Join This Site

Saturday, 12 September 2015

Dia Si Gadis 'Unicorn' Part 2

Dia Si Gadis Unicorn 2

Esoknya  Irina  sudah  ke  pejabat. Langsung  tidak  mengendahkan  nasihat  Ray  supaya  dia  mengambil  cuti. Matanya  tertancap  pada  skrin  komputer. Menganalisa  data  prestasi  bahan  bangunan  yang  dia  sedang  bangunkan  kini. Campuran  beberapa  bahan  berlainan  di  lapiskan  bersama  dengan  ketebalan  berbeza  untuk  menghasilkan  dinding  bangunan  yang  lebih  tahan  haba, tahan  lama  dan  ringan. Dia  bertanggungjawab  di  peringkat  reka  bentuk  yang  mana   melibatkan  software  khusus. Prestasi  haba  bahan  dapat  dia  jangka  melalui  kiraan  yang  dibuat  oleh  software  tersebut. Projek itu  baru  sahaja  dia  mulakan  dan  dia  pasti  ia  dapat  membantu  meningkat  prestasi  bangunan  di  negara  ini. Cumanya  di  sini  kebanyakan  kotraktor  lebih  selesa  dengan  teknologi  lama  dan  agak  takut  dengan  pembaharuan.

‘ Awak  kerja  kuat. Perlu  makan  makanan  berkhasiat… Jangan  lupa, mata  awak  pun  perlukan  rehat  setiap  10  minit… ’
Irina  tersentak. Suara  Ray  semalam  terngiang - ngiang  di  telinganya. Dia  perhatikan  jam  di  komputer. Sudah  2  jam  dia  duduk  mengahadap  kerja. Langsung  dia  tidak  perasan. Irina  bangun  meregangkan  urat, berjalan  ke  tingkap  kaca  dan  memerhatikan  bangunan-bangunan  pencakar  langit  yang  tumbuh  bagaikan  cendawan  di  tengah  kota  raya  Kuala  Lumpur.

‘ Hidup…. Bagaikan  satu  pertandingan… Yang  lemah  di  pijak  tapi  yang  dipijak  tidak  akan  selamanya  lemah… ’ Bisik  Irina  sendiri. Manusia  yang  bersesak  di  bawah  diperhatikan  olehnya. Pada  Irina,  dia  sudah  biasa  memaksa  diri  bekerja  kuat  sedari  dia  kecil.. Sejarah  hidupnya  membuatkan  dia  sangat  berhati-hati  mempercayai  manusia  lain. Pada  dia  hatta  keluarga  sendiri  pun  belum  tentu  boleh  dia  percayai. Sejak  dulu  lagi  dia  sebatang  kara. Ayah  meninggal  sewaktu  dia  seusia  4  tahun. Apabila  ayahnya  tiada, dia  ditinggalkan  oleh  ibunya  di  bawah  jagaan  arwah  nenek. Manakala  ibu  pula  ke  Kuala  Lumpur  mencari  kerja. Tahun  pertama  ibu  selalu  pulang  ke  kampong  menjengahnya, tapi  lama  kelamaan  pulangnya  hanya  sekali  setahun. Apabila  ibu  mula  berkahwin  lain , tiada  lagi  khabar  berita  dari  ibu. Yang  ada  cuma  kiriman  wang  kepadanya  saban  bulan  hingga  dia  menginjak  15  tahun. Irina  ketap  bibir. Dia  benci  bila  bayangan  lama  mula  datang  menyentuh  kotak  memorinya.

‘ Tok…Tok… ’  bunyi  ketukan  di  pintu  biliknya  mengembalikan  Irina  pada  realiti  kehidupan.
‘ Jangan  ingat  lagi  Irina. ’ bisik  hati  kecilnya  seraya  dia  menyuruh  orang  yang  mengetuk  masuk. Zetty  setiausaha  kepada  Ray  menjengah  masuk. “ Cik  Irina, bos  panggil  ke  bilik. ”

Zetty  tunggu  di  pintu  memaksa  Irina  untuk  terus  bangun  mengekorinya. Kenapa ? Ada  tugasan  barukah ? Tak  mungkin. Bahagian  ‘product  development’  semuanya  dikendalikan  oleh  dirinya  seorang. Irina  jenis  yang  tidak  banyak  bercakap. Langsung  dia  tidak  tanyakan  pada  Zetty. Dia  hanya  bangun  dan  terus  ke  sana  bersama  telefon  pintarnya. Usai  sampai  Ray  memberikan  isyarat  supaya  Zetty  meninggalkan  dia  dan  Irina.

Wajah  Irina  yang  tidak  beremosi  ditatap  oleh  Ray. Dia  ketap  bibir  menahan  tawa. Serius  je  muka  Irina  bila  di  pejabat. Ray  buat  muka  serius  juga.

“ Duduk. ” Arah  Ray  dengan  wajah  serius  sepertimana  Irina. Irina  terus  duduk  tanpa  banyak  bicara. Menunggu  butir  bicara  daripada  lelaki  yang  membantunya  semalam. Mata  bundar  Irina  dengan  wajah  polosnya  buatkan  Ray  hampir  tesenyum  tapi  dia  berjaya  menahannya. Satu  beg  kertas  dibawa  keluar  oleh  Ray  dan  diletakkan  di  atas  meja. Irina  memerhatikan  dengan  wajah  pelik. Bertambah  pelik  apabila  Ray  mengeluarkan  2  bekas  kedap  udara. Satu  dihulurkan  kepada  Irina  dan  satu  lagi  diletakkan  di  hadapannya. Dengan  wajah  yang  masih serius  dia  memberikan  arahan, “ Saya  nak  awak  makan  bekal  yang  saya  bawakan  ni. ”

Belum  sempat  Irina  bersuara  Ray  terlebih  dahulu  menjampuk, “ Ehem. Jangan  banyak  cakap. Saya  minta  awak  makan  je. Semuanya  halal  dan  toyyiban. Saya  sendiri  yang  sediakan. ”

Merekah  senyuman  Irina  walaupun  masih  ada  tanda  tanya  dalam  riak  wajahnya. Irina  buka  penutup  bekas. Ada  beberapa  biji  tomato  ceri, lobak  merah, sayuran  hijau  dan  ayam  bakar  yang  disusun  dalam bentuk  senyuman. Irina  pandang  wajah  Ray  bagaikan  tidak  percaya.

“ Terima  kasih  Encik  Ray. ”

Ray  senyum  tenang. Bahagia.  “Sama-sama  kasih. ”

Irina  bundarkan  mata. Riaknya  bukan  marah, tetapi  confuse.

‘Mungkin  Irina  ni  nerd  sangat  sampai  dia  bergurau  pun  dia  tak  faham,’ bisik  Ray  dalam  hati. 
“ Kan  berkasih  sayang  sesama  manusia  tu  amalan  yang  baik  ? ”

“ Owh… ” Lurus  bendul  Irina  mengangguk. “ Betul  tu.” Irina  senyum  lebar. Bersetuju.

Kemudian  lama  lagi  Irina  diam. Khusyuk  makan. Irina  bagaikan  pesakit  schizophrenia, dia  luar  lain , di  pejabat  lain. Kalau  bergurau  pun  dia  buat  tak  tahu. Ray  perah  otak  berfikir, apa  lagi  yang  dia  nak  bualkan  dengan  si cantik  pandai  depan  mata  ni.

“ Irina…  ”

“ Hmm ? ” Sambil  menunggu  apa  yang  CEOnya  nak  cakap  si  Irina  kemaskan  sudu  garfu  yang  dia  guna. Cepat  sahaja  dia  makan. Dia  tidak  selesa  makan  di  bilik  bos. Tambah  pula  bekal  yang  bos  bawa. Tidak  professional  pada  dia.

“ Lah, dah  siap  makan ? ”

“ Dah. Dah  30  minit  Encik  Ray. Lunch  hour  sejam  je  kan? Saya  nak  buat  air  di  pantry  dan solat…. Tak  elok  curi  tulang,  rezeki  tak  berkat. ” Irina  senyum  ikhlas. Ray  dah  tak  mampu  nak  balas  apa-apa. Nak  main  suruh-suruh, nak  kenakan  Irina  macam  dalam  drama  cinta  bos  dengan  pekerja ? Hah, memang  tidak  lah. Perempuan  yang  dia  nak  tackle  ni  ‘unicorn’, bukan  calang-calang ! Akhirnya, dia  hanya  mampu  pandang  sahaja  Irina  bangun  berlalu. 

" Terima  kasih  sekali  lagi  Encik  Ray. Bekal  ni  saya  basuhkan, dan  esok  saya  bawakan  bekal  untuk  kita  berdua  ya? "

Irina  nak  masak  untuk  dia  ke? Kekecewaan  Ray  terus  terubat.

" Sure. "

Ray  balas  dengan  wajah  sama  serius  macam  Irina, tapi  dalam  hati.... Tuhan  sahaja  yang  tahu  betapa  berbunga-bunga  harapannya ! 

Yay! Sorak  Ray  dalam  hati. 

p/s: hehe tak  sangka  pula  ramai  yang  baca. tetiba  rasa  semangat  nak  menulis  balik. lols. thank you for the support  guys! dan  cerita  Eve /Iman  tujukan  pada  gadis-gadis  diluar  sana  yang  masih  single  mingle  walaupun  dah  cecah  usia  30s. fairy  tales  tak  kira  whats  your  age, and  in fact  kalau  kat  sini (UK) 30s  is  like  the  best  age  for  the  women. we  are  more  mature, more  stable  and  in  fact  we  are  at  the  peak  of  understanding  beauty ! So keep  it  up  all  the  women  out  there. 



55 comments:

  1. Hehe best2...suka cita ni ; x sbar tgu next chapter..

    ReplyDelete
  2. Tahniah & terima kasih dik sbb berjaya menulis utk hilangkan rindu kami, peminat2 adik

    ReplyDelete
  3. Tahniah & terima kasih dik sbb berjaya menulis utk hilangkan rindu kami, peminat2 adik

    ReplyDelete
  4. Thank u kak Eve😊😊😊
    Dah lama x baca cerita Akak😝😝😝

    ReplyDelete
  5. Setiap hari saya bukak blog kak iman tau semata2 demi gadis unicorn ni. Teruskan berkarya. U have my support. For god real tak sabar nak tunggu novel baru.. Lots of love xx

    ReplyDelete
  6. lama x baca karya Iman...bab 2 still hoping for more

    ReplyDelete
  7. of course la baca... selalu singgah blog Iman kot2 ada update, sekali ada ... wow terus.

    ReplyDelete
  8. Please sis evelyn... please sambung lagik... hahahaaha
    I was fall in love with 13jam A380... n now this... please continue writting....

    ReplyDelete
  9. Tak sia2 saya bukak blog kak eve rini.. :) Teruskan. Sy akan terus membaca. :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Buat la novellll rindu la nak baca novel Evelyn rose bnyk pgjran yg dapt

    ReplyDelete
  12. Buat la novellll rindu la nak baca novel Evelyn rose bnyk pgjran yg dapt

    ReplyDelete
  13. Buat la novellll rindu la nak baca novel Evelyn rose bnyk pgjran yg dapt

    ReplyDelete
  14. oowwhhh kak iman/Eve.... setelah bertahun xbkk blog nih tetbe de novel baru... jatuh cinta sgt gan smua karya akak.. cpt2 la update..

    ReplyDelete
  15. Oh myy. Please give us more kak eve. We really can't wait for it. I'm really adore you and also of course your writing. Berilmu :-)

    ReplyDelete
  16. Oh myy. Please give us more kak eve. We really can't wait for it. I'm really adore you and also of course your writing. Berilmu :-)

    ReplyDelete
  17. Best2...sentiasa tertunggu next cerita dr kak iman...sampaiknwedding breaker n a380 da berulang kali baca da...x jemu...huhu...cpt2 la update lg yer

    ReplyDelete
  18. hu hu hu sgt best.... waiting 4 ur 3rd novel....please

    ReplyDelete
  19. bestnya! cant wait for next chapter! huhuhu

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum hi.first time comment dekat blog orang..harap cerita A380 ade smbungan.seriously best cerita tu

    ReplyDelete
  21. Assalam..yess same here! just read A380 n now i stop it already! kat hana smpai malaysia with haydar n dgn x malunya haydar said like that to her father.euw! sian fawwaz..so plis sis..write a story bout fawwaz plak.ya Allah jatuh cinta dgn fawwaz! happy ending for him plis 😭

    ReplyDelete
  22. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  23. Kakak. Up la sambungan gadis unicorn ni. Jadikanlah novel jugak. Im waiting for this kak iman. Best of luck. (^.-)

    ReplyDelete
  24. Obses dgn Haydar skrg sbb br abis bc 13jA380.. dear, pls continue writing such an interesting piece... best of luck!

    ReplyDelete
  25. Obses dgn Haydar skrg sbb br abis bc 13jA380.. dear, pls continue writing such an interesting piece... best of luck!

    ReplyDelete
  26. Best sngat dear. Hope cepat2 ada entry baru. xshabarnya..
    keep it up siss. Love. Love. Love

    ReplyDelete
  27. Best....can't wait for another entry.😍😍.

    ReplyDelete
  28. Salam eve.. saya adlh peminat penulisan awk.. saya memiliki both ur novel..memilikinya sgt berbaloi.. membaca sambil menimba ilmu.. just complete! TWB sgt terbaek.. 13 Jam A380 juga sgt terbaek tp meninggalkan kesan yg sgt mendalam dlm diri saya.. I was captivated by the character of fawwaz .. and now im wondering dont u want to cont story about mr fawwaz hussaini.. macam mana dia skrg?.. cont the novel or just create another love story about him with a new malay girl.. hihihi.. sebnarnya sya sgt mharapkan hana akn pilih fawwaz dr haydar.. but poor him.. xsabar sgt nk tau kisah dia.. and eve, just continue the way you writing ur fairytales.. sgt berilmu! Hope for fawwaz!

    ReplyDelete
  29. kak iman, please publish new novel. rindu nak baca novel hasil karya evelyn rose. seriously. Love you kak! 😘

    ReplyDelete
  30. makasih yah atas informasinya, jangan lupa kunjungi blog aku juga.
    QUEENXXX92

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum sis iman.. bestnye citer ni... lama tggu citer sis iman... rasa nak loncat2 bila nampak ada new story.. best of luck sis.. _ayu sabah_

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum sis.. Plz continue the story.. 😍

    ReplyDelete
  33. Akak,mcm mana eh nk buat novel? I mean dr segi bab dia...spacing..n byk lg lh...hope sgt yg akak akan bgthu sbb sy mmg nk sgt buat novel....i'm begging you...seriously...

    ReplyDelete
  34. seriously i like your story! :) please sambung lagi..... best sangat! xpernah jemu baca semua hasil penulisan akak. update lagi ek ? sya tunggu tau. i love kak iman

    ReplyDelete
  35. I hv been waited for you :l

    ReplyDelete
  36. tunggu sambungan seterusnya...

    ReplyDelete
  37. hehe bersalah pula rasa sebab dah lama tidak update. sorry guys... lemme know how do you want me to sambung ? please read my latest post about this.i reassembled the story.

    ReplyDelete
  38. I am so hype for this kak iman! since you are still busy to finish your phD i thought yang kak iman will stop writing but this really made my day! Happy sangat bila baca sebab most of novel banyak yang pasal arrogant boss, main tarik tali punya style. Guess your talent is still berbisa huh :p hahahhahaha keep it up. Saya imagine yang Irina akan suka boss dia dulu and she try to win his heart. Wouldnt it be interesting if a nerd is trying to 'seduce' guy? Anyway whatever happens ofr the next chapter saya akan terus meminati kak iman Xoxo

    ReplyDelete
  39. rarely baca novel tpi apbila baca tulisan iman, rasa trtggu2 next writing. matured and fresh story line. Srnok mnghayati bait2 tulisan iman, mgkin hasil biasan drp way of ur thingking and ur life understanding level yg cemerlang. keep writing iman. rmai yg menunggu. novel yg baik apbla storylinenya logik dn penggunaan bhsa yg baik. boleh mmberi mnfaat kpd yg lain.:)

    ReplyDelete
  40. im waiting for the next part...tak sabar..hihi

    ReplyDelete