BAB 18
Assalamualaikum wbt ;)
At last habis juga menyelenggara penulisan sendiri...haha.tulis novel berselang seli dengan baca buku fakta n kena fikir pasal serius job issues memang buat Evelyn keliru dengan mood waktu menulis. However, enjoy the chapter ya ! and thanks for keep on following ;D
E.R
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
At last habis juga menyelenggara penulisan sendiri...haha.tulis novel berselang seli dengan baca buku fakta n kena fikir pasal serius job issues memang buat Evelyn keliru dengan mood waktu menulis. However, enjoy the chapter ya ! and thanks for keep on following ;D
E.R
------------------The Wedding Breaker Bab 18 -------------------
Bila Ariana bangun, pinggangnya sudah kembali kepada normal. Ada bau minyak
angin disekitarnya, yang mana pada telahannya telah disapu pada pinggangnya
yang sakit.
Siapa yang menyapunya?
Persoalan itu dibiarkan tak berjawab. Baginya tidak mengetahui jawapan
untuk persoalan itu adalah lebih baik dari mendapat tahu Adamlah yang
mengurutnya.
Dia turun dari sofa, berjalan perlahan keluar dari bilik kecil yang
dijadikan tempat mengajar anak-anak kecil tadi. Azri, Fakrul dan Raymond sudah
tiada di situ. Adam juga tidak ada bersama. Suasana rumah dua tingkat yang dijadikan
pusat latihan lebih sunyi dari biasa. Tidak mungkin sudah pukul 2.00pm? Tak
kanlah begitu lama dia tertidur? Malu dia pada pengetua sekiranya pengetua tahu
dia ke sana hanya untuk tidur.
Jam di tangan diperhatikannya. 2.30 pm.
Ya Allah! 2.30 petang? Biar betul? Kenapa mudah sangat dia tertidur kalau
Adam ada bersama? Satu tabiat yang sangat pelik dan sangat merbahaya untuknya.
Dia biasanya akan mudah tertidur bila suasana tenang dan bila dia rasa selamat.
Tapi selamatkah berada bersama Adam? Lelaki itu yang memalitkan noda hitam
dalam kamus hidupnya dulu.
Pintu utama diintainya dari dalam. Suara kanak-kanak ketawa jelas
kedengaran. Pengetua, Cikgu Melinda, Cikgu Dewi , Adam dan beberapa orang
kanak-kanak yang masih belum di jemput oleh ibu bapa mereka ada bersama di
tengah-tengah halaman pusat latihan.
Apa yang mereka buat? Khusyuk je sorang-sorang...
Ariana berjalan mendekati mereka. Cikgu Melinda yang menghadap ke arahnya
terperasan akan kehadiran Ariana terus menegur. Adam berpaling memandangnya,
bangun dan mula merangkul pinggangnya persis menbimbing orang yang sakit.
Awalnya Ariana mahu menolak, tetapi dibatalkan. Biarlah, dia tidak mahu
memalukan Adam di hadapan semua orang.
"Dah sihat dah Ariana ?" Cikgu Dewi menegurnya bila dia sampai ke
meja taman di halaman. Adam membawanya duduk di sebelahnya. Ariana mengikut
tanpa banyak soal.
"Dah...Dah lega dah" dia senyum. Lega bila sakitnya sudah hilang.
Raymond datang mendekati mereka.
"Abang Adam...tolong urutkan akak...tadi..." Raymond mendekati
Adam lalu didudukkan di atas ribaannya. Azri yang melihat terus datang kearah
Ariana. Sepinggan ayam KFC ditinggalkannya di atas rumput.
"Ha ah kak, abang Adam...pandai.."
Membahang muka Ariana menahan malu. Dah la pengetuanya tu lelaki, Mr Lim
suaminya Melinda.
"Thanks Datuk..." Ariana tersipu malu. Muka Adam langsung tidak
di pandangnya. Cepat-cepat dia mungubah topik perbualan, "Ni jamuan apa
ni? Patut lah khusyuk je semua orang. Saya ingat saya dah kena tinggal
tadi"
"Haha you are funny la Ariana. Datuk tak kan tinggalkan you la. Tadi
pun dia nak angkat you turun sama tau...tapi I kata tak payah...Tengah makan
pun asyik pandang kat rumah tu je...." terburai ketawa semua orang. Yang
malunya Ariana lah juga....
"Abang Adam belanja...KFC...." Raymond mengangkat peha ayam yang
sedang dimakannya dan menunjukkan pada Ariana. "Sedap...."
Pipi Raymond dicuitnya geram. "Owh tak nak ajak akak makan
ke...?"
"Tu..kat sana..." Raymond menunjukkan ke arah bakul KFC yang
sudah kosong. Siapa lagi yang menghabiskannya kalau bukan Azri yang sudah
kembali bersila di tempatnya tadi. Raju, Hakim dan Diana juga ada bersama.
"Okay..nanti akak makan ya..." Ariana berkalih pandang. Dia
memandang Mr Lim, mahu bertanya soal Kim dan Mia, "Mr Lim, kenapa Kim
dengan Mia tak datang hari ni?"
"Dia punya rumah anak yatim ada program lain ini hari..Itu sebab tidak
dapat datang..You jangan risau, I tahu you sayang sama Kim dan Mia. Tapi dia
okay...tak ada apa-apa lah.."
"Owh..Risau saya tadi.." Ariana kembali tersenyum. Lega mendengar
penjelasan Mr Lim. Mereka kemudiannya berbincang mengenai perancangan Ariana
untuk menghantar kanak-kanak di situ ke kelas Hyppotheraphy di Polo Club. Semua
dah pun bersetuju, Mr Lim pun sudah berbincang lanjut bersama Adam dan Faizul
pada sebelah pagi. Sesi therapy yang pertama akan bermula dalam dua minggu
lagi, selepas selesai urusan pendaftaran dan assessment pertama untuk
mengetahui tahap keperluan kanak-kanak tersebut.
Selesai berbincang, Ariana memohon diri untuk menunaikan solat terlebih
dahulu. Satu lagi keajaiban berlaku, Adam dengan sukarelanya menawarkan diri
untuk menjadi imam. Kecil tapak tangan nyiru Ariana tadahkan!
Usai habis solat, mereka meninggalkan Pusat Latihat Kanak-Kanak OKU Ampang.
Mereka berjalan ke arah kereta yang diparkir di luar pagar pusat latihan.
Ariana dengan Suzuki Swiftnya, manakala Adam dengan Porsche Panamera.
"Datuk..." Adam bersandar pada keretanya sambil memerhatikan
Ariana membuka pintu kereta. Adam menjongket bahu dan mengangkat kening tanda
bertanya 'kenapa?'
Pintu kereta yang sedikit terbuka di tutup kembali, dia merapati Adam
"Thanks for making them happy " satu ucapan yang ikhlas dari hatinya.
Dia langsung tidak menyangka Adam punyai personaliti sebegitu. Terhapus sedikit
kebenciannya pada Adam.
"Thanks for bringing me here..." setakat itu sahaja yang mampu
Adam tuturkan. Waktu dan duitnya dulu banyak dihabiskan untuk berhibur,
kegembiraan yang dicari cepat sekali habis. Semuanya untuk sementara, dan
esoknya dia perlu mengulanginya lagi untuk kekal gembira. Tapi di sini,
kegembiraan itu datang dengan kepuasan. Kegembiraan yang lahir dari hati yang
maha dalam, yang membuatkan dia tenang. Ariana telah banyak membawanya ke dunia
baru.
Dunia Ariana...
Mata Ariana direnungnya, terasa seperti mahu menggenggam erat tangan gadis
itu, tapi dia tidak mahu merosakkan hubungan baik antara mereka. Tangannya
digenggam untuk mengelakkannya dari bertindak menyentuh Ariana.
"It’s good to know you like this place" Ariana senyum. Dia
melangkah ke belakang,bersedia untuk pergi. "Are you joining the therapy
session?"
"Had love to...but I'm afraid I couldn't" dia perlu ke German
untuk satu urusan perniagaan.
"Drive carefully Ariana"
Ariana senyum lagi, senyuman yang menenangkan jiwanya. "You too!"
Adam meninggalkan pusat latihan setelah Ariana sudah jauh meninggalkan
pusat tersebut. Panggilan dari Lisa yang
mengajaknya keluar juga tidak dilayan. Semua perempuan yang dia kenali
mahukannya,ah, bukan mahukan dirinya, tapi wangnya kecuali Ariana Rose. Adam
tersenyum bahagia bila mengingatkan Ariana. Lagu Jason Mraz dipasangnya dan dia
turut sama menyanyi;
And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished
(Jason Mraz: Life Is Wonderful)
Telefon Adam bergetar minta perhatian. Nombor Ariana. Terus Adam mematikan
CD player dan segera menjawab panggilan.
“Assalamualaikum, Datuk”
“Yes, Ariana?” Adam senyum. Gembira.
“I promised you a meal before remember?” Ariana kalau dah berjanji perlu
ditunaikan. Kalau tak nanti dia termasuk dalam golongan munafik. Lagipun Adam
memang sedikit berbeza dari dulu.
“Yes!!” Adam bersorak dalam hati. Tangannya diangkat tanda bersorak gembira. Nasib baik cermin gelap, tak ada
orang nampak. Kalau tak…hm…sah orang kata over.
“Datuk?”
Adam cepat-cepat menyedarkan diri, “Ya…ya…boleh. I thought you dah lupa”
dia baru sahaja membantai 2 ketul ayam KFC, tapi demi Ariana, makan sekali lagi
pun tak apa.
“Tadi I lupa, now I remember. Dah jauh ke Datuk drive?”
Jauh ? Kalau dah guna
Panamera, tekan pedal
minyak sikit pun
dah jauh dia
bergerak tapi untuk
makan dengan Ariana
dia sanggup patah
balik.
“Nope. Where are you now?”
“I….dropped by dekat pasar malam
kejap…jumpa papa I…”
“Papa you?”
“Oh yes, dia buka gerai kat sini” suara Ariana ceria memberitahu.
Ariana langsung tidak malu memberitahu yang ayahnya peniaga gerai di pasar
malam? Soal Adam dalam hati. Betul lah
siasatan Hilmi, Ariana memang anak peniaga gerai…satu sebab kenapa dia agak
khuatir mahu mengambil Ariana menjadi isterinya secara sah. Status yang berbeza.
“Datuk?” sekali Ariana memanggil. Adam ni asyik diam je. Bisu ke dah hilang
suara? Sama je kan dua-dua tu?
Adam buat-buat ketawa. Nak cover malu. “Sorry…sorry…so where shall we meet?”
“Up to you”
Kalau ikutkan hati dia, tempat terbaik mestilah apartmentnya. Ada privasi,
makan malam dia boleh masakkan untuk Ariana. Tapi sah Ariana tak mahu. Nak cari
nahas? Elok je hubungan mereka baru nak baik..
“Hmm…” dia mahukan tempat yang agak privasi. “ The Ritz-Carlton? Jalan
Imbi”
The Ritz-Carlton Hotel? Melampau betul permintaan Adam. Nasib baik duit
gaji ada lagi. Tak cukup duit gaji terpaksa la di swap kredit card. Hisy, Tengku Adam Kamil, yang nak belanja ni
pekerja kerajaan yang gaji ciput la! Bentak Ariana. Tapi dah janji, pergi je
lah.
“Er…okay..Jumpa kat lobi ye. Saya gerak dalam 15 minit lagi ye”
* * * * * ** ** *
Usai sampai, Adam sudah siap menunggu. Wajahnya manis menyambut Ariana.
Senyum tak lekang di bibir lelaki itu. Ariana masih berlagak profesional.
Adam membawanya ke Lobby Lounge, salah satu restoran hotel tersebut yang
menghidangkan pelbagai menu daripada negara Jepun, Melayu dan Inggeris. Suasana
Lounge sangat mewah dengan susunan kerusi kulit gaya Inggeris, bunga lily dan
Daffodil tersusun di dalam pasu mewah. Ariana telan liur, mesti harga makanan pun
hebat. Sakit jantung dia nak bayar nanti. Perlukah dia buat-buat pengsan atau
pura-pura ke tandas dan meninggalkan Adam sendirian nanti? Owh, Ariana..dont be
naughty!
Adam menarik kerusi, mempelawa Ariana untuk duduk. Mereka mengambil tempat
berhampiran piano. Sausana Lounge agak lengang, tak ramai yang datang. Ya lah,
kalau harga meletop macam tu siapa yang berani masuk?
Waiter yang sedari tadi mengiringi mereka mula bertanyakan order. Seperti
biasa, Adam akan membuat pesanan tanpa bertanya Ariana terlebih dahulu.
“One Lobster Linguine, one Shepherd’s Pie, one Grilled Salmon Steak, two Vanilla Crème Brûlée, and a pot of
English tea please” buku menu dikembalikan kepada waiter. Adam
senyum pada waiter, sebelum mengalih pandang pada Ariana. “Saya selalu dine kat
sini, it’s a pleasurable place and shepherd pie kat sini is the best!” Adam
senyum lagi.
Ariana buat-buat senyum. Banyak gile kot Adam pesan. Ayoyo…habislah
ongkos….
Bila hidangan sampai, semuanya nampak sangat menyelerakan! Terus Ariana
terlupa tentang harga dan bayaran. Pinggan Lobster Linguine di letakkan di
hadapan Adam, pinggan Grilled Salmon Steak pula diberikan kepada Ariana,
manakala Shepherd’s Pie diletakkan tengah-tengah antara mereka. Pencuci mulut
akan tiba lepas mereka habiskan menu utama. Memang tertib.
Dah lama Ariana tak makan Salmon, kalau di England harganya tak semahal di
Malaysia. Jadi kalau dia malas nak membeli ayam atau daging halal, dia beli
salmon atau ikan mackerel sahaja dari pasaraya. Arwah Daniel teman baiknya
sewaktu di England juga sukakan masakan Ikan Salmon masak merah. Bila
teringatkan Daniel, terukir senyuman di bibir Ariana. Lelaki yang tiada galang
gantinya di dunia…
“Kenapa senyum sorang-sorang?” Adam perasan rupanya dia dok mengelamun.
Ariana angkat muka. Matanya memandang Adam.
“Just…remember someone..a one good friend of mine”
Adam tertanya siapa orang tu? Ingin sahaja dia bertanya tapi dia matikan
hasratnya, tidak mahu cemburunya merosakkan makan tengah hari mereka. Tengah
hari? Entah tengah hari atau petang, dia pun tak pasti. Kalau jadi makan malam
pun boleh.
“Sedap tak that salmon steak?”
Ariana mengangguk, “So and very delicious”
Adam senyum, dia tahu pilihannya tepat. Lobster yang sedang di makannya
dipotong dan disuakan kepada Ariana, “Try this one”
Main suap-suap pula Adam ni…Merah muka Ariana menahan malu. Ye lah, waiter
dua tiga orang sok senyum-senyum sambil memandang mereka berdua. Adam je lah
yang buat bodoh.
Ariana senyum berkira-kira, “Tak pe..just put in my plate”
Adam tetap menyuakan padanya. Adam ni…memang tak makan saman! Macam haritu,
bila dia buka mulut, Adam suapkan. Memerhatikan dia mengunyah dan bertanya ok
ke tak? Memang sedap, terasa macam nak minta lagi je dengan Adam tapi dia malu.
“Can I try that steak?”
“Yep, sure” steak salmon di potong. Ariana mengangkatnya mahu diletakkan
dalam pinggan Adam tetapi lelaki itu lebih dulu menahan.
“Ariana, tadi I suapkan you. Now it’s my turn..you owe me one” serius
sahaja muka Adam. Ariana buat bodoh. Adam masih memandangnya. Ariana suap
makanan di mulutnya sendiri. Adam masih memandangnya. Haih, mogok pula mamat
ni! Tak padan dengan Datuk Wira, masih nak merajuk.
“ You still want
me to donate
kan ? ”
Mak aih, dia
ugut pula...
“ Owh..tak ikhlas la
ni nak bantu
kanak-kanak tadi ? ” sengaja Ariana
mempersoalkan niat sebenar
Adam. Kalau duit
Adam dilaburkan hanya
kerana mahu dia
menurut apa sahaja
kemahuan Adam, memang
Adam silap.
Adam buat muka
menjauh hati. Lama
dia diam memandang
makannya di dalam
pinggan. Nak sahaja
dia paksa Ariana,
tapi sekali lagi
dia tidak mahu
hubungan baik mereka
hancur begitu sahaja.
Riak muka Tengku
Adam Kamil, businessman
terkemuka yang monyok
memandang pinggannya sendiri
diperhatikan oleh Ariana.
Terasa kesian pula.
Tapi permintaan Adam
tu memang mengada-ngada. Dia ajak
makan dan nak
belanja pun dah cukup bagus.
Ritz
Carlton lagi tu. Ariana mencebik.
Bila agak lama
Adam masih begitu,
Ariana jadi bertambah
kesian. Macam budak-budak
la getusnya. Mana
hilang kemachoan Adam
Kamil ni?
“ Kenapa tak makan ? ”
“ Tak pelah I
dah kenyang ... ” balas
Adam berjauh hati.
Mak aih, dia
merajuk pula. Tak
padan dengan umur,
telah Ariana. Malas-malas
dia suakan sepotong
Salmon ke mulut
Adam.
Adam terus tersenyum
membuka mulutnya. Salmon dikunyahnya
penuh nikmat. Menjadi juga trick
tadi. Ariana memang
akan tetap cair
dengannya, telah Adam. Mereka
kembali menyambung makan.
Ariana, kalau makan
memang senyap. Nak
lagi kalau makanan
sedap. Bila hampir separuh
makanannya di makan, Adam ambil pinggan Ariana. Ariana terkejut. Keningnya diangkat.
“Share la…tak kan you nak habiskan semua?”
Ariana tak terkata. Dia tengok je Adam menukar pinggan. Dah macam…..kekasih
je..tapi….lobster tu memang sedari tadi dia dok intai-intai Adam makan. Nak
pesan lagi satu takut bil melambung. Rezeki, hadap je Ariana!
Sudu dan garfu yang digunakan Adam tadi dicapainya. Ariana makan dengan
berselera, memang bestttt….jatuh cinta dia dengan Lobster Linguine!
“ First time you
makan lobster ke ? ”
Hehe...Ariana angkat muka.
Sangat obvious ke
dia makan dengan
lahap ?
“ Er...Saya...mana ada duit
nak makan benda
mahal macam ni... ”
Adam ketawa. Comel je
muka Ariana. Makannya
memang khusyuk. Bercakap
pun tidak. Bila habis menu utama,
pelayan menghantar pencuci mulut. Juga menyelerakan.
“ Erm…you ada boyfriend ? ”
“ Uhukk!!! ” tersedak Ariana bila
ditanya. Air yang dihulurkan
oleh Adam dicapainya
cepat-cepat. Kalau dia ada
boyfriend, rasa-rasanya dengan
apa yang berlaku,
boyfriend dia nak
lagi tak kat
dia ? Pastinyalah tak ! Apa punya
bodohlah soalan Adam. Cool
down Ariana…cool down….pujuknya pada
diri sendiri. Sekali
dah berlakon tak
kenal, seumur hidup
lah dia kena
berlakon tak kenal.
Adam senyum nakal
sambil matanya tak
lepas memerhatikan wajah
yang selalu didambakan olehnya. Kelakar dengan
reaksi Ariana.
“ Kring…!
Kring….!....Kring!...Kring!”
Adam mengerutkan dahi.
Bunyi apa macam
tu? Apa punya
kuno bunyi telefon
cenggitu..Dipandangnya
Ariana yang kalut-kalut
membuka beg tangannya.
Telefon di jawab.
Owh My God…its her mobile’s
rington….telah
Adam dalam diam sambil matanya
tak lepas memerhatikan
tindak tanduk Ariana.
“ Hello…assalamualaikum Encik Harith ”
Diam. Muka serius.
“ Mmm…I’m occupied currently…”
Mata pandang siling sambil
gigit kuku.
“ Hm…malam ni….Macam can’t
make it je…Next
time ya? ”
Ketawa
“ Okay…sorry…but inshaAllah next
time I promise
I will… ”
Talian dimatikan dan
telefon diletakkan di
sisinya. Baru je
dia tanya pasal
boyfriend hantu kedua
selepas Faizul dah
pun muncul. Macam
diseru-seru! Menyakitkan
hati je….gumam Adam. Nasib baik dia suruh Faizul balik dulu tadi, tinggalkan dia dan Ariana sahaja di pusat asuhan tadi. Kalau tak mahu dia makan hati kerana cemburu.
“ Kenapa ? ” tanya Adam.
“ Tak ada pape… ”
Ariana senyum. Bos
super kacak menelefon
ajak makan malam
kat Ampang Point
View. Bukankah itu
sungguh indah ! Tapi
dia tidak boleh menerima
ajakan Harith…Game
of love is, to play hide and
seek. Kalau sekali
ajak dia dah
kata ya, it will
not be fun.
Lagipun dia tak
adalah berminat sangat
dengan Encik Harith.
Entah kenapa hatinya
memang hambar, tidak
berperasaan selepas apa
yang berlaku dulu.
Selepas kematian mendiang
Daniel. Ariana takut
untuk menyintai dan
menyayangi. Takut hatinya
terluka lagi…
Hmmph, tak ada
apa-apa konon…getus Adam
dalam hati. Dia
tak kan lepaskan
Ariana Rose. Jangan haraplah
nak keluar makan dengan
lelaki lain! Hati Ariana
perlu dicairkan. Adam
menanam azam.
“Ariana, who’s your favorite singer?”
Wow, out of the blue Adam bertanya. Tanpa perlu berfikir panjang Ariana
menjawab, “Adele and Christina Perri”
“Nice..you tahu lagu Beethoven?”
Beethoven pemuzik lagenda dari eropah tu? Siapa tak kenal Beethoven dengan
master piecenya yang hebat-hebat, yang lagi mengkagumkan Beethoven adalah lelaki
yang cacat pendengaran atau bahasa kasarnya ialah pekak. Orang pekak yang boleh
bermain piano dan bermain dengan sedap. Gila kan?
“Tahu. Suka.” Ariana senyum, bibirnya mengekang senyum sambil tangannya
menyedok Vanilla Crème Brulee. Teringatkan Daniel yang sering memainkan lagu
Fur Elise untuknya dulu.
Adam bangun. Berdiri sebelah Ariana. Bahu gadis itu dipegang, meminta
Ariana turut sama bangun. Nak saja dia marahkan Adam, tapi dia kan berpura-pura baru mengenali
Adam. Kenapa pula nak melenting bila adam buat baik padanya? Ariana menurut. Adam
bawanya ke piano besar yang berada di situ. Dia duduk dan menyuruh Ariana duduk
disebelahnya.
“This is for you…”
Satu lagu dimainkan oleh Adam.. Dia tidak tahu lagu apa, tapi dari apa yang
dimainkan oleh Adam, bunyinya sangat merdu, meruntun jiwa dan menyentuh
perasaan. Lebih baik dari Fur Elis yang selalu di dengarnya. Adam bermain
dengan khusyuk, penuh perasaan. Ariana pula asyik merenungnya. Macam Daniel,
bisiknya.
Ariana sebak. Kalau Adam itu Daniel pasti dipeluknya lelaki itu. Tidak akan
sesekali dia lepaskan dan biarkan lelaki itu pergi selamanya…
Bila Adam berhenti bermain,Ariana sudah sebak menahan tangis. Adam pelik.
“Why?”
“It’s a beautiful piece….what song is it?”
Adam senyum, ikhlas dan tenang, “A song from my heart. For you”
Adam mula menyentuh piano seawal usianya 3 tahun. Mommy nak sangat dia
pandai main piano. Ye lah, mommy mahukan anak perempuan, dapat anak lelaki pun
dia rembat ajarkan juga. Nasib baik mommy tak hantar dia menari ballet. Kalau
tak cik aww la Adam sekarang ni. Tapi lama-kelamaan piano dan Adam sudah
sebati. Lagu biasanya datang dari hati, tak perlukan not – not tertentu untuk
diingati.
“When you hear a song, you can play it. When you hear your heart singing,
you change it into tunes and that is what my heart sings about you”
Romantik. Sangat romantik bisik Ariana. Kalau dia jumpa Adam pada ketika
ini sebelum dia jumpa Adam dalam keadaan dulu, pasti dia sudah jatuh cinta
dengan Adam seperti gadis-gadis lain, tapi pengalaman mengajarnya untuk lebih
berhati-hati. Tengku Adam Kamil tak kan sesekali mengambilnya sebagai isteri.
Kata-kata Adam berputar kembali di benaknya;
" I love being around you. I nak you
dengan I. I love the fact that I’m the first, and I will make sure that nobody
else touch you Ariana…I miss last night like I can’t wait for tonight for it to
happen again... but I cant marry you Ariana. You cantik. The most beautiful
woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke..but..we are
from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang
you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak
cukupkan?.."
“Thanks….” Itu sahaja ayat yang mampu Ariana tuturkan. Dia mahu katakan
lebih dari itu, tapi suaranya tersekat dikerongkong.
Adam mengangguk, dia tersenyum sebelum tangannya lincah memainkan satu lagi
lagu.
Lagu Fur Elise.
Ariana terpana. Bagaikan Adam dapat membaca hatinya. Lagu dia dan Daniel….Daniel
yang sudah jauh meninggalkannya…Terbayang Daniel yang memainkan lagu itu
padanya. Ariana mengelus lembut rambut Adam..
Adam terhenti. Mukanya dipalingkan.
Adam.
Ariana kembali ke alam nyata. Adam. Itu Adam Kamil, bukan Daniel Robinson. Mendiang Daniel Robinson…
“Sorry” cepat-cepat Ariana memohon maaf.
Adam memandangnya dengan senyuman nakal. Macam tu rupanya nak lembutkan
hati Ariana? Dengan lagu, dia tersenyum lagi.
Ariana cepat-cepat bangun. Tersentak dengan tindakannya sendiri. Keliru.
Dia tak kan membuka ruang hatinya pada Adam. Tidak mungkin.
“Shall we go?” soal
Ariana tegas.
Adam masih senyum-senyum, memandangnya penuh makna. Penuh bahagia. Dia
mengangguk. Ariana memanggil pelayan untuk membayar bil, tapi Adam terlebih
dahulu menyuakan kadnya.
Ariana diam membisu, tidak mahu dirinya keliru lagi. Mereka berlalu
meninggalkan Hotel Ritz-Carlton. Adam ke rumah Daddy dan Mommynya manakala
Ariana terus ke rumah temannya Laila. Bercakap dengan Laila yang gila-gila
mampu membuatkan dia melupakan apa yang terlah berlaku antara dia dengan Adam
tadi.
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
best sangat
ReplyDeletethanks anon! :D that helps boosting my mood.haha.tengah melankoli gile.hadoy..tulis cerita pun bleh melankoli jg. apa lah eve ni...thanks again ;)
ReplyDeletebaru baca wedding breaker kt kaki novel semalam.. terus jatuh cinta.. rupanya dlm blog.. xde novel ke?
ReplyDeletehi nana ;) thanks for liking it! novel tade lagi..tgh siapkan manuskrip.hehe.doa2kan ;)
Deletegud job eve...bestla..tiap2 n3 unik n ada speciality tersendiri...lain dari yang lain...really enjoy reading each n3 and cant wait for next!!
ReplyDeleteowh thanks anon ;) thats really motivates me. xtau kenapa bila nak tulis part2 ending ni rasa sedih semacam plak. hehe. malas betul nak habiskan watak adam...
Deletethanks again 4 ur support! :)
Aamiin.. saya doakan semoga tercipta nye novel wedding breaker... Insya Allah.
ReplyDeletebila lagi nak update next chapter.. x sabar ni.. ada twitter tak evelyn rose?
o hehe twitter tade la..twitter personal ada.haha. iAllah Eve update soon lpas karang another 3 bab.hihi.tQ nana!
Deletehahaha amboi, gedik ye Adam nak bersuap2 bagai nih? (Abisla si ZM marah saya kutuk adam dia kejap lagi nih. :P)
ReplyDeletebyk dah nampak perubahan Adam ni. Gud2. Jgn ttba ter u-turn ke jalan lama sudahla.
Eve, awak dh siap ke manuskrip ni? Apa pun good luck k? :)
hahaha kelakar la bila awak mentioned ZM.lol.
Deletemanuskrip ada lagi sikit hajar.sikit ke ? banyak jg kot.haha.doa2kan ya.
thanks Hajar! ;D
ehem2... amboi cik hajar.... memanjang nk ktuk adam saya.... org kalo hensem nk gediks xpe.... lgpun adam kalo gediks sexy apa... x gitu cik evelyn
Deletehehe hajar, jgn diseru, kang zm dah datang marah tu ;p lol
Deletep/s: adam mmg sexy - stock hawt! hehe
Auchhhh! Apa da jadi ni cik rose? Hehehhehe.. Mmg la kimia korang ni kuat :P
ReplyDeleteHarap nti adam pandai2 la amek hati cik rose yer.. In proper way okay.. ;)
Bila nak sampai tyme betuunang ni? Aiii xsabo nak tau apa nak jd
hihihi saya pn bdebor nak tgu publish part tunang. wait ya! ;p
Deletethanks acu for following !;)
proper way??? alaaaaa, x nak adam jdi baik cepat sangat.......
Deletezm kipas susah mati d notty adam.hehe
Deletehoho..so sweet..lama lagi ke nk part dorang kawe??? x sabor nii..
ReplyDeletepepe pon, n3 nii best n kinda sedih ckit..tgh bersedih ka???
k..thx apdet cite nii...arigatoo!!! k,bye n salam n
I LUV IT N U TOO!!!!
lol anon, thanks! wah tak sabar eh tgok dorg kawen ;)
Deletetgh sdh sbb tgh berusaha nak habiskan novel.lol. nti dah tak leh berangan Adam and Ariana lagi.haha
best3...hiburan di hari ahad yg boring... sy suker citer awak n citer hanina PMS...all the best ya!
ReplyDeletehehe xkeluar ke weekend ? saya pun suka cite PMS. Suka perempuan yg tak menyerah kalah mcm watak heroine tu ;)
Deletethanks anon!
he he saya pun suka citer ni :)
Deletelol thanks nina! gudluck siapkan manuskrip! cant wait to go n buy.hehe :D
DeleteEve & Nina yg gorjes...thanks ya..u two really make my day today coz dah ade entry baru for TWB & PMS..but i want MOREEEEEE (tamakkkkk)...ngeh3. Keep up the gud work ya..cerita 'cenggini' lah yg kami tunggu2...
Deletep/s: Nina..teaser PMS tu pendek sgt..sambung sket lagik boley...saya duk byg rupe Mr.Z mcm watak Gong Chan dlm citer Korea 'My Girl'..huhuhu
@anon : thanks anon ;D macam ada wavelength je ktrg update sama hari.hehe. saya pun tgu novel PMS kuar...
DeleteOmg!eve u are the best! :)
ReplyDeleteThanks for the update..been waiting for it since forever
haha since forever ye? lol. skrg ni baru laju balik eve menulis.haha.thanks anon!
Deletebes...gud job ER. nx plezzz
ReplyDeletethanks anon! :)
DeleteI love i love i love n i love to have more from u.......masyuuukkkkkk.........gd job:-)
ReplyDeletehahaha thanks anonn! thanks a lot! that is really motivating! ;)
Deletebest la novel ni..hope the ending part tak mengecewakan..i impikan happy ending for ariana and adam :) good luck n keep it up :D
ReplyDeletehaha owh irda...mesti happy ending! if its not a happy ending than it is not an ending yet.lol. thanks ye! ;)
Deletebestlah cita ni awak hehe bila aganya nak keluar buku? awak x ada fans page ke hehe
ReplyDeletehehe thanks anon! fan page tade...seganlah novel tak kuar lagi,haha.dah kuar bleh la nak wat fanpage ;)
Deletehehe xapalah so awak lepas ni ada next n3 lagi x hehe
ReplyDeleteada lagi....hehe ;)
Deletebestlah novel nih...tak sabar nak tunggunya di terbitkan. exciting mcm PMS gak.
ReplyDeleten i like arianna rose. its a beautiful name sama mcm evelyn rose's name.
hihi thanks zue! i dont remember how get that name honestly, but evelyn rose tu sbb its started from my lucky number.hehe
DeleteOmo!!!!
ReplyDeleteDaebak!!!
Eve post next entry cpt2!!!
Omo ! hehe. I have no idea what all those words mean actually but iAllah will be posted soon (lepas write up 3 entries : ada 2 entries lg.haha)
Deletejust cant wait for the novel to be published.. tunggu setiap bab yang u siarkan buat i macam orang angau..hari2 jengah blog u..
ReplyDeleteOMG initialD - i'm flattered. next n3 is coming soon. tgh tulis 2 more bab b4 publish.hehe
DeleteOh mai! I love this blog, my lil sis keep talking bout this blog, hari ni baru tergerak hati nak buka. Btw cant wait for next post!
ReplyDeletehihi its very nice to hear that miss hanis. thanks for visiting this lil blog ;D
DeleteAssalam Evelyn, best sgt2...suke!!! Moga2 pintu hati Adam telah terbuka sepenuhnya utk meniggalkan keburukan...amin!! ni nobel nnti kluaran mana ya? KN? JS? KS? ~ from Kak Aminah
ReplyDeletewsalam wbt kak ;)
Deletehihi - amin2x...nnti kita tengok jalan taubat buat Adam.hehe. iAllah Karya Seni kak, tapi kena submit n nilai dulu. doa2kan ye.. ;)
Evelyn as always - awesome!
ReplyDeletethanks a loads! putehberseri - u comment make me berseri tiday .lol ;))
Deletei want more kak eve :)
ReplyDeletelove this n3..
u r awesome kak eve..
^________^
thanks fie ! u r awesome too ;))
DeleteCik writer nak lagi....awesome;)
ReplyDeletethanks Eeyta ! ;) - done 2 bab more Eve uploadss yee :)
Deletewhoaaaaaaaaaa the best n3 ever!!!!!!!!!
ReplyDeletehaha thanks syafika !
Deletebest nyer..lama menunggu..
ReplyDeletelama eh ? sorry..sorry...Eve wat rule baru for myself. write 3bab baru bleh upload 1 bab entry baru.hehe.so that bleh kejar last bab here with novel publication. :)
Deleten thanks for keep on reading
yeehaa....best2..ari2 duk chek n3 br ..lega dh bc..leh la i masuk kebun..moh la kite noreh.
ReplyDeletehhahaahaa u seriously ada kebun ke lepat ? salu berangan i jadi tukang kebun.hidup aman :)
DeleteBEST !! =)
ReplyDeletethanks anon! :D
DeleteKak nak lagi :/
Deletesuke2...nak lagi..peace.^_^
ReplyDeletehehe thanks arifuka ;) coming soon dear :))
Deleteassalam.... owwhhh n3 kali ni sngt mngoda hati sya..... lagu apa yg adam main tu? adakah lgu fav sya Moonlight Sonata.... dah cair ni.... rasanya adam punya moonlight sonata lebih romantik dri daniel punya Für Elise. ohh adam, please jgn berubah jadi baik cepat sngt. x puas nak tgk adam jdi bad boy... adam x mau la bpoya2 sngt, nanti kalo kena STD mcm mana, dah x macho la hero ada STD. ewww jijik... antara ksalahan adam yg pling besar slpas dia ehem2 rose, ayat yg dia cakap seolah2 nk jdikan rose tu pompuan simpanan dia... apalah adam ni, sepatutnya dia taburkan jer janji palsu dkt rose tu dulu, biar rose tu bgantung harapan dkt dia,then bila dh dapat, hal kahwen ker atau tidak lain kira.... ni tidak, awal2 dah bgi punah harapan... mau x fobia cik rose kita. tpi xpe, sbgai kasanova class 1, adam pasti bjaya, apatah lgi lpas dia mainkn piano.... then makan bsuap lgi... x tahu knapa, tpi kadang2 sya rsa cik rose kita ni, boleh tahan mngeletis juga dia ni... duk main usap2 wambut pulak, dah la adam tu pantang di sentuh, nanti btambahlh hormon miang dia tu.. opsss lupa nk cakap, time adam mrajuk dkt meja makan tu sangatlah comel.... tq evelyn... sangatlh best....p/s adam please jgn selalu sangat buat senyuman nakal awak tu, awak buat saya rasa nk mngediks jer... ahaks
ReplyDeleterindunyer, da lame xbce hasil nukilan komen zm yg cmnih....sukerrrrr!!!!!!!
DeleteSTD tu per zm??
**zm hot taw senyuman nakal adam tuh...idaman kalbu...hehe
cik writer, sy sookong ngn komen zm psal jgn bg adam cpt sgt brubah jd baik..mhal tuh wtak badboy dlm diri adam...huhu
-fathmumtaz- (*_*)
hye fath... eceh fath, STD tu sakit ehem2.... ekekkeke, no4x, hero kenalh bersih dri segala pnyakit ehem2. kan fath, mahal kan wtak bad boy adam tu.... sangatlah hot senyuman nakal adam, boleh lawan senyuman senget mr z puan nawwal
Delete@zm : hahaha zm...zm...i wish Adam Kamil is real and he can show up n see your loyalty to him.hahaha. kalau Daniel Robinson saya boleh realkan but Adam Kamil I couldnt.lol. but yeah about STD - Eve kinda interested with d topic. thats why its pretty important to use precaution/safe intercourse - haha mcm Eve lebih tahu je kan...but like in UK they cant tell the students not to do it, so they channel it into - do it safely - and you should know what u r doing mcm if u do it u know u might get kids out of it, emotional cud involve (esp women) and penyakit la...
DeleteSenyum nakal Adam memang mahal n susah giler kot nak jumpa real guy with that kind of smile - recalling is there is any -? dalam citer korea je kot yg ada. or maybe William levy
@fath : wah... sampai windu komen zm dah ni.lol. adam menahan diri takut ariana menjauh, nnti kita tengok trick adam pasni ;p panjang lg citernya ni.hehe. n no matter how much he change, d notty adam will remain (dgn Ariana jelah, dgn pmpuan lain Eve pn marah.haha)
Deletecik evelyn tu adam saya mainkan moonlight sonata ker??? amboii William levy, kemain lgi... siyes sexy tu... kalo pun gunakan protection untk std, tak 100% akan bkesan... tu yg ALLAH haramkan bzina... ok2, cik penulis dh bagi amaran, adam kena notty2 dgn rose jer taw... hikhik tq awak
Deletesuka moonlight sonata eh? but tak..Adam was playing his own tunes- yg kononnya he made it himself. hehe. ha ah mmg setiap yg Allah larang tu mmg akan bawa kesan buruk pada manusia..n kesian tgok those in negara lain (negara kita pn ada jg actually) mcm perempuan being exposed widely. tu yg makin byk kes2 zina tu.
Deleteadam..... bad boy.... u are... so gentlemen n so romantic.....
ReplyDeletesherry ayat mcm dah tangkap lentok je dgn adam ;p
DeleteYeay.... Balik drp cuti, straight tengok ada update.... Best.... best... nak lagi.... Hihihi.....
ReplyDeletewah terbaik la anon! ;)
Deletep/s: nak cuti jg! teringin nak cuti 3 hari- pergi some nice places and finish up this novel.hehehe
Eve hri nie x ada entry bru ker???
ReplyDeletetengok pada progress saya menulis fara ! ;)
Deleteowh i see^^
ReplyDelete:) dah update tu farra ;D
Deleteadussss...napa xdak n3 br ni..camna nk masuk kebun ..mood spoil la...ya cik ER saya ada kebun..FV..(jgn marah ekk..) suka gurau2 gan cik ER..:))
ReplyDeleteFV ? kebun apa tu lepat ? hehe. dah update dah entry baru, harapnya banyak ler berbuah kebun tu nnti.kih3. kalau ada durian hulur2 la kat sini.hehhe
DeleteBestlarrr..... Daniel? Ariana first love ke?
ReplyDeletehaaa Daniel and Ariana's story akan di rungkaikan dalam d next2 chapter. hehe. kasi thrill sikit.kih3.thanks bellaa ;)
Deletedah 4 hari tunggu.... nak lagi...hehe
ReplyDeletelol counting d days siam syeimi.sorry baru update. outstation sgt pack n penat.baru bleh mengarang semalam. njoy chapter 19 ye ;)!
Deleteble nk smbg ni? dah lama tggu ni..please smbg cpt...
ReplyDeletedah sambung anon ! ;) njoy chapter 19 ye !
DeleteEve bla nk smbng???
ReplyDeleteTension nie tggu entry bru...
Hahahahaha!!!
hahaha ni org kuat TWB jgni smpi teringat2 kat TWB ye.haha. dah update just now farra ;)
Deletebr baca blog u ari ni..tp seyes..i da mula tergila2kan entri the wedding breaker..huhuhuh.. good job..
ReplyDeleteOo hehe welcome to the group babe! ;)
Deletethanks sbb suka ;D
cptla publish seterusnya.. xsabar wlpn nga exam skg nie.. nk jg layan..hehehh
ReplyDeletehaha nasylla, baca buku jgn teringatkan Adam kay.lol.
Deletehai dear...boleh email me x?urgent
ReplyDeleteasida.enterprise@gmail.com
iAllah2x :)
Deleteawesome..wlaupun br jumpa ur blog...but ur story sgt2 best...luv it
ReplyDeletethanks yat77 ;))
Deletekeliru bila ariana dpt mndengar surah yg adam baca sdgkan solat zohor,tidak diperdgrkn bacaan dgn kuat...hati2
ReplyDeleteyep true2 will change it in d manuskrip.thanks!
Deletelame lagi ke nk update ??
ReplyDeletetak sabo dah nie ..
hehe
adam da tau cre nk cairkn ati ariana la..hehe
ReplyDeleteArwah daniel ke mendiang daniel? Atas tu tulis arwah tp bwh2 tu tulis mendiang...sape mendiang daniel?
ReplyDeleteBFF ke BF?
My partner and I absolutely love your blog and find almost all of
ReplyDeleteyour post's to be just what I'm looking for. Does one offer guest writers to write content to suit your needs?
I wouldn't mind writing a post or elaborating on a lot of the subjects you write about here. Again, awesome site!
My webpage holiday tags
We volition be placard from metre to sentence leftfield side with a Bully big yellowish sign
ReplyDeleteslow it. So 90% of the calories why is he sending it on FIFA report? For example, the 10 balmy you eat in one session may have a Total nitrogen oxides and sodium nitrite pollutants in the ambience.
My site ... quote guaranteed quality
Finding the reliable assignment writer forgetting Private Student Loans For
ReplyDeletePeople assignment done is in itself a difficult task where luck should also be included.
The most basic concept underlying Private Student Loans for People is that it s free.
This will ensure that you generate those orders.