Join This Site

Thursday, 26 June 2014

Miracle of adik Firdaus Dullah's case

Assalamualaikum wbt :)

Ehemmm ! Lama sungguh tidak menjenguk blog sendiri. Ada lah percubaan nak menulis tetapi sentiasa gagal. Haha. But honestly I dont expect much writing from myself when I know I'm now approaching my 3rd year of phD. Saya perlu menulis juga, tetapi menulis report, menulis journal sains, menulis journal conference dan menulis thesis. So masa untuk menulis blog tidak dapat dijadikan satu keperluan buat masa kini. 

And yeah, I heard many of us rasa sungguh tidak puas hati sebab cerita Abang Pilot ditamatkan begitu.... Tapi common la kan ? Tak kan la saya expect kalian cakap wah! its a happy ending when it ended that way. In real life pun, kita pasti akan rasa, 'Ya Allah...besarnya ujian' kalau yang ditempat Zahid itu suami kenalan kita dan nasihat kita pada mereka : Tabahlah..Allah lebih mengetahui. 

Well, its happen a lot in real life isnt it ? 

Death happen. 

Undesired things happen... 

Setiap orang pasti diuji. Itu janji Allah. Itu juga tujuan kita diturunkan ke dunia. Kerana Adam dan Hawa termakan pujukan shaitan. Maka Allah turunkan kita ke dunia, sebagai satu tempat ujian. Cukup tempoh percubaan kita akan dipanggil pulang untuk dinilai prestasinya. 

Syurga itu untuk yang terpilih. Untuk yang menang. Dan kalau di dunia pun kita akui, bukan mudah untuk menang bahkan pula untuk memperolehi syurga Allah ? 

Kadang dalam hidup ini, ada satu waktu yang kita akan duduk sejenak dan berfikir; 

" Kenapa hidup sesukar ini ? "

" Kenapa jalan ini yang aku pilih ? "

atau " Kenapa jalan ini yang aku peroleh ? "

Saya juga punyai fikiran sedemikian bila hidup menekan tetapi bila mata ini dibuka luas, ujian yang Allah berikan pada saya jauh lebih kecil daripada ujian-ujian yang menimpa bertrillion manusia di atas muka bumi ini. Allah berikan setiap antara kita ujian yang tersendiri. Exclusive. Setiap antara kita are fighting a battle no one else knows, but yet we are all showing the best normal face to everyone around us. Hebat kan manusia? Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Tuhan katakan pada jin dan malaikat, manusia adalah makhlukNya yang paling hebat. Walau sekuat mana pun ujian, kita mampu bertahan dengan cara kita yang tersendiri. Alhamdulillah. Selagi kita mampu meneruskan kehidupan, peluklah diri anda, dan katakan padanya : 

You have done your best myself. You are the greatest creature God had created. Well done and keep doing your best. 

Saya tidak pasti samada semua antara kita tahu mengenai cerita adik Firdaus. Satu wajah yang bila saya lihat buatkan dada terasa berat. Sebak. Dan saban malam air mata akan tumpah kerana mengingatkan kebesaran Allah swt. Mengingatkan betapa banyaknya nikmat Allah berikan pada saya dan betapa kecilnya ujian yang saya lalui selama ini. I could not complain anymore. 

Kenapa saya katakan cerita adik Firdaus adalah satu petunjuk kebesaran Allah ? 

Cerita kanak-kanak ini pada saya bagaikan satu magik. Lebih magikal dari kisah Cinderella ataupun Witch Oozy. Jauh. Cerita adik Firdaus jauh lebih hebat di mata saya. 

Ia bagai membuktikan, yang andai Allah swt memilih untuk membantu mu pasti tiada siapa yang dapat menghalang. 



Adik Firdaus adalah seorang anak kurang upaya (OKU) mempunyai penyakit Cerebral Palsy (penyakit yang berkaitan ketidak upayaan otak untuk mengawal otot badan secara normal. jika diberikan rawatan sedari awal ia boleh diberikan rawatan sehingga pesakit mampu berdikari - baca lanjut mengenai penyakit in di sini : NHS CHOICE) dibiarkan di dalam bilik di dalam sebuah flat yang juga berkunci dengan mangga. Sekitar rumahnya hanyalah warga asing. Ketika dijumpai dilaporkan dia sedang berbaring di atas lantai simen yang dipenuhi najis, ada najis kering dirambutnya dan dia juga tidak dapat menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Adik Firdaus sendiri disahkan Doktor kekurangan zat makanan hingga menyebabkan postur dan tulangnya berubah bentuk. Jadi setakat mana daya dia untuk melarikan diri ?

Apa daya dia untuk meminta bantuan ?


Ikuti kronologi penemuan adik Firdaus Dullah daripada Encik Faizal Fazri Othman, Pengarah Imegresen Negeri Sembilan yang menjadi orang pertama menjumpai adik Firdaus. Alhamdulillah : BERITA SEMASA

Tapi Allah takdirkan satu gerakan dibuat oleh pihak imegresen tujuannya bukan untuk menyelamatkan adik Firdaus, tapi untuk menangkap warga asing. Di kawasan flat yang adik Firdaus duduki. Dan dengan peristiwa itu adik Firdaus ditemui. Diselamatkan. Diberikan rawatan hingga kini. 

Itu cara Allah menyelamatkan dia. 

Mungkin kecacatannya adalah satu ujian buat si ibu. Satu rahmat jika si ibu redha dan hargai. Kerana setiap pengorbanan hasilnya adalah pahala di akhirat.

kiri : adik firdaus sebelum dikurung (9 bulan sebelum) , masih lagi dalam keadaan yang elok.
kanan : sedang mendapatkan rawatan selepas ditemui di flatnya.

Dan untuk adik Firdaus. Pada saya, ia satu ujian yang maha berat tapi dengan magik kuasa Tuhan, nyawanya tetap melekat di badan walaupun makanan jarang sekali diberikan dan walaupun dia tinggal dalam kawasan yang tidak dikawal kebersihannya. Walaupun sudah setahun dia dikurung begitu. Kekurangan nutrisi pada tahap kronik dalam tempoh setahun memang cukup mencabar. Ialah penyebab bentuk tubuhnya berubah, ia juga boleh menjadi penyebab kecacatan mental, delay in mental processing, decay of iQ and many other physical and psychological effects. In a mild note, I would say, layanan yang diberikan oleh ibunya menyebabkan kondisi adik Firdaus semakin teruk, yang mana at the end of the day she was not only causing more harm on him but at the same time making it harder for her to take care of him. It works in a circle. 

Terkadang rasa pedih di dada bila mengingatkan kanak-kanak bergelar Firdaus. Moga syurga itu menjadi miliknya. Walaupun ujian untuk dirinya berat begitu, tetapi dilaporkan juga perkataan yang dia tahu hanyalah mak, umi dan makan. Bukankah itu semua melambangkan si ibu ? Masih tinggikah pandangannya pada si ibu? Hebat jiwa kanak-kanak ini jika sayangnya masih kuat pada ibunya. Hebat.... 

Saya tidak mahu bercakap mengenai ibunya. Saya tidak tahu apa kondisi dan kekangan hidupnya hingga dia bertindak bergitu. Saya tidak tahu dan saya tidak berani untuk memberikan judgement mengenai beliau. Yang saya peduli hanya adik Firdaus. Moga dia pulih sepenuhnya sepertimana magik yang Tuhan adakan sebelum ini. Moga masa hadapannya secerah mentari. Di dunia dan akhirat. Amin. 

Sama-sama kita doakan... 

Dan untuk kita sendiri. Bukankah ia bagaikan satu medium muhasabah yang cukup baik ? Musibah untuk dia. Muhasabah untuk kita. Muhasabah yang bawa kepada taubat yang kuat. Muhasabah supaya kita syukuri setiap nikmat yang Allah beri ? Untuk fizikal yang tiada cacat celanya. Untuk kemampuan untuk belajar hingga ke sekolah (ya, walau hanya ke sekolah but kita masih punyai peluang untuk belajar). Untuk ibu dan bapa yang mahu dan tidak pernah lelah pedulikan kita. Untuk pakaian yang ada walaupun tiada berjenama. Untuk punyai cahaya mata yang cukup sempurna. Untuk diberikan Allah sifat kasih sayang dan kemampuan untuk menjaga anak-anak kurang upaya dengan baik. 

Untuk segala-galanya... 


On another notes and point of view, kadang saya sesal dan kesal dengan penerimaan orang cacat terutamanya di kalangan masyarakat kita. Tak kira ibu, bapa, jiran, kawan, rakan sekolah, sekampung atau sesiapa sahaja, menjadi OKU pada mata masyarakat kita bagaikan satu LAKNAT. Pada empunya badan, dan pada ibu dan bapa mereka. Agak jauh bezanya dengan di sini.... 



Di sini. Masyarakat OKU diberikan hak sama rata. Hak untuk sama-sama menaiki kenderaan awam, hak untuk bersiar-siar samada dalam shopping mall atau di kawasan bandar. Struktur bangunan, bandar dan kenderaan awam dibuat supaya 'kena' dengan mereka. Tiada racism. 

Maka di sini, melihat OKU bekerja. OKU bersiar-siar shopping. OKU menaiki bas dengan wajah gembira adalah norma pada kami. Ibu-ibu dari kalangan mat saleh walaupun jelas mereka bukan dari golongan berduit, mereka tidak malu untuk membawa anak OKU mereka (walaupun sudah mencapai usia dewasa) untuk sama-sama ke shopping mall dengan menaiki bas dengan mereka. Mereka tidak malu atau serik walaupun anak OKU mereka menunjukkan sifat luar biasa. Andai kita sebagai ibu malu dengan zuriat yang datangnya daripada darah daging dan genetik kita sendiri, what kind of treatment are we asking other people to give to that disabled kids ? 

Ubah persepsi kita pada mereka. Selaku ibu, bapa, adik beradik atau orang luar. Bantu mereka yang ada di sekitar kita, bukan dengan wang ringgit semata-mata tapi dengan penerimaan yang positif dan membina. Mereka tetap manusia. Mungkin kekurangan mereka jelas di mata kita, tetapi pasti ada kelebihan mereka yang kita sendiri tidak ada :

kemampuan untuk hidup dalam keadaan begitu. 


Sources : 

p/s : I think I will update how convenient it is for an OKU to live in here ( United Kingdom) later.

12 comments:

  1. Thanks .... Iman for the sharing. Tersentuh, terharu di atas insiden yg berlaku. Masih ade manusia yang tergamak melakukan kezaliman keatas zuriat sdiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks juga... true...mmg tak mampu utk kita fikir. nauzubillah...

      Delete
  2. tq kak Iman.. Musibah untuk dia. Muhasabah untuk kita.. sangat berkesan ayat tu

    ReplyDelete
  3. Benar Iman, terlalu kecil dugaan Allah beri utk kita...tp kita sering mengeluh (merujuk pd diri sendiri). Sy pernah kecewa yg melampau dgn ujian Allah. Namun Allah masih menyayangi saya dgn tidak membengkokkan kewarasan saya. Teruskan hidup, hargai apa yg kita ada, syukuri segala nikmatNya, berusaha utk menjadi lebih baik. Allah tidak akan menguji hambaNya dengan sesuatu yg tidak mampu kita tanggung, percayalah. Dan jgn berkata kita beriman jika tidak mahu diuji..
    'Do men think that they will be left alone on saying we believed, but not be tried?- surah al-ankaboot ayat 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. true... sama-sama kita merenung kembali..

      Delete
  4. :) Pada saya ini komen yang agak positif sekitar penerimaan berita adik Firdaus ni. Banyak yang saya baca, semua kondem maknya. Enough is enough...we couldn't help but don't add more to her stress.~ Banyak sisi lain yang boleh dilihat. Tapi ramai juga nak beri 'hukuman' setimpal ibunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think it was hard for the mother to took care of him alone whilst need to work irregular hours. from the look of the videos, it seems like she do live with him. she locked the gate but not the main door, as if still giving option for the neighbors to help her child if anything happen. but at the same time he was left in a very bad condition where i think she can at least do a lil help on him. but then all in all i have no conclusion regarding her. God knows better. Harapnya pemilik anak kelainan upaya yg lain belajar dari cerita ini.

      Delete
  5. Assalammualaikum Iman @ ER,

    A reality that happen inside our own community that indeed an eye opener for all of us ... Subhanallah .. Doakan yang terbaik untuk adik Firdaus and may life treat him well until Jannah ... Amin ...

    P/S : Please don't stop writing cause what you wrote really have help me to be more positive in life ... Alhamdulillah ... :)

    ReplyDelete
  6. Well terharu sgt & speechless...mmg masyarakat kt pandang jijik dgn OKU even sy sendiri pun yg ada sedikit masalah masy dah terbeliak biji mata tp just ignore them pity them sbb empati xde dlm diri mereka.utk kes adik firdaus sy harapkan semoga pihak yg berkenaan jgn hangat2 tahi ayam je utk membantu & now tabung adik firdaus dah hopefully well manage...

    ReplyDelete
  7. so in this post is very nice.so Nice info..the great post.

    Thanks for sharing
    Specialists Professionals In Bhubaneswar

    ReplyDelete