lagi  mendekati  aku.Mujurlah  ada  Emmel, kalau  tak  entah  apa  yang  si  Haydar  akan  buat. Walaupun  jarak  antara  kami  semakin  hampir, aku  tetap  tidak  berganjak. Berlagak  bagaikan  tiada  apa-apa.

“ Why  mommy ? ” soal  Emmel  bagaikan  dapat  menghidu  ada  sesuatu  yang  tidak  kena  antara  kami. Aku  ketawa  perlahan. Aku  tahu  Haydar  sengaja  menggunakan  Bahasa  Malaysia  agar  Emmel  tak  dapat  memahami, aku  pun  sama.

“ Nothing  sweetheart… Uncle  just  asking  few  things.. ” aku  senyum  pada  Emmel  sebelum  mencium  pipinya  lama.

Jantung  bagaikan terhenti  bila  Haydar  turut  sama  tunduk  mencium  pipi  Emmel. Mata  kami  bersatu. Jantung  berdegup  laju. Bagaikan  dipukau, aku  kaku  hinggalah  silau  lampu  kamera  telefon  Haydar  mengejutkan  aku.

 “ Mungkin, awak  dah  ingat  sesuatu ? ” Dia  senyum  kemenangan. Kembali  berdiri  menghadap  aku  sambil  memerhatikan  skrin  telefonnya. Pipi  Emmel  dicuitnya.(bersambung dalam novel :p ) 


3. Pemenang Contest 13 Jam A380 ? 

Terima kasih kepada kesemua 30 orang pemenang yang menyertai.Alhamdulillah Eve dah mengenalpasti 3 orang pemenang yang paling hampir jalan ceritanya untuk Bab 27. Agak susah juga nak judge, so I need to highlight satu persatu mana yang sama, dan tengok yg mana paling banyak sama flownya. So the winners are ? 

Pemenang Pertama : DuniakuEinspirasiku

Pemenang Kedua : Elydars

Pemenang Ketiga : Kitew Kitew Jew

In shaa Allah Eve akan PM kalian semua about the venue, date and time ok :) .Ingat nak buat surprise, but, macam pos laju akan lambat je.haha. So announce ajalah kat sini :)

3. Untuk mereka yang bertanya. Kalian boleh membeli novel 13 Jam A380 ni di laman web karya seni. Tekan LINK ni. Terus boleh buat order online. Untuk yang masih belum berjumpa TWB di bookstore hingga kini, boleh tekan LINK  ni  =)

4. Untuk signature dan gift. Seperti yg diberitahu dulu, Sign + gift adalah utk 100 pembeli terawal yg order through KS, dan 101th to 500th pembeli terawal through KS akan dapat sign. Eve minta maaf kalau sign dan tulisan caca merba. Cuba sign sebanyak 500 buah buku dalam masa 5 jam (successfully) maka tangan mmg macam ketar2 jugala at last. Dan tt EvelynRose dah lama tak digunapakai, haha. So yg awal2 tu mcm..." Er, mcm ni ke tt E.R ? haha! Over kan penulis macam saya ni. "


buku yg dah disusun canti aritu. Ni baru 350. 

Yang ni before di susun. 

5.  A peek on the book. 


Saya tertinggal dua lagi admins, Kak Norlela Said dan Kak Lily Salina Talib. Honestly, manuskrip ni disiapkan since end April before Eve hantar ke my aunt untuk grammar checking and editting jgla yg my aunt buat mcm proof reading. So by that time I was not on track yg admin ada 5. So saya minta maaf banyak2 pada kak Lily dan kak Lela ! Apa pun, I really appreciates all of you, Kak Lily, Kak Lela, Kak Ayu, Kak Fidd dan Kak Su yang dah banyak tolong saya selama ni maintaining the group and updating me with what happen in the group. Much love <3 ! 


Hohoho. Dewi Cinta ? Hahaha. Owh My God ! Gelak saya baca. Serius lepas habis saya khatamkan novel 31 Jam A380 (yeah, first time dapat pegang novel sendiri tak sangka saya akan baca! inc TWB ) baru saya perasan apa yg ditulis kat situ. Ingat BIODATA PENULIS. Tapi DEWI CINTA ? Pengsan gua bro.hahaha. Ya itu gambar full face - passport pic saya. ( yg ada color ada di sidebar blog) Maka selepas ini, tidak perlu berteka teki lagi. Hehe 

* I dont wear glasses in real life. Ditempek supaya tak dikenali sangat. Sekian. 

6. Okay, I got a lot of messages pasal Eve buka order sendiri. Serious saya ni pemalas. tapi sbb ada yg tahap jatuh kesian bila Eve baca, maka, meh saya tanya : 
  • Siapa yang kalau Eve buka order rasanya dia nak ? - maksudnya, you all order dengan Eve sendiri. Saya akan buka order. Kalian buat payment ke akaun saya, dan berurusan dengan saya sendiri bukan KS.Then I will take it from KS, then sign, then post kpd kalian.TAPI bukan sekarang. Lepas Raya.
  • Harga belian dari pejabat KS ada RM25.00 TAPI bila tambah postage maka jadilah dia RM25 + RM 7.20 = RM 32.20. So, tidak economic di situ. but its your choice. 
  • Order ni kalau banyak permintaan (tapi xdla banyak sangat, 100 je kot) maka Eve akan buat la.... tu pun lepas raya, lepas set up n settle kan akaun bank di Malaysia ni. 
  • Gift ? ahahaha. Gift hari tu Eve beli cukup2 utk 100 terawal di London. Maka tak ada lebih. Untuk order sdri ni tgok keadaan, kalau sempat di buat. Tengok lah macam mana, tak janji. 
7. Bila Eve dah dedahkan identiti tu, maka harap kalian tahu saya manusia =) Dan harap gambar saya kalau diambil bersama jangan diupload di internet. Bukan soal apa-apa, but as for me, when I type my name either my real name or my pena name in google, and yang keluar is my pictures, I will feel bad. Agak memalukan. Macam saya tak pandai jaga privacy sendiri. I know quite many love it when people see their pictures, I will only feel shame of it. Kalau yg keluar adalah gambar novel saya, maka saya akan senyum di situ. Sekian. 

All in all thanks a lot for your never ending support ! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. 

Lets not waste few days left in Ramadhan. By this (after today) I might not online anymore sampai saya puas bercuti. Ya, saya memang begini bila cuti. Lumrah orang seperti saya yg hidupnya sentiasa merantau jauh dari keluarga, bila ada waktu bersama, kalau boleh 200% untuk keluarga. Thank you and hope you enjoy reading 13 Jam A380 ! Moga bermanfaat. In shaa Allah. 

** Abang Pilot :- Skrg tengah malas lagi. :p sorry nti okay :)