Untukmu Cinta Bab 2
Bab 2
4 Februari. Jumaat.
Kediaman Datuk Arman, Mont Kiara
‘LEBIH SERATUS
ORANG AWAM BERKUMPUL
MEMBANTAH PROJEK PEMBINAAN
EMPANGAN DI KAPIT, SARAWAK’
Tajuk
satu artikel di surat khabar
yang baru dibacanya
ditenung lama. Datuk Ir
Arman diam berfikir. Matanya dipejam
sekejap sambil nafasnya
ditarik dalam. Kopi yang
disediakan oleh pembantu
rumah diteguknya perlahan
sambil otaknya ligat
berfikir. Ruang pejabatnya sunyi. Hanya
kedengaran bunyi unggas
di luar sana. Razak
pembantu peribadinya masih
berdiri di hadapan
meja kerjanya. Menunggu reaksi
Datuk Ir Arman. Namun, lelaki itu
masih diam membisu. Wajahnya nampak
serius befikir. Apabila telefon
bimbitnya berdering, Datuk Arman
masih senyap.
(picture for illustration only/gambar hanya untuk ilustrasi/ Source: Google)
“ Datuk Arman, ada panggilan… ”
Razak
pembantu peribadinya menegur
seraya menunjukkan pada
telefon bimbitnya yang
sedang berbunyi. Razak tahu
Arman kalau berfikir
memang boleh lupa
dunia.
Arman
tidak segera menjawab
panggilan masuk. Dia masih
berdiam diri. Skrin telefon
hanya diperhatikannya kosong. Bagaikan tiada
makna pada dia. Arman
memberikan signal kepada
Razak agar beredar
dan membiarkan sahaja
panggilan tersebut. Dia tidak
mahu menjawabnya.
“ Okay
bos. ” Razak menapak keluar
dari bilik pejabat
Arman. Pintu di tutup
rapat. Dia tahu ada
demonstrasi aman di
hadapan pejabat mereka
di Kuala Lumpur. Arman
jarang ke sana. Dia
diberitahu mengenai perkara
itu semalam oleh
pihak pejabat di
sana. Arman sendiri lebih
selesa bekerja dari
rumah. Dia hanya ke
pejabat apabila diperlukan. Dirinya sendiri
lebih banyak fokus
kepada pelaburan dalam
saham syarikat tertentu
yang punyai peluang
untuk berkembang dengan
baik. Razak sendiri sudah
bekerja dengan Arman
selama dua belas
tahun. Dia sudah
masak dengan peribadi
Arman. Sangat teliti dan
tegas orangnya.
Projek
empangan hidroelektrik di Sarawak bukan
projek kecil-kecilan. Ia melibatkan
kerjasama dengan 2
buah syarikat lain. Dia
tidak pernah berdepan
masalah sebegini sepanjang
menceburi bidang penjanaan
tenaga. Aktiviti demonstrasi sebegini
masih baru di
Malaysia. Arman dail nombor
telefon yang memanggilnya
tadi.
Suara
wanita menjawab. “ Hello, bos. ”
Gugup suara Puan
Zaleha. Zaleha adalah pengurus
pejabat di sana.
“ Zaleha, macam mana
keadaan di sana ? ”
“ Masih
macam semalam bos. Wartawan
makin ramai datang. Ni
sudah hari ke-2. ”
“ Security tak
buat apa-apa ? ”
“ Security memang tak boleh nak buat
apa-apa bos. Mereka buat
demonstrasi kawasan awam dan
ada permit untuk
demonstrasi. Sekarang ni masih
aman la… tapi still sesak
laluan jalan raya. Bila
dah keluar surat
khabar ni bos, investors started
calling asking for
recent news. Pengurus bangunan
pun dah bising
ni. ” suara Zaleha agak
panik.
Nasib
baiklah mereka menyewa
unit dalam bangunan
pejabat. Menara UOA Bangsar. Kawasan
di situ memang
sudah sentiasa sesak
jalan rayanya. Di tambah
dengan demonstrasi begitu, lagilah teruk
keadaannya.
“
Its okay
Zaleha. They cant do
anything anyway. They don’t
own the land
and the government
gave us the
tender. ”
“ Lepas
tu bos, tak kan
nak biar je
macam tu ? Entah berapa
hari dia orang
nak buat demonstrasi
macam ni ? ”
“ Sampai
mereka penat. ” Mendatar suara
Arman.
Zaleha
terdiam. Bos dia ni
pun….haih… Memangla senang bos
dia cakap sebab
bukan dia yang
kena hadap semua
tu. Amarahnya disimpan sahaja. Gila
nak beritahu bos
dia macam tu ?
“ Er… Mmm… Kalau investor datang
macam mana bos ? ”
“ Zaleha. That’s Daud’s job. Don’t overthink
yourself. Bagitahu Daud saya
nak jumpa dia
esok. Awak call
Razak untuk check jadual
saya esok. ”
Dato’
Daud adalah CEO
syarikat. Datuk Arman pula
Chairman dan pemilik saham
terbanyak.
“
Okay bos. ” Pendek
sahaja jawapan Zaleha. Makin
dia bercakap nanti
makin banyak pula
buah pedas yang
dia dapat nanti. Macam
kena lempang rasanya
bila kena tegur
dengan bos macam
tu. ‘overthink’ dia
cakap. Datuk Arman ni
tak banyak cakap. Kalau
dia bercakap pendek
dan pedas. Macam cili. Panas. Nasib baiklah
muka pun ‘hot’ tapi
pelik, tak pernah ada
kekasih. Umur pun dah
41 tahun tak
pernah berkahwin. Dari setiausaha
ke pembantu peribadi
semua dia gajikan
lelaki. Tak pernah perempuan!
“ By the
way, you tolong hantar
sesiapa ke bawah
untuk siasat sikit
apa isu yang
mereka ketengahkan dan
siapa ketua mereka.”
“ Kira
wakil rasmi ke bos
? ”
“ Bukan. Saya cakap
‘siasat’, Zaleha. Maknanya awak
hantar orang untuk
menyamar ajelah. Suruhlah mat despatch
ke siapa-siapa turun
bawah buat-buat tanya
lah kenapa mereka
berdemonstrasi? Persatuan
apa mereka ni ? Siapa
ketuanya ? Apa yang mereka
nak?”
Zaleha
telan liur lagi. Takut. Mencabar juga
tugas tu. Kalau kantoi
tak pasal-pasal kena
pukul. Ada ke orang
nak pukul macam
tu? Isk dah overthinking lagi.
“ Dalam
masa sejam report pada
saya. ” Talian terus dimatikan.
Di
dada akhbar dia
tahu mereka dari
Persatuan Alam Sekitar
Malaysia. Dia tahu juga
mereka menentang projek
pembinaan empangan hidroelektrik
dek kerana ia
akan melibatkan penerokaan
hutan dara di
situ tapi projek
empangan hidroelektrik bukan
perkara baru di
Malaysia. Di Malaysia sahaja
sudah ada 30
empangan hidroelektrik. Ia juga
sumber tenaga boleh
ubah. Yang mereka sepatutnya
tentang adalah stesen
janakuasa yang menggunakan
arang batu. Dia juga
tertanya, apa yang mereka
bantah sebenarnya ? Ada motif
lain kah?
Nota kaki: Inshaa Allah akan diupdate setiap dua hari sehingga Februari. Inshaa Allah 1 Februari baru kita akan buka order for pre - order. Untuk novel ke -4 ni inshaa Allah will be published by my own publication house (self publish). To those yang sentiasa bertanya for the next novel and always encouraging me to keep on writing, thanks to you, this one is made. Semoga memuaskan hati.
your LIKE is my motivation, thank you ;) and press LIKE of you want MORE too :)
Uish dasat hero kali ni
ReplyDeletehehe thats a good vibe ;)
DeleteTak sabar nk tunggu novel kluar. Aura hero dia lain macam
ReplyDeletethank you ! glad you said that :)
DeleteArman.dan Orkid, ..MC dan ML?
ReplyDeleteThanks dr Iman..
Thank you for reading you too <3
DeleteAdoii tak sabarnya.. Eve boleh buka pre order awl lagi tak?.huhuhu
ReplyDeletehehe inshaa Allah I will think about it. Release inshaa Allah mid or end Feb tak nak org tertunggu :)
Deletehuh? Kapit? Alaaa, bikin teringat kenangan saya pula. dulu saya kerja di Kapit, Sarawak.
ReplyDeleteWahh nice !
Delete