Untukmu Cinta Bab 3
Bab 3
4 Februari. Jumaat.
Pejabat GCI Energy Sdn Bhd,
Menara UOA, Bangsar
Suasana pejabat GCI Energy Sdn Bhd agak
sepi. Kebanyakan jurutera berada
di luar pejabat. Yang
tinggal semuanya pekerja
bahagian pengurusan dan
kewangan. Zaleha terkocoh-kocoh mencari
despatch syarikat
mereka, Daniel. Mereka
panggil Mat Dan
sahaja. Dato' Daud dia sudah call tadi. Dato' Daud yang sekarang
sedang berada di
Terengganu pun terpaksa
balik ke Kuala
Lumpur malam ni juga
untuk berjumpa dengan
Datuk Arman.
“ Mat ”
“ Ya
kak. ” Panggilan Zaleha disambut
oleh Mat Dan, despatch mereka.
“ Meh
sini. Dekat sikit. ”
Mat
Dan ikut sahaja
arahan Zaleha. Macam pelik
pun ada bila
Zaleha berbisik macam
tu. Bukan nak laung
kuat-kuat macam biasa. Pejabat mereka
ni adalah ibu
pejabat. Kebanyakan
kakitangan banyaknya di
lokasi stesen janakuasa
elektrik. Ada yang di
Kedah, ada yang
di Selangor, ada yang
di Sabah dan
ada juga yang
Sarawak. Yang ada di
pejabat itu adalah
kakitangan pentadbiran. “Kenapa kak ? ” Mat
Dan turut sama
berbisik perlahan. Menurut gaya
Zaleha.
“ Bos
minta kau menyamar, turun ke
bawah, buat-buat tanya puak
demonstrasi tu, apa dia
nak? Siapa mereka ? Siapa bos
mereka ? ”
Mat
Dan garu kepala. “ Kira macam
penyiasat la ni kak
? ”
Zaleha
angguk.
“ Upah
asing la kak. ” Mat
Dan senyum lebar.
“ Tskk
kau ni. Buat betul-betul
bos nak call dalam
sejam lagi. Pergi cepat. Tak
pasal-pasal aku hilang
kerja, kau pun hilang
kerja. ” jelas riak bimbang
di wajah Zaleha.
Mat
Dan terus mengiakan. “ Okay kak. James
Bond pergi dulu. ” Mat
Dan buat gaya
James Bond. Kacang je
sebenarnya tugas dia
ni. Orang macam dia
ni mana orang
nak syak kerja
dengan GCI Energy. Dia
turun ke aras
bawah. Menapak gaya santai
melepasi kedai Old
Town Kopitiam dan
terus ke kelompok
beberapa orang yang
sedang berkumpul dengan
kain rentang. Dia berhenti
sekejap. Memerhati. Ada dalam 50
orang semuanya. Semalam ada
juga dalam 100 orang. Dah
hampir separuh undur
diri. Mungkin bekerja…. Hm,
mereka ni tak
ada kerja ke ? Soal
dia dalam hati. Dia
perhatikan orang yang
duduk paling depan
yang pegang pembesar
suara. Cantik orangnya. Dia berjalan
menghampiri si gadis
itu. Tak sempat
dia nak menegur, dia
dulu yang kena
tegur. Suara garau pula
tu.
“ Hi. ”
“ Er.. Hi… Ni demonstrasi
apa ya ? ”
Lelaki
yang menegurnya senyum. Sehelai kertas
dihulurkan pada dia. Mat
Dan sambut dan
mula membaca tekun.
“ Oh… empangan…Bukan ke
banyak empangan di
Malaysia ni? Kenapa tak
jadi isu pun
sebelum ni ? ”
“ Ya
tapi lokasi pembinaan
empangan ni akan
libatkan hutan dara
yang kaya dengan
ekologi tumbuhan dan
juga haiwan yang
terancam. Yang paling kami
semua pertahankan kat
sini adalah kesan
pembinaan terhadap ekologi
yang sudah hampir
pupus. Empangan lain skalanya
kecil, jadi impak dia
tak sebesar empangan
yang dalam pembinaan
ni. ”
“ Oh, isunya pasal
hutan dara la ni
? ”
Adam
angguk mengiyakan pertanyaan
Mat Dan.
“ Macam
mana pula dengan
kesan pembalakan dan
perladangan macam ladang
kelapa sawit? Kedua-dua ni
pun tebang hutan dara juga
kan ? ”
“ Kami
turut sama menentang
aktiviti-aktiviti macam tu.
Cumanya apabila empangan
dibuka pada skala
yang besar, ia memberikan
impak kepada haiwan
dan tumbuhan yang
berada di kawasan
hutan tersebut. ” perlahan –
lahan Adam menerangkan. Cuba untuk
menerangkannya dengan cara
paling mudah.
Mat
Dan angguk faham. “ Oo… Macam tu… Kenapa tak
buat demonstrasi macam
ni pada syarikat
pembalakan dan kelapa
sawit juga ya ? ”
“ Kami
dah buat. Kami juga
bekerjasama dengan United
Nation. Syarikat-syarikat di Eropah
kebanyakannya memboikot hasil
kelapa sawit dan
pembalakan yang tidak
mengikut etika. Sudah bertahun
kami berkempen, sekarang encik
boleh tengok kebanyakan
ladang kelapa sawit
sudah mula mengikut
etika kelestarian. Setiap tahun
ada laporan kelestarian
termasuk aktiviti yang
mereka buat untuk
kekalkan ekologi walaupun
tak semua tapi
semakin ramai yang
mula berladang dan
membuat pembalakan secara
beretika.”
“ Ooo…. Kiranya kamu
semua ni bukan
memboikot tapi…cuba menyedarkan
orang untuk mengikut cara
yang lebih environmental friendly. ”
Adam
senyum. Cepat dia memotong
ayat Mat Dan. “ Ya, kami sebenarnya
nak menyampaikan dan
mendidik masyarakat tentang
kesan aktiviti-aktiviti semasa
yang memberikan impak
yang besar terhadap
masa depan mereka. Bayangkan bila
encik ada cucu
nanti, mereka tak kenal
pun orang utan, tapir,
harimau Malaya… Banyak haiwan-haiwan
tempatan yang suda
hampir pupus. Apabila kita
menebang hutan, kita ambil
tempat tinggal mereka. Kita
hapuskan sumber utama
yang berikan kita
oksigen untuk bernafas, pokok-pokok tu. Tanpa
pokok dan ekologi
manusia juga tak
akan mampu untuk survive. ”
“ Ohhh….Betul juga
tu… ” Mat Dan berfikir
sejenak. Betul apa yang
lelaki di hadapannya
ni cakap. Beriya pula
tu lelaki depan
dia ni bercerita.
“ Yang
paling penting, kami cuba
untuk pengaruhi pengusaha
agar mengadakan contingency plan
untuk meminimumkan impak
terhadap alam sekitar, itu
yang terbaik. ”
“ Erm…
saya setuju dengan
cara Encik ni. Erm, Encik ni
ketua gerakan ni ke
? ”
“ Ketuanya
tu, yang pegang pembesar
suara tu. Dr Eve. ”
Mat
Dan perhatikan gadis
yang ditunjukkan. Oh, si gadis
cantik tadi. “ Macam mana
saya nak join ya ? Apa
nama gerakan ni ? ” Mat
Dan buat-buat berminat
tapi kalau ikut
sama pun dia
tak kisah. Boleh juga
dia kenal-kenal perempuan-perempuan cantik
kat sini. Nampak banyak
juga gadis-gadis muda
di samping jejaka-jejaka
muda. Mana tahu boleh
dia lepak sama-sama
bila tak ada
kerja. Ada juga bakti
dia pada masyarakat.
Adam
senyum lebar. Gembira dia
bila ada yang
berminat menyertai mereka. “ Encik boleh
daftar sekarang kalau
nak ? ”
Mat
Dan telan liur. “ Er, kena bayar
ke ? ”
Adam
ketawa. “ Tak adalah. Kalau nak
ikut serta aktiviti
kami boleh tinggalkan
email. Kami akan
hubungi nanti. ”
Mat
Dan angguk perlahan. Nak
bagi ke tidak
email dia ? Tak sempat
dia habis berfikir, seorang lagi
gadis kecil molek
datang dengan sebatang
pen dan kertas
sambil menyuakan sebotol
air mineral padanya. Senyuman gadis
itu buat dia
kaku sebentar. Nampak tulus
dan suci orangnya.
Adam
perhatikan je bila
mamat di hadapannya
itu merenung wajah
Orkid lama-lama. “Ehem.”
Sengaja Adam berdehem
kuat. Nak pandang lama-lama
pun agak-agaklah.
“ Eh. Ha… ya… apa tadi ?
” Mat Dan bertanya
laju. Cover malu
bila terkantoi pandang
perempuan di hadapannya
itu lama-lama.
Adam
mencebik. Geram pula dia
dengan mamat depan
dia ni. Orkid pula
macam biasa, bukan dia
perasan kalau orang
tenung dia. Yang dia
tahu senyum. Semua orang
dia senyum. Manis pula
tu senyumannya.
“ Awak
nak join tadi
kan ? ” Orkid bersuara lembut. Isk, lemah iman
dia dengar suara
Orkid. Dadanya dah macam
kena palu. Dup dap
dup dap.
“ Ya..ya… Mana borang ? Meh
saya isi. ” Mat Dan
senyum manis. Laju tangannya
mencapai borang yang
disuakan oleh Orkid. Selesai diisi
dia suakan balik
pada Orkid.
“ Air. ” Sua Orkid
pada Mat Dan. Suaranya
lembut dan manja. Orkid
capai borang. Tangan satu
lagi dia suakan
air kepada Mat
Dan.
“ Terima
kasih…. ” dah berkasih-kasih dah
dalam hati dia
ni. Macam taman bunga. Kalau
ada aktiviti nanti
memang dia ikut. Konfem.
“ Oh, by the
way saya Orkid. Saya
selalu ikut… bukan orang
penting sangat
pun…tapi Alhamdulillah memang
selalu ada… ”
“ Orkid…. Cantiknya nama…Macam
tuan dia… Saya Daniel.”
Adam
perhatikan je gelagat
mamat depan dia
ni. Dah macam ulat
bulu gayanya. Adam mula
mencelah.
“ Kerja
sini ke ? ”
“ Kerja
di G… ” Ralit sangat
dok perhatikan si
Orkid hampir-hampir terkantoi! “ G floor.
”
“ G floor ? ” soal Adam
pelik.
“ Ha
ah… facility management je… ” sempat
Mat Dan cover line. “ Awak ? ”
“ Saya
Adam. ”
“ Ada
kad ? ” Soal Mat Dan
terus. Mana tahu boleh
bagi bos nanti. Adam
seluk kocek seluar. Buka
dompet dan mencari
kad perniagaan dia.
“ Hah
nasib baik ada… ”
Mat
Dan senyum lebar. Arkitek rupanya. “ Orang pandai-pandai
je ke yang
ikut serta ? Segan pula
saya. ”
“ Eh, tak
adalah… semua orang dipelawa
masuk. Nak atau tak
je.”
Orkid
menjampuk dalam senyuman. Automatik Mat
Dan turut sama
membalas senyuman.
“ Mestilah
saya nak… ”
“ Nanti
ada aktiviti kami
beritahu ya. Dah nak
habis lunch hour ni, tak
apa ke Encik
Daniel dok sini ? ” Adam
terus memotong apabila
gaya Mat Dan
dah macam orang
angau. Geram pula dia
tengok.
“ Okay, apa - apa contact
la. Saya naik dulu. ”
“ Okay… jumpa nanti
ya. ”
*************************
Sampai
aras 21 Mat
Dan keluar dari lif dengan
wajah ceria. Masuk sahaja
ke dalam pejabat
terus dia cari
Kak Leha. Dicarinya dalam
bilik pejabat, tak ada. Kak
Leha pergi membawang
ke? Dia melangkah ke
pantri, biasanya geng perempuan
membawang di situ. Perlahan dia
melangkah, mana tahu untung
badan boleh tumpang dengar. Dari jauh
dah dengar sok-sek
sok-sek suara staff-staff
perempuan kat situ. Suara
Kak Leha paling
lantang.
“ Isk… aku
kalau bos yang call
memang takut…. Dia kalau
dengan perempuan garang
gila! Bertahun aku kerja
kat sini. Satu perempuan
pun dia tak
suka. ”
Suara
Linda pula menambah, “ Memang la… Pelik
kan kak ? Macam anti
perempuan…”
Mat
Dan melangkah semakin
dekat. Sakan staff perempuan
membawang. Kalau silap haribulan
bos garang tu
datang, mampus!
“ Amboi….sakan membawang….! Ha, dari luar
tu dah dapat
dengar. Ni curi tulang
ke apa ni?” Mat
Dan sakan ketawa. Linda, Kak Leha, Marina
dan Jeremy menjeling
tajam. Cuak juga mereka
bila ada suara
kasar menegur.
“ Kau
ni Dan, buat cuak
kita orang je la.
Lain kali masuk
bagi salam. Ha. ” jerkah Kak
Leha kuat. Nada bergurau.
Mat
Dan ketawa kuat. “ Tahu
takut…. Lain kali nak
mengumpat pun perlahan
la sikit. Sekali ada
CCTV ke… sebab tu
bos anti sangat
dengan perempuan. Kuat membawang ! ”
“ Kau
jangan, ni Jeremy ni
bukan lelaki ke ? ”
“ Hahaha… ” Mat Dan
ketawa kuat.
“ Saya
lelaki la Kak
Leha. Saya dok makan
je kat sini, dah
korang borak tumpang
la sekaki.. Ni kan
waktu rehat. Kau pun
Dan agak-agak la
nak cakap kami
curi tulang. Tengok jam la
wei. ”
“ Alamak… Kak Leha, saya
dah terlepas waktu
rehat ni. Kena ganti
balik tau. ”
“ Ha, misi
kau macam mana ? Berjaya ? ” Soal Kak
Leha terus.
Mat
Dan jongket kening
sambil buat gaya
James Bond. Kak Leha
sengih lebar. Dia tengok
jam di tangan. Lagi
10 minit nak
pukul 2.00 pm. Cepat-cepat dia
bangun. Tangannya di basuh
dan bekas plastik
bekal makanannya dibasuh
laju.
“ Jom, masuk bilik
akak. Sebelum bos telefon. ”
“ Rahsia
sangat ke Kak
Leha ? Share la..” Marina
sempat memujuk.
“ Ish, makan cepat-cepat. Dah nak
habis waktu rehat
ni. Sambung kerja. ” Tegas pesan
Kak Leha. Membawang-membawang juga
tapi waktu kerja
kenalah masuk tepat
pada masanya. Laju Kak
Leha berjalan ke
bilik pejabatnya. Mat Dan
mengekori dari belakang. Di
matanya masih terbayang-bayang wajah
si gadis bernama
Orkid. ‘Nama mu seindah
wajah, fizikal dan suara
mu…. Hmmm…indahnya ciptaan Tuhan…’
“ Mat
Dan! ”
“ Orkid! ” tersasul Mat
Dan sebut nama
Orkid bila dijerkah
begitu. Sempat lagi dia
mengelamun. Wajah Kak Leha
direnung serius.
“ Sempat
lagi kamu mengelamun
Mat Dan. Apa yang
Orkidnya? Ni, macam mana tadi. Informasinya apa ? ”
“ Oh… Tak
ada apa-apa lah
akak….. Tu pokok Orkid
kat meja akak
tu cantik…” Mat Dan
tarik kerusi. Buat muka
selamba. Duduk dan mula
bercerita dari A
sampai ke Z. Pasal
dia turut serta
masuk gerakan tu dan
perjumpaannya dengan gadis
cantik bernama Orkid
tidak pula dia ceritakan.
Kak Leha
catat satu persatu
informasi dari Mat
Dan. Berguna juga mat despatch
ni, dua dalam satu. Hantar
surat boleh, penyiasat pun
boleh.
“ Bolehlah.. Conpensate. Lepas makan hantar
dokumen ni rumah
Datuk Ir. Arman. Jangan lambat, nanti
menggila bos kau
tu. Aku yang kena. ”
“ Baik
bos! Mat Dan mana
pernah lambat. ” Dokumen di
atas meja Kak
Leha di capainya. Ada
alamat rumah Datuk
Ir Arman. Dia jarang
ke sana. Bila ada
hal penting je. Semua
orang tahu Datuk
kerja dari rumah, tapi
hanya dia, Kak Leha
dan top management je
yang tahu mana
rumah Datuk.
“ Okay
Kak Leha. Saya pergi
dulu… ” Mat Dan lambai
tangan sebelum tutup
pintu. Dia bersiul senang. Kakinya melangkah
turun ke bawah. Mencari makanan.
Note: been under the weather past few days, hence, the late post. Enjoy reading ! Change of mind due to hectic schedule, I will upload a couple of chapters every Saturday inshaa Allah. There will be 24 chapters open for public view and total novel chapter is 91 chapters. By 1st February inshaa Allah I will start opening pre - order and delivery in 21 days - 30 days. Doakan ! Might also do competition for cover concept too. Just like The Wedding Breaker, I think its nice coming from someone who actually read it.
mcm mane nk order
ReplyDeleteYour Affiliate Money Making Machine is waiting -
ReplyDeletePlus, making money online using it is as easy as 1, 2, 3!
Here's how it all works...
STEP 1. Input into the system what affiliate products you intend to promote
STEP 2. Add some push button traffic (it LITERALLY takes JUST 2 minutes)
STEP 3. Watch the affiliate products system explode your list and upsell your affiliate products all on it's own!
Are you ready to make money automatically??
Your MONEY MAKING affiliate solution is RIGHT HERE
Ebobet merupakan situs slot online via deposit pulsa aman dan terpercaya, Dengan menggunakan Satu User ID bisa bermain semua game dari Bola, Live Casino, Slot online, tembak ikan, poker, domino dan masih banyak yang lain.
ReplyDeleteSangat banyak bonus yang tersedia di ebobet di antaranya :
Bonus yang tersedia saat ini
Bonus new member Sportbook 100%
Bonus new member Slot 100%
Bonus new member Slot 50%
Bonus new member ALL Game 20%
Bonus Setiap hari 10%
Bonus Setiap kali 3%
Bonus mingguan Cashback 5%-10%
Bonus Mingguan Rollingan Live Casino 1%
Bonus bulanan sampai Ratusan Juta
Bonus Referral
Minimal deposit hanya 10ribu
EBOBET juga menyediakan berbagai layanan transaksi deposit dan withdraw Bank Lokal terlengkap Indonesia seperti Bank BCA - Bank BNI46 - Bank BRI - Bank Mandiri - Bank Danamon - Bank Cimb Niaga, OVO, Deposit via Ovo. Deposit via Dana, Deposit via Go Pay, Telkomsel dan XL.
Situs :EBOBET
WA : +855967598801