Join This Site

Saturday, 27 December 2014

Saat cemas banjir 2014

I dont know the real news coverage about flood in Kelantan but I know the real situation there. A lot of the news covered stories in Kota Bharu. This year, we have benteng sepanjang Sungai Kelantan di sebelah Kota Bharu, tidak di sebelah Kampung Laut. Jadi secara logik akalnya kawasan yang biasanya terlebih dahulu mendapat banjir kali ini mengambil masa yang lebih lambat untuk mendapat banjir. Jadi siaran cerita di tengah bandar Kota Bharu pada saya tidak kena walaupun di tengah bandar paras air lebih tinggi dari biasa tetapi situasi di tengah bandar Kota Bharu jauh bezanya dengan situasi di Kampung Laut, Manik Urai, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Dabong dan Lembah Sireh. Kawasan seperti Kampung Laut, Lembah Sireh dan Tumpat terpaksa menelan lebihan air dari Sungai Kelantan pada kapasiti yang luar biasa dari tahun sebelum ini sementelah sebelah Kota Bharu menahan limpahan air sungai.




Contohnya rumah ibu dan ayah saya sendiri yang terletak di kawasan Kampung Banggol. Kami biasa menerima banjir, terlampau biasa jadi untuk panik memang akan mengambil masa. Tapi tidak untuk banjir kali ini. Banyak kawasan yang tidak pernah mendapat banjir terlebih dahulu dinaiki air. Jadi banyak mangsa yang tidak bersedia. Tidak terfikir akan terkena sebegitu teruk. Apabila rumah dinaiki air, ia naik dengan cepat hanya dalam tempoh satu hari dan bila rumah dipenuhi air litar elektrik akan terus terputus. Saat ini mangsa hanya akan bergantung pada battery yang sudah bercas untuk mendapatkan bantuan. Bagaimana pula dengan warga tua yang tidak tahu menggunakan telefon ? Dan bagaimana pula dengan tempoh untuk penyelamat datang memberi bantuan ? Jika paras air teruk, dapur gas sudah tidak dapat digunakan. Bagaimana dengan orang yang miskin ? Yang bekalan manakannya memang untuk sehari dua ? 


Tan Sri Anuar Musa, terharu tengok dia membantu. Alhamdulillah. 

Terus terang dari awal, saya rasa bersalah. Saya rasa bersalah bila salah seorang follower IG saya meletakkan komen di gambar saya dengan tag #prayforpantaitimur pada gambar yang tiada kena mengena dengan banjir. Pada waktu itu saya tahu desas desus banjir teruk akan datang tapi saya tidak mendengar perihal banjir sudah tiba. Jadi saya tidak ambil peduli. Keluarga masih dalam keadaan bersedia. Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, kami biasa menerima banjir jadi saya tidak cemas. 

Hinggalah 4 hari lepas 23 December 2014...

adik lelaki usia 23 tahun mesej minta tolong hantar duit dia nak beli makanan. Katanya dah nak balik ke Kampung Laut dari rumah umi dan ayah. Kakinya masih tidak seratus peratus pulih dari pembedahan. Masih bertongkat. Masih perlu ke hospital setiap 2 minggu untuk membersihkan kesan pembedahan luka dan isi kaki masih kelihatan jika simen dibuka. Dia baru nak berjinak dengan bisnes kerepek pisang dengan kawannya. Ibu si kawan ibu tunggal dengan seorang lagi anak usia 10 tahun. Dia ke KB bawa kerepek yang kami pesan. Temujanji dengan doktor terlepas jadi dia terus minta di hantar ke Kampung Laut. Saya tahu memang dia tak berduit. Bisnes baru nak jalan dan bukan kontraktor besar, meniaga kerepek sahaja tapi saya lambat memberi. Lambat. Bila dia dah sampai di Kampung Laut, dia mesej lagi katanya bekalan makanan dah tak ada. Saya tahu si kawan juga keluarga susah. Saya memang kesian tapi saya lambat. Entah kenapa saya rasa terbeban. Was-was. Betul ke duit tu nak beli makanan? Sebelum ni saya dah hantar duit untuk bisnesnya. Saya sempat marahkan dia. Saya transferkan duit tapi mereka tak sempat keluarkan. 
Rupanya Tan Sri pun sama macam saya, start 23.12.14

24 Disember 2014...

Saya tanya mereka dah beli makanan ? Katanya air dah hampir naik atas rumah. Rumahnya setinggi 50cm dari aras tanah. Air naik dengan cepat. Tak sempat nak keluar. 

12:02 tgh hari, dia mesej air dah masuk dalam rumah. 
17:44 dia tunjuk air dalam rumah paras buku lali. Tunggu penyelamat datang sedari tengah hari tapi tak muncul. 
18:53 masih menunggu penyelamat. Call 999 tak diangkat. 
Kami cuba menelefon segala bantuan yang ada. Risaukan kaki dia kalau terkena kuman. Air banjir bukannya air bersih. 

Wawan, 22:00 : Jiran-jiran tak ada. Gerakan tak datang-datang. Air makin naik. Perut lapar. Makanan tak ada. Dah tak tahan ni. Dah banyak kali call, bantuan cakap dah on the way tapi tak sampai-sampai.

Aku sempat bergurau : Pancing ikan la buat makan. (now I realize its no longer funny when I look again. They are panicking but we thought this is just another flood. Kami biasa dengan banjir kami ingat ia macam banjir sebelum ni. 

Wawan, 22:32 : Gambar di hantar lagi. Air dah sampai tilam dari paras buku lali dan kemudian lutut tadi. 

Kami pun turut panik. dah malam. air naik terlampau cepat. Kampung Laut memang sebelah sungai besar kelantan. Semua nombor penyelamat kami dail. 

Wawan, 23:05 : Mati dalam banjir dah rasa ni.... telefon ke JPAN, katanya mereka tak dapat ke sini, air terlampau laju. Elektrik dah tak ada. Lampu suluh pun tak ada. 

25 December 2014

Adik senyap. Ayah terus ke Balai Polis Palekbang. Jambatan Sultan Ismail masih ok waktu tu. Bandar kota bharu masih boleh guna 4x4. 

Tapi kami kecewa, bila ayah mesej pukul 12.53 pagi: " Tak dapat ke Kampung Laut, air sangat dalam....Polis tak berani pergi...Tunggu esok...."

Mereka tak berani nak ke sana.... Adik senyap lagi. Kami makin bimbang. Kalau kakinya ok kurang sikit risaunya tapi keadaan macam tu, nak berenang pun tak boleh. 

Ayah makin risau. Aku tahu ayah jenis yang sayangkan anak-anaknya sampai boleh lupa diri sendiri. Aku juga turut risau bila dia risau. Takut dia buat tindakan yang kami tak sangka. 

Ayah 8.17 malam : Penyelamat janji nak pergi ambil Wawan tapi hingga sekarang tak pergi lagi. Duduk berdiri dalam air dah dua hari.... Tak makan...Tak minum...Tidur pun tak... Sekarang tengah menangis dalam kesakitan dan kelaparan. 

Pasti adik telefon ayah. Hopeless. We are hopeless bila setiap kali kami telefon semua tak mahu ke sana. To be honest, untuk kami yang merasa this is like saying to us: " We cant do anything to help but why dont we just wait and see? If they can stand not eating and drinking and if they can breath in water they will survive if they dont then.... we are letting them die slowly in the water. "

You can say anything you want.This is very much like watching your beloved one dying slowly! Kami dah terputus hubungan dengan mereka. Penyelamat memang tak mahu ke sana. dan kami tahu air makin naik. Devastated. I cant sleep. I had been thinking about many possibilities. Aku percaya tawakal itu usaha dan pada masa yang sama akui yang semua tu di tangan Allah. Aku muat naik berkenaan banjir begitu banyak di IG (mungkin ada yang annoyed aku faham). Aku minta bantuan. Lebih banyak bantuan. Memang dah ada bantuan tapi mereka tak mahu ke sana, jadi aku fikir mungkin perlu yang lebih professional ? Tentera laut ? Boat apa yang mampu harung air laju ? Tak ada badan beruniform di Malaysia yang mampu berenang dalam arus deras ? 
Aku fikir. Aku fikir solusi. Apa pilihan yang ada ? Walaupun mereka di IG dah sibuk kata aku menuding jari. Ini bukan menuding jari, ini creating chaos as an act of asking for emergency help. Human are designed to be this way so that they can save themselves. Aku tak nak kata, "yela tak kena kat kau". Keadaan banjir di Kelantan sudah berhari-hari, kerajaan isytiharkan untuk hantar bantuan federal pada 25 December malam. Ada berita keluarkan 26 Dec awal pagi Malaysia. Aku sedikit lega bila kenyataan begitu keluar. Aku fikir solusi untuk adik aku. Aku fikir-fikir, dah tak ada apa dah yang aku boleh buat. Aku dah letak alamat adik di FB yang sebarkan berita pasal banjir. Kalau lah pihak berwajib atau orang sekeliling nampak dan ambil tindakan. Aku update status facebook malam tu juga bukan sebab nak simpati, tapi aku nakkan doa. Aku update juga dalam IG atas sebab yang sama. Aku percaya pada kuasa doa walaupun aku tak suka berkongsi hal keluarga dengan orang luar. Aku rela buat muka tak ada masalah bila jumpa kawan-kawan daripada beritahu mereka masalah keluarga aku. 
Akhirnya aku tenung siling,aku tidur dengan pasrah, " Ya Allah, aku dah cuba... Semua nyawa di tangan Mu... "

26 December 2014

Saya tersedar. Pukul 3.41 pagi waktu UK. Terus saya capai telefon. Hati rasa tak sedap. Ada beberapa mesej dari keluarga di Whatsapp group family. 

Umi 8.21 am : Air makin naik walaupun tak ada hujan. Ya Allah, ampunilah dosa kami. Ya Allah tolonglah kami. 
Adni 10.15 am: Kat mana dapat sewa heli di kawasan Kota Bharu ?
Taqwa : Wawan terputus hubungan. Ayah tengah bersiap nak minta bantuan. Ayah gi sendiri ke Balai Polis Palekbang. 
Adni : Doakan supaya semua selamat.

Aku makin berdebar. Dari rumah kami ke Kampung Laut jaraknya 16 km. Dia diseberang sungai sana. Perlu lalui jambatan. Perlu lalui air banjir di tengah bandar yang mana pada aku tidak teruk walaupun separas dada dan air laju tapi yang aku bimbang sebelah sana. Airnya laju. Dalam. Dua jam menunggu baru ada update dari adik. 

Adni 2.08 pm : Ayah call. Dia tgh lawan arus di Kampung Laut. Sorang pun tak ada kat kawasan tu. Doakan ayah selamat. 

What else should I feel ? My father aged 58 is there swimming in an area where the life savers said they dont dare to go. What should I feel ? When bomba, polis, JPAN sendiri tak nak pergi ke kawasan tu tapi ayah sedang pertarungkan nyawanya di sana ? Allahuakbar... Ya Allah.... Semua harapan hanya pada Allah. Allah sahaja yang dapat tolong. 

Aku bangun dari katil. Hati pasrah. Berdebar. Aku tunaikan solat taubat dan tahajud. Doakan kesejahteraan mereka. Aku baca surah Nuh. Surah Hud ayat 42-43 bagaikan terkena pada kami. 

Hud ayat 42-43: And it sailed with them through waves like mountains, and Noah called to his son who was apart [from them], "O my son, come aboard with us and be not with the disbelievers."[But] he said, "I will take refuge on a mountain to protect me from the water." [Noah] said, "There is no protector today from the decree of Allah , except for whom He gives mercy." And the waves came between them, and he was among the drowned.

Sungguh tiada pertolongan melainkan pertolongan Allah. Tiada yang selamat melainkan yang Dia berikan Rahmat dan belas kasihan. Aku pohon Allah berikan belas pada mereka. 

Aku tunggu update sampai Subuh. Tak ada. Pasrah lagi. Apa lagi yang termampu ? Akhirnya tertidur dalam pukul 7 pagi. Bila sedar pukul 10.30 ada mesej dari ayah. 

Ayah, 6.31 pm : Alhamdulillah Wawan (Mohd Auni) dapat diselamatkan setelah 3 hari 3 malam tidak makan dan minum. 

Allahu akbar ! Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mendengar. Terus aku bangun. Sujud syukur dan tunaikan solat sunat duha. Allah sahaja pelindung kami. Bukan manusia. Langsung bukan manusia. 

Kata ayah, sewaktu berenang ke sana dia berjumpa dengan bot JPAN. Dia minta JPAN ke rumah adik. Bila sampai ke sana kata mereka tak dapat masuk ke kawasan rumah mereka dan air di situ laju. Sudah 3 hari. Itulah alasan atau sebab yang kami dengar bila menelefon. Air laju dan tidak selamat untuk ke sana tapi Allah berikan juga kekuatan kasih sayang seorang ayah pada anaknya, ayah sendiri yang terjun dalam arus dengan membawa 4 jaket keselamatan untuk adik dan keluarga kawan. Arus yang pada polis, bomba dan JPAN, jika mereka berenang di situ mungkin akan menggadai nyawa mereka. Pada saya kekuatan hati ayah saya itu adalah kuasa Allah. Dia berenang dari rumah ke boat dengan menarik mereka satu persatu. Kemudian ke rumah sebelah, membantu dua warga emas usia 80-an yang terperangkap dalam air separas dada ayah saya (175cm - ya air dalam rumah) Bayangkan orang tua menahan air sedalam tu dalam rumah. Nak keluar tak boleh. Bila dalam rumah paras dada ayah, bila turun rumah ia sudah hampir 2meter. Allahu akbar...saya tak dapat bayangkan macam mana orang boleh biarkan golongan seperti dalam air selama 3 hari.... Anak-anak tak dapat datang menolong... Mashaa Allah... Semua kuasa Allah. Alhamdulillah Allah panjangkan nyawa semua. 



Ini 26.12.2014 masih baru, dan air tak makin surut. Alhamdulillan Tan Sri dengan Dato Pa memang turun padang. Kerah bantuan. Lepas Tan Sri turun baru orang pakat datang turun bantu. 


Saya katakan dalam IG, untuk tempat kritikal mintalah bantuan askar. Askar dilatih berlainan dengan mereka yang lain. Bukan menuding jari mereka tak membuat kerja, tapi untuk nyawa-nyawa yang mengharapkan bantuan, jika ada lagi kes sebegini  dan pastinya ramai yang memberitahu banyak sahaja kes begini yang mana penyelamatn tidak berani ke kawasan tersebut kerana arus deras, letaklah mereka yang ada kemampuan untuk membantu dalam keadaan begitu. Ukur baju di badan mereka sebelum berikan mereka tugas, jadi kita tak sia-siakan tenaga yang ada. Kita tahu askar masih membantu mereka di Kuala Krai, Tanah Merah, Dabong, Jeli. Kalau dalam portal banjir tu ada termaktud di situ mana kawasan kritikal mana tak... Askar yang diletakkan di sekolah untuk tolong memasak di negeri lain, mungkin boleh ke tempat kritikal di Kelantan, dan bomba atau polis yang bertugas di Kelantan boleh diswap lokasi tugas. 

Entah la, kadang rasa macam why am i so concern bila luahan dikatakan menuding jari ? Tapi selaku manusia aku ada kembimbangan manusiawi bila sudah menyaksikan dan merasai sendiri bagaimana 999, polis, bomba dan JPAN tidak dapat membantu. 

Masih ada di IG yang mohon bantuan. terus dari follower aku sendiri. 
Pak cik sendiri di Kuala Kerai naik ke bukit sudah dua hari tak makan. Kami terputus hubungan. Moga mereka sudah diberikan bantuan. 
Di facebook banyak yang masih mohon bantuan, terperangkap. aku sendiri minta bantuan melalui facebook bila desperate dah tak tahu nak minta tolong macam mana lagi dah. Dengan harapan ada yang perasan, ada kemampuan dan bantu. Tapi aku sentap bila ada yang senang lenang menuduh we are adding dramas through the social media ? Wallahi jangan sampai kami doa yang bukan-bukan pada kamu. Kami sabar walaupun kami tercalar. Allahu akbar.... 

To be honest, bila ada yang menyebut, " Tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan rumah mereka lepas banjir. Barang-barang kerugian... "

Jujur aku katakan, langsung tak pernah terlintas di kepala aku mengenai harta. Ahli keluarga aku semuanya meniaga kecuali aku. Kakak dan abang punyai restoran. Berhempas pulas mereka selamatkan pekerja-pekerja dan barang kedai, setakat mampu. Bahan mentah memang sah tak dapat diselamatkan. Elektrik tak ada, semua akan buruk dan dibuang. Kedai fotostat dengan mesin-mesin yang ada pasti rosak, itu sudah puluhan ribu. Adik aku si Wawan, baru sahaja mula berniaga kerepek. Bahan mentah dan barang jualan dah hilang. Ayah aku sendiri pun sama... tapi tak pernah aku terfikir soal harta. Hanya terlintas bila ditanya. Yang kami fikir hanya nyawa. Itu sahaja. 
Bantuan apa yang diminta ? 
Bantuan penyelamat. Soal lepas banjir nanti dulu, lepas ni fikir. Sekarang ni nyawa mereka yang sedang meminta bantuan.... 

Doakan dan sentiasa doakan keselamatan semua. Kalau ada waktu, mohon juga dibuat solat hajat... Kalau ada kemampuan kewangan mohon didermakan sedikit dana utk mangsa di shelters. Flood management, we need that. 

Ini baru semalam, 26.12.14. Air makin pasang...Ya Allah...Have mercy on us... 
Federal dah datang tolong terasa lega banyak. Itu yang kami kalut minta bantuan. 
Alhamdulillah doakan keadaan pulih. 

Dari peristiwa ni banyak saya belajar dan saya kongsikan di sini tanpa menutub aib sendiri agar kalian tak perlu lalui perkara yang sama : 
1) pergantungan tu hanya pada Allah. 
2) kalau orang meminta jangan dilengahkan dalam memberi. tak akan jatuh miskin dengan memberi. honestly on the same day, saya di fraud RM3000.00+/- (GBP578.00) hari ini baru saya perasan bila telefon bank. Biasanya bank bijak menyekat tapi tidak kali ini. kalau kita takut duit tu kurang, ada banyak cara Allah boleh buat supaya duit kita betul2 hilang. 
3) Jangan pandang remeh sesuatu benda. Bila Allah mahu kita rasa, ada banyak cara Allah boleh letakkan kita dalam situasi yang sama. 

Wsalam wbt. 

If you have your own story, share it here. maybe it can push an alert button for others. 

16 comments:

  1. Den menangis masa baca kisah u ni.sedih sngt2.Allahuakbar...moga u dngn keluarga tabah menghadapi dugaan dr Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semua dah selamat :) tQ for the doa

      Delete
  2. Assalamualaikum, saya benci betul bila org yg tak tahu situasi sebenar menuduh kita exaggerate kan cerita, sedangkan kita bercakap soal nyawa. Ada satu reshare dekat FB dari doctor kat hosp kuala krai minta bantuan. Can u imagine ada mamat ni komen 'manja beno doctor ni!'.
    Ya Allah...mereka meminta utk bantuan krn generator hmpir kehabisan diesel utk menampung ada patient yg guna ventilator. Its a matter of seconds, kalau ventilator tu off patient boleh mati atau jadi vegetative... tak faham kenapa ada manusia yg tidak sensitive langsung..sedih dgn bangsa sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt, exactly. the situation is so un'brain'able.i cant think of why people are being that way ? how their perception have damaging their credibility in making a good judgement. astaghfirullah...

      Delete
  3. honestly, sy pun orang pantai timur dan pernah rasa banjir. saudara mara emmang every year kena. tapi saya tak salahkan orang yang tak faham coz bila saya bercakap dengan orang cmni, dorg takleh nak imagine how worse. bak kata orang, kita tak akan faham if tak rasa. so i dont blame them. just explain. sedih tengok mangsa banjir. hope banjir cepat surut dan kuatkan semangat dorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah thats true one cant imagine when one dont go trough it. i think if one is not being able to understand, please dont mock. the saddest thing to see is when things happen like this the Malaysians are fighting over a two different views on how bad the condition is.

      Delete
    2. huhuhu..me too. annoying. instead tolong mana perlu, they prefer to fight, be a keyboard warrior. this people pun, kita kena doakan agar hati tu bagi lembut sket. faham perasaan orang. ;)

      Delete
  4. Allahuakbar... nak menangis saya baca post ni. sebab apa yg awk lalui sebiji dengan apa yang keluarga kami lalui. every single thing. keluarga saya terperangkap di Kolej Vokasional Kuala Krai.. 3 hari kami call untuk bantuan, semua bagi alasan bot tak boleh masuk, arus deras, heli pon tak boleh sebab cuaca buruk, smpi kan keluarga kat sana minta kami cari heli yang berbayar...sebab air makin naik, waktu tu mereka di tingkat 3 sekolah. sedangkan di manik urai tingkat 3 pon tenggelam, mana kami tak risau. Hari ke 3 baru kami dapat heli yang sanggup ke sana, tu pon tak berjaya pindahkan diorang. mohon share di page FB saya pengalaman2 awak ni ya.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,thanks sbb share..Saya menangis baca sambil doa mintaklah tak berlaku pape dekat wawan and ayah akak..tak dapat bayangkan kalau kemungkinan yg satu lagi tu berlaku..pengorbanan seorang ayah yg tua nak selamatkan zuriatnya..sanggup berenang menghadapi risiko maut..Allahuakhbar!!..sy dapat pengajaran bahawa hanya kepada Allah lah tempat kita mengadu dan bertawakal..thanks again dan semoga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  6. Allahuakhbar , besarnya kebesaran Allah , cerita yang begitu ,menyentuh jiwa .

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar sedihnya..apapun semoga mangsa² banjir semua tabah, tenang & redha atas ujian & dugaan ini Allah menyayangi semuanya..1st time menjejak kaki ke negeri Kelantan..yes falling in love..semoga Kelantan terus maju mengikut syariat Islam..

    ReplyDelete
  8. When someone writes an article he/she keeps the thought of a user in his/her mind that how a user can be aware of it.
    Ivanica

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Kelantan is ok now..cma bnyk rmh yg runtuh..lau tgk dah mcm tsunami..tsunami kecil.. teruk sgt..ksian org kg yg takde tmpt tggl..for 60 years mak ayah sy hdp, prkra ni tak pernah brlaku n it happen dlm sklip mata aje.. subhanallah.. Allah Maha Berkuasa... btw, im proud of our Sultan Kelantan.. sggup turun padang sprti rakyat biase n join org kg tnpa dsdri olh org kg bhw beliau adlh Sultan Kelantan.. Baginda sanggup brmandi lumpur brsma rakyat bgnda bg mmbntu mangsa2 banjir.. Sultan Muhammad ke 4, Sultan Kelantan mmg trbaikkkk 😊

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Sy tinggal kat g Tikat. Sy rasa sis tau kg tu sbb dekat kawasan Banggol je. Kawasan kg sy sgt teruk. Air memang naik atas rumah. Selut tebal. Ada sebuah rumah runtuh. Memang kawasan kg sy kawasan yg terkenal dgn banjir. Tp tak pernah ada lg rumah runtuh walaupun masa 2004 dulu. Jalan pulak terputus terbelah terpecah terobek hampir 500 m. Masa 2004 dulu takde pun jalan runtuh bagai nih. Nak pergi kerja pergi sekolah kena lalu ikut hutan. Jalan sempit sgt. Hutan pulak tempat sarang tuttt... Tak tau bila jalan nak siap. Sedih sgt sbb susah nak keluar beli brg kat KB.

    ReplyDelete
  12. Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.
    pediatric dentist in india

    ReplyDelete