Join This Site

Monday, 2 December 2013

Abang Pilot Part 12

Salam, hmm honestly macam tak sangka plak boleh type part 12. Better pendek dari tak ada langsung kan ? hehe



Part 12 

“ All right, fine guys ! ” Suara  Lea  naik satu oktah. Beg dan barangannya disambar  sebelum dengan selambanya dia menuju ke pintu apartment.

“ Lea ! ” Serentak jugalah Zahid dan Ferhad memanggil Lea. Masing-masing  sama-sama  memandang  satu  sama  lain  sebelum  mula  mengejar  Lea  yang  terhenti  di   hadapan  pintu.

“ I  don’t  want  any  company. ” Tegas  Lea  bersuara. Tak  padan  dengan  badan  kecil  tapi  caranya  mengalahkan  askar.

Zahid  telan  liur. Mula  sedar  silap  sendiri. Ferhad  pula  dah  buat  muka  merayu. Tahu  sangat  dia  dengan  ketegasan  si  Lea.

“ Lea, let  me  go  with  you  okay ? ” Ujar  Ferhad  dah  macam  orang  memujuk. Elok-elok  dia  dan  Zahid  duduk  di  pintu  rumah. Lea  pula  mengadap  keduanya  dari  luar  rumah.

“ Then  you  nak  balik  naik  apa ? I  datang  dengan  kereta  I  tadi   Fer…Fer, come  on, I  kan  selalu  balik  lambat. I’m  okay  without  you  Fer. For  two  years  I’m  doing  absolutely  fine   without  you  around. ”

Ferhad  mati  kata. Kononnya  Lea  keras, dia  juga  selfish  kerana  memilih  untuk  meninggalkan persahabatan  mereka. Sedangkan  waktu  tu  dia  tahu, Lea  hidup  sebatang  kara  dan  selama  ini  mereka  selalu  sahaja  bersama.

“ Kau  bonceng  motor  aku  ajalah. Lea, saya  dengan  Ferhad  hantar  awak. Awak  drive  kereta  awak, kami  follow  dari  belakang. Okay ? ”

Ternganga  mulut  Ferhad  bila  ayat  tu  yang dituturkan  oleh  Zahid. Seriously ? Selama  hidup  mereka  tak  pernah  nak  berbaik  tiba-tiba  malam  ni  siap  nak  bonceng  motor  sama-sama ? Biar  betul ?

Baru  sahaja  Lea  buka  mulut  terus  Ferhad  potong.

“ Take  that  or  else, kita  orang  paksa  you  tidur  sini. ”

“ Macam  boleh. ” Lea  buat  muka. Mula  membelakangkan  kedua-dua  lelaki  kacak  yang  mula  mewarnai  hidupnya  dan  berjalan  ke  lif  untuk  turun.

Laju-laju  jugalah  si  Ferhad  dan  Zahid  keluar. Masing-masing  mengekori  dari  belakang  dan  sengaja  membiarkan  Lea  menaiki  lif  terlebih  dahulu. Bila  life  tertutup  je  terus  keduanya  pecut  ambil  barang  dalam  bilik  sebelum  turun  ke  bawah  untuk  kejar  si  Lea.

Tanpa  Lea  sedar  perlahan-lahan  keduanya  mengekori  kereta  Lea  dengan  menaiki  motor  Zahid. Buat  pertama  kali  dalam  sejarah  hidup  dua  beradik  yang  tak  pernah  berbaik  akhirnya  duduk  membonceng  motosikal. Masing-masing  tak  banyak  bercakap. Kalau  bercakap  pun  bila  mereka  hampir  terlepas  mengekori  kereta  Lea. Boleh  tahan  juga  keduanya  menahan  sabar  bila  kereta  Lea  geraknya  macam  kura-kura. Maklumlah  kereta  pun  Volkswagen  Beatle.

‘ Zahid, jangan  laju  sangat ! Lea  nampak  nanti ! ’

‘ Zahid, slow  la…kang  dah  nak  terlepas  tadi ? ’

Tu  lah  ayat  yang  keluar  dari  mulut  Ferhad  sepanjang  perjalanan. Zahid  tak  banyak  cakap. Mata  melekat  pada  kereta  Lea, malas  dia  nak  melayan  bebelan  si  Ferhad. Bila  kereta  Lea  dah  masuk  kawasan  perumahannya, mereka  menjarakkan  jarak  antara  kereta  Lea  dan  motor  Zahid. Yang  paling  bagus, sepanjang  diekori  Lea  langsung  tak  perasan !

Dari  jauh  mereka  memerhatikan  kelibat  Lea  memasuki  perkarangan  rumah  hinggalah  Lea  selamat  masuk  ke  dalam  rumahnya.

“ Haih…. ”  keluahan  Ferhad  jelas  kedengaran. Zahid  berpaling  memandangnya. Nak  lagi  elok  pula  si  Ferhad  peluk  pinggang  dia. Siap  lentok  atas  bahu  lagi.

“ Kau  kenapa ? ” Garang  suara  Zahid. Geli  mak  bila  Ferhad  buat  angau  macam  tu.

Ferhad  pula  baru  sedar  perbuatan  luar  kawalnya. Terus  badan  naik  menegak. Cover  macho.

“ Hish, kau  ni. Nak  feeling  dengan  Lea  pun  tak  boleh.  Jalan  la, Lea  dah  masuk. ”

“ Heee… ” Zahid  geleng  kepala. Mata  pandang  atas. Sengal  juga  Ferhad  ni.  Motor  Zahid  pecut  tapi  tak  terus  ke  Damansara. Mereka  berhenti  di  Food  Court  di  Bangi. Zahid  pekena  kopi  segelas  sebelum  menyambung  perjalanan. Terpaksa  Ferhad   mengikut. Sambil  duduk  di  tengah  orang  ramai, keduanya   mula  berbual  seperti  kawan. Awkward  bagi  keduanya.

“ Kau  lama  ke  balik  Malaysia ? ” Tanya  Zahid  pada  Ferhad. Adik  beradik  kandung  lain  ibunya  itu. Ferhad  pandang  Zahid. Canggung  sebenarnya  duduk  semeja  bagaikan  kawan  begitu. Sepanjang  hidup  mereka, mereka  disogokkan  oleh  ibu-ibu  mereka  tentang  betapa  jahat  dan  tidak  adilnya  keluarga  masing-masing. Saling  berbalah. Saling  bermusuh. Wajarnya  sama asal  usul, sama  darah  yang  mengalir, bukan  begini  hasilnya.

“ Dua  hari  je. Transit. ”

“ Kau  pun  dah  terbang  sana  sini  macam  aku. ”

Ferhad  senyum. Jongket  bahu.

“ Aku  lepas  terbang  kena  jalan  atas  pentas. Kau  duduk  dalam  kokpit  je. Turun  kapal  jalan-jalan… ”

Zahid  gelak.

“ Best  ke  jadi  model ? ”

Ferhad  pandang  langit. Menjauh.

“ There  are  ups  and  downs… Life  dude, but  I’m  happy. Asal  kau  nak  jadi  model ? ”

“ Lea ” Pendek  jawapan  Zahid. Ya, dia  buat  semua  ni  sebab  Lea. Sebab  Lea  yang  beriya  pujuk. Sebab  bila  dia  buat  semua  ni  Lea  akan  jaga  dia. Lea  akan  selalu  ada  dengan  dia.
Ferhad  senyum  sinis.

“ Kau  suka  Lea ? ”

Zahid  angguk. Pasti.

“ Lea  bukan  perempuan  mudah-mudah. Dia  kuat… walaupun  kecil  je  orangnya. ”
Zahid  pandang  Ferhad  tajam.

“ Kau  suka  Lea  juga  kan ? ”

Riak  wajah  Ferhad  yang  beriya  terus  berubah. Liur  ditelannya. Dia  angguk  perlahan.

“ Dah  lama  korang  kenal  kan ? Kenapa  Lea  tak  couple  dengan  kau ? ”

Gelas  di  meja  dicapai  oleh  Ferhad. Air  diteguknya  seteguk  sebelum  gelas  kembali  diletakkan  di  meja. Ferhad  Tarik  nafas  panjang.

“ Lea  tu  ambitious… She  was  traumatic  with  loses  sampai  dia  takut  nak  menyayangi  siapa-siapa. Kata  dia…attachment  will  break  her  heart. ”

Zahid  memandang  tajam. Berfikir  dan  mencerna  ayat  Ferhad. Apa  jadi  pada  Lea  sebelum  ni?

“ Apa  jadi  pada  Lea  dulu ? Dia  hilang  siapa  dalam  hidup  dia ? Pakwe ? Tunang ? Suami ? ”
Ferhad  ketawa. “ Kalau  dia  hilang  suami, kau  masih  nak  pada  dia ? ”

Wajah  Zahid  masih  serius. “ Definitely  yes. ”

“ Mengagumkan… Kau  ni  tak  ubah  macam  your  mom… Too  loyal… So  Romeo  and  Juliet… Sanggup  buat  apa  sahaja  demi  cinta  isn’t  it ? ” Ferhad  bertutur  bersahaja. Zahid  pandang  langit. Nak  marah ? Betul  apa  yang  si  Ferhad  katakan.. Ibu  kandungnya  sanggup  makan  hati  hanya  untuk  bersama  papa. Sanggup  jadi  isteri  rahsia, sedangkan  projek-projek  besar  yang  menaikkan  nama  papanya  sekarang  adalah  datangnya  dari  ibunya  sendiri. Papa  memang  kacak, itu  dia  tak  boleh  nak  sangkal…dan  papa  juga  pandai  memujuk..tapi  papa  takut  pada  ibu  tirinya, ibu  kepada  Ferhad.

“ Am  not  the  same  guy  anymore  dude. Anyway, mak  aku  dah  bukan  mak  tiri  kau  lagi. Tak  payah  nak  burukkan  dia.  Kalau  aku  nak  ungkit, nanti  kita  bertumbuk. Sepanjang  hidup  aku  papa  sendiri  tak  pernah  bawa  kami  keluar  jalan-jalan, tak  pernah  nak  attend  mesyuarat  PIBG  dengan  mama, graduation  aku  pun  papa  tak  datang. Takut  mak  kau  nampak. Do  you  think  life  is  fair  enough  for  us, huh ? ”

Ferhad  tunduk. Terasa. Terkena. Entah  kenapa  dia  marah  sangat  pada  keluarga  Zahid. Pada  mama  Zahid, dan  adiknya. Pada  dia, mereka  sekeluarga  bagaikan  tertipu  oleh  papanya  sendiri. Bukan  sebentar  tempoh  perkahwinan  rahsia  papanya.
Inilah kali  pertama  mereka  bersua  muka  dalam  keadaan  tenteram  begini. Langsung  dia  tak  menyangka  mereka  akan  duduk  minum  kopi  macam  kawan. Zahid  bukan  teruk  pun….

“ Okay  sorry. ” Perlahan suara  Ferhad. Kedua-duanya  diam  lama.
Sepatutnya  jadi  tanggungjawab  papa  mereka  untuk  pimpin  kedua-dua  isterinya  supaya  bersatu, aman  dan  damai. Sepatutnya  begitu…tapi  alih-alih  ini  jadinya. Kadang  dan  hakikatnya  ukuran  kemampuan  seseorang  lelaki  untuk  beristeri  lebih  daripada  satu  bukanlah  terletak  pada  kemampuan  material  sahaja, tetapi  kebolehannya  dalam  memimpin  keluarga.

“ Balik, kau  jumpa  papa ? ” Soal  Zahid  pada  Ferhad.

Ferhad  geleng. Papa  bukan  suka  kerja  dia. Malas  dia  nak  buka  cerita  pada  Zahid. Tak  mahu  Zahid  tahu.

“ Weh, jom  balik  ah. Esok  kau  nak  modelling. Jadi  model  ni  bukan  senang  bro, badan  kena  jaga. Kulit  kena  jaga. ” Ferhad  ketawa  perlahan  seraya  bangun. Zahid  menurut. Entah  apalah  haluan  hidupnya  nanti. Dengan  modelling  yang  beriya  Lea  nak  dia  buat, dengan  pathway  to  the  famous  world  yang  Lea  dah  lakarkan  untuk  dia. Ah, tengok  sahaja  nanti. Go  with  the  wind, bisik  Zahid  perlahan  pada  dirinya.


p/s : Thank you sudi baca guys ! :)

 Your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)