Join This Site

Friday, 25 April 2014

Abang Pilot : Chapter 14 (The End)


Part 14 : 

“ Fath, jom  Fraser. ”

Fath  Azmi  pandang  wajah  sahabatnya  semenjak  mereka  di  Kolej  Yayasan  Saad. Sama-sama  membesar  di  asrama. Zahid  si  kacak  dengan  latar  belakang  keluarga  penuh  misteri. Hanya  dia  yang  tahu  apa  yang  Fath  sorokkan  selama  ini. Selama  5  tahun   Zahid  menolak  cinta  si  gadis  kerana  tidak  mahu  mereka  tahu  mengenai  latar  belakang  keluarganya, hanya  bila  mama  dan  papanya  bercerai  barulah  Zahid  mula  membuka  pintu  hatinya  untuk  gadis  yang  bergelar  Atilia. Itupun  Zahid  tidak  pernah  memberitahu  Atilia  mengenai  papanya, Atilia  hanya  tahu  mengenai  mama  Zahid  yang  sedang  menetap  di  USA. Atilia,  yang  pada  pandangan  Fath  bagaikan  kacang  lupakan  kulit  tapi  mungkin  juga  silap  Zahid  sementelah  setiap  kali  Atilia  mengajaknya  untuk  berkahwin  dahulu  Zahid  yang  masih  belum  bersedia. Apabila  Atilia  semakin  famous  sebagai  seorang  pelakon  dan  pengacara, sewaktu  itu  lamaran  Zahid  pula  yang  seringkali  Atilia  tolak. Kadang, susah  untuk  menuding  jari  kepada  sesiapa, perihal  jodoh  semuanya  ketentuan  Dia  yang  Maha  Kuasa.

“ This  late  hours  mate ? ” Fath  senyum  nipis. Zahid  renung  kelam  malam  di  luar  café  milik  isteri  Zahid, Ilhan. Nafas  berat  dan  keluhan  panjang  daripada  Zahid  jelas  di  telinga  Fath  Azmi.

“ Hmm… Something  is  bugging  me… Kalau  kena  angin  malam  I  think  it  can  clear  up  my  messy  mind. ”

“ Pasal  apa ? Perempuan ? ” Teka   Fath  dalam  renung  dalam. Serius. Zahid  jenis  yang  hopeless  romantic, dia  tidak  mahu  perkara  yang   sama  berulang  lagi  pada  Zahid.

“ You  know  me  well. ” Balas  Zahid  pendek. Suasana  café  masih  meriah  walaupun  sudah  menghampiri  pukul  10.00  malam.

“ Kenapa ? ”

“ Do  you  think  its  sensible  for  me  to  sacrifice  my  career  for  a  woman  I  love ? ” Kali  ini  Zahid  nampak  serius  dan  was-was. Fath  tertawa  kecil. Sampai  macam  tu  sekali  pengorbanan  Zahid ? Zahid  masih  lagi  si  hopeless romantic. Fath  Azmi  menggeleng  tegas.

“ Korang  tengah  bercinta ?”

Zahid  geleng.

“ Dah  berkahwin ? ”

Zahid  geleng  lagi. Fath  buat  muka  sambil  meletakkan   cawan  kopinya.

“ Nasihat  aku  Zahid, jangan  korbankan  sesuatu  untuk  sesuatu  yang  kau  sendiri  tak  pasti. Kalau korang  berdua  dah  kahwin, yes, sacrifice  whatever  you  need  to, to  cherish  your  family.. tapi  kalau  kau  korbankan  sesuatu  hanya  untuk  menagih  cinta… Aku  dengan  tulus  hati  nasihatkan  kau, jangan  buat  macam  tu.”

“ Tapi  kalau  aku  tak  usahakan, tak  cuba  untuk  dapatkan  cinta  dia  we  are  not  gonna  be  a  family  still. ”

Fath  senyum  nipis. “ Cuba  kau  tengok  cerita  kau  dan  Atilia  dulu  atau  aku  dengan  Ilhan… Based  on  my  experience  Zahid… why  don’t  you  just  ask  her  straight  away. Propose  untuk  kahwin  ? Be  sincere  in  loving  her  and  kau  sendiri  pun  kena  tahu, kalau  dah  bukan  jodoh  kau  usaha  pun  tak  ada  gunanya. Usaha  yang  sepatutnya  bukan  dengan  cara  menggoda  perempuan  untuk  jadi  kekasih  tanpa  ikatan  perkahwinan  tapi  jumpa  mak  ayah  dia, masuk  meminang  dengan  cara  yang  betul. Treat  her  as  a  woman  with  dignity. ”

Zahid  mengeluh  lagi. Masalahnya  Lea  Natasha  bukan  perempuan  yang  mahukan  ikatan  perkahwinan  macam  tu… Ah,  tapi  belum  cuba  siapa  tahu ?

“ Tapi  kalau  aku  propose  then  dia  tolak, nanti  hubungan  kita  orang  akan  putus  macam  tu  je. Aku  rasa  we  both  need  to  develop  a  relationship  first. Let  her  know  me  more. Spend  more   time  together…. ”

Fath  ketawa  perlahan  mendengar  hujah  Zahid.

“ Zahid. Secara  teorinya  memanglah  kan… tapi  secara  realitinya  tak  macam  tu  pun. Cuba  kau  buka  mata  luas-luas, orang  yang  bercinta  10  tahun  boleh  berpisah  tapi  orang  yang  tak  pernah  jumpa  boleh  kahwin  dan  hidup  bahagia  sampai  hujung  nyawa. Kalau  dah  jodoh, tak  akan  ke  mana.  If  you  are  a man  you  will  ask  for  her  hand  like  a  man. ”

Zahid  diam. Kopi  pekat  diteguknya  lagi. Dia  jeling  sekilas  pada  Fath. Dia  pun  tahu  kisah  cinta  Fath  Azmi  dengan  Ilhan. Cinta  selepas  kahwin. Bahagia  sampai  sekarang.

“ Aku  baru  je  kenal  dia… Aku  cuba  jugalah  ‘try’  dia  by  calling  her  or  asked  her  out  tapi  dia  hanya  layan  urusan  kerja  je… So  the  only  way  untuk  aku  rapat  dengan  dia  is  through  my  part  time  job  as  a  model. ”

“ Then  now ? Kau  nak  tinggalkan  kerja  juruterbang  yang  kau  spend  bertahun  belajar   untuk  ‘rapat’  dengan  seorang  gadis  yang  kau  sendiri  pun  belum  pasti  akan  jadi  milik  kau ? ”

“ Haha..Fath, kau  buat  isu  ni  jadi  serius ! ” Zahid  ketawa  perlahan.

“ When  it  comes  to  your  heart, career  and  life  it  is  a  serious  issue  mate. Macam  ni, kau  propose  je  dulu. Kalau  dia  tolak, baru  kau  usaha  lebih  sikit. Tak  payah  nak  kerja  model  ke  apa. Kalau  betul  dia  suka  kau, dah  tertulis  untuk  jadi  milik  kau, then  fret  not, she  will  be  yours. If  she  loves  you  too  walaupun   kau  hadir  sekejap  je  dalam  hidup  dia, you’ll  leave  a  print  in  her  heart  but  if  you’re  meant  nothing  to  her, no  matter  how  long  you  stay  it  won’t  change  anything. ”

Zahid diam. Ada  betulnya  kata-kata  Fath  Azmi. Cinta. Kahwin....

Apa  perasaan  dia  pada  Lea  sebenarnya ?

Ingin  memiliki ?

Ingin  bersama  sampai  mati ?

Dia  ingin  menjaga  Lea, menempa  bahagia  bersama, menempuh  dugaan   bersama... To  give  love  in  order  to  create  a  greater  love. Padanya  Lea  perempuan  yang  sentiasa  positif  dengan  hidup, walaupun  mungkin  Lea  tidak  secantik  Atilia  tetapi  dia  lebih  yakin  untuk  melalui  kehidupannya  bersama  Lea  Natasha  berbanding  dengan  Atilia….

**********

“ Hi  Zahid..!!! ” Senyum  lebar  Lea  Natasha  buatkan  Zahid  bahagia. Dari  jauh  Lea  melambaikan  tangan  padanya. Dia  yang  mengajak  Lea  untuk  berjumpa. Sangka  Lea  semua  ini  atas  sebab  kerja. Mungkin  Zahid  benar-benar  serius  untuk  berlakon ?

Restoran  The  Garden  yang  dipilih  oleh  Zahid  sebagai  tempat  pertemuan  mereka. Agak  fancy  pada  pandangan  Lea. Dengan  bunga-bungaan  memenuhi  ruang  restoran  dan  hiasan  ala  fairytales. Tak  dia  sangka  selera  Zahid  boleh  tahan  feminine.

“ Lea ! Here. ”

Kerusi  ditarik  oleh  Zahid  untuk  memberikan  ruang  untuk  Lea  duduk. Lea  senyum  girang.

“ So…gentleman  Mr  Zahid. With  this  perfect  figure  and  a  perfect  attitude, you  are  ready  to  debut, I  bet. ”

Komen  Lea  buatkan  Zahid  telan  liur. Macam  mana  reaksi  Lea  nanti  bila  tahu  dia  mahu  berhenti ? Mahu  focus  pada  kerjaya  sedia  ada  dan  mahu  melamar  Lea ? No  more  beating  around  the  bush  and  approach  the  issue  like  a  man.

Kerja  gila. Atau  mungkin  Lea  akan  sangkakan  dia  gila. Habisnya  Zahid  senyum  nipis. Serba  salah.

“ Anything  to  order ? ” Soal  Zahid  cuba  untuk  menukar  topik. Lea  pandang  dia  dengan  mata  bersinar  ceria.

“ You  belanja  kan ? ”                                                                        

“ Yeah  definitely  Lea. ” Zahid  senyum  lebar. Anak  mata  Lea  yang  penuh  ikhlas  dan  ceria  bagaikan  ubat  penenang  jiwanya.

Sakan  Lea  memesan  tapi  Zahid  langsung  tak  ambil  hati, malah  dia  suka. Suka  tengok  Lea  makan  beriya  tapi  tubuh  tetap  kecil  sahaja.

“ Ada  drama  baru  kat  TV3, dorang  nak  pakai  pelakon  tambahan. Wanna  give  a  try ? ”
Sambil  makan  sempat  Lea  membuka  cerita  tentang  kerja. Zahid  yang  baru  hendak  meneguk  air  terhenti. Nafasnya  ditarik  panjang. Macam  mana  dia  nak  mulakan ? Apa  yang  patut  dia  beritahu  terlebih  dahulu ? Keputusannya  untuk  tidak  lagi  berkolaborasi  dengan  Lea  atau  keputusannya  untuk  melamar  Lea  sebagai  teman  hidupnya ?

“ Lea. ” Serius   suara  Zahid. Lea  pandang  Zahid  dengan  mata  bundar. Keningnya  dijongketkan  sedikit. 

“ Saya… Saya  nak  jadi  watak  utama. ”

“ Hahahahaha…!!!” Sakan  Lea  ketawa. “ That  is  ambitious! ”

Zahid  pejam  mata. Tarik  nafas.

“ Saya  nak  jadi  watak  utama  dalam  hidup  awak. ”

Lea  diam. Berkerut  dahinya  cuba  memahami. Apa  maksud  Zahid ?

“ As  in ? ”

“ Please  be  my  wife. ”

Lea  diam  tak   terkutik. Buntang  mata  memerhatikan  Zahid. Saat  yang  sama  restoran  mula  memainkan  lagu  Ellie  Goulding, How  Long  Will  I  Love  You. 



**************

Sudah  3  bulan  Lea  tidak  bertemu  Zahid. Selepas  peristiwa  lamaran  mengejut  daripada  Zahid, yang  dia  terima  hanyalah  jambangan  bunga  daripada  Zahid. Hampir  setiap  hari  dia  menerimanya… Jambangan  bunga  dengan  nota  yang  sama :

Please, be  the  princess  and  the  queen  of  my  heart. Halal and toyyiban.

Dan  setiap  kali  itu  jugalah  Lea  akan  membuang  jambangan  bunga  tersebut. Dia  tahu  Zahid  ada  memerhati.

Tak  kan  langsung  tak  ada  sekelumit  rasa  cinta  dia  pada  Zahid ?

Lea  akui  hadirnya  Zahid   buatkan  hidupnya  kembali  ceria. Rezeki  dia  semakin  bertambah. Jumlah  model  yang  dia  uruskan  juga  semakin  bertambah  walaupun  Zahid  menarik  diri, tetapi  sekarang  bukanlah  masanya  untuk  dia  bercinta…dan  Lea  takut  dia  akan  hilang  orang  yang  dia  sayang  seperti  hilangnya  ibu  dan  ayahnya  dulu  dari  hidupnya. Terlalu  menyayangi  sentiasa  buatkan  hatinya  lara…. Biarlah  dia  pendam  perasaannya  pada  Zahid…. Suatu  masa  rasa  yang  ada  dalam  hatinya  akan  hilang  jua. Dia  pasti.

Langit  cerah  diperhatikan  oleh  Lea  sebelum  dia  memasuki  keretanya. Bersiap  untuk  berjumpa  seorang  lagi  bakal  model  yang  akan  dijaganya. Mungkin  jika  jumlah  mereka  menjadi  5, Lea  akan  mendaftarkan  syarikat  agensi  permodelan  nanti. Mungkin  juga  dia  akan  meminta  Ferhad  untuk  menjadi  rakan  kongsi, melatih  dan  memberikan  arah  tuju  yang  lebih  baik  untuk  mereka.

“ Pip…Pip….!!! ”

Seorang  lelaki  muda  dengan  motor  berhenti  di  hadapan  rumahnya. Sejambak  bunga  ada  di  tangannya. Biasanya  setiap  pagi  sebelum  Lea   keluar  jambangan  bunga  sudah  sedia  ada  di  hadapan  rumahnya,  cuma  kali  ini  orang  lain  yang  menghantarnya. Lea  turun  dari  kereta  dan  menghampiri  lelaki  tersebut.

“ Lea  Natasha ? ”

Lea  angguk.

“ Bunga  ni  untuk  awak… ”

“ Owh…thank  you. ”

Bunga  lily  putih  dengan  mawar  merah  jambu. Biasanya  mawar  merah  dengan  baby’s  breath. Nota  di  kad  dibacanya.

‘ Penerbangan  saya  awal  pagi, tak  sempat  nak  hantar  sendiri, but  still… please  be  the  princess  and  the  queen  of  my  heart. Halal and toyyiban J Lusa  baru  saya  balik  dari  Beijing. I  will  get  China’s Peonies  for  you. Take  care.’

Lea  senyum. Zahid  tak  pernah  kenal  erti  putus  asa. Tulus  benarkah  cinta  Zahid  pada  dia ? Lea  ingat  satu  nota  daripada  Zahid,

‘ I  have  the  intuition  that  you’re  the  one  I  will  love  till  death… ’

Lea  senyum  lagi. Masih  terlalu  awal  untuk  mengakui  perkara  sebegitu. Masih  panjang  perjalanan  hidup   mereka. Tiada  satu  pun  yang  pasti  dalam  hidup  terutamanya  cinta.

*************
“ Lea, termenung  nampak ? Ingat  Zahid  ke ? ”

Farah  menepuk  peha  Lea. Semenjak  dua  menjak  ni  Lea  Nampak  agak  lain. Selalu  berkhayal, macam  gaya  orang  bercinta  tapi  dia  tahu  Lea  keras  hati.

Lea  jeling  Farah. Farah   tahu  pasal  si  Zahid.

“ Jangan  nak  berdalih  sangat  Lea… Kau  ni  sejak  dua, tiga  minggu  lepas  asyik  termenung…je… 

Kalau  kau  suka  Zahid, don’t  complicate  things  la  kawan… Admit  it. Senang. Cut  it  short. Get  married  and  be  happy. ”

“ Haih, kau  ni… kahwin  tu  satu  komitmen  kau  tahu ? Belum  tentu  bahagia. ”

“ Bahagia  atau  tak, semua  tu  atas  usaha  kita  Lea. Usaha  kita  dan  pasangan  kita. Perkahwinan  bukan  a  happy  ending, tapi  ia  satu  permulaan. It’s  like  an  empty  box. Kau  dengan  pasangan  yang  akan  isi  kotak  tu  samada  dengan  kasih  sayang  atau  hatred… ”

Lea  mengeluh  lagi. Ibu  dan  ayahnya  pun   bahagia  hingga  keduanya  meninggalkan  dunia  ini…Bukan  kecurangan  yang  Lea  takut, dia  cuma  takut  kehilangan.  Takut  bila  mereka  berkahwin  dia  akan  mula  bergantung  pada  Zahid  dan  bila  ditakdirkan  dia  akan  kehilangan  Zahid, mungkin  dia  sudah  tak  mampu  untuk  berdiri  sendiri  lagi. Dia  takut  untuk  melalui  perkara  yang  sama  lagi.

Makanan  di  dalam  pinggan  dikuis  perlahan  oleh  Lea. Bayang  wajah  Zahid  semakin  kuat  diingatannya. Mungkin  sebab  dia  tahu  Zahid  sekarang  jauh  daripadanya. Jauh  daripada  Malaysia… Mungkin  itu  penyebab  rindunya  kini. Rindu ?

Lea  senyum  sendiri. Lea…Lea… dia  sendiri  tahu  Zahid  memang  ada  di  dalam  hatinya, cuma  logic  akal  sentiasa  menidakkan  keputusan  hatinya. Ah, biarlah  dulu…

“ Kau  nak  pergi  mana  lepas  ni  Farah ? ”

Makanan  disuap  sambil  bertanyakan  kawannya  yang  berada  di  kerusi  di  hadapannya. Tiada  jawapan  daripada  Farah. Bila  wajah  Farah  dia  perhatikan, satu  perasaan  pelik  menular. Kenapa  dengan  Farah ?

Wajah  sahabatnya  nampak  pucat. Buntang  mata  Farah  memerhatikan  sesuatu  di  belakangnya. Lea  turut  berpaling.

Skrin  tv. Berita  terkini  daripada  TV3. Ada  wajah  dua  lelaki  berpakaian  juruterbang. Zahid.

‘ Pesawat  Malaysia  Airlines, MH370  yang  menuju  ke  Beijing  pada  pukul  5.30  pagi  tadi  tidak  dapat  dikesan  daripada  radar  dan  terputus  hubungan  dengan  pusat  kawalan  semenjak  5  jam  lepas. Ia  dipercayai  terhempas  di  laut  China  Selatan, walau  bagaimanapun  sebarang  pengesahan  tidak  dapat  dibuat  dan  pihak  Malaysia  Airlines  dan  kerajaan  Malaysia  sedang  giat  melakukan  pencarian… ’

Sudu  yang  berada  di  tangan  Lea  terlepas  ke  lantai. Luluh  dan  lembik  seluruh  badannya. Wajah  Zahid  di  kaca  tv  diperhatikan. Kosong. Jiwanya  terasa  kosong. Gambar  Zahid  bagaikan  berbicara  dengannya. Senyuman  Zahid. Bualan  dan  sikap  Zahid  yang  selalu  mengambil  berat  tentang  dirinya…. Manik  suam  menitis  di  pipinya… Suasana  restoran  bagaikan  kelam  pada  pandangannya  kini..

“ Lea ! ”

Suara  Farah  bergema  di  gegendang  telinganya  tetapi  tubuhnya  terlalu  lemah  untuk  memberikan  apa-apa  reaksi. Segalanya  kelam  kini.

*********

Sudah  hampir  sebulan… Pencarian  masih  diteruskan… Pelbagai  spekulasi  yang  media  keluarkan  tentang  MH370  hingga  ada  yang  sanggup  menuduh  Zahid  adalah  salah  seorang  dalang ? Sakit. Sakit  hati  Lea  membaca  berita  sebegitu. Mereka  tidak  kenal  Zahid !

‘ Awak  tak  takut  ke  kerja  pilot  ni  Zahid ? ’

‘ Semua  kerja  ada  risikonya  Lea… Nak  jadi  pilot  kena  kuat  fizikal  dan  mental. Bawa  kapal  terbang  ni  banyak  risiko… When  you  are  entering  the  space (sky), many  things  could  happen…. And  as  a  pilot  we  are  responsible  for  hundreds  of  lives  flying  with  us…So  kami  kena sentiasa  bersedia  atas  segala  kesmungkinan  demi  memastikan  we  arrive  on  time  and  safely. ’ Zahid  ketawa. ‘ Skema  pula  jawapan  saya… but  till  death, I do  want  to  be  a  pilot  . That’s  how  much  I  love  my  job. ’

Lea  telan  liur.

‘Till  death  I  do  want  to  be  a  pilot. ’

‘ I  have  the  intuition  that  you’re  the  one  I  will  love  till  death… ’

Suara  Zahid  bagaikan  bergema  di  telinganya. Air  mata  menitis  lagi. Laju   membasahi  wajah  Lea. Zahid… please  don’t  die  yet. Bila  awak  balik, I  will  be  your  princess  and  your  queen…

Sangkanya  hatinya   akan  terjaga, tidak  akan  terluka  andai  dia  kehilangan  Zahid  dengan  menolak  cinta  lelaki  itu…tapi  rupanya  perasaannya  kini  lebih  menyakitkan  daripada  kehilangan  kedua  ibu  bapanya  dulu.

Menyintai  tetapi  menidakkan  sebuah  cinta. Menyangka  yang  mereka  berdua  masih  punyai  masa  yang  lama… Dan  semuanya  bagaikan  berkecai. Tidak  kesampaian. Sesak  dadanya  memikirkan  semua  ini…
Seringkali  Lea  menyalahkan  diri  sendiri. Menyesali  kedegilannya  selama  ini. Tambah  sesal  bila  Zahid  pergi  dalam  keadaan  dia  seringkali  mengecewakan  Zahid.

Tempoh  3  bulan  selama  ini…andai  dia  mengambil  keputusan  yang  lebih  mudah, lebih  ringkas, mungkin  dia  dapat  memberikan  kebahagiaan  yang  selama  ini  Zahid  impikan  sebelum  semua  ini  berlaku…

Silap  dirinya  kerana  menyangka  tempoh  hayat  manusia  semuanya  sama.

Silap  dirinya  kerana  terlalu  yakin  dengan  masa  depan  mereka.

Hati, tidak  akan  pernah  menipu  walaupun  bibir  seringkali  menidakkan. Sakitnya  kehilangan  tetap  terasa  walaupun  berpuluh  kali  dia  menidakkan  cinta  mereka…. Kini  Lea  faham, apa  ertinya  kehilangan. Ia  satu  peringatan  yang  segalanya  tidak  akan  kekal.

Pohon  yang  menghijau  akan  luruh  daunnya.

Bunga  yang  mekar  akan  hilang  kelopaknya.

Manusia  yang  hidup, senyum  ceria  juga  akan  pergi  jua…

Semua  yang  ada  didunia  tidak  pernah  kekal. Hatta  awan  dan  tanah  seringkali  bertukar-tukar.

Itu  semua  peringatan. Peringatan  pada  manusia, pada  dirinya  yang  setiap  yang  ada  di  hadapan  matanya  hanyalah  pinjaman. Bagi  yang  berfikir, ia  memmberikan  kesedaran  tentang  masa  depan. Masa  depan  yang  lebih  jauh  melangkaui  dunia. Akhirat.

Ya, akhirat… Satu  destinasi  yang  pasti… Sudah  lama  Lea  lalai  dan  alpa… Sudah  lama  Lea  menyalahkan  Tuhan  atas  apa  yang  menimpa  dirinya… Kini  dia  sedar, menidakkan  apa  yang  berlaku, menyalahkan  apa  yang  berlaku  itu  sebenarnya  lemah. Dia  perlu  faham  apa  yang  Tuhan  cuba  sampaikan  padanya.

Kehilangan  adalah  sesuatu  yang  pasti  akan  dilalui  dalam  kehidupan. Selagi  ia  masih  dalam  pinjaman  Tuhan  pada  dirinya  dia  sepatutnya  menghargainya…

‘ Zahid, andai  awak  masih  di  sini, pulanglah…. Andai  awak  sudah  di  sana, berbahagialah  di  samping  Dia… Saya  juga  akan  ke  sana, cuma  masanya  saya  tidak  tahu  bila  tapi  Dia  tahu…Dia  tahu  bila  saya  akan  ke  sana  sebelum  lahirnya  saya  ke  dunia. ’

Air  matanya  menitis  lagi… Doa. Itu  sahajalah  yang  mampu  Lea  titipkan. Zahid  sentiasa  wujud  di  dalam  doa  Lea. Selamanya…

‘Ampunkan  aku  Tuhan…aku  hamba  yang  hina…

Sujud  Lea  di  tikar  sejadah.




- THE END - 

p/s : takziah dan ingatan tulus kepada semua mangsa MH370... Moga semuanya di bawah jagaan Allah samada masih di sini atau sudah di sana... wsalam wbt.. Al-Fatihah pada yang beragama Islam.

What had happen to MH370 is something shocking. I know many of us dont want this story to lead to MH370, but the truth is, there are hundreds of families who are experiencing what Lea is experiencing. We always want a happy ending (but even in this story we never knew what is actually happening to the airplane). This story is dedicated to those on board and for us to reflect and share the sorrow. and think before we speculate on the story of MH370. God bless.

your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)