Untukmu Cinta : Bab 1

Bab 1

3  Februari 2011, Khamis

UOA, Bangsar




(picture for illustration only/gambar hanya untuk ilustrasi/ Source: Google)


“ Kami  bangkang  projek  empangan  ni ! ”

 “ Selamatkan  hutan  kita ! Selamatkan  generasi  akan  datang  dari  kemusnahan  alam  !”

“ No  trees  no  human ! ”

Suasana di perkarangan  Bangunan UOA  Bangsar kelihatan kacau bilau. Trafik di perkarangan bangunan juga jadi sesak dek kerana demonstrasi jalanan yang diadakan di hadapan bangunan yang menempatkan syarikat pembekal tenaga, GCI Energy Sdn Bhd. Beberapa individu memakau baju hijau dengan lambang bumi separuh ranap dan separuh masih hijau memegang bunting dengan kata-kata menentang projek pembinaan empangan hidro elektrik berkuasa besar di Sarawak. Ada yang menjerit tanda menentang dan ada yang hanya memegang kain rentang. Seorang perempuan memegang pembesar suara mengetuai demonstrasi.

“ Save the forest ! ”
“ Save the forest ! ”
“ Save the forest ! ”

Individu lain turut sama mengikut. Kereta yang melalui kawasan tersebut ada yang membunyikan hon ada yang hanya memperlahankan kereta dan memerhati. Rata-rata tidak tahu pucuk pangkal cerita. Terhendap-hendap dari cermin kereta, cuba membaca apa yang ditulis di kain rentang. Sebuah kereta proton saga lama memperlahankan kereta dan si pemandu menegur seorang aktivis.  

“ Kenapa ni dik ? Ada apa ? ”

Seorang aktivis muda, usia awal 20-an mendekati kereta. Sehelai kertas disuakan kepada si pemandu.

“ Bantahan terhadap pembinaan empangan di Sarawak, bang .”

Si pemandu memegang kertas yang dihulurkan. Wajahnya berkerut. Dia mula beredar. Kertas disuakan kepada isterinya yang berada di sebelah. 

“Cuba awak baca, apakebenda yang depa dok riuh sangat ni sampai jalan jem macam ni.. ”

Si isteri di sebelah capai kertas yang dihulur. Cermin mata di ambil pakai. 

“ Bantahan  terhadap pembinaan empangan di Sarawak… yang akan memusnahkan ekologi hutan dara… seramai ribuan penduduk terpaksa dipindahkan…dan risiko banjir di  kawasan  sekitar…” 

Peta kawasan yang bakal dijadikan empangan diteliti oleh si isteri. Lama dia tenung, kemudian kertas di letakkan di dashboard kereta. Nak fikir lebih-lebih pun bukan dia faham.

“ Oh… pasal tebang hutan semua la ni… kalau yang nuclear dulu tu saya faham la. Takut  jadi  macam  Hiroshima… Ni  kalau  setakat  tebang  hutan… ok  je… Kalau  tak  tebang  mana  nak  membangun…”

“ Itu  ler… saya  pun  tak  faham. Biasa  la  kalau  banjir  kan  bang? Di  pantai  timur  tu  pun  asyik  banjir  je.. tak  jadi  isu  pun… ”

“ Iyalah… Biar  la  depa. Kita  buat  hal  kita. Habis  jalan-jalan  KL  jumpa  cucu, kita  balik  Kedah. Dok  KL  lama-lama  hutan  batu  macam  ni  rimas  saya. ”

Kereta  saga  mula  menjauh  dari  kawasan  demonstrasi. Jalan  yang sama  masih  sesak. Demonstrasi  yang  bermula  dari  awal  pagi  membuatkan  trafik  agak  menggila  di  kawasan  tersebut. Ada  yang  mula  bertanya  kenapa  seperti  pemandu  tadi, ada  juga  yang  berang  dan  mula  memaki  hamun  mereka  sedangkan  mereka  hanya  berada  di  hadapan  bangunan, terkena  sedikit  di  tepian  jalan. Tidaklah  mereka  sengaja  memblok  jalan  raya.

Orkid  memandang  sikap  pengguna  jalan  raya. Dia  mula  ke  sana, memanggil  beberapa  peserta  yang  berada  di  tepian  jalan  agar  berkumpul  di  satu  tempat  sahaja  dan  tidak  berada  di  atas  jalan. Mereka  memohon  dengan  kerajaan  untuk  mengadakan  demonstrasi  secara  aman. Dia  sendiri  tidak  mahu  apa-apa  berlaku  kepada  peserta  dan  dia  juga  tidak  mahu  demonstrasi  aman  bertukar  tidak  terkawal. Pihak  pengawal  keselamatan  sedari  tadi  memerhatikan  mereka.

“Please  stay  close  to  the  building  guys  and  don’t  block  the  road. We  do  this  peacefully.” 

Orkid  senyum  pada  peserta  sambil  mengingatkan  mereka  akan  tujuan  asal  mereka  di  situ. Matanya  meliar  memerhati  sekeliling. Tiada  bayang  pihak  syarikat  yang  datang  untuk  bersemuka  dengan  mereka. Keringat  mula  merenek di  wajahnya. Orkid  pandang  langit, mentari  bersinar  terang. Bahang  mentari  mula  menyengat. Eve, kawannya  masih  bersemangat  melaungkan  slogan  demonstrasi. Dia  pula  lebih  senang  berada  di  belakang  tabir.

“ Awak  okay  Orkid ? ” 

Soalan  Adam  disambutnya  dengan  senyuman  tenang. Adam  seorang  arkitek  yang  juga  penggiat  Persatuan  Alam  Sekitar  Malaysia. Adam  juga  pengerusi  untuk  pertubuhan  Senibina  Lestari  bagi  arkitek  dan  jurutera  di  Malaysia. Seorang  yang  sangat  lantang  bersuara, sama  seperti  kawannya  Eve. Eve  atau  Dr.  Eve  orang  Sarawak  dari  etnik  bidayuh. Punyai  kelulusan  PhD  dalam  bidang  tenaga  lestari. Sama  seperti  Adam,  mereka  punyai  fikiran  baru  untuk  Malaysia  yang  lebih  mampan.  Mereka   sama-sama  belajar  di  UK. Sama-sama  pernah  menjadi  aktivis  kemanusiaan  dan  aktivis  alam  sekitar  sewaktu  belajar  di  sana.

“ Drink ? ” 

Adam  suakan  air  mineral  kepada  Orkid. Kesian  dia  tengok  Orkid. Peluh  memercik, tubuhnya  kecil  sahaja.

Thank  you. You  tak  gilir-gilir  dengan  Eve ? ” 

Orkid  capai  botol  air. Minuman  diteguknya  rakus. Memang  cuaca  panas.

She  can  do  it. She’s  a  bidayuh  warrior.

Orkid  perhatikan  anak  mata  Adam  yang  sedang  ralit  memerhatikan  kawannya  Eve. Dia  boleh  rasai  yang  Adam  sukakan  Eve. Sinar  mata  Adam  nampak  betapa  dia  bangga  dengan  gadis  itu. Ah,  kalau  dia  pun… Orkid  telan  liur. Hatinya  bagaikan  terguris  sedikit. Bagaikan  ada  perasaan  ngilu  yang  singgah. Perasaan  itu  dia  simpan  kemas. Bukan  kerana  cemburu  pada  Eve, tapi  dek  kerana  hatinya  dulu  suka  pada  Adam. Ah, dulu ? Rasanya  sampai  sekarang  dia  masih  menaruh  harapan. Tapi, dia  sendiri  bangga  dengan  Eve  dan  dia  juga  tahu  dia  tak  mungkin  bersaing  dengan  gadis  itu. Eve  tinggi  lampai. Cantik  dan  bijak. Malah  sangat  independent  dan  lantang  bersuara. Eve  tidak  perlukan  lelaki, tetapi  lelaki  yang  perlukan  Eve. Orkid  telan  liur  lagi. Dia  tak  mungkin  berubah  menjadi  seperti  Eve. Dia  selesa  dengan  dirinya  sekarang. Dia  tidak  mungkin  berubah  untuk  menagih  cinta  seorang  lelaki  yang  masih  belum  tentu  punyai  perasaan  sama  dengannya.

“ Okay, lets  continue  this  battle. ” 

Orkid  angkat  tangan. Cuba  menepis  suara  hatinya  sendiri. Suaranya  mengikut  alunan  ayat  dari  Eve. 

“ We  are  against  the  dam  project ! Save  the  forest !” 

Dia  bergerak  ke  depan. Meninggalkan  Adam  berdiri  di  situ.




Note: Alhamdulillah finally siap manuskrip ke - 4. Yes, I finished it first before posting untuk mengelakkan manuskrip tak siap - siap macam Dia Si Gadis Unicorn. I know I did not update the blog for 4 years. Its been ages. I am always a bit nervous updatting a new story as I am worried of expectations, but hope you enjoy reading it. Inshaa  Allah  this  one  will  be  a  self publication. Will talk  more  later. 


your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)

Comments

  1. Love it Dr Iman. Can't wait for the next chapter...๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
  2. OMG, first chapter hati dah berdebar²..����

    ReplyDelete
  3. Just came across from ur ig stories td n terus datang sini nak baca... Oh my.. Thanks for this comeback.. I dh lama tunggu..

    ReplyDelete
  4. You go dear.. Always support you. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. Nk lagi..x sabar tggu sambungannya

    ReplyDelete
  6. welcome back dr.iman๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. I cant wait for the novel๐Ÿ˜

    ReplyDelete

  8. Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.

    Sangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
    Bonus yang tersedia saat ini
    Bonus new member Sportbook 100%
    Bonus new member Slot 100%
    Bonus new member Slot 50%
    Bonus new member ALL Game 20%
    Bonus Setiap hari 10%
    Bonus Setiap kali 3%
    Bonus mingguan Cashback 5%-10%
    Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
    Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
    Bonus Referral
    Minimal deposit hanya 10ribu

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts