BAB 2


BAB 2

 “ Hilmi, ko pergi siasat siapa betina yang buat hal kat majlis kawin aku. Dapat ko call aku terus. ” 

“ Ok, boss. ” pendek jawapan dari bodyguard Adam. Lelaki upahannya memang tak banyak cakap. Bekas komando yang  sudah  beberapa  tahun  meninggalkan  bidang  kerja  tersebut.

 Adam mundar mandir di pejabatnya. Tak senang dia mahu berlama-lama di rumah. Setiap kali bertembung dengan ayahnya pasti akan terjadi pertengkaran. Lebih baik dia ke pejabat, siapkan kerja-kerja yang masih bertimbun. Elok juga dia dan dua pupunya Juwita tidak jadi kahwin, mereka bukan sama-sama mencintai. Tapi dia juga tiada masalah andai kata mereka dinikahkan, kalau tak bahagia dengan Juwita, masih ada 3 ruang kosong untuk dijadikan isteri. Yang penting kemahuan papanya perlu dituruti, kalau tidak habislah punca rezekinya nanti.

 

*********

Usai selesai Bengkel Pemerkasaan Dasar 1% Pekerja OKU yang dilaksanakan di Kementerian  Sumber  Manusia  Ariana berjalan menyoroti deretan bangunan beberapa kementerian lain sebelum tiba di parkir keretanya.

Banyak yang diperolehinya melalui bengkel tersebut. Kerajaan telahpun menggubal satu dasar untuk menyerap penjawat OKU sekurang-kurangnya 1% daripada jumlah kakitangan kerajaan. Maknanya,daripada  1.47 juta  penjawat  awam  akan ada 147,000 penjawat awam OKU.

Empat panel OKU juga dijemput sama hadir memberi penerangan mengenai pengalaman mereka dalam menyandang jawatan sebagai penjawat awam. Salah seorang daripada mereka mengalami cacat penglihatan tetapi berjaya memperolehi Master dalam bidang psikologi dan sudah beberapa tahun menyandang jawatan pegawai pembangunan masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hebat.

Ariana  sendiri  tidak  sensitif  dengan  isu-isu  kemasyarakat  seperti  itu. Betapa jakunnya dia kerana baru mengetahui yang mereka yang cacat penglihatan boleh menggunakan sejenis perisian yang boleh membantu mereka membaca. Ia dinamakan perisian JAWS. Yang mana apabila bahan bacaan di scan menggunakan scanner khas, perisian tersebut akan membacakan bahan bacaan tersebut kepada pengguna melalui komputer. Begitu juga dengan email atau apa sahaja paparan di skrin computer boleh di baca oleh perisian tersebut. Jadi, perspektif yang memandang orang kurang upaya tidak berkeupayaan bekerja seperti mereka yang normal adalah tidak wajar lagi. Ariana mencongak balik sesi perbincangan yang disertainya tadi  sambil  kakinya  laju  melangkah  ke  parkir  kereta.

“ Piipppppp!!! ” sebuah kereta perdana hitam meluncur laju. Bengang si Ariana bila di hon begitu. Bukannya dia jalan di tengah-tengah jalan pun.

“ Hoi, bodoh ! ” sempat lagi dia melempiaskan marahnya. Tak semena-mena kereta tadi berhenti. Seorang lelaki berbadan sasa keluar dari kereta, “ Cik Ariana Rose?”

Macamana lelaki tu tahu namanya? Ariana sudah semakin kalut. Takut. Semua bercampur baur. Diintainya sekeliling kawasan tersebut, hanya tinggal beberapa buah kereta sahaja lagi. Keadaan juga agak sunyi. “ No, I’m not Ariana. ”

Ariana mempercepatkan langkahnya menuju ke kereta yang di parkir di  luar  kompleks  kerajaan. Ni lah kalau menghadiri bengkel, pastinya  tempat  meletakkan  kereta  menjadi isu. Kalau di kementerian sendiri, ada parking khas untuk dia.

Lelaki tadi cuba mengekori tetapi Ariana lebih cepat memanggil seorang jaga yang mengawal di hadapan  pintu  masuk  kompleks. Melihatkan tindakan Ariana lelaki bertubuh sasa tadi terus berpatah balik ke keretanya. Usai lelaki tadi berlalu barulah dia berani memandu pulang.

Sepanjang memandu dia terasa diperhatikan. Mungkin itu hanya fobia, tapi dia tetap perlu berwaspada. Sampai diperkarangan kondonya dia meminta bantuan seorang jaga perempuan untuk menemaninya hingga ke rumah.

***********

Hilmi memandang Ariana dari jauh. Beberapa maklumat mengenai gadis kecil molek yang diminta oleh bosnya sudah dikumpulkan. Tak sesusah yang dia bayangkan untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perempuan itu. Dia hanya bertanya pengawal Teratak Bahagia mengenai rupa paras perempuan yang membuat kecoh di majlis perkahwinan bosnya semalam, mereka kurang pasti akan wajahnya, tetapi masih mengingati dengan jelas plat kereta yang dipakai oleh perempuan tersebut. Daripada  nombor  plat  kereta  dia   dapat  mengetahui  nama  pemilik  kereta  tersebut  dan  tempat  tinggal  yang  digunakan  untuk  mendaftarkan  kereta  di  awal  pembelian. Itupun  pastinya  dengan  bantuan  kenalan  dalaman.

Dari pagi lagi dia sudah mengekori Ariana. Memastikan  arah  tuju  perempuan  itu,  mana  tempat  kerjanya  dan  mula  mencari  apa  jawatan  Ariana  Rose  di  situ. Penolong  Setiausaha  rupanya,  kerani  sahaja.  Ada  hati  nak  rosakkan  majlis  orang  terkemuka  telahnya.

Dia tersenyum puas. Tugasannya sudah selesai. Hanya perlu melaporkan pada Tengku Adam dan tunggu arahan selanjutnya. Skrin telefonnya ditekan, dia menanti seketika sebelum panggilannya dijawab.

“ Macam mana Hilmi ? ”

“ Perempuan yang tuan cari tu saya dah jumpa. Ariana Ros Binti Hussein. Dia tinggal di Puteri Palma Condominium, kerja di Putrajaya ”

Adam tersenyum lebar. Tahu lah macam mana dia nak ajar perempuan tu! “ Good job Hilmi, good job. ” Adam ketawa sakan. Sudah terbayang apa yang bakal dia lakukan nanti.

“ Bagi aku detail pasal perempuan tu” arah Adam tegas. Satu persatu maklumat yang dibongkar oleh Hilmi dilaporkan pada Adam.

 

 




Comments

Post a Comment

Most Popular Posts