BAB 15


Assalamualaikum wbt, 

Hehe Farra Joe dah sakit kepala tunggu update.haha.kecian je...So Evelyn menyilok la waktu keje. Ingat nak reply comment tapi nnti after office hour kot. Laptop saya tgh direpair..gerhana betul tade lappy. 

KaryaSeni ada call Evelyn utk publish novel ni (alhamdulillah and thanks a lot to KaryaSeni for the oppurtunity given)  few weeks ago.  So doakan dpt siapkan cepat ye! lol. and satu lagi Evelyn tengok most of the traffic datang dari sini : http://enovel-link.blogspot.com/ . So thanks to enovel for listing this blog there ;) 

Okay, enjoy friends! 

p/s: Dari tadi nak post skrg baru dapat post. hehe. keje macam hujan.



------------------------The Wedding Breaker Bab 15 -----------------------


Semalam dia mabuk lagi, Zahidah atau nama glamournya Zatty yang membawanya balik ke kondonya. Adam melihat disebelahnya, tiada pula Zatty disitu. Kepalanya terasa berat tapi dia gagahkan juga untuk bangun. Kelibat Zatty dicarinya. 

Perempuan bertubuh tinggi lampai, berkulit cerah dan rambut lurus paras bahu sudah siap menyiapkan sarapan untuknya. Wajah Zatty masam sahaja. Merajuk? Kenapa? Soal Adam pelik. Biasanya Zatty akan bawa makanan tu ke bilik. Bed Breakfast yang selalu dibuat bila mereka bersama.

"Hi" tegur Adam sepatah. Kerusi ditariknya untuk duduk. Zatty masih membisu. Mukanya masam mencuka. Buruk bebenor Adam melihatnya.

" You ni kenapa? Pagi - pagi dah tunjuk muka kebebet ni kat I ? " suara Adam mendatar. Tiada riak mahu memujuk. 

" Siapa Ariana?"

" Kenapa you tanya ? " Kenapa nama Ariana juga yang naik pagi-pagi ni? Dia nak lupakan Ariana, si Zatty ni pula yang naikkan nama perempuan tu. Tak habis-habis.

" Dah dua malam Tengku..." dua malam apa? Apa yang Zatty nak sampaikan ni? Wajah Zatty dicerlungnya. Apa kaitan dua malam mereka bersama dengan Ariana?

" Siapa yang Tengku ingatkan when you are sleeping with me? Jangan gunakan saya when you mind is so flooded with Ariana! Tengku menjatuhkan maruah saya!" Serius Zatty memarahi Adam.Supermodel yang digilai oleh ramai lelaki macam dia boleh diperlakukan sebegitu oleh Tengku Adam.

Apa yang dia dah buat? Adam bungkam.

" I tak fahamlah apa maksud you? You nak nak duit I dah bagi kan? What else? Jangan nak cari pasal dengan I pepagi ni boleh tak? " spoilkan hari minggunya sahaja. Ingatkan hari Ahad macam ni boleh berehat. Celik mata je dah ada yang nak cari gaduh. Adam merengus.

" Tengku, kalau malam lepas saya boleh tahan. Tapi kalau dah dua kali it happen, I can't. Tengku carilah perempuan lain untuk Tengku gunakan. Not me. Jijik Tengku. Jijik ! " 

" What is so wrong with you? Sejak bila tidur dengan I dah jadi jijik Zatty? "

" Sejak you keep on calling Ariana's name while doing  ‘it’ with me! " Meja makan ditinggalkan. Zatty mencapai handbagnya sebelum terus meninggalkan Adam yang masih tercangak, terkejut dengan apa yang Zatty sampaikan. 

- - - - - - - - - 

Cuba mencari ketenangan dengan perempuan, makin menyerabutkan kepalanya ada. Lebih baik dia ke Royal Selangor Polo Club, menunggang kuda. Sudah berminggu dia tidak menjenguk Bucephalus, kuda hitam dari keturunan Arab yang dibelinya dari seorang jutawan arab saudi. Bucephalus dinamakan sebegitu kerana fizikal dan kekuatannya seperti kuda hitam milik Alexander The Great yang juga bernama Bucephalus. Dia jatuh hati dengan Bucephalus sewaktu ke rumah kawannya Thoriq Hamdi di Riyadh 8 tahun lepas.  Bucephalus diterbangkan ke England untuk tinggal bersamanya di sana, sebelum kemudiannya diterbangkan pula ke Malaysia 5 tahun lepas. Bila dia mengambil keputusan untuk bermastautin di Malaysia atas desakan Tengku Mukhriz.



Bucephalus dijaga oleh pihak Royal Selangor Polo Club, dia membayar kos makan, penjagaan, sewa kandang dan upah penjaga kuda. Encik Azman yang mengendalikan kuda di situ memang boleh diharap. Encik Azman juga penggemar kuda. Dia menyalami Encik Azman sebelum ke kandang di mana Bucephalus  ditempatkan. 

Kuda hitam yang tinggi dan sasa menjerit sakan bila melihat tuannya datang. Pasti Bucephalus rindukannya. Adam ketawa melihat keletah Bucephalus. Kuda tidak seperti manusia, dia tahu apa yang ada diminda tuannya walaupun tanpa komunikasi yang nyata. 

" How are you my little boy..." Kepala Bucephalus diusapnya penuh sayang. Beberapa ketul lobak merah dihulurkan kepada Bucephalus.

Bucephalus makan dengan sakan. Kepalanya digeselkan pada Adam. Gembira dapat kembali melihat tuannya. Sudah berminggu Adam tidak datang menunggang.

" Makan kenyang-kenyang...nanti kita jalan-jalan"

Bucephalus menyahut kata Adam dengan anggukan. Kepala Bucephalus direndahkan, meminta tuannya mengusap. Adam ketawa. Kepala Bucephalus diusapnya lagi. Sebelah lagi tangannya menyuakan makanan. 

Bucephalus di bawa keluar dari kandang untuk outride di trail yang telah disediakan oleh pihak Royal Selangor. Hutan kecil dilalui oleh mereka. Terasa tenang bila dapat menunggang di kawasan sebegitu, biasa dia akan menunggang di hutan kecil di England bila kepalanya agak berserabut. Jika dia dalam mood biasa, Bucephalus akan dibawa ke gelanggang untuk berlumba dengan kawan-kawannya.

Adam memberhentikan Bucephalus di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Badannya dijatuhkan untuk berbaring di atas Bucephalus. Bucephalus membiarkan sahaja tuannya, dia sudah masak benar dengan perangai Adam. 

" Dont you feel lonely, Bucephalus"

" Kau tak ada girlfriend. Tak ada isteri...tak ada anak-anak...Dah 8 tahun kau tinggal dengan aku, tapi aku tak carikan kau isteri pun kan? "

Bucephalus menggerakkan ekornya, melibas ekornya yang panjang hingga terkena kepada Adam. Adam ketawa. Dia tahu Bucephalus faham apa yang dibualkan. 

" Kau nak isteri eh? Nanti aku belikan satu..."

Bila Bucephalus mengeluarkan bunyi, dia ketawa lagi. Terus dia teringatkan Daddynya yang tak habis-habis memaksanya untuk berkahwin..Mungkin perasaan Daddynya sama seperti apa yang dia rasa untuk Bucephalus. Mahukan yang terbaik untuk kudanya itu. Adam sudah tidak pasti samada mahu pasrah dengan pilihan Daddynya, atau...cuba mendekati Ariana.. tapi antara dia dan Ariana tidak mungkin akan terjadi sebuah perkahwinan. Ariana bukan dari golongan sepertinya..nanti dia akan ditertawakan jika memilih isteri yang hanya berkelulusan SPM, anak peniaga gerai? Antara dia dan Ariana ada chemistry yang kuat, hingga sekarang dia masih belum mampu melupakan wajah mulus Ariana Rose. Ariana Rose yang cantik secantik mawar merah, tapi durinya tajam hingga dia tidak mampu menyentuhnya sekali lagi.

" Ehekkkk!!! " Bucephalus berbunyi kuat, mengejutkan Adam.

Kudanya itu mula berlari anak. Adam terus menegakkan diri. Tali pedal dipegangnya kemas. Larian Bucephalus semakin laju...angin yang menempias mukanya terasa sungguh nyaman. Mereka menuju ke kawasan padang yang lebih luas. Bucephalus menguatkan lagi lariannya. Adam memejamkan mata, Bucephalus dipecutnya hingga dia dan angin mula bersatu. 

-  - --- -  - - - - - --

Usai meletakkan Bucephalus kembali ke kandangnya, memberi makan dan membasuh tubuh Bucephalus, Adam ke Coffee House. Meja paling tersorok dipilihnya, dia tidak mahu diberikan perhatian oleh mana-mana ahli perniagaan yang mencari rezeki ditempat sebegini. No Business On Sunday, itu prinsipnya. Berbual kecil mengenai bisnes pun tidak akan dilayan jika hari itu adalah hari Ahad.

Segelas juice dan chicken chop dipesannya. Dalam 15 minit makanannya sudah siap terhidang. Dia mengadap dinding, membelakangkan mata-mata yang memasuki coffee house tersebut. Dia betul-betul tidak mahu diganggu.

"Silakan duduk Miss Rose" bunyi kerusi ditarik agak jelas kedengaran di telinga Adam. 

" Thanks" si gadis membalas. Macam pernah didengar suara ini..bisik Adam. Tapi dibiarkan sahaja. Dia terus menyuapkan makanan.

" You nak makan apa? Minum?" si lelaki bertanya lagi.

" Hmm..teh tarik. Minum je"

" Okay.." kedengaran si lelaki memanggil waiter. Kemudian memesan makanan dan minuman.

"Biasanya bila riding session untuk disabled ni diadakan Faizul?"

" Tiga kali seminggu. Selasa, Rabu dan Khamis..dari pukul 10.00am hingga 12 tengah hari. Sekarang ni Hazrin Abdullah yang lead altogether with dua foreigners" 

" I nak register untuk one disabled school yang I jaga..but time allotment I tak boleh nak datang pula. Weekdays I kerja"

" Takpe...I boleh tolong jagakan, plus cikgu sekolah tu adakan?" 

" Ada....Nanti I minta cikgu in charge contact you dulu ya..I teringin nak volunteer juga..takde untuk weekend?"

Lelaki yang sama ketawa, " Tak ada...you are very kind Ariana Rose"

Adam tersedak. Cepat-cepat dicapainya juice dragon fruit. Ariana Rose? Memang bayang perempuan ni akan sentiasa mengekorinya. Macam hantu. Itulah buat dosa sangat dengan perempuan tu. Dah buat dosa, tidak mahu bertanggungjawab. Padan muka kau Adam! 

Adam mengintai ke belakang. Topinya diturunkan sedikit agar Ariana tidak mengecamnya. Memang jelas, Ariana Rose bt Hussein sedang berbual mesra dengan seorang lelaki muda. Mungkin lewat 20an. Ariana semakin cantik bila wajahnya yang putih menjadi kemerah-merahan. Mungkin baru lepas menunggang. Rambutnya yang panjang diikat tocang. 

Lelaki yang dipanggil Faizul tadi sibuk memandang Ariana. Tidak berkelip. Kalau nak berbincang pun tak perlu lah nak pandang lama-lama. Macam tak pernah tengok perempuan cantik. Herdik Adam dalam hati. Kalau ikutkan hati mahu sahaja disuruhnya si Faizul tu ketepi. 

" No lah Faizul..I just love being around horses and helping those kids buatkan saya rasa puas. Kalau ada masa awak bolehla lawat dorang. Sekolah dorang area sini je. Saya selalu pergi weekend"

" Menarik juga tu. Next week boleh saya pergi dengan awak" Faizul ketawa lagi. Ketawa yang menyakitkan hati Adam. Bukan nak buat volunteering, nak menggatal sebenarnya tu. Herdik Adam lagi. Chicken Chopnya sudah siap dicincang lumat sambil telinganya sibuk mencuri dengar perbualan Ariana dan Faizul.

"Boleh je...you are most welcome. Nanti saya akan kenalkan awak dengan Mia dan Azri. They are very cute..walaupun keduanya ni ada disability, Mia kena demam panas waktu kecil yang menyebabkan dia hilang suara...Azri pula down syndrome..tapi dorang berdua ni sangat positif dalam hidup dia. Bila awak tengok bagaimana bersemangatnya dorang ni teruskan kehidupan, we will feel so grateful. Hilang habis semua masalah yang terbeban " Ariana senyum. Faizul semakin cair. Adam semakin membahang menahan marah.

" Jarang saya jumpa perempuan muda macam awak yang sanggup turun padang buat volunteering untuk golongan macam mereka ni Rose, inshaAllah, next week saya pasti akan ikut serta. Boleh kita bincang dengan cikgu sekolah tu about your plan untuk mendaftar. Pasal bayaran, kita boleh carikan sponsor untuk mereka"

"Thanks Faizul...Thanks a lot...riding for disabled ni saya dah mula buat kajian last few months. Waktu saya join Horse Riding di Serdang, ada few kids ada disability ikut therapy ni, and it works for them. Cuma, tak semua orang ada duit kan nak ikuti kelas theraphy macam ni. Kalau ada orang yang sanggup menyumbang that would be great....Saya akan cuba tampung mana mampu" Ariana senyum lagi.

" Okay, inshaAllah. Kita cuba usahakan sama-sama" Faizul senyum meleret. Cuba usahakan sambil mengorat anak orang. Cemuh Adam lagi. Dia bangun. Bahu Faizul ditepuk. Faizul berpaling memandang Adam.

" Hye...! Datuk...!" Faizul menghulurkan tangan untuk bersalaman. Adam menyambut baik. " Duduk dulu Datuk" Adam mengangguk. Makanannya di bawa ke meja Ariana dan Faizul tanpa malu.

"Do you mind?" dia berpura-pura bertanya Ariana. Tanpa menunggu jawapan, kerusi disebelah Ariana ditariknya.

"Rose, kenalkan ni Datuk Wira Tengku Adam Kamil. Datuk, kenalkan ni Ariana Rose" Ariana hanya mengangguk. Adam pun sama. Masing-masing diam. Faizul terasa canggung dengan perlakuan mereka.

"Mmm korang dah kenal ke?"

"Dah" konfiden jawapan Adam. Ariana pucat. Apa yang akan Adam beritahu kepada Faizul?

"Datuk ada sponsor satu program anak yatim yang Kementerian saya anjurkan" Ariana senyum pada Faizul. Adam dibiarkannya.

" Saya terdengar perbualan korang berdua tadi. Saya agak berminat untuk membantu dari segi kewangan. Kalau Cik Ariana tidak keberatan you can brief me about it."

Adam sengaja cari pasal, bisik Ariana. Tapi dia memang perlukan sumber kewangan untuk kanak-kanak kurang upaya mengikuti kelas menunggang kuda tu.

"I can brief you now kalau Datuk okay?" 

Adam geleng, " I dont talk about business on Sunday. You can come to my office anytime you are free" 

" I won’t be able to make it on weekdays. So...maybe tak ada rezekilah saya nak terima sumbangan dari Datuk" 

" You macam tak serious je nak cari sponsor" Adam senyum. Sengaja mahu menduga kesabaran Ariana. Dia tahu Ariana cuba mengelat. Bepura-pura  tak  kenal  konon...tapi cuak, bisik Adam dalam hati sambil matanya tak lepas merenung Ariana. Faizul hanya memerhatikan dari tadi. Macam tak sebulu je dua orang ni, bisik Faizul.

"I am serious. Cuma saya kerja on weekdays"

" Habis kerja?"

"5.30 pm"

"Datang after 5.30 pm then. Saya ada di pejabat. It’s up to you, if you are serious wana help the needy why not pull some effort?" kata-kata Adam ada betulnya. Kalau dia serious mahu membantu anak-anak kurang upaya tu, sepatutnya dia ketepikan masalah dia dengan Adam.

"Okay...Rabu ni lah kalau macam tu. Saya lapang sikit on that day. Ofis Datuk kat mana?" Adam keluarkan business card nya. Tertera namanya, alamat, dan nombor telefon pejabat.

"Call my secretary untuk set appoinment. Rabu 6.30pm?"sekeping kad nama disuakan kepada Ariana. Kad nama disambut.

" Hmm okay, I think I can make it at 6.30pm"

" Okay. See you then"




 * Note : Weblink utk riding for disabled http://rda-malaysia.com/polo-club.html  
dan  http://www.rda.org.uk/

Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. iAllah will do anon ;) thanks! ;D

    ReplyDelete
  2. Amekaw adam, 2la buat naya kat anak orang kan dah kena badi xleh lupe, xsabar nak tggu scene mereka kena kawin, jeng...jeng...rasanya ariana org yg tepat utk ajar adam kepangkal jalan kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe karma utk Adam ;)
      thanks anon for reading!

      Delete
  3. pendek sangat 2... huhu, nak entry baharu lagi.... wink2

    ReplyDelete
  4. BEST EVELYN .. GOOD LUCK ... SELALU TERNANTI2 FOR THE NEW N3.. WISH U LUCK ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh thanks mayang sayang ;D thanks a lot!

      Delete
  5. dEAR eVELYN, NICE n3! wAITING FOR NXt. tak sbar nk tau cemana bila adam digandingkan dgn ariana masa nikah nnti. tqvm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha evelyn pn tgh write up bab tu.kikiki.
      thanks anon for reading! ;D

      Delete
    2. post next entry today yer Evelyn Rose? PLEASE :)

      Delete
  6. best2. tgh study week ni, tapi tiap2 hari dtg jenguk sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaahh terbaik la pinoc.hehe thanks a lot for your support and good luck exam tau! study tu penting.lol

      Delete
    2. takpe. study tu no 2, novel ni no1.. hahaha. tq evelyn rose :)))

      Delete
  7. emmm..... been waiting for new entries...short but sweet. more pls

    ReplyDelete
  8. Pandaiii datuk ni... Dan2 tu nak bg sumbangan.. ;) ape2 pon wish u all the best mengorat ariana datuk.. ;)
    Ps: kan dah kata 3 bln tu lmmbt sgt.. Kn da angkut pompuan laen dh.. Hemm xinsaf2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Adam Kamil, memang camtu. funny la acu, nnti tgok pasni is he still that way.lol

      Delete
  9. hi evelyn..!! hehehe nice n3 n best sangat2.. :)
    update n3 16 pulak lepas ne..
    the wedding breaker ni ada plan nak terbitkan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah Karya Seni ada call haritu, everlyn kene siapkan manuskrip, if the whole novel sounds good dorang akan offer agreement utk publish. Evelyn baru semangat balik nak smbg ni.haha.doakan ye ;)

      Delete
  10. cerita ni agak lain dari yang lain...bila agaknya boleh publish as novel?.. mesti jadi best seller

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh :O best seller ? haha u r so sweet anon. doakan evelyn siapkan manuskrip yg baik dan bermanfaat + fun utk semua ye ;)
      thanks anon!

      Delete
  11. some more please,hehe

    ReplyDelete
  12. Best gla mcm biasa....
    Tpi pndk....
    X sbr nk tggu karya seni publish....
    hahahahahaha!!!

    ReplyDelete
  13. Best gla mcm biasa....
    Tpi pndk....
    X sbr nk tggu karya seni publish....
    hahahahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pendek ek? Evelyn mmg limit each chapeter tak lebih 2000 words. yg ni dah 1948. doakan Eve cpat siapkan ;D

      Delete
  14. Haih, Adam Adam *geleng geleng* . Sila sambung cepat ye Cik Evelyn Rose! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau anak saya Adam ni mmg sy ketuk kepala dia.haha.iAllah anon will update soon

      Delete
  15. best la ...
    tak sabar nak tunggu pertemuaan antara andriana dan tengku... tak sabar juga nak tgk perkahwinan tengku dan andriana....macam mana agak nyer keadaan nyer nanti eak...

    cepat la sambung lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Eve pn tak sabar nak tulis waktu dorg kawin.haha
      thanks anon!

      Delete
  16. Aduhaiiii makkk....cntinue lg....x sbr x sbr....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks anon! iAllah v soon.wiken ni kot ;)

      Delete
  17. so sweet. aku knal tp aku tak nak kenak ko...nx n3 ples..lps ni kne main sorok2 la pla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks anon! iAllah will update soon ye ;)

      Delete
  18. Suka sgt coz Ariana taught Adam a lesson that not all things can be bought especially love and affection.

    Harap2 nanti Ariana pergi jumpa Adam pasal sponsorship tu dgn Faizul or any male friends... Biar Adam cemburu lebih lagi....

    Suka sgt2 dgn cerita ni... New entry pls....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks anon ;) tgh semak bab 16. nnti sy update kay.. ;)

      Delete
  19. cepat sambung best sgt...

    ReplyDelete
  20. wah, datuk wira ni dah jatuh tergolek2 dah dgn ariana. tp masih lg nk deny. tak abis2 nak jaga gengsi dan fikir kedudukan sendiri. esh esh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp ngata adam saya ek... bad boy memang la mcm ni, dia punya ego setinggi harta dia.... tsktsk dunt worry adam, saya kipas susah mati awak..

      Delete
    2. ZM, i loikeee it...maw join!!! hehe...my adam (*_*)
      -fathmumtaz-

      Delete
    3. haha kelakar la zm and fath. kipas susah mati Adam eh..lol. habislah hajar xleh kutuk adam lg dah.kiki

      Delete
    4. hahaha. diorg ni memang peminat bad boy la Eve. Terima jela. lol

      Delete
  21. evelyn.....nk citer ni ag...cept la sambung..best la....hehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks nur ;) coming soon okay! eve nak baca skali lg bab 16 before publish sini ;)

      Delete
  22. nak lagi.hehe. keep writing ya..

    ReplyDelete
  23. lama tggu..jgn update lama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohehehe iAllah ;) thanks patiently waiting

      Delete
  24. memandangkan karya seni dah call,ade lagi ke cerita nie lepas nie?? harap2nya sambungla lagi... at least,sampai diorang dah kawin...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah ada syeimy ;) tp sampai bab berapa tak sure la plak.hehe

      Delete
  25. Sweet n3 kl ni,apa akn terjdi on next wed ya.evelyn nk lg......kl dh jd novel pstinya saya akn membelinya......hwaiting....

    Saza

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks saza! makin smgt nak mengarang lagi.hehe

      Delete
  26. tahniah evelyn. arap dapat kuar dalam versi cetak x lama lagi.saya akan beli novel nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon! iAllah.wihihi smgt2 nak berangankan adam lagi.haha

      Delete
  27. honestly I feel equally sorry for Adam & Ariana. Both lonely & trapped. All the best for the upcoming manuscript.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah thanks ani ;) but yes, Adam have no malay friends.upcoming chapters nnti bff adam akan muncul ;)

      Delete
  28. Kak...smbg la lgi...
    suka tgk adam jealous :) nice story...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks fie ;) iAllah esok2 sy update

      Delete
    2. sy tgu kak update :)
      tak sabar nak tgk adam n arianna kawin..

      Delete
  29. dok tpikir plak adam nie psl ariana,mmg da jdoh nie trsempak plak kt tmpat sme..hrp2 ariana nie dpt bw adam ke pgkal jln r

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah nnti kt tgok apa yg wat Adam berubah ;p

      Delete
  30. hihi..xsbr nk tnggu versi cetak...
    congrts..=)

    ReplyDelete
  31. assalam... yuhuuuu... uhmmm arini sya trsangatlh jelez la dgn kuda tu, adam sayang dia lebih... uhhhu, knapa nk marah2 adam ni, mesti la dia nak pilih istri yg trbaik untk diri dia... kalo solat pun dia dh lupa, mandi hadas besar sudah pasti xhengat trus, ni apatah lgi nk pilih istri dari sisi islam... owhh adam, xsia2 jdi kaya, senang jer dia nk beli prhatian dri ari.. xsbarnye nk tgk dorg kawen.. nk tgk kuasa veto apa lgi yg adam nk lancarkn... tq awak... siyes best

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks zm. mmg memahami Adam betul awak ni zm. lol. terbaiklah.kiki ;D

      Delete
  32. OMG best giler cite ni ternanti-nati sambungannya.waaaaa akak kalau hubbyy akak sebut nama org lain masa sedang ehem2 memang talak tigalah.he,he,he.

    ARIANA ROSE-sedap nama tu boleh akak copy x untuk nama anak akak nanti.

    THUMBS UP 4 U EVELYN ROSE harap novel ni success bila di terbit nant.makesure manuskrip best giler.ok.berbaloi apabila akak beli nanti kan.

    -kak sufiah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar la komen akak. talak 3 tu...kalau sy pown! ;p

      bleh je nak amek utk nama anak.nnti nk tgok baby akak lah.hehe.

      iAllah manuskrip sedang digubal.hehe. doa2kan ;)

      Delete
  33. best best best!! nak sambung up entri kat blog ni sampai habis satu novel ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks eka ;) hmmm mmm tak satu novel la tapi sampai chapter mana tatawu jg.haha

      Delete
  34. bestnya bila nak sambung lagi please

    ReplyDelete
  35. like2...congrats tauu...
    gambatte evelyn rose!!!!

    ReplyDelete
  36. Best sangat...
    Continue cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bella! iAllah v v soon kay. puas bc bab 16 eve publish kiki

      Delete
  37. Evelyn cptla smbng bab 16!!!
    Dh x sbr nie^^

    ReplyDelete
  38. haha farra, iAllah v v soon farra.eve nak cek sket bab 16.hehe

    ReplyDelete
  39. Terlbh exited nie nk bca...
    Smpai x kluar umah nie...
    Dear pleaseeeeee!!!

    ReplyDelete
  40. ble la nk publish...xsbr nk memiliki novel ini..sgt best!!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah doakan manuskrip siap cepat..before Eve tambah busy pasni..waa :(

      Delete
  41. bila nak sambung lagi,nak tunggu novel keluar mesti lambat lagikan

    ReplyDelete
  42. Evelyn Bla nk update!!!
    Dh terseksa mental nie:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha farra...farra...mmg setia! dah update dah ;) njoy!

      Delete
  43. LIKE!!! sambung lah lagii sukaaa<3

    ReplyDelete
  44. evelyn rose! sambung cepat! best3~


    -mary-

    ReplyDelete
  45. skrg adam yg terhegeh2 cri ariana..haha

    ReplyDelete
  46. Adam jeles!
    Dia btul2 nak ariana ke rs tercabar sbb ariana x nk dia.

    ReplyDelete
  47. Movies, meԁicine, ѵideos sοme things punter talκed closе to in аn aԁult-themeԁ
    the turn indicаted by the moοnshіne іn the game
    screen or do it by pгеss your aсt computer keyboагd.
    So, are you quick sees nо ѕpeech communicаtіon, ρeгceives, neither.
    Mу footling onе cοmmencеmеnt staгted shoωing ΜMORPG gаme
    for κids is EcoBuԁdіеs.

    ReplyDelete
  48. Earning the UrnThe toll of thе Urn of Ѕhаdows іѕ faг fгom prohibitive, but onе gamеs with lot оf feгνour and fun.
    In thаt reѕpесt arе
    other secondhаnԁ to Rеlieve the woгld.
    Because bulk of these games can bе well accessed Online а
    flaѕhіng game
    dеsires tο be; сhildlіke, adԁiсtiѵe and fun.

    ReplyDelete
  49. Pogo аlloωs you to are into multiplаyer Onlіne gambling anԁ
    they Τhгow the bοyѕ
    a гun fοr thеir money. You can Obsегve numberѕ gаme of wеb Presumρtuous that you Get ѕome Сasuаlneѕѕ with οther folks who are involved іn the wеb
    lаnd sitе, you can likewiѕe hunt for a Course
    by Gгaphiс deѕigner/author. game Rесеіve
    Suit a zillіon clam and gatheг your own аliens.

    ReplyDelete
  50. One hour is especially dedicated to Spanish songs for
    children to familiarize with the language. Chinese will require at least a year to be functional in speaking thanks to its' simple grammar and many homophones. We cannot fulfill any desire and even if we are able to fulfill one desire then 1000 news desire will come in our mind by that time.

    My page: effortless english

    ReplyDelete
  51. Since you will do fewer exercises you've tested out so far it is time to have a look at the how to buy p90x nutrition plan Schedule. Artificial sweeteners: If you like the sugar-free variety integral part of my life.

    Feel free to visit my weblog; click here to read

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts