Bab 29 Part 1


Assalamualaikum wbt, 

Salam Ramadhan lovely ladies ! ;)  As promised bab 29 and part 1. hehe. Penatnye rasa... ;) Raya tinggal  8 hari je kan lagi ? So Selamat Hari Raya jugalah =) 

And all news pasal TWB , teaser check on here :- The Wedding Breaker Page 
---------------------------------------------

Part 1 

8 Mei …10.30 malam

Adam masih mencari Ariana Rose, dia ke apartmentnya di Putri Palma sekali lagi. Mundar-mandir menunggu Ariana di hadapan rumahnya, tapi Ariana tetap tidak muncul.Sudah berjam dia di situ, bayang Ariana pun  tidak  kelihatan. Hilmi yang berjaga di kawasan pejabat Ariana juga menyatakan perkara yang sama. Ariana tidak ke pejabat. Dolman yang menunggu di rumah waris terdekat Ariana yang  diperolehi  daripada  rekod  di  tempat  Ariana  bekerja  juga memberikan keputusan yang sama. Ariana tiada  di  sana. 

Ke mana Ariana menghilang? Takutkah Ariana padanya? Sampaikan dia pergi sehelai sepinggang?

Kalau ikutkan akal yang waras pastilah Ariana takut dan bencikan dia setelah apa yang dia cuba lakukan pada Ariana. Tapi Ariana tidak tahu apa perasaannya yang sebenar dan apa yang benar-benar berlaku tempoh hari. Dia mahu jadikan Ariana hak miliknya yang kekal, yang sah pada pandangan Ariana dan masyarakat  setempat. Perkahwinan.

‘But it’s too late now when she is gone. Too late Adam to win her trust and heart again…’ hati kecilnya berbisik sesal.

Perkarangan Putri Palma Condominium ditinggalkannya. Dia mahu ke kelab, cuba melupakan kesedihan di hatinya dan desakan jiwanya untuk mencari Ariana dan memberitahu isi hatinya,niatnya. Hilmi dan Dolman serta beberapa orang upahan mereka sudah mencari Ariana di merata tempat tapi tiada.Adam sudah buntu mana lagi dia mahu mencari Ariana. Jiwanya bagai di gam pada gadis itu. Ariana bagai magnet pada Adam.Magnet kekal.

Senyuman Ariana…sifatnya yang penyayang…Jiwanya yang kuat…Ariana lain. Lain dari yang lain. Hanya ada satu dalam berjuta.Adam mengukir senyum bila terbayangkan wajah yang dirindui.Saat mereka di Pusat Latihan Kanak-Kanak Kurang Upaya  Ampang, ditemani kanak-kanak yang comel.Hatinya merintih lagi, merintih kerana terlalu rindu.

“I will find you Ariana!” laung Adam kuat. Pedal minyak ditekan pada masa yang sama. Melepaskan geram di hati.  Sudah  berminggu  dia  tidak  menyentuh  arak ,  tidak  menyentuh  perempuan  dan  tidak  ke  kelab.  Ariana  sudah  cukup  untuk  mengisi  kekosongan  di  hatinya.  Bila  gadis  itu menghilang  kekosongan  itu  menerjah  kembali. Ferrari  Spider  laju membelah malam menuju ke kelab malam yang sesak dengan manusia di malam minggu seperti itu. Itulah  cara  yang  selalu  dia  gunakan  untuk  melupakan  masalah  duniawinya. Dia  mula  kembali  ke  cara  hidup  lama. 

Usai pintu kelab di buka, bergema bunyi muzik yang kuat. Bingit. Suasana yang malap disimbahi lampu-lampu hijau dan merah yang berselang seli. Adam membelah lautan manusia yang sedang leka menari, ada yang sudah mabuk dek meneguk air setan. Dia duduk di kerusi paling hujung, cuba mencari privasi. Sebotol arak jenama Cocoroco dipesannya. Jarang  dia  minum  Cocoroco. Sejenis arak yang diperbuat daripada tebu dan berasal dari Bolivian dan lebih terkenal di Amarika Latin. Arak yang paling tinggi kandungan alkoholnya itu fikirnya paling mampu untuk menghilangkan perasaan yang menyenakkan dadanya kini.

Seorang  pelayan  lelaki  datang  menatang  dulang  dengan  botol  arak. Diletakkan  ke  atas meja  Adam  sebelum  berlalu  pergi.

Adam menyandarkan badannya pada sofa. Matanya meliar memerhatikan sekelilingnya. Masing-masing  tenggelam  dalam  dunia  mereka  sendiri. Lelaki  dan  perempuan. Semuanya asyik menari, atau bersenda gurau sesama mereka.Mereka pun seperti dia, samada mahu melupakan masalah atau sengaja mencari keseronokan setelah penat bekerja.

Will I find Ariana if I stay here? Drunk? The next day when I woke up, she is still stuck in my mind….I can’t be this way. Mabuk tak kan menyelesaikan masalah!’Hatinya berbisik lagi. Mula ragu dengan norma kehidupannya.

Adam bangun, mahu meninggalkan tempat yang lebih menyesakkan kepalanya itu.Tapi pinggangnya dirangkul dari tepi.

“Sayang….!” suara galak seorang perempuan mengejutkan Adam. Dia berpaling memandang siapa empunya diri.

Sophie.

Sophie yang asyik menelefonnya dari semalam tapi sengaja dia tidak menjawab.Gadis itu menghadiahkan senyuman menggoda padanya.Gadis? Dia pun tidak pasti masih  gadis  lagi  atau tidak. Sejak kembali menemui Ariana dia hilang minat terhadap perempuan lain. Zatty  adalah  perempuan  terakhir  yang  disentuhnya  itupun  dalam  bayangan  Ariana. Gila. Sampai  begitu  sekali  penangan  Ariana  padanya.

‘ Argh, Ariana!!! ’ suara  hatinya  kuat  melaungkan  nama  Ariana. Rambutnya  diramas. Langsung  tidak  mempedulikan  Sophie  yang  masih  berada  di  hadapannya.

Adam ? Are  you  okay ? ” soal  Sophie  seraya  tangannya  melingkar  di  pinggang  Adam.

I’m  okay” balas  Adam  sambil  tangannya  menguis  tangan  Sophie. Wajah  Sophie  dipandangnya. “ What are you doing here?”

Looking for FUN…You  look  vexed  dear, I  can  cool  you  down...” Sophie sudah mula memeluknya dari depan. Menggeselkan badannya macam kucing parsi, dengan bajunya yang sendat menampakkan lurah yang tidak sepatutnya, mana-mana  lelaki  pun  pasti  akan  kalah. Tapi  tidak  bagi Adam. Tidak  untuk  kali  ini. Adam  mula  rimas. Dia  mahukan  ketenangan bukan  hiburan.

‘Stop all this Adam. This is not what you want’ suara hatinya berbisik lagi.

Pelukan Sophie dileraikan, “Sophie, I need to go.

What’s wrong with you Adam? I called you tak angkat. Semua  orang  tahu  we  were  together ! Now you are running away from me!” bentak Sophie tak puas hati. Malam tu kemain Adam layan dia, macam pasangan kekasih. Semua orang dah tahu dia dengan Adam pada majlis mengumpul dana di Palace of The Golden Horses, tapi lepas malam tu Adam buat hal. Menyakitkan hati betul!

Sorry Sophie…I’m sorry but there is nothing going on between us. We  never  been  together  by  the  way. Enjoy your night ” Adam terus meninggalkan Sophie yang masih terkebil-kebil memandangnya pergi.

“Adam!” laung Sophie.Adam tetap melangkah keluar tanpa mempedulikan panggilan Sophie.Memang dia sengaja mengajak Sophie menemaninya ke majlis tempoh hari, mahu mencabar pesaingnya Ramzul tapi tak sangka rupanya Ramzul yang berjaya meramas sekeping hatinya hingga lumat.Sakit.Pedih bila melihat Ariana bersama Ramzul dan Liyana.Momen indah mereka hanya tinggal kenangan…tapi dia tidak mahu membuat tekaan melulu lagi. Dia sendiri pun tidak pasti apa hubungan mereka dan jelas Harith yang membawa Ariana ke sana. Kalaupun Ariana tali barut Ramzul, dia rela. Asalkan Ariana bersama dengannya…menjadi hak miliknya yang kekal…

Tidak tahu ke mana lagi dia mahu pergi, Adam memandu tanpa arah tujuan. Mengikut kata hatinya yang terasa kosong, di awangan…hambar.

* * * * * * * *

9 Mei…..2.30 a.m…

Suasana rumah masih lagi riuh dengan bunyi sanak saudara berbual dan bergurau senda walaupun hari sudah lewat malam. Ariana masih dalam pakaian pengantin, berbaju kurung putih dari  kain  lace menunggu suaminya di dalam bilik pengantin. Biliknya di Kelantan.

Pintu kamar dibuka.Seorang lelaki memasuki bilik, dia tahu itu suaminya walaupun wajahnya tidak jelas.Juga berbaju melayu putih, santai tanpa sampin.Suaminya menghampiri katil, memegang bahunya dan mencium dahinya penuh kasih dan keikhlasan.Ariana menyalami tangan suaminya penuh hormat.

“Kita solat dulu” ajak suaminya.Mereka mengambil wuduk.

Suaminya menghamparkan sejadah di sisi katil.Mereka berjemaah untuk Isya’ dan solat sunat  malam  pengantin. Sama-sama  menadah  tangan  untuk  mengaminkan  doa  yang  dibacakan  oleh  suaminya. Suara  suaminya  bergema  dicorong  telinganya. Kedengaran  tenang  dan  ikhlas;

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami memohon,  Kau  rahmatilah perkahwinan ini Ya Allah... semoga ianya penuh dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya.Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Perancangan  Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada kami ya Allah, anak-anak kami kelak ya Allah dan semua yang berada di sekeliling kami.Kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini ya Allah.Semoga perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kami serta eratkan hubungan kami sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Saidatina Khadijah.

Ya Allah, satukalah kami dalam inayah dan barakahMu.Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu sentiasa ya Allah. Amin…Amin ya rabbul alamin…

Terharu Ariana mendengarnya. Usai mengaminkan doa suaminya berpaling, menghulurkan tangan untuk bersalaman. Wajah suaminya kelihatan jelas di matanya kini.

Adam.

Tengku Adam Kamil.



 (bersambung.... )


Want More --> 

Comments

  1. wuwuwu..x sabar nk baca full..time ni dato adam tau x yg ariana is3 die yer??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eve..saya dah buat keputusan...tak nak baca tunggu dah teaser or ape2 bab lagi..nak baca the whole novel lagi puas hati....tunggu mcm ni menyeksakan diri je sebab asyik duk teringat kat Adam & Ariana..huhuk

      Delete
    2. Rasa2nya pun nak buat mcm tu fidd... dah nak stop meroyan anggau bc sikit2. Nak tekad tunggu printed novel je... tp boleh ke??? Iskh.. iskh.. iskhhhhh... delimaaa

      Delete
    3. wahaaa sungguh kuat penangan Adam kat Fidd and Kak Norana. kalau dapat kuarkan novel terus dah lama eve buat.lol.Bleh la peluk2, flip2 semua.hehe.My dad siap tanya lagi tak mo publish sendiri ke? hahaha. OMG lah my ayah ni.

      Delete
    4. Briliant idea dad... publish sendiri je la eve.. sure meletop d pasaran.. kita tlg promotekan ye...

      Delete
    5. Ahaks..masuk sini nak jenguk kejap je tau...

      Betul tu...saya sgt setuju dgn cadangan ayah eve tu...publish sendiri mesti dpt jimat kos & untung boleh kaut sorang2..kekekeh

      Delete
  2. alalalala~~pendeknya~~ nak lagi~ serius xsabar nak tggu TWB ni publish~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe insyaAllah pejam celik pejam celik keluar la novel tu ;p

      Delete
    2. hope so~~~ :D memang terbaik la akak~ :D keep it up~ :D :D :D

      Delete
    3. lol thanks Aya! ;D - u all mmg d best la, support mcm ni terasa mcm nak menulis lagi jek nih padahal hati degup degap dah nak kene baca journals.haha

      Delete
  3. kesiannya adam hilang punca ...rasanya ariana mimpi nikah nge adam kann... sbb majlis diorng spatutnya bulan 8.. betul tak?? tp nape pendek sangt deae eve.. tak puas la...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jawapan di ada dalam part 2 ;p
      pendek sbb...eve is dragging time.lol.

      Delete
    2. Ofcourse la mmpi sharifah muda... kan adam bru kuar club 8mei... mimpi yg bg clue pd ariana terang2an... eve mmg suka dera jiwa raga kitaorg tau...

      Delete
    3. ceewah kak norana dah analisa elok dah tu ;p
      lama jg tu kak Nov,no choice kne bagi sikit2.ampunss ~

      Delete
  4. Nak lagi... Tak sabar nak baca full version..... Akhirnya dia org kawin jugakkk hehehehe, nak tahu juga reaksi ariana apabila tahu adam adalah suaminyerrr :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep full version lagi better sbb u can flip2 d page.hehe.

      Delete
  5. aik tak kan cepat sangat majlis kahwin tu...adakah ianya hanya mimpi???oooo tidak...kenapa cepat sangat.. 8 mei 1030 pm to 9 mei 2.30 am. apa sebenarnya yg dah berlaku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje je kan Eve bagi suspicious. lol

      Delete
    2. terdera i tau...huhu

      Delete
    3. Hihi ouch! banyak org terdera ni. ampunss, ari raya kita salam2 ek.hehe

      Delete
    4. eve... bila nak update ni....

      Delete
  6. waa! x sabar nya nak tunggu versi cetak kluar... time tu boleh lah peluk TWB ketad2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dapat novel u buka page belakang terus hhahaha ;p

      Delete
    2. ai kalau beli novel pun mesti terus bukak page last sekali sb nak tau ending cerita and hero and heroin bersama siapa..lepas tu baru bace bab first..hehehe..

      Delete
  7. mimpi kot...huhuhu...syukur la kalau ianya cuma mimpi ariana

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. nnti hadiah raya ye suesue ;)

      Delete
    2. aduyai...mmg ER buat kami meroyan lah!!! Sure nanti all TWB lovers asik refresh TWB page ja...owwwemgeeeeee...haha

      Delete
    3. haha aduhai, and yet eve update awal dari promised lol

      Delete
  9. GOSH!!!
    It's really fun n' exiting!!!
    Eve arigato gozaimas!!!!
    Please post next entry A.S.A.P.!!!
    Hahahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiii farra ! thanks babe, insyaAllah part 2 is coming soon ;))

      Delete
    2. tungguu ye :) raya nnti.hadiah raya, nak kasi biskut tak sampai ;p

      Delete
  10. ni mesti ariana mimpi ni kan..tak kan cepat sangat pulak dorang kawen..
    eve, nak tanye..semua TWB berapa bab eh? tebal tak novel tu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm tak sure la plak bila dijadikan novel dia jadi berapa page. but for sure tak setebal Harry potter.hehe. nnti bila penerbit dah gtau berapa page Eve let u know ye nora ;)

      Delete
    2. ok...kalau tebal lagi bagus..tak nak pendek sangat..hehehe..

      Delete
    3. sedang2 la rasanya novel ni. kalau mks words sama dgn mks novel dalam 600 cgtu.hehe

      Delete
  11. Cepat la terbitkn akak... Saya dh tak sabar nak baca ehe ;-)

    ReplyDelete
  12. Gosh! Can't wait. Like seriously. And this story mmg dah takkan
    disambung dekat blog ke? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sambung2, but kalau nak teaser lebih2 tu ada kat page or group ;p

      Delete
  13. Saje je kan.. Huhuhuhu.. Ai xsabo tgu part. Adam tau ariana tu bakal isteri dia ;)
    Mesti adam teruja! ;p
    Lg st, I'm glad adam leh bpikir dgn btul ms dkt kelab tu ok.. Well done datuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam comel giler masa dia tahu - oppss spoil sikit ;p

      Delete
  14. ahhhh!! what a teaser....

    ReplyDelete
  15. Ohhh Adam, akn ku pelok mu ketat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak eppy, org KS bleh pelok awal ! tak acii ;p

      Delete
  16. Uwaaa want more keke
    Cpt2 nk bce vers buku lak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol versi buku Nov...tpaksala eve kasi ciput2.hehe

      Delete
  17. gile rindu.. rasa nak lagi ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak apa rinsya??? sambungan part malam ehem2 ke???notty girl

      Delete
    2. Oppss Oppss zm dont notty2.hahaha

      Rinsya : tetiba eve pun rindu sama itu Adam. Lagi rindu bila dah part blkg2 novel :p

      Delete
  18. Kejamnya Eve...buat kitaorang sesak nafas je baca n3 yg tergantung ni! huuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kejam tp pendera perasaan, jiwa raga dan buat kita bagai bernafas dlm lumpur... huhuhu...

      Delete
    2. Kannn? Hahahaha

      Delete
    3. OMG dianye effect mcm tengok citer WANTED. lol.

      Delete
  19. Alaaaaaa~ Kasi lah full entry. Seksa tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe exercise jantung Zee ;p

      Delete
    2. Dah terlebih exercise dah ne. Nak before raya boleh tak? Time raya, Eve bagi lah kitorang angpau yang sebenar :p

      Delete
    3. amboi Zee, dedua you nak ye ;p

      Delete
    4. memanglah kak eve nie...novel nie lain mcm dr yg lain,....gud luck akak..klau publish mst meletop sakan...

      Delete
  20. yeayy ada n3.. fuhh nasib baik TAK blh berpikir ngan bijak. Sophie get lost dear!!
    part ariana rose tu dia mimpi kan.. okeylah tu mimpi kekasih hati.. hehheheee

    Eve part2 bile lak nak up? nanti akan post smp berapa chapter kat blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn 30 0r 31..31 tu limit la tu.hehe.

      Eve yg menulis TWB pun turut sama meluat dgn Sophie.hehe

      Delete
  21. ni mimpi yek?cepat sgt plak diorg kawin...

    ReplyDelete
  22. bile nk post part 2 plak??

    ReplyDelete
  23. x sabar nye part 2..

    ReplyDelete
  24. nie mmpi ptnjuk yg adam bkl suami dia kn..xkn cpt sgt kot da kwin mst mmpi nie..yg dibenci la jdi suami dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu org tua2 kata, jangan terlebih benci nnti jadi cinta ;p

      Delete
  25. I've been waiting for days for Chap 29 to be updated... And when I'm away for a while, there it is....

    Best gilos.... Same like the rest, rasanya Ariana dpt petunjuk di dlm mimpi setelah melakukan sembahyang istiharah....

    Kesian Adam... Tulah, dulu ego melangit... Kan dah kena tinggal, pandai lak merana merintih...

    Anyway, cepat2 ler buku diterbitkan... mmg kebiasaanku, page belakang is my 1st option... Then baru page depan... Hihihi... ingatkan ku sorang jer yg buat, rupanya ramai pembaca camtu gak.... Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol saje jek eve nak aunty tak a rest dulu ;) hehe. padan muka Adam kan, org mcm dia ni mmg kena kasi ajar dlu sikit.hehe.

      Eve pun mmg flip ke blkg terus. kalau happy ending baru baca.haha

      Delete
  26. edisi gesel mngesel... nyampah btul ngan kuceng miang tu... please la.... ikat dlm gundi baru taw.. kcian my baby boy.... siapa punya angkara ni yg suka seksa jiwa dia.... hahaha
    xsabar nak gi kenduri kawen adam.... tq eve.... love u....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapiiiiiiiiiiiii nanti kalo adam dah tawen, dah xleh jdi World's Most Eligible Bachelor... awww love is ouch

      Delete
    2. Amboiiiiii. Haha. Kemain lg ye. :p

      Delete
    3. haha tu la kan hajar, kemain lagi ZM kita ni. tape zm ada 3 lagi tempat kosong :p

      Delete
  27. Part 2 please kalau boleh the novel sekali kluar esok...... Ahaha... Mmg dh x sbr dh skg nyeh

    ReplyDelete
  28. best...x sbr nk tggu nvel nie kuar...cpt2 smbg part 2...sweet la ariana ngan adam 2...hehehe

    ReplyDelete
  29. part 2 please.. nak thu reaksi ariana bla tahu adam suami dea..cpat2 upload...bab 30 please(heheh bg betih nak paha)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seb baik u cakap dlu peribahasa tu ;p kalau tak i dah quote dah tadi.hehe

      Delete
  30. duhh, tak sabar nak tunggu part two!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar itu separuh daripada imaan hehe so kita kasi latihan sabar sikit :p

      Delete
  31. we want more...we want more..

    ReplyDelete
  32. Eve, nak laagiii.. teeheeheee... totally love this chap. btw, when will the book be launched? definitely will get one!

    ~J.K~

    ReplyDelete
    Replies
    1. me tooooooooooooooooooooo.....

      Delete
    2. November ni JK ;p isnyaAllah thanks for liking TWB JK and anon :))

      Delete
  33. msti Ariana mmpi je tue......... =)

    ReplyDelete
  34. hah???apa dh jadi suspen betul... part 2 plisssssssssssss

    ReplyDelete
  35. Emm, adakah itu mimpi kpd jwpn istikharah Ariana?

    Adam ni rupanya masih x mampu nk menahan godaan. Ish ish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol bleh la tu pelan2 kayuh. seb baik dia kuar balik.hehe

      Delete
  36. jeng..jeng... jeng... ini betul-2 ke atau cubaan Eve. Suspen tau, rasanyer bila nk sambung part 2. X sabar-sabar nak tahu kisah selanjutnya.

    Eve, PMS dh nk kuar minggu dpn. So TWB bila pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TWB November Has, baca PMS sampi lunyai dlu...pastu baru baca TWB ;p

      Part 2 mlm raya - agendanya gtu ler ;)

      Delete
  37. Eve!!!! timakaseh utk n3 yg melibang libunya jiwa kak ni...tak sabar sgt222 nk beli versi cetak!!! bulan nov kan..tak bley cepatkan ke sept ke? saborr...saborlah duhaii hatiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Encik KS kata tak bulehh kak aminah.lo. tungguu ye...rindu lama2 ni tambah sayang biasa.hehe

      Delete
  38. Warghhh ...!!! Want more ! Siryes dah angau menunggu novel ni terbit. Bila full bab ni? hahaha suke3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. full bab kat sini patut 28 jek, haih ni dah jadi 29 ni.hahaha.korang la ni asik minta.hahaha, but maybe paling bleh up sampai 30 or 31 , kt tengok cane ye.

      Delete
  39. Amboi Adam dh insaf lh he he

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. bila nak update bab 29 part 2 ni?...td error typo

    ReplyDelete
  42. adryana_91

    wow..mmg saspen btul la..x sbar nak tggu TWB jd one of my collection..
    sambung la lg...hehe..tak sabo bebenor dh nie.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha adryana, nak tgu 2 bulan lg ni. tgok ye sampai mana bleh up ni

      Delete
  43. Tq eve. Wp agak pendek namun berbaloi sgt2. X sabar menanti fullnya....... Cepat2 yer, dh nk raya ni. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  44. cepat sambung ye......

    ReplyDelete
  45. i want morrreeeee...:)

    ReplyDelete
  46. Bestnye, nk lagi!!!! Kak Eve cepat2 lah upload part2 punye. plz.......

    ReplyDelete
  47. We want more...we want more....we want more

    Farra

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tetiba rasa mcm dok dalam padang bola sepak.

      Delete
  48. Eve, awat pendek sgt.,, u wat i tdo x lena tauuuu....

    ReplyDelete
  49. I rase nk cubit2 je u ni tauuuu... Hikhikhikhikkkk, noti tau dera we all gtuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa ouch tdo lena sbb TWB pendek ke sbb mimpikan Tg Adam ni....;p

      Delete
  50. ariana mimpi... mimpi adam... kn.. pasto ariana xnk pcaya mimpi.. sbb still igt ngn kata2 adam.. hehehe pndai2 je teka.. :P

    ReplyDelete
  51. Want more..want more...best...tak sabar utk memiliki naskah novel TWB ni nanti.. ;)

    ReplyDelete
  52. nak lagi...! bila nk terbitkan???

    ReplyDelete
  53. mesti mimpi ni cause they suppose to get married somewhere in august right? tp mimpi tu memang real kan? hish...x sabar nak tunggu bulan 11 ni utk baca full TWB...

    sambil2 tu, cik writer....nak request lagi new entry boleh tak?...please....sempena hari raya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha i had guessed it hasnah ;p - dah up dah bab 29 full version. haip mesti nak 30 plak ni..kan? kan? hahaha

      Delete
  54. Kalau Ariana still taknak percaya mimpi tu sbb dia asyik ingat kata2 Adam, dia takboleh lari dah sbb diorang mmg ada jodoh. Lari je camna pon still besama gak nanti. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch u mmg sangat memahami syaza lol ;D

      Delete
    2. Hee biasala cik Eve. TWB melekat di hati cewah haha. Anyway, taksabar tunggu novel ni keluar dalam versi cetak. Bulan Nov kan? Or maybe dah di awalkan lagi?

      Delete
  55. oowwhh..u r such a teaser la eve... sakit jantung la i mcm ni. nk kena tunggu raya lak tu. mcm tunggu pengumuman raya la pulak. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Eve mencelah dlu dari Tuan Agong. Belum sempat Agong wat pengemuman Eve dah up dah entry baru.hehe

      Delete
  56. ala.. x puas baca... sambung la lg... :)

    ReplyDelete
  57. wah byknyer speku!!!kiter nk relax la dulu,nk baca full bab 29 ni
    mmg x puas bc pon..Adam dh tersungkur kan..cian dia
    I luv so much this couple mmg awesome!adam yg garang,ego & degil bersama Ariana yg cantik tp brainy!!perfect match..nk tuju lagu utk Adam...love hurts..hehe
    utk Ariana pulak ..my love will go on..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sesuai sangat lagu love hurts tu kat Adam, Sal. hehe.

      Delete
  58. eee tak sabar nak tunggu 2 part plak...

    ReplyDelete
  59. br nak feeling alih2 tebantut la plak... pape pn best la x sabar nk tggu n3 br....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha i know that feeling but cant help it iezz ! its all about time dear ;p

      Delete
  60. omo, bila keluar printed version? rasa mcm xsempat jeh nak baca nanti, bulan 9 dah fly :(

    ReplyDelete
  61. bila nak tambah episod ni? berapa kali dah ulang tayang baca episod ni.. huhuhu....upload la lagi... upload la lagi....

    ReplyDelete
  62. nak part 2, nak part 2 , nak part 222222222222222222222222 . haha

    ReplyDelete
  63. part 2 before raya x leh ke??hikhikhik.biar lah mlm raya muka berseri2(mcm muka menang anugerah jer-ahaks) after bace TWB. Oh! MashaAllah (OMA) teruk betul penangan TWB....

    ReplyDelete
  64. ER : nak tanya apsal facebook TWB dah jd closed group...before ni ok jer..atau pun saya yg tak ok?ahaks..

    ReplyDelete
  65. lau da wt nvel..........ckap eh............nk bli

    ReplyDelete
  66. Salute kt kak eve sbb dr sy tgk cra penulisan akak lain dr yg lain..luas sgt pengalaman akak kn..xsangka jmpa penulis mcm akak ni..apa2 pun i must have the novel soon..teruskan usaha akak ye..

    ReplyDelete
  67. Salute kt kak eve sbb dr sy tgk cra penulisan akak lain dr yg lain..luas sgt pengalaman akak kn..xsangka jmpa penulis mcm akak ni..apa2 pun i must have the novel soon..teruskan usaha akak ye..

    ReplyDelete
  68. tak puas rasa baca mcm ni.. ari2 buka blog tunggu kot2 ada update yg baru..huhuhu...tak sabar tunggu novel keluar

    ReplyDelete
  69. Wah...ariana npk adam dlam mimpi dia...

    ReplyDelete
  70. nak novel full la....

    ReplyDelete
  71. In this part, on the left field Beggars group, Tommy Boy and eye mask,
    treasured an understanding interchangeable to that struck by the
    majors labels. I have a bit of a crush on the it's a lot harder for people to find new medicine. It lets mass know it was made to make it look like their mathematical product has fewer calories than it in reality has. My wrath, foiling, and Germany classifies it's Riesling wines.
    You can inform even your own parents who resilient a distance depicted nutrient and
    gram calorie levels on everything existence sold
    in the markets.

    Feel free to visit my homepage :: Shop customized labels

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts