Bab 29 Full and Selamat Hari Raya !
Assalamualaikum wbt !
Okay Eve cakap malam raya nak post but taadaa! Friday morning jg jadinya. Ni semua gara-gara History Breaker dapat LIKE 363. So as penghargaan Eve awalkan 1 day.hehe - Baru balik dari pasar - borong keperluan untuk raya. OMG. Its seriously hectic ;D and yet I love it. By the way Selamat Hari Raya semua. And post awal sbb I'm forecasting that I wont be able to online anymore lepas ni . Banyak ni nak kene masak for hari raya - cupcakes, cake, kuah satey, rendang etc. lol
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Semua ;)
-------------------------------------------
BAB 29
8
Mei …10.30 malam
Adam
masih mencari Ariana Rose, dia ke apartmentnya di Putri Palma sekali
lagi.Mundar-mandir menunggu Ariana di hadapan rumahnya, tapi Ariana tetap tidak
muncul.Sudah berjam dia di situ, bayang Ariana pun tidak
kelihatan. Hilmi yang berjaga di kawasan pejabat Ariana juga menyatakan
perkara yang sama. Ariana tidak ke pejabat. Dolman yang menunggu di rumah waris
terdekat Ariana yang diperolehi daripada
rekod di tempat
Ariana bekerja juga memberikan keputusan yang sama. Ariana
tiada di
sana.
Ke
mana Ariana menghilang? Takutkah Ariana padanya? Sampaikan dia pergi sehelai sepinggang?
Kalau
ikutkan akal yang waras pastilah Ariana takut dan bencikan dia setelah apa yang
dia cuba lakukan pada Ariana. Tapi Ariana tidak tahu apa perasaannya yang
sebenar dan apa yang benar-benar berlaku tempoh hari. Dia mahu jadikan Ariana
hak miliknya yang kekal, yang sah pada pandangan Ariana dan masyarakat setempat. Perkahwinan.
‘But it’s too late now
when she is gone. Too late Adam to win her trust and heart again…’
hati kecilnya berbisik sesal.
Perkarangan
Putri Palma Condominium ditinggalkannya. Dia mahu ke kelab, cuba melupakan
kesedihan di hatinya dan desakan jiwanya untuk mencari Ariana dan memberitahu
isi hatinya,niatnya. Hilmi dan Dolman serta beberapa orang upahan mereka sudah
mencari Ariana di merata tempat tapi tiada.Adam sudah buntu mana lagi dia mahu
mencari Ariana. Jiwanya bagai di gam pada gadis itu. Ariana bagai magnet pada
Adam.Magnet kekal.
Senyuman
Ariana…sifatnya yang penyayang…Jiwanya yang kuat…Ariana lain. Lain dari yang lain.
Hanya ada satu dalam berjuta.Adam mengukir senyum bila terbayangkan wajah yang
dirindui.Saat mereka di Pusat Latihan Kanak-Kanak Kurang Upaya Ampang, ditemani kanak-kanak yang
comel.Hatinya merintih lagi, merintih kerana terlalu rindu.
“I will find you
Ariana!” laung Adam kuat. Pedal minyak ditekan
pada masa yang sama. Melepaskan geram di hati.
Sudah berminggu dia
tidak menyentuh arak ,
tidak menyentuh perempuan
dan tidak ke
kelab. Ariana sudah
cukup untuk mengisi
kekosongan di hatinya.
Bila gadis itu menghilang kekosongan
itu menerjah kembali. Ferrari Spider laju membelah malam menuju ke kelab malam yang
sesak dengan manusia di malam minggu seperti itu. Itulah cara
yang selalu dia
gunakan untuk melupakan
masalah duniawinya. Dia mula kembali ke
cara hidup lama.
Usai
pintu kelab di buka, bergema bunyi muzik yang kuat. Bingit. Suasana yang malap
disimbahi lampu-lampu hijau dan merah yang berselang seli. Adam membelah lautan
manusia yang sedang leka menari, ada yang sudah mabuk dek meneguk air setan.
Dia duduk di kerusi paling hujung, cuba mencari privasi. Sebotol arak jenama
Cocoroco dipesannya. Jarang dia minum
Cocoroco. Sejenis arak yang diperbuat daripada tebu dan berasal dari
Bolivian dan lebih terkenal di Amarika Latin. Arak yang paling tinggi kandungan
alkoholnya itu fikirnya paling mampu untuk menghilangkan perasaan yang
menyenakkan dadanya kini.
Seorang pelayan
lelaki datang menatang dulang dengan
botol arak. Diletakkan ke atas
meja Adam sebelum berlalu pergi.
Adam
menyandarkan badannya pada sofa. Matanya meliar memerhatikan sekelilingnya. Masing-masing
tenggelam dalam dunia
mereka sendiri. Lelaki dan perempuan.
Semuanya asyik menari, atau bersenda gurau sesama mereka.Mereka pun seperti
dia, samada mahu melupakan masalah atau sengaja mencari keseronokan setelah
penat bekerja.
‘Will I find Ariana if I stay here? Drunk?
The next day when I woke up, she is still stuck in my mind….I can’t be this way.
Mabuk tak kan menyelesaikan masalah!’Hatinya berbisik lagi. Mula ragu dengan
norma kehidupannya.
Adam
bangun, mahu meninggalkan tempat yang lebih menyesakkan kepalanya itu.Tapi
pinggangnya dirangkul dari tepi.
“Sayang….!”
suara galak seorang perempuan mengejutkan Adam. Dia berpaling memandang siapa
empunya diri.
Sophie.
Sophie
yang asyik menelefonnya dari semalam tapi sengaja dia tidak menjawab.Gadis itu
menghadiahkan senyuman menggoda padanya.Gadis? Dia pun tidak pasti masih gadis lagi atau
tidak. Sejak kembali menemui Ariana dia
hilang minat terhadap perempuan lain. Zatty
adalah perempuan terakhir
yang disentuhnya itupun
dalam bayangan Ariana. Gila. Sampai begitu
sekali penangan Ariana
padanya.
‘
Argh, Ariana!!! ’ suara hatinya kuat
melaungkan nama Ariana. Rambutnya diramas. Langsung tidak
mempedulikan Sophie yang
masih berada di
hadapannya.
“
Adam ? Are you
okay ? ” soal Sophie seraya
tangannya melingkar di
pinggang Adam.
“I’m
okay” balas Adam sambil
tangannya menguis tangan
Sophie. Wajah Sophie dipandangnya. “ What are you doing here?”
“Looking for FUN…You look
vexed dear, I can
cool you down...” Sophie sudah mula memeluknya
dari depan. Menggeselkan badannya macam kucing parsi, dengan bajunya yang
sendat menampakkan lurah yang tidak sepatutnya, mana-mana lelaki pun
pasti akan kalah.
Tapi tidak bagi Adam. Tidak untuk kali ini.
Adam mula rimas. Dia mahukan ketenangan bukan hiburan.
‘Stop
all this Adam. This is not what you want’
suara hatinya berbisik lagi.
Pelukan
Sophie dileraikan, “Sophie, I need to go.”
“What’s wrong with you Adam? I called you
tak angkat. Semua orang tahu we
were together ! Now you are
running away from me!” bentak Sophie tak puas hati. Malam tu kemain Adam
layan dia, macam pasangan kekasih. Semua orang dah tahu dia dengan Adam pada
majlis mengumpul dana di Palace of The Golden Horses, tapi lepas malam tu Adam
buat hal. Menyakitkan hati betul!
“Sorry Sophie…I’m sorry but there is nothing
going on between us. We never been
together by the
way. Enjoy your night ” Adam terus meninggalkan Sophie yang masih
terkebil-kebil memandangnya pergi.
“Adam!”
laung Sophie.Adam tetap melangkah keluar tanpa mempedulikan panggilan
Sophie.Memang dia sengaja mengajak Sophie menemaninya ke majlis tempoh hari,
mahu mencabar pesaingnya Ramzul tapi tak sangka rupanya Ramzul yang berjaya
meramas sekeping hatinya hingga lumat.Sakit.Pedih bila melihat Ariana bersama
Ramzul dan Liyana.Momen indah mereka hanya tinggal kenangan…tapi dia tidak mahu
membuat tekaan melulu lagi. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan mereka dan
jelas Harith yang membawa Ariana ke sana. Kalaupun Ariana tali barut Ramzul,
dia rela. Asalkan Ariana bersama dengannya…menjadi hak miliknya yang kekal…
Tidak
tahu ke mana lagi dia mahu pergi, Adam memandu tanpa arah tujuan. Mengikut kata
hatinya yang terasa kosong, di awangan…hambar.
* * * * * * * *
9
Mei…..2.30 a.m…
Suasana
rumah masih lagi riuh dengan bunyi sanak saudara berbual dan bergurau senda
walaupun hari sudah lewat malam. Ariana masih dalam pakaian pengantin, berbaju
kurung putih dari kain lace
menunggu suaminya di dalam bilik pengantin. Biliknya di Kelantan.
Pintu
kamar dibuka.Seorang lelaki memasuki bilik, dia tahu itu suaminya walaupun
wajahnya tidak jelas.Juga berbaju melayu putih, santai tanpa sampin.Suaminya
menghampiri katil, memegang bahunya dan mencium dahinya penuh kasih dan
keikhlasan.Ariana menyalami tangan suaminya penuh hormat.
“Kita
solat dulu” ajak suaminya.Mereka mengambil wuduk.
Suaminya
menghamparkan sejadah di sisi katil.Mereka berjemaah untuk Isya’ dan solat
sunat malam pengantin. Sama-sama menadah
tangan untuk mengaminkan
doa yang dibacakan
oleh suaminya. Suara suaminya
bergema dicorong telinganya. Kedengaran tenang
dan ikhlas ;
Segala puji hanya
untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan
salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta
keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, pada malam
yang berkat ini, kami memohon, Kau rahmatilah
perkahwinan ini Ya Allah... semoga ianya penuh dengan keberkatan dari permulaan
hingga ke akhirnya.Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Perancangan Mu.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat
dan keampunanMu kepada kami ya Allah, anak-anak kami kelak ya Allah dan semua
yang berada di sekeliling kami.Kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan
dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga
lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini ya Allah.Semoga
perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah
serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
Ya Allah kurniakanlah
restu dan kasih sayang di antara kami serta eratkan hubungan kami sepertimana
telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim
& Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa &
Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Saidatina
Khadijah.
Ya Allah, satukalah kami
dalam inayah dan barakahMu.Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu
sentiasa ya Allah. Amin…Amin ya rabbul alamin…
Terharu
Ariana mendengarnya. Usai mengaminkan doa suaminya berpaling, menghulurkan
tangan untuk bersalaman. Wajah suaminya kelihatan jelas di matanya kini.
Adam.
Tengku
Adam Kamil.
Ariana
terjaga dari tidurnya.Terkejut.Nafasnya turun naik.Peluh sejuk memercik di
dahinya.
“Ya
Allah…mimpi rupanya…Subhanallah…” Ariana mengusap dada.Masih lagi
terkejut.Mimpi yang sangat real
baginya.Usai menghantar keluarga bakal mertuanya semalam, dia terus pulang ke
rumah. Menguruskan apa yang patut sebelum membersihkan diri, solat dan tidur
nyenyak macam orang pengsan. Penatnya memang mencengkam walaupun bukan dia yang
jadi tukang masak atau tukang gubah hantaran.
Dia
termenung memandang siling bilik.Kenapa Adam mencarinya hingga ke dalam mimpi ?
Ya Allah…..tak kan terpisah kah dia dan Adam? Hinggakan tidak berjumpa di alam
nyata, alam mimpi pun mereka turut bersua?
Ariana
terus bangun, mengambil wuduk dan menunaikan solat malam.Cuba menenangkan
jiwanya yang bergolak.Lagipun, bila Allah kejutkan pada malam hari, itu
tandanya kita dipilih olehNya untuk mengadap Dia yang maha kuasa.Yang dia tidak
mahu terlepas peluang beribadah sepertiga malam yang suaranya lebih didengari
Tuhan, doanya lebih afdal pada malam-malam begini.
Usai
menunaikan solat, dia berdoa untuk rumahtangga antara dia dan bakal suaminya
nanti. Jika lelaki itu
adalah Tengku Adam
Kamil...bagaimana dengan masa
depan anak-anaknya nanti ? Mampukah Tengku
Adam mengemudi bahtera
rumah tangga mereka
ke jalan syurga ? Mampukah ?
“Hinakah
aku Ya Allah kerana diperkosa ? Tidak layakkah aku Ya Allah untuk mendapatkan
hambaMu yang Kau kasihi? Yang mencintai Mu?” tangis Ariana sambil bersujud
mengadap Tuhan. Apa pandangan Tuhan untuk orang sepertinya? Kotorkah dia?
Bersungguh
dia memohon agar Allah jadikan bakal suaminya orang yang beriman, dunia dan
akhirat. Orang yang menyintai Allah swt sepenuh hatinya, yang akan mendidik dia
dan keluarganya kelak ke jalan syurga…Yang boleh menerima keadaan dirinya…Yang
mahu mendekati Tuhan..Ilmu yang berkepuk di dada boleh hilang jika tidak di
amalkan..Andai kata bakal suaminya tidak
punyai ilmu agama yang cukup, biarlah Allah berikan dia hidayah,
mewujudkan kemahuan dan keinginan dalam
lubuk jiwanya untuk mencarinya Tuhan.
Sepenuh
hati Ariana memohon dari Allah swt, pemegang hati-hati manusia….
9
Mei, 4.30 am….
(credit to : ukeong.com and google)
Kerlipan
cahaya lampu pada waktu malam sungguh membahagiakan bila di lihat dari puncak
Ampang Point View.Kuala Lumpur yang nampak tenang walaupun hakikatnya
bergelojak dengan pelbagai macam rencah.Adam bersandar pada keretanya,
tangannya disilang ke dada. Ada beberapa buah kereta yang turut sama di parkir
di situ. Masing-masing dengan hal sendiri.
“Kalau Tuhan tu
wujud…dia pasti dengan apa yang kita doakan”
suara Samuel kembali menerjah gegendang telinganya.
“Apa
yang buat awak rasa Tuhan tak dengar apa yang awak doa?” tanya Adam pada
Samuel. Budak lelaki yang baru dikenalinya itu diperhatikan.
Samuel
yang sedang membaca buku di atas katilnya berpaling memandang Adam.Sudah
sebulan mereka berkongsi bilik, tak banyak yang dia tahu tentang Samuel.
“Aku selalu ke gereja pada
hari Ahad sebab itu semua ritual….Paderi cakap, Tuhan tu wujud.Dia selalu
mendengar. Tuhan akan makbulkan doa kita kerana Tuhan berkuasa..”
Adam
menunggu dengan tenang butir bicara Samuel.
“Bila mak dan ayah aku bergaduh aku selalu
berdoa supaya Tuhan satukan mereka…tapi dari hari ke hari keadaan makin teruk.
Ayah aku bawa balik perempuan lain ke rumah. Mak aku jadi pemabuk.Siang malam
dia dengan botol arak. Aku pun dia dah tak pedulikan..Bila ketagihnya semakin
menjadi-jadi, dia hanya minum arak.Makan
pun dia tak
nak. Sampai akhirnya
mak aku jatuh
sakit…waktu tu aku
selalu ke gereja…aku
berdoa dengan sepenuh hati aku
supaya mak aku
sihat, tapi bila
aku balik, mak
dah tak ada. Jasadnya
kaku….Dia pergi tinggalkan aku dengan ayah yang
langsung tak pernah pedulikan
aku…” Samuel terhenti.Menarik nafas berat. Tragis rupanya apa yang
Samuel lalui..Adam diam. Tidak tahu apa yang patut dia ucapkan.
“Jadi….aku rasa Tuhan tak pernah dengar pun
apa yang aku cakap..atau sebenarnya Tuhan tu tak wujud pun..paderi saja mereka
cerita” putus Samuel sebelum menghabiskan ceritanya. Samuel mendekatinya,
menghulurkan sebuah buku mengenai revolusi perancis.
“Apa ni?”tanya Adam pelik.
“Ambil lah, kau baca.
Aku jumpa buku ni dalam perpustakaan rumah aku. Aku pernah cerita kat kau kan
pasal revolusi perancis?”
Adam
angguk.
“Kalau kau nak tahu
England dan Eropah ada zaman feudal dulu. Macam aku sendiri kan ada pangkat
Marquess ayah aku Duke. Kami golongan bangsawan dari dulu lagi. Macam kau lah,
kau kan kerabat di raja di Malaysia. Pangkat
kau Tengku. Tapi…golongan
bangsawan dan paderi-paderi di perancis menindas rakyat. Mereka menyalahgunakan pengaruh
gereja untuk memungut
cukai yang tinggi. Cuba kau fikir, tak ke pelik bila kau
nak bertaubat, kau jumpa paderi dan bayar duit kepada gereja. Tak kanlah Tuhan
tak mampu nak dengar kalau aku minta pengampunan dari Tuhan secara terus? ”
Adam
diam lagi.Berfikir.
“Selepas gereja-gereja
di bakar, golongan aristocrat dan King
Louis serta isterinya di bunuh, barulah perancis membangun seperti
sekarang. Cuba kau ke sana, ada orang yang masih percayakan agama? Tak ada. Kalau adapun
jarang sangat dapat
jumpa. Agama hanya wujud
untuk memecah belahkan
manusia. Kau tengok apa
jadi pada Iran
dan Iraq ? Pada peristwa
9/11 ? Manusia mati hanya kerana mereka
berbeza pendapat mengenai Tuhan
yang mereka sembah ? Kelakar
kan ?”
Adam
mengangguk setuju. Setuju yang sudah ramai mat saleh-mat saleh yang tidak mempercayai
agama. Walaupun mereka mengatakan mereka beragama
Kristian tapi ramai yang sudah tidak ambil
peduli. Samalah macam dia,
katanya Islam tapi apa yang
dia tahu pasal
Islam?
“Lagi satu”
Samuel masih mahu menyambung. Semakin bersemangat bila Adam seperti menerima
apa yang dia beritahu. “Cuba kau fikir,
paderi selalu cakap konsep trinity. Tiga Tuhan. Tuhan, anak Tuhan Jesus dan
Tuhan Semangat Suci. Tiga
tapi satu”
Samuel
ketawa nyaring “England yang ada satu
pemerintah ni pun asyik bergaduh berebut kerusi, ini kan pula kalau ada tiga
president? Kalau Tuhan tu ada tiga, buat apa panggil Tuhan bukan? Sebab ada
yang sama kuat denganNya walaupun ketiga-tiganya dikatakan
satu. Aku tak nampak
macam satu, kalau kata
dua mungkin masih
boleh diterima. Kalau Jesus
dikatakan anak Tuhan, wajarnya Nabi
Adam juga sepatutnya
dikatakan anak Tuhan. Tiada
ayah dan tiada
ibu.Kau setuju dengan
aku ?”
Adam
mengerling pada Samuel, “Agama saya kata
ada satu je Tuhan”
Samuel
diam.
“Agama
awak lagi logik la kalau macam tu. Hmm baca la buku tu baru awak tahu kenapa
saya benci agama.”
Malam
tu Adam berjaga hanya untuk menyudahkan bacaan buku yang diberi oleh Samuel.
Dia tidak nampak kenapa dia perlu membenci agama atau menidakkan kewujudan
Tuhan, tapi apa yang dia nampak ialah penyalahgunaan agama oleh orang-orang yang
tidak bertanggungjawab, salah penganut yang hanya tahu mengikut tanpa
mengkaji dan salah
pemegang kuasa yang
tidak mementingkan kebajikan
masyarakatnya.
Wajah Samuel dikenangnya. Mereka membesar bersama di
Eton College, dari usia 13 tahun hinggalah mereka mencapai usia 18 tahun.
Samuel yang berbadan sasa, bertubuh tinggi dan berambut blonde macam bulu jagung.
Tapi…..dia tetap percaya Tuhan
ada.Tuhan wujud dan Tuhan selalu memerhatikannya. Adam pandang ke langit.
Memerhatikan gugusan bintang satu persatu. Hatinya mula berbicara..
‘Dear
God…I know You do exist even I was confided that you don’t. I need Your help
but I don’t know how to ask for it in a proper way from You…Please guide
me…guide me so that I could find You…Tolonglah
aku Ya Allah…I’m
lost and I need
her..I need You...”
tangannya menepuk-nepuk dadanya. Bagai cuba melepaskan bebanan berat di hatinya.Air
mata bergenang di kelopak matanya.
Dia solat tanpa mengetahui apa
ertinya perbuatan itu. Melakukakannya seperti satu ritual setiap malam atas permintaan daddy nya, atau bila Ariana ada
bersama. Meninggalkan zina bila
dia tahu perbuatan
itu bawa celaka
tapi dia tetap
tidak dapat menahan
rasa bila api
cemburu dan marahnya
menerpa. Adam meraup mukanya
sekali lagi. Penuh
penyesalan.
Angin bertiup laju, membawa udara
sejuk yang mencengkam hingga ke tulang.Adam segera memasuki keretanya.Dia
kembali memandu mengikut kata hatinya hingga sampai di Villa Indah, rumahnya
sendiri.Hampir 5.30 pagi, suasana rumah masih sunyi. Adam baring di sofa ruang
tamu sebelum tertidur di situ….
p/s: dialog2 Samuel Adam tu dikutip dari dialog Eve and my British friends + some European. Cerita attending gereja and paderi pun cerita my Italian friend. Eve just kutip balik whats there in my memory ;)
Sape Rasa Bab 30 Perlu di UP kan ? sila tekan sini .
ER ,
ReplyDeleteyou alwazz make my friday morning beautiful plus arini pun half day keje...dah rase cam nk lompat ke langit...LOL.dari pagi lg ushar2 blog awak...
haha mesti d first to read ni ;p - hald day ni mesti sbb nak blk kg ek? balik kg elok2 ye.. take care.
DeleteArrrrr....suspennya....nk taw lagi....hmmmm kesian Adam kan....huhu.... Best3,,,,,,
ReplyDeletehehehe makin tambah makin suspens kannn > haha. Adam mmg kesian, novel ni in a way Eve try to make people understand rather than judging. semua org pasti ada cerita tersendiri for why they are what they are ;)
Deletethanks fika ! slmt hari raya!
Thankz Kak Evelyn.... So sweet... cnt Wait them 2 get married.. Anyway, Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Dan Batin.. :)
ReplyDeletethanks allice ! Slmt hari raya jg, enjoy ur raya ye !;D
DeleteAkak suka bab selepas ini...... Hahaha... Sepat lagi nk mmbako org......
ReplyDeleteHahahhaha amboi ! Pedihh yg lain dok menunggu - pasni sure ramai apply keje kat KS ni kak.hahaha
DeleteEveeeeeeeeee.....
ReplyDeleteEveeeeeeeeee.....
ReplyDeletelol Mieeraaa ;p why dear ?
DeleteWaa.. I like it. ® xsabo nak beli buku terus ni.. Gud lak evelyn. :)
ReplyDeletethanks anon :D
DeleteAla.. pendek nyer kak evelyn, baru nak feeling2 nie dah la bosan duduk kat ofis... Buku akak bila keluar nyek?
ReplyDeleteNovember Azrina... kene bagi one by one.hehe. lama sangat nak tunggu nov ni. tp tgal 2 bln 15 hari je lagi.
Deletelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................................................................................................... kenapa banyak ni jerrrrrrrrrrr?????????????
ReplyDeleteeveeeee! mana lagiiiiiiii????????????
hahha bab 29 takat ni je you... ;p
Deletebab ni bukan bab kosong bila dah masuk pasal revolusi perancis. sejarah tu! hehehe. eve, tak pernah saya sembang serius pasal hal-hal gini dgn my friends. awak buat saya rasa.. err.. tak tau nak cakap macam mana. impressed.
ReplyDeletehihi nurul, sometimes mcm2 keluar bila sembang ni nurul. kalau jumpa boleh kita lepak Coasta Coffee and chit chat isu2 macam ni sambil hirup Vanilla Latte ;p
DeleteYeay.... ada new entry today.... Kenapa cinonit jer? Tamak tul!
ReplyDeleteTWB akan di update di blog sampai chapter ker berapa? Sbb nak menunggu bulan Oct/Nov adalah satu penantian yg amat panjang... Ceewaah.... puitis lak!
Slmt Hari Raya....
tengah berkira ni aunty..maybe 30. Maybe...anyway selamat hari raya ;)
Deleteowhhh pls eve. i need more.
ReplyDeletedear god pls help adam to find his eve...
sian adam...soobb soobbb
haha kak ayu ! ouch, eve aminkan jg ye ;)
DeleteAkak, dialog akak dgn kwn britian akak tu best sgt, akak ni mesti well educated. Dari gaya bahasa dah tau. Hehe.tak saba nak beli novel ni bila dah publish. Goodluck akak, i really enjoy reading your novel.
ReplyDeleteSelamat hari raya akak eve =)
isk tade lah well educated sangat anon, biasa2 je ;) thanks anon, doakan things goes well :)
DeleteSelamat Hari Raya jg :)
Selamat hari raya eve. Well.... Still x puas with TWB.... Hehehe
ReplyDeletehahaha OMG - perlukah di upkan bab 30 ? lol
DeleteWell the answer is a big YES....... Right now i am wishing that i could read the whole chapter. Wish that TWB novel production would be faster.........
Deletebaru terklik bila bace part dialog ngan samuel - ingat dgn cara Karya Lepak menulis.
ReplyDeletesipi-sipi je tapi byk terselit ilmu.
karya lepak ? yes, kak ayu did introduce me to that blog last week. like her writing too Evian ;) - share apa yg ada je...tak byk ilmu sgt pun.
Deletewah, wah. Nice bab. Tak sabar mnunggu bab seterusnya. Bertambah suspen :'D
ReplyDeleteAnyway, selamat hari raya.... Maaf zahir dan batin. Gud luck kak Eve!
wah, wah. Nice bab. Tak sabar mnunggu bab seterusnya. Bertambah suspen :'D
ReplyDeleteAnyway, selamat hari raya.... Maaf zahir dan batin. Gud luck kak Eve!
haha bertambah suspens ye ? TWB ni asik suspens jek.lol.
DeleteThanks Reen and Slm Raya ! :)
Ala eve...pndek nyer...nk pnjg lg bleh x??hehe....waiting 4 bab 30..
ReplyDeletehaha is thinking either i shud update sampai ke 30 or not. ;p
Deleteala pendek yer heheheh
ReplyDeletehehe terasa pendek sbb half le ni ;p
Deletependek tapi puas hati...x sabar nak tau kisah selanjutnya...bab agama tu...memang betul juga....sy beragama christian protestant...dan saya akui memang betul sejarah itu...sabab itu wujud christian protestant(memprotes agama christian Roman Catholic)...tp saya x berani nak kupas lebih dalam lg takut menyinggung mana2 pihak...hehehe...apapun thanks eve...SELAMAT HARI RAYA
ReplyDeletelol Eve suka cakap2 dgn kawan2 kat sana. we are very open in many issues...actually about trinity concept tu pun ada different perspective. Muslim in UK can work well with Christian there ;) - as long as we still pay a good respect with each others. Selalu je they attend Islamic Soc's talk and mosque + church made an event together to bring the local under one roof with love and peace.
DeleteThanks Emmy for the greeting ;D !
ya...betul tu...di sana pun sama jugak dgn di tmpt kita...sebab itu negara kita ni aman sampai sekarang...1 Malaysia...yeah!!! ..x sabar nak dapatkan TWB versi cetak...eve nak update TWB sampi bab berapa ek... susah hati kalau eve berhenti awal update TWB...bln oct/nov tu terlalu lama nak tunggu novel ni publish...
Deletelol yup2 1Malaysia kan emmyline ;D
DeleteBtw,im Roman Catholic..i admit we do have mistakes in the past but now we're different...so do understand dat my frens n i are offended n emmy,understand that Roman Catholic is the one true church divinely founded by Jesus Christ.
DeleteP.S i luv ur stories miss evelyn..very much n i love ariana n adam 2gether and throughout their stories but the part about the holy trinity is not to me and many christians liking...do understand that this part is ver offensive to christians..
1malaysia mmg 1malaysia tp kena jaga sensitiviti agama cik eve.. sy mmg suka sgt karya awk ni cuma teroffend sgt suda bila baca bab holy trinity. agree ngan katherine, it is very offensiveto us r.c. mmg la dulu paderi r.c slhguna kuasa.tp skrg xda yg mcm ni. klau ada itu bkn slh agama. itu slh penganutnya ambik kesempatn atas nama agama. hai sedih pulak jmpa isu ni kat dlm novel fav sy... dhla msia sedang 'perang' kalimah Allah. anyway this is just from thought as a person who believe in God
DeleteMimpi jew?....salam aidilfitri
ReplyDeletemimpi ajee ;p salam aidilfitri :)
DeleteX penah ceria bila masa tunggu cuci kete.. but today senyum je tgk org tu cuci coz kite dok lyn bc twb.. hihihi.. best eve cite ni... akan tetap bsabar tggu novel... selamat hari raya eve & semua friends twb. Mntk maap ye eve coz asyik mintak2 new n3 je.. hihihi..
ReplyDeletehahaha jangan sengih sorg2 kak, nnti abang cuci kereta kata akak angau ;p
Deletesabar yeee tunggu , paling banyak leh up bab 30 or 31 ni ;p
Alhamdulillah. Pls find ur own way Adam.. Jgn main ikut2 je. Cemana nak jd imam Rose nnt?
ReplyDeleteAnyway, Selamat Hari Raya Eve! :)
hehe Adam qualify ke nak jadi imam rose nnti ni ? - kene fgure it dalam novel.;p
DeleteSalam Raya Hajar ! ;D
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. X sabarnye nk tunggu bulan nov beli novel TWB.
ReplyDeletecounting d days linda ;) - tgal 2 setengah bln jek lg.hehe
DeleteJek? Uwaa..
DeleteAlaaa cepat lah Adam cari Ariana. Cepat lah bulan nov. Aku menunggu mu dengan sabar kehkeh
ReplyDeletehehehhe, kesian Adam dok mencari Ariana.... ;p
DeleteAwesome!!!
ReplyDeleteHai, Adam sayang, go find and your love! I'm sure that Ariana akan accept you as you are. So come on! Sambung please kak Eve, love yah! :)
ReplyDeleteupdate ler..update ler bab 30..plzzzzzz hehehe..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA, Eve.. Maaf sebab selalu mendesak for new N3.. tapi memangpun nak mintak lagi ni..Lepas raya nanti update lagi new entry yer.. hehehe.. sayang Eve.. tapi lagi saayang kat Adam & Ariana.. gonna miss them.. sbb cuti raya msti Eve lambat update.. so send my regard + hugs + kisses to both of them.. (hehehe.. dah mcm org tak betol gayanya..) <3 MAAF ZAHIR BATIN.
ReplyDeleteWow! I truly love history! But, farah tak pernah realize yang kesan dia sampai jadi macam ni. Thanks kak evelyn, your post did teach me something. Something that maybe i'll never experience.
ReplyDeleteselamat hari raya
ReplyDeletemaaf zahir dan batin
nk n3 baru lepas raya....... huhuhuuuuu
waiting for the bookss...
ReplyDeleteTQ Eve, kotakan janji :)
ReplyDeleteRsa mcm cinonet ja sbb dah baca 29 half n this is another half...hupload ja ep tiga ploh tu dear...rsanya weols semua ni da meroyan la Eve kalau nk tunggu Nov...pls hupload more!!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Lebaran Eve,
ReplyDeleteHari ni baru sempat jenguk blog awak. Bab 29 (full)best, I Like...
Bab 30, of course nak. Rasanyer bila boleh up kan, x sabar nih.. thanks dear
slmt ari raya dek maap kalu akak ade terlebih komen ye dek!bile nak sambung ne dek akak dah rindu sngt kat Adam n Ariana...jgn off lama2 lah dek pleaseeeeeeeee.
ReplyDeleteslmt hari raya!
ReplyDeletehmm.. rindu sgt kat adam n ariana.. cpt lh smbung Eve...
jedag jedug dh ne nk tau slnjutny... (^_^)
salam syawal ER..walaupun lewat bc namun sgt2 puas hati coz ada n3 baru(tp nk lg bley) coz rsa lamanya nk tggu nov..saborlahhhh hati ini!!! kak suka sgt2..andai ER nk upload lg...kecik tapak tgn,perairan sg perak kak tadahkan!!
ReplyDeletesalam syawal ER..walaupun lewat bc namun sgt2 puas hati coz ada n3 baru(tp nk lg bley) coz rsa lamanya nk tggu nov..saborlahhhh hati ini!!! kak suka sgt2..andai ER nk upload lg...kecik tapak tgn,perairan sg perak kak tadahkan!!
ReplyDeleteSalam Aidilfitri utk semua....mana Ariana & Adam ni....tak muncul2 lg...beraya sakan ye....
ReplyDeleteselamat hari raya semua... eve up la cepat2 bab 30... dah rindu sgt ni kat my adam...
ReplyDeletesalam aidilfitri semua....x sabar nk tggu bab 30.... asyik ingt adam aje...daku adalah rose :p kekeke
ReplyDeleteAlahhh..xkn smpai 30@31 je..nk lbh..cmne ariana n Adam jmp nti...kawen ke diaorg...nk lgggg..plz
ReplyDeleteeve... lamanye adam n ariani cuti raya? ke diorg smbg cuti kawen? lol!
ReplyDeleteEve sayang bla nk upload entry baru:(
ReplyDeleteMeroyan tggu^^
Hehehehe!!!
mano dak eve ni poie ni????? uwaaaaaaaa
ReplyDeleteassalamualaikum wbt.
ReplyDeleteeve, saya habiskan baca 30 episod dalam satu malam. ehehe.
hoping for 30 :)
hai eve...nice sotry love it so much by de way this story dh publish ke???bila ya?i just can't wait to buy this book..good job..
ReplyDeleteHm..suke ada knowledge yg cam ni x de la ksong bila bc novel
ReplyDeleteSory .. nk tnye novel ni da di buku kn ke ? Kalau da plezz email kt sy syarifah_farhana@rocketmail.com .. thanks
ReplyDeleteha..br terfound this novel.esk br nk kuar cr.harap2 still exist kt pasaran.
ReplyDeletewell gud job eve...
Dah beli buku ni kat MPH... baru habis baca sepanjang malam. Can't stop, I love it very much, ....really awesome. Good job... I am looking forward to own your next output... keep it up.
ReplyDeleteDah beli buku ni kat MPH... baru habis baca sepanjang malam. Can't stop, I love it very much, ....really awesome. Good job... I am looking forward to own your next output... keep it up.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete