BAB 22
Sorry lah Eve selalu buat orang tertunggu kan ? Sorry tak sengaja pun. Many things nak kena settle currently sampai mata pun dah macam entah pape dah rasanya ni. But dah ramai meroyan nak entry baru, Eve curi la masa sikit untuk update. Thanks a lot semua, you guys ROCK! ;D
P/S : Tengah siapkan manuskrip jg ni. Suppose tgal 1 bab je lagi, dah menulis tgh2 malam mcm nak bertambah plak bab dia.hehe
p/s: soalan cepumas : who remembers Ramzul ?
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
P/S : Tengah siapkan manuskrip jg ni. Suppose tgal 1 bab je lagi, dah menulis tgh2 malam mcm nak bertambah plak bab dia.hehe
The Wedding Breaker Bab 22
__________________________________________
'tut..tut...' deringan telefon menandakan mesej diterima. Ariana menekan
skrin telefonnya.
- 10 minit lagi saya sampai - Harith
Ariana menyemak penampilannya di cermin sekali lagi. Terpapar imejnya yang
tinggi lampai setelah mengenakan kasut 3 inci. Ketinggiannya 158cm bila
ditambah lagi 8cm, memang dah boleh berdiri sama tegak dengan model. Hehe,
sakan Ariana berangan.
Dress labuh berlengan panjang dikenakan olehnya. Rhinestone warna amber di kain sari ungu tua jenis chifon silk menjadikan penampilannya
agak memukau, kena dengan kulitnya yang putih susu, rambutnya yang hitam
berkilat dan matanya yang dipakaikan kanta lekap bewarna amber. Sama seperti
warna rhinestone dibajunya. Ariana
menyanggul rambutnya dengan sedikit juraian di tepi.
Puas hati dengan imej yang dipantulkan oleh cermin disebelah pintu masuk
rumahnya, barulah dia mula keluar dari rumah.
* * *
* * * *
Harith tiba dengan Mercedes CLK200. Dia menunggu Ariana di lobi kondo mewah
tersebut. Usai Ariana keluar dari pintu utama, Harith bagai tersentap. Nafasnya
bagaikan tersekat bila melihat penampilan Ariana pada malam itu. Biasanya gadis
itu lebih senang mengoles mekap nipis sahaja bila di pejabat. Bedak nipis dan
lipbalm. Dengan mekap nipis pun Ariana dah cukup cantik, tapi bila dia dah
berdandan macam sekarang ni, memang meletop habis!
"Harith..." beberapa kali nama Harith dipanggilnya dan jarinya
mengetuk cermin tingkap kereta Harith. Harith masih terbeliak memandangnya.
Ariana pandang belakang, manalah tahu kot-kot ada langsuir ke pocong ke...hisk,
serta merta bulu romanya meremang. Cerita hantu yang diberitahu oleh pak cik
pengawal keselamatan tempoh hari mula berlegar dimindanya. Ketukan di kuatkan.
Harith tersentak. Malu pula dia pada Ariana, kantoi mengelamun. Harith
segera keluar dari kereta, membuka pintu sebelah penumpang dan Ariana memasuki
keretanya.
"Thanks, En. Harith"
Bila Harith mula memandu Ariana menegurnya, " Encik Harith tengok apa
tadi? Ada pape ke kat belakang saya?"
Harith ketawa, mahu menyorokkan malunya. "Saya macam nampak something, but tak ada pape kot..."
Huh, memang meremang bola roma Ariana. Takut pula dia. "Isk Encik
Harith ni, takut saya...Tak payah cerita la, nanti saya takut nak balik
nanti"
Terburai ketawa Harith bila Ariana percaya pada kata-katanya. Nasib baik
Ariana percaya, kalau tak sah dia malu kalau Ariana tahu dia terkejut dengan
penampilan Ariana malam tu.
Jangan niat dia nak tackle
Ariana, yang jadinya orang lain pula yang sibuk memancing sama. Tetamu malam
itu bukannya orang biasa. Semuanya orang-orang kenamaan...
** * * ** * * * * * * ** * * *
Pintu gerbang Palace of The Golden Horses dimasuki oleh mereka. CLK200
Harith merapati pintu utama. Ariana dapat melihat beberapa buah kereta mewah
turut sama menunggu giliran untuk menurunkan penumpang. Macam ada pesta. Muka
Harith dipandangnya.
"Malam ni ada event lain ke
En Harith? Ramai je saya tengok...Macam orang besar-besar je ni..."
"Mana ada orang besar-besar.. Cuba awak tengok, dia orang semua slim-slim tau"
Buat lawak pulak Encik Harith ni. Orang serius dia buat lawak, tapi Ariana
tergelak juga.
"Awak jangan risau Ariana..mereka pun manusia macam kita"
Usai sebuah Bentley berlalu, Harith memandu ke depan sebelum berhenti
betul-betul mengadap pintu utama. Seorang chauffeur membuka pintu
Ariana. Dia turun dari kereta. Lelaki muda yang berpakaian kemas itu membuka
pintu sebelah Harith, kunci kereta Harith diserahkan kepada lelaki tersebut
sebelum dia memandunya untuk diparkir.
Harith menghulurkan lengannya untuk dipegang oleh Ariana seperti pasangan
lain. Ariana mengikut, pegangannya dikemaskan. Dia perlukan kekuatan. Beberapa
tetamu sibuk menegur sesama sendiri, termasuklah Harith. Dia je yang tak kenal
sesiapa di situ.
Tiba di pintu utama Ballroom, seorang lelaki dan perempuan muda yang siap
berpakaian kemas menyambut mereka. Kad jemputan dihulurkan kepada lelaki tadi.
Mereka dibenarkan masuk. Pintu utama dibuka, lelaki tadi menghadiahkan senyuman
manis buat mereka.
"Enjoy the night sir and madam"
Ariana membalas senyuman. Pegangannya pada lengan baju Harith dikemaskan.
Dadanya berdebar, tidak dapat menjangkakan bagaimanakah suasana di dalam.
"You will enjoy it Ariana"
Harith tersenyum padanya penuh makna.
Suasana ballroom sangat meriah tapi terkawal. Kebanyakan tetamu berdiri di
merata dewan, bercakap sesama sendiri. Beberapa meja bulat turut disediakan,
meja buffet juga diatur di kiri kanan dewan. Satu bar menghidangkan minuman keras juga ada dihujung dewan, kata
Harith untuk tetamu bukan muslim sahaja. Wallahua'lam, empunya diri lebih
mengetahui.
"We get the drink first?"
ajak Harith. Ariana mengikut.
"Okay"
Mereka ke meja buffet yang menyusun perlbagai jenis minuman dan makanan.
Harith menghulurkan jus oren kepadanya. Ariana menyambut tanpa banyak soal.
Seorang lelaki datang menghampiri mereka, lelaki berbadan sasa dengan rambut
pendek berceracak. Dia menghulurkan tangan pada Harith. Mereka bersalaman.
"Harith! How are you man?
Mana YB?"
"Aku Okay....YB ke Australia. Ko amacam bro?"
"Okay..steady...Ni siapa
ni?" Ramzul menunjukkan pada Ariana yang setia berdiri di sebelah Harith.
"This is my date, Ariana Rose,
and Ariana, this is Ramzul Aziz"
'His date?' wah, wah, pandai-pandai je si Harith ni. Ariana biarkan sahaja, tak kan
lah beriya dia nak sangkal kan? Tak manis la pula. Ariana senyum pada Ramzul.
"Hi" pendek sahaja
balasnya. Ramzul mula menghulurkan tangan untuk bersalaman, tapi Ariana menolak
dengan baik.
"Sorry some women don’t mind"
Ramzul memohon maaf.
"Sorry juga..sebab I'm not one of those women" Ariana
masih bersikap profesional. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Harith tersenyum
puas bila Ariana menolak. Nyata Ariana punya prinsip sendiri dan tahu menjaga
maruah dirinya.
Mereka terus berbual di situ. Pelbagai topik yang keluar, dari cakap-cakap
mengenai program anak yatim, isu politik, isu tender sampailah kepada isu
sukan. Sepanjang mereka berbual di tepi meja buffet, ahli kelab bual mereka
bertambah daripada dia, Harith dan Ramzul kepada 8 orang termasuk seorang Tan
Sri, seorang kerabat dan tiga lagi pasangan kepada Ramzul, Tan Sri Chua dan
Raja Azman. Pasangan perempuan mereka lebih banyak berdiam diri, sibuk memeluk
pinggang pasangan. Pelik pula dia, isteri dorang ni tak marah ke bawa perempuan
lain? Eh, apa pula, memang dorang ni isteri-isteri dorang lah. Isteri muda pun
ada, isteri tunggal pun ada. Hanya Ariana yang turut sama berbincang. Memang
topik yang dia suka, kecuali bab sukan. Bila masuk bab sukan terus dia bosan
dan mula berbual dengan pasangan Ramzul, Liyana. Gadis muda yang lebih kurang
sebayanya, tapi bersusuk tubuh tinggi lampai. Model katakan...
Bila ke empat-empat lelaki itu masih khusyuk bercakap soal industri bola di
Malaysia, dia terus meminta diri untuk ke tandas. Liyana pun ikut sama. Liyana
walaupun terkenal tapi humble orangnya.
Dia senang dengan Liyana.
"Ariana ni girlfriend Abang
Harith ke?"
Ariana ketawa. Orang macam dia manalah layak dengan Harith, "Tak
adalah...officemate, saya datang pun
atas dasar kerja. Program ni bawah Kenterian saya, tapi event malam ni OpticalTech yang anjurkan, one of our sponsor"
"Owh..ingat girlfriend Abang
Harith tadi...Abang Harith tak pernah bawa teman, biasa dia sorang je dengan YB
tu.."
"YB tak ada tu dia ajak saya kot..." tak sangka Harith tak pernah
bawa perempuan lain dengannya. Kira dia lah perempuan pertama? Bangga pula
rasanya. Hehe, Ariana..Ariana...
"And you? Girlfriend Ramzul?"
Giliran Liyana pula ketawa sakan. Ariana tak faham. Keningnya diangkat,
tanda bertanya kenapa? Liyana menjawab tersekat-sekat dengan tawanya,"He is my brother..It’s funny when u said
such thing..haha"
Adik rupanya..patutlah dua-dua sama tinggi, tapi Ramzul agak gelap sedikit,
mungkin kuat sangat main tengah panas, telahnya.
Usai selesai ke tandas, touch up
apa patut, mereka kembali ke dewan. Sambil berjalan sambil Liyana sibuk
bercerita dan bertanya mengenai Harith. Kadang mereka ketawa dengan umpatan
mengenai Harith. Buat dosa free je...
Dari jauh dia dapat melihat sepasang tetamu baru tiba, juga sedang berjalan
ke arah pintu utama seperti dia dan Liyana.
Si lelaki sangat segak dengan suit kelabu berpotongan kemas, rambutnya
disikat ke sisi. Menampakkan gaya formal, sekali pandang memang macam Prince
Charming. Si perempuan pula bak
puteri dengan gaun labuh bewarna pastel pink dari kain lembut. Si perempuan
memaut erat lengan
pasangannya, mereka sibuk berbual dan sesekali ketawa.
"Tu lah Tengku Adam...dengan kekasih barunya kot, Sophie anak Tan Sri
Roslan..Player tu" Liyana
menjuihkan bibirnya kearah pasangan yang asyik direnungnya sedari tadi.
Kata-kata Adam terngiang di telinganya.
" I love being around you. I nak you dengan I. I miss last night like
I can’t wait for tonight for it to happen again...but I can’t marry you Ariana.
You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi
model ke artis ke..but..we are from a two big different status...."
Perempuan seperti Sophie lah yang kena dengan status Adam? Anak Tan Sri,
cantik, pandai bergaya. Tapi Ariana tidak terasa kekurangan, dia juga ada
kelebihannya sendiri, lagipun bukan dia suka Adam pun. Yang dia terasa macam
hati pecah ni kenapa?
"Cantik kan pasangan tu...sama padan.." terasa kelat mulutnya
bila berkata begitu, tapi ditahannya saja.
Mereka bertembung di depan pintu. Adam memandangnya lama, kembali berpaling
pada Sophie dan mendengar
butir bicara gadis itu sebelum
mereka memasuki pintu ballroom.
Dia langsung tidak dipedulikan oleh Adam. Siapalah dia di mata Adam, mungkin
Adam malu mahu mengaku mereka saling mengenali.
Ariana dan Liyana mengekori dari belakang sebelum kembali mengambil tempat
di sebelah Ramzul dan Harith. Sesekali matanya melihat Adam. Adam yang sibuk
melayan tetamu lain, melayan Sophie yang bertempek macam lintah. Hisk, sakit
hati je menengok.
Bila Adam semakin menghampiri kumpulan mereka, jantung Ariana berdegup
kencang. Sophie masih melekat disebelah Adam.
"Hye...Datuk Adam...!" tegur Tan Sri Chua. Mereka bersalaman.
Sophie tersenyum lebar di sebelahnya, bangga dapat menjadi teman Adam kot...
Harith dan Raja Azman juga turut bersalaman. Ramzul sahaja yang bersikap
acuh tak acuh. Liyana biasa sahaja. Adam bertanya Harith mengenai perjalan
program, Harith menerangkan serba sedikit berkenaan auction yang bakal
diadakan nanti. Katanya semuanya adalah barangan peribadi dari tetamu yang hadir,
mereka menjualnya secara lelong dan kutipan hasil belian akan diberikan kepada
program anak yatim.
"Datuk Adam ada aim apa-apa barang ke?" soal Raja Azman.
Ramzul mendengar dengan teliti.
Adam memandang pada Sophie disebelahnya. Bahu Sophie dipeluk erat. "She is donating her gown, I'm betting on
it" Sophie senyum bangga.
Ramzul turut meletakkan tangannya ke bahu Ariana. Ariana terkejut. Merah
mukanya menahan malu dan marah. Baru sahaja dia mahu menegur perbuatan Ramzul
lelaki itu dengan bangganya memberitahu Adam, " Cool Datuk...I'm betting on Ariana's. Kan Ariana?"
Sophie memandang Ariana dengan renungan tajam. Ada rival rupanya..Ingatkan dia je yang buat donation macam tu. Sophie senyum pura-pura, "Which designer is it?"
Terasa membahang mukanya bila ditanya begitu. Itu dia punya design! Dan dia
bangga memakainya!
Ariana turut melemparkan senyum sehabis sempurna, sehabis menggoda, sehabis
menarik yang dia mampu, "My mom's
boutique. I only wear what I designed" pendek jawapan Ariana. Memang dia
sendiri yang melakar rekaan baju tu.
Liyana terkejut, begitu juga dengan Farah dan Lekha pasangan kepada Tan Sri
Chua dan Raja Azman.
"Unbelievable!"
"Seriously Ariana, where is your mom's boutique? I should start
using her wonderful skill. Owh My God...its soo gorgeous! I ingat you beli
kat luar negara tadi"
"Yeah, exactly. That's
what I thought !"
Ariana senyum bangga dengan hasil kerja pekerja umminya. "I will give you guys my card and you
can start bombing that place!"
Sophie mencebik. Tangan Adam dipautnya. Kalau ikutkan hati mahu saja dia
ajak Adam berlalu dari situ.
Adam masih memandangnya tanpa perasaan. Hati batu! Sombong! Ah, menyampah
dia tengok Adam. Menyampah dan marah hingga dia lupa yang Ramzul masih memegang
bahunya dengan kemas.
Sophie masih tak puas hati, dipandangnya Ariana atas bawah.
"What kind
of material is it?"
Ariana membalas renungan Sophie dengan senyuman manis, "Chiffon silk saree. My mom
bought this in India the last time she went there"
Berubah air muka Sophie dan Adam. Siapa ibu bapa Ariana? Bukankah ayahnya
peniaga gerai? atau Ariana sengaja mereka cerita semata-mata mahu menutup
kedaifannya?
"I went to India last
two months. This type must cost you thousands..."
Ariana hanya menjungkit bahu. Malas mahu riak, tidak pasal-pasal dia dapat
dosa.
"It looks beautiful
sebab pemakainya..." seorang lelaki sebaya
ayahnya datang menyelit. Gatal orang tua ni, bisik Ariana. Pasangannya di
sebelah sibuk merenung Adam dan Sophie. Kemudian menjelingnya tajam.Drama owh
drama!
Mereka semua ketawa bila Datuk Jamal mengusik begitu. Rupanya semua lelaki
kat situ bersetuju dengan kata-kata Datuk Jamal. Malu Ariana bila dirinya
menjadi bualan. Datuk Jamal dan Zatty pasangannya meminta diri selepas mencelah
tadi. Mereka mahu ke depan, katanya auction
dah nak mula. Masing-masing pun sibuk ke depan, termasuklah dia dan Harith.
Ariana mengheret lengan baju Harith
agar mendekatinya, "En. Harith,
what's wrong with your friend? I nak kena naik ke pentas ke apa ni? Kalau
dah jual baju tu nanti I nak pakai baju apa?" soalannya yang bertubi-tubi
hanya dibalas dengan tawa kecil dari Harith. Yang ni pun satu, tahu lah senyum
tu sedekah, tapi tak perlu la asyik nak senyum je...!
"Haha Ariana...it is a mistake
saya ajak awak datang sini tau? Now you
have so many fans! Nanti...bila they
announce your donation you jalan atas red
carpet tu, then naik atas pentas.
They will do the auction when you are on
the stage"
"Macamana kalau tak ada orang nak beli?"
"I ada!" Harith senyum mesra.
Hee berserabut dia dengan perangai orang-orang kaya ni. Menyesal dia
datang! Mereka berdua menyaksikan satu persatu barangan di lelong. Jumlah
lelongan pun boleh tahan, ada yang sampai cecah ratusan ribu ringgit. Bukan apa
pun yang dijual, barang antik, lukisan atau barang limited edition macam baju mendiang P.Ramlee dan Michael Jackson.
Huh, kalau dia la, simpang malaikat 44 dia tak kan beli baju orang mati ni.
"Okay Ladies and Gentlemen....we
have such an awesome donation tonight! Two misses will be donating the dress
they are wearing now! We invite first donator, Miss Shophie Tan Sri Roslan with
her pure and kind heart to make an appearance!"
Sophie memeluk Adam, mencium pipinya sebelum dia memperagakan pakaiannya di
atas karpet merah. Semua mata tertumpu padanya. Cantik. Memang gadis itu sangat
cantik, dengan kulit putih tanpa cela dan rambut yang diwarnakan coklat muda
digayakan ala barbie doll. Siapalah
dia kalau nak dibandingkan dengan Sophie. Terasa lemah lututnya bila
mengingatkan yang gilirannya akan tiba nanti.
Ramzul datang mendekatinya, "Feeling
okay?"
Okay? Sah la tak okay! Tapi perasaannya itu disorokkan. Dia tak kan kalah
dengan Sophie. Ariana hanya membalas persoalan Ramzul dengan senyuman sambil
menunjukkan riak tenang.
Tetamu semua bertepuk tangan bila Sophie sudah sedia berada di atas pentas.
Pengacara majlis mula memberitahu detail mengenai gaun tersebut,
jenamanya dan dimana ia dibeli. Jenis kain yang digunakan dan sebagainya.
Lelongan dimulakan dengan nilai RM1000.00 , dinaikkan sedikit demi sedikit
hingga menjadi RM9800.00. Dress jenama Versace logiklah kalau mahal pun. Adam
langsung tidak membuat tawaran. Hingga pengacara mengira RM9800.00 satu.
RM9800.00 dua, barulah Adam mengangkat tangan dan menawarkan RM15,000.00.
Sophie tersenyum bangga. Dia tahu Adam tak akan mengecewakannya. Sophie turun
dari pentas dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Debaran Ariana semakin kuat.
Pengacara mula memanggilnya, "and....our
second donater!" Ramzul memeluk bahunya. Ramzul? Kenapa dengan mamat
ni? Harith yang berada di sebelah menjeling, tidak senang dengan tingkah laku
kawannya.
" Miss Ariana Rose Hussein! A
new comer, I see..and a young and talented fashion designer. She is donating
her own designed dress she is wearing right now! Please make an appearance Miss
Ariana Rose!"
Ramzul mahu memimpinnya ke karpet, tapi dihalang oleh Harith. Harith
membawanya ke hujung carpet, di tengah-tengah himpunan manusia. Mereka memberi
laluan kepada Ariana.
Dia berjalan ala-ala model di tengah carpet merah. Nasib lah dia pernah
mengikuti fashion show umminya, tapi fashion show butik umminya bukan depan
orang kenamaan macam sekarang.
"Chin high Ariana,
confident...and say this charm: I am beautiful, perfect and all eyes are
envying me" bisik hati kecil Ariana.
Sesekali dia berhenti dan memusingkan badan untuk menggayakan baju yang
dipakainya. Penuh keyakinan, seperti model terlatih. Ariana menaiki tangga satu
persatu ke atas pentas, berhenti di tangga terakhir dengan posisi bahu dan
mukanya memandang ke arah dewan manakala kakinya mengarah ke arah pentas. Gaya
seksi dan menggoda.
"She is soo perfect"
kedengaran suara beberapa lelaki memberikan komen. Adam hanya membatukan diri.
Sophie pula asyik makan hati. Ramzul dan Harith tersenyum bangga. Tidak silap
perkiraannya tadi, dia tahu Ariana boleh melakukannya. Sengaja dia mahu
mengapi-apikan Tengku Adam Kamil, musuh ketatnya yang terang-terang sengaja
membawa Sophie, gadis yang dia cuba dekati sekarang. Patutlah Sophie tiba-tiba
menolak ajakannya untuk
menjadi temannya malam
ini.
Pengacara majlis mula berbicara sekali lagi, "Wooww...what a stunning dress!I can’t let my eyes off you Miss
Ariana." seloroh pengacara dengan nada nakal. Tetamu juga turut
ketawa. Dia menyambung mengumumkan mengenai pakaian Ariana.
"Okay...okay... I know many of
us can’t wait to bid. So please ladies and gentlemen, we shall start now!"
Ariana menanti penuh debaran. Setiap tetamu dipandangnya. Adam hanya buat
tidak tahu. Sibuk melayan rengek si Sophie. Beberapa wanita mula mengangkat
tangan mahu membuat bidaan. Bidaan dimulakan dengan RM3000.00, jauh lebih mahal
dari dress Versace? Hebat...tapi tak
bermakna ia akan diakhiri dengan RM15,000.00 seperti dress Sophie.
Satu persatu sibuk membida. Bidaan akhir adalah dari Ramzul, RM 12,000.00.
Jurulelong mula mengira dan satu tangan diangkat tinggi.
"One Million including Miss
Ariana Rose"
Satu dewan ketawa. Ada juga lawak bodoh macam ni, ingat dia boleh dibeli
ke?
"Is it possible for the gentleman
to buy the dress in a package Miss Rose?"
Merah muka Ariana menahan malu. Lelaki dalam usia 30 tahun, agak kacak tapi
dia tak kenal siapa. Ariana hanya senyum dan menggeleng pada MC.
"Sorry, Sir. Miss Ariana is not
for sale. Just the dress"
Adam yang menyaksikan sandiwara itu semakin panas membahang. Mahu saja dia
menarik Ariana turun dari pentas. Dari menjadi santapan mata lelaki-lelaki di
situ. Adam mengangkat tangannya.
"RM 19,000.00. I'm buying it for
my girlfriend" sombong. Bongkak. Muka Adam sama bongkaknya dengan
Sophie. Mahu saja dia menjerit pada Adam dan tidak membenarkan Adam membuat
bidaan. Dia tidak rela Sophie memakai bajunya.
Ramzul mula panas. Tak kan mahu kalah dengan Adam? Tangannya diangkat lagi.
"RM20,000.00"
Seisi dewan tahu persaingan semakin sengit.
Seorang wanita cina bangun dari kerusinya, tangannya diangkat.
"RM30,000.00" dia kembali duduk. Menyambung suapan makanannya
yang terhenti. Dia perempuan ketiga terkaya di Malaysia. Umurnya juga sudah
mencecah 70 tahun.
"Wow! RM 30,000 Madam Chia? What
a marvelous night we have today!" perempuan cina tadi memandang
pengacara.
"My granddaughter likes it"
dia menunjukkan Galaxy Notenya. Dia menghantar gambar Ariana kepada cucunya di
Canada, dan sebentar tadi cucunya membalas pesanan mesejnya.
Pengacara memulakan kiraan sehingga kiraan ketiga, tiada lagi yang membida.
Hak belian diberikan kepada Madam Chia. Ariana turun dari pentas. Penat. Bukan
penat fizikal, tapi penat mental. Dia segera mendekati Madam Chia, beramah
mesra dan berterima kasih atas pembeliannya.
Baju itu akan diberikan kepada pihak penganjur, dan akan diberikan oleh
penganjur kepada Madam Chia setelah bayaran dibuat. Madam Chia sempat bertanya
mengenai Butik nya, dia juga sempat memberikan kad namanya kepada Macam Chia.
Laris lah baju-baju dibutik umminya nanti!
Dengan selesainya lelongan bajunya tadi, maka selesai lah majlis auction.
Pengacara mengumumkan jumlah kutipan keseluruhan, menunjukkan slide show mengenai program anak yatim
yang sedang diusahakan dan majlis ditutup oleh Pengerusi Syarikat OpticalTech.
Lelaki yang mahu membida dirinya dengan harga RM1 juta. Heh, gila, ingat
harganya sebanyak itu ke? Lagi mahal, okay!
Ariana, Harith, Ramzul dan Liyana beriringan keluar dari dewan. Ramzul mahu
menawarkan diri untuk menghantar Ariana, tapi ditolak oleh Harith. Adam? Hmm
entah, dia pun tak tahu kemana lelaki tu pergi. Malas dia nak ambil tahu.
Lelaki bongkak yang menyakitkan hati. Sesuailah dia dengan Sophie tu. Buat
pertama kalinya hatinya
membengkak kerana Adam. Meyeksa
jiwa dan perasaan
berlama-lama di situ.
Kalau ikutkan hati
mahu sahaja dia
balik awal, tapi
dia tidak akan
kalah dengan Sophie
mahupun Adam.
Walhal dari jauh Adam sedang memerhatikan Ariana dengan hati yang
membengkak…Audi R8 nya dipandu laju ke
Putri Palma Condominium. Menanti Ariana di sana….
p/s: soalan cepumas : who remembers Ramzul ?
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
Ramzul = BOTAK... am i right??
ReplyDeleteyes! wah goog u remember ! :D
ReplyDeletepla eve cpt update..
Deleteramzul musuh utama adam kan? x sabar apa adam nak buat kat ariana..konon nak ariana jer tp siap menggedik ngan sophie..eeee
ReplyDeleteyep betul3x! haa annoying kan Adam ni.mmg annoying
Deletetula pasal.. padan sesangat la dgn si sophie gedik tu... tp bagus.. dua2 dah cemburu hihihihihi... I LIKE!
DeleteLama gila tgu n3 nie... Suka watak hero n heroin...arggg sbg cpt yek....pls.pls..
ReplyDeletehaha lama yee...sorryyy eija. okay dah siap manuskrip eve update plak bab 23!
DeleteDah tercemar dah datin rose dengan sentuhan botak...
ReplyDeleteMEsti mengamuk datuk, dan lepas nih dia jenuh la nak bersaing dengan botak untuk datin...
~w.t~
hahahahaha OMG u call her DATIN! - gelak giler eve baca
Deleteha,ha,ha abislah arianna bad boy dah mengamuk sah kena lepas ni.cepatlah kawen kan dia org ni.maklum lah kalau bad boy dah mengamuk macam2 perkara yg luar biasa akan dia lakukan.nama pun dah bad boykan .akak suke eveeeeeeeeeeeeeee.knapa pendek sangat x puas lah plah.
ReplyDelete-sape ramzul ya lupa lah plak -
hahaha lupa kah? ada dalam bab 7! ;p
Deletemmg encik Adam dah bertukar jadi Anaconda dah tu ;)
aduh apa la nasib ariana yer..adam dah tunggu kat sn..pulaknyer musuh utama dia dpt pegang2 ariana..blh x smbg ep 23 SKRG?hahahahahahahaha...cepat2 tau siapkan manuskrip then CETAK..
ReplyDeletehahaha Eve ni jenis leceh. lepas eve baca, eve baca lagi,lepas tu baca lagi before publish. lol tp dont worry dah nak siap dah manuskrip. tunggu encik publisher terima lah nnti. and tunggu eve yg kerek ni cek plak.haha
Deletecepatlah sambung tak tahan rasanya menanti ...........aduh......kak sari
ReplyDeletehihi sabau kak sari ;) - Eve usaha siapkan cpat2. baru hati senang nak update.hehe
DeleteDear ER,
ReplyDeleteRamzul = musuh ketat Adam! Tq n tak sabar tunggu next n3!
yes ! thats right! ;D ingat ye semua..hebat2. lol
Deleteramzul si botak
Deleteadam bijak tunggu ariana kat tempat yg mmg dia xleh lari...BTW..mcm mn org suruhan adam dpt info psl ariana xcomplete yer..
ReplyDeleteha ah. adam anaconda,mmg mcm tu. hilmi dgn dolman tu cari dalam masa 2 hari je, tu pun guna no plat kereta. dapat alamat rumah n nama. follow ke tmpt kerja. then figure out post ariana : penolong setiausaha (which telahnya is lower than S/U walhal dalam kementerian Pen S/U sama mcm assistant director ) -->actually eve dulu pun ingat cmtu gak.haha
Deletealah x sempat nk jawab...btw, very interesting story Ms. Evelyn...love it so much & cant wait to have the novel...great job!!! M waiting ur update... :)
ReplyDeletethanks suesue- bru sempat bls yg ni.haha.gile lambat
Deletesatu E3 yg cukup menyengat...antara harith,ramzul dan juga mamat poyo adam tu..akak rasa harith lebih selamat ngan ariana..sebab dia tak player macam adam kan..
ReplyDeleteTapi soal hati mmg sukar utk dibicarakan..
Kelakar juga bila adam dah mula cemburu ngan persahabatan yg terjadi antara harith ngan ariana..pelik kan tapi keluar ngan sophie..tapi masih ada hati nak konkong kehidupan ariana..apa lah masalah mamat poyo tu kan...
nak adam dgn aeiana gak...hehhehe aci tak kak ida?
Deletedia ada masalah hati ida.haha.but i think awak mesti dah dapat jawapan dia kat bab23 n 24.
Deleteanon , mesti dgn Adam ! ;p haha
Aaduhai.. adam mcm nk mengamuk jer nih... jgn dia wat mcm aritu kat ariana udah le... xsabar nk bc next n3.. xsabar gak nk pegang buku ni!!!!
ReplyDeletebc lg kali ke-2....best best best...
Deleteamboi bagus btol sampai 2x baca.haha.iAllah doa2kan buku keluar cpat ;)
Deletei love it :)..really2 love it... tak sabar nak tunggu scene adam tunggu ariana kt kondo. ehehehehe... when adam is going to realize that he has fallen in love with ariana and vice versa? ahahaha...anyway good job eve...can't wait to read in printed version :)
ReplyDeletehihi thanks mieza ;) - Adam will realize it pretty soon bab 23 ;p - eve je baru reply sini.haha
DeleteAlahaiii... Datuk wat silap la kali ni.. La susah nak pikat ariana ntti..
ReplyDeleteDatuk baik pecat je u nyer P.I tu.. Kasi maklumat x lengkap. Wekk..
ohh haa.. pandai bg amaran org laen x leh sentuh ariana..dia sorrang jer..TAPI.. dia syok2 peluk org laen xper lak.. haishh.. xsabo nak tgu Putri Palma Condominium meletoppp!!! ;P
Deletehihi hilmi n dolman habihla kene fire dgn acu.lol
Deleteberdebar-debar la baca entry kali ni. kaki pun jadi sejuk. tak sabar nak tunggu entry selepas ni..
ReplyDeletewah gitu skali effectnye ;p haha
DeleteI rajin LIKE tapi malas nak komen tapi now I nak wat dua2 hehe. siapkan manuskrip cpat2 eve!
ReplyDeletelol silent reader ek? thanks iman ;) dah siap dah baru anta semalam, iAllah doakan ye
Deletewah... :) awesome....the best entry...bukan nak kata entry before ni xbest...tapi entry kali ni sangat..sangat..sangat la best... :) xsabar tunggu next entry... keep up the great work miss writer... :)
ReplyDeletelol thanks a lot anon ;))!
DeleteOf course sy kenal Ramzul. Musuh ketat Adam dalam dunia perniagaan.
ReplyDeleteSis, I like this n3, walaupun geram dgn sikap Adam yang melekehkan Ariana. But overall Ariana dulu dan sekarang jauh berbeza. She more agresif dan tidak akan tunduk dgn kemahuan Adam. I do remember yg Family Adam akan meminang Ariana kan, so what happen to that part. Jadi ke? Luv you sis, cepat-2 siapkan n3 baru k.
Uihhh... Jangan tak jadi... Ni baru hari rabu.. Kita tunggu hari jumaat nanti... Hehehee.. Gilerrrrrr bessssssssttttt n3 ni... Kasi panas habis datuk... Ooo dia ingat Ariana tak layak kut nak dibawa ke majlis macam tu.. Tu sebab dia tak ajak pun Ariana kan... Tengok.. Siapa dah panas hati Sekarang ni? Sure tak senang hati dok tunggu ariana sampai tu.. Tgk Ariana keluar lunch dgn harith pun dah panas hati.. Ni lagi la.. Ariana bergandingan dgn harith di majlis yg grand gitu, plus semua mata tertumpu hanya Pada ariana .. Baik lelaki mahupun perempuan... Tambah lagi.. Ada pulak yg sanggup nak beli Ariana dgn 1 million ...??.. Uihh.. Tapi lagi panas bila si ramzul tu.. Yg dh memang jd musuh tradisi dok peluk2 Bahu ariana lagi... Sure bengkak punya hati datuk Adam kita ni.. Hah... Satu best... Baru tau ka datuk siapa Ariana?.. Jangan pandang sebelah mata datuk... Ariana bukan sembarangan gadis tau... Dia cukup sempurna Dan terlebih sempurna tu.. Jangan tak tahu... Mau lepas ni mengamuk Adam dgn org bawahan Nya bagi silap info... Tapi bagus juga... Baru kit a tahu hati Adam macam mana.. Hati tak nak lepas.. Tapi ego tak nak juga buang.. Apa lah datuk ni... Julang sangat ego tu...apa2... Tak sabar nak tunggu datuk kit a ni naik hantu... Heehehehehehe....tq eve..sempoiiii.. Tak boleh nak sabar rasa ya nak memiliki novel ni pula... Hmmmmm....
DeleteSah2 cite ni mmg best, pastu ditmbh dgn ulasan u ni lia, lg la btmbh2 superb... chayok2.. yup baru rabu mlm khamis, tu pun x settle lg.. friday will come, flight ticket pun dah ready.. tggu tuan bdn balik je.. hahaha..
Deletehas : thanks has ;) meminang pasti jadi ;p
Deletelia : waaahh ni mmg spenuh hati punya pembacaan ni.lol. dah sgt memahami adam dan ariana dah gaya ni.hehe
norana : haha u keep on track dgn dates ye norana ? haha cool! masa nak write up i need to tanda the calendar btol so that tak lari.hehe
akak nak bab 23 skrg x boleh ka??heheh..x sabaq nyaaa.....:D
ReplyDeletebab 23 dah kuaq akak baru nak reply sini.hihi.sowyy
Deletewah.. dah tak sabar nak tahu cite selanjutnya...
ReplyDeleteapa yang akan dilakukan oleh adam pada adriana...
ish..buat suspend je....
sambung la cepat cikit... kalo ari ni lagi bagus,.
kalo tak ari ni esok...hehhe
haha dah update 2 bab - bru smpat jgok sini.kikiki
DeleteWow!all men fighting for Ariana..
ReplyDeleteMst si ramzul tu dah xnak tackle Sophie..nak tackle Ariana jgk kan?
Ariana,u hate him but u are jealous when he is with some other girl..
-dila
sign of love is jealousy kan dila ;p
DeleteEvelyn, as always - awesome! Do let us know who is the publisher and when it is going to be on the shelf....
ReplyDeletethanks puteh ;) - iAllah Karya Seni kuarkan nnti but bila Eve kene tnya dorg.nnti eve update kay ;)
Deletewow can't miss it, really. Good jod ariana! yeah yeah..
ReplyDeletethanks anon! ;)
Deletebest...best...tersgt la best miss writer.....kami da ckup mroyan2 tgu nxt n3 dr ms writer...mmg tramtla bes cternye...kmpem kuo nvel i bli tau...mmg xjemu bce byk2 kli....p/s:jgn bg tv tiru pnilsan u ni...nnti jd xbes plak....
ReplyDeletethanks a lot fatihatul ! wah, kalau novel meletop baru dia tiru rasanya.hehe.
DeleteLalalalalala..... Thks eve for updating new entry... And also for the lovely entry... Padan muka adam... Dia ingat ariana tu brg mainan ker, boleh dikontrol-kontrol... Now he knows that he has stiff competition with few rivals termasuk pembida rm 1 juta.... Hihihihi....
ReplyDeleteBest... Tgh berharap ni semoga eve sihat, so that u cld update more new entries.... Hihihi....
haha pembida rm1juta. gile btol pembida tu.kalaua wujud kat luar mmg eve sepak2 mamat tu if eve jadi ariana.haha.
Deletethanks anon!
evelyn....nak lg....awat pendek sgt??sob3x....bile nk kuar novel ni??cepat2 la update en3 bru tau...syg evelyn rose...hehe
ReplyDeletehihi luv u to nur dearie ;) - iAllah dah hantar manuskrip. penerbit kata asap.date dia xsure la plak, nnti konfemkan dgn publisher eve update kat sini ;)
DeleteAdam nampak dh marah dah... best2... gudluck smoga buku cepat terbit <3
ReplyDeleteiAllah ;) - thanks Rinsya! doa2kan ye
DeleteB.O.T.A.K-B.O.T.A.K-B.O.T.A.K, and BOTAK was his name...hahahahhahahaha...hai cepat2 le pak publisher cetakan...dpt la peluk same2 ngan pms...
ReplyDeletehaha u get it sooo damn right! doa2kan cpat kuar. mcm pms dlu.hehe. manuskrip pun baru hantar awal pagi tadi.hihi
Deletewriter..
ReplyDeletermi yg jawab betul kan psl ramzul aka botak..apa kata bg hadiah kat readers..up 1 lg n3..huahahahaha
haha saya bagi hadiah combo update ! ;D
Deletewriter..best2.. nak lagi ( stetmen yg sgoh tamak)huhu tapi serius crita ni menarik...lain dr yang lain..keep it up!
ReplyDeletelain ek ? thanks2 suhana. main tulis je ni.hihi
Deletenak lagi..... nak lagi.... :(
ReplyDeletebut thanks..... thanks.... sbb n3 nie so so so so swet... mcm dh terkene penyakit kencing manis.... hahahaha
hahaha nnti dah grab novel siap sedia dgn insulin terus kay.hehe
DeleteOh my!!!!!!!!!!!!! Sumpah best girl!!!!!! Ramzul musuh ketat Adam right???? Best n3 ever!!!!!!!!! Nak lagi pliassssssssss
ReplyDeletethankss eca ! ;D ha ah u r right ;) musuh Adam.hihi
Deletebest giler..x sabar nk tnggu sambungyer.huhuhu
ReplyDeletecheck on d combo ye! ;) (giler lambat eve balas komen utk bab 22. aritu tak sempat. dah update bab baru reply yg sana dulu.haha)
Deletelove it so much dear...superb! U n hanina buat jiwa i kacau jer...hahhahah..x sbr nk peluk u guys punye novel... :)
ReplyDelete-ieylas-
Yup agreed. PMS & TWB memang best sgt2 + lain drpd biasa. Eve & hanina cpt2 publish novel2 ni & can start new project. U both dah ada follower setia.. i la.. hahaha....
Deletehaha comel je ieylas and norana ;) -iAllah doa2kan publication smooth.
DeleteSalam,
ReplyDeleteThks so much Eve...dlm sibuk2 sempat juga melayani permintaan kami nie. Perggghh berbaloi rasanya although to wait for a week. It's great & cant wait for whole story...penutup minggu nie amat mendebarkan...hrp2 berpeluang menatap next N3....wish u the best ya.....luv they both very much ~Adam&Arianna~ forever :-)
wah...ada sambungan..memang sangat berharap ada sambungan after waiting for a week..tq cik writer...cite makin menarik ni..ramzul tu bukan org yg pernah adam ingat hantar arianna utk kacau ms nikah dia kan?
ReplyDeletetq eve for the entry...u buat i angau ni... aduhai!!! ape pun thumbs up for u... mmg best sgt3...!!! pasni baru kita tengok mereka bersaing.. hihihi.. BEST MEN WIN...cant wait for next entry..
ReplyDeletetq miss writer, n3 ni bestlhhh dan tersangatlah best cepat smbung entry sterusnya x sabar nk tngok mr anaconda mangamuk
ReplyDeletewah, berdebar ni. apa agaknya si bad boy ni nk buat. jgn buat onar kat ariana lagi sudah.
ReplyDeletebuat onar pun apa salahnya.... dgn siapa lgi dia nak buat onar..... hikhikhik... adam behaved like a gentleman ok... dunt notty2 taw
DeleteAduh, x sabar nak tunggu entri br...apa plak si adam nak buat...
ReplyDeleteOMG...bestnye...nak lagiiiiiiiiiii!!!! :)
ReplyDeletenak lagi.plis3.sorry saya tahu writer sibuk :( setiap minit,setiap jam,setiap hari bukak nak tau perkembangan.plis2.sambuunngg lagi.hehe.take your time eve.tapi jangan lelama sangat plis ;(
ReplyDeletememang mantap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletewaaahhh... kenapa terasa cerita kali nie pendek ya?? hahaha.... update la lagi..!! =)
ReplyDeletewaaahhh... kenapa terasa cerita kali nie pendek ya?? hahaha.... update la lagi..!! =)
ReplyDeleteI remember ramzul...... Hehehe tue adam punya enemy tue. Adam ingat ramzul yg hntar ariana untuk rosakan wedding dya dulu. Hehhehehe
ReplyDeleteOwh dear ER u've always done a good job at writting ur novel but i can't stay at rest untill i read the whole story. Secara jujurnya kalau boleh saya nak the novel siap hari ini juga. But i know i must sabar. Well is the publication of the novel is around this year?
Sekarang ini hati saya amat berdebar2 untuk mengetahui apakah yang bakal dilakukan oleh adam kat ariana. I am hoping that he won't repeat the same mistake again..... Btw bila dorang nak tunang nyeh? Jantung saya sentiasa membuat summersault while reading ur entry.....
cik writer!update lg plz!xcited ni nk tau nxt story..:D
ReplyDeletewahhhh..bestt....cntik sgtla Ariana tu...x sabar nak tunggu novel ni keluar....bila agak2nya tu ya????
ReplyDeletebest nyer...nk adam n ariana je..hehe..eii adam ni geram tol la..gatai lg ngan sophie..cian ariana mkn ati taw...
ReplyDeleteoh..ariana nie ttba je cmburu dgan psangan adam plik la plak kn..emmmm...
ReplyDeleteSambunglah lagi x sabar2 nak baca... Besttttttttttttttttt Gileeeeeeeeeeeee :)
ReplyDeleteBila nk kuar n3 baru ( bab 23 )? x sabo dh ni
ReplyDeleteyeyeyeyeye.. rasa cam nak buat lompat katak dah ni.. huhu.. yeay!! ariana dh jeles.. means dia pun sayang adam jugak.. weeee.. cepat la new entry.. huhu
ReplyDeletebest...tp writer..please jgn bg adam n adriana gaduh2...x best la..nk diorang sweet slalu, gaduh2 manja je..:)
ReplyDeleteoh my evelyn....entry nie sangat buat saya excited okay.serius best,berdebar2 and mcm tarik tali pulak adam dgn arriana nie.hehe..tak sabar tunggu next entry and kalau boleh,biarlah berhenti sampai part dorang bertunang.bolehlah eik cik evelyn ? *muka kesian :D
ReplyDeletep/s : ramzul tu musuh ketat adam kan dan adam pernah syak yg ramzul hantar arriana waktu wedding dia dulu tu..kan ?
Sunpah best kan..aku dh addicted gile2 ngn cita ni..homaiiiiiii love u Lah tengku Adam ! Hope muka dia mcm siwon or chansung kita(dlam I'm your man tu)....heeeeee~~~~~~
DeleteTu aku malas suggest kat hang tu..tengok,hang komen dulu dari aku.jeles.hahaha
Deletechangsung............oh,jangan disebut weh.buat mandi tak basah ja.kakahkah
huhuhu my dear Eve, sgtlah tidak sabar menanti cerita selanjutnya...
ReplyDeleteJangan buat kami meroyan tertunggu lama ya... hope malam esok dah ade kesinambungannya...
Love you Eve for the outcome.. stress ilang baca all about Ariana and Datuk Adam...
kan best klu real things happen... huhuhu
ER, how wuld d story b if, IF, AR accepted d RM1 mil bid?
ReplyDeleteI... LOVED it.... adam, my bad boy, he's a bit rough around the edges, mysterious and extremely alpha hero.... hikhik.. is a beyond sexy bad guy professionally . he is tough & in control of everything ...& thats how he likes it...He thinks nothing of using force to protect what's His and to hell with the consequences.... jangan sampai adam or arianna nyanyi lirik ni sudah..... And I've hurt myself By hurting you.... sambung pulak dgn lirik ni sorry seems to be the hardest word.... dua2 ego.... seswai la 2 org makhluk ALLAH ni, tpi saya tetap adam punya pom pom girl... coz arianna ni kdg2 boleh jdi annoying heroin... huhuhu tq evelyn, fantastic baby... ehehhehe
ReplyDeleteIskkkk...Saya rasa mcm tak dpt nak tido lena la mlm ni sebab asyik teringat2 kat Adam & Ariana tau!!!! Samalah dgn PMS!! Huhuhu
ReplyDeleteEve, jgn amik masa lama sgt utk siapkan manuscript tu..takut nanti kertu kitaorg menunggu..dah tak sabar nak beli! Rasa cam nak byr cash terus je utk dptkan novel yg belum publish ni...kikikih
ReplyDeletepls EVE siapkan manuskrip cepat.. x sabar nk beli. citer ni mmg best. lain dari yg lain.
ReplyDeletegoshhh!! luv it!!!!!
ReplyDeletelove u miss writer...
big hugss for Ariana...gud job...
Adam..padan dgn muka u...
mengamuk la engkau kat sana..
Dear Ariana,sila buat2 x tahu apa2 dkt datuk sorg ni...hahahaah...
Wahhhhh best glaaaaa!!!
ReplyDeleteEve smbng la cpt2!!!
Excited nk taw next entry!!!
superb aaa.........dabel tumb up...cik er you the best writer ever..igt lg gan ramzul tu.musuh ketat tg adam..
ReplyDeleteso impressive...^-^
ReplyDeletewah giler, botak, harith & dato adam berebut ariana, but i like..
ReplyDeleteI like too.. tp what ever it is, ariana datuk punye.. hehehe....
DeleteTo Lia, sy sokong 100% jika Datuk naik hantu. Tulah ingat dia sja yg ego tinggi, Ariana pun sama tau. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Eve dear, can't wait for new n3. really nk sgt tgk Datuk mengamuk sakan. x sabar-sabr dh ni...
ReplyDeletedah kali ke berapa baca ni.... still x puas2. bukan setakat chapter ni je, siap ulang2 baca from beginning... eve jgn la dera perasaan kitaorg. cepat2 la terbitkan novel ni, b4 raya ok??? hadiah paling sweet 4 raya... leh ye???
ReplyDeletehahahaa mmg bergegar putri palma bla datuk dh mengamuk nnt....
ReplyDeletenak n3 23 ceeeeepaaaaatttttttttt.hahaha x leh nk sabar dh ni..
dh ting tong rasenye tunggu arinna and datuk Adam
Wahh...best sangat n3 ni. dear Ariana, sila minta Haris hantar awk gi rumah kwn awk, Liliyana. Pagi esoknya baru awk balik. Biar Datuk tertunggu-tunggu sensowang n sangka awk ngan Haris. Mesti Datuk meletop sakan. hikhik...
ReplyDeleteAlah~tak nak la cmtu.nak Adam berdepan ngn Ariana jugak.mesti gempak giler tgk Adam mengamuk nanti.oh gosh !!!! What the marvelous story!!!
Deleteagreed! nak tgk apa nak jadi.. apa datin rose nak buat :P
Deletecam comel jek datin rose kan.. huhuhu.. kan, xnk la main kejar2 tarik tali ni.. biar adam berdepan dengan ariana..
DeleteBukan takat cerita ni je yg gempak,bc komen pun gempak jugak, keras perut dok gelak sorang2. ER, cepatlah up n3 ep 23,ya..ya..ya...(dah melutut merayu ni) dan cepat2 siapkan manuskrip cerita ni. Tak sabar sgt2 nak tau kesudahan Adam-Ariana.
ReplyDeletezm, akak nak join club pom pom awk,ye.
Mawar
Sama la kita.. join pom2 & merayu thp guling2 ni nak n3 lg..
DeleteBr je jd follower blog awk ni... cite ni best..lain dr yg lain... cpt2 update yer...
ReplyDeleteeve, memang best lah citer ni. terbaaeekk!!. tak sabar nak tunggu n3 bab 23. best sangat.
ReplyDeletex sabarni....cepat lar smbung....
ReplyDeleteari2 duk jenguk klu2 ada n3 baru.... tak de n3 baru kita duk baca komen2 jer la... yg pastinya setuju dgn semua komen!!!!!
ReplyDeleteterbaik boboboi.....
p/s : bila lak n3 baru???? :P
tolong....tolong.....tolong.... nak lagi...
ReplyDeletebila nak ada n3 ni...x sabar tggu
ReplyDeleteeve...sila buat magic post entry baru jap lagi ek...hik3
ReplyDeleteSuke...suke..suke.. Next n3 plssss.. Tak sabar nak tau ape jadi kat condo nanti.
ReplyDeleteRamzul tu.. Seteru adam cos adam dah rosakkan adik dia. Hurrmm eve betoi x?
Sakit hati yer adam... Padan ngan muka hang. Hhahahahaa
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecepat lah sambung...x sabar nak tgk adam n ariana together gather...huhuuhu
ReplyDeleteSorry..hope u don't mind. i just need to correct 1 thing..chauffeur is a driver. the right word to use is valet. not chauffeur...thx.
ReplyDeleteOhmygod, i cant wait for the next post, make it fast ya! :B suka Adam jealous, haha. Loveyou eve! :D
ReplyDeletei want moreeeee!!!!!PLEASEEEEE....the storyline sooooooo amzingggg..i sangat sangat suka..cepat laa keluarkan novel dier:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebest2..
ReplyDeleteexcited for next n3..
cepat la update...
Plzzzz eve... Jgn seksa jiwa raga i... Update cpt... Buku pun cecepat i nk pi borong utk my library... Ohhh my... Pelizzzzzz eve... ( dgn muka yg comel, mate terkedip2... )
ReplyDeleteEve darling post la entry bru...
ReplyDeleteDh meroyan nie tggu entry bru:(
Hahahaha!!!
Yelah eve, bila nak masuk n3 baru. Hari-2 duk gak intai-2 kalu ada n3 baru. Please dear... x sanggup lagi nk tggu nih
ReplyDeleteeve... dah friday ni... kan afdhal if ada n3 for story "friday" diaorng tu....hihihihi...
ReplyDeletelike like zm...muahahhahahhaaaa...
ReplyDeleteurmm... ntah berapa kali khatam dah 22bab ni... tp masih buat saya teruja setiap kali membacanya... agaknya kalu buku nanti.. x tahula ..x berasap dapur agaknya..hehehe
ReplyDeletedah berkali2 ari ni sahaja jenguk kat sini... seksa i, keje lain sume x jadi dah... parah sungguh
ReplyDeletesamer lar kite nie...uwaaaaa
DeleteEve, keep up your golden touch! Lama dh tgu penulis mcm u n Hanina. But still can't wait the new entries from you guys! Everyday without fail, jenguk blog u for the new entry. Hopefully the printed version will be out very2x soon. Masa duduk Tokyo lg I dok tgu ni, really can't wait! Luckily dh balik sini kalau still kt sana mmg menanggis la I. Good luck to u. Ganbate kudasai!
ReplyDeletewah bestlh novl ne, bila nak masuk n3 baru dh x sbr nk baca... ^_^
ReplyDeleteEve..please post new n3..bab 23 pleaseeeeee!!! ^_^
ReplyDeletehehe baru update anon! njoy okay! tQ ;)
Deletecpt la post bab23..xsbr ne!!!=)
ReplyDeletejust update diya! njoy okay. sorry lambattss ;p
DeleteDear x ada entry bru ker?
ReplyDeleteTgh excited nie nk taw smbngan 'TWB':p
Dear x ada entry bru ker?
ReplyDeleteTgh excited nie nk taw smbngan 'TWB':p
hehe just update farra ! ;) njoy bab 23 yw ;p
DeleteNew n3 pretty please
ReplyDeletejust update - for you bella! ;p njoy bab 23 ye !
DeleteCik Penulis,
ReplyDeleteAkak ni dah tahap meroyan dok tunggu n3 baru. Bukan takat dada je yg berdebar-debar, malah jantung,limpa, ginjal,usus semua dah flip flop dok ternanti-nanti tindakan Datuk A pada Datin kita, sooo....cepatla, update n3 baru ye. plizzzzz....hari hari mesti nak jengah blog ni, tapi takat baca komen je la.huhuhu.
Mawar
haha kesian akak!
Deleteokay promise, I will finish up the manuskrip v v soon! baru lancar je nak update nnti. njoy bab 23 ye! =)
sis...bila nak update ne??
ReplyDeletesemua org pun dah tertunggu2...
excited nak tau apa Adam will do to arianna....
baru dapat update Fie! sorry made all n everyone waiting. njoy chapter 23 ye ;)
DeleteAlaaaaa... Ari ni je dah brp kali skodeng, x ada juge lg... Huhuhuhuuuuu....
ReplyDeleteSebaldi dah ni haaaa nangesssss... Sian kan eve kat i?
bila baru boleh dapat bab 23 ? dah tahap meroyan ni ..... ataupun bila boleh keluar buku ?
Deleteeve kena siapkan manuskrip cpat2 la ni, kesian dah kat semua orang yang dah meroyan dah ni. nak harapkan eve update satu2 mmg slow giler kan mira n anon? haiyoo..iAllah doakan this week manuskrip siap! ;)
Deleteeve plzzzz.... sesak nafas dah ni... x sabar dah nak baca adegan datuk mengamuk... mengamuk ke menggoda????
ReplyDeletehehehhe mengamuk ke menggoda?? kikiki jawapan dia ada kat bab 23! ;p njoy new chapter ye. hope dapat lah hilangkan sesak nafas tu ;p
Deletesamalah kita... kemaruk dah ni.. miss author... please .. ask for more...
ReplyDeletedah macam iklan pepsi dahhhh..
ReplyDeleteni boleh dibuat iklan utk entry kat sini ni.hehe. okay, dah update! terasa bersalah ni.waha..njoy bab 23 ye! ;)
Deletetgk komen2 diatas..buat saya tergelak2.. hehe ...sumer dah meroyan nk entry...kkih3.. termasuk la saya... eve nak kena denda ni lambat2 update entry.. dendanya minggu ni kena double post boleh???
ReplyDeletebetul betul betul....
Deletehaha sharifah n norana, OMG baru sempat menatap lappy..! itu lah semua dah meroyan dah, bersalah rasa. kene btol2 siapkan manuskrip ni.
Deletep/s: iAllah, double post utk update pasni okay! ;p
thankx bangat eve... ni sayang ketat2 kat eve ni..hehe... harap2 kita dpt pegang novel TWB secepat mungkin ...
DeleteBestt! Bila eh nak keluar dlm versi cetak? Tak sabar nak beli nih, hihi :D
ReplyDeletethanks syaza! harapnya siaplah manuskrip tu minggu ni..waaa...asyik btangguh je ni :C
Deletemana bab3 mana bab3 manaaaa?cik writer please updatelh cepat x sabar nak tau mr anaconda mengamuk nak..... nak..... nak I love anaconda and ariana so sweeeeetttt.
ReplyDeletemana bab3 mana bab3 manaaaa?cik writer please updatelh cepat x sabar nak tau mr anaconda mengamuk nak..... nak..... nak I love anaconda and ariana so sweeeeetttt.
ReplyDeletehaha hadoi ni mmg dah meroyan gayanya ni. dah update dah ainang, baru je jap tadi.hehe
Deletebile nk ade n3 bru ni??? x sbr ni...
ReplyDeletebaru update anon! ;)
DeleteEve busy ker...
ReplyDeleteKta dh migrain dok kat dpn lappy tggu Entry bru..
Hahaha!!!
ha ah sibuk gilerr farra, but just updated bab 23. baru dapat bkak lappy arini. njoy bab 23 okay! lol ;)
Deletecpt la update...xsbr nk bc....
ReplyDeletedh xsbr dh nie tnggu next chapter....
ReplyDeleteplzzzzz.....
heroin mne boleh klah dengan watak smpingan mcm sophie tu..ye x..hahaha
ReplyDeleteowh i rly love it...but ada awk trlpas pndang...mendiang Pramlee & MJ???.....mendiang only fr MJ....alhyrham for P.Rmlee....
ReplyDeleteoh...bila klik ramzul tu br realize sape dia...
ReplyDeletemusuh ketat adam...no wonder la adam berangin je bila tgk ramzul pegang bahu ariana..
Good way of telling, and nice post to obtain information
ReplyDeleteregarding my presentation subject matter, which i am going to present in
institution of higher education.
Check out my webpage : wedding stickers
The Thomas sabo jewelry is Unremarkably Print Thai, forms, and
ReplyDeletelabels are top of the list global.
My web blog :: color printing direct