BAB 20
Bila matanya dibuka,
masih terasa seperti
baru sekejap tadi
dia melambaikan tangan
pada Tengku Adam
Kamil. Terlampau banyak
yang berlaku dalam
tempoh yang singkat.
Banyakkah ?
Atau ia terasa
banyak dan sesak kerana Adam
sering muncul dalam
kehidupannya. Tengku Adam kamil yang dia cuba lupakan dulu, muncul dan mengasak tidak mahu hilang.
Ariana bangun dari
tidurnya. Duduk di
atas katil sambil
termenung panjang. Betulkah tindakannya
membenarkan Adam kembali
hadir dalam hidupnya
setelah detik hitam
dulu berlaku ? Keliru dengan
reaksi dirinya setiap
kali bertemu dengan
Tengku Adam Kamil…
Salah dia yang
menfitnah atau salah
Adam yang bernafsu ?
...dan ingatlah (angkara) fitnah itu
lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).
Kerana fitnahnya maruah
Adam dipijak dan
dijaja ke seluruh
negara. Kerana fitnahnya juga
dua buah keluarga
sudah tidak bersua
muka mahupun bertegur
sapa. Kerana fitnahnya syarikat
Adam merosot prestasinya
dan kerana fitnahnya
jugalah peristiwa hitam
itu menimpa dirinya.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi
bala bencana yang) menimpa
dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana... (an-Nisa: 111)
Jadi salah siapa ?
Atau pentingkah dia
memerah otak dan
sekali lagi cuba
menuding jari? Sedangkan satu
jari menuding ke
depan empat lagi
kembali ke arahnya
sendiri.
“ It’s been
written Ariana...It’s been
written... Learn your lesson
and live your
life like it
never happen unless
you wana die
regretting, and unless the regret
can undo the
damage done ” suara
hatinya bermonolog lagi.
Menasihati dirinya sendiri.
Badannya hanyalah pinjaman,
yang kekal hanya
rohnya, jiwanya. Suara yang
menasihatinya, yang sering
bermonolog dengannya. Itu suara
rohnya yang pernah
berjanji pada Tuhan
untuk menjadi hamba
yang taat setia sebelum dipinjamkan
badan berbentuk manusia
untuk diguna pakai
di bumiNya. Bila suatu
masa hatinya hitam
dan kelam pasti
suara-suara nasihat itu
akan hilang, yang
ada hanya nafsu
yang beraja di
jiwa. Ah, nauzubillah
Ya Tuhan !
“ Bangunlah Ariana ! Just avoid
him, settle your problem. What’s so
hard ? ” dia terjerit sendiri.
Kadang dengan diri sendirilah yang
banyak kena memaksa. Nak
mandi kena paksa, nak
baca buku kena
paksa, kadang yang
paling teruk, nak
solat pun kena
paksa! Tambah lagi kalau
solat Subuh, ya
solat Subuh....Haih, terus
Ariana Rose bangun
dari katilnya dengan rengusan
kasar. Jam di
dinding sudah menginjak
ke pukul 6.30
pagi. Sikit lagi
matahari mengintai kang
dah tak cantik
Subuhnya tu. Subuh
gajah.
Habis mandi dan
menunaikan solat dia
bersiap untuk ke
pejabat. Sarapannya pun hanya cereal, buah
anggur dan susu
segar. Susu kambing ya
bukan susu lembu.
Susu kambing yang
dimasak dengan cinnamon stick
untuk mengelakkan bau
yang kurang enak. Ariana
Rose bukanlah diajar
untuk minum susu
kambing sedari kecil,
tapi dia memilih
susu kambing berbanding
susu lembu atas
sebab khasiat yang
ditawarkan. Lebih mirip kepada
nutrisi yang mampu
dibekalkan oleh susu
ibu, mampu melindungi
kestabilan DNA, mengandungi oligossaccharides yang
mempunyai komposisi seperti
oligossaccharides di dalam
susu manusia yang
mana bertindak sebagai
probiotic dan
macam-macam lagi kebaikannya. Scientifically proven by
the way, selagi
dibuktikan secara saintifik
memang Ariana Rose
akan menerimanya sepenuh
hati.
Sebelum keluar sempat
lagi dia berdoa
dengan ayat pelindung
diri ;
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku
beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk
suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang
zalim”.
Walaupun dia tahu
dia tidak memelihara
kehormatannya seperti saranan
Tuhan, menutup aurat
sebaiknya. Sepenuhnya, tetapi
doa tetap dibacanya.
Entah bila Ariana
Rose mahu mula
menutup rambut yang
menjadi beban dosa
bagi dirinya...Kemejanya juga
mengikut bentuk tubuh, tambah
satu lagi beban
dosa kepada dirinya..ah,
bukan dirinya seorang,
juga dosa kepada
papanya...tapi kaki tetap
melangkah keluar, sedia
menerima dosa yang
mendatang. Ilmunya berkepuk di
dada tapi nak mengamalkannya
dipilih-pilih....Orang macam dia
lebih teruk dari
si Adam Kamil
yang baru nak
mengenal Tuhan, dosanya
dibuat atas kejahilan. Sedangkan dia ? Sudah
tahu saja je
tempah maut, konon macho
boleh punggah dosa. Konon
umur panjang sampai
masa taubatlah dia
dengan dosa satu
tu.
Hmm…Adam Kamil juga
yang dia banding kan.
Bangun-bangun dah fikir
pasal Adam, si
Datuk muda kacak
persis model. Kepalanya diketuk
berkali-kali, “ Keluarlah
Adam from my
mind…! ” dia bertutur sendiri.
Kalau orang tengok
sah kata tak
betul.
Cepat-cepat dia berdoa
dalam hati supaya tidak
lagi bertemu dengan
Tengku Adam Kamil. Tidak
lagi dikejar jejaka
kacak dan sukar
ditafsir itu. Cukup
sudah beberapa hari
hidupnya bagai menaiki
roller coaster,
sekejap bahagia, sekejap
bimbang, sekejap terasa diawang-awangan. Terbukti
juga dirinya sudah
tidak boleh dipercayai
lagi, bila bersua
dengan Tengku Adam
Kamil pasti hatinya
tidak mampu membenci.
Melt. Melt. Melt and Mad.
Yes, mad sebenarnya....
You are MAD Ariana
Rose.
* * * * ** * * * * * ** * ** *
Suasana aras 7 di Kementerian
Pembangunan Keluarga dan Wanita
di pinggir tasik Putrajaya agak
damai. Cuma terdengar
bunyi panggilan telefon
yang bersahutan. Ramai sangat
orang awam menelefon,
pegawai pun kadang
tidak menang tangan. Di
Kementerian Kebajikan macam
tu lah gayanya.
Belum lagi bertugas
di Jabatan Kebajikan
Masyarakat di daerah-daerah, kalau
tak lagi sibuk
gayanya. Setiap hari
ada je kes.
Beberapa dokumen yang perlu dihantar kepada bosnya dipegang kemas. Dia
teringatkan pesanan umminya tempoh hari yang memintanya pulang Jumaat nanti.
Umminya pun satu cubalah minta dia balik hari Sabtu ke Ahad ke...possible lah sikit. Ariana bangun ke bilik
bosnya, mahu memohon cuti dan menghantar dokumen yang disiapkannya sedari
Jumaat lepas.
Pintu bilik diketuk, dia hanya masuk bila bosnya menyuruh.
" Bos, ni dokumen yang
bos minta” beberapa dokumen
yang sudah elok
diletakkan di dalam
folder dihulurkannya. “Erm..bos...Saya
nak pohon cuti Jumaat nanti, bolehke?"
"Jumaat..." bosnya membelek kalendar, mungkin menyemak bebanan
kerja pada hari itu.
"Hmm okay. Awak hantar borang rasmi cuti melalui sistem HRMIS, nanti
saya luluskan. Balik kampung ke?" pandai pula bosnya meneka. Ariana
senyum.
"Ya bos. Mak saya telefon, katanya ada
hal penting "
"Owh..okay...Oh ya Ariana, mesyuarat dengan pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat esok awak dah uruskan dah?"
"Dah bos..minggu lepas lagi saya dah settlekan. Tinggal handout
je lah tunggu maklumat daripada agensi "
"Okay, that's good. Ni ada surat daripada Kementerian Sumber Manusia,
awak tolong sediakan draf surat maklum balas" surat yang dihulurkan
disambutnya. Dia meneliti kandungan surat sebelum bersetuju.
"Okay, nanti saya hantar draf tu pada bos" bilik bosnya
ditinggalkan. Biasanya mengarang surat ni dia hanya perlu ambil masa beberapa
minit sahaja, tetapi yang melambatkan urusan ialah mahu mengumpulkan maklumat
yang dipohon.
Bila dia kembali ke biliknya, seorang lelaki sedia menunggu dimeja.
Membelakangkan pintu masuk. Memang kerusi tetamu diletakkan sedemikian.
Siapa?
Lelaki itu berpaling ke arahnya. Harith rupanya...
"Ariana..."
"Encik Harith....Ada apa-apa ke ni?" Ariana segera ke tempatnya.
Pasti hal program anak yatim, telahnya.
"Saya saja je datang jumpa awak" Harith tersenyum manis. Patutlah
Harith digilai gadis-gadis yang masih bujang di tempat kerjanya, dengan pangkat
yang dia ada dan usia yang masih muda perempuan mana yang tidak tertawan? Di
tambah pula dengan rupa paras yang menawan..hmm memang gila bayang lah semua
yang memandang.
"Owh..YB Menteri tak ada ke boleh datang melepak kat sini ni?"
Ariana ketawa. Memecahkan kepelikan yang mencengkam rasa.
"YB ke Australia...melawat anaknya kat sana. YB pun nak rehat juga
kan?" gadis di depannya diperhatikan. Terasa berat mahu mempelawa Ariana
untuk menemaninya ke majlis makan malam, tapi dia perlu mencuba nasib. Nak
seribu daya, ulangnya dalam hati.
"Er....Ariana..awak free tak Rabu malam this week?"
Ariana mencongak kalendar. Kenapa dengan Rabu malam? Ada apa waktu tu?
Takkan la Harith mahu mengajaknya dating.
Perasan betul Ariana ni!
"Free...kenapa Encik Harith?"
"Kita wakil Program Anak Yatim ya untuk majlis makan malam amal?
Syarikat OpticalTech yang anjurkan untuk tambah dana program kita. Syarikat ni
salah satu daripada syarikat yang terlibat dalam program yang kita anjurkan"
Urusan rasmi lah kiranya ni? Kalau urusan rasmi dia memang akan pergi. Dia
jenis yang komited dengan kerja.
"Okay, bolehje..Pukul berapa dan dekat mana Encik Harith?" Harith
dah pun senyum lebar mendengar jawapan Ariana.
"Dekat Palace of Golden Horses, pukul 8.30 start. Ada dress code
tau"
"Wah, dress code lagi. Macam program makan-makan orang kaya
je..."
Memang majlis makan malam golongan elite pun. Itulah cara mereka menambah
dana sambil menambah network perniagaan. Tapi Harith tidak mahu Ariana terkejut,
dia diamkan sahaja.
"Wakil syarikat la yang banyak nye Ariana..tapi makan malam biasa je,
awak jangan risau. Apa-apa pun saya ada dengan awak malam tu" Harith
senyum lagi. Murah senyuman betul Encik Harith ni.
"Okay Encik Harith, jumpa kat sana la nanti. Saya call Encik Harith
kalau dah sampai kat sana. Lambat lagi pun kan? Lusa"
"Lusa tu dah dekat Ariana...Ballroom attire ya?"
Ballroom attire?
Dress? Suit?
Amboi, kemain majlis pungut derma ni, bisik Ariana. Rasanya lagi banyak
habis dekat sewa hotel dari menambah dana kalau macam ni.
"Hish...takut saya dengar majlis ni Encik Harith, siap kena pakai dress bagai ni"
Harith menunjukkan riak risau. Dia tidak mahu Ariana menarik diri,
"Makan-makan je...dress code tu biasa lah kan, tuan rumah minta macam tu
kita ikut.."
"Okay...Encik Harith pakai baju apa nanti?"
"Saya pakai suit la.Black suit,
so dress awak nanti terpulang pada
awaklah warna apa. Semua warna match
dengan black kan?"
Bagus juga
Encik Harith ni. Mudah kerjanya nak pilih dress. Mujurlah umminya buka butik,
dia memang banyak dress labuh yang cantik-cantik. Ada satu dress yang masih
belum dia pakai. Dress dari kain sari chifon ungu tua dengan batu permata warna
amber. Kain tu umminya beli di India sewaktu ke sana dengan ayah. Harga kain
sahaja pun dah cecah RM1500.00 atau dalam India Rupeenya Rs15,000.00.
Ariana mengiyakan pendapat Encik Harith.
" Saya fetch awak
nanti?"
Hmm, dah macam nak buat date ni. Segan pula Ariana.
"Susahkan Encik Harith je..."
"Takpe...nanti senang bila sampai sana nanti..Okay ye? Awak tinggal
kat mana?"
"Putri Palma Condominium.. Tak jauh ke dari rumah Encik Harith
nanti?" soal Ariana tulus.
Bimbang menyusahkan Encik
Harith, sedangkan dia
pegawai biasa sahaja.
Encik Harith tu
orang kanan Menteri.
"Tak jauh la. Rumah saya area sini je. Set ya?" kalau jauh pun,
untuk Ariana dia sanggup!
"Set..!" balas Ariana dalam
senyuman. Hilang pula formality mereka
selama ini.
“ Okay, thanks ya
Ariana ! Don’t dress
up too much nanti
susah saya nak halang taycon-taycon tu
dari mengorat awak ” gurau
Harith dalam ketawanya.
“ Hah ? ” Ariana buat muka
menonong. Memang dia tidak
faham pun maksud
Harith. Kata majlis amal
rasmi.
“ Owh...takde pape... Lusa ya ! See
you next time ”
Terus Harith meminta diri,
bimbang makin lama
dia di situ
makin melalut cakapnya
nanti. Yang penting Ariana
pergi. Riangnya dia bukan main lagi
bila Ariana dah
bersetuju. Jumpa di tempat kerja ni memang terhad lah sikit tindak
tanduknya. Semuanya ada protokol, tambah-tambah dengan jawatan dia dan Ariana,
tak manis kalau asyik bersama di pejabat. Dia pun tidak selalu ada di pejabat,
dia akan mengikut ke mana sahaja YB Menteri pergi kecuali atas urusan peribadi
la. Kalau urusan peribadi pun dia ikut, tu dah jadi bodyguard, bukan pegawai khas!
Usai Harith keluar, telefonnya berdering. Nama Datuk Adam Kamil terpapar di
skrin. Dia biarkan tak berjawab. Tidak mahu terus-terusan berhubung dengan
Adam. Dia takut hatinya akan berubah. Dirinya
sendiri memang tidak
boleh dipercayai lagi
bila bertemu dengan
jejaka idaman malaya
itu.
* * *
* * *
Harith menegur beberapa pekerja dalam perjalanan keluar dari department Ariana. Mata-mata cemburu
menghantarnya hingga ke pintu depan.
"Hebat lah Cik Ariana ni kan? Hari tu keluar gossip dengan anak
billionaire, sekarang Encik Harith pula yang datang cari...." Saleha yang
masih bujang di situ dan sangat tergilakan Harith memendam rasa dengan
perhatian Harith kepada Ariana.
Hidayu pembantu Ariana tidak senang dengan cakap-cakap Saleha. Sepanjang
dia bekerja dengan Ariana dia masak benar dengan perhatian yang diberikan oleh
lelaki kepada Ariana, tapi satu pun tidak dilayan. Kalau Encik Harith
tergilakan bosnya, apa dia nak buat? Biarkan je lah.
" Leha...kalau orang tergilakan dia, dia nak buat macam mana? Nak
marah? Nak maki hamun orang tu?"
Saleha tarik muncung. Ada-ada je Ayu ni...asyik membela bosnya je. Saja lah
tu, kipas angin.
"Tak de lah...aku okay je orang nak tergilakan dia.Tapi pokok tak kan
bergoyang lah kalau tak ada angin. Kalau dia tidak menggatal , tak melayan tak
de lah orang tercari sampai ke sini."
"Cik Ariana tu cantik Leha..pandai pula tu...tak payah menggatal,
tayang peha tayang betis pun lelaki dah melutut minta perhatian tau"Hazrul
yang diam sedari tadi menjampuk.
Memang hakikat apa yang dia kata. Memang dia sendiri pun terpukau dengan
kecantikan Ariana pertama kali mereka bertemu, tapi dia sedar statusnya tak
sama. Ariana bos, dia ni staf biasa je.
"Hmm lelaki memang buta, nampak yang cantik je.." Arfah yang agak
kamceng dengan Saleha cuba membela kawannya.
"Kalau cantik sahaja tapi perangai teruk, hati jahat, hah
tambah-tambah yang mulut macam longkang, lagi lah kita orang tak mahu!"
Ayat pedas dari Hazrul mendiamkan Saleha dan Arfah. Ayu tersenyum sinis,
macam-macam yang orang boleh tak puas hati. Sampai ke cantik pun boleh jadi
isu. Jadi cantik pun satu ujian sebenarnya. Ujian untuk menjaga maruah dari ketaksuban
menjadi lebih cantik, ujian bila mendapat pelbagai perhatian dan tawaran dan
ujian bila dibenci oleh kaum sendiri. Itu kata Cik Ariana padanya dulu. Kata
Cik Ariana, adalah lebih bermakna
dicintai oleh seorang lelaki yang dicintainya dari dicintai oleh seribu lelaki
yang dia langsung tiada perasaan terhadap mereka.
Yang penting perlu bersyukur dengan apa yang dikurniakan Tuhan. Kalau asyik mengejar sesuatu yang kita tak
ada, kita takkan nampak kelebihan yang kita ada!
Ayu mula menyambung tugasannya. Beberapa maklumat perlu dihantar kepada
bosnya.
-------------
Assalamualaikum wbt n afternoon all ! ;)
Ada satu bab lagi sebenarnya kena siapkan before pos baru,haha, tapi kalau nak tunggu siap 3 bab mmg weekend ajalah baru berjaya.lol. Thanks a lot for all your response guys! It does make my day :) Entry ni Adam tak muncul, selalu sangat keluar nanti bosan pula semua orang kan? asik2 Adam je..hehe. Tapi Datuk Adam reti mengalah ke ?and what will be happen at the ball ?
Thanks a lot for your support !After listening to this SONG : terus ada mood nak write up Adam and Ariana's honeymoon time.hehe ;p
Doa pelindung diri tu doa yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.
Doa pelindung diri tu doa yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ertinya :
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul
Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah
aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat
Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403
; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
:) wah...best2...akhirnya....lama la tunggu entri kali ni....thanks cik writer....xsabar tunggu next entri...:)
ReplyDeletehaha lama ek? pejam celik pejam celik dah rabu. cpat sangat masa berlalu.
Deletethanks ya anon! ;)
tq cik writer..syg awk bnyk2 sbb ad entry bru..hehe..
ReplyDeletediner tu mesti bukn diner amal kan..ish ta nak la ariana g ngan harith..
nk datuk wira jugak..so datuk kejar jgn ta kjr..hehe..
thanks untuk sume info y berguna, cara sis ulas bout aurah n the doa n few othr words which make my mind work out on understanding it..
part y sy suke time awk ulas hal org y jahil berubh slowly n bndigkn dgn y da tau p still plih2 na ikut o not..ad y solt p still not covering their aurah,it suits everybody..bukn ariana je y mcm tu rmi lg n including me..
pape pun expecting the best fr u n hope next2 entry akn ad lg info y berguna mcm sblm ni..
~adda~
saya pun sama adda ...sob..sob..ada ilmu tapi amalnya dipilih2.. iAllah sama2 kita berubah dan stsa doakan diri kita mudah nak buat ibadah :) majlis amal yg gila grand Ariana will be shock later. hehe.
Deletethanks adda for reading ! ;)
tak sabar nk tggu next entry
ReplyDeletecominggg my dear ;) lol
Deletetinggal 1 bab je ker yg na diposkan dlm blog ni?
ReplyDeleteeh tak..tak..sampai bab 27 most prob ;)
DeleteHah only 27? Alaaaaa..... Hehehe
Deletehaha yeah just 27....and hopefully once it hit bab 27 here, the novel is out there. hehe
DeleteYeah i suka cara u evelyn,bila citer kat blog abis buku dah ada d pasaran..Insyaallah pasti beli!
Deletelol thanks Syarp! ;D plan nye camtu la.haha. Kene push diri sdri ni nk write up hehe
DeleteAgaknye adam mesti ada skalikan dlm ball2 nnt, harith2 boleh blah jauh2, ariana adam punye he..he..
ReplyDeletehaha kejammss sian harith. tapi thats what i feel too.lol
DeleteAiiihhh.. Untungnya ariana rose!! Suma org sayanggg.. Takot nti dato wira ada jugak dlm majlis tuu.. Apa nak jd plak nti.. Agak2 juling x masa dinner tu dato asik dok jeling ariana rose ngn harith.. =p
ReplyDeletehahaha sampai juling tu! u bet my dear, u bet ;p
DeleteNice!i really love the way u expressing about aurat,doa and evrythg la senang cerita.hehe.oh and lagi2 about kecantikan tuh. Reality kan. Nway,tak sabar nak tunggu new entry :D
ReplyDeletexoxo,atiq
haha reality atiq, kesian org cantik, selalu dibenci tanpa sebab...and slalu jadi masalah dan ujian jg ;) - thanks for seeing d gud in this stroy! ;))
Deletenak lagi....best la citer ni..byk jgk ilmu yg dimasukkan..bkn suke2 kisah cinta je...pandai la evelyn rose ni...hehhe
ReplyDeletehehe thanks nur, u make me blush.lol - ilmu ciput je, kongsi mana ada ;)
Deleteevelyn xde fb ke??name ap evelyn ni??hehheh
Deletehaha fb personal ada la nur...segan la nak share ;)
Deletehehheh....segan ke??xpe2.....xsbr nk tnggu next en3 la....biar la aryana kuar gn hariz tu...bg si adam jelez kaw2..hahhahah
Deletehihi i'm a shy person, lol ;p - Adam is an anaconda remind you, when he is mad ;)
Deleteevelyn rose ni name bunga kn??hehe...nt if da kawen.ad anak...nk letak name rose la kt blkg name dyorg...huhu
Deletepergh, dah nak kawin ye? haha
Deleteish..blom ag...blajo pon xhbs ag nh.....evelyn ni da kawen ke blom??kalo blom,..nt kenduri ajak la sy ye...huhu
Deletebest..
ReplyDeletependek la cite ari ni.. tak puas
hantar cepat sikit..tak sabar nak tunggu
lol thanks anon. iAllah tgh memaksa diri tulis habis ni.makin ari makin sibuk...tkut makin lama makin susah nak menulis. tgal few chapters je lg nak habiskan. hehe
DeleteExcitednyeee for next ep.... Wonder apa adam akan buat utk mng hati ariana wak2 that chairity ball
ReplyDeleteowh Adam he is an anaconda . haha
Deletei want adam..adam ..adam hehe
ReplyDeletehahahah if he is real he sure gona love this - like his own pom pom girl
Deleteconfm ade adam. compahy tu adam punya. datuk wira katakan mesti byk cabang kalo tak cmne nak pikat ariana. anak datuk tu. maintanennce tinggi.apepun best byk ilmu dikongsi brsama, saya suke,
ReplyDeletehaha maintenance tinggi kan si Ariana ni. lol thanks anon ! ;)
Deleteu bet he is there right? we'll see ;p
tq evelyn....bab ni xde adam plak...huhuhu...kebetulan bukak blog u n hanina..2-2 ade entry baru...sayanggggg korang...muahhhhhhh :)
ReplyDeletewahh sy ngn miz nina kt ni mcm ada antena sama je ni.lol- lurve u too dear ;)
Deletering ring dong dong.... assalam cik evelyn
ReplyDeletekijam!!!adam xder!!!! kenapa? why???? saya windu..... eceh, kuar nama dia dkt hp rose pn jadilah, wlpun xder dialog.... dlm crita ni ramai yg nampak salah dan dosa adam jer, padahal cik rose pn lbih kurg jer, syukur la dia sedar, dari angkara fitnah dialh semua hal ni blaku, wlpun untk tujuan yg baik, tpi cara yg dia gunakn salah. memang bukan semua org btudung tu baik, tpi bukankah btudung itu lebih baik, kalau kaki kita ni pun aurat, apatah lgi rambut. hati2, setiap pgerakkn, wangian yg kta gunakan tu, make up, cara bcakap, penting kita jaga, jgn sampai mnghairahkn org lelaki, takut blakunya maksiat, pandangan mata pun sama,bukan adam jer leh terkam dia, tu enck harith tu pn boleh juga, so jgn selalu kata adam tu miang la, bnafsu la...stop blaming others.
saya nak adam.....i want him so bad... huhuhu. nak buat fanclub adam la.... hikhik ok tq.. tlg krim salam windu peluk cium saya dkt my lovely bad boy. i miss him so much.
hahaha zm ! ;D lol salam peluk cium Adam ye ? lol - nnti Ariana maraaah ;p
Deletetrue zm, salu benda2 kecik la kita tak nampak as dosa kita. kita selalu hukum apa yg jelas nyata depan mata tapi Allah tengok - dan kira semua benda - seen and hidden. n setuju jg tak semua yg bertudung tu baik, ada yg pakai tudung sbb culture - depend on niat. but all this some learn it w/out going trough the mistake some learn it from mistake :)
fanclub Adam ? OMG Adam gona be famous soon.lol - he must be shock! ;p
kalau every entry ada Adam saya tak kan jemu lah kekeke :p Bila dorang nak kawen ne? Tak sabar tau.
ReplyDeletehaha tgu tunang dlu baru kahwin ;p
Deleteyeay best.... seperti pembaca2 yg lain, rasa tak sabar nak tunggu next entry utk mengetahui what's gonna happen to adriana, harith and perhaps adam....
ReplyDeleteJika adam is in the storyline, adakah adam akan berdiam diri & memerhati drp jauh kemesraan harith & adriana atau adam akan menjlnkan strateginya utk menjauhkan harith drp adriana? Jeng...jeng...jeng...
evelyn... cepat2 update new entry ok.....
waaah dah bleh jadi pengulas cerita ni anon.haha.
DeleteJeng...jeng...jeng !
wa!!!!xsgke arini bertuah,,,bkk je blog da ad n3 bru....ske sgt2.....cik writer tq yer,,,,n ske wt smua org ttgu2 blog u....luv ariana n adam...
ReplyDeletehaha tu lah kan cik writer ni menulis ikut mood. habis2 semua org tertunggu.hehe. thanks fatiha ! :)
Deletesaper evelyn rose ni , ya ? best la u...mcm2 ada...
ReplyDeletehrp jgn take time lama sgt utk next n3...x sanggup tggu lelama sgt...
x sbr nak tau sejauh mana adam fight utk dptkan cinta ariana...huhu
hehe we gona see Adam's reaction! ;p
Delete-Eve : d doraemon pocket- sbb mcm2 ada ;)
tak sabar nak tahu... apakah yg terjadi masa dinner tu...... mesti dramatik kan......
ReplyDeleteoh yes, i gona say that - u r right. berdebar nak publish chapter ball event,hehe
Deletesalam, novel dah nak kuar ker...walahhh suka2...
ReplyDeletecepat2lah nanti senang leh baca ulang2 dari awal sampai habis....tak ler mcm pungguk rindukan bulan, tiap2 hari refresh blog nie nak tgk ada update tak...hahaha truly i'm crazy over Arianna & Adam...luv them much ...tahniah juga buat cik penulis..teruskan usaha...luv u :-)
wsalam wbt Yus ;D
Deletenovel tu tgh siapkn manuskrip nti anta kat publisher dorg semak2 dulu berkenan ke tak.hehe.mtak2 ok la kan..doa ye ! - kalau dah macam pungguk rindukan bulan ni, kenalah Eve menggandakan usaha siapkan manuskrip.hehe
thanks Yus!
Best2..Rindu kat tengku Adam kita :) hihi
ReplyDeleterindu ? hihi kena seru nnti dia kuar.lol
Deleteok.. lepas ni mungkin da tak boleh jenguk blog evelyn hari2. sbb da balik kampung. sobsob.. tapi takpe la.. da kuar novel nnti kan boleh beli.. yihuu~ gudluck evelyn.
ReplyDelete(^^,)
dah balik kampung dah ? bestnyee! enjoy ur vacation! pray that d novel will be out on time.haha - gona miss ur comment and u too pinoc ;)
Deleteuh-oh, ariana dah dok teringat2kan Adam dah tu. Mesti masa majlis tu Adam ada juga kan? Hahaha. Jgn adam dok berdrama sudah.
ReplyDeletehaha Adam kalau dia buat drama terus scary..krr...
DeleteDear cik evelyn yg comel
ReplyDeleteBila next update? Tak sabarrrrr
hehe anon. mcm very soon je ni, smooth plak mood nak menulis this time, tapi tak siap lg.lol ;))
DeleteAgak2 bila nk kuat n3 baru? x brape nk sabar dh ni. huhuhuhu.......
ReplyDeletehaha anon ni pun dah tak sabau dah ye, mcm anon kat atas ;p - v soon ! ;)
Deleteyeye...best2...lama nya tggu n3 br ni ...xtau nk komen cam peminat u yg len2...semua n3 superb la..kali kena tgu bape r ari lak ?? ..waaaaaaa...miss tg adam..
ReplyDeletehahaha terus tanya berapa ari kan?hahaha - tak leh jamin la lepat, u bercucuk tanam i jual goreng pisang. kalau customer kurang cpat la sket nak menulisnya *Eve dah merapu.haha
DeleteYeah!!!berbaloi tggu!!!
ReplyDeleteTerbaik laaaaa!!!!
haha Farra si org kuat TWB keke. baru blk keje ke ;p
Deletebest2 truskn ag..tah2 jmpe ag ngn adam kt dinner nti
ReplyDeletejumpa ke tak? jumpa ke tak ek? hehe
Deletewah bertambah best... cptla tambah en3 baru... tkt cuti sem xdpt on9...hehhehhe
ReplyDeletemakin menarik wow.huhu
ooO dah makin ramai dah nak cuti sem ni. habis xm kan, cuti la ye...iAllah Eve siapkan cpat2 utk nasylla baca.lol
Deletehhehehe... yup nk abis da... ni pun menunggu paper last... sambil2 tu ari2 buka blog nie manataw ada n3...huhuh
DeleteFinally...ada jg update dr kak eve..:)
ReplyDeletebest but pendek la...
still AWESOME!!!
x sabar nak baca part drg tunang..
waiting for the next n3 ^_^
part tunang is cooming....its like crawling slowly..hehe. Thanks Fie! u r AWESOME too! ;D
Deletehehe...tp nak baca part dinner dulu...
Deletecepat la update...
x sabar la nak baca...
^____^
Dear ER,
ReplyDeletetak sabar nk bc n3 seterusnya...tqs! tc.
kiki tgh write up sbnrnya ni, take a peek kat blog jap.haha. siap bleh update.lol.thanks Min and take care u too ! ;D
Deleteeve,akak lebih pada bad boy lah dari harith ni.he,he apa pun best x pernah kecewa dgn semua n3 setakat ni.
ReplyDeleteterbaik lah eve.
-kak sufiah-
thanks kak sufiah ;D semangat sket nk mengarang ni. arini penat la mcm nak pengsan tak sempat nak menulis lg. esok nak bertapa jap- kalau siap mencapai milsetone update la dia.hehe
Deleteramai ske bad boy kan ? - haha
bila nk smbg ni? dah x sbr dan nk thu perkembangan seterusnya...
ReplyDeletesukalah ada reader cmni, buat Eve motivated nak menulis dgn cepat.lol. Eve pulun esok ye, kalau bjaya iAllah cpat la ada update ;))
DeleteSuka sgt karya U.....sweet & byk pengajaran juga dalam cite ni....Tahniah...
ReplyDeleteowh thank ssal ;) thats very nice of you ;D
DeleteMana adam??? Winduuu sama adam... Sambung lg la cik evelyn cayang bucuk... Hihihihihiiii.... Arghhhhh
ReplyDeletehahaha mcm dah stress je tu tunggu, haha. dah sambung dah ;p
Deleteapa reaksi ariana bila kena tunang?apa reaksi adam bila tau ariana tu tunang dia?
ReplyDeletetak sabarnya nak tahu ohoii~~
betul la...cpt cikit update cik Eve
Deletesalmiah dan kiki : peminat tegar adam dah tak sabau ye,lol.dah ada bab 21 enjoy ye! Salmiah , mmg drastik/bombastik la reaksi Adam, serius
DeleteEve bla nk upload entry bru???
ReplyDeleteWell mna new en3? Sangat teruja.....
ReplyDeletelol Farra dengan Bella, dah update dah kiki - uodate dlu baru balas sini.hehe
Deletenampaknya ramai customer beratoq beli tu psai eve lmbat post new n3........huhu..sabaq2(sambil urut dada).:))
ReplyDeletehehe sabaq ya lepat, but bab 21 dah keluar dah tu,hihi.
Deletep/s: laris sangat goreng pisang ni, tak memang tangan Eve. haha
yeah the beatles...<3
ReplyDeletenak lagi~
mst adam jeles tgk harith ngann ariana kan...=)
owh ni mesti peminat d beatles kan? kan ? saya pown! kiki
Deleteble nk ada n3 baru ni...rasanya setiap kali guna internet buka kat cni tp stiill x ada n3 baru...cpt2 la letak n3 bru...
ReplyDeletenk n3 bru...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEve outstation ker?
ReplyDeleteSlalu cpt jer upload?^^
anon1, anon2, dan farra : okay kipas susah mati Adam, dah update dah, hehe ;P
Deletebile n3 bru nk ada ni??? :(
ReplyDeletedah ada dah tu, hehe ;)
Deletelike!like!like! wah mmg hebat penangan TWB ni...dlm 1 day sy boleh abiskan 20 entry...sanggup skip lunch, well done Evelyn Rose...Wanna read more...
ReplyDeletewooow! sanggup skip lunch, thanks jejak si merah jambu! jgn gastrict ye hehe
DeleteEve busy ker???
ReplyDeleteyes soo bussyy farrraa but arini is kinda leasure sikit.hehe
Deletei felt like i'm reading one of Judith McNaught's novel (particularly Almost Heaven) when i read your TWB.. :) nice, indeed.
ReplyDeleteKeep on writing wonderfully wonderful story, wonderful lady :)
wah Judith is soo awesome! mmg berdecit lah kalau dapat jadi dia.hehe. I do LOVE Almost Heaven! It was her first novel I read, and that time I was 13! but up to now I still remember Elizebeth and Ian ! ;D
Deletethanks Rhyz!
nak beli novel ni, jual online takde ke, huhuhuh
ReplyDeletenak beli novel ni, jual online takde ke, huhuhuh
ReplyDeleteala harith nk bawa arina g majlis ape tu..hope klau pape jd adam ade di situ..hehe
ReplyDeleteps:sy suke cara akak menulis..sbb akak ade selit2kn ilmu agama dan doa2 yg boleh sy amalkn..tq akak =)
Harith plak dh suke ariana....
ReplyDeleteLurus ariana ni..x tau yg ada org suke kat dia.Hehehe...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete