BAB 1
BAB
1
Tetamu
di perkarangan rumah pengantin perempuan semakin ramai. Masing-masing mahu
memeriahkan majlis perkahwinan anak orang kenamaan di kawasan itu. Juwita Sidin
atau lebih gah dipanggil Tengku Juwita binti Tengku Sidin, anak kaum kerabat di
raja. Ayahnya terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan bersifat merendah
diri walaupun dengan orang kebanyakan. Sifatnya itu membuatkan keluarga mereka
disayangi ramai.
Ariana
berjalan perlahan sambil matanya melilau melihat suasana yang meriah tapi
terkawal di sekeliling villa yang dinamakan Teratak Bahagia oleh tuannya. Pintu
pagar setinggi 2 meter menghalang pemandangan luar dari kawasan rumah, namun
perkarangan villa dua tingkat sudah cukup indah untuk menenangkan sesiapa
sahaja yang bermastautin di situ. Tasik kecil, taman nan indah menyambut tetamu
dari pintu pagar utama ke pintu rumah, kolam beserta air pancut di
tengah-tengah perkarangan rumah yang bertindak seperti round-about , dan binaan rumah yang sejuk mata memandang dengan
batu-batu asli serta campuran kayu jati.
“Kawan
Cik Juwita ke? ” lamunan Ariana terhenti bila disapa seorang gadis. Dia
melemparkan senyuman sambil memerhatikan Ariana.
Ariana
mengangguk sambil membalas senyuman.
“ Majlis
akad nikah sebelah sana. Cik ikut laluan stone
patch ni ye.”
Ariana
mengikut arah yang ditunjukkan oleh gadis tadi. Tak pula dia sedar ada taman
yang agak terselindung di sebelah kanan villa itu. Dia mengikut stone patch yang membelah padang rumput
dan membawanya kepada hingar bingar para tetamu di situ. Bayang Juwita
dicarinya.
Tetamu
yang kelihatan asing dipandangan matanya dilayangkan dengan senyuman manis
tanda hormat. Beberapa buah meja dilepasinya sebelum kelihatan Juwita dan bakal
suaminya yang sudah siap bersimpuh di atas pagoda kayu. Menunggu waktu untuk
diakad nikahkan. Sekitarnya dihias cantik dengan bungaan tube rose dan mawar putih.
“Sama
cantik, sama padan,” telah Ariana dalam diam. “ Tapi sayang…” Ariana mengambil
tempat paling hadapan di barisan kerusi kecil yang telah disusun rapi di hadapan
pagoda. Menunggu saat tok kadi memulakan upacara.
Uncle
Sidin dan Tok Man, ayah serta datuk kepada temannya Juwita mula mengambil
tempat di atas pagoda yang sama. Diikuti dengan ketibaan Imam Razlan selaku tok
kadi hari itu. Imam Razlan memerhatikan kedua-dua mempelai, yakin dengan
ketenangan keduanya, dia memulakan dengan beberapa pertanyaan dan nasihat.
Akhirnya acara akad nikah dimulakan oleh Tengku Sidin, ayahanda Tengku Juwita ;
Saya
nikahkan kamu, Tengku Adam Kamil bin Tengku Mukhriz dengan putri saya, Tengku Juwita binti Tengku Sidin dengan mas kawin RM300.00
tunai
Adam Kamil mula menyambut lafaz akad ;
Saya terima nikahnya, Tengku …..
“Tunggu !!! ” Ariana bangun mendekati pagoda.
Tetamu mula hingar berbisik sesama mereka sambil
memerhatikan Ariana,gadis bertubuh
sederhana tinggi berbaju
kebaya kuning cair yang baru
sahaja melaungkan ayat keramat tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya.
Terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram di hadapannya.
“ Saya pohon…supaya majlis ini tidak
diteruskan….” tutur gadis itu
sayu.
“ Kenapa ?
” soal Imam Razlan
agak kaget. Tidak pernah
dia berhadapan dengan situasi sebegini.
“ Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis
kalian…tetapi sebelum Tengku Juwita memeteraikan ikatan pernikahan dengan
Tengku Adam..dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…”
suara-suara tetamu mula membingitkan keadaan sekali lagi. Tengku Sidin bagaikan
terkaku disitu. Manakala keluarga Adam menonong melihatkan sketsa tersebut.
Hanya Tengku Juwita yang masih tenang.
“ Adam..adalah bapa kepada kandungan saya ” suara
Ariana ditinggikan sambil tangannya mengusap perutnya yang sudah memboyot. Titisan
air mata mula berguguran. Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah terpacak kerana
terkejut.
“ Bohong ! Saya langsung tak kenal siapa
perempuan ni Imam ” laung Adam. Dia sudah
berdiri. Matanya mencerlung memerhatikan
gadis itu.
“ Adam...saya tak minta apa-apa dari awak..tapi
Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya. Kalau
awak tak nak
bertanggungjawab pun tak
apa...saya redha..” gadis
itu tersesak-esak menangis.
Semua hadirin yang
ada diam tak
terkutik. “ Kalau Imam dan Tengku
tidak percaya ini buktinya ! ” sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi
sebelum dihulurkan kepada Imam. Tengku Sidin mendekati Imam. Mereka sama-sama
melihat isi kandungan sampul yang diberikan. Berpuluh keping gambar aksi panas
Adam dan beberapa orang gadis berlainan terkandung didalamnya.
Juwita tak
senang memerhatikan tingkah mereka. Dalam kekalutan semua tetamu dan tuan
rumah, Ariana terus berlari pergi meninggalkan seluruh tetamu yang masih kaku
mendengar kejutan tersebut.
Merah padam wajah Adam Kamil diperlakukakn
sedemikian. Dia sendiri tidak mengenali siapa Ariana ? Otaknya masih bingung
memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Bila dia cuba mencari Ariana tapi gadis itu sudah menghilangkan diri.
“ Perkahwinan ini dibatalkan ! ” laung Tengku
Sidin. Marahnya tidak terkata. Boleh saja keluarga Tengku Mukhriz menyorokkan
perilaku liar anak teruna mereka dan mahu menjodohkan lelaki seperti itu kepada
anaknya? Kalaupun ini kehendak arwah nenda mereka, tetapi perkahwinan ini tidak
boleh di teruskan lagi. Buruk nama keluarganya nanti jika dia bermenantukan
lelaki yang telah membuntingkan perempuan lain. Menyesal Tengku Sidin kerana
tetap berkeras memaksa Juwita untuk bernikah dengan anak Tengku Mukhriz.
*******
“ Haha ! Cool giler kau punye acting Ariana…meleleh aku tahan ketawa”
“ Ni Ariana lah, buat sesuatu mesti
bersungguh.hehe. Cun tak perut aku ? ”
“ Mana kau dapat ni ? ” Juwita membelek-belek
‘perut’ palsu yang ditayang Ariana. Dilekapkan kandungan olok-olok itu ke
perutnya sambil menggayakannya di depan cermin. Terbahak-bahak keduanya
tertawa.
“ Kedai la
mana lagi. Masa kat UK dulu aku
beli benda ni, saja macam
menarik. Tak tau pulak akan berguna sekarang. Ayahanda kau tahu tak kau datang
sini ? ”
“ Aku cakap aku nak release tension, terus aku blah” selamba aje si Juwita mengenakan
semua orang. Juwita dia kenal
di kelas menunggang kuda di Serdang. Hubungan mereka bertambah akrab selepas
Ariana hampir disamun, nasiblah waktu tu Juwita melintasi tempat kejadian. Dia
berjalan kaki ketempat parkir kereta, tak semena-mena datang dua lelaki yang
mengacukan pisau ke arahnya sambil seorang lagi menarik beg yang disandang di
bahu. Elok-elok waktu tu Juwita melintasi tempat tersebut dengan keretanya,
habis kedua-dua penyamun di kejar Juwita dengan kereta. Last-last kedua-dua mamat tak guna tu jatuh longkang dan ditangkap
oleh pengawal keselamatan di situ. Kedua-duanya selamat dipenjarakan.
Sejak haritu Ariana agak terhutang budi dengan
Juwita. Dia bersetuju dengan rancangan gila si Juwita ni pun atas dasar yang
sama. Hutang budi dibalas budi, tapi lepas ni tiada lagi. Langsai hutangnya.
Bukan senang nak berlakon macam tadi. Silap – silap dia boleh ditangkap,
dipersoalkan oleh Adam Kamil atau ahli keluarganya. Haru biru hidupnya nanti.
“ Thanks
Ariana ! ”
“ Not a
problem , but next time no more yeah. Aku surrender ! Kesian Adam ko buat macam tu, nasib baik aku tak kenal family ko,family dia. Kalau tak dengan aku sekali malu tau”
Juwita masih tergelak sakan, “ Ya..ya…adegan macam
tu tak kan berulang okay. Aku rasa ayahanda
aku pun dah learn
from his mistake. Plus, ko pun tahu kan memang
Adam kaki perempuan. Ko nak ke aku kawin dengan laki macam tu? Women have the right to choose her husband
and boleh menolak calon suaminya kalau lelaki tu tak mengikut syariah kan?
Kau juga yang bagitahu aku haritu. ”
Ariana meletakkan majalah Libur yang sedang di
baca. Matanya memandang Juwita,
“ Right.
Part of the reasons kenapa aku buat all
those is the fact that dia tu lelaki tak guna. So..I don’t feel guilty anymore. Belanjalah
aku makan ke, shopping ke. I just saved your life Juwita! ” Ariana tersenyum lebar, menanti riak
Juwita.
“ Jom !” tangan Ariana ditarik. “ Bukit Bintang
!”
“ Haha,
okay whatever ”
************
“ Adam Kamil. Daddy nak kan penjelasan dari Adam now! Who is that girl ??? ” bulat mata
Tengku Mukhriz mencerlung pada Adam Kamil. Nenda dan
Mommynya serius memerhatikan lagak Adam yang serba tak kena.
“ I don’t
know her Daddy! It was a scam! ”
“ Adam jangan nak tipu Daddy. I know how wild your night life is.
Lepas kerja Adam pergi mana? Malam balik pukul berapa ? While Daddy and Mommy tak ada what
did you do? Adam bawa perempuan balik rumah kan??! ”
Tak terketip Adam bila setiap bait kata ayahnya semuanya
betul belaka. Sudah tidak mampu disangkal lagi. Tapi wajah perempuan tu
langsung dia lupa! Dan kenapa sudah sekian lama baru perempuan tu nak muncul
mengaku yang dia dah tiduri perempuan tu sampai mengandung?? Entah –entah anak
lelaki mana yang dikandungnya. Perempuan sekarang bukan boleh pakai, kalau
dengan dia pun boleh senang-senang je di bawa tidur, pastilah dengan lelaki
lain pun sama.
“ I know
Daddy, but Adam memang tak pernah kenal that girl ! I know about protection, Daddy ingat I’m a kid ke nak tidur dengan
perempuan without using protection ?
”
“ Jangan nak beralasan Adam. Kalau Adam nak tidur
dengan perempuan mana pun Daddy tak nak ambil tahu, but when it happen this way, you are embarrassing me Adam! How you gona
pay for this?? Wasiat Nenda Jaafar tidak dapat ditunaikan. Kita hilang
penghormatan Adam.”
“ Who
cares, Daddy ? Ada duit dah cukup untuk menjadikan kita orang yang
dihormati and we have billions of it.
”
“ Kita dihormati kerana adab dan keturunan kita. Now you have ruined everything. Fix it Adam
before I make you regret it” Tegas amaran dari Tengku Mukhriz. Adam anak
tunggal keluarga mereka tetapi dia masak benar dengan ketegasan ayahnya. Macam
mana dia nak selesaikan masalah ni ?
Alooo.. gitu ke kisah permulaan mereka ? hehehe . kena kau dah adam . tpi pempuan tu power tau smpai snggup buat cemtuh ... tengok je nanti adamm *ni monolog diri sendiri . hik3
ReplyDeletebest citer nih...
ReplyDeleteyeah..i like adriana..her acting like reality..haha..citer ni mmg bez..
ReplyDeletehoho...starting yg best...nk marathon sampai en3 yg terbaru... ^^
ReplyDeletesaya baru baca bab 1 terus jatuh cinta. Tapi cara Ariana dengan juwita tu kejammm jugak!Hahaha... apa-apa pun.. enjoy di sini...
ReplyDeletei likeee
ReplyDeletesalam...bru kesempatan nk bce novel nie..not bad la...heee
ReplyDeletebaru teringin nk bce..nice starting.. =)
ReplyDeletenice story... starting da gempak
ReplyDeleteIzzati:permulaan cerita yg lain dripada yg lain...i like...:)
ReplyDeleteada membe suggest blog ni..
ReplyDeleteutk n3 ni dasyat intro..
hehehe..nk belek2 next entry..
Adam tu dh amalkn gaya hdup org barat dh tu...sesuka hti je nk tukar2 pasangan... Ingat ppuan tu apa? Mmg patut pun pecahkn rahsia dia dpn org rmai... Bru dia sdr... Tu pun klau dia jnis sedar dri... Anyway, genre novel ni agak berat... Good luck in your career... ^_^
ReplyDeletenice^^
ReplyDeletei dah baca novel ni 2 kali khatam. Best giler. Then bila i ada masalah nak cari novel ni di pasaran, ada member suggest to follow this blog. Now i'm keep on reading. Sampai i boleh ingat certain skrip part2 yang best tu.... my suggestion supaya novel ni dibuat filem atau drama sure meletup. Anyway congrat Ms Evelyn.....i like it..
ReplyDeleteowh cam ny start dy .. mcm best je ..
ReplyDeleteowh cam ny start dy .. mcm best je ..
ReplyDeletexsabar nk tengok citer ni kat tv!!
ReplyDeleteOi cik kak.. janganlah buat iklan judi kat sini. Judi tu haram. Menyemak kat sini buat apa ...
ReplyDeleteI like this novel very much..Honestly sdh pernah baca sebelum ni tapi tak habis so nak baca balik dari awal...And saya suka dengan character ariana tu..memang berbeza daripada novel-novel yang saya pernah baca sebelum ni..Apa-apa pun teruskan usaha ya..Fighting!!
ReplyDelete