BAB 10
BAB 10
Tak habis-habis Adam memandang Ariana yang
berada di kerusi penumpang. Cantik. Lebih cantik dari sebelum ini, bila Ariana
kenakan baju yang lebih sofistikated, dia nampak sangat anggun dengan baju
Chanel yang ditinggalkan Zatty di rumahnya itu. Ariana pula lebih banyak
mendiamkan diri, pandangannya jauh ke luar tingkap. Kali ini Adam sendiri yang
memandu. Four wheel drive Hummernya
ditinggalkan di rumah, Audi R8 yang menjadi pilihan kali ini. Kalau setakat di
Kuala Lumpur Adam lebih selesa menggunakan kereta sahaja. Hilmi dan Dolman juga
dah tak mengikut sama.
CD Player yang sedia terpasang sedari tadi
asyik mengalunkan lagu-lagu rancak kesukaan Adam. Bila keluar lagu Summer Love
nyanyian Justin Timberlake Adam menguatkan volume, nyanyiannya juga turut dikuatkan. Sepenuh
hati sambil matanya melirik pandang pada Ariana.
Come here, let me get your name girl
Tell me where you from, what you do, what you like
Let me pick your brain girl
And tell me how they got that pretty little face on that pretty little frame girl
But let me show you 'round, let me take you out
Bet you we could we could have some fun girl
'Cause we can do it fast (fast), slow, whichever way you wanna run girl
But let me buy you drinks, better yet rings
Do it how you want it done girl
And who would've thought that you could be the one 'cause I
Tell me where you from, what you do, what you like
Let me pick your brain girl
And tell me how they got that pretty little face on that pretty little frame girl
But let me show you 'round, let me take you out
Bet you we could we could have some fun girl
'Cause we can do it fast (fast), slow, whichever way you wanna run girl
But let me buy you drinks, better yet rings
Do it how you want it done girl
And who would've thought that you could be the one 'cause I
I can't wait to fall in love with you
You can't wait to fall in love with me
This just can't be summer love, you'll see
This just can't be summer love (L-O-V-E)
Come on and lemme show you 'round
Let me take you out, bet you we could have some fun girl
'Cause we can dress it up, we can dress it down
Any way you want it done girl
Or we can stay home, talkin' on the phone
Rappin' 'til we see the sun girl
Do what I gotta do, just gotta show you that I'm the one girl
Well I'mma freak you right, each and every night
I know how to do it insane girl
'Cause I can make it hot, make it stop
Make you wanna say my name girl
Come on baby please 'cause I'm on my knees
Can't get you off my brain girl
But who would've thought that you could be the one 'cause I……
You can't wait to fall in love with me
This just can't be summer love, you'll see
This just can't be summer love (L-O-V-E)
Come on and lemme show you 'round
Let me take you out, bet you we could have some fun girl
'Cause we can dress it up, we can dress it down
Any way you want it done girl
Or we can stay home, talkin' on the phone
Rappin' 'til we see the sun girl
Do what I gotta do, just gotta show you that I'm the one girl
Well I'mma freak you right, each and every night
I know how to do it insane girl
'Cause I can make it hot, make it stop
Make you wanna say my name girl
Come on baby please 'cause I'm on my knees
Can't get you off my brain girl
But who would've thought that you could be the one 'cause I……
Ariana buat bodoh je dengan perilaku Adam.
Lirik entah apa-apa komennya dalam hati. Meremang bola romanya mendengar lirik
lagu tu. Hee 18sx betol. Kalau-kalau budak-budak dengar ni memang boleh bawa
kepada gejala sosial. Hmm tapi suara Adam memang sedap. Lagi merdu dari suara Justin Timberlake.
Keretanya di arahkan ke kawasan Bukit Bintang,
menuju ke Pavilion. Adam tak biasa mengucapkan maaf kepada sesiapa, tambah lagi
kalau perempuan. Dia lebih senang membelikan hadiah. Biasanya teman-teman
wanitanya akan berhenti merajuk atau menjadi semakin manja bila dibawa ke
Pavilion, membeli belah barang-barang berjenama. Hati perempuan, semuanya
materialistik. Tak satu pun benar-benar sukakan dia. Pasti Ariana pun sama,
telahnya.
Usai meletakkan kenderaan Ariana memandangnya
pelik, “This is not my home”. Matanya
dicerlungkan. Tadi beriya dia
mahu mengambil teksi
tapi Adam tidak
benarkan. Kalau mahu dilepaskan,
syaratnya dia sendiri
yang akan menghantarnya
ke rumah.
Adam senyum. Senyuman yang mencairkan naluri
mana-mana wanita yang memandang. Mungkin kalau gay tengok pun boleh cair juga kot.. Ariana ketap bibir, cuba
mengawal perasaannya sendiri.
“Kita makan dulu, you mesti penat kan..” Adam
merenungnya tepat pada anak mata seperti mahu memberitahunya lebih dari itu.
Membahang mukanya menahan malu dan marah yang bercampur baur.
“ Takde
selera. Just send me home ” mana dia
nak ada selera? Tengok muka Adam terus dia teringatkan peristiwa semalam. Malu.
Jijik. Benci. Pelbagai kemungkinan mula membayangi diri.
Macamana kalau dia mengandung nanti? Nak
dibunuh anaknya nanti? Gugurkan? Sudahlah terlanjur itu satu dosa besar, nak
membunuh pula? Macamana penerimaan mak ayahnya?
Wait. Terlanjur ? Siapa yang terlanjur? Adam yang
ragut kesucian dia! Sekarang ada hati nak ajak dia makan. Muka Adam langsung
tak ada riak menyesal mahupun bersalah. Macam suka ada. Makin mengada pun ya.
“ Ok ” Adam keluar dari kereta. Lagak biasa.
Ingatkan Adam mahu terus masuk ke dalam tapi sebaliknya dia membuka pintu
disebelah penumpang. Bahu Ariana dipegang.
“Jom….“ nadanya seakan memujuk. “I will take care of you, just stay with me”
Stay
with him? Gila. Laki ni
memang gila. Tak tahu hukum halal haram. Islam ke apa Adam ni ? Rasa macam nak
lempang je muka Adam. Tadi cakap lain
sekarang cakap lain. Bukannya susah
nak menghantarnya ke
Putrajaya.
“You tak tahu hukum ke Adam? Tak tahu halal
haram?” Ariana bertanya sinis.
Adam mengerutkan dahinya,“Tak ”
Pendek jawapan Adam. Memang dia tak tahu pun.
Dia dibesarkan di England bersama kawan-kawan mat salehnya yang terang-terang
mengaku tidak mempercayai agama. Dia ingat lagi sewaktu tahun pertama di Eton
College. Kawan sebiliknya, Samuel mengejeknya bila dia membaca doa kerana takut
untuk tidur;
“Awak berdoa? Kat siapa? Tak ada siapalah yang
dengar doa awak tu. Kuno lah awak ni, orang yang mempercayai agama adalah orang
yang ketinggalan 300 tahun ke belakang. Tak kan awak tak tahu revolusi perancis dulu? ”
Dia terasa bodoh bila diejek sebegitu. Pada
usia 13 tahun, apa yang dia tahu mengenai revolusi perancis? Lepas malam tu,
dia sudah tidak berdoa lagi. Takut diejek oleh Samuel. Lama kelamaan dia mula
senang dengan cara hidup Samuel tapi dia tetap percaya Tuhan itu wujud, Islam
agamanya, tapi selebihnya? Dia tak tahu. Bekalan agama yang dibawanya waktu ke
UK dulu pun bukannya banyak. Mommy dan daddy nya pun bukan pernah ajarkan dia
solat waktu dia kecil-kecil dulu. Bibik yang biasa tidurkan dia yang ajar dia cara
berdoa. Bibik kata boleh halau hantu.
“Jangan main-main Adam” Ariana buat muka
bosan. Boleh Adam main-main soal agama.
Adam jungkit bahu. Itu kenyataan. Terpulang
pada Ariana mahu menerimanya atau tak. Dia juga rimas disoalkan begitu. Bagai
ada batu berat yang menghempap dadanya. Agama sudah jauh dia tinggalkan, untuk
berpatah balik mencarinya satu persatu bagaikan sudah terlambat. Sukar.Sesak
bagi Adam.
“Stay
with me” Adam cuba mengubah
topik. Senyuman menggoda dihadiahkan pada Ariana sekali lagi. Cuba mencairkan
naluri perempuan itu.
“I
H.A.T.E YOU. Stop asking. That will never happen”
“You like me! Stop the denial Ariana…You
blushed when we kissed…or should I say more?”Adam, masih dengan senyum
yakinnya. Senyum nakal yang menggoda. Ariana memjegilkan mata. Adam bangkitkan
lagi hal semalam. Adam ni tak faham bahasa ke? Semalam tu namanya RAPE, bodoh!
“You
forced me last night! Get that?!”
Pintu kereta ditolaknya kuat, dibiarkan Adam
tertolak ke belakang. Sengaja dia mahu Adam tahu perasaannya. Ya, dia marah dan
dia benci pada Adam! Laju-laju dia memasuki Pavilion. Reaksi Ariana dibalasnya
dengan gelakan sakan.
Dia tidak memperkosa Ariana, dia memaksa tapi
tidak memperkosa. Dia memaksa, kemudian menggoda…dan? Adam senyum bila
mengingatkan peristiwa semalam. Terpulanglah apa yang Ariana mahu gelarkan
dengan apa yang berlaku semalam, kalau benar dia menyentuh Ariana dengan lahap
seorang perogol pasti pagi ini Ariana tidak mampu bangun dan berjalan seperti
sekarang. Pasti tangisan Ariana bukan tangisan kesedihan tapi tangisan trauma.
Lelaki yang gelojoh dan menyentuh perempuan
dengan kasar yang selayaknya dikatakan memperkosa walaupun pada hakikatnya
perempuan tu merelakan. Dia gentleman
dan dia tak perlukan masa yang lama untuk membuatkan mana-mana perempuan jatuh
ke tangannya. It’s all about a man’s
touch, bisik Adam penuh confident.
------------------------
Dia biarkan Ariana berjalan mendahuluinya tapi
masih di bawah pengawasannya. Dia leka memerhatikan gaya Ariana berjalan. Penuh
keyakinan, bagaikan dunia dia punya tapi langsung tidak perasankan mata-mata
yang leka memerhatikannya. Baju biru terang bila dipadankan dengan kulit Ariana
yang putih susu dan rambutnya hitamnya yang mengurai lembut berjaya menarik
perhatian mata-mata lelaki disekelilingnya.
Riak cemburu mula menular di hati Adam. Sakit
hatinya bila lelaki lain memandang Ariana sebegitu. Nasib baik Ariana tidak
mahu memakai dress pendek dan ketat
yang dia pilihkan tadi. Kalau tak, dia juga lah yang makan hati bila ramai
lelaki meratah pandang susuk tubuh Ariana. Dia melajukan langkah, menarik
tangan Ariana dan memeluk pinggangnya.
Ariana terkejut dengan tindakan Adam. Apahal?
Mukanya memandang Adam. Dahinya dikerutkan. “Don’t
touch me”
“Just
walk” Adam senyum dengan
suaranya diperlahankan. “If you really
want me to send you home.” Sempat lagi Adam mengugut. Nak tak nak dia
terpaksa mengikut.
Adam membawanya masuk ke Butik Chopard. Dengan
penuh kasualnya dia duduk di kerusi pelanggan. Seorang perempuan cina datang
menyambut. Senyumannya tak lekang di bibir. Anak billionaire datang shopping siapa tak senyum? Ong maa…
Adam pandang Ariana, dia tersenyum. Senyuman
memujuk. Ariana buat dek.
“Pilih la apa awak nak” pujuk Adam. Dia harap
Ariana tak marahkan dia lagi bila dia belikan barang kemas. Semua perempuan
yang pernah dampinginya macam tu.
“I want nothing from you!” Ariana mula bangun untuk keluar. Kalau Adam ingat dia boleh dibeli
dengan cara itu, mimpi jelah!
Adam mengejar Ariana. Tangan Ariana
dicapainya, dan pinggang Ariana dirangkulnya sekali lagi, “Okay, tell me what do you want? Anything”
Nak sahaja dia bagitau Adam supaya kembalikan
apa yang dia telah hilang,mahkotanya. Tapi ditelannya ayat itu. Dia tak mahu
mengingati peristiwa semalam lagi.
“Hantar saya balik, itu je yang saya minta”
bersungguh Ariana memohon. Itu sahaja yang dia mahu. Dia tak mahu berjumpa
dengan Adam lagi. Melihat muka Adam lagi.
Adam mengeluh perlahan, “Kita makan dulu, then saya hantar awak balik”
Dia di bawa ke restoran mewah, Al-Amar
Lebanese Cuisine, restoran yang menghidangkan makanan Lebanon. Seorang
pelayan lelaki mengiringi mereka hingga ke meja. Senyuman
hormat diberikan oleh waiter. Adam buat bodoh je, sombong. Sedekah yang tak
perlu keluarkan duit, rugi kalau tak amalkan.
Menu utama dan minuman dipesan oleh Adam tanpa
langsung bertanya pendapat Ariana. Selang beberapa ketika hidangan mula sampai.
Dua pinggan shawarma campuran ayam dan daging
terhidang di hadapan mereka. Ni je? Tak ada nasi? Walaupun tadi Ariana jual
mahal, tapi hakikatnya dia sangat lapar!
Adam mula menyuapkan makanan ke mulutnya.
Ariana menguis beberapa kepingan ayam sebelum menyuapkannya ke mulut.
Perlahan-lahan dia makan.
Adam memandang tepat pada matanya. Mencari
kefahaman dari Ariana, “Is it that bad
sampai makan pun awak tak nak?”
Mestilah teruk! Apa Adam fikir? Perkara biasa?
Persoalan Adam tak dijawabnya.
Sudu dan garfu Adam diletakkan, tangan Ariana
dicapai, “I’m sorry for what had
happen….” Tak sangka terlahir juga perkataan itu dari mulutnya. Tapi dia
benar-benar maksudkannya.
Senang kau lelaki. Terlanjur boleh cakap sorry. Perempuan? Boleh naik lori pergi
mati. Mengingatkan apa yang dia dah hilang, Ariana jadi sebak. Setitis air mata
mengalir jatuh. Perasaannya ditahan. Sedihnya diseka. Air matanya yang mengalir
tadi disapu oleh Adam.
" Just
eat a little…" sepotong daging bakar disuakan kemulutnya.
Dia cuba mengelak, tapi Adam suakan juga.
Memaksa. Ariana buka mulut. Adam suapkan makanan. Ariana kunyah sambil mukanya
dah membahang malu. Adam masih memandang wajahnya.
" Sedap ? "
Kepalanya diangguk. Memang sedap. Nampak macam
tak sedap, tapi rempahnya cukup.
"
That’s my girl…No more tears, I will take care of you..Hmm?" saat
itu wajah Adam memang tak ubah macam Prince Charming yang sangat matang dan protective. Ariana diam. Adam nampak ikhlas.
"Adam....." Ariana cuba gagahkan
diri bertanya." Erm...macamana kalau…kalau….erm….saya pregnant
? "
"
It won’t happen. Dont worry " cool je riak wajah Adam.
Dia tahu dia langsung tidak memakai
protection semalam, tapi kenapa nak sakitkan kepala fikirkan benda yang
masih belum berlaku?
" If
its happen? " Ariana tanya lagi. Dia mahukan kepastian. Dia takut
dengan sebarang kemungkinan.
"Gugurkanlah. I temankan" Riak wajah
Adam tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Biasa. Macam perkataan tu langsung
tidak membuatkan dia rasa bersalah.
Adam nak dia gugurkan kandungan? Pedih. Ngilu.
Adam ingat dia mainan ke?
Tahu tak proses pengguguran tu sungguh
menyakitkan? Dia pernah memberi ceramah kepada remaja sekolah mengenai ‘abortion’ , dia tahu prosesnya
bagaimana.
Sakitnya lebih dari melahirkan anak secara
normal. Adam langsung tak ada perikemanusiaan. Menggurkan kandungan sama
seperti membunuh satu nyawa. Hilang habis semua kebaikan yang baru Adam
tonjolkan padanya. Adam tetap Adam. The
Beast.
Ariana meletakkan sudu dan garfunya. Terasa mahu
menitiskan air mata disitu juga, tapi ditahannya. Adam terkejut dengan tindakan
Ariana. Ariana yang tak moden. Menggugurkan kandungan tu dah ramai orang buat,
Ariana je yang kalut. Budak sekolah menengah pun tahu gugurkan kandungan tak
kanlah Ariana yang dah berumur 20 lebih takut? Adam mula fade up. Ariana memang kolot.
" Ariana, dah tu you nak macamana? Nak I
kahwin dengan you? "
Ariana diam. Kalau Adam ni jenis yang
bertanggungjawab, memang itulah yang sepatutnya Adam buat. Tak kan dia yang nak
sarankan pada Adam macam tu. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong la pulak
jadinya.
" I love being around you. I nak you dengan I. I love the fact that I’m the first, and I will make sure that nobody
else touch you Ariana…I miss last night like I can’t wait for tonight for it to
happen again...but" mata Ariana direnungnya dalam.
"
but I cant marry you Ariana. You cantik. The most beautiful woman
I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are from a two big different
status. You stay dengan I, I bagi
you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukupkan?.."
lagak Adam yang super confident,
memang menyakitkan hati. Berlagak. Sombong. Memang dia bukan kerabat diraja,
bukan kaya raya macam Juwita. Macam Adam. Dan dikatanya aku ni kerani? Okay tak
salah jadi kerani tapi dia lulusan Master dari Cambridge lah. Cakap
pandang-pandanglah Adam.
Ariana buat muka tak berperasaan. Tak guna dia
sakitkan hatinya sebab lelaki macam Adam. Saat itu dia tanamkan azam untuk
tidak bersangkut paut dengan Adam lagi. Kalaupun dia mengandungkan anak Adam
sekali pun, dia tak kan jumpa Adam. Tak kan menghubungi Adam. Tak kan benarkan
Adam mendekatinya lagi. Biar hari ini menjadi titik noktah bagi mereka. Biarlah
masa depannya kelam, tapi ia akan jadi lebih kelam jika hidupnya berimamkan
lelaki seperti Adam, yang tidak tahu halal dan haram. Bergelumang dengan
palitan dosa.
" I
tak perlukan duit you. Thanks for your
offer. Hantarkan I balik, please" Ariana terus bangun.
Makanan dipinggannya masih banyak berbaki. Pinggan Adam dah hampir licin.
" Ariana...."
" Please Adam. Remember last night, I can go
straight to the police if I want, but I dont. So please send me home, before I
change my mind"
Adam bangun. Napkin dihempasnya ke kerusi.
Penolakan Ariana telah menyelar egonya sebagai seorang lelaki yang punyai
pangkat dan darjat. Digilai. Seorang waiter
datang merapati. Adam terus menghulurkan dua keping note RM100.00. Tanpa menunggu baki, lengan Ariana dipaut sebelum
mereka beriringan keluar.
"
Your choice. My offer will not come twice Ariana"
-------------------------------------------------------------------
Note from the writer : Thank you for reading and thank you for your support ;) saya dah submit kat p2u up to bab 11, tapi nanti kalau keluar ada beza sikit kat bab 10. Thats why saya cuba keep up dgn p2u takut edisi jadi lain. hehe. I'm studying malaysian economy currently. intai2la p2u if keluar dulu dari kat sini. kalau dah study kertas kerja saya tak leh buka bab novel nanti saya asyik berangan ;) hehe
ok thanks guys!
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
best2....
ReplyDeletethankss! ;D
DeleteFinally the new entry was here!!!
ReplyDeleteHahahaha!!!
Marvellous as usual!!!
U know what?
P2U LMBT Upadate...
Every hour bka pown x update:(
lol haha thanks farra!! really really appreciate that ;D
Deletedorg baru update kan..but weirdly bab 6 dan 7 sahaja.lol
Owhh.. Tercabar ke adam? Hehehe..
ReplyDeleteArianna pls giv adam a lesson!!
Perangai anak org kaya cmni la.. Haiiii.. Pity arianna :(
eh mesti Ariana akan bagi lesson.lol
Deletebest cerita ni...bgsla awk selitkan skali dgn sedikit pengetahuan psl proses pengguguran 2...hehe, keep it up k, btw, update please...
ReplyDeletehihi =D
hehe thanks sahara ;D udah update...enjoy yaa!
Deletewah..tak sabar nak tunggu apa yang nak terjadi selepas ni...
ReplyDeleteharap adam akan menyesl atau teringat2kan adriana.....
penulisa sambunglagi..hari dapat la post hari2..tak sabar nak tunggu episod seterusnya...huhu
owh thankss a lot anon...! for waiting n liking cerita ni ;) dah update bab 11 dah. enjoy ok! :)
Deletewowie,,cant wait next en3..hope u can still continue posting it here.. nk tunggu p2u mmg lmbt la gamaknye..
ReplyDeleteiAllah I will keep on posting here,mesti ;)
Deletewaa tak sabar next episod...
ReplyDeletelol thanks for reading :) next ep dah datang ;) njoy ok :)
Deletekuassam betul si adam ni.
ReplyDeletegggrrr, harap2 ada spy2 ayah adam nampak dorang ni kat pavi.
senang buat report, senang sikit cadangan doktor tu dijalankan.
hahahaa.
next2
dear writer, saya rasa penulisan2u lupa karya awak. sebab orang yang baru hantar pun dah keluar. huhu. keep update dalam blog jela. cann? hahaha =))
hehe mesti update di blog! keep on coming ye ;)
Deletethanks for ur support :D
pity adriana..klu adriana peggy nti, agak2 adam terima x adriana dgn baby bile perut dah besar??
ReplyDeletenanti kawin la ariana pregnant. dah tak nak tambah statistik anak luar nikah lagi dah..hehe ;p
Deleteterbaik!! hahahahahah
Deletealaa janganlaa preggy..cian kat baby...kalau preggy pun biar la dia org nikah dulu n anak tu dapat disahtarafkan...
ReplyDeleteEverlyn Rose plezz help cian ariana
helped in bab 11 ! lol
Deleteupdate kat sini jee la.. kat penulisan2u..lambat sgt !!
ReplyDeletenak bace lagi...terbaik la citer ni :)
hehe thaaankss edayu! ;D
Deletedah update dah enjoy ok ;)
wahhh best arr entry kali ni. tak sabar nak tunggu next entry.
ReplyDeletethanks amaya! ;D
Deleteenjoy chap 11 plak ye ;))
geramnya dengar dengan adam... jual mahal sikit adriana biar dia merayu2 sikit..hehehe emosi pulak
ReplyDeletehahaha gile ego kan Adam ni..nti ada masa dia penasaran.lol
Deletehye cik writer, adam... adam, hmmm i luv bad boy, so mysterious, exciting,confident and very masculine. perfect combination.... Tapi xsemestinya sya sokong dgn prgai dia, rasanya x elok kita nk mnghina dia, dia dah jauh dri cara hidup islam, asas sbgai seorg islam pun dh lama dia tggalkn, mungkin sekrg ni masih zaman gelap dia, tpi nanti bila ALLAH dh berikn hidayah untk dia, mungkin dia akn jdi lbih baik dri kita.... people change.If you don't like something change it, if you can't change it, change the way you think about it. sya hrap bila adam dh berubah nanti, dia xkan terus hilang diri dia...adriana...ada sebab mngapa ALLAH duga dia mcm ni, harap dia dpt tabahkn diri, jgn jdi lemah, ok, tq cik writer
ReplyDeleteowh you are soo right my dear zm! totally agree with what u say and glad u see it that way ;D!
Deletewah... =) hehe...tq cik writer...akhirnya ada jg n3 terbaru...hehe..pagi td ada gak buka blog ni tapi xda n3 baru pun..myb terlalu awal tadi kot..hehe..
ReplyDeletethanks jg for following cite ni anon ;)
DeleteJahatnya adam tpi i like! hehehe
ReplyDeletehahaha ;p thats cute
Deletecite ni best tapi knp post dkt P2u. rasanya lebih diblog ni saja.
ReplyDeletekalau diP2u lambat nk baca n3 baru.. kadang citenya hampir lupa
baru keluar new n3.
hmm agakla..i will keep on posting here okay, hehe
DeleteFollowwww...best!
ReplyDeletehehe thaaankss syarp! ;D
Deleteterbaik, love this story... kuasa dua..
ReplyDeletelol thanks a lot shadira! ;D
Deleteishk...jahatnye adam ni..mmg btol2 x tau hukum hakam ni..ariana perlu ubah die..huhuhu..bile bleh dpt next entry ni..xsabar ar..huhuhu
ReplyDeletedah up dah entry baru ;) enjoy reaading ye!
Deletetu la kesian adam, actually ada org mcm ni...
Best story ever. Please continue..... Don't let the story end half way...... Btw keep up the good work... I am hoping that you would update the story soon.. Can't wait......
ReplyDeletethanks bellameera! thats a very nice compliment from you ;D
Deletenak lagi please. Seronok sangat baca ni! serious sam.... ;)
ReplyDeletethanks for enjoying! dah update dah ;)
DeleteDear author TWB,
ReplyDeleteTahniah! menarik sgt2..kak suka dgn kedua watak ini,kindly update lagi cepat2 ya...terima kaseh!!Ikhlas from : Kak Ameen
thanks kak ameen ;D
Deleteenjoy chapter 11 plak ye
Tahniah!Saya suka jalan cerita macam update lah cepat ya tq.
ReplyDeletetQ anon! njoy bab 11 plak ok.dah update dah td ;)
Deletehi evelyn,
ReplyDeletethank you very much for ur entries...... u r rocking as usual.... congrats my dear.... i'll wait for ur next entry....
keep up with ur good work....
hi elvythia ;D
Deletethanks a lots for ur compliment! and thanks for liking the entry too.really appreciate it ;)
HI EVELYN , BES NYER NAK LAGI .. SAMBUNG LE LAGI ...... BTW SALAM KENAL YERKKKK..
ReplyDeletehye mayangsayang ;D salam kenal :)
Deletedah update dah bab 11 enjoy okay ;)
I really enjoy this Evelyn.Can't wait for the next!I'm waiting!Good job,keep it up! (Girlyne Jean)
ReplyDeletehey Jean thanks a lot ! ;D
Deletecerita yang menarik
ReplyDeletethanks anon ! ;)
Deletesaya dah baca BAB 11...cepat la ada yang ke 12 ...hehehhe cause i like it...:-)
ReplyDeletelol baru cek sini - hope u enjoy up to d chapter 20 !;)
Deletepertamakali mmbacanya....harap2 xda prsamaan dgn cerita2 lain....
ReplyDeletekenapa ariana xblk sndiri,nk hrpkn adam jgk yg hntr balik...klw btul2 nk larikn diri dr adam xprlu lah mghrpkn prtolongn adam....
cite lain as in ? hehe just wonder which stories being referred to ;)
Deleteif she could go home herself kan :) but she cudn't.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletegood story,have a blog?
ReplyDeletebanyak cntik muke ko adam..xnk kahwin tp nk ariana layan ko mcm suami..mmg x la..huhu
ReplyDeletePergh..bagus btul ayat adam...stay with me tp x yah kawen..
ReplyDeleteTeruk btul prangai..
. kesian kat ariana .... :(
ReplyDelete