Join This Site

Sunday, 29 June 2014

Rawatan dan Masa Depan adik Firdaus Dullah

I think seluruh negara bersedih atas berita adik Firdaus Dullah. Ada yang lebih fokus kepada mencari mana silapnya si ibu. Ada juga yang mengambilnya sebagai iktibar dalam memperbaiki diri dan memperbaiki sistem pengendalian anak-anak OKU di negara Malaysia. It is an eye opening. Mungkin cerita adik Firdaus mengejutkan kita, tapi mungkin masih ada lagi mereka yang bernasib sedemikian dan masih lagi tidak mendapat bantuan. 

I want to see adik Firdaus like these guys (video below), or many other kids who was born with Cerebreal Palsy and yet after treatment they can walk or at least they can fight the battle with their own difficulties. Its mind over matters! 


Remaja yang mengalami severe cerebral palsy berjaya graduate dari High School. He was taken care by his blind grandmother. His community donated $70,000 for him to buy a a wheelchair and a van to carry that will chair, and he got support from two other volunteers who took care of him and treated him like a man. giving him normal life. read detail in The Seattle Times 





Pada saya (yeah saya cuba menulis dalam bahasa melayu) apa yang paling penting sekarang adalah cara untuk memmbantu dan merawat adik Firdaus. Segala limpahan simpati tidak bermakna andaikata kita tidak mampu memberikan yang terbaik buat adik Firdaus. I strongly believe his condition can be improved. Maaf, saya percaya dengan keajaiban kerana banyak fakta membuktikannya. Saya kemukakan satu persatu fakta dan cadangan supaya mudah di hadam berdasarkan my short research on this issue:

  • Adik Firdaus Dullah dikatakan mempunyai penyakit Cerebral Palsy sebelum dia dijumpai dalam keadaan kurus kering. Cerebral Palsy adalah satu ketidakupayaan otak untuk mengawal otot-otot badan disebabkan oleh kerosakan di kawasan otak (yang mengawal koordinasi badan) sewaktu dalam kandungan, kesan kesukaran sewaktu melahirkan (bayi kekurangan oksigen). Setiap pesakit mempunyai simptom dan tahap yang berbeza. Pesakit biasanya tidak dapat bertutur (jika otot lidah tidak dapat dikawal dengan baik), tidak dapat berjalan (otot kaki), mempunyai masalah utk makan dll. Walaubagaimanapun, mereka BUKANLAH PESAKIT MENTAL !Mereka faham apa yang kita tuturkan, CUMA mereka tidak mampu memberikan tindak balas disebabkan oleh ketidak upayaan otak untuk mengawal otot-otot badan. 
  • Bekas pengasuh adik Firdaus melaporkan yang adik Firdaus boleh berdiri, tubuh badannya sihat dan boleh bertutur beberapa AYAT ringkas sebelum beliau berpindah. 
  • Apabila dijumpai adik Firdaus berada dalam keadaan severely malnutrion (kekurang zat makanan yang kronik). Satu penyakit yang biasa di dapati di negara yg mempunyai masalah kemiskininan seperti Afrika, Nigeria dll. Kekurangan zat yang kronik boleh menyebabkan struktur badan berubah, iQ berkurangan, otak menjadi lembap, imuniti badan berkurangan (yg menyebabkan mudahnya penyakit lain menyerang)
  • Saya percaya adik Firdaus mengalami trauma dan kesan dikurung dalam tempoh yang lama, saya percaya ia mampu menyebabkan seorang yang mengalami masalah psikologi. Walaubagaimanapun saya turut percaya kesan trauma adik Firdaus mampu diubati dengan memberikan sokongan, motivasi dan exposing him to the NORMAL WORLD. 
  • Pihak hospital sedang memberikan adik Firdaus rawatan untuk kes kekurangan zat makanan (memberikan makanan yg berkhasiat, memperbaiki sistem imuniti dll) dan berat serta keadaan badan adik Firdaus sudah semakin pulih. 
  • Berdasarkan laporan, adik Firdaus juga akan diberikan rawatan psikologi utk trauma dan fisioterapi sebelum dihantar ke pusat penjagaan. 
My question would be : WHAT IS NEXT ? SEJAUH MANA BANTUAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA ADIK FIRDAUS ? 

  1. Saya harap bantuan yang benar-benar bantuan akan diberikan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Maksudnya ? Bantu adik Firdaus hingga dia mampu berdikari dan percaya dengan kebolehan diri sendiri. Berdiri, berjalan walaupun dengan alat bantuan, bertutur/berkomunikasi.
  2. Melihatkan reaksi adik Firdaus sewaktu dijumpai, saya percaya mental ability nya normal. Kalau dia bukan normal, pasti dia sudah bertindak tanpa kawalan. He looked at those surrounded him. Tried to escape slowly as he was confused.When given help he didnt fight back. When he saw penjaga/ibu angkatnya dulu datang ke wad dia mampu duduk berdiri dan mencium pipi wanita tersebut. When his pictures were taken in ward, he gazed a little before closing his eyes. Psychologically he is in a state of  'letting go' and also being cautious for not knowing who were taking his pictures. 
  3. Saya percaya juga tahap cerebral palsy adik Firdaus bukanlah di tahap kronik (based on stages given by gillettechildren.org ) tapi stage tengah. 
  4. Dia perlukan sokongan org yang dia kenali yg percaya dia normal, dan dilayan sebagai orang normal. Cth : bekas pengasuhnya. dan masyarakat luar. 
  5. Saya khuatir andai dia dihantar ke pusat penjagaan/di jaga oleh bekas pengasuh, rawatannya tidak dioptimumkan. Pendek kata, tak ke mana.  
  6. Di luar negara : contoh di United Kingdom, USA, Singapore, pusat rawatan di sini sangat positif mengenai pesakit  Cerebral Palsy. Mereka percaya pesakit boleh dibantu sehingga mampu berdikari. 
  7. Bukan cuba untuk melebihkan rawatan luar negara, tetapi setelah mendengar temubual wartawan bersama Pengarah Hospital tempat adik Firdaus dirawat, saya rasa kesal yang amat. Saya TIDAK YAKIN yang dia mahu melakukan 'all out' for him. I couldnt hear the passion in her to treat him at the best possibility (yes, best possibility not just depend on their ability). Plus the way she classified Firdaus as having mental illness due to his cerebral palsy is very disturbing to me. Its a brain damage, not mental illness.  Dia bukan gila ! 
  8. Based on some studies on cerebral palsy treatment centers, their attitude is : CEREBRAL PALSY IS NOTHING ELSE BUT BEING DIFFERENT AND THEY REALLY ASSURE THEM THAT THERE IS NOTHING THEY CANT DO IF THEY WANT TO DO IT. 

Pusat Rawatan Cerebral Palsy di USA ( ranked as one of the top in the world) : Gilletechildren.org 


Cerebral Palsy Roadmap by gillettechildren : pdf 


Pusat Rawatan Cerebral Palsy di UK (the best in UK) : Bobath Centre 






" my mental helps up my physical tremendously. even if i feel physically i cant do it, but i'm telling myself mentally that i gonna move it, whatever, i'm going to move." 

" I surround myself with positive people, so when I myself felt like I cant do it. They wont let me give up. "

- Craig Koonce, Cerebral Palsy patient and also a weight lifter


p/s:  I can be very upset when someone say a person cant do something just because they are DIFFERENT! We are human. Our capability is unlimited ! It just that we still didnt explore it as much as we could. We are not robot with a certain specification. Get up  and start having a first class mind over most matters including people with differences issue. I am a dyslexic : a person who was said to have difficulties with words. but I'm a novelist. a writer. how far can i go if i was brainwashed that writing is not supposed to be my field ? or if I kept on being told that i'm a disabled ? Like seriously. Here we were told that being different is not a sin !
Da ~ 

Salam Ramadhan. 
Eva xx

Thursday, 26 June 2014

Miracle of adik Firdaus Dullah's case

Assalamualaikum wbt :)

Ehemmm ! Lama sungguh tidak menjenguk blog sendiri. Ada lah percubaan nak menulis tetapi sentiasa gagal. Haha. But honestly I dont expect much writing from myself when I know I'm now approaching my 3rd year of phD. Saya perlu menulis juga, tetapi menulis report, menulis journal sains, menulis journal conference dan menulis thesis. So masa untuk menulis blog tidak dapat dijadikan satu keperluan buat masa kini. 

And yeah, I heard many of us rasa sungguh tidak puas hati sebab cerita Abang Pilot ditamatkan begitu.... Tapi common la kan ? Tak kan la saya expect kalian cakap wah! its a happy ending when it ended that way. In real life pun, kita pasti akan rasa, 'Ya Allah...besarnya ujian' kalau yang ditempat Zahid itu suami kenalan kita dan nasihat kita pada mereka : Tabahlah..Allah lebih mengetahui. 

Well, its happen a lot in real life isnt it ? 

Death happen. 

Undesired things happen... 

Setiap orang pasti diuji. Itu janji Allah. Itu juga tujuan kita diturunkan ke dunia. Kerana Adam dan Hawa termakan pujukan shaitan. Maka Allah turunkan kita ke dunia, sebagai satu tempat ujian. Cukup tempoh percubaan kita akan dipanggil pulang untuk dinilai prestasinya. 

Syurga itu untuk yang terpilih. Untuk yang menang. Dan kalau di dunia pun kita akui, bukan mudah untuk menang bahkan pula untuk memperolehi syurga Allah ? 

Kadang dalam hidup ini, ada satu waktu yang kita akan duduk sejenak dan berfikir; 

" Kenapa hidup sesukar ini ? "

" Kenapa jalan ini yang aku pilih ? "

atau " Kenapa jalan ini yang aku peroleh ? "

Saya juga punyai fikiran sedemikian bila hidup menekan tetapi bila mata ini dibuka luas, ujian yang Allah berikan pada saya jauh lebih kecil daripada ujian-ujian yang menimpa bertrillion manusia di atas muka bumi ini. Allah berikan setiap antara kita ujian yang tersendiri. Exclusive. Setiap antara kita are fighting a battle no one else knows, but yet we are all showing the best normal face to everyone around us. Hebat kan manusia? Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Tuhan katakan pada jin dan malaikat, manusia adalah makhlukNya yang paling hebat. Walau sekuat mana pun ujian, kita mampu bertahan dengan cara kita yang tersendiri. Alhamdulillah. Selagi kita mampu meneruskan kehidupan, peluklah diri anda, dan katakan padanya : 

You have done your best myself. You are the greatest creature God had created. Well done and keep doing your best. 

Saya tidak pasti samada semua antara kita tahu mengenai cerita adik Firdaus. Satu wajah yang bila saya lihat buatkan dada terasa berat. Sebak. Dan saban malam air mata akan tumpah kerana mengingatkan kebesaran Allah swt. Mengingatkan betapa banyaknya nikmat Allah berikan pada saya dan betapa kecilnya ujian yang saya lalui selama ini. I could not complain anymore. 

Kenapa saya katakan cerita adik Firdaus adalah satu petunjuk kebesaran Allah ? 

Cerita kanak-kanak ini pada saya bagaikan satu magik. Lebih magikal dari kisah Cinderella ataupun Witch Oozy. Jauh. Cerita adik Firdaus jauh lebih hebat di mata saya. 

Ia bagai membuktikan, yang andai Allah swt memilih untuk membantu mu pasti tiada siapa yang dapat menghalang. 



Adik Firdaus adalah seorang anak kurang upaya (OKU) mempunyai penyakit Cerebral Palsy (penyakit yang berkaitan ketidak upayaan otak untuk mengawal otot badan secara normal. jika diberikan rawatan sedari awal ia boleh diberikan rawatan sehingga pesakit mampu berdikari - baca lanjut mengenai penyakit in di sini : NHS CHOICE) dibiarkan di dalam bilik di dalam sebuah flat yang juga berkunci dengan mangga. Sekitar rumahnya hanyalah warga asing. Ketika dijumpai dilaporkan dia sedang berbaring di atas lantai simen yang dipenuhi najis, ada najis kering dirambutnya dan dia juga tidak dapat menggunakan kedua-dua belah kakinya.

Adik Firdaus sendiri disahkan Doktor kekurangan zat makanan hingga menyebabkan postur dan tulangnya berubah bentuk. Jadi setakat mana daya dia untuk melarikan diri ?

Apa daya dia untuk meminta bantuan ?


Ikuti kronologi penemuan adik Firdaus Dullah daripada Encik Faizal Fazri Othman, Pengarah Imegresen Negeri Sembilan yang menjadi orang pertama menjumpai adik Firdaus. Alhamdulillah : BERITA SEMASA

Tapi Allah takdirkan satu gerakan dibuat oleh pihak imegresen tujuannya bukan untuk menyelamatkan adik Firdaus, tapi untuk menangkap warga asing. Di kawasan flat yang adik Firdaus duduki. Dan dengan peristiwa itu adik Firdaus ditemui. Diselamatkan. Diberikan rawatan hingga kini. 

Itu cara Allah menyelamatkan dia. 

Mungkin kecacatannya adalah satu ujian buat si ibu. Satu rahmat jika si ibu redha dan hargai. Kerana setiap pengorbanan hasilnya adalah pahala di akhirat.

kiri : adik firdaus sebelum dikurung (9 bulan sebelum) , masih lagi dalam keadaan yang elok.
kanan : sedang mendapatkan rawatan selepas ditemui di flatnya.

Dan untuk adik Firdaus. Pada saya, ia satu ujian yang maha berat tapi dengan magik kuasa Tuhan, nyawanya tetap melekat di badan walaupun makanan jarang sekali diberikan dan walaupun dia tinggal dalam kawasan yang tidak dikawal kebersihannya. Walaupun sudah setahun dia dikurung begitu. Kekurangan nutrisi pada tahap kronik dalam tempoh setahun memang cukup mencabar. Ialah penyebab bentuk tubuhnya berubah, ia juga boleh menjadi penyebab kecacatan mental, delay in mental processing, decay of iQ and many other physical and psychological effects. In a mild note, I would say, layanan yang diberikan oleh ibunya menyebabkan kondisi adik Firdaus semakin teruk, yang mana at the end of the day she was not only causing more harm on him but at the same time making it harder for her to take care of him. It works in a circle. 

Terkadang rasa pedih di dada bila mengingatkan kanak-kanak bergelar Firdaus. Moga syurga itu menjadi miliknya. Walaupun ujian untuk dirinya berat begitu, tetapi dilaporkan juga perkataan yang dia tahu hanyalah mak, umi dan makan. Bukankah itu semua melambangkan si ibu ? Masih tinggikah pandangannya pada si ibu? Hebat jiwa kanak-kanak ini jika sayangnya masih kuat pada ibunya. Hebat.... 

Saya tidak mahu bercakap mengenai ibunya. Saya tidak tahu apa kondisi dan kekangan hidupnya hingga dia bertindak bergitu. Saya tidak tahu dan saya tidak berani untuk memberikan judgement mengenai beliau. Yang saya peduli hanya adik Firdaus. Moga dia pulih sepenuhnya sepertimana magik yang Tuhan adakan sebelum ini. Moga masa hadapannya secerah mentari. Di dunia dan akhirat. Amin. 

Sama-sama kita doakan... 

Dan untuk kita sendiri. Bukankah ia bagaikan satu medium muhasabah yang cukup baik ? Musibah untuk dia. Muhasabah untuk kita. Muhasabah yang bawa kepada taubat yang kuat. Muhasabah supaya kita syukuri setiap nikmat yang Allah beri ? Untuk fizikal yang tiada cacat celanya. Untuk kemampuan untuk belajar hingga ke sekolah (ya, walau hanya ke sekolah but kita masih punyai peluang untuk belajar). Untuk ibu dan bapa yang mahu dan tidak pernah lelah pedulikan kita. Untuk pakaian yang ada walaupun tiada berjenama. Untuk punyai cahaya mata yang cukup sempurna. Untuk diberikan Allah sifat kasih sayang dan kemampuan untuk menjaga anak-anak kurang upaya dengan baik. 

Untuk segala-galanya... 


On another notes and point of view, kadang saya sesal dan kesal dengan penerimaan orang cacat terutamanya di kalangan masyarakat kita. Tak kira ibu, bapa, jiran, kawan, rakan sekolah, sekampung atau sesiapa sahaja, menjadi OKU pada mata masyarakat kita bagaikan satu LAKNAT. Pada empunya badan, dan pada ibu dan bapa mereka. Agak jauh bezanya dengan di sini.... 



Di sini. Masyarakat OKU diberikan hak sama rata. Hak untuk sama-sama menaiki kenderaan awam, hak untuk bersiar-siar samada dalam shopping mall atau di kawasan bandar. Struktur bangunan, bandar dan kenderaan awam dibuat supaya 'kena' dengan mereka. Tiada racism. 

Maka di sini, melihat OKU bekerja. OKU bersiar-siar shopping. OKU menaiki bas dengan wajah gembira adalah norma pada kami. Ibu-ibu dari kalangan mat saleh walaupun jelas mereka bukan dari golongan berduit, mereka tidak malu untuk membawa anak OKU mereka (walaupun sudah mencapai usia dewasa) untuk sama-sama ke shopping mall dengan menaiki bas dengan mereka. Mereka tidak malu atau serik walaupun anak OKU mereka menunjukkan sifat luar biasa. Andai kita sebagai ibu malu dengan zuriat yang datangnya daripada darah daging dan genetik kita sendiri, what kind of treatment are we asking other people to give to that disabled kids ? 

Ubah persepsi kita pada mereka. Selaku ibu, bapa, adik beradik atau orang luar. Bantu mereka yang ada di sekitar kita, bukan dengan wang ringgit semata-mata tapi dengan penerimaan yang positif dan membina. Mereka tetap manusia. Mungkin kekurangan mereka jelas di mata kita, tetapi pasti ada kelebihan mereka yang kita sendiri tidak ada :

kemampuan untuk hidup dalam keadaan begitu. 


Sources : 

p/s : I think I will update how convenient it is for an OKU to live in here ( United Kingdom) later.