BAB 14

Assalamualaikum wbt.

A very quick post guys..sangat sibuk (T.T) - sorry took long time to update + laptop memang dah rosak tahap tak leh nak hidupkan dah, so nak update kat office memang tak menyempat. Hari ni pun sbb rehat lama sikit. Okay no more talking, enjoy guys n thanks for patiently waiting ;)


E.R
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAB 14

Esoknya, Adam disuruh Mommy dan Daddynya untuk pulang ke rumah. Habis waktu pejabat, Adam terus ke rumah mereka di Damansara. Kata Daddynya urgent. Kalau Tengku Mukhriz kata urgent memang maksudnya urgent. Kalau tak, tak berkejar dia ke sana.

Usai sampai tangan mommynya disalami. Jam dah menunjukkan pukul 8.00 malam. Makan malam dah pun siap terhidang, Tengku Mukhriz yang baru selesai solat turun dari tingkat atas. Adam menyapa Daddynya dengan mesra.

" Jom makan " Tengku Mukhriz mengajak seisi keluarganya untuk makan bersama. Keluarganya bukan ramai pun, dia, isterinya dan Adam. Dia mungkin dikurniakan rezeki yang banyak dari segi wang ringgit, tapi rezekinya dari segi anak-anak tak sebegitu. Apa pun dia bersyukur dikurniakan Adam, seorang anak dah cukup dari tiada langsung.

Lama dia tak makan masakan Mommynya. Mommy pun jarang masak, kecuali dia balik ke rumah. Hari-hari biasa Mak Som atau Yanti yang masak. Adam makan dengan berselera. Entah apalah amanat yang papanya nak sampaikan dia pun tak pasti.

" Isya' nanti kita solat sama Adam "

Adam rasa macam tercekik tulang ikan tapi yang dikunyahnya adalah ayam. Perit tekaknya mahu menjawab ajakan Daddynya. Gelas air cepat-cepat disambar, dia minum dengan rakus.

" Adam solat sendiri lah Daddy "

" Ini arahan Adam "

Owh My God. Dah bertahun Adam tak solat. Macamana nak solat ? Aduhh pening kepala dia berfikir. Nak makan lagi, nak fikir lagi. Daddy ni pun satu, bangkitkan isu ni waktu makan. Kan dah hilang seleranya.


" Okay Daddy..."



Makanan dalam pinggannya dihabiskan secepat mungkin. Adam mahu naik ke biliknya. Dia nak buka laptop, surf internet cara-cara menunaikan solat sebelum dia ke bilik solat untuk solat Isya bersama ayahnya.

Paparan Youtube ditontonnya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Dia boleh ingat pergerakan solat, tapi doa, surah dia tak mampu mengingat dengan baik. Dia hanya ingat surah Al-Fatihah dan surat Al-Ikhlas. Ingat tu pun jadilah bisik Adam sendiri. Selesai mandi dan menukar pakaian, Adam ke bilik solat atau surau dirumahnya di tingkat satu. Kelihatan Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania sudahpun bersedia di tikar sejadah. Seorang ustaz pun ada bersama. Lega rasa hati Adam, dibuatnya Daddynya meminta supaya dia jadi Imam memang nahaslah.

Usai solat Isya' Ustaz tadi memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai kepentingan solat. Adam dengar acuh tak acuh, tapi sedikit sebanyak dia terasa.

'  kalau kita tak solat, kita jauh lebih teruk dari syaitan. kenapa? sebab syaitan tak mahu sujud pada Nabi Adam sahaja, tapi syaitan tetap bersujud pada Allah '

Maknanya dah 17 tahun dia jadi syaitan, ah bukan syaitan tapi lebih teruk dari syaitan. Seusia 30 tahun dia dah lupa cara solat. Ini lah kali pertama Daddynya mengajaknya solat bersama. Adam meraup mukanya, kata-kata ustaz memang terkesan padanya. Mereka semua bersalaman, Ustaz tadi dijemput untuk minum malam bersama. Usai Ustaz turun mengikut seorang pembantu rumah, Daddynya merapati Adam.

" Ada hal Daddy nak bincang dengan Adam"

" Pasal apa Daddy? "

" Jumaat dua minggu lagi Daddy akan hantar rombongan meminang "

" Daddy nak kawin sorang lagi? Mommy tahu ke?"

" Isk budak ni, kesitu pulak. Daddy nak pinangkan anak Datuk Jusoh untuk Adam "

Adam terkejut. Siapa pula anak Datuk Jusoh? Tak habis dia dipaksa kawin dengan Juwita kali ni dipaksa lagi kawin dengan anak orang lain pula.

" Adam bukan nak melawan Daddy..tapi you see what happen the previous time kan? Kahwin ni perlu ada kemahuan dari kedua-dua belah pihak. "

 " You are saying Juwita pun tak nak kahwin dengan Adam ?"

" I'm saying that….well,  yes. Juwita tak nak daddy. That woman yang crashed in my wedding was informed by Juwita about our marriage" Hampir-hampir dia terlepas cakap mengenai lakonan Ariana dimajlis kahwinnya, tapi mengingatkan yang gadis itu sudah hilang mahkotanya dek kerana peristiwa tersebut dia tidak mahu menyusahkan Ariana lagi. Kalau daddynya tahu, sah Ariana akan diheret ke mahkamah dengan Juwita sekali.

Akan terbongkar juga rahsianya meniduri Ariana.

Tapi Ariana yang mengaku mengandungkan anaknya di majlis kahwinnya dulu. Kalau kes ni di bawa ke court rasanya dengan tuan hakim pun pening. Sorang kata mengandungkan anaknya, kemudian lepas tu baru diperkosa? Mana boleh. Tak lojik. Mestilah diperkosa dulu baru mengandung. Kalau Ariana mengaku berbohong dan saja mahu menjatuhkan maruah Adam, dia tetap tak salah sebab Ariana masih lagi mengaku pregnantkan anaknya sampai lah malam tu, pada saat kritikal macam tu baru Ariana nak mengaku menipu. Kalau dah sampai tahap kritikal macam tu lelaki mana pun tak kan mampu hentikan niat mereka. Bukan dia je. Nafsu lelaki ni kan satu je, satu dalam fragment yang besar. Seks. Perempuan.

" Ya Allah Juwita....sampai macam tu sekali..." Tengku Mukhriz  menggelengkan  kepalanyany.. Nak diberitahu pada Tengku Sidin, memang nahaslah Juwita kalau dia tahu. Juwita walaupun saudara jauh dengan Adam tapi tetap keluarga baginya. Tengku Sidin tu garangnya tak bertempat. Kalau dia dikategorikan sebagai tegas dan garang, Tengku Sidin 50 kali ganda lebih garang darinya.

"Jadi betul lah perempuan tu pregnantkan anak Adam?”

Adam jungkit bahu. Tak mahu menjawab. Ariana pregnant ke? Semalam dia tengok perut Ariana macam flat je lagi. Tapi baru dua bulan…macamana kalau betul-betul pregnant?

Tengku Mukhriz sudah tahu apa jawapannya. Dr Rosli sudah awal-awal memberitahunya. Yakinlah dia Adam memang ada hubungan dengan Ariana dan Ariana nak Adam ke fasa serius. Betul telahan Dr Rosli, bisik Tengku Mukhriz meyakinkan dirinya sendiri.

“Adam. Sekali lagi daddy tahu Adam berzina,daddy tak kan berkompromi lagi. Kalau ada perempuan mengamuk lagi, nak heret Adam ke court ke apa, Adam tanggung sendiri. Daddy tahu daddy silap tak bimbing Adam dulu, tapi Adam dah besar panjang Adam. Cuba usahakan untuk cari cahaya Islam tu balik”

Panjang lebar pula ceramah daddynya. Rasanya baru 3 tahun lepas daddynya berubah insaf. Pada usia 59 tahun baru daddy nya nak cari nur islam. Kalau dia contohi daddynya, dia ada masa 29 tahun lagi untuk teruskan kehidupannya sekarang sebelum mula mencari ustaz untuk ajarkan segalanya pasal Islam. Ikutkan hati nak je dia bagitahu daddy nya macam tu, tapi kang tak pepasal lagi murka Tengku Mukhriz. Bala jangan dicari.

“Okay daddy” Adam jawab acuh tak acuh. Sekadar mahu menghentikan leteran Tengku Mukhriz.

“Lepas ni every night Adam datang sini. Makan malam kat sini, solat Isya sama-sama”

Aduhai nak kene solat pula tiap-tiap malam! Rengus Adam dalam hati, tapi mulutnya mengiyakan sahaja. “Ya daddy, kalau Adam tak ada appoinment”

“Jangan nak tembelang Adam. Daddy akan dapatkan schedule Adam dari Farah. Remember you gona be a husband soon Adam. Daddy tak nak Adam jadi macam daddy dulu….Siap sedialah sekarang Adam untuk bimbing anak isteri Adam…” lemah bunyi suara Tengku Mukhriz, penuh penyesalan.

“Come on daddy….nak Adam kawin juga ke? Is that plan still on?”

“Of course!” tegas Tengku Mukhriz menjawab.

“Who is she? Adam tak kenal pun anak Datuk Jusoh tu….can you give me a choice? At least?”

“Berapa banyak peluang daddy dah bagi kat Adam, cuba Adam ingat balik? Zatty Adam kata tak setaraf, Lisa Adam kata playgirl, Liyana yang tergilakan Adam dulu sampai abangnya Ramzul tu bermusuh dengan kita pun Adam kata tak sepadan juga. Siapa yang sepadan dengan Adam?”

Hadui..makin panas perbincangan mereka. Tak pernah daddy nya mengungkit macam ni. Memang semua perempuan yang daddy nya sebut tu dia tak berkenan. Semuanya model, artis, pelakon. Memanglah cantik, tapi kalau cantik je otak tak ada, tayang tubuh je tahu tak kan lah dia nak ambil buat ibu pada anak-anaknya nanti? Bila berbual pun hanya tahu merengek, ajak dia shopping, tak kanlah dia nak hidup dengan perempuan macam tu sampai ke mati? Lagipun, sangat obvious yang dorang semua tu nak kan hartanya. Siapa nak tanggung kos suntik silikon di dagu kalau bukan dia? Mutual benefit lah. Dia dapat apa yang semua lelaki impikan, bersama perempuan cantik yang popular, dan mereka semua dapat duit, sponsorship darinya.

“Daddy, you know who are they kan? They want my money! I’m not dumb” suara Adam mula meninggi. Tengku Mukhriz buat muka annoying dengan perangai anaknya.

“Okay, this Rose anak Datuk Jusoh kawan papa di Kelantan is your match” suara fakta dri Tengku Mukhriz. Siap dengan tangannya digayakan ala pemidato. Nak ketawa pula Adam melihatnya. Macam tu sekali semangatnya Tengku Mukhriz kali ni.

Rose anak Datuk Jusoh? Entah-entah namanya Rosnah Binti Jusoh. Panggilan glamour Rose. Mengekek Adam ketawa dalam hati. Kalau daddy nya tahu apa yang dia dok fikir, mengamuk orang tua tu.

“Adam tak kenal dia”

“Adam nak kenal dia dulu? Nak jumpa?”

“Not interested. Tunggu majlis kawin lah Adam jumpa. Nak tak nak Adam kena terima kan daddy?”

Terasa dirinya diperli oleh anak sendiri. Tak semena-mena Tengku Mukhriz cuba membela diri, “Ni pilihan terbaik untuk Adam. She is pretty.”

Kepala Adam membayangkan Ariana Rose. Tiada gadis secantik Ariana di matanya.

“She is educated. Graduate Master in Management and Politic from Cambridge University”

Terus nama Ariana padam. Ariana kerani. Penolong Setiausaha kata Hilmi. Sama lah tu macam kerani.

“She did her A-level also in Cambridge, a straight A’s scorer”

Wajah Ariana masih tak mampu timbul kembali. Ariana lulusan SPM. Ye lah, kalau dah kerani lulusannya mestilah SPM.

“Ayahnya politician in Kelantan and owned his own construction company”

Ayah Ariana peniaga gerai.

“Her mom owned a Beauty House and Boutique in Kelantan”

Mak Ariana? Hmm..tak tahulah dia apa kerjanya. Tak pula Hilmi bagitahu.

Ariana hanya menang pada cantik. Yang lainnya tersadung kalah….tapi wajah tu juga yang dia ingat. Wajah tu juga yang buat hatinya tak keruan. Apa ada pada Ariana? Kalau hanya cantik, kekasihnya yang lain supermodel. Cantik juga. Ariana bagaikan magnet padanya. Hatinya berdegup kencang setiap kali berada dengan Ariana..

“Adam dengar tak apa daddy cakap ni?” bengang pula Tengku Mukhriz bila Adam mula melangut. Langsung tak memberi respon.

“Dengar. Okay fine, daddy. Majlis kawin I will see her. For the time being I want my freedom”

Tak berubah-ubah juga Adam ni. Bagi nasihat kat anak terunanya ni macam curah air di daun keladi. Buat habis air liur je. Lantak kau lah Adam! Tengku Mukhriz dah mula marah. Kalau Adam nak jumpa waktu akad nikah, let it be. Dia sendiri pun tak akan sesekali memberikan informasi pada Adam mengenai tunangannya nanti. Pandai-pandai lah nak hidup. Tegar sangat nak jumpa waktu akad nikah. Get what he wish.

“Sure. Majlis tunang 8 Mei 2012. Majlis kahwin 3 months after. 17 August ”

3 bulan? Cepat sangat tu..telah Adam.“What so rush? Client kilang elektronik dari Jepun kan datang sini 8 Mei daddy..”                                                                                              

“Hadir akad nikah je. Tunang tak payah. Bukan elok si terunanya ada sama waktu bertunang. Kita ni kerabat kena ikut adat.  Daddy dengan mommy uruskan semua,Adam tak payah nak complaint”

Adam jungkit bahu. Whatever.

“Okay” pendek sahaja balasnya pada Tengku Mukhriz. Cakap banyak pun tak guna. Kalau dah Tengku Mukhriz kata macam tu, macam tu je lah....

“Adam balik dulu la daddy, esok meeting awal. I get your point, August my wedding ”

Adam terus meminta diri. Itu rupanya hal penting yang Daddynya nak bagitahu. Dia meninggalkan Villa Indah dengan perasaan sebal. Asyik-asyik kena paksa kahwin. Baru beberapa bulan tarikh perkahwinannya dengan Juwita, dah ada calon baru. Mukanya dah nampak desperate sangat ke nak berbini?

“Siapa yang sepadan dengan Adam” soalan ayahnya diulang tayang.

Hanya Ariana yang terbayang di benaknya. Tapi sayang …..Dia takut mengahwini Ariana akan menjatuhkan statusnya di mata kawan-kawannya yang lain. Peluang untuk menjadi perempuan simpanannya pula,  Ariana tolak mentah-mentah.

Kenapalah dia boleh rindukan gadis itu?

Gadis? Adam senyum sumbing, sudah bukan gadis lagi. Dia orang pertama menyentuh Ariana. Memang nikmat menjadi lelaki pertama, tapi lebih nikmat jika hanya dia sahaja yang menyentuh Ariana. The one and only. Sakit hatinya melihatkan Ariana dengan Harith. Lelaki itu pun boleh tahan kacaknya...Dia mahu mendekati Ariana sekali lagi, tapi perempuan itu langsung tidak heran dengan kehadirannya. Berpura-pura tidak mengenalinya...Kusut kepalanya bila memikirkan Ariana! Hati kata mahu, ego kata jangan, tapi bila jumpa tangan tak boleh nak dok diam! Asal dekat Ariana je, tarikan tu bagaikan magnet. Magnet yang asyik melekat tak mahu lepas.

Adam mendengus.Pedal minyak ditekan, arah laluannya juga berubah. Niat awal untuk terus balik ke rumah dibatalkan. Sebaliknya Audi R8 diarahkan ke sebuah kelab. Dia perlu melupakan Ariana. Kat sana ramai perempuan lain akan membantunya melupakan Ariana. Adam senyum.


Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. best2.. nak tahu mcm mna reaksi Adam nanti... hehehe.. cepat2, nk new n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. x sabar nak tau reaksi Adam yang dia akan bertunang dengan Ariana. Woohooo :3

      Delete
    2. dah update bab 15 fatiah n bella ;) enjoy reading ye. part adam tahu dia ngan ariana evelyn sdri asyik senyum sambil write up.lol

      Delete
  2. Tolong
    Novel ni best sangat...
    Tolong bomb a polis.....
    Update laa cepat

    ReplyDelete
  3. oh my english... adam jum kita tawen la... uhmmm tdi solat tu khusyuk ker tak? mandi hadas besar pandai ker tak? wewit so encem adam ni... ala tu nak cri pompuan lgi la tu... maksiat lgi. adam ni buatkn saya tringat tentg hariz OM... dia mahukn cinta tpi dia malu nk ngaku cinta dia xsetinggi darjat dia... huhuhu.. sangatlah magnet, melekat la sampai bkarat terus. tak sabar nk gi kenduri tawen adam dgn ari..hikhik thank u awak... love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soklan xtahan!! Mandi hadas ke x? Ekkekeek.. Tau ke adam mandi hadas :P zm ni mmg laaa.. ;)

      Delete
    2. OM? sila bagi detail terang dan bersuluh sport light apa OM tu yer? thks.. hehe

      Delete
    3. oppsssss OR bukan OM.... ampun maaf2 silap.... adam junjung la ego melangit tu selagi mampu....

      Delete
    4. mak ai, banyaknya soalan awak zm? ahaha. tapi bagus gak, biar adam blaja dr sekarang.

      Delete
    5. silalah blajar mandi hadas besar dgn betul2... kesian ari... asek dapat bekas org lain jer, dah la adam tu dah x suci lagi

      Delete
    6. hehe.. betul2.. walopn cm benda remeh kekadang terpikir gak.. die solat p tau ke mandi hadas besaq.. hehe...pe2 pn cter ni bess... :)

      Delete
    7. hahaha owh Adam...solat mu tak diterima sbb tak mandi wajib.haha.tapi 2la kan, satu persatu baru adam tahu pasal Islam.but then bukan takat tu je tau, solat yg bebetul solat akan mampu menghalang kita dari buat maksiat. nnti bab seterusnya ada bab erti solat ni.kiki

      Delete
  4. Waaa sukanya...nak lagi....siyes citer ni sgt ohsemmm!!!! I'm addicted :)

    ReplyDelete
  5. Wahh at last after almost a week waiting for new n3..... Whoa bestnyerrlarr this story... Can't wit for their wedding.......... Keep up the good work...

    ReplyDelete
    Replies
    1. writing up for their wedding.hehe.thanksss bellaaa ;)

      Delete
  6. Dear author...waiting for next n3...gud job!!

    ReplyDelete
  7. nper nk kawin smp 3bln.. 1bln ckp la..
    xsabar nk tgu reaksi adam n ariana

    ReplyDelete
    Replies
    1. eunha, evelyn sdri pn tak sabar nak tulis masa dia kawin. tapi rencah kene ada jg.haha
      thanks eunha ;)

      Delete
  8. Lama tgu...smbng LG cpt2.....

    ReplyDelete
  9. Stuju! Xpayah smpai 3 bln.. Dato wira yg notti cm adam ni ptt kawenkan terus je.. Sebulan pon kira lama.. Kang pompuan lain lak dia angkut. :P selang 2minggu sudaaa..
    Suka ngan attitude arianna.. Hehe ade ke nak wt pompuan simpanan.. Sapa yg nak! Apa la adam ni..
    Pape pon, nak lagiiiiiiiii
    Ps: xsabo nak tgu apa nak jd tyme nikah tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaa kalau ikutkan mmg nak cepat je tp...tp...kene tgok apa yg berlaku dalam tempoh tunang.hehe.

      Delete
  10. ala....................
    nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    best!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. adoi..x leh baca..knpe ni??dh la pnt menunggu..frust sgt.. huhu :'(

    ReplyDelete
  12. korang semua..knpe sy x boleh nak baca ye..die kluar yg ats tu je..bawah x de.. excited giler dh ni nk baca..

    ReplyDelete
  13. tiap hari check smada suda update..akhirnya...tq writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah thanks mbai jocey for keep on waiting ;)

      Delete
  14. uwa akenapa pendek sangat..nak baca lagik -ita

    ReplyDelete
  15. wow,x sabar nak tggu time diorg nikah...

    ReplyDelete
  16. sambung la cepat-cepat cik writter... cite ni best sngt2

    ReplyDelete
  17. cter nie bez sgt miss writer....smbg laaaa cpat ekkk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnaaankss anon ;))) dah smbh dah.njoy ek

      Delete
  18. Moga 3 bulan cpt belalu!

    ReplyDelete
  19. 8 mei?my birthday tu.uuuuu,adakah i ditakdirkan berkahwin dgn orang yg bernama Adam?agagaga

    adam,pergilah cari ariana tu -D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi kan evelyn mmg suka org nama Adam. Adam Kamil maksudnya lelaki terbaik ;)

      n happy belated bday aaliaa!

      Delete
  20. hehe, bagusla Tan Sri dah kasi tarbiah dulu anak dia. Nanti kang cemana nak bimbing anak orang kalau diri sendiri senget? cemana plak agaknya reaksi Ari nnt bila tau dia kena kawen eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm haha yg part ariana tahu ttuuu cik writer tgh bercambah2 ideanya.lol

      Delete
  21. hi
    evelyn thanks for the entry but it's too shorttt... tak puas membaca....... nak lagi ...nak lagi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha thats cute. dah sbb elvythia. njoy reading! ;D

      Delete
  22. Evelyn bogoshipo!!!
    Cpt2 smbng entry bru yer!!!

    ReplyDelete
  23. ohoooooooo..cpt2 la smbg, hati ni rse x tenterm klo xde entry huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dyna , thanks a lot! thats very supportive comment ;D

      Delete
  24. alamat....da xsbr nk tgu next apisod...bes gle cter ni...mmg super tabik la.....ble agk2 nk d novelkn?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. gasp. thanks raha! iAllah evelyn tgh siapkan manuskrip.haha baru nak masuk fasa rajin balik,kiki. doakan ek

      Delete
  25. best!!!! cpt2 smbng ek.. x sbr nk tggu nie.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  26. suka2..nk lagi..

    ReplyDelete
  27. just hope you could publish this novel .... interesting... can't wait for the rest of the novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks anon, iAllah doakan Eve siappan cpat.hehe

      Delete
  28. Love n like it,hwaiting adam n ariana.....nama diaorang sepadan kn.tahniah cik writer....

    ReplyDelete
  29. terbaik. tak sbar nk tgu next entry.

    ReplyDelete
  30. Like this story line - waiting for the next entry!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks putehberseri ;))
      njoy bab 15 kay ;)

      Delete
  31. Evelyn bla nk post entry bru???
    Lappy rsk lgi ker:(

    ReplyDelete
  32. Adoi rsa nk pngsn tggu entry bru....
    Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar la komen awak farra. sbb komen ni la saya cilok update entry tp seb baik arini tade keje sangat. dah settle sume.hehe.

      lappy tgh repair... and thanks fara for ur support ;D

      Delete
  33. mana entry baru...perghhh genius betul Arianna tu ..suite with her looks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update dah Cinta ;) Eve suka kalau pmpan ada pride thats why buat character mcm tu :)

      Delete
  34. kak evelyn smbg la cpat...
    nak tau what happen next...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah update dah anon, enjoy bab 15 ye ;))

      Delete
  35. hurry...hurry...hurry...i want next entry,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cant wait eh? dah update dahh.njo ekk ;))

      Delete
  36. bila nak sambung lagi lama tak sabar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. chapter 15 adh diupdate, jgn lupa baca kay! ;D

      Delete
  37. masyaALLAH... evelyn.. tenkiu..tenkiu tenkiu... i will suggets the therapy to my fren.. nak die perlukan rawatan lepas lemas dlm kolam.. kbykkan saraf lumpuh... nak sugget the horse therapy kat die.. die dah buat mcm2 cara...dan sdg berusaha ni... :0 tenkiu so mch!! susah nak dptkan novel yg ade unsur ilmiah mcm ni!!!!!! tenkiu evelyn!!!

    ReplyDelete
  38. best sngt,.hrp2 dpt bukukan yer

    ReplyDelete
  39. adam nie mmg cool la..kne kahwin ngn org yg xkenal pon ikut je..hahaha nk tau plak reaksi ariana bile dipakse khwin..hihi ok next!! =)

    ReplyDelete
  40. Kesian dgn adam yg jauh dr landasan agama...
    Harap2 diberi kesempatan berubah

    ReplyDelete
  41. It's going to be end of mine day, except before finish I am reading this great paragraph to increase my experience.
    Also visit my weblog - Pixocool.com

    ReplyDelete
  42. Remarkable things here. I am very happy to see your post.

    Thank you so much and I am having a look ahead to touch you.
    Will you kindly drop me a mail?
    Also visit my blog post : wine label

    ReplyDelete
  43. Modernize the labels to use a Cotton fiber testicle to apply it.

    badly, with a name particular incident, So,
    has been addressed. It defines a someone's your weightiness exit and fitness goals, you moldiness start erudition how to interpret these values. The self adhesive agent result for 100% organic Cotton plant or instinctive fibers like woollen, and a impost label will let them know what they are buying. She added: 'It sucked labels exist, then, is because of company.


    Have a look at my webpage - click here For more info

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts