BAB 23

Tengku Adam Kamil bersandar pada dinding yang agak tersorok, di tepi kediaman Ariana. Sedari tadi dia menunggu Ariana di situ. Usai majlis selesai, dia menelefon Dolman untuk datang menjemput Sophie dan menghantarnya pulang. Mengamuk  perempuan  tu,  tapi  peduli  apa  dia ? Sengaja  dia  mengajak  Sophie  pun  untuk  mengenakan  Ramzul  si  Botak. Habis  scene  tidak  perlulah  dia  menyambung  cerekarama. Drama  yang  dilayangkan  oleh  Ariana  pun  sudah  cukup  membuatkan  akalnya  hilang  pertimbangan.

Audi R8 nya dipandu ke Putri Palma Condo. Tahap keselamatan di sini agak tinggi, tetapi itu tidak menjadi masalah bagi Adam. Dia punyai berpuluh buah rumah di serata Malaysia, dan salah satu daripadanya adalah penthouse the Putri Palma Condominium yang juga satu blok dengan Ariana. Cuma penthousenya di aras paling atas.

Derapan tapak kasut perempuan semakin menghampiri kawasan dia berdiri. Adam mengintai dari situ. Susuk tubuh Ariana semakin jelas, Ariana menuju kearah kediamannya. Menyeluk tas tangannya untuk mencari kunci, pas keselamatan disuakan di scanner di sebelah pintu gril. Pintu terbuka.

Belum sempat Ariana menolak pintu grill untuk menutupnya, Adam sudah siap sedia menghalangnya. Lelaki sombong yang langsung berpura-pura tidak mengenalinya tadi menyelinap masuk sebelum merebut kunci di tangan Ariana.

“ Hey !!! ” jerit  Ariana  masih  terkejut  dengan  tindakan  tiba-tiba  Adam.  Baju Adam ditarik oleh Ariana. Cuba menghentikan perbuatan Adam yang sedang membuka pintu rumahnya. "Apa kena dengan you ni Datuk? Do we know each other’s?" suara  Ariana  ditinggikan.

Tadi kemain lagi menyombong dengannya, sekarang suka-suka je nak memasuki rumahnya. Dia  masih  terasa  dengan  layanan  Adam  padanya  tadi, melupakannya  tentang  Tengku  Adam  Kamil  yang  mampu  bertindak  diluar  jangkaannya. Tentang  bahayanya  seorang  lelaki  yang  bergelar  Datuk  Tengku  Adam  Kamil.

Pintu rumah dibuka luas. Adam masih membatukan diri. Wajahnya masih seperti di majlis tadi. Tidak berperasaan. Tenang. Tangan Ariana diheretnya ke dalam dan pintu rumah dikuncinya dari dalam. Sepantas  kilat. Langsung  tidak  memberikan  ruang  untuk  Ariana  bertindak.

Susuk  tubuh  Adam  yang  berdiri  malas  di  hadapan  pintu  rumah  diperhatikannya  penuh  debar. Langsung  tidak  bercakap.  Langsung  tidak  beriak  perasaan,  tapi  tetap  memandangnya  tajam. Membuatkan  adrenalinenya  meningkat  tiba-tiba.

Apa yang Adam cuba buat padanya?

Dia teringat malam peristiwa  hitam  itu  berlaku. Hari-hari dia diculik oleh Adam, riak tenang Adam biasanya mengandungi maksud tersirat yang dia tidak mampu mengagak. Biasanya riak tenang seperti itu akan datang dengan perwatakan The Beast Adam. Ariana mula menggigil. Peluh sejuk mula memercik dibadannya.

"Ya Allah, selamatkan aku..." Ariana terus-terusan berdoa. Liurnya  ditelan. Kesat. Hatinya  teringatkan  doa  pelindung  diri  yang  dibacanya  setiap  pagi ;

“Ya  Allah, jika  Engkau  mengetahui  bahawa  aku  beriman  kepada  Mu  dan  Rasul  Mu,  dan  aku  menjaga  kehormatanku  hanya  untuk  suamiku, maka  lindungilah  aku  daripada  dikuasai  oleh  orang-orang  kafir  dan  zalim”

Bagai  ada  momokan  pada  dirinya  yang  memohon  untuk  dilindungi  tapi  tidak  mengikut  syariat  yang  disarankan  Allah  dalam  berpakaian,  dalam  pergaulan,  dalam  menjaga  kehormatannya  sebagai  seorang  perempuan. Menampakkan  perhiasan  pada  lelaki  bukan  muhrim. Momokan  yang  membuatkan  hatinya  tertanya  dengan  sinis,  layakkah  hamba  yang  tidak  patuh  sepertinya  diselamatkan  oleh  Tuhan ? Walau  apa  pun  jawapan  hatinya,  dia  tetap  mendambakan  pertolongan  Tuhan  untuk  dirinya.

Matanya  liar  memerhatikan  sekeliling, mencari  peluang  untuk  meloloskan  diri. Mahu  melarikan  diri  melalui  pintu  rumah  dia  perlu  melalui  Adam,  jika  mahu  terjun  dari  balkoni  itu  seperti  membunuh  diri. Kalau  menjerit  sekali  pun  tinggal  di  sini  tidak  akan  membawa  orang  untuk  datang  dan  membantu,  dan  hakikatnya  juga  kondo  mewah  dibuat  dengan  dinding  yang  lebih  tahan  bunyi  berbanding  flat  biasa.

"Kenapa Adam?" Ariana bertanya risau. Suaranya  juga  dilembutkan,  cuba  mencurah  air  pada  api  yang  sedang  marak.  Hilang  sudah  panggilan  Datuk  dari  mulutnya.  Hilang  juga  lakonannya  selama  ini.

Adam mendekatinya setapak demi setapak. Wajahnya  semakin  sinis. Ariana  semakin  gementar,  turut  menapak  ke  belakang  perlahan-lahan. Adam seperti menyukai momen dia ketakutan begitu.

"Adam...whats wrong?!" akhirnya dia menjerit. Adam senyum sinis. Terhenti  beberapa  langkah  sahaja  dari  Ariana  yang  sudah  hampir  menghimpit  dinding  bersebelahan  biliknya.

"Puas dapat tayang badan tadi? Famouslah Ariana Rose lepas ni. A what? Fashion designer? Since when?" Adam bertanya sinis.

Ariana sendiri tidak tahu siapa yang memberitahu MC yang dia adalah seorang fashion designer. Tahu-tahu MC dah announce macam tu. Kalau ya pun, siapa Adam nak memarahinya? Kenapa tidak marahkan Sophie? Sophie kan girlfriend Adam.

"Awak tak ada hak Adam untuk mengkritik saya" sedaya  upaya  dia  cuba  untuk  berlagak   tenang  tapi  tidak  mampu. Yang  keluar  hanyalah  jeritan  antara  takut  dan  marah.

Adam ketawa sinis,menapak  lagi  ke  hadapan. Memaksa  Ariana  untuk  turut  sama  mengundur  lagi  ke  belakang. Hingga  belakangnya  tersentuh  dinding  batu  rumahnya. Adam  berhenti  kurang  sedepa  dari  tempat  dia  berdiri.

"Dah tu siapa yang ada hak? Ramzul?"

Ramzul.  Ramzul.  Ramzul.  Asal  nama  Ramzul  di  sebut  pasti  perkara  buruk   berlaku  padanya. Dah  la  suka hati je Ramzul naikkan namanya, tak habis dengan tu, ikut sedap dia je pegang-pegang bahunya. Kata dia nak buat donation, tak pasal-pasal dia hilang baju kesayangannya. Nasiblah untuk donation, dapat juga pahala.

" I’m  sick  of  listening  to  that  guy’s  name !  Jangan sebab competition antara awak dengan Ramzul, saya jadi mangsa. I can see it in your eyes Adam. Awak dengan Ramzul sama je Adam. You guys treat me like a 'thing'! " Memang  jelas  tindak  tanduk  Adam  dan  Ramzul  tadi. Berlumba  mahu   membida  dan  membeli.  Macam  budak-budak, tapi  bila  orang  tua  yang  bersifat  kebudak-budakan  memang  menyusahkan ! Orang  lain  yang  akan  menjadi  mangsa.

"Stop the act Ariana...Jangan  nak  samakan  aku  dengan  si  Botak  tu  pula ! Banyak-banyak perempuan yang aku jumpa, you are the bitchest  among  the  bitches.”

Bitchest  among  the  bitches.

Tercalar perasaannya bila Adam menghinanya begitu. Mahu  sahaja  dia  laungkan  sekuat  perasaannya  pada  Adam  yang  dia  bukan  bitch ! Adam  yang  setan!

" I’m  a  bitch,  so  what ? Do  we  have  business  with  each  other’s? Owh,  of  course  not, only  a  son  of  a  bitch  will  deal  with  a  bitch  right ?”

Son  of  a  bitch ?

Itu  adalah  penghinaan  yang  paling  teruk  yang  pernah  diterima  Adam  walaupun  diucapkan  dalam  nada  paling  selamba  dan  ditujukan  secara  tidak  langsung. Mendidih  api  kemarahannya. Tangannya  dikepal,  mehanan  kemarahannya  yang  semakin  menggunung.

“Please leave Datuk Wira Tengku Adam Kamil  before  I  call  the  police.” tangan Ariana menunjukkan ke arah pintu rumahnya. Sebelah  lagi  memegang  telefon  bimbitnya  kemas.
Gertakannya tidak dipedulikan oleh Adam. Adam  hanya  menggelengkan  kepalanya  bagaikan  memomokkan  kata-kata  Ariana. Telefon  di  tangan  Ariana  dicapainya.  Sebelah  lagi  tangannya  mencengkam  tangan  gadis  itu  sebelum  menarik  Ariana  rapat  ke  dadanya.

Call  them  and  by  the  time  they  come  maybe  they  will  figure  out  something  else...like  it  sweety ? ” soal  Adam  dalam  nada  mencabar. Ariana  telan  liur. Bimbang. Gila ? Adam  memang  gila !

Melihatkan  Ariana  yang  tak  terkata  Adam  semakin  berani  bertindak. Kedua  belah  bahu  Ariana  dipegangnya  kemas.  Memaksa  Ariana  bertentang  mata  dengannya.

" Tau...takut...Ariana  Rose  Hussein, kau memang perempuan Ramzul kan ?! ”

" Nonsense ! Saya baru je kenal Ramzul. Saya bukan perempuan Ramzul, atau Harith, atau sesiapa sahaja! And  you, stop acting like you owned me!" Ariana menjegilkan matanya. Merenung Adam dengan garang. Tangannya  masih  cuba  menolak  Adam  menjauhinya.

Adam ketawa lagi. Ketawa yang sengaja dikuatkan untuk menyakitkan hati Ariana. Tangannya sudah sibuk membelai rambut gadis di dalam dakapannya. Ariana menepis kasar.

"Lepaskanlah Adam! Kau tak ada hak nak sentuh aku!"

"Ariana sayang...kau jangan nak berlagak baik. Selama ni aku hormati kau..aku tahan kemahuan aku untuk sentuh kau..rupanya kau jauh lebih hina dari perempuan simpanan aku dulu! Berpura-pura! Talam dua muka. Berapa banyak lelaki yang kau nak dampingi hah? Tak cukup dengan Ramzul sorang? Harith lagi ??! Aku sayang  kau  selama  ni  Ariana...Tak  sangka  kau  memang  perempuan  sundal ! ”

Sakitnya hati Ariana bila dituduh melulu begitu. Salah dia ke kalau lelaki tertarik padanya? Hatinya membengkak marah. Ariana mengumpulkan segala  kekuatan  yang  dia  ada. Badan Adam ditolak agar menjauhi dirinya. Satu penampar hinggap ke muka Adam. Biar Adam rasa sakitnya hati dia seperti sakitnya Adam ditampar begitu. Tapi sakit yang dia tanggung jauh lebih hebat dari apa yang dia lakukan pada Adam tadi.

“ You  ruined  me  and  what  do  you  expect ? Huh ?! Act  like  a  Mary ? Mother  Theresa? I’m  ruined  and  what’s  wrong  with acting  like  one ?  Should  I  remind  you  what  you  have  done  to  me  before ? ” kalau  dia  nak  berpeleseran  dengan  lelaki  pun  apa  hak  Adam  untuk  menghalang ? Bukankah  Adam  juga  yang  merosakkannya  dulu ? Sengaja  dijawabnya  begitu,  biar  Adam  turut  rasa  sakitnya  hatinya  sekarang.

Mencerlung  mata  Adam  memandang  Ariana. Perit. Pedih pipinya bila ditampar oleh Ariana. Tapi  lebih  perit  mendengar  pengakuan  Ariana.

Dia rasa tertipu bila melihat Ariana berjalan dengan Liyana, adik Ramzul. Perempuan yang pernah menfitnahnya hingga hubungan dia dan Ramzul menjadi musuh seperti sekarang. Tambah pula Ariana begitu mesra dengan Ramzul Aziz. Si Botak musuh ketatnya yang tidak habis-habis menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menjatuhkannya. Si  Botak  jugalah  yang  mengakibatkan  syarikatnya  kehilangan  tender  bernilai  billion  ringgit  usaha  sama  dengan  syarikat  di  Dubai  empat  tahun  lepas. Si  lelaki  sial  itu  menghantar  pengkhianat  dalam  syarikatnya.

Betul telahannya selama ini yang Ariana mungkin di hantar oleh Botak untuk merosakkan reputasinya. Dulu Ariana sanggup memijak maruahnya sendiri bila diarahkan Ramzul untuk merosakkan majlis perkahwinannya, kali ini Ariana sanggup menayang diri di hadapan khalayak ramai semata-mata untuk memuaskan kemahuan Ramzul yang mahu bersaing dengannya. Lagi pedih hatinya bila Ariana menjadi bualan ramai, dia tidak menyangka Ariana akan disukai oleh golongan elite sepertinya. Masing-masing sibuk bertanya mengenai Ariana, Ariana memang tahu memancing! Bukan setakat dia dan Ramzul yang Ariana cuba dapatkan, malah Harith dan lelaki-lelaki kaya yang lain. Keliling  pinggang  lelaki  di  sekeliling  Ariana. Hidup-hidup  dia  ditipu  oleh  si  perempuan  cantik  di  hadapannya. Dengan lenggoknya yang menggoda dan seksi sewaktu memperagakan pakaiannya tadi jelas Ariana bukan perempuan sopan seperti yang dia sangka.

Melihatkan  Adam  yang  kaku  setelah  ditamparnya  tadi  dia  terus menapak jauh ke belakang cuba melarikan diri dari Adam, tapi Adam lebih pantas darinya. Belum sempat dia membuka pintu bilik Adam terlebih dahulu mendapatkannya. Tangan Ariana dipegangnya kemas  sebelum diheret masuk ke dalam bilik tidurnya.

“ Nak  masuk  bilik  ye ? Here  we  are  now

Pintu bilik di kunci dan Adam bersandar di pintu.

Ariana berundur ke belakang, cuba menjauhkan dirinya sejauh mungkin dari Adam.

" Run  baby  run....Run  if  you  could " Adam senyum manis. Senyum bapak kucing gatal yang menyenakkan perut Ariana. Kotnya dibuka dan dihempas ke lantai. Butang bajunya dibuka satu persatu. Adam masih bersandar di pintu sambil matanya tak lepas memerhatikan Ariana.

"Adam....Jangan....Please don’t..." Ariana teresak-esak menangis. Air matanya laju bercucuran membasahi pipinya. Peristiwa malam itu kembali melayari tabir matanya. Dia tak sanggup pisang berbuah dua kali.

“ You  are  not  Mother  Theresa  right ? So  what’s  wrong  with  this ? ” ayat  sama  yang  digunakan  oleh  Ariana  tadi. Bukan  Mother  Theresa  konon !

" Bermula dari malam ni, plant  this  in  your  mind ; YOU  ARE  MINE. When  you  are  mine,  you  are  not  suppose  to  be  with  any  other  man...I’m  sick  of  keep  on  reminding  you  about  this. Like  it  or  not,  face  it, sayang... "

Cemburunya menggunung bila melihat Ariana dipeluk oleh Ramzul, dikepit oleh Harith.  Dia tidak kisah lagi siapa Ariana, dia mahu Ariana menjadi miliknya. Hanya untuk dia. Dia tak kan benarkan Ariana didekati oleh sesiapa lagi nanti. Bermula dari esok, Hilmi akan ditugaskan untuk mengawasi Ariana.

Katalah  yang  dia  sudah  hilang  akal.  Memang.  Memang  akal  warasnya  sudah  tiada,  menghilang  bila  Ariana  kembali  dalam  kehidupannya. Dia  sanggup  lakukan  apa  sahaja  asal  Ariana  jadi  haknya. Perempuan  yang  paling  dia  cintai  dulu   pernah menduakan dia dulu. Menyesakkan dadanya bila melihat gadis  yang  ditatang  bagai  minyak  yang  penuh   meniduri lelaki lain, dan Ariana memberikan dia rasa yang sama. Rasa cinta yang tak mampu dibendung. Dia langsung hapuskan jejak Laurence dalam hidupnya  walau  dirayu  untuk  kembali  bersama.  Perempuan  seperti  itu  tidak  layak  untuk  mendapat  perhatiannya. Tapi Ariana,  dia tidak akan sesekali lepaskan gadis ini. Walau apa jadi  dan  walau  siapa  pun  Ariana.

Adam menapak mendekati Ariana yang sudah terpelosok di hujung dinding. Langkah  Adam  yang  perlahan  dan  tenang  bagai  gendang  yang  memalu  tangkai  hatinya.

“ Adam.... ” Ariana  mengengsot  ke  tepi  dinding.  Cuba  menjauhi  Adam.

“ Ariana  sayang....don’t  you  know  that  you  seriously  know  how  to  drive  me  crazy. Like  now.. Do  it  again  and  you  will  see  how  mad  I  can  be. Dare  again  sayang? ”  soal  Adam  sambil  tangannya  mengelus  pipi  Ariana. Menyapu  air  mata  yang  sudah  membasahi  pipi  mulus  itu.

Dia  bukan  hak  Adam,  tapi  kenapa  lelaki  itu  tidak  pernah  mahu  menerima  kenyataan ?

Tangan  Adam  ditolaknya  kasar. Ariana  cuba melarikan diri tapi Adam lebih cepat merangkul tubuhnya. Ariana  meronta  cuba  melepaskan  diri  tapi  tidak  membawa  kesan  pada  Adam.

“ Lepaslah !!! ” Ariana  menjerit  sepenuh  hati.

Shut  up  or  you  will  regret  it ” mendatar  suara  Adam.  Mudah  sahaja  dia  dibawa  ke  katil. Dihempaskan  ke  atas  katilnya  dan  dibiarkan Ariana terbaring di situ. Sanggulnya sudah terlerai, menampakkan rambutnya yang mengurai panjang. Dress ungu yang dipakainya terselak hingga ke peha. Menampakkan kakinya yang putih gebu. Adam telan liur melihat Ariana dalam keadaan begitu.

Ariana masih terkial-kial untuk bangun. Bergelut  dengan  panik  yang  berlegar  dalam  dirinya  dan  keinginan  untuk  lari  dari  situ. Semakin Adam merapati, semakin badannya menggigil ketakutan. Dia tak rela disentuh oleh Adam seperti malam itu lagi, dia nekad untuk melarikan diri. Ariana bergegas turun dari katil, kainnya yang sendat menyukarkan pergerakannya. Dia terjatuh, kepalanya terhantuk pada kotak  kayu  yang berada  di  hujung  kaki  katil. Kotak  yang  dialas  elok  sebagai  hiasan.

Darah  merah  menitik  dari  dahinya.  Mengalir  ke  mata  dan  pipinya. Hangat. Pandangan Ariana semakin kabur..

"Ariana !!! "

Dia hanya mendengar suara Adam memanggilnya dengan kuat sebelum dunianya  menjadi  kelam.



------------------------------------
Salam,

Late  night/early  morning  update - seriously  serious,  baru  ada  masa...! Coming weeks Eve akan jadi bertambah-tambah sibuk dgn many programs in list. Sangat risau tak sempat nak jenguk lappy nanti. Eve ingat nak btol2 siapkan manuskrip ( dah berapa kali dah bertangguh ni,aduhai...) by this week, then submit to publisher. As to ensure everyone will still get the update sampai bab 28, Eve akan submit those chapters to Penulisan2u untuk di update kat sana. Even I prefer updating here sbb sng nak reply comment... ( sorry kalau slow sket reply komen ye, appreciate them all, seriously)

The Wedding Breaker @ Penulisan2U

BUT this is not yet the last update here, iAllah dalam 2-3 days later Eve update Combo.hehe.  Nak kena finalise dulu bab 24 n 25. Thanks a lot ya for enjoying this story. This is the sweetest experience in writing - for me !

Kind regards,
Eve Rose x



..Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. Yeayyy!! Naga da mengamuk..
    Adam is a @*#@ mulut kuassam betoiii!!
    Sesia je kaya gila..upah la org siasat.. Ni x, tau nak tuduh jer.. Kecik ati ariana.. Wuwuuuuuwuu..
    Nanti lg la ariiana xmo kat awak adam oii!
    Ok, xsabo tguu apa jd pasnih... For sure ariana plakk mengamuk

    Liyana ngn ramzul tu sama je eh? Huh!rasa nak bg kaki je kt dua org nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ni mcm mizz acu plak yang mengamuk. hahaha u make my day la mizz acu ;p
      tu lah Adam upah ex komando jadi penyiasat, entah hape2 je Adam ni. Dia patut upah polis perisikan. lol

      gudnite acu ;) - penat giler arini

      Delete
    2. Nite eve.. ;) thanks for n3
      Ahaks! Tu la cr polis perisik

      Delete
    3. ape NAGA? ... kalau naga itu sudah masuk story Untuk Semua Dosaku, sbb aku ade bace USD
      Dalam USD watak utama Azri di sinoninim dengan NAGA!
      semburan naga ketika marah!
      x kan x de lain lagi kot!

      Delete
    4. Adam ANACONDA , Ruby . I dont know if others think otherwise but Eve lagi suka ANACONDA - silent. unpredictable. it dont attack unnecessarily but when it does even a roaming tiger will definitely lose. but anyway saya fan ANACONDA! haha that is why

      Delete
  2. cian ariana....awak sbg cpt yek..
    cite yg plg sy tgu sgt... suka ngn watak dorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah Eija ! korang semangat Eve lagi semangat.hehe.

      Delete
  3. Adam mengamuk mmg scary!tp sakit hati jgk sbb dia just tuduh Ariana mcm tu je..
    Jeles thp mlampau Adam ni..
    What happen to Ariana lps ni?
    X sbr tggu update
    Thanks eve :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scary kan? dia mmg anakonda. lol.
      iAllah Eve usahakan secepat mungkin! Amin (siyap aminkan sdri lg ni) hehe

      k, nite anon!

      Delete
  4. Akhirnya my darl dah apdet... Mcm nk tamak, x pendek skit ke dr biasa? Sukarnya hidup ini bila hati sering nk kan sesuatu tp x dpt...
    Yeaaaa, badboy dah x tahan sabar tu, bila depa nk tunang ni?
    Thanks eve kerna hilangkan skit kekacauan jiwa i ni haaa...

    ReplyDelete
  5. HAHA..ADA ENTRY BARU..AKAK EVE,NOVEL NI UNDER PUBLICATION MNA?

    ReplyDelete
  6. maaf ye akak..tercaps..ehehe..

    ReplyDelete
  7. Kak,seriously serious ni saya minat gila cerita ni. Dalam sehari,2-3 kali saya tgk blog akak kalau2 ade entry baru. Hope akak tak busy dah lepas ni. Buleh cepat2 update. Hehe. Kalau cerita ni di publish in form of novel, confirm saya beli! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks a lot anon! hamboi 2-3 kali tu sehari ;p I need to use this 2 weeks time. after that mmg almost no time at all...doakan kay! ;)

      Delete
  8. Huaaaaaa rasa bahagia tak terkata baca n3 ni..giler best!!!!! That was awesome!!!! Thanks eve for the best n3 ever!!!! Wow!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee schweet comment eca! ;D hehe thankss!

      Delete
  9. Omg Ariana!!!!!!!! What happen? Datuk nyeh pun satu x nak insaf2 lagi..... Hyeah!!!!!! Dua2 pun jealous with each other. Mmg ngamlarr tue..... Hehhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk ni mmg. He will learn his lesson. hehe ;))

      Delete
  10. Evelyn, thanks a zillion for the entry... Lega dan hilang rasa kemaruk pd tahap maksima... Phew....

    Adam ni mmg tak adil - dia boleh berfling, flung, flung sana-sini tapi Ariana disuruhnya menjadi setia... Padahal dia tak berniat langsung nak menjadikan ariana "permaisuri" pertama di dlm hidupnya. Malahan sangkanya ariana tak layak dijadikan teman hidup yg setaraf dgnnya.... Choy..choy... Choy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha marah giler gayanya ni ;p - thanks juga for liking it anon!

      Delete
  11. Thanks Eve dear. Ada juga update.. Betul-betul.. Choy.. Choy... I really hope that pretty soon Adam akan realise that apa yang kejar-kejar cam nak gila stress bagai tu actually really HIS. & that moment Ariana plak bagi dia kaw-kaw punya rejection.. kasi ajar sama si player named Tengku Adam Kamil biaq tersungkuq kata orang Kedah.. How dare he called 'bitch' to someone that he said is his.. bloody idiot.. Patiently waiting this manuskrip to be published.. Eve.. bagi dramatic sikit ya. Make different than the existing stories... All da best!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe he absolutely will learn his lesson. kasi tersungkuq ya? haha. iAllah hope anon suka la the whole story nanti. actually kalau eve pembaca i prefer to read this story in a bulk as a novel sbb dia ada one answer to another. xtau lah how different it will be sbb Eve baru start baca novel melayu...but iAllah will try my best.

      Delete
  12. Assalam...timakaseh utk n3 ini!tak sabor nk beli novelnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks Aminah! iAllah i will try my best to finish it quiick! lol ;)

      Delete
  13. Owh gosh he already getting mad!!!
    Omg!!!Btw congrat Eve!!!
    Thanks 4 the new entry^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farra ! he is showing his anaconda attitude and he will freak out soon too.haha

      Delete
  14. Betul2 mengamuk si adam nih. Adoila, kata hire PI, tp PI pun mcm xleh harap je. Byk ttg Arianna yg Adam tatau. Haha.

    Mesti ada yg terbeliak mata tgk betapa si bad boy sudah kembali. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus ada awak..yam yam yam ayammmmm...

      Delete
    2. Anon, tade Hajar dgn ZM pasti akan terasa pelik.hehe.

      Hajar : Bad boy tu lahiriah dia, keh3, berpura2 je si Datuk ni guna cara gentleman. Tak dapat, anacondanya muncul kembali. Dianya PI tu bodyguard dia yang tahu tembak org je. Nanti ada sesi judgement Dolman dan Hilmi nape dia kata Ariana kerani ;p

      Delete
  15. tq eve....berdebar baca entry ni... cant wait for next entry...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdebar ek ? hihi bjaya lah kalau mcm tu. thanks sharifah! ;D

      Delete
  16. Syg eve.. adam ni mmg over tau.. ariana nnt bls balik tau bila dah btunang.. jgn lyn adam biar dia kalut.. pujuk ariana gila2 nye romantik.. biar pdn muka suka suki je nak wat ariana cam tu.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syg u juga Norana! ;D - Adam mmg belajar pasni.hehe

      Delete
  17. Bad boy mmg mengamuk betul dgn Ariana. Sampai mcm-2 dia tuduh, Ariana pun satu suka sgt mencabar Datuk. Dah tahu Datuk a.k.a bad boy pantang dicabar, lagi mahu try.

    Eve darling, akhirnya dpt gak lpskan rindu pd new n3. Rasa-2nyer bila bole update n3 baru, x sabar nk tahu episod selanjutnya. thanks a lot dear, luv you eve :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi has! ;) thankss for missing TWB. iAllah working on 24 n 25. dah ada tapi nak finalise. hehe. Pretty soon la maknanya ni. hehe.

      p/s : Ariana pun sama tak makan saman. Datuk plak possessive giler. banyak orang kaya possessive tawu....hee..actually couple dgn org kaya giler2 boleh jadi scary.hehe

      Delete
  18. whatever Tg Adam doing i crazy over him..wakkakaka..ayat x leh blah..seriously mmg x sabaq2 nk bc the whole story...plss update cecepat miss ER..luv u xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh lepat ubi ! ;) dah tak main smallville ke ;p - iAllah working on the next chapter ni. sempat g menyilok balas komen.lol

      Delete
  19. tu la bad boy kalau dh mengamuk ikut sedap rase mulut dia nak cakap...
    tq utk the latest n3.muahmuah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihii thanks jumelia! ;D - tu lah mulut belacan btol Adam tu.

      Delete
  20. sntiasa berdebar kalau baca cerita ni..hahahaa...apela Adam ni kan..suruh siasat pn tak betul..maklumat yg kurang ni penyiasat dia dpt..haha..pdn muka kn..tak sabar nak tngok dorang bersatu..cewahhh...anway best entry kali ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pasni Eve nak wat thriller novel la pulak (berangan betol, masanya entah kat mana.haha) ha ah kesilapan dolman dgn hilmi ni lah buka peluang utk semua ni blaku.

      thanks ryanna! - cantik nama ryanna ;p

      Delete
  21. ala....sikit nyer EVE x sabar dh ni....scary scary...btol ADAm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam mmg anaconda. tp Eve suke lelaki anaconda, susah nak baca.hehe. sikit eh? pasni iAllah update 2 bab terus.kiki

      Delete
  22. cepat la sambung.. dah tak sabar nak tau....cite selanjutnya..
    apa yang akan jadi pada adriana lepas ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay wanie! iAllah tgh finalise kan ;p tgu okay!

      Delete
  23. Kenapa dgn Adam ni tak puas lagi ke dia telah merosakkan Ariana,
    kenapa akalnya tlh dikuasa oleh nafsu tidakkah dia kenal Ariana yg sebenarnya?
    Semuga Ariana terselamat dari nafsu serakah Adam... nak lagi Eve. cepat sambung ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anor mcm dah menghayati watak Ariana sungguh2 ni.hehe.
      Adam dikuasai oleh 1) marah 2) nafsu bila lelaki dan perempuan berdua-dua2an - ada 3 situasi syaitan bersumpah untuk cucuk jarum kat anak cucu Adam, duanya adalah yg tersebut di atas. Kalau ada iman di dada, Adam slmt tapi sahlah tak ada..poor Adam.

      iAllah Anor, nak sambung mengarang balik ni.hehe siap nnti update sini ;p

      Delete
  24. oh noo... Ariana pengsan? Cuak gak Adam ya.. hik hik hik... anyway, memang suker sgt dengan entry ni. hari2 dok refresh blog ni kot2 ada new entry.. ehehehehe.... can't wait to see what happen next :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah Ariana pengsan ni baru Adam tahu apa rasanya. ari2 refresh ek..sorry...thanks ye mieza.lol. iAllah will make it quick. doa2kan! ;)

      Delete
  25. really the beast and the bicth itu datuk adam, sian ariana mesti dah fobia ngan adam, confirm pas ni tobat x nak jumpe adam, tapi sudah semestinyer x dapat dielakkan sbb depa kena kawin without they know who will be their own bride and the groom.. sedihla adam wat kat ariana camgitu... Pasni adakah ariana akan bertudung untuk mengelakkan perhatian kaum lelaki pada dia, terutamanyer adam.. ialah sesungguhnyer menutup aurat melindungi diri dari segala perkara buruk.... byk tul celoteh arini.. 2 kali baca tau eve utk dpt Feelll..... and tak puas baca ..... tq for the entry eve...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Datuk Adam dapat the bitch now. lol padan muka. but yeah its great u see the point there ;D - tutup aurat utk selamat.

      thanks juga mayangsayang!

      Delete
  26. ouwwww...apa u dah buat bad-boy?? hmm...nanti girl u lari london baru tau, klu nak wrap-around-rose, buat btl2, gentle2..ni tak nak mengamuk sakan hahahaha fail bab xpress2 feelings bad-boy kite ni. haiiila rose, wat she gonna do after she wakes up....hmmmmmmm run, baby run????!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Adam shud learn from u zoora. he dont know how not to push.

      ' run baby run ? ' - ;p

      Delete
  27. tq tq tq miss writer i love youuuuuuuu coz n3 baru bessssssssssst. nampaknya mr anaconda mengamuk haaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi thanks too ainang! ;D

      anaconda is showing himself.lol

      Delete
  28. Puas menunggu... Hehehehe.... Uihhhhhh... Datukkkkkkkk!!!!!!!!?????????.... Apa Hal ni...??... Memang datuk dah betul2 naik hantu la... Hantu apa yg rasuk u ni datuk?????!,!!!... Arghhhhhh!!!!!!!!... Apa dah jadi ni datuk?.. Macam ni u cakap u sayang dia?... Layak ke u utk Ariana?... U memang jeles tahap gaban la datuk... Eeeeeiiiiiii.... Tengok !!!! U dah sakitkan org yg u sayang.. Macam tu ke sayang??... Arghhhhhhh!!!!... Kesian tau Ariana... Tu tak tahu lagi apa jadi pada Ariana tu... Eeeeeeiiiiii geram... Fikir la dulu lain Kali.. Jangan la ikut sangat hati.. Julang sanagat ego tu... Cuba la dengar Dan percaya pada Ariana .. Kalau u sayang dia patutnya u Cuba memahaminya... Tlg la datuk.... Adoiiiiii... Mood membebel jer hari ni.... Eeeeeeiiiii.... Hehehehehehehhee.... Terlebih emosi pulak dah.... Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha Lia, ni mmg spenuh ati nye komen ni. lol. 100% penghayatan ni.hehe. Dia ikut hati sangat.ikut sgt benci pada Ramzul tu.sikap possessive pun mmg giler kaw2 si mamat Adam ni.

      Delete
  29. best. n3 cepat yer utk seterusnya.

    ReplyDelete
  30. bapak gorila da mengamuk la pulak... x pasal2 anak ikan emas jd mangsa... pape pn best... teruskan n3 yg baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks iezz! hehe adam yg ensem dah jadi gorila, haha padan muka Adam.

      Delete
  31. TAK SABAR TUNGGU VERSI CETAK...HOPEFULLY CEPAT SIKIT
    tq eve

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah eve pun harap dapat siapkan cepat...waaa..kalau within this 2 weeks tak siap mmg susah giler nak siapkan nanti.doa2kan ye!

      thanks kiki !

      Delete
  32. yess!! ada n3 baru.. perghh!!! mulot TAK mcm longkang. memang mintak kene cili wehh.. sian AR xpasai jadi mangsa cemburu membabi buta dia.. ooo dia duk gesel2, pelok cium si sophie tu xpe.haishhh rasa mcm nak lempang je TAK nih..
    AR cedera sian nye kat dia.. dah le hr tunang dah nak dekat.. sobb soobb..

    ape2 tq for the n3. terubat rindu n TAK n AR.
    harap problem depa ni solve cepat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai sguh yg menghayati entry this time.lol. kalau Adam ni bebtol wujud sah dah lebam muka kena lempang ni.hehe

      iAllah check out next chapters ye! tgok apa jadik ;)

      Delete
  33. Tq Er utk n3 baru ni,tp makin x puas bc,giler suspens nak tau apa jadi kat Ariana. Baru Adam nak menyesal agaknya sb dah buat Ariana separuh mati.


    Mawardah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jg mawardah ;) - hehe catch up dgn bab 24 n 25 nnti ye to see what happen later. forsure adam menyesal ! ;p

      Delete
  34. Wsalam...
    i've been waiting for this entry, you know what, i'm like the others too...i have been visiting your blog everyday & about 2/3 times a day, hahaha & my last visit before your updates was last nite @1am & still no updates...because im eary about 38 minutes hahaha...but i have read it this morning in LRT otw to office...& again i repeat reading it, hahaha...so funny yeah...i'm addicted to this story, hihi...tq for the nice, sweet, interesting story...
    btw, i love this quotes---> This is the sweetest experience in writing - for me!
    my doa to u "All d best Ms. Eve....May Allah always bless u along your journey".

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooww dalam lrt pun smpat baca ? cool...n thanks a lot Sue! Really appreciates it :D n thanks for the dua too. iAllah is trying to focus on the manuscript ni dah siap novel barulah semua org tak tertunggu2.hehe

      Delete
  35. mmg scary la lw org lelaki mengamuk nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah tu yg laki jarang ngamuk. skali ngamuk teruk. hehe

      Delete
  36. mengamuk tandanya syg & memang dah terang2 ngaku syg... tp ego x nak kawin konon x setaraf... eve ada x nnt mana2 bab si Juwita enterframe & say sorry to TAK yg dia & AR plan rosakkan majlis nikah diaorg dulu??? biar si TAK tu betul2 sedar AR x de kena mengena dgn Ramzul... eeee geramnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Norana! u mmg mendalami betol.lol ;p - Adam will figured it out nanti ;)

      Delete
  37. giler lah adam...kalo syg betul kat ariana jgn buat begitu...sian dia..habislah dah luka..mesti berbekas ms majlis tunang nanti...
    p/s: hr2 jenguk & menanti utk next chapter!!good luck ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ariana will sue adam for the scar on her face.haha - joke ;p

      thanks ye hasnah! is trying my best to finish this jg, kalau tak siap habislah, dah tade waktu tgal..wa..

      Delete
  38. best la pulak... writer post N3 lg yeaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweet dazzle! ;) iAllah bab 24 n 24 is coming soon !

      Delete
  39. hi Eve...Thanks for this new N3...
    i trully in love with this story...:)
    btw can u re-check paragraph 1 & 2 and also part dimana
    cerita ttg Adam ex, Laurence...i'm not sure klu reader lain prasan, tapi ada sedikit kecelaruan story di part itu
    LuV U Eve...
    -Renn-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Renn ;) thanks for liking this TWB n really appreciate ur comment.
      para 1 & 2...dah baca but still cudnt figure out what..factual clash or ayat tak difahami ? hehe

      Delete
    2. Katalah yang dia sudah hilang akal. Memang. Memang akal warasnya sudah tiada, menghilang bila Ariana kembali dalam kehidupannya. Dia sanggup lakukan apa sahaja asal Ariana jadi haknya. Perempuan yang paling dia cintai DULU pernah menduakan dia DULU. Menyesakkan dadanya bila melihat gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh meniduri lelaki lain, dan Ariana memberikan dia rasa yang sama. Rasa cinta yang tak mampu dibendung. Dia langsung hapuskan jejak Laurence dalam hidupnya walau dirayu untuk kembali bersama. Perempuan seperti itu tidak layak untuk mendapat perhatiannya. Tapi Ariana, dia tidak akan sesekali lepaskan gadis ini. Walau apa jadi dan walau siapa pun Ariana.


      I think this,no?masa I baca ingatkan pasal Ariana dan Laurence.

      Delete
    3. *typo*

      nak tulis masa baca ingatkan pasal ariana "Perempuan yang paling dia cintai DULU pernah menduakan dia DULU" tapi rupa2nya laurence.

      Delete
  40. Eve i love this novel a new n3 please...... Kesabaranku berada d tahap minima

    ReplyDelete
  41. jgn laa abez lg.. xpuas lg nk bce..

    ReplyDelete
  42. cian kat ariana..huhu.. tp cam pendek jer plak.. xpuas la..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek sket la dari bab 22.rasa paling panjang so far bab 22.hehe

      Delete
  43. xnak arr Adam wat Ariaana cam tu lagi..kan ke nanti family Adam nak tunangkan mrka..
    xnak arr sedih2 sgt...kesian kat Ariaana
    plzzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iqa dah emo dah ni ;p - nnti kt tgok what happen bab 24 okay ? ;)

      Delete
  44. mesti mrka dah tau yg mrka tu tu nanti akan berpasangan apabila family masing2 berjmpa kat spital..tul tak
    nak n3 lagi...

    ReplyDelete
  45. pendeknya n3...tak puas hati la..nak lagi! huhuhu

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. ohhhhh my.... It's Getting Hot in Here.... pheww so hot baby..Smokin' hot... cik rose wlau apapun tjadi, please jgn biarkan diri anda amnessia or hilang ingatan, nanti leh jdi sinetron + telenovela,adam perlu masa untk berubah, bukan senang nk dpat hidayah ALLAH, susah nk mncerahkn balik hati adam ni, Because things are the way they are, things will not stay the way they are. jgn provoke or cari pasal dgn dia, kdg2 cik rose ni annoying la. stop blaming adam for evrything, Act like a whore and you’ll get treated like one. kadang2 ALLAH tak beri apa yg kita nak, tpi ALLAH beri apa yg kita perlu... so cik rose, be strong ok... wlpun i luv my bad boy, tpi saya x sokong sikap keji adam ni, jgn jdi perogol bsiri ok, saya rasa adam ni maybe typical alpha heroes kot... Most guys are players until that one special girl comes along that makes them lose their game... tq evelyn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks ZM ! amnesia iAllah tak ZM - never cross my mind ;p

      and yes agree with u pasal - Allah bagi apa yg kita perlu, sooner we will discover the good behind it. There must be a concrete reason why, and God knows better. and Cik Ariana ni pun salah jg, dia tak jaga pergaulan. Jaga aurat - selamat (motto baru, hehe)

      I saw many players around me, haha. and sangat suka dgn playboy ni, dia kalau suka mmg giler2 suka.

      Delete
  48. make it fast plz!tiap2 ari bke blog tggu u update new entry..eiii xcited!bes as always!agk2 ble cetak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hope by next week i bleh submit tu publisher. dorang nak cek2, nilai etc ada la sebulan kot kalau lepas.haha.doa2kan ya! ;)

      Delete
  49. hi eve,
    i like TWB muchhhh.....
    cant wait 4 da nx n3!!
    luv ur story!!
    cpt2 jd'n novel.. sy sgt suka kpd writter yg b'ilmu,cerdik+ hebattt.....
    i like u eve.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch! terangkat sangat i kalau u kata berilmu, cerdik+hebatt ni...I'm far from those..(tunduk) hehe.

      thanks ya anon! ;D

      Delete
  50. akak nak chapter 24...hehehe

    ReplyDelete
  51. nak chapter baharu... huhuhu

    ReplyDelete
  52. eve..mmg best la cite u ni..u keje ngan goverment ke??? sbb hanya goverment jer yg tau ttg HRMIS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks suhana!

      how i should say it ya...I once worked with government. but now not anymore. but i deal quiet lots with HRMIS system - HRMIS the future database system - have potential but system development is a bit slow.hehe u org HRMIS ke ? ;p

      Delete
  53. tq eve..best sgt2..cyg kt u..nk lg leh..hehe.nk part ariana engage wif adam..confirm best lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks nurul ! ;) - bab tunang dah nak dkat dh.hehe ;p

      Delete
  54. Kak Eve..ada FB x? hihi

    -Yannie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Yannie ! FB ada...had love to know each everyone here personally jg...but skrg ni cam segan lagi nak expose diri.haha. dah kuar novel nnti I will let everyone know and add everyone in fb.iAllah ;)

      Delete
  55. Kak Eve....
    u reaaallly reallly awesome!!!
    y adam turn to beast?
    pity arianna...nanti tunang ada scar la..huhuhu...but i bet she still look beautiful..:)
    in ur imagination kak eve...how is adam & arianna looklike?
    cant wait for next n3..please update la cpt kak eve..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch i love ur query my dear fie ;)
      Ariana looks like gambar yg kat sidebar tu (tu gambar doll actually,hehe)
      Adam pula...susah gile la nak cari org yg muka cam imagination saya. awak nye imagination cane?

      Delete
  56. Eve... esk thu, so harap2 ada n3 ariana sedar dr pengsan.. then fri really2 hope ada n3 btunang. Kan afdhal story fri kuar pun fri jugak... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha onfortunately kuar ari sabtu...! lol - tunang dah nak dkat dah tu ;p

      Delete
  57. apa punyer org la tengku adam nie...ada ke patut kta mcm tu dengan ariana...kan dh terasa ariana tu...tp tu bukan nyer slh spa2 pun...penyiasat upahan adam yg slh bg mklumat..
    tengku adam mmg mcam anaconda-unpredictable...pasti nie ariana pasti bertudung kn??hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yep salah si hilmi dan dolman. siasat dalam masa 2 hari, baik penyaisat tg mukhriz -siasat 2 bln. baru tepat.

      Ariana btudung ke? ada jawapan dalam 24 n 25 ! ;p

      Delete
  58. adakah ia akan dinovelkan? andai benar bakal dinovelkan ( dibukukan ) jgn lupa maklum kpd kami peminat the wedding breaker ttg tajuk melayunya yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah manuskrip dah siap. nak submit kat Karya Seni, tngok dorg nye evaluation cane .hope it goes well ;) iAllah. Kene tajuk melayu eh ? Nnti saya update kat blog ni apa tajuk melayunya ye if kena tukar.

      Delete
  59. Sy bgn trus check ur blog for update then balik skool also trus check ur blog....... New n3 please.... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol semangat! ;) dah update bellaa enjoy ye!

      study lagi ke ? ke cikgu ni ? ;)

      Delete
    2. Still studying... Hehehehehee

      Delete
  60. x sbar nk bca n3 trbaru....

    ReplyDelete
  61. alahai adam,.suke au wat ariana camtu,.unsecure,.
    raseny ariana terselamat dri adam kali ni keke thanks to kotak kayu ngeh2

    ReplyDelete
  62. xtau nk komen apa...
    jahat adam jgn wat mcm tu

    ReplyDelete
  63. ade satu je yg bagus pasal adam dlm bab ni..
    dia da tetapkan ati nak jugak ariana xkira sapa pon ariana tuu.. so, first tyme datuk ade GUT :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yes! exactly .ada jg org nampak that fact ;p

      Delete
  64. Hope ada entry baru reaaaalllll sooonnn. Love u adam!! Love u like a love song! Muach muach!! ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha that song remind me of bieber is coming tonight. hehe dah update, njoy okay!

      Delete
  65. Sedih ni.. ingt b4 tdo ada n3 baru.. tp x de lg.. iskh..iskh.. iskh..

    ReplyDelete
  66. Sedih ni.. ingt b4 tdo ada n3 baru.. tp x de lg.. iskh..iskh.. iskh..

    ReplyDelete
  67. nak lagi please ! best sangat !

    ReplyDelete
  68. Bangun tido terus bukak sini,..bila nak sambung n3 baru...

    Stresssssnyaaa tungguuu....argghhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha aduhai mcm kes norana ni. sowyy2.dah update dah ye ;) njoy kay

      Delete
  69. Wahh bezzzz...saja lama x lawat cni...tengok2 dah bab 23....kalo cenggini,tgu novel je la kuar...seksaaaaa tgu n3 by n3....hehehehe....bgussssss miss eve........

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha awak pun mcm saya. i waited sampai bab last baru saya baca kalau novel lain.haha. iAllah doa2kan novel okay ye ;)

      Delete
  70. eve sama dengan saia lh . sya jgk ska lki player nih hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha - challenging kan dgn players ni ;p tak bosan.haha.

      Delete
  71. eve please lanjutin donk.aq dach x sbr nich

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah anon. harapnya kamu suka bab baru ni ya.
      -hamboi bahasa indon - gue tak reti.hehe

      Delete
  72. x saba nk bce sambungan nie....cepat lah sambung...hehehehehe

    ReplyDelete
  73. Nak adam lagik heheheh.

    ReplyDelete
  74. eve...bila nak update next chapter ni...alahai...x sabar nak tunggu ni..plz...

    ReplyDelete
  75. Dear ckp nk update dlm 2-3 hri nie?...
    Busy ker?Nanti kalo x busy update la yer^^
    Hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah update dah farra - just now.lol.njoy kay! ;)

      Delete
  76. Eve...I daily jenguk blog xde update pun...ish ish x sabo dh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak terharunya,tetiap ari. dah update dah.njoy kay ;)

      Delete
  77. Tu la, i pun daily jgk jenguk, malah hourly kowttt... Huhuhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi, ini lagilah, tetiap aru! seriously do appreciate this. thanks miera! njoy bab 24 dan 25 okay ;)

      Delete
  78. Eve nampaknya the publisher need to publish your book real soon coz banyak dah yg tak leh nak sabar with the whole story

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Eve kena antar cpat2.wahaha.hope things is going well. doa2kan ya!

      Delete
  79. Eve,your book is very interesting.I have been following it every single day.Can't wait to get my hand on the book.

    Big fan from s'pore..
    Ann

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah that's very far - seriously appreciate it ;) thanks ann. do pray the publishing gona be smooth ;)

      njoy new chapters ya!

      Delete
  80. bestnya tp pendek! nak lagi n keep it up writer! nice job~~~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol pendek ek?haaha. tak puas la tu.lol. njoy bab 24 n 25 plak ye ;)

      Delete
  81. jahat la adam nie..kesian ariana..die xknal pon sape si botak tu..hurmm

    ReplyDelete
  82. alamak..adam blh ingat ariana ada ape2 dgn ramzul plak...
    no wonder dia marah sgt...rite now dia anggap ariana milik dia plak..aduh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts