Bab 26,27,28 and Siapa Nak Bab 29 ?
Assalamualaikum wbt,
Okay lama tak meninggah di sini , hehe tak dela lama pun but 15 days je rasanya.haha. Eve pergi umrah ? Tak ada lah...ada projects going on sebenarnya. Okay bab 26, 27, 28 dah di tayangkan di p2u kan..but since ada yang tak leh access kat sana, so Eve ulang tayang la kat sini ;)
p/s: ada pesanan penaja kat paling bawah entry ye.
Salam Ramadhan.Hope terawih semua cukup ;)
----------------------------------------------------------------------
Bila Ariana bangun daripada tidur, rumahnya agak lengang. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 pm. Lama betul dia tidur...Bila dia menelefon umminya, kata ummi mereka sekeluarga sudah mengejutkan dia tadi, tapi Ariana tidur macam orang pengsan. Langsung tidak tersedar dari diulit mimpi. Jadi mereka keluar terlebih dahulu, ayahnya ada temujanji dengan kawannya dari Kuala Lumpur. Selesai makan malam dengan kawan ayahnya tu, mereka akan terus pulang. Umminya juga sudah meninggalkan nasi dan lauk pauk di dapur. Kak Nab orang gajinya dari Thailand juga ada di rumah menemaninya.
Usai dia mengerjakan solat dan makan malam, terdetik di hatinya untuk ke ruang tamu kedua rumahnya. Pelamin indah daripada alas bantal di dudukinya. Kan bagus kalau dia yang berada di situ? Berjumpa dengan Prince Charmingnya yang akan membela nasibnya. Menjaga dirinya hingga dia menginjak tua, tetap menyintainya walaupun wajahnya sudah berkedut sejuta..
Ariana senyum memasang angan...perkahwinan ala-ala fairy tales wedding, dia ayu berkebaya putih, puteranya datang dengan kuda putih.....kuda? Ke kereta lambang kuda? a.k.a ferrari? hehe...Ferrari lagi best!
Sekejap sahaja senyumannya hilang, yang ada hanyalah kerutan di dahi dan wajah yang gusar. Adakah orang yang mahukan dirinya? Adakah lelaki yang sanggup memperisterikan perempuan sepertinya? Yang ikhlas menerimanya?
Hmm...ada ataupun tiada lelaki dalam kamus kehidupannya kelak, itu sudah terlakar di dalam buku takdirnya. Seperti yang tersebut dalam hadith ke empat dalam Koleksi Imam Nawawi yang pernah dibacakan oleh kawan karibnya Najjah suatu ketika dahulu.
Sewaktu dia masih belajar di United Kingdom. Najjah gadis Arab yang dia kenali sewaktu mengikuti demonstrasi aman untuk menuntut pihak Israel berundur dari tanah Palestine. Ratusan ribu orang muslim dan bukan muslim berkumpul untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap sokongan yang diberikan oleh British kepada Israel. Perarakan yang begitu ramai jumlah pesertanya. Yang dihadiri oleh pelbagai bangsa dan tidak mengira agama. Ariana ke sana bersama temannya Jess, Kate, Matt dan Daniel. Mereka berpimpin tangan supaya tidak terpisah, tetapi pihak polis yang melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beberapa peserta demonstrasi bertempiaran lari. Mereka menolak dan bertindih-tindih cuba mengubah arah, saat itu Ariana juga dirempuh memaksanya menjauhi rakan-rakannya. Dia terjatuh dan hampir di pijak, tetapi sempat di selamatkan oleh seorang gadis Arab, Najjah dan adik lelakinya Arman.
Kebetulan Najjah juga tinggal di Cambridge, ayahnya seorang pensyarah kolej di situ. Persahabatan yang terjalin semakin utuh, Ariana selalu ke rumah Najjah pada hujung minggu. Ada satu masa yang dia terlalu kecewa, kecewa apabila Daniel teman rapatnya hilang pertimbangan dan membunuh diri.
Pada awalnya hubungan mereka sangat akrab, keakraban yang sering ditafsirkan sebagai pasangan kekasih…Ariana sendiri tidak pasti apa perasaannya pada Daniel, yang dia tahu, dia sayang Daniel. Sayang yang menggunung tingginya. Daniel pernah mengucapkan cinta padanya, tapi kerana agama yang berbeza Ariana tidak mampu menjanjikan apa-apa…Hinggalah suatu masa tabloid memaparkan tentang keluarga Daniel yang telah disahkan muflis dan ayahnya di dakwa atas kesalahan pecah amanah. Daniel malu, dia di pandang jengkel oleh teman sekampus. Hampir dibuang universiti atas sebab kekurangan wang untuk pembayaran yuran tahunan hinggakan Daniel yang asalnya hidup mewah terpaksa membuat kerja separuh masa di pelbagai tempat.
Pada Ariana lah dia mengadu. Ariana sentiasa menyokong Daniel. Membantunya apa yang termampu, tapi lama kelamaan Daniel semakin menjauhkan diri darinya. Semakin murung dan tidak hadir ke kelas..sehinggalah dia dikejutkan oleh berita kematian Daniel. Mayat Daniel ditemui oleh pihak universiti di dalam biliknya dan disahkan meninggal dunia kerana mengambil ubat penenang secara berlebihan.
Ariana menyalahkan dirinya yang tidak mampu menasihatkan Daniel. Tidak mencari Daniel apabila lelaki itu menjauhkan diri daripadanya. Ariana yang terlalu mementingkan pelajaran sehingga dia sanggup menerima on site project dan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa bersatu selama seminggu di Afrika.
Daniel menghubunginya sewaktu dia mahu berangkat ke Afrika. Memberitahunya yang dia perlu berjumpa Ariana, tapi saat itu dia sudah berada di dalam kapal terbang. Kata Daniel itu mungkin kali terakhir mereka berjumpa…tapi Ariana tetap pergi meninggalkan Daniel sendirian…Projeknya, kerjanya adalah segala-galanya waktu itu.
Apabila dia pulang Daniel sudah tiada. Kawan-kawannya tidak dapat menghubunginya untuk memberitahu mengenai kematian Daniel. Coverage telefonnya memang tiada di sana…Talian internet jauh sekali.
Hampir seminggu dia bermalam di rumah Najjah. Menghamburkan sedih di hatinya, berkongsi penyesalan yang dia rasa…Bila Najjah memberitahunya satu hadith, luka di hatinya semakin pulih…
'Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya......(bersambung)'
Kenangan sewaktu di United Kingdom dulu bermain di layar mata. Saat awal dia mengenali Daniel Robinson…sewaktu mereka sering menghabiskan masa mengulangkaji bersama….petang musim bunga yang banyak mereka habiskan di taman sambil Daniel memainkan lagu untuknya….
Kelopak matanya semakin pedih, menahan tangis. Air mata gugur jua membasahi pipi..Jangan dikenang orang yang dah pergi, Ariana..bisiknya pada diri sendiri.Lagu Someone Like You bergema dalam kotak mindanya..
Nevermind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"
Ariana termenung jauh.. Menyintai itu boleh jadi mengasyikkan, dan menyintai juga boleh jadi menyakitkan….Sangat menyakitkan.
Seorang lelaki separuh abad memasuki lobi hotel, seorang perempuan yang hampir sebaya dan dua orang anak mereka ada bersama. Dato’ Jusoh dan Datin Asra, bersama dua orang anak mereka. Tapi Ariana tiada bersama.
Tengku Mukhriz terus mengangkat tangan dan memanggil pasangan tersebut. Mereka bersalaman dan bertanya khabar sebelum beriringan ke aras 3, untuk makan malam di situ.
“Ariana tak ikut serta Soh?”
“Tak Mukhriz..dia penat, baru juga sampainya tu”
Kerusi di meja tengah diduduki oleh mereka. Bimbang juga Dato’ Jusoh, dia masih belum memberitahu Ariana, tapi….anak sulungnya itu biasanya tidak akan memalukan keluarga. Kalau diberi peluang dia akan menolak, tapi kalau dah tak ada peluang memang Ariana akan mengikut.
“Asra, ni anak you yang lepas Ariana la ye?” tanya Puan Sri Lisdania penuh minat. Lain sikit dari Ariana, kalau wajah Ariana memang sama dengan gambarnya, memang lain sikit wajah mereka. Azman tidak seputih umminya, mata pun sepet ala-ala ayahnya, cuma hidungnya mancung macam ummi dan ayahnya. Azman pun segak orangnya, nampak macho.
Azman senyum mengiyakan pertanyaan Puan Sri Lisdania.
“ Ni yang bongsu?”
Amalina memerhatikan Puan Sri yang asyik merenungnya sebelum dia kembali menyedok pengat durian di pinggannya.
“Ha ah Kak Lis, insyaAllah bongsu lah ni” terburai ketawa keduanya. Tak kanlah dia nak beranak lagi, usia pun dah 50 tahun.
“Nak tambah lagi pun apa salahnya Asra…. Akak ni kalau boleh dapat anak perempuan, memang akak sukaaa sangat! Tapi tu lah rezeki takat tu je kan…”
“Tak pe kak…nanti biar Adam dan Ariana tu beranak ramai-ramai. Kita tunggu main cucu ajelah. Hehe”
Sakan keduanya memasang angan. Lagi lah Puan Sri Lisdania suka, dia memang dah lama ternantikan cucu. Usianya pun dah 55 tahun. Adam pun bukan ada di rumah. Sedari kecil sehinggalah anaknya itu membesar, jarang sekali ada di rumah. Salah dia juga yang menghantar Adam ke England seawal umurnya 13 tahun.
“Hee tak sabar saya Asra, nak tengok dia orang ni kahwin, dapat anak!” makin teruja kedua-dua bakal besan berbincang. Sudah terbayang bakal-bakal cucunya nanti, kalau ikut Ariana pun cantik, kalau ikut Adam pun kacak. Kalau ikut kedua-duanya, meletop!
“Ewahh…jauhnye berangan…” tegur Tan Sri Tengku Mukhriz pada isterinya. Padahal dia pun dah lama berangan sama,tak bagitau je.
“Apa salahnya bang…” gurau Puan Sri Lisdania. Mereka ketawa. Meriah dan mudah mesra, itu yang membuatkan Dato’ Jusoh selesa dan yakin dengan pilihannya untuk Ariana. Perkahwinan akan bertambah keberkatannya jika kedua-kedua belah keluarga sama-sama merestui..
Selesai menjamu pembuka selera ikan siakap goreng tiga rasa, cendawan dan oyster goreng tepung, tom yum kung, udang goreng butter dan daging goreng gajus pula yang dihidangkan. Memang menyelerakan. Sakan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania makan.
“Tut….Tut….Tut….Tut…..” telefon bimbit Tengku Mukhriz berbunyi sakan, macam tak mahu menunggu. Tertera nama ‘Adam’ di skrin telefonnya. Telefon diangkat.
“Hello, Assalamualaikum….”
“Hi, Daddy. Daddy kat mana?” cemas sahaja suara Adam. Boleh pula anak terunanya bertanya dia kat mana? Di Kelantan lah, dia juga yang nak bertunang. Tengku Mukhriz bangun dari tempat makan, beredar ke tempat yang agak jauh.
“Adam, Daddy di Kelantan la…kat mana lagi? Esok kan pertunangan Adam…Daddy tengah dinner dengan keluarga Datuk Jusoh ni. Call Daddy after 10.00 okay” hampir sahaja Tengku Mukhriz memutuskan talian. Cepat-cepat Adam memintas.
“Daddy! No, please listen”
“Apa lagi Adam?”
“Daddy…I have my own girl. My own choice, pertunangan tu tak kan berjalan. I’m against it.”
" Apa Adam cakap ni? No turning back Adam. Muktamad."
" No Daddy. Enough, ini perkahwinan Adam. Let me decide. "
" Adam dah ada calon ? Adam, stop being a player. Sampai bila Adam nak membujang? Hubungan tanpa kahwin tu salah Adam! " tegas tapi suaranya terpaksa diperlahankan.
" Adam dah ada calon Daddy. Adam pasti. Muktamad " wah Adam dah pandai guna perkataan muktamad dengannya. Siapa perempuan yang sudah berjaya mengubah Adam tu?
" When you come home I will show her to you " yakin sahaja Adam yang dia akan menemui Ariana. Walhal sedari tadi sudah merata tempat dia mencari gadis itu, tapi tetap tak berjumpa. Hilmi, Dolman dan beberapa orang upahannya yang lain turut sama mencari Ariana tetapi hampa. Ke pejabat Ariana pun dia sanggup pergi semata-mata mahu mencari Ariana, tapi semuanya hampa. Ariana tidak ke pejabat. Keretanya juga tiada.
“Tell me her name”
" Ariana Rose "
Tengku Mukhriz sudah mengagak pasti Ariana Rose gadis yang akan dipinangnya esok adalah pilihan Adam.
“ Rose lah Daddy nak pinangkan ni ”
“No Daddy…Ni Ariana Rose anak Encik Hussein, anak orang biasa. Ayah dia buka gerai je Daddy, not that rich Datuk Jusoh your friend tu…dia bukan lulusan Cambridge, dia kerani je. But who cares?! ”
“ I see no point for us to stop. No point at all Adam. ”
" Trust me Daddy, if you proceed, majlis kahwin nanti Adam tak akan sesekali muncul"
Pulak dah. Berani sungguh Adam melawannya sekarang. Tak takut dia guna kuasa veto dan tidak mewariskan hartanya kepada Adam?
"Kalau itu berlaku Adam, Adam tidak akan sekali-kali menjadi pewaris Daddy. Is that clear? "
Adam ketawa halus, tak habis-habis itulah ayat yang Daddynya guna untuk memaksa dia bersetuju. Ariana hilang sehari pun dia rasa bagai nak gila. Boleh Daddy nya paksa dia kahwini perempuan lain? Kusut!
Adam ketawa sinis."You can keep all that money to yourself Daddy " tanpa harta Daddynya pun dia boleh hidup. Harta hasil titik peluh dia sendiri pun dah mencapai jutaan ringgit.
Talian diputuskan oleh Adam. Berani betul anak terunanya sekarang, gertak pun dah tak jalan. Adam tak kisah hartanya berbillion jatuh ke tangan orang lain? Hanya kerana seorang perempuan? Macam drama.
Tengku Mukhriz mengeluh bila mengingatkan sikap Adam yang sudah banyak berubah semenjak berjumpa dengan Ariana. Perubahan yang baik, tapi mengejutkan. Ariana Rose binti Hussein adalah anak tiri kepada Datuk Jusoh, itu yang Adam tidak tahu dan Encik Hussein Bin Ridhwan Lee adalah seorang jutawan, usahawan gerai franchaise. Sebuah senyuman kembali menghiasi wajah Tengku Mukhriz, pilihan dan tindakannya ternyata tepat. Adam pasti berterima kasih padanya nanti tapi dia tidak akan memberitahu Adam mengenai perkara itu, biar Adam mengetahuinya sendiri. Degil sangat, tadi tak nak dengar cakap dia.
“Mak…tolong mak….Rokiah tidak mahu menikah dengan Zazali..mak…Kiah cintakan Abang Meon….Tolong kasihankan Kiah mak….” Rokiah menangis teresak-esak. Air matanya jatuh tanpa dapat dikawal lagi. Kaki Ibu Maimon, ibu tirinya dipegang kuat sambil dia merayu-rayu.
Tangan Rokiah dipegang oleh Ibu Maimon. Tubuh Rokiah ditolak kasar. Kepalanya ditolak sambil Ibu Maimon mencemuh, “Dasar anak tak sedar dek untung! Aku jaga kau sampai kau besar, ini balasan kau pada aku? Sudah!!! Masuk ke bilik kau sekarang. Esok kamu akan menikah dengan Zazali!!” bagai halilintar suara Ibu Maimon. Rokiah ditariknya ke bilik sebelum dikunci dari luar.
Butang siaran ditukarnya beberapa kali sehingga tersiar program masakan dari chef antarabangsa Jamie Oliver. Ariana bersorak teruja, Jamie Oliver sangat diminatinya. Sejak belajar di UK lagi dia mengikuti siaran program masakan yang dikendalikan oleh Jamie Oliver. Santai, macho dan enak!
Pergerakan Oliver yang sedang memasak dengan mulutnya yang betah ditontonnya dengan penuh khusyuk. Terasa meleleh air liurnya menahan selera, walaupun masakan ringkas tapi baked baby potatoes with cheese and herbs dengan oyster kelihatan sangat menggiurkan.
“Rose….tak tidur lagi?”
Ariana berpaling, memandang kearah pintu utama. Langsung dia tak tersedar keluarganya sudah pulang. Ariana segera bangun menyalami ayah dan umminya. Azman juga turut bersalaman dengan Ariana.
“Man sampai bila? Akak tak tahu pun Man nak balik juga” Ariana senyum, ketawa mesra. Suka juga bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
“Eh, akak ni….mestilah Man balik. Esok kan…”
“Man,cuba tengok pintu pagar ayah dah tutup ke belum” cepat-cepat Datuk Jusoh memintas. Dia tidak mahu Ariana mengetahui mengenai perkara itu daripada orang lain. Lebih baik jika dia dan Datin Asra sendiri yang memberitahunya.
Azman menurut sahaja kehendak ayahnya. Datin Asra pula cepat-cepat mendukung Amalina yang sedang nyenyak tidur ke tingkat atas untuk dibaringkan di dalam biliknya. Bila Azman masuk semula ke dalam rumah dan terus naik ke atas, Datuk Jusoh mengambil tempat di sebelah Ariana yang masih menonton rancangan masakan Jamie Oliver. Datin Asra pun turut sama turun semula ke ruang tamu.
Ummi dan ayahnya dipandang pelik. Bila masa pula mereka ni suka Jamie Oliver?
“Ayah suka ke Jamie Oliver?” muka ayahnya dipandang dengan senyuman mengusik. Serba salah jadinya Datuk Jusoh nak menjawab. Siapa Jamie Oliver pun dia tak tahu?
“Ha…ayah baru suka…kacak juga budaknya pandai masak pula tu” Datuk Jusoh buat-buat menonton sama. Datin Asra sudah menyorokkan senyuman.
Ariana mengangguk-angguk. Matanya masih leka menonton. Jamie Oliver yang mula merasa masakannya. Sedang menjilat ibu jari…..hadoi…meleleh air liuq!
Ayahnya berdehem.
Ariana buat bodoh.
Berdehem sekali lagi, barulah Ariana berpaling. “Ayah okay ke? Tak sihat ye?”
Ke situ pula anak sulungnya ni. Susah rupanya nak memberitahu hal pertunangan mengejut pada anak sendiri rupanya. Hari tu gatal-gatal nak setuju, sekarang sudah berpeluh dahi mencari cara yang terbaik untuk maklumkan perkara itu kepada Ariana.
Datuk Jusoh buat muka serius campur kesian, “Rose….ayah nak cakap sikit boleh?”
“Boleh ayah, ada apa?”
“Kalau ada lelaki yang pandai masak, macho, membesar di England macam tukang masak tu, sukakan Rose, Rose terima tak dia?”
Ariana ketawa. Jamie Oliver datang meminang? Mak aih, mestilah nak.
“Haha ayah ni….Jamie Oliver mana kenal Rose…tapi kalau betul apa salahnya kan ayah? Hehe”
Bagi Ariana ayahnya hanya bergurau. Tapi tidak bagi Datuk Jusoh. Baginya jawapan Ariana menandakan anaknya sudah membuka peluang untuk disunting.
“Rose…pernah tak selama ni ummi dengan ayah paksa Rose buat apa yang Rose tak suka?”
Hmm…pelik pula mood ayah dengan umminya malam ni. Ariana mula serius. Siaran televisyen dimatikan. Ariana mengambil tempat ditengah-tengah antara ummi dan ayahnya. Kedua-duanya dipeluk erat.
“Kalau ada pun ummi, ayah, Rose tak pernah menyesal ikut nasihat ayah dengan ummi. Akhirnya Rose tahu tu untuk kebaikan Rose juga…You are the best parent in the whole world.”
Datin Asra dan Datuk Jusoh rasa terharu. Tangan Ariana digenggam oleh Datin Asra. Datuk Jusoh mengangguk sambil tersenyum, terharu dengan pujian anaknya.
“Terima kasih Rose..”
“Terima kasih juga kerana besarkan Rose, sayangi Rose selama ni…” kalau tiada ummi dan ayahnya ke mana lagi dia mahu menagih kasih ? Keluarga baru papanya membenci dirinya…Mujurlah ayah tirinya dapat menerimanya seperti anak sendiri.
“Rose….dah 25 tahun ummi jaga Rose…Rose tahu kan ummi sayang Rose sangat-sangat” giliran Ariana pula yang sayu. Pelukan pada ummi dan ayahnya dikuatkan sambil dia mengangguk sakan.
“Ummi nak yang terbaik je untuk Rose…ayah pun sama…”
Ariana angguk lagi. Hiba. Sayu. Terharu.
“Ummi dengan ayah dah pilihkan lelaki yang terbaik untuk jaga Rose sampai ke akhir hayat hendaknya Rose…”
Ariana angguk lagi.
Sorry?
Apa ummi cakap tadi? ‘pilih lelaki terbaik?’
Wajah ummi dan ayahnya dipandang silih berganti, “Maksud ummi?”
“Macam ni Rose…kawan ayah dari Kuala Lumpur berkenan sangat nak jadikan Rose menantu untuk anak terunanya…Keluarga dia orang baik-baik Rose...kawan ayah dengan isterinya tu pun baik sangat..ayah segan nak menolak…”
Berdebar jantung Ariana Rose menanti satu persatu tutur bicara ayahnya. Tangan umminya digenggam kemas. Mencari kekuatan.
“Ayah dah terima Rose…esok dia datang meminang, sekali dengan majlis pertunangan Rose….kami harap sangat Rose faham niat ummi dengan ayah…”
Aduhai….oksigen! Ariana Rose dah lupa cara untuk bernafas!Otaknya kosong bagai di block. What should I think? Kalau ikutkan hati mahu saja dia menjerit katakana TIDAK!!! Tapi dia bukan anak yang sebegitu. Dia bukan anak derhaka. Dia hormati ayah dan umminya sangat-sangat….
“Bila rombongan nak datang ummi,ayah…?”
“Esok lepas Zohor Rose….”
Ya Allah cepatnya ! Liurnya ditelan kasar. Terasa tersekat di kerongkong tapi digagahkan juga untuk bersuara.
“Kalau ini membuatkan ummi dan ayah gembira Rose terima…tapi…kalau ummi boleh bagi Rose peluang untuk kenali dia dulu…tu lebih baik ummi..ayah…”
“Rose…rombongan lelaki dah datang Rose. Keluarga kita baru je keluar makan malam dengan dorang tadi..pertunangan tu dah tak boleh ditunda lagi..” ummi memandangnya penuh pengharapan.
“Tempoh pertunanganlah tempoh saling mengenali Rose…sebab tu adanya tempoh pertunangan. Waktu ni lah kita nak nilai calon suami kita macam mana, tapi dalam batas-batas yang dah ditetapkan..bukan dah sakan bercinta baru bertunang sekadar ambil nama je..Tunang tu ada peranan dia, bukan sekadar adat” nah, kan dah panjang lebar Datuk Jusoh bagi ceramah percuma.
“Kalau sepanjang bertunang ada yang Rose rasa tak kena, beritahu ummi dengan ayah. Kami tak kan biarkan sesiapa aniaya Rose..Ya Rose?” bahu anak perempuannya dipeluk erat. Tanda mahukan Rose percayakannya.
Ariana angguk. Dia percaya ayah dan ummi sayangkannya…Cuma perkara ni sangat mengejutkan. Dia takut untuk menghadapi hari esok. Bertunang dengan orang yang tidak dikenali. Ah, bertunang je bukan kahwin pun lagi, gumam Ariana sendiri.
Rahsianya? Bagaimana? Ya Allah….peningnya..!
“Ya Rose?” suara ayahnya mencecah gegendang telinganya sekali lagi.
“Ya ayah, ummi…” macam tak percaya dia yang tuturkan ayat tu. Dia dah bersetuju? Yang pasti ummi dan ayahnya terus memeluknya erat. Bahagia kerana anaknya sangat mendengar kata, itu tanda penghormatan Rose pada mereka.
“Percayalah Rose, Rose akan bahagia dengan keluarga ni. Nanti esok Rose jumpa mereka ya. Dalam tempoh 3 bulan ni Rose ambil kesempatan ni untuk kenali mereka dengan lebih dekat” ayahnya mengukir senyum lebar. Bahagia.
Ariana angguk lagi. Dalam tempoh ni lah dia akan tanya lelaki itu, berterus terang tentang keadaannya. Andai lelaki itu mahu menerimanya, mungkin itulah lelaki yang di hantar Allah untuk dirinya. Yang boleh menerima dia seadanya…Jika tidak ? Good bye to you Mr Fiancé. Habis cerita.
“ Okay Rose, ummi dah sediakan baju. Jom tengok ” Datin Asra bangun. Bersemangat. Tercapai juga cita-citanya nak tengok Ariana kahwin, dapat cucu. Tangan Ariana dipegangnya, mengajak anaknya ke bilik tetamu di bawah.
Sepersalinan baju bertunang indah tergantung di dalam almari. Bilik itupun sudah dihias cantik. Bersedia untuk menyambut tetamu esoknya.
Ariana mengamati dress labuh bertangan panjang yang dijahit dari butik umminya. Cantik.Baju itu disuakan pada badannya. Baju pink wine, sangat kena dengan kulitnya dan warna rambutnya…tapi kali ini Ariana mahu mengenakan tudung…wajah umminya dipandang sayu…
“ Tudung warna apa yang sesuai ye ummi?”
Umminya memeluk Ariana erat. Gembira dengan perubahan Ariana. “Nanti esok ummi minta Kak Beth bawakan tudung yang sesuai ye Rose..mesti nampak lagi cantik..”
“Terima kasih ummi…”
Malam itu Ariana berteleku di tikar sejadah, menghadap Tuhannya yang Maha Mengetahui. Dia sedar status dirinya yang sudah tidak suci. Dia juga tahu perihal ayat yang menyatakan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Adakah dia yang sudah tidak suci dikira sebagai perempuan yang tidak baik?
Dia tiada jawapan kepada semua persoalan itu, tapi dia ada Allah swt sebagai tempat rujukan. Sepertiga malam itu digunakannya untuk melakukan solat sunat taubat, tahajud, istikharah dan hajat. Satu sahaja permohonannya, moga Allah swt menetapkan lelaki yang terbaik buat dirinya. Hanya Tuhan yang tahu siapakah lelaki yang Dia ciptakan untuk menjadi imam kehidupannya.
Cuma pohonnya, walau siapa pun lelaki itu, moga dia adalah lelaki yang menyintai Allah swt sepenuh hatinya. Jika sinar cahaya hidayah masih belum muncul, munculkanlah ia sebelum si dia sah bergelar suaminya. Dia tidak meminta lelaki yang sempurna ilmu agamanya, tetapi cukup jika lelaki itu mahu mencari Islam, mahu mendekati Allah swt kerana kecintaan dia pada Allah swt…Bukan ilmu yang menggunung yang dia pinta, tetapi lelaki yang dahagakan ilmu dan turut sama membawanya ke jalan yang sama.
Lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya, tidak memandang kekurangannya sebagai satu cela, tetapi memandang 1001 kebaikannya. Yang menghormatinya sebagai seorang perempuan dan mengasihinya sepenuh hatinya tanpa mengabaikan kecintaan dia pada Tuhan. Yang dia akan berasa tenang bersama dengannya dunia dan akhirat. Seorang pemimpin untuk dia, keluarganya dan generasi mereka di masa akan datang….Andai ciri-ciri itu ada pada bakal tunangannya, dia pohon Allah swt berikan dia ketenangan dan redha di lubuk hatinya. Semoga pertunangan esok berjalan lancar, andai kata tunangannya itu bukan jodohnya, semoga Allah elakkannya daripada berlaku. Hanya Dia yang berkuasa melakukan sesuatu…..
Usai disolek rapi, Ariana duduk di birai katil menunggu waktu dia dipanggil turun ke bawah. Dia tahu rombongan sebelah lelaki sudah sampai. Bunyi riuh rendah mereka berpantun pun dia dengar bagai ombak yang beralun dari biliknya. Amalina setia dengannya. Manja betul adiknya yang sorang tu dengan dia. Amalina asyik bertanya kalau Kak Rose dah kahwin nanti dah tak balik rumah lagi ke? Dia ketawa bila itu yang ditanya oleh Amalina. Lucu. Pastilah dia balik, lagipun dia baru bertunang bukan kahwin pun lagi.
" Kak Rose cantik sangatla hari ni...macam Snow White dalam buku Lin..." pandai je Amalina memuji. Lepas ni mesti nak bodek dia ke McD makan slurppy sebenarnya tu.
" Nak slurppy eh puji-puji Kak Rose? "
" Hehe kalau Kak Rose nak bagi Lin terima je..." pandai betul budak ni berceloteh. Dah makin besar adiknya yang sorang ni. Memang mereka adik berlainan bapa, tapi dia langsung tidak terasa begitu.
Pintu biliknya diketuk dari luar. Umminya memanggil dia turun. Emma sepupunya pun ada sama. Tangannya dipimpin sampai ke bawah. Semua saudara dekatnya ada bersama. Semua mata memandangnya yang masih tercegat ditangga paling bawah.
" Tu dia....puteri kita dah turun dah..." seloroh Pak Ciknya dalam dialek Kelantan.
" Sayangnya puteranya je yang tak ada sama..."
Blushing habis muka Ariana. Terasa membahang pipinya bila diusik. Okay juga rasa bila bertunang, tak adalah menakutkan seperti yang dia selalu bayangkan. Kalau tahu macam ni lah rasanya, dah lama dia bersetuju untuk berkahwin. Atau memang Allah lapangkan dadanya, mungkin lelaki ini adalah pilihan tepat untuk dirinya. Ariana mengukir senyuman, membayangkan masa hadapan yang lebih cerah.
Dia duduk bersimpuh diatas kusyen bulat yang besar berada di tengah-tengah ruang tamu. Kusyen bersulam emas dan bewarna cream membuatkan dia terasa betul-betul macam puteri raja. Hiasan bunga hidup bewarna pastel menghiasi ruang tamu juga menaikkan mood.
Sepasang suami isteri sedari tadi memandangnya. Dia melemparkan senyuman paling manis untuk mereka. Dia agak itulah ayah kepada lelaki yang masuk meminangnya. Si isteri datang mendekatinya. Senyumnya manis, nampak baik dan keibuan. Umminya ada disebelahnya. Ummi menyuruhnya menghulurkan tangan bila si isteri lelaki tadi duduk bersimpuh di depannya.
Dia menyalami perempuan itu. Dirinya dipeluk dan pipinya dicium. " Mommy harap Rose akan bahagiakan Adam..."
Tersentap Ariana bila nama Adam disebut.
Mungkinkah ini keluarga Adam?
I can’t marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?
Kata-kata Adam kembali bergema di telinganya. Tak mungkin. Adam begitu bongkak dengan statusnya , tidak mungkin kedua-dua lelaki dan perempuan yang sungguh merendah diri ini adalah ibu bapa Adam. Tidak mungkin Adam mahu menjadikan dia isterinya yang sah. Pilihan Adam adalah Sophie, anak Tan Sri Roslan. Sama taraf dengannya. Perempuan seperti Ariana hanyalah mainan buat Adam. Adam ini Adam lain, Adam yang menilainya sebagai seorang perempuan. Bukan mainan.
Tangan Ariana ditolak oleh umminya ke depan. Mengembalikannya ke alam nyata. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya tanda Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan. Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi.
" InsyaAllah..." ucapnya perlahan. Ucapan yang datang dari lubuk hatinya. Mungkin inilah pengakhiran cerita dia dan Adam Kamil. Mungkin statusnya kini mampu menjauhkan Adam Kamil daripada kembali menghantui hidupnya…
Umminya juga turut memeluknya. Kedua belah keluarga kelihatan gembira. Rombongan sebelah lelaki ada seramai 10 orang. Sebelah perempuan pula 12 orang. Kata ayahnya bertunang tak elok dibuat besar-besaran. Cukup dengan ahli keluarga terdekat sahaja.
Ariana bersalam dengan semua tetamu. Sepupu dekatnya pun ada sama. Sakan mereka mengusiknya. Si tunangannya Adam sahaja yang tiada, tapi tak mengapa. Itu lebih baik..kalau ada dia pula yang naik segan.
“ Rose…meh datang sini ” panggilan ummi yang berada di sebelah ibu kepada tunangannya disambut dengan senyuman dan anggukan. Ariana berjalan sopan kearah mereka. Beberapa orang saudara mara Adam juga ada di sekitar itu. Ariana menyalami mereka satu persatu sebelum duduk bersimpuh di tepi perempuan yang dipanggil Kak Lis oleh umminya.
“ Rose, ni mommy Adam. Pu…” belum sempat umminya mahu menyebut Puan Sri terus kata-katanya disangkal oleh bakal besannya. Apa pula nak berPuan Sri bagai kalau dah nak jadi anak menantunya.
“ Mommy. Panggil mommy. Sekarang, Rose adalah anak perempuan tunggal mommy dan daddy ye ? Jangan nak segan-segan dengan mommy ”
“ Terima kasih mommy…. ” Ariana memaniskan muka. Baik betul bakal mertuanya ni. Bimbang dia. Bimbang sekiranya pertunangan ini berakhir dengan kekecewaan. Separuh jalan sahaja. Entah apa penerimaan Adam nanti dia sendiri tidak pasti. Ya Allah…tolong…!
“ Ni mommy kenalkan, tu Pak Ngah dengan Mak Ngah, kakak mommy, yang sebelah sana pula Pak Long dengan Mak Long, abang mommy. Yang dua orang lagi tu sepupu Adam. Sepupu Rose juga. Kakak dengan abang mereka tidak dapat datang, kerja. Yang baju kelabu tu Pak Mat dengan isterinya, pekerja kat rumah mommy dengan daddy ”
Semuanya Ariana dah bersalaman tadi. Semua pun nampak baik-baik belaka. Sepupu Adam kedua-duanya lelaki. Masih muda, mungkin masih di universiti atau di kolej.
Ayah dengan daddy masih sibuk berbual. Azman dan Pak Ngah pun ada sekali. Topik apa? Dia sendiri pun tidak pasti. Orang lelaki, macam-macam lah yang dibincangkannya.
------------------------------
1) Eve baru sahaja buat Page utk The Wedding Breaker - ramai nak meroyan kat sana kan ? So I made it.lol. but tak seberapa la. cincai saje. and Eve will update semua benda pasal TWB kat sana. Senang sikit kot nanti.
2) Watak Adam dan Ariana.Ada suggest nama lain as Adam (salah tulis) ada yg suggest figure lain selain Adam Gregory utk jadi Adam. I think I will create an album for Adam dan Ariana yg everyone suggest, pic yg paling banyak LIKE yg tu la kira gambar watak hero n heroine. Nak suggest your own pic pun boleh, I dont mind.haha
but as for gambaran muka Ariana, mmg perempuan tu sederhana tinggi, nice shape, muka heart shape, kulit putih susu kemerahan sikit, mata bulat, small chin and black hair. Siapa tahu anyone yg muka mcm ni bleh la suggest. Adam pula suppose to be tall ( 180cm), broad shoulder, hard jaw, kulit kuning langsat, rambut lurus, mata hitam n rambut hitam, handsome, hawk eyes. sesape tahu org muka camni ha, bleh suggest juga. Eve nak berkenalan nnti.haha
3) Actually Eve took back the manuskrip, tak puas selagi tak baca sekali lagi. Edit sikit. and esok Eve hantar insyaAllah. Haritu penerbit kata jadual penerbitan TWB is in November - 3 bulan lagi.Edit 2 bulan katanya.So tak merasa tengok novel sendiri kat bookstore lah nampak gaya tapi thats fine.
4) Sila LIKE page The Wedding Breaker - Eve nak pendapat korang in many things. Esp cover n synopsis (publishing pun lambat lg so sempat la pungut pendapat.hehe)
5) Siapa nak Bab 29 ? sila LIKE kat sini. Kalau ramai (tengok in a week time or so) Eve update ;)
Okay lama tak meninggah di sini , hehe tak dela lama pun but 15 days je rasanya.haha. Eve pergi umrah ? Tak ada lah...ada projects going on sebenarnya. Okay bab 26, 27, 28 dah di tayangkan di p2u kan..but since ada yang tak leh access kat sana, so Eve ulang tayang la kat sini ;)
p/s: ada pesanan penaja kat paling bawah entry ye.
Salam Ramadhan.Hope terawih semua cukup ;)
----------------------------------------------------------------------
BAB 26
Bila Ariana bangun daripada tidur, rumahnya agak lengang. Jam sudah pun menunjukkan pukul 7.00 pm. Lama betul dia tidur...Bila dia menelefon umminya, kata ummi mereka sekeluarga sudah mengejutkan dia tadi, tapi Ariana tidur macam orang pengsan. Langsung tidak tersedar dari diulit mimpi. Jadi mereka keluar terlebih dahulu, ayahnya ada temujanji dengan kawannya dari Kuala Lumpur. Selesai makan malam dengan kawan ayahnya tu, mereka akan terus pulang. Umminya juga sudah meninggalkan nasi dan lauk pauk di dapur. Kak Nab orang gajinya dari Thailand juga ada di rumah menemaninya.
Usai dia mengerjakan solat dan makan malam, terdetik di hatinya untuk ke ruang tamu kedua rumahnya. Pelamin indah daripada alas bantal di dudukinya. Kan bagus kalau dia yang berada di situ? Berjumpa dengan Prince Charmingnya yang akan membela nasibnya. Menjaga dirinya hingga dia menginjak tua, tetap menyintainya walaupun wajahnya sudah berkedut sejuta..
Ariana senyum memasang angan...perkahwinan ala-ala fairy tales wedding, dia ayu berkebaya putih, puteranya datang dengan kuda putih.....kuda? Ke kereta lambang kuda? a.k.a ferrari? hehe...Ferrari lagi best!
Sekejap sahaja senyumannya hilang, yang ada hanyalah kerutan di dahi dan wajah yang gusar. Adakah orang yang mahukan dirinya? Adakah lelaki yang sanggup memperisterikan perempuan sepertinya? Yang ikhlas menerimanya?
Hmm...ada ataupun tiada lelaki dalam kamus kehidupannya kelak, itu sudah terlakar di dalam buku takdirnya. Seperti yang tersebut dalam hadith ke empat dalam Koleksi Imam Nawawi yang pernah dibacakan oleh kawan karibnya Najjah suatu ketika dahulu.
Sewaktu dia masih belajar di United Kingdom. Najjah gadis Arab yang dia kenali sewaktu mengikuti demonstrasi aman untuk menuntut pihak Israel berundur dari tanah Palestine. Ratusan ribu orang muslim dan bukan muslim berkumpul untuk menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap sokongan yang diberikan oleh British kepada Israel. Perarakan yang begitu ramai jumlah pesertanya. Yang dihadiri oleh pelbagai bangsa dan tidak mengira agama. Ariana ke sana bersama temannya Jess, Kate, Matt dan Daniel. Mereka berpimpin tangan supaya tidak terpisah, tetapi pihak polis yang melepaskan gas pemedih mata menyebabkan beberapa peserta demonstrasi bertempiaran lari. Mereka menolak dan bertindih-tindih cuba mengubah arah, saat itu Ariana juga dirempuh memaksanya menjauhi rakan-rakannya. Dia terjatuh dan hampir di pijak, tetapi sempat di selamatkan oleh seorang gadis Arab, Najjah dan adik lelakinya Arman.
Kebetulan Najjah juga tinggal di Cambridge, ayahnya seorang pensyarah kolej di situ. Persahabatan yang terjalin semakin utuh, Ariana selalu ke rumah Najjah pada hujung minggu. Ada satu masa yang dia terlalu kecewa, kecewa apabila Daniel teman rapatnya hilang pertimbangan dan membunuh diri.
Pada awalnya hubungan mereka sangat akrab, keakraban yang sering ditafsirkan sebagai pasangan kekasih…Ariana sendiri tidak pasti apa perasaannya pada Daniel, yang dia tahu, dia sayang Daniel. Sayang yang menggunung tingginya. Daniel pernah mengucapkan cinta padanya, tapi kerana agama yang berbeza Ariana tidak mampu menjanjikan apa-apa…Hinggalah suatu masa tabloid memaparkan tentang keluarga Daniel yang telah disahkan muflis dan ayahnya di dakwa atas kesalahan pecah amanah. Daniel malu, dia di pandang jengkel oleh teman sekampus. Hampir dibuang universiti atas sebab kekurangan wang untuk pembayaran yuran tahunan hinggakan Daniel yang asalnya hidup mewah terpaksa membuat kerja separuh masa di pelbagai tempat.
Pada Ariana lah dia mengadu. Ariana sentiasa menyokong Daniel. Membantunya apa yang termampu, tapi lama kelamaan Daniel semakin menjauhkan diri darinya. Semakin murung dan tidak hadir ke kelas..sehinggalah dia dikejutkan oleh berita kematian Daniel. Mayat Daniel ditemui oleh pihak universiti di dalam biliknya dan disahkan meninggal dunia kerana mengambil ubat penenang secara berlebihan.
Ariana menyalahkan dirinya yang tidak mampu menasihatkan Daniel. Tidak mencari Daniel apabila lelaki itu menjauhkan diri daripadanya. Ariana yang terlalu mementingkan pelajaran sehingga dia sanggup menerima on site project dan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bangsa bersatu selama seminggu di Afrika.
Daniel menghubunginya sewaktu dia mahu berangkat ke Afrika. Memberitahunya yang dia perlu berjumpa Ariana, tapi saat itu dia sudah berada di dalam kapal terbang. Kata Daniel itu mungkin kali terakhir mereka berjumpa…tapi Ariana tetap pergi meninggalkan Daniel sendirian…Projeknya, kerjanya adalah segala-galanya waktu itu.
Apabila dia pulang Daniel sudah tiada. Kawan-kawannya tidak dapat menghubunginya untuk memberitahu mengenai kematian Daniel. Coverage telefonnya memang tiada di sana…Talian internet jauh sekali.
Hampir seminggu dia bermalam di rumah Najjah. Menghamburkan sedih di hatinya, berkongsi penyesalan yang dia rasa…Bila Najjah memberitahunya satu hadith, luka di hatinya semakin pulih…
'Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya......(bersambung)'
[Hadith 4 Imam Nawawi, Diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim]
Kata
Najjah, segalanya sudah terlakar di dalam buku takdirnya. Telah tertulis yang
Daniel akan diuji dengan musibah keluarganya tapi Daniel telah memilih jalan
yang salah untuk menghadapinya. Telah tertulis juga Ariana akan diuji dengan
musibah kehilangan Daniel, terpulang pada Ariana bagaimana mahu menghadapinya.
Semua itu adalah ujian dari Allah untuk melihat hambaNya yang benar-benar
beriman…Sebagai seorang hamba dia hanya perlu percaya pada aturan Tuhan
terhadapnya. Redha dengan ketentuanNya. Pasti dan yakin akan hikmah yang
menanti di sebalik semua yang telah berlaku.
Kenangan sewaktu di United Kingdom dulu bermain di layar mata. Saat awal dia mengenali Daniel Robinson…sewaktu mereka sering menghabiskan masa mengulangkaji bersama….petang musim bunga yang banyak mereka habiskan di taman sambil Daniel memainkan lagu untuknya….
Kelopak matanya semakin pedih, menahan tangis. Air mata gugur jua membasahi pipi..Jangan dikenang orang yang dah pergi, Ariana..bisiknya pada diri sendiri.Lagu Someone Like You bergema dalam kotak mindanya..
Nevermind, I'll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don't forget me, I beg,
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,"
Ariana termenung jauh.. Menyintai itu boleh jadi mengasyikkan, dan menyintai juga boleh jadi menyakitkan….Sangat menyakitkan.
*
* * * * * * *
Tan
Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania memerhatikan sekitar lobi hotel.
Tercari-cari bakal besannya, Dato’ Jusoh sekeluarga. Mereka bertemu janji untuk
makan malam bersama. Tengku Mukhriz baru sahaja sampai petang tadi, usai
berehat dia mengajak Datuk Jusoh dan Datin Asra untuk makan malam bersama
mereka. Beberapa orang kenalan dan kerabatnya akan sampai esok pagi.
Seorang lelaki separuh abad memasuki lobi hotel, seorang perempuan yang hampir sebaya dan dua orang anak mereka ada bersama. Dato’ Jusoh dan Datin Asra, bersama dua orang anak mereka. Tapi Ariana tiada bersama.
Tengku Mukhriz terus mengangkat tangan dan memanggil pasangan tersebut. Mereka bersalaman dan bertanya khabar sebelum beriringan ke aras 3, untuk makan malam di situ.
“Ariana tak ikut serta Soh?”
“Tak Mukhriz..dia penat, baru juga sampainya tu”
Kerusi di meja tengah diduduki oleh mereka. Bimbang juga Dato’ Jusoh, dia masih belum memberitahu Ariana, tapi….anak sulungnya itu biasanya tidak akan memalukan keluarga. Kalau diberi peluang dia akan menolak, tapi kalau dah tak ada peluang memang Ariana akan mengikut.
Pelayan
hotel mula menghidangkan pembuka selera. Beberapa jenis kuih Kelantan
disediakan. Memang menyelerakan, walaupun Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania
bukan orang Kelantan, tapi dia suka dengan masakan Kelantan.
“Asra, ni anak you yang lepas Ariana la ye?” tanya Puan Sri Lisdania penuh minat. Lain sikit dari Ariana, kalau wajah Ariana memang sama dengan gambarnya, memang lain sikit wajah mereka. Azman tidak seputih umminya, mata pun sepet ala-ala ayahnya, cuma hidungnya mancung macam ummi dan ayahnya. Azman pun segak orangnya, nampak macho.
Azman senyum mengiyakan pertanyaan Puan Sri Lisdania.
“ Ni yang bongsu?”
Amalina memerhatikan Puan Sri yang asyik merenungnya sebelum dia kembali menyedok pengat durian di pinggannya.
“Ha ah Kak Lis, insyaAllah bongsu lah ni” terburai ketawa keduanya. Tak kanlah dia nak beranak lagi, usia pun dah 50 tahun.
“Nak tambah lagi pun apa salahnya Asra…. Akak ni kalau boleh dapat anak perempuan, memang akak sukaaa sangat! Tapi tu lah rezeki takat tu je kan…”
“Tak pe kak…nanti biar Adam dan Ariana tu beranak ramai-ramai. Kita tunggu main cucu ajelah. Hehe”
Sakan keduanya memasang angan. Lagi lah Puan Sri Lisdania suka, dia memang dah lama ternantikan cucu. Usianya pun dah 55 tahun. Adam pun bukan ada di rumah. Sedari kecil sehinggalah anaknya itu membesar, jarang sekali ada di rumah. Salah dia juga yang menghantar Adam ke England seawal umurnya 13 tahun.
“Hee tak sabar saya Asra, nak tengok dia orang ni kahwin, dapat anak!” makin teruja kedua-dua bakal besan berbincang. Sudah terbayang bakal-bakal cucunya nanti, kalau ikut Ariana pun cantik, kalau ikut Adam pun kacak. Kalau ikut kedua-duanya, meletop!
“Ewahh…jauhnye berangan…” tegur Tan Sri Tengku Mukhriz pada isterinya. Padahal dia pun dah lama berangan sama,tak bagitau je.
“Apa salahnya bang…” gurau Puan Sri Lisdania. Mereka ketawa. Meriah dan mudah mesra, itu yang membuatkan Dato’ Jusoh selesa dan yakin dengan pilihannya untuk Ariana. Perkahwinan akan bertambah keberkatannya jika kedua-kedua belah keluarga sama-sama merestui..
Selesai menjamu pembuka selera ikan siakap goreng tiga rasa, cendawan dan oyster goreng tepung, tom yum kung, udang goreng butter dan daging goreng gajus pula yang dihidangkan. Memang menyelerakan. Sakan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania makan.
“Tut….Tut….Tut….Tut…..” telefon bimbit Tengku Mukhriz berbunyi sakan, macam tak mahu menunggu. Tertera nama ‘Adam’ di skrin telefonnya. Telefon diangkat.
“Hello, Assalamualaikum….”
“Hi, Daddy. Daddy kat mana?” cemas sahaja suara Adam. Boleh pula anak terunanya bertanya dia kat mana? Di Kelantan lah, dia juga yang nak bertunang. Tengku Mukhriz bangun dari tempat makan, beredar ke tempat yang agak jauh.
“Adam, Daddy di Kelantan la…kat mana lagi? Esok kan pertunangan Adam…Daddy tengah dinner dengan keluarga Datuk Jusoh ni. Call Daddy after 10.00 okay” hampir sahaja Tengku Mukhriz memutuskan talian. Cepat-cepat Adam memintas.
“Daddy! No, please listen”
“Apa lagi Adam?”
“Daddy…I have my own girl. My own choice, pertunangan tu tak kan berjalan. I’m against it.”
" Apa Adam cakap ni? No turning back Adam. Muktamad."
" No Daddy. Enough, ini perkahwinan Adam. Let me decide. "
" Adam dah ada calon ? Adam, stop being a player. Sampai bila Adam nak membujang? Hubungan tanpa kahwin tu salah Adam! " tegas tapi suaranya terpaksa diperlahankan.
" Adam dah ada calon Daddy. Adam pasti. Muktamad " wah Adam dah pandai guna perkataan muktamad dengannya. Siapa perempuan yang sudah berjaya mengubah Adam tu?
" When you come home I will show her to you " yakin sahaja Adam yang dia akan menemui Ariana. Walhal sedari tadi sudah merata tempat dia mencari gadis itu, tapi tetap tak berjumpa. Hilmi, Dolman dan beberapa orang upahannya yang lain turut sama mencari Ariana tetapi hampa. Ke pejabat Ariana pun dia sanggup pergi semata-mata mahu mencari Ariana, tapi semuanya hampa. Ariana tidak ke pejabat. Keretanya juga tiada.
“Tell me her name”
" Ariana Rose "
Tengku Mukhriz sudah mengagak pasti Ariana Rose gadis yang akan dipinangnya esok adalah pilihan Adam.
“ Rose lah Daddy nak pinangkan ni ”
“No Daddy…Ni Ariana Rose anak Encik Hussein, anak orang biasa. Ayah dia buka gerai je Daddy, not that rich Datuk Jusoh your friend tu…dia bukan lulusan Cambridge, dia kerani je. But who cares?! ”
“ I see no point for us to stop. No point at all Adam. ”
" Trust me Daddy, if you proceed, majlis kahwin nanti Adam tak akan sesekali muncul"
Pulak dah. Berani sungguh Adam melawannya sekarang. Tak takut dia guna kuasa veto dan tidak mewariskan hartanya kepada Adam?
"Kalau itu berlaku Adam, Adam tidak akan sekali-kali menjadi pewaris Daddy. Is that clear? "
Adam ketawa halus, tak habis-habis itulah ayat yang Daddynya guna untuk memaksa dia bersetuju. Ariana hilang sehari pun dia rasa bagai nak gila. Boleh Daddy nya paksa dia kahwini perempuan lain? Kusut!
Adam ketawa sinis."You can keep all that money to yourself Daddy " tanpa harta Daddynya pun dia boleh hidup. Harta hasil titik peluh dia sendiri pun dah mencapai jutaan ringgit.
Talian diputuskan oleh Adam. Berani betul anak terunanya sekarang, gertak pun dah tak jalan. Adam tak kisah hartanya berbillion jatuh ke tangan orang lain? Hanya kerana seorang perempuan? Macam drama.
Tengku Mukhriz mengeluh bila mengingatkan sikap Adam yang sudah banyak berubah semenjak berjumpa dengan Ariana. Perubahan yang baik, tapi mengejutkan. Ariana Rose binti Hussein adalah anak tiri kepada Datuk Jusoh, itu yang Adam tidak tahu dan Encik Hussein Bin Ridhwan Lee adalah seorang jutawan, usahawan gerai franchaise. Sebuah senyuman kembali menghiasi wajah Tengku Mukhriz, pilihan dan tindakannya ternyata tepat. Adam pasti berterima kasih padanya nanti tapi dia tidak akan memberitahu Adam mengenai perkara itu, biar Adam mengetahuinya sendiri. Degil sangat, tadi tak nak dengar cakap dia.
BAB 27
“Mak…tolong mak….Rokiah tidak mahu menikah dengan Zazali..mak…Kiah cintakan Abang Meon….Tolong kasihankan Kiah mak….” Rokiah menangis teresak-esak. Air matanya jatuh tanpa dapat dikawal lagi. Kaki Ibu Maimon, ibu tirinya dipegang kuat sambil dia merayu-rayu.
“Abang meon yang kau
pilih?” Ibu Maimon memandang Rokiah dengan jengkel. Bodoh punya anak perempuan,
si Zazali orang kaya kampung itu pun ditolaknya semata-mata kerana Sameon
lelaki kudung, kerjanya pun hanyalah nelayan.
Tangan Rokiah dipegang oleh Ibu Maimon. Tubuh Rokiah ditolak kasar. Kepalanya ditolak sambil Ibu Maimon mencemuh, “Dasar anak tak sedar dek untung! Aku jaga kau sampai kau besar, ini balasan kau pada aku? Sudah!!! Masuk ke bilik kau sekarang. Esok kamu akan menikah dengan Zazali!!” bagai halilintar suara Ibu Maimon. Rokiah ditariknya ke bilik sebelum dikunci dari luar.
Ariana
yang leka menonton berkalih duduk. Cerita ‘Rokiah’ terbitan The Brothers tahun
1950-an dulu ditontonnya seorang diri. Macam tak ada cerita lain, cerita macam tu juga yang
dia tengok.
“Hmmpph
bodoh betul Rokiah ni, kalau aku dah lama aku lari
dari rumah” herdik Ariana tidak berpuas hati. Ini lah
tipikal perempuan melayu
terakhir, tidak tahu hak
sendiri. Kalau dia jadi
Rokiah, sudah lama
dia kemaskan kain
baju. Lari sahaja daripada
rumah. Banyak lagi tempat
lain yang dia
boleh pergi. Lagipun, perempuan
boleh memilih calon
suaminya.
Butang siaran ditukarnya beberapa kali sehingga tersiar program masakan dari chef antarabangsa Jamie Oliver. Ariana bersorak teruja, Jamie Oliver sangat diminatinya. Sejak belajar di UK lagi dia mengikuti siaran program masakan yang dikendalikan oleh Jamie Oliver. Santai, macho dan enak!
Pergerakan Oliver yang sedang memasak dengan mulutnya yang betah ditontonnya dengan penuh khusyuk. Terasa meleleh air liurnya menahan selera, walaupun masakan ringkas tapi baked baby potatoes with cheese and herbs dengan oyster kelihatan sangat menggiurkan.
“Rose….tak tidur lagi?”
Ariana berpaling, memandang kearah pintu utama. Langsung dia tak tersedar keluarganya sudah pulang. Ariana segera bangun menyalami ayah dan umminya. Azman juga turut bersalaman dengan Ariana.
“Man sampai bila? Akak tak tahu pun Man nak balik juga” Ariana senyum, ketawa mesra. Suka juga bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni.
“Eh, akak ni….mestilah Man balik. Esok kan…”
“Man,cuba tengok pintu pagar ayah dah tutup ke belum” cepat-cepat Datuk Jusoh memintas. Dia tidak mahu Ariana mengetahui mengenai perkara itu daripada orang lain. Lebih baik jika dia dan Datin Asra sendiri yang memberitahunya.
Azman menurut sahaja kehendak ayahnya. Datin Asra pula cepat-cepat mendukung Amalina yang sedang nyenyak tidur ke tingkat atas untuk dibaringkan di dalam biliknya. Bila Azman masuk semula ke dalam rumah dan terus naik ke atas, Datuk Jusoh mengambil tempat di sebelah Ariana yang masih menonton rancangan masakan Jamie Oliver. Datin Asra pun turut sama turun semula ke ruang tamu.
Ummi dan ayahnya dipandang pelik. Bila masa pula mereka ni suka Jamie Oliver?
“Ayah suka ke Jamie Oliver?” muka ayahnya dipandang dengan senyuman mengusik. Serba salah jadinya Datuk Jusoh nak menjawab. Siapa Jamie Oliver pun dia tak tahu?
“Ha…ayah baru suka…kacak juga budaknya pandai masak pula tu” Datuk Jusoh buat-buat menonton sama. Datin Asra sudah menyorokkan senyuman.
Ariana mengangguk-angguk. Matanya masih leka menonton. Jamie Oliver yang mula merasa masakannya. Sedang menjilat ibu jari…..hadoi…meleleh air liuq!
Ayahnya berdehem.
Ariana buat bodoh.
Berdehem sekali lagi, barulah Ariana berpaling. “Ayah okay ke? Tak sihat ye?”
Ke situ pula anak sulungnya ni. Susah rupanya nak memberitahu hal pertunangan mengejut pada anak sendiri rupanya. Hari tu gatal-gatal nak setuju, sekarang sudah berpeluh dahi mencari cara yang terbaik untuk maklumkan perkara itu kepada Ariana.
Datuk Jusoh buat muka serius campur kesian, “Rose….ayah nak cakap sikit boleh?”
“Boleh ayah, ada apa?”
“Kalau ada lelaki yang pandai masak, macho, membesar di England macam tukang masak tu, sukakan Rose, Rose terima tak dia?”
Ariana ketawa. Jamie Oliver datang meminang? Mak aih, mestilah nak.
“Haha ayah ni….Jamie Oliver mana kenal Rose…tapi kalau betul apa salahnya kan ayah? Hehe”
Bagi Ariana ayahnya hanya bergurau. Tapi tidak bagi Datuk Jusoh. Baginya jawapan Ariana menandakan anaknya sudah membuka peluang untuk disunting.
“Rose…pernah tak selama ni ummi dengan ayah paksa Rose buat apa yang Rose tak suka?”
Hmm…pelik pula mood ayah dengan umminya malam ni. Ariana mula serius. Siaran televisyen dimatikan. Ariana mengambil tempat ditengah-tengah antara ummi dan ayahnya. Kedua-duanya dipeluk erat.
“Kalau ada pun ummi, ayah, Rose tak pernah menyesal ikut nasihat ayah dengan ummi. Akhirnya Rose tahu tu untuk kebaikan Rose juga…You are the best parent in the whole world.”
Datin Asra dan Datuk Jusoh rasa terharu. Tangan Ariana digenggam oleh Datin Asra. Datuk Jusoh mengangguk sambil tersenyum, terharu dengan pujian anaknya.
“Terima kasih Rose..”
“Terima kasih juga kerana besarkan Rose, sayangi Rose selama ni…” kalau tiada ummi dan ayahnya ke mana lagi dia mahu menagih kasih ? Keluarga baru papanya membenci dirinya…Mujurlah ayah tirinya dapat menerimanya seperti anak sendiri.
“Rose….dah 25 tahun ummi jaga Rose…Rose tahu kan ummi sayang Rose sangat-sangat” giliran Ariana pula yang sayu. Pelukan pada ummi dan ayahnya dikuatkan sambil dia mengangguk sakan.
“Ummi nak yang terbaik je untuk Rose…ayah pun sama…”
Ariana angguk lagi. Hiba. Sayu. Terharu.
“Ummi dengan ayah dah pilihkan lelaki yang terbaik untuk jaga Rose sampai ke akhir hayat hendaknya Rose…”
Ariana angguk lagi.
Sorry?
Apa ummi cakap tadi? ‘pilih lelaki terbaik?’
Wajah ummi dan ayahnya dipandang silih berganti, “Maksud ummi?”
“Macam ni Rose…kawan ayah dari Kuala Lumpur berkenan sangat nak jadikan Rose menantu untuk anak terunanya…Keluarga dia orang baik-baik Rose...kawan ayah dengan isterinya tu pun baik sangat..ayah segan nak menolak…”
Berdebar jantung Ariana Rose menanti satu persatu tutur bicara ayahnya. Tangan umminya digenggam kemas. Mencari kekuatan.
“Ayah dah terima Rose…esok dia datang meminang, sekali dengan majlis pertunangan Rose….kami harap sangat Rose faham niat ummi dengan ayah…”
Aduhai….oksigen! Ariana Rose dah lupa cara untuk bernafas!Otaknya kosong bagai di block. What should I think? Kalau ikutkan hati mahu saja dia menjerit katakana TIDAK!!! Tapi dia bukan anak yang sebegitu. Dia bukan anak derhaka. Dia hormati ayah dan umminya sangat-sangat….
“Bila rombongan nak datang ummi,ayah…?”
“Esok lepas Zohor Rose….”
Ya Allah cepatnya ! Liurnya ditelan kasar. Terasa tersekat di kerongkong tapi digagahkan juga untuk bersuara.
“Kalau ini membuatkan ummi dan ayah gembira Rose terima…tapi…kalau ummi boleh bagi Rose peluang untuk kenali dia dulu…tu lebih baik ummi..ayah…”
“Rose…rombongan lelaki dah datang Rose. Keluarga kita baru je keluar makan malam dengan dorang tadi..pertunangan tu dah tak boleh ditunda lagi..” ummi memandangnya penuh pengharapan.
“Tempoh pertunanganlah tempoh saling mengenali Rose…sebab tu adanya tempoh pertunangan. Waktu ni lah kita nak nilai calon suami kita macam mana, tapi dalam batas-batas yang dah ditetapkan..bukan dah sakan bercinta baru bertunang sekadar ambil nama je..Tunang tu ada peranan dia, bukan sekadar adat” nah, kan dah panjang lebar Datuk Jusoh bagi ceramah percuma.
“Kalau sepanjang bertunang ada yang Rose rasa tak kena, beritahu ummi dengan ayah. Kami tak kan biarkan sesiapa aniaya Rose..Ya Rose?” bahu anak perempuannya dipeluk erat. Tanda mahukan Rose percayakannya.
Ariana angguk. Dia percaya ayah dan ummi sayangkannya…Cuma perkara ni sangat mengejutkan. Dia takut untuk menghadapi hari esok. Bertunang dengan orang yang tidak dikenali. Ah, bertunang je bukan kahwin pun lagi, gumam Ariana sendiri.
Rahsianya? Bagaimana? Ya Allah….peningnya..!
“Ya Rose?” suara ayahnya mencecah gegendang telinganya sekali lagi.
“Ya ayah, ummi…” macam tak percaya dia yang tuturkan ayat tu. Dia dah bersetuju? Yang pasti ummi dan ayahnya terus memeluknya erat. Bahagia kerana anaknya sangat mendengar kata, itu tanda penghormatan Rose pada mereka.
“Percayalah Rose, Rose akan bahagia dengan keluarga ni. Nanti esok Rose jumpa mereka ya. Dalam tempoh 3 bulan ni Rose ambil kesempatan ni untuk kenali mereka dengan lebih dekat” ayahnya mengukir senyum lebar. Bahagia.
Ariana angguk lagi. Dalam tempoh ni lah dia akan tanya lelaki itu, berterus terang tentang keadaannya. Andai lelaki itu mahu menerimanya, mungkin itulah lelaki yang di hantar Allah untuk dirinya. Yang boleh menerima dia seadanya…Jika tidak ? Good bye to you Mr Fiancé. Habis cerita.
“ Okay Rose, ummi dah sediakan baju. Jom tengok ” Datin Asra bangun. Bersemangat. Tercapai juga cita-citanya nak tengok Ariana kahwin, dapat cucu. Tangan Ariana dipegangnya, mengajak anaknya ke bilik tetamu di bawah.
Sepersalinan baju bertunang indah tergantung di dalam almari. Bilik itupun sudah dihias cantik. Bersedia untuk menyambut tetamu esoknya.
Ariana mengamati dress labuh bertangan panjang yang dijahit dari butik umminya. Cantik.Baju itu disuakan pada badannya. Baju pink wine, sangat kena dengan kulitnya dan warna rambutnya…tapi kali ini Ariana mahu mengenakan tudung…wajah umminya dipandang sayu…
“ Tudung warna apa yang sesuai ye ummi?”
Umminya memeluk Ariana erat. Gembira dengan perubahan Ariana. “Nanti esok ummi minta Kak Beth bawakan tudung yang sesuai ye Rose..mesti nampak lagi cantik..”
“Terima kasih ummi…”
* * * ** * * ** * *
* * *
Malam itu Ariana berteleku di tikar sejadah, menghadap Tuhannya yang Maha Mengetahui. Dia sedar status dirinya yang sudah tidak suci. Dia juga tahu perihal ayat yang menyatakan, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Adakah dia yang sudah tidak suci dikira sebagai perempuan yang tidak baik?
Dia tiada jawapan kepada semua persoalan itu, tapi dia ada Allah swt sebagai tempat rujukan. Sepertiga malam itu digunakannya untuk melakukan solat sunat taubat, tahajud, istikharah dan hajat. Satu sahaja permohonannya, moga Allah swt menetapkan lelaki yang terbaik buat dirinya. Hanya Tuhan yang tahu siapakah lelaki yang Dia ciptakan untuk menjadi imam kehidupannya.
Cuma pohonnya, walau siapa pun lelaki itu, moga dia adalah lelaki yang menyintai Allah swt sepenuh hatinya. Jika sinar cahaya hidayah masih belum muncul, munculkanlah ia sebelum si dia sah bergelar suaminya. Dia tidak meminta lelaki yang sempurna ilmu agamanya, tetapi cukup jika lelaki itu mahu mencari Islam, mahu mendekati Allah swt kerana kecintaan dia pada Allah swt…Bukan ilmu yang menggunung yang dia pinta, tetapi lelaki yang dahagakan ilmu dan turut sama membawanya ke jalan yang sama.
Lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya, tidak memandang kekurangannya sebagai satu cela, tetapi memandang 1001 kebaikannya. Yang menghormatinya sebagai seorang perempuan dan mengasihinya sepenuh hatinya tanpa mengabaikan kecintaan dia pada Tuhan. Yang dia akan berasa tenang bersama dengannya dunia dan akhirat. Seorang pemimpin untuk dia, keluarganya dan generasi mereka di masa akan datang….Andai ciri-ciri itu ada pada bakal tunangannya, dia pohon Allah swt berikan dia ketenangan dan redha di lubuk hatinya. Semoga pertunangan esok berjalan lancar, andai kata tunangannya itu bukan jodohnya, semoga Allah elakkannya daripada berlaku. Hanya Dia yang berkuasa melakukan sesuatu…..
BAB 28
Usai disolek rapi, Ariana duduk di birai katil menunggu waktu dia dipanggil turun ke bawah. Dia tahu rombongan sebelah lelaki sudah sampai. Bunyi riuh rendah mereka berpantun pun dia dengar bagai ombak yang beralun dari biliknya. Amalina setia dengannya. Manja betul adiknya yang sorang tu dengan dia. Amalina asyik bertanya kalau Kak Rose dah kahwin nanti dah tak balik rumah lagi ke? Dia ketawa bila itu yang ditanya oleh Amalina. Lucu. Pastilah dia balik, lagipun dia baru bertunang bukan kahwin pun lagi.
" Kak Rose cantik sangatla hari ni...macam Snow White dalam buku Lin..." pandai je Amalina memuji. Lepas ni mesti nak bodek dia ke McD makan slurppy sebenarnya tu.
" Nak slurppy eh puji-puji Kak Rose? "
" Hehe kalau Kak Rose nak bagi Lin terima je..." pandai betul budak ni berceloteh. Dah makin besar adiknya yang sorang ni. Memang mereka adik berlainan bapa, tapi dia langsung tidak terasa begitu.
Pintu biliknya diketuk dari luar. Umminya memanggil dia turun. Emma sepupunya pun ada sama. Tangannya dipimpin sampai ke bawah. Semua saudara dekatnya ada bersama. Semua mata memandangnya yang masih tercegat ditangga paling bawah.
" Tu dia....puteri kita dah turun dah..." seloroh Pak Ciknya dalam dialek Kelantan.
" Sayangnya puteranya je yang tak ada sama..."
Blushing habis muka Ariana. Terasa membahang pipinya bila diusik. Okay juga rasa bila bertunang, tak adalah menakutkan seperti yang dia selalu bayangkan. Kalau tahu macam ni lah rasanya, dah lama dia bersetuju untuk berkahwin. Atau memang Allah lapangkan dadanya, mungkin lelaki ini adalah pilihan tepat untuk dirinya. Ariana mengukir senyuman, membayangkan masa hadapan yang lebih cerah.
Dia duduk bersimpuh diatas kusyen bulat yang besar berada di tengah-tengah ruang tamu. Kusyen bersulam emas dan bewarna cream membuatkan dia terasa betul-betul macam puteri raja. Hiasan bunga hidup bewarna pastel menghiasi ruang tamu juga menaikkan mood.
Sepasang suami isteri sedari tadi memandangnya. Dia melemparkan senyuman paling manis untuk mereka. Dia agak itulah ayah kepada lelaki yang masuk meminangnya. Si isteri datang mendekatinya. Senyumnya manis, nampak baik dan keibuan. Umminya ada disebelahnya. Ummi menyuruhnya menghulurkan tangan bila si isteri lelaki tadi duduk bersimpuh di depannya.
Dia menyalami perempuan itu. Dirinya dipeluk dan pipinya dicium. " Mommy harap Rose akan bahagiakan Adam..."
Tersentap Ariana bila nama Adam disebut.
Mungkinkah ini keluarga Adam?
I can’t marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?
Kata-kata Adam kembali bergema di telinganya. Tak mungkin. Adam begitu bongkak dengan statusnya , tidak mungkin kedua-dua lelaki dan perempuan yang sungguh merendah diri ini adalah ibu bapa Adam. Tidak mungkin Adam mahu menjadikan dia isterinya yang sah. Pilihan Adam adalah Sophie, anak Tan Sri Roslan. Sama taraf dengannya. Perempuan seperti Ariana hanyalah mainan buat Adam. Adam ini Adam lain, Adam yang menilainya sebagai seorang perempuan. Bukan mainan.
Tangan Ariana ditolak oleh umminya ke depan. Mengembalikannya ke alam nyata. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya tanda Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan. Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi.
" InsyaAllah..." ucapnya perlahan. Ucapan yang datang dari lubuk hatinya. Mungkin inilah pengakhiran cerita dia dan Adam Kamil. Mungkin statusnya kini mampu menjauhkan Adam Kamil daripada kembali menghantui hidupnya…
Umminya juga turut memeluknya. Kedua belah keluarga kelihatan gembira. Rombongan sebelah lelaki ada seramai 10 orang. Sebelah perempuan pula 12 orang. Kata ayahnya bertunang tak elok dibuat besar-besaran. Cukup dengan ahli keluarga terdekat sahaja.
Ariana bersalam dengan semua tetamu. Sepupu dekatnya pun ada sama. Sakan mereka mengusiknya. Si tunangannya Adam sahaja yang tiada, tapi tak mengapa. Itu lebih baik..kalau ada dia pula yang naik segan.
“ Rose…meh datang sini ” panggilan ummi yang berada di sebelah ibu kepada tunangannya disambut dengan senyuman dan anggukan. Ariana berjalan sopan kearah mereka. Beberapa orang saudara mara Adam juga ada di sekitar itu. Ariana menyalami mereka satu persatu sebelum duduk bersimpuh di tepi perempuan yang dipanggil Kak Lis oleh umminya.
“ Rose, ni mommy Adam. Pu…” belum sempat umminya mahu menyebut Puan Sri terus kata-katanya disangkal oleh bakal besannya. Apa pula nak berPuan Sri bagai kalau dah nak jadi anak menantunya.
“ Mommy. Panggil mommy. Sekarang, Rose adalah anak perempuan tunggal mommy dan daddy ye ? Jangan nak segan-segan dengan mommy ”
“ Terima kasih mommy…. ” Ariana memaniskan muka. Baik betul bakal mertuanya ni. Bimbang dia. Bimbang sekiranya pertunangan ini berakhir dengan kekecewaan. Separuh jalan sahaja. Entah apa penerimaan Adam nanti dia sendiri tidak pasti. Ya Allah…tolong…!
“ Ni mommy kenalkan, tu Pak Ngah dengan Mak Ngah, kakak mommy, yang sebelah sana pula Pak Long dengan Mak Long, abang mommy. Yang dua orang lagi tu sepupu Adam. Sepupu Rose juga. Kakak dengan abang mereka tidak dapat datang, kerja. Yang baju kelabu tu Pak Mat dengan isterinya, pekerja kat rumah mommy dengan daddy ”
Semuanya Ariana dah bersalaman tadi. Semua pun nampak baik-baik belaka. Sepupu Adam kedua-duanya lelaki. Masih muda, mungkin masih di universiti atau di kolej.
Ayah dengan daddy masih sibuk berbual. Azman dan Pak Ngah pun ada sekali. Topik apa? Dia sendiri pun tidak pasti. Orang lelaki, macam-macam lah yang dibincangkannya.
“ Tiga
bulan je lagi
tarikh kahwin mereka
ni kan Kak ye
? Bimbang pula saya dengan persiapan ”
“ Jangan
risau lah…Guna wedding planner
je. Kita beritahu
konsep, pilih apa
patut, semua boleh
siap. ”
Amboi,
ibu mertuanya ni
cakap gaya orang
kaya meletop je. Bimbang
dia.
“ Rose,
nanti datang KL
kita ukur baju
ye ? ” mommy bersuara lagi
seraya matanya memandang
tepat pada anak
mata Ariana. Ariana senyum
mesra.
“ Okay, inshaAllah ummi.. ”
Puan
Sri tersenyum lebar.
Sudah terbayang di
benaknya untuk menemukan
Ariana dengan Adam. Pasti
Adam akan berkenan
juga dengan gadis
pilihan mereka. Wajah putih
mulus, manis dipandang
mata, keluarga baik-baik
dan berpelajaran tinggi. Susah
nak dicari lagi,
telah Puan Sri
Lisdania. Anak-anak
kawan-kawannya di Kuala Lumpur ada
je, tapi tidaklah
sesempurna gadis di
hadapannya ini.
Usai
beramah mesra sesama
ahli keluarga, mereka
semua mengadakan sesi bergambar. Kata bakal mertuanya untuk
simpanan di masa hadapan. Bertunang, berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Anak
terunanya pun nak tengok gambar tunangannya nanti.
Rombongan lelaki meninggalkan rumah pada
sebelah petang. Mereka ke hotel terlebih dahulu sebelum check out dan ke lapangan terbang. Ibu dan ayah Ariana,
adik-adiknya dan dia sendiri pun turut serta menghantar mereka pulang.
Masing-masing masih sibuk berbual walaupun sudah
berada di balai berlepas. Puan Sri Lisdania masih melekat dengan Ariana, bakal
anak perempuannya. Hmm bukan bakal, tapi dah dikira sebagai anaknya sendiri
dah! Orang dah lama nak anak perempuan…
“Nanti bila Rose nak balik Putrajaya?” Ariana
yang ayu bertudung hijau muda dipandangnya penuh kasih. Tangannya masih memeluk
bahu Ariana.
Ariana senyum, “Rose ingat nak berhenti kerja
mommy…insyaAllah Rose nak tinggal di Kelantan je..sebelum kahwin nak tolong
ummi kat butik dulu…”
“Alahai Rose…mommy ingat boleh Rose selalu
datang rumah…Adam bukan selalu ada kat rumah pun. Dia travel merata-rata…” ucap Puan Sri bersungguh-sungguh.
“InsyaAllah mommy..kalau Rose pergi KL Rose call mommy ye? Rose pun nak selesaikan
urusan perletakan jawatan juga nanti, cuma tak tahu bila tarikhnya. Bila dah confirm Rose beritahu mommy ye?” pandai
pula si Ariana memujuk. Dia memang suka orang tua, ah, orang tua, kanak-kanak,
orang cacat semua dia suka. Orang jahat je yang dia benci. Si jahat macam
Tengku Adam Kamil !
“Okay, ingat tu Rose. Datang KL tidur rumah
mommy”
“Ye mommy..insyaAllah” Ariana senyum lagi.
Kelakar pula dengan gelagat emak kepada tunangannya.
Tengku Mukhriz datang mendekati mereka. Bahu
isterinya ditepuk lembut, “Dah la tu…awak ni…kapal terbang dah panggil tu.
Kesian si Rose ” seulas senyum kebapaan dilayangkan pada Ariana. Ariana
membalas hormat.
“Hisy, ye lah awak ni. Mommy pergi dulu la
Rose ye”
“Okay
mommy, daddy, take care. Ada apa-apa beritahu la Rose”
Mereka bersalaman. Satu-satu persatu kaum
kerabat tunangannya di salami. Mereka dihantar hinggalah selamat masuk ke balai
berlepas.
Alhamdulillah, dia tidak pernah rasa setenang
itu, sebahagia itu. Menjadi tunangan orang walaupun dia tak mengenali bakal
suaminya membuatkan dia rasa lebih selamat. Bakal mertuanya pun sangat baik…
------------------------------
1) Eve baru sahaja buat Page utk The Wedding Breaker - ramai nak meroyan kat sana kan ? So I made it.lol. but tak seberapa la. cincai saje. and Eve will update semua benda pasal TWB kat sana. Senang sikit kot nanti.
2) Watak Adam dan Ariana.
but as for gambaran muka Ariana, mmg perempuan tu sederhana tinggi, nice shape, muka heart shape, kulit putih susu kemerahan sikit, mata bulat, small chin and black hair. Siapa tahu anyone yg muka mcm ni bleh la suggest. Adam pula suppose to be tall ( 180cm), broad shoulder, hard jaw, kulit kuning langsat, rambut lurus, mata hitam n rambut hitam, handsome, hawk eyes. sesape tahu org muka camni ha, bleh suggest juga. Eve nak berkenalan nnti.haha
3) Actually Eve took back the manuskrip, tak puas selagi tak baca sekali lagi. Edit sikit. and esok Eve hantar insyaAllah. Haritu penerbit kata jadual penerbitan TWB is in November - 3 bulan lagi.Edit 2 bulan katanya.So tak merasa tengok novel sendiri kat bookstore lah nampak gaya tapi thats fine.
4) Sila LIKE page The Wedding Breaker - Eve nak pendapat korang in many things. Esp cover n synopsis (publishing pun lambat lg so sempat la pungut pendapat.hehe)
5) Siapa nak Bab 29 ? sila LIKE kat sini. Kalau ramai (tengok in a week time or so) Eve update ;)
WeLcome back evelyn.... U tanya sape nak bab 29? Ku jawap - saper yg tak nak? Hahaha... Of coz lah jawapannya ialah NAK....... Hahaha....
ReplyDeletehi, am happy to be back! haha. okaayyy insyaAllah v soon! terkejut tgok org LIKE sampai 100+ ramai jg yg nak upernye.hihi
Deleteeve nak lagi....
ReplyDeleteterus nak ye ? hehe
Deleteadryana_91
ReplyDeletesya nak bab 29!!!! x sbar dh nie tggu bab 29..hehe
by the way..welcome back kak eve :-)
yeah! thanks nice to be back.mcm baru balik rumah.haha
Deleteadryana_91
Deletehi kak eve..
rindu giler la dgn THW nie..x jemu2 bca dok ulang byk kali..
x sbar nak tggu novel nie kuar...nak tahu ending cite 'double A' nie.. adam & ariana..hehe..
soalan yg da ada jwpan. sure la nak~!!!
ReplyDeletelaju je nak ye?mana tau korang dah tak nak tambah kesuspenan lol
DeleteD mana nak tekan like this? Saya x jumpa pun maybe coz i am using mobile............ Hmmmm x payah tanya soalan tue dah sah2 i want bab 29......
ReplyDeleteEve pg mana bulan nov nyeh?
Please update bab 29 please
Ooo dia tak kuar eh.kadang mmg bodoh sikit butang LIKE ni. Eve g mana? hmm Eve bertukar negara insyaAllah maybe in Sept...
Deletehihi insyaAllah nnti bab 29 akan keluar ;P
ok...dah meroyan dah ni...ala...lamanya nak tunggu bulan 11 ni!!eve hantar cepat2 tau..
ReplyDeletep/s: off course nak tahu bab 29 tu...nak tengok adam meroyan cr rose pulak..ha!!ha!!
hahaha OMG kesian Adam...serve him right.haha.
Deletebab 29 plz...
ReplyDeleteok isnyaAllah soon wawa ;)
Deleterasanya utk watak and overall xpayah tukar dah..
ReplyDeletefor me.. its perfect eve..
just for selling date on november?meanwhile without update of the novel takut melupuskan novel ni dr minda and this is not healthy.. saya nam suggest utk eve keep update for the novel.. penantian satu penyiksaan.. hehe
btw.. gambate kudasai eve
yeah exactly, lama kan? 3 bulan..thats why eve wujudkan fan page so senang nak udapte apa2. thanks anon! ;D
DeleteOh Eve please nak chapter 29! Naik meroyan dah tunggu ni!! Pretty please!!!
ReplyDeletelol okay hanis! ;)
Deletewe want more!!!!!
ReplyDeletedah up ! njoy babe ;)
DeleteNakkkk lagi :)
ReplyDeletedah update dah eyta , njoy ! ;)
DeleteLmbtnye nov :'( manuscript kan dah siap knape nov br nk pblish...cuba cari publisher lain la eve..ho ho ( marah ni)..bukan stakat nk bab 29 kalu bleh 30 31 32 pun nak
ReplyDeletehaha kelakar la u ni,terasa KS kalau dgr ni.haha. ada reason why nov actually, Eve pun baru tahu how they see the market :) tungguu ye ;)
Deletenak bab 29.........:)
ReplyDeletedah up lexya, njoy ! ;)
Deletesy nak n3 plez!!!
ReplyDeleteokay babe, bab 29 is here! ;)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenak...nak....nak....!!!..nak bab 29....xdapat nk like kat fb la cik writer....xda acc fb...hehe... :)
ReplyDeletestujuuuuuuuuuuuuu ......
Deletehaha tade eh? tape lah. nak wat cane kalau tade ;D
DeleteMesti la nak dear... Wooooo ;)
ReplyDeletehaha saje jek kan tanya.lol
DeleteAduiiiii off course le nak tak sabo nak baca tauuuu
ReplyDeletehehe okay dah up dah bab 29 beadz , njoy ye ! ;)
Deletenakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gak.
ReplyDeletelol it here now babe ! ;)
Deletemestilah nak bab 29..
ReplyDeleteokies dah like oage TWB..
owhh Eve ada sorg calon tuk TAk.. tp dah 2 writer guna picca dia as hero..so nak x?
- bernardo velasco
Stuju bernardo velasco sgt ngam dgn karektor adam....ngee
Deleteyep kita tgh vote kat page, so LIKE2 Benardo ye ;)
Deletegila tak nak bab29.. mestilha nak cik eve..
ReplyDeletenovel tu published under mna?
Karya Seni Mia in Novem,ber ni insyaAllah. Nak ek? rindu upernye ye dgn Adam kita.lol
DeleteEve..we are used to that name,Adam n Ariana..so..tak payah lah tukar nama lain huhu aduhhh lama n lambat sgt kena tunggu november,waiting for next N3..thx Eve ;)
ReplyDeletehi ann, eve salah tulis. hehe. bukan tukar nama tapi tukar calon utk jadi Adam. Yeah Nov...jenuh Eve nak wat teaser ni nti.haha
Deletemestilah nk bab 29..nk ariana jmp n adam...baru surprise
ReplyDeletebila ya Adam jumpa Ariana ? ;)
Deleteeve,takyah tukar nama..
ReplyDeleteyes bab 29 kt sini
xtukar2 eve salah tulis.hehe. yepp dah update kiki ;)
Deletegila tak nak..
ReplyDeletemeroyan dah nieg...
heheh alang2 smpai bab 30 trus la cik WRITER a.k.a Evelyn Rose..
:)...
lol akan dipertimbangkan wany ;p
Deleteeve darling...(buat mata merayu-secomel puss in boots)..nak bab 29...please...
ReplyDeletehaha dah update emmyline ;)
DeleteGila menunggu cerita ni hari-hari..... Rasa mcm x lengkap hidup kalau x dapat bc cerita seterusnya... Please sambung cerita ni eve..... Pleaseeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeleteyes dearr..eve dah sambung ;) thanks for supporting TWB!
Deletenak jgakk..:)
ReplyDeletek ayda dah di update ;) njoy k!
DeleteOfcourse lah kak nak bab 29!!!! hehehehe
ReplyDelete;) dah update anon, njoy !
Deletex sbar nk tggu... :) ..mmg best
ReplyDeletethanks a lotss ezzyra ! ;)
Deletenak bab 29 kalau boleh tiga bab sekali....
ReplyDeletehaha amboii 3 tuuu ! ;p
Deletenk lah...plzzz
ReplyDeleteyippie dear, dah up dah anon ;)
Deletex yah tanya...mmg nk bab 29...
ReplyDeletelol dah sampai tahap tak yah tanya ye suasa? ;p
Deleteeve...nape dera perasaan kami ....waaaaaaaaaa.. dah la tgg 2 minggu nk entry.. pastu tmbah lg semingguu.. untuk bab29.. huhuuuu..sadisnya...:((
ReplyDeletehaha tak sampai seminggu ni korang minta2 , lol
Deleteoh, November ke? Ehem. Kalau sudi nak bagi another bab lagi apalah salahnya. ;)
ReplyDeleteha ah, hehe jenuh Eve nak menambah bab cenggini.lol. bab 29 dah up njoy !
DeleteNK 29...tak dpt cari like
ReplyDeleteisk LIKE button ni mmg chipsmore. tape eve dah update dah ;p
Deleteadoyaiiii eve yg gorjes...dh berjota2 kali akk masuk meninjau blog ni tau...sebagai denda sbb notti sgt buat kitaorg penasaran..sila update bab 29, 30 n 31 sekaligus...kui3
ReplyDelete-mummy-
hahahha 3 bab tu sekali gus.lol
DeleteAKAK NAK BAB 29 CEPAT2 UPDATE YA HEHE TAK SABAR NAK MEMBACANYA
ReplyDeletelol dah update dah akak ;) part 2 plak ye. hehe
Deletebab 29???? nak nak nak... GILER TAK NAK????
ReplyDeleteterus kasi bab 30 laaa..
Deletehaha mana tau hk ;p
Deletekak norana : pergh 30 terus dia nak.hehe.nnti eh 30 tu ;p
Adoii eve...kitaorg tak leh nak focus kat office ni sebab asyik duk refresh your blog & penulisan2u..tunggu bab 29 tak keluar2..seksanya.. huhuhu (nangis betul2 ni tau)
ReplyDelete--Fidd--
begitu sekali fidd, alala jangan nangis2. dah update dah tp part 1 baru.hehe.
DeleteOf courselah nak bab 29, alang-2 Eve nk bagi sy terima dgn senang hati.
ReplyDeleteRasanyer sempat tak Eve update sampai Bab 30 sebelum nk tggu kuar versi cetak pula. bolehkan Eve sayang, lama nk tggu tau...
tu lah menghitung hari jg ni. jenuh nak wat teaser ni.but I will always feed with something utk fill in d gap ;)
DeleteSampai bab yang terakhir pun saya nakkkkkkkk!!!!
ReplyDeletesetuju sgt20x
Deletehahaha bab akhir bulan 11 okay ;p
DeleteNakkkkkkk
ReplyDeletek dah up dah sahara ;)
DeleteNakkkkkkk
ReplyDeleteCik Eve, aduiyaiii...nov? mau kena ulang baca berkali2 TWB kat sini..takpelah!! saborrr, jnji dpt beli novel nnti. Bab 29?? musttttiiiii la nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! terima kaseh.
ReplyDeletehaha comel je u ni. ulang sampai dapat hafal ye ;p
DeleteCik Eve, saya nak bab 29 dan bab2 seterusnya.....best sgt cerita ni.....
ReplyDeletethanks zuraidah ! bab 29 part 1 dah up, njoy okay! ;)
Deleteopkos la nak!!! hadoik penat nak mnungguu... "___"
ReplyDeletehehe kak su ;) - tu le KS pun wat kan org tertunggu.hehe
DeleteEve-a definate big YES from me too....& hurry pls..on biz trip next week!!
ReplyDeleteopss dah up dah, sempat kan dgn ur bz trip :)
Deleteopkos ler nk..bila da n3 strus nyer..hehehe..
ReplyDeletebaru update ;) njoy ye !
DeleteDear Eve,
ReplyDeleteKak mohon maaf sgt2 tak dpt add kat FB..walaupun nk click LIKE jutaan kali berkenaan citer TWB ni. MMg bukan jarang dh..tak masuk FB langsung!! Tp nk share ngan Eve, kak nmpak TAK dlm versi hero luar Malaya pd muka ini - Andres Velencoso. Kalu versi dalam Malaya ni..kak tak tau nk ckp sapa..musti ada..cuma tak tau nk kata sapa? mybe bukan pelakon...tp org2 diluar sana....OK Eve..pe pun, kak doakan Eve makin melimpah ruah dgn idea! Amin! tc~ Kak Aminah
ha tu la Kak...versi bukan pelakon ada kot..just tak dijumpai. and thanks a lot kak for your support ! w/out ur support and others sure TWB tak kan complete as a novel :)
DeleteEve bogoshipo!!!!
ReplyDeleteLma x dgr cter...
Hahahaha!!!
Hi farra! yeah away for sometime and baru dapat reply komen kat sini.wahhaha.
DeleteEve akan ke luar negara?? For sure buku ni kena publish seawal yg boleh... InsyaAllah...
ReplyDeleteowh hanim, buku ni akan keluar masa Eve dah kat sana :)insyaAllah...semua benda KS la yg arrange nnti :)
Deleteeve yg gorjes...bertukar negara? ke mana?
ReplyDelete-mummy-
salam mummy, havoc jek eve guna ayat camtu.dekat2 je mummy ;)
Deleteeve,,, nk bab 29....... tak sabarrrr dh ni ,,,
ReplyDeletedah update dah syafika ;)
DeleteNak2, update yer asap! X sabar nak bc.
ReplyDeletebaru update anon, njoy ye! ;)
Deleteeve cepat la kasi bab 29 & seterus-seterusnya..
ReplyDeletekak norana ! ;) seterus-seterusnya ? lol
Deletemestilah NAK!!!klu boleh sampai bab 30 atau lebih sikit,hehehe,boleh??
ReplyDeletehaha insyaAllah tgok cane kay ;)
DeleteTAKNAK !!! Taknak 29 jer.. tapi nak 30-31-32-33 .. sampai ending...
ReplyDeleteIsh.. mcm tamak la pulak.. tapi serius! memang tak sabar nak tau ending ni..
Nanti Eve update as much as u can yer Dear.. u jgn wat ending mengejut.. Drag the story
sampai kitaorang angau dulu.. then the climax.. hehe.. tak sabar nak tengok muka hero.. maybe handsome macam Si Korean Hero Dennis Oh (Sweet Spy).. :)
hahaha cerita ni mcm roller coaster kot.lol. Dennis Oh is handsome. tp muka Adam masih dalam pencarian.lol.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau tak nak 29 jer tapi nak start 29 sampai habis, boleh? bila nak upload lagi? addicted dah kot...
ReplyDeletetolong ekkk... upload lagi ekk...
tq,
dah dua org dah nak semua ni.hihi.saya update nnti ;) Will feed in something sampai novel keluar kay ;)
Deleteala....t upload kisah seterusnya ye...xsbr nk tau kisah seterusnya...
ReplyDeleteyep eve will always update kay sampai novel kelaur but kekerapan tu depend ;p
Deleteada ummpphh.... nk lg
ReplyDeletelol thanks iezz dah up dah ;)
Deletecik writer...belum upload chapter baru ke?...lama nya... cepat2 k... :)
ReplyDeletewah ni fasa semua dah tak sabar dahni.dah upadte dah anon ;) baru tadi.hehe
DeleteTired of waiting =(
ReplyDeleteeve, bila lg nk upload ni? hurry plsss...
ReplyDeleteadoyai..mana ni bab29
ReplyDeletehati ku bergetar bagai genderang mau perang!!
Eve ..plisss my sweetie pie!
nak bab 29 dan seterusnya...
ReplyDeletenak 2999....
ReplyDeleteKak Eve cepat2 lah update bab seterusnya. Dh sabar2 ni.plz!!!!
ReplyDeleteeve...bila nak update...x sabar nak tau kisah adam bila dapat tau siapa bakal DATINNYA nanti...
ReplyDeleteChop!!! Eve nk p mana plak....aduyai, x best la mcm ni :(
ReplyDeletePe pun (dengan nada & mode paling sedey)...wish u all d best Eve & take care owiz...
p/s: walau di mana Eve berada, slalu update TWB lovers kat sini k...
eve.... sy nak smpai habis bleh... lamanya nk tggu satu2....xsabar nk tgk happy ending ariana & adam...........cpt2 la..tambah lg.. hehhehehhe
ReplyDeleteyeahhh finally dorg bertunang..tp masing xtau sape psangan msing2..hehe
ReplyDeleteDear, n3 kali ni buat sy makin teruja.
ReplyDeleteHonestly x sbr nk tggu klua hardcopy...
Adakah Ariana mencintai Daniel? Selalu diceritakan yang mereka rapat dan seperti pasangan kekasih. Mereka tidak boleh bersama disebabkan perbezaan agama. Adakah itu sahaja punca Ariana tidak menyambut ucapan cinta Daniel atau dia sendiri tidak terlalu menyintai Daniel?
ReplyDeleteRespect and I have a keen offer: How Long Renovate House victorian house renovation
ReplyDelete