Untukmu Cinta Bab 4
Bab 4
4 Februari. Jumaat.
Kediaman Datuk Arman, Penthouse, Mont Kiara 11
“ Datuk, Mat Dan despatch dari HQ datang
untuk hantar dokumen yang Datuk nak tadi. Dia ada kat
bawah. ”
Datuk
Ir. Arman berhenti dari
menaip. Pandangannya dialihkan kepada
Razak yang berdiri
di hadapan pintu
masuk bilik pejabatnya. Dokumen ada
di tangannya. Datuk Arman
tunduk dan memberikan
signal dengan tangannya
supaya dokumen tersebut
diberikan kepadanya. Razak menurut. Dokumen dalam
sampul dicapai oleh
Datuk Arman. Dibaca dengan
teliti. “ Panggil Mat Dan naik.
”
Berkerut
wajah Razak. Biasanya Datuk
Arman tidak pernah
nak berjumpa dengan
staff lain. “Okay
Datuk. Saya panggil sekarang. ” Laju dia
melangkah keluar. Apabila pintu
ditutup terus dia
berlari laju turun
ke aras bawah. Mengah
dia dibuatnya. Ya lah, takut
Mat Dan dah
tinggalkan perkarangan rumah !
Panggil
Mat Dan ! Panggil ! ” Laung Razak
kepada pembantu rumah
dan penjaga kebun
yang berdiri di perkarangan rumah. Di
kawasan kolam renang
yang berhadapan dengan
tangga ke aras
atas. Terpinga-pinga mereka tengok
Razak.
“ Panggil
Mat Dan lah ! ” Pekik
Razak kali kedua. Bengang wajahnya
apabila Mak Cik
Dian dan Pak Abu buat
dek je bila
dia suruh panggil
Mat Dan. Nak kata tak
faham bahasa, rasanya dua -
dua orang melayu.
Terkebil-kebil Mak
Cik Dian dan Pak
Abu memandang Razak
yang berdiri depan tangga utama
ke aras atas. Di
belakangnya berdiri Mat
Dan. Mak Cik Dian
angkat tangan. Ditunjukkan kepada
Mat Dan yang
turut terpinga-pinga memandang
gelagat Razak.
“ Apa ? Orang cakap
panggil Mat Dan. ” muka
Razak bengis bercampur
geram.
“ Er… Encik
Razak.” Mat Dan cuit
Razak dari belakang.
“ Oh
Ya Allah ! Terkejut mak
kau ! ” terlompat Razak bila
tiba-tiba ada orang
cuit dari belakang. Ingatkan apa lah
tadi rupa-rupanya si
Mat Dan dok
tercegat di belakang
dia. Mamat ni pun
satu, kalau tahu orang
panggil dia macam
nak gila tu
kenapa tak jawab
awal-awal? Tak pasal-pasal malu
pula dia bila
melatah macam tu.
“ Kau
ni Mat Dan, kenapa
tak sahut aku
panggil. Yang kau dok
tegak macam pokok
belakang aku ni
kenapa ??? ”
Mat
Dan senyum serba
salah. Kepalanya digaru perlahan
walaupun tak gatal. “ Er… Saya dalam
tandas tadi… Ingatkan kenapa
Encik Razak cemas-cemas
macam ni.”
‘ Nak
melepas pun terbantut…’ sambung Mat
Dan dalam hati.
“ Isk
kau ni…. Dah, ikut aku
naik atas. Bos nak
jumpa. ”
Mat
Dan sengih serba
salah. Dia mengekori Razak
dari belakang. Mata melilau
memandang sekeliling rumah. Rumah
penthouse di kondominium
mewah. Siap ada dua
tingkat lagi. Di luarnya
ada kolam renang
dan taman bunga. Hiasan
dalamannya gaya moden
mewah. Dari tangga aras
satu dia dapat
m elihat ruang tamu
dengan cermin penuh
mengadap kolam renang. Sekelilingnya dihiasi dengan taman
yang mendamaikan.
Hmmm…Kalaulah ini rumah
dia kan bagus ? Sambil berjalan
sempat dia berangan. Kalau dia
jadi Datuk Arman, pasti
dia berbini 4. Orang
kata, lelaki kalau mampu
apa salahnya? Tapi sedari
tadi dia dok
intai-intai dari bawah
sampai ke atas
tak ada pula
gambar perempuan mana-mana. Hatta gambar
keluarga pun tak
ada….
“ Mat
Dan, bos panggil masuk. ” Suara Razak
mematikan lamunan Mat
Dan. Tercegat Razak pandang
dia dengan wajah
serius. Razak dengan bos
sama je, dua-dua serius
je memanjang.
Razak
bukakan pintu. Mat Dan
membolos masuk. Lagaknya santai. Dia
bukan pandai nak
serius macam Datuk
Arman dan Razak. Sempat
lagi dia memerhatikan
ruang pejabat Datuk
Arman. Luas. Apabila masuk sahaja
meja ofis Datuk
Arman berada di
sebelah kanan, mengadap pintu
masuk adalah dinding
kaca begitu juga
dengan dinding sebelah
kiri. Rak- rak buku memenuhi
dinding batu. Sofa di
tengah ruang dengan
konsep minimalist. Ada beberapa
pokok kaktus dan
orkid di ruang
bilik. Satu bilik ni dah
macam
dua bilik rumah
dia. Dinding yang diperbuat
dari cermin kaca
membolehkan mereka melihat
pemandangan bangunan-bangunan pencakar
langit di Kuala
Lumpur termasuklah bangunan
ikonik KLCC dan
KL Tower. Dari jauh
Kuala Lumpur nampak
kecil sahaja… Dari dinding
kiri pemandangan hutan
hijau sangat menenangkan. Patutlah bos
suka buat kerja
di rumah… Fikir Mat
Dan dalam hati.
“ Ya, bos
? ” Puas matanya melilau
ke kesuluruhan bilik
akhirnya jatuh pada wajah bosnya. Lelaki yang
selalu sibuk. Di mejanya
bukan setakat ada
dua monitor, malah 4! Tak
cukup dengan itu, ada
satu TV LCD
di dinding yang
mengadap meja Datuk
Arman. Terpapar skrin yang
memaparkan pasaran stok
semasa. Siap dengan graf
bagai. Dah macam broker
saham. Tapi memang Datuk
Arman banyak juga
buat trading dalam stock market
dan investment
dalam syarikat dan
hartanah. Itu yang dia
dengar-dengar lah. Dia sangkakan
biasa-biasa sahaja, rupanya memang
serius gayanya. Malu pula
dia pada lelaki
di hadapannya itu. Dalam
usia 41 tahun
Datuk Arman dah
punyai semua ini. Dia
pula sudahpun mencecah
30 tahun tapi
masih macam ni. Rugi
dia tak belajar
bersungguh-sungguh dulu.
“ Zaleha
cakap awak ada
jumpa dengan orang
yang buat demonstrasi, betul ? ”
“ Ada
bos. Saya dah
beritahu Kak Leha
semua maklumat. ”
Wajah
Arman masih serius. Dia
tekun memandang skrin
monitor sebelum mengalihkan
skrin menghala pada
Mat Dan. “ Yang ni pengerusi
? Betul ? ”
Dr Eve Alvina
Terpempan
wajah Dr Eve
Alvina di situ. Orangnya tinggi
lampai. Rambut ikal mayang… Macam
model. Itulah gadis cantik
yang lantang bersuara
mengetuai demonstrasi. Mat Dan
mengangguk gusar. Serba salah
pula dia kalau-kalau
bosnya nak saman
mereka ke ? Dia bersuara
perlahan, “ Saya ada cakap-cakap
dengan dorang… Katanya dia
nak educate masyarakat mengenai
kesan buruk terhadap
ekosistem bos, bukan nak condemn
ke apa… Cuma nak
pemaju tahu dan
buat perancangan untuk
mengurangkan kesan negatif
terhadap habitat
hutan dara.”
Arman
angguk lagi. Tak bersuara. Sikap pendiam
Arman kadang-kadang buat
pekerjanya gusar. Mat Dan
menambah lagi apabila
bosnya masih berdiam
diri.
“ Erm… dorang ada
bagi flyers ni bos… ” Mat
Dan menghulurkan flyers kepada Arman. “Sabtu
ni ada talk free
untuk siapa-siapa yang
berminat nak tahu
lebih lanjut mengenai
impak empangan terhadap
alam sekitar dan
cara mengurangkan kesan
negatif tu.. ”
Arman
pandang Mat Dan
penuh minat. Menarik juga. Daripada bacaan
dia pun nampak
macam orang-orang yang
berpengetahuan.
“ Kat
mana talk tu ? ” Tanya Arman
pendek.
“ Dorang
cakap nanti dia
email. ”
“ Awak
bagi email awak
ke tadi ? ”
Mat
Dan angguk. Alamak, dia siap
masuk jadi ahli
lagi ! Kalau bos tahu
habislah…
“ Semua
orang boleh datang ? ”
“ Er… rasanya lah… ”
“ Bila
mereka emailkan tempat, beritahu saya
atau Razak. ” Pendek dan
mendatar sahaja suara Arman.
Mat
Dan angguk serba
salah… “ Ya bos… ”
“ Razak ! ” Panggil Arman kuat. Mat Dan
berdebar. Kenapa pula bos
dia ni panggil
Razak kuat macam
tu ? Marah pada dia
ke? Razak terus
menyahut dari luar
dan membuka pintu sebelum
memasuki ruang pejabat. “ Tolong kosongkan
jadual hari Sabtu
dan ingatkan saya
serta Mat Dan
ni untuk update kita
tentang talk dari pihak demonstrasi. Katanya hari
Sabtu, tapi tak tahu
pukul berapa dan
di mana lagi. Nanti
dorang akan email
pada Mat Dan.”
“ Bos
nak pergi ke ? ” Tanya
Razak serius. Wajahnya nampak
keliru.
“ Mmm ya. Disguise as a
public person je. ”
“ Nanti
dorang tahu bos
dari GCI Energy
macam mana ? ” tanya Mat
Dan gusar.
“ Kalau
ya mereka tahu
pun, apa salahnya ? Itu tujuan
mereka buat demonstrasi
kan? Nak pemaju tahu
kesan empangan terhadap
eko sistem dan
cara untuk kurangkan impak
negatif ? Tapi kita low profile
je nanti. Bukan nak
buat hal, nak dengar. ”
Mat
Dan angguk bersetuju. Harapannya tak
adalah Arman nak
bawa gangster ke, atau
nak buat kecoh
ke… Dia dahla berkenan
dengan Orkid. Kalau hari tu
nanti dia terpaksa
pilih antara Orkid
dan bos dia ? Di
antara mata pencarian
dan mata air… Hmmm… Macam mana?
“ Awak
pun datang sekali
Razak. ” Pesan Arman mendatar. Pandangannya terus
ke mata si
Razak yang sedang
berbelah bahagi. Dia ada date la
hari tu ! Sampai bila
dia nak sibuk
macam ni ?? Dah sepuluh
orang awek tinggalkan
dia sebab dia
tak ada masa
untuk mereka. Baru je
nak ada peluang
dengan awek baru
episode sibuk memanjang
kembali lagi. Biasanya kalau
Arman ke luar
negara kurang sedikit
sibuk dia di
Malaysia. Kalau Arman minta
dia ikut sekali
memang kerja, kerja, dan
kerja ajelah… Umur dia
pun dah 35
tahun! Tak mahulah dia
jadi anak teruna
tua macam Arman.
“ Saya… ada
hal bos. ” Suara Razak
kedengaran serba salah.
Pandangan
Arman yang kasual
berubah jadi tajam. Macam
pandangan serigala jadian
yang sedang memburu
mangsa. Pandangan yang buat
Mat Dan tiba-tiba
rasa seram. Memang betul
kata Kak Zaleha , Datuk Ir
Arman memang garang
orangnya!
Razak
tahan nafas bila
jelingan maut diterima. Liurnya ditelan
payah. “ Er…. Tak apa, saya alihkan
ke hari lain. ” cepat-cepat Razak
manambah sebelum bos garangnya
itu mengeluarkan kata-kata
pedas atau yang
paling ngeri kalau
perkataan “ You are fired ” yang keluar.
Haru dia. Dahlah kereta
pun guna kereta
syarikat, rumah pun rumah
syarikat. Merempat dia nanti.
“ Okay, terima kasih. Jumpa
awak dan Daniel
hari Sabtu ni. ”Arman
angguk perlahan sebelum
matanya kembali ke
skrin komputer. Suaranya masih
mendatar seperti kebiasaan. Dia memberikan
isyarat tangan supaya
mereka beredar.
******************
Usai
pintu bilik pejabat
Datuk Arman ditutup
terus Mat Dan
melepaskan nafas lega. Baru
je mesyuarat 20
minit dengan Datuk
Arman dah pun
buat dia sesak
nafas. Patutlah Kak
Zaleha takut sangat
dengan bos. Dia pandang
Razak yang nampak
tenang di tepi.
“ Bos
selalu macam tu ke
? ” Soal Razak perlahan. Hampir berbisik.
Razak
turuni tangga. Mat Dan
menurut. Apabila jauh sedikit
baru dia bersuara.
“ Macam
tu la, macam mana
lagi ? ” Jawab Razak garang.
Mat
Dan sengih serba
salah. Dua – dua sama sahaja. Mood
tak menentu. Patutlah sampai
sekarang tak berbini. Perempuan mana
yang nak kalau
garang macam tu ? Mat
Dan diamkan diri
sampailah di muka
pintu Razak hulur
sebatang rokok pada
dia. Mat Dan pandang
tak terkata.
“ Saya
hisap vape Encik Razak. ” Mat
Dan sengih. Muka serba
salah.
Razak
angguk perlahan. Wajahnya nampak
stress. Apabila keluar
dari muka pintu rumah
, terus Razak menyalakan
puntung rokok. Anak matanya
memandang langit di
luar jendela. Mengelamun.
“ Fikir
apa tu Encik
Razak ? ” Mat Dan dengan
muka tak malu
bertanya. Dah perangai dia selamba macam
tu. Razak alihkan pandangan
ke wajah Mat
Dan.
“ Fikir
hal dunia. ” Sepatah dia
jawab. Lama kemudian dia
menambah. “ Kau dah kahwin?”
“ Belum
Encik Razak. Tak cukup
duit lagi nak
pinang anak dara
orang. ” Mat Dan sengih. Dia
bangun setelah siap
memakai kasut.
Razak
berfikir pasal dirinya. ‘Duit ada
tapi masa pula
yang tak ada. Mungkin
tak cukup kaya. Kalau
dah kaya sangat
nanti tak perlu
lah dia bekerja
macam sekarang. Perempuan pun bertenggek je
datang nanti asalkan
ada kereta mewah,
ada rumah besar, ada
wang berlonggok dalam
bank.’ Monolog Razak dalam
hati. Cuba sedapkan hatinya
sendiri. Di kampung tu
sampaikan mak ayah
dia ingat dia
ni tak minat
pada perempuan. Dia bukan
golongan kaum lut
yang Allah tak
suka. Dia normal. Cuma masanya
sahaja yang tak
ada! Asal balik kampung
aje adalah yang
bertanya pelik-pelik. Berang juga
dia.
Melihatkan
Razak yang masih
termenung jauh, Mat Dan
menambah. “ Encik Razak dah
kahwin ke? ” Soal dia
pada Razak, berpura-pura tak
tahu. Walhal dia tahu
sangat, Datuk Arman dengan
Razak ni dua-dua
anak teruna tua.
Razak
sedut asap rokok
sebelum menghembuskannya ke
udara.
Mat
Dan tahan nafas. Sudah
lama dia tidak
merokok. Sejak dia gunakan
vape untuk menggantikan
rokok, asap rokok pun
dia sudah tak
tahan. Berbanding rokok, vape tiada
bau tar. Tar itulah
yang rosakkan paru-paru.
“ Nak
kahwin macam mana, aku
nak dating esok pun
dah kena block dengan
bos. ” beritahu Razak dalam
nada tak puas
hati. Garu kepada dia, macam
mana nak terangkan
pada Nina nanti ? Dia
baru sahaja kenal
gadis itu. Orangnya stylish,
cantik dan diminati
ramai. Dia kenal pun di Kelab
Havana. Dia biasa ke
sana waktu hujung
minggu.
“ Tunda
dating waktu
malam tak bolehke
Encik ? Ceramah tu rasanya
tak adalah sampai
ke malam. Kalau sampai
ke malam tu
gayanya dah macam camping. ”
Razak
jeling Mat Dan. Mat
Dan telan liur.
“ Kau
cuba konfem awal-awal
dengan penganjur tak
boleh ke?
Boleh
aku beritahu makwe
aku tu awal-awal. ”
Pandangan
Razak yang semacam
tegangnya itu buatkan
Mat Dan serba salah.
Dia garu
kepala lagi sekali. Penat
betullah kerja dengan
dua orang yang
muka asyik tegang
je ni. Serius je
memanjang. “ Saya cubalah Encik
Razak. ”
“ Tak
ada ke contact
? ”
Mat
Dan fikir lama. Hah! Nasib baik
ada kad perniagaan
lelaki yang dia
bercakap tadi.
“ Ada…ada…”
“ Call
sekarang. ” Arah Razak
mendatar. Mat Dan senyum
serba salah. Kad perniaagaan
lelaki tadi dia
cari dari kocek
seluar. Minta-mintalah ada.
Kalau tak, mampos. Kad perniagaan
tertera nama Adam dan
nombor telefon pejabatnya. Tak ada
pula nombor telefon
bimbit…. Mat Dan dail juga
nombor tersebut. Tak lama
telefon berbunyi, ia terus
diangkat. Suara seorang perempuan.
“ Hello. Firma Arkitek
Hassan Seni. ”
“ Er… Hello… Encik Adam
ada ? ”
“ Oh… Encik
Adam tak ada
di pejabat hari
ni. ”
“ Oh… Er… Dia ada organise ceramah
Sabtu ni kan ? Boleh
saya tahu pukul
berapa ? ”
“ Ceramah
berkenaan empangan ke ? ”
“ Ha, ya ! ” Mat Dan sengih
lebar apabila suara
ditalian tahu berkenaan
ceramah tersebut.
“ Dari
pukul 10.00 pagi
sampai 1.30 tengah
hari. ”
“ Okay, terima kasih
ya. Boleh saya tahu
kat mana ? ”
“ Di
Wisma Seni tapi
bilik mana tu
nanti kita konfemkan
melalui email ya. ”
Mat
Dan sengih lagi. “ Ya.. ya.. okay. Terima kasih. ” Talian dia
matikan.
“ Pukul
10.00 pagi sampai
pukul 1.30 tengah
hari Encik Razak.” Beriya Mat
Dan beritahu Razak.
Razak
senyum. Putung rokok masih
di tangan. Dia tepuk
bahu Mat Dan, “ Good job ! Aku
update Datuk la
lepas ni. ”
“ Selamat
sesi dating Encik Razak. ” Mat
Dan sempat berseloroh.
Razak
sengih, “ ”Mestilah…Selamat aku.
”
***********************
Jam
di dinding diperhatikan
oleh Arman. Sibuk bekerja
dia lupa akan
waktu. Sudah pukul 5.00
petang. Dia bangun menggeliat. Membetulkan tulang
dan urat yang
sudah seharian mengadap
skrin dan dokumen. Dia
hanya berhenti untuk
makan tengah hari
dan solat.
Arman
berjalan mendekati dinding
cermin mengadap kota
raya. Dari atas dia
dapat melihat manusia
yang bersesak di
jalan raya. Waktu macam
ni, jalan sesak. Manusia hidup
bagaikan ‘rat race’ yang
mengulangi kerja harian
sedari awal pagi
dan pulang lewat
petang. Dia imbas kembali
dirinya 20 tahun
lepas. Sewaktu dirinya baru
sahaja bergelar graduan
fakulti kejuruteraan dari
Universiti Malaya. Sewaktu sedang
belajar dia sudah
bekerja sambilan di
restoran untuk menampung
perbelanjaan harian. Apabila akhir
tahun, dia mula berjinak-jinak dengan
perniagaan. Jual apa sahaja
yang halal untuk
mendapatkan wang. Tambah pula
tahun akhir mereka
perlu melakukan praktikal
di syarikat kejuruteraan
atau bidang yang
berkaitan. Pelajar praktikal biasanya
tidak diberikan wang
gaji yang banyak
oleh syarikat yang
mengambil mereka. Padan dengan
RM 500 ringgit sebulan. Kos
untuk berulang alik
ke pejabat, makan tengah
hari dan pakaian
pejabat pun sudah
lebih dari itu. Sebagai anak
yatim dan ibunya
pula sudah lama
menghilangkan diri, terpaksalah dia berusaha
sendiri untuk segalanya, tapi dia
bersyukur. Kalau tidak kerana
situasi dia yang
susah dulu, dia mungkin
tidak akan berusaha
kuat untuk berada pada
kedudukan sekarang.
‘
Kring…kring…’
Bunyi
telefon mematikan lamunannya. Skrin telefon
diperhatikan terlebih dahulu
sebelum menjawab panggilan. Tertera nama ‘Karla’ di
skrin telefon. Lama dia
memandang skrin telefonnya. Serba salah
samada untuk menjawab
panggilan ataupun tidak. Karla
adalah teman yang
dia kenali melalui
perniagaan. Seorang yang tegas
dalam berniaga, anak orang
berada dan baru
sahaja kematian suami
beberapa tahun lepas. “ Hi, assalamualaikum… ”
“ Waalaikummussalam wbt… ” salam
dari Arman Karla
jawab dalam nada
lemah lembut. Itu yang
dia suka dengan
Arman. Orangnya simple, penuh ilmu
dan boleh dipercayai. Dia selalu
mengajak Arman keluar
minum tapi Arman
selalu sahaja ada
alasan untuk menolak. Dia hanya
datang kalau ianya
berkaitan dengan kerja.
“ You sihat
Arman ? ”
“ Ya.. Alhamdulillah… Ada apa you
call ? ”
“ Saja… tanya khabar… ”
Arman
diam lagi. Dia bukan
jenis yang ramah
mesra dan pandai
berbual. Karla tahu Arman
ni jenis macam
mana. Sepatah dia tanya
sepatahlah dia jawab.
“
I heard
about the demonstration
against your new
project in Sarawak. Everything okay
on your side ? ”
Arman
mengeluh perlahan. Dia bukan
satu-satunya syarikat yang
mengepalai projek tersebut. Ia
adalah usahasama dengan
dua lagi syarikat
dan projek tersebut
adalah apa yang
dimahukan oleh kerajaan. Mereka hanya
membida untuk pembinaan
dan penyelenggaraan. Mereka bukan independent
power provider (IPP) untuk
projek tersebut.
“
Its still going. Didn’t
hear anything back
from the government. So I
assume it’s positive.”
“
That’s good. Hopefully it
turns out well. ”
Arman
urut dahi sendiri. Bimbang kalau
projek kali ini
dibatalkan seperti projek
nuclear power
plant dan incineration power
plant. Urusan projek besar
sebegini kadang lebih
banyak menggunakan modal
awal yang besar. Ada
pelaburan yang menjadi, ada
yang membuatkan akaun
mereka lebih susut. Yang
lebih teruk, apabila projek
dibatalkan sedangkan wang
sudah banyak dihabiskan.
“
Yeah, if it is
cancelled they will
have to pay
us compensation. We are
prepared, don’t worry but
thank you for
your concern anyway. ”
Karla
ketawa perlahan. Arman…Arman…
tak pernah tidak
bersedia. Sangat teliti orangnya. Muka kacak, badan
segak, duit banyak tapi
sayangnya bukanlah seorang
yang mesra dan
mudah didekati. Mungkin itu
sebabnya Arman masih
lagi bujang hingga
sekarang.
“
You never changed
Arman. Always prepared. Anyway,
I’m meeting Tan
Sri Daud Marican, isterinya
Puan Sri Khaleeda
and Didi tonight. If
you want to
join ? ”
“ Meeting for ? ”
“ Hmmmm Arman, jumpa-jumpa je…borak-borak… Come on. Once in
awhile bersosial la
sikit. You tak
bosan ke kerja
je setiap masa. Malam
Jumaat macam ni
orang lain keluar
bersosial…”
Karla
memang tak faham
dengan Arman. Harta sudah
bertimbun tapi kerja
macam esok dia akan hilang
segalanya. Walhal dengan apa
yang ada Arman
mampu untuk terus
bersara. Setahu dia harta
Arman boleh tanggung
7 keturunan.
Arman
senyum. Buat apa bersosial
macam tu kalau
tak ada tujuan
yang penting. Dunia perniagaan…dia sudah
masak sangat. Tak semua
ahli perniagaan benar-benar
tulus bekerja. Ada yang
jenis memberi rasuah, ada
juga yang pakar
dalam scamming people, ada yang
bermewah tapi hutang
bank bertimbun. Tak semua
yang kelihatan mewah
itu punyai wang
yang banyak. Pada dia, dia
lebih senang dengan
caranya sendiri. Dia hanya
keluar apabila ada
urusan rasmi. Dia juga
masih lagi senang
dengan seluar jeans
Levi’s dan kemeja
tanpa jenama tertentu
asalkan ianya selesa
dipakai. Kereta pun hanya
tiga, satu Range Rover
Vogue, satu Vellfire dan
satu Myvi. Dia orang
yang simple dan semua
yang dia ada
kini bukan kerana
dia gilakan kemewahan. Berniaga dan
mencari wang adalah
keperluan padanya dulu, satu keperluan untuk terus hidup. Kemudian dia
berjaya mencari wang
atas misi dan
minat peribadi. Kerja bagaikan
satu hobi padanya
sekarang. Bonusnya, dia
perolehi wang. “ Its
okay Karla. Maybe one
day I would,
but now I nak pergi
gim, mandi, solat and sekarang
ni stok market
di USA tengah
menggila. I have
my playground tonight.”
Karla
tahu Arman sangat
serius dalam jual
beli saham. Dia sendiri
tidak berapa faham. Yang
dia tahu, pasaran saham akan dibuka
pada waktu pejabat
negara tersebut. Kalau USA, maknanya
dari pukul 10.00
malam sehingga pukul
5.00 pagi. Sewaktu awal-awal
dia kenal Arman
dulu, memang dia sendiri
tak sangka Arman
punyai harta kekayaan
sebegitu. Kalau tidak kenal
Arman, tak akan tahu
yang orangnya sangat
berharta. Dia kenali Arman
pun melalui arwah
suaminya. Dalam diam Arman
punyai ratusan juta
ringgit di Malaysia
dan banyak lagi harta di luar negara. Orangnya sangat
simple. Pakai pun tak
ada yang berjenama
mewah. Kereta pun dia
biasa gunakan kereta
Myvi kalau setakat
nak ke kedai
mamak malam-malam. Kalau ada
urusan penting atau
terpaksa ke negeri
lain barulah dia akan gunakan
Range Rover atau
Vellfire.
“
Okay Arman. Talk to
you soon. ”
“
Will do
Karla. Send my
regards to you
sons Omar and
Ali. ”
Karla
ketawa senang apabila
Arman ambil berat
pada anak-anaknya. Omar dan
Ali sangat sukakan
Arman. Arman yang banyak
tolong sewaktu suaminya
mengalami krisis dengan
syarikatnya dulu. Arman juga
yang banyak membantu
selepas suaminya meninggal
sehinggalah dia mampu menguruskan
perniagaan suaminya sendiri. Anak-anaknya masih muda. Keduanya masih
lagi berada di
sekolah menengah dan
universiti. Bila Omar habis
universiti bolehlah tolong
dia uruskan perniagaan
nanti. Kurang sikit beban
dia di pejabat.
“
Will do
Arman. Thank you. Have a good night. ”
“
You too. Assalamualaikum.. ”
Talian
dia matikan belum
sempat Karla menjawab
salam. Dia sudah lambat
untuk ke gim. Pasal
pasaran saham tu
dia temberang sahaja. Niatnya nak
mengelat dari keluar
‘bersosial’ dengan Karla. Lagipun dia
terasa agak canggung
apabila Karla mula
menaruh hati pada
dia sedangkan Karla
dia sudah anggap
seperti adik beradiknya
sendiri. Karla adalah isteri
arwah kawannya yang
dia sudah anggap
seperti abangnya sendiri. Arman turun
ke aras bawah. Ada
bilik Razak di
aras itu. Razak yang
uruskan perihal rumah
itu, Razak jugalah yang
jadi pemandunya. Razak ada
rumah sendiri, kadang –
kadang Razak bermalam
di rumahnya kalau
ada kerja sehingga
lewat malam tapi
kebiasaannya dia akan
bermalam di rumahnya
syarikat. Dia ada belikan
rumah untuk kegunaan
syarikat. Senang apabila pekerjanya
yang bertugas di
negeri lain datang
ke Kuala Lumpur
untuk mesyuarat, mereka boleh
tinggal di situ
sahaja.
Mak
Cik Dian dan Pak Cik Abu pun hanya datang
waktu pejabat. Dia sendiri
tidak selesa ada
perempuan di rumahnya. Dia
lebih senang bersendirian. Mak Cik
Dian biasanya sediakan
sarapan, makan tengah hari
dan makan malamnya, dan
akan mengemas apa
yang patut. Pak Cik Abu pula
ditugaskan menjaga kebunnya
di beranda dan
di dalam rumah. Pak
Cik Abu hanya
datang tiga kali
seminggu.
“ Arman ada apa – apa lagi
tugasan untuk saya
hari ni ? ” tanya Mak
Cik Dian apabila
nampak kelibat Datuk Arman yang
sedang menuruni anak
tangga. “ Jus sayur tu mak cik letak dalam peti
sejuk, macam biasa. Makan malam
pun dah mak cik dah hidang atas meja.”
“ Okay, terima kasih. Mak cik boleh balik la kalau nak balik . Tak
ada apa-apa tugasan
lagi untuk hari
ni. Esok awak datang
petang sikit untuk
sediakan makan malam
je. ”
“ Okay Arman. Terima kasih. Mak Cik balik balik
dulu la ye. ”
Arman
angguk “ Okay. Razak ada
dalam bilik dia ? ”
“ Rasanya
ada di beranda
tu. ” Mak Cik Dian mencapai beg dan
topi keledar sebelum
bergegas turun. Hari Jumaat
macam ni dia
tak mahu terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas.
Ini pun
mujurlah jarak dari kondominium bosnya
dengan rumahnya di
Segambut tidaklah jauh
mana. Lagipun anaknya yang
datang mengambilnya sudah
ada menunggu di
luar kondominium.
Arman
ke beranda. Razak tekun
bekerja di meja
bar mengadap kolam
renang. Dia sedang menaip
sesuatu di komputer
ribanya.
“ Razak, esok saya drive
sendiri nanti. Jumpa awak
dengan Daniel esok
di Wisma. ”
“ Eh, Datuk… Sorry saya
tak perasan tadi. ”
Arman
datang mendekati Razak. Dia
mengambil duduk di
kerusi tinggi di
meja bar. Matanya melilau
mencari sesuatu sebelum
dia teringat yang Mak Cik
Dian sudah balik. Kalau
tak boleh dia
minta Mak Cik
Dian buatkan jus
buah untuk dia
dan Razak.
“ Tak
apa. Tanah di Raub
tu ada update
? ” soal Arman santai. Anak
matanya melilau ke
pemandangan kotaraya Kuala
Lumpur. Bangunan KLCC sayup mata
memandang. Dia pernah tinggal
di tengah Kuala
Lumpur, berhadapan dengan KLCC. Bising
dengan bunyi trafik
dan tidak sehijau
Mont Kiara. Dia lebih
selesa di Mont
Kiara. Kawasannya mesra pejalan
kaki.
“ Ni
Datuk. ” Razak suakan komputer
ribanya pada Arman. Tertera peta
kawasan tanah di
situ.
“ 100
ekar ? ”
“ Ya. Semua
urusan saya dah
selesaikan. ”
“ Good.
Bila boleh masuk
hutan untuk tengok
kawasan ? ”
Razak
telan liur. Sejak ada
teman wanita ni, kalau
boleh dia tak
mahu ke sana
waktu hujung minggu.
“ Saya
contact ranger
hutan kat sana
dulu, kemudian saya konfemkan
dengan Datuk secepat
mungkin. ”
“ Next week
Monday bagi update.
Sebelum tu tanya Yeoh dulu
bila dia free.
Jadualkan supaya all three
of us boleh
pergi sekali. ”
“ Okay
Datuk. ” Razak tulis dalam
PDA. “ Anything else
before saya balik ? ”
“ Kamu
dah cancel golf session
saya esok ? ”
“ Dah. ”
“ Ok,
nothing else. I will see you
tomorrow. ”
Razak
sorokkan senyuman dalam
hatinya. Jarang-jarang dia dapat
balik awal macam
ni. Laju – laju Razak kemaskan
barang sebelum bos
dia tukar fikiran
baik dia cabut
cepat-cepat !
-----------------------------------------------
Note: I am still a bit confuse dengan Datuk Arman figure. Sometimes I see him as Remy Ishak, sometimes Bryan Randall, sometimes Brad Pitt/ Ian / Ashton and maybe a mix of all of them. Its interesting how well Ashton and Ian aged. They are both 41 years old. I have to make sure my husband age well too. So do I !
I will update some more later.
your LIKE is my motivation, thank you ;)
and press LIKE of you want MORE too :)
vote for ian-datuk arman..haha
ReplyDelete