BAB 12
Hi guys thanks for following TWB ! ;)
Really appreciate your support... laptop saya tengah buat hal. OMG. Baru habis kerja, bleh update kat ofis je....Enjoy ya semua!
~Evelyn Rose~
------------------------------------------------------------------------------------------------
Really appreciate your support... laptop saya tengah buat hal. OMG. Baru habis kerja, bleh update kat ofis je....Enjoy ya semua!
~Evelyn Rose~
------------------------------------------------------------------------------------------------
(source : google)
BAB 12
Awal pagi, usai habis solat subuh di rumahnya Tengku mukhriz sudah
keluar jogging. Sudah menjadi
tabiatnya, bila ada satu urusan atau projek yang besar dan berat
pengendaliannya, dia pasti akan melakukan senaman terlebih dahulu supaya
badannya lebih aktif, mindanya lebih cergas. Barulah kebarangkalian untuk
berjaya tu lebih tinggi. Habis sepuluh kali dia berlari mengelililingi tasik di
taman kawasan rumahnya, Tengku Mukhriz melabuhkan punggung di bangku
berhampiran tasik. Matanya dipejamkan sambil hidungnya menghirup udara segar di
situ. Jiwanya terasa lapang.
“Boboy…! Jangan
main-main kat situ, nanti jatuh!”
Suara seorang wanita
mengganggu ketenangan Tengku Mukhriz. Dia berpaling mencari suara tersebut.
Kelihatan seorang perempuan muda dan seorang kanak-kanak dalam usia 4 tahun
berada tidak jauh dari tempatnya. Anak lelakinya yang dipanggil Boboy berlari
ke arah tasik, ibunya mengejar dari belakang.
Nakal. Getus Tengku
Mukhriz sambil mengelus
senyum.
Ibu kanak-kanak tadi
berjaya merangkul anaknya. Boboy dipeluk dan dicium oleh ibunya. Keduanya
tertawa bahagia. Sepasang lelaki dan perempuan yang sebaya dengannya turut
menghampiri ibu dan anak tadi. Boboy mendepakan tangan kearah lelaki yang
sebaya dengannya, “Atuk! Nak dukung…!”
Lelaki yang digelar
atuk segera mendukung Boboy. Boboy dipeluk penuh kasih sambil diperhatikan oleh
wanita sebaya dengannya tadi. Mereka bermain-main dengan Boboy.
Bahagianya…bisik
Tengku Mukhriz.
Hidupnya sangat sunyi
sebelum ini. Bila wang mendahului segala kepentingan, banyak momen hidupnya
lebih terarah kepada kerja. Sedari dulu dia tidak dapat meluangkan banyak masa
dengan anak tunggalnya, Adam. Dia dan Puan Sri lebih banyak menghantar Adam ke nursery dan pelbagai macam kelas
semata-mata mahu memenuhkan jadual Adam. Dia dan Puan Sri keluar seawal 8.00
pagi, Adam juga sama. Dia ke nursery sehingga
tengah hari. Tengah harinya pula dia bawa oleh pemandu ke kelas piano, kelas
renang, kelas menunggang kuda atau memanah bergantung kepada jadual kelasnya. Bila
malam Adam makan dengan bibik, kadang dengan isterinya, dia jarang sekali
berada di rumah. Zaman itu adalah zaman dia mengumpul harta, mencipta sejarah
kejayaan untuk dirinya sendiri. Sebagai seorang kerabat dia memang punyai wang
pusaka yang banyak tapi tidak mampu menjadikan dia lelaki ke dua terkaya. Untuk
menjadi luar biasa, dia perlu hidup di luar norma manusia lainnya.
Bila usia menjelang
senja, barulah dia terkedek-kedek mencari sinar kebahagiaan. Mengupah seorang
ustaz untuk membimbing keluarganya. Kalau dia mampu mengupah doktor peribadi
kenapa tidak mengupah seorang ustaz sebagai penasihat kepada keluarganya? Mahu
dicedok ilmu agama dalam sekelip mata dia tak mampu, jadi lebih baik bertanya
pada yang pakar. Berdamping dengan
ustaz, sedikit sebanyak ilmu agama itu tertumpah juga padanya. Cuma….satu lagi
kebahagiaan yang ingin dicapainya. Kebahagiaan menjadi seorang datuk kepada
cucu-cucunya nanti.
Bila bangun je sudah
riuh dengan suara kanak-kanak. Malam pun sama, kan bahagia tu?
“Pap!”sebiji bola
tergolek ke kakinya. Menyentap lamunan Tengku Mukhriz. Kanak-kanak tadi berlari
mendapatkan bolanya. Tengku Mukhriz membantunya mendapatkan bola tersebut
sebelum menyerahkannya kepada Boboy.
“Sorry atuk…tu mama yang lempar, bukan Boboy. Boboy tukang tangkap
je ” Boboy yang baru pandai bercakap sudah pandai membela diri.
“Tak pe…” Tengku
Mukhriz ketawa sambil tangannya menggosok kepala Boboy.
Ibu kepada Boboy
datang merapati, “Boboy cakap terima kasih kat atuk”
Boboy menurut arahan
ibunya, “Terima kasih atuk”
“Sama-sama…”
Boboy dan ibunya
berlalu dari situ. Tengku Mukhriz mengiringi keduanya dengan pandangan
mesra. Kehadiran Boboy menguatkan lagi
motivasinya untuk menyatukan Ariana dan Adam. Baru cepat dia merasa pegang
cucu, Tengku Mukhriz senyum lagi. Dia terus mengarah ke rumahnya yang terletak
tidak jauh dari taman tersebut.Dia mahu bersiap ke Panglima Construction, salah
satu anak syarikat Panglima Holding. Berbincang dengan Pengurus Syarikatnya di
situ, Encik Hamid mengenai rancangannya untuk membuat usahasama dengan JR
Company, syarikat milik Datuk Wan Jusoh.
* * * * * * * *
Penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Kelantan hanya mengambil masa 45 minit. Tak begitu memenatkan bagi
Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania. Usai sampai mereka terus ke rumah
Datuk Jusoh bapa tiri kepada Ariana.
Pengurus syarikatnya
sudahpun menghubungi Datuk Wan Jusoh mengenai perancangan mereka dan dari situ
Tan Sri Mukhriz mula menghubungi Datuk Wan Jusoh. Kononnya dia mahu ke
Kelantan, saja mahu melawat negeri Cik Siti Wan Kembang sambil-sambil meninjau
kawasan yang ingin dibangunkan bandar baru mengikut perancangan mereka itu.
Datuk Wan Jusoh dan keluarga menyambut baik kedatangan mereka. Datuk Wan Jusoh, Datin Asra dan
beberapa orang wakil syarikatnya datang
menjemputnya di lapangan terbang, membawa mereka ke kawasan
yang ingin dibangunkan, membeli belah di Nordin Batik, sebelum akhirnya ke
rumah Datuk Wan Jusoh di Pengkalan
Chepa.
Usai sampai di rumah
Ariana, mereka memang disambut baik. Datin Asra ibu kepada Ariana memang cantik
orangnya. Lemah lembut dan berbudi bahasa. Datuk Jusoh pun tak kurang hebatnya,
budi bahasanya tinggi. Memang berkenan habis Tengku Mukhriz nak berbesan dengan
mereka. Usai panjang lebar mereka berbincang soal perniagaan, Tengku Mukhriz
memulakan rancangannya. Sedari tadi dia dok terintai-intai potret keluarga
Ariana yang tergantung di ruang tamu rumah.
" Cantik ya anak
perempuan Datin ni " Puan Sri Lis memulakan bicara. Pandangannya masih
tertancap pada gambar keluarga Datuk Jusoh. Potret keluarga yang diambil tahun
lepas diamati. Datuk Jusoh duduk ditengah bersama dengan Datin Asra, Ariana
berdiri di belakang bersama adik lelakinya dalam usia awal 20-an, dan seorang
kanak-kanak perempuan berada ditengah-tengah antara Datuk Jusoh dan Datin Asra.
" Owh..
Rose...Dia kat Putrajaya sekarang..." Datin Asra senyum bila anaknya
dipuji.
“Mesti dah berpunya
kan…punyalah cantik orangnya” usik Puan Sri lagi sekadar berbasa basi. Dia tahu
Ariana masih belum berpunya.
Datin Asra hanya
senyum, itulah telahan yang selalu dia dengar semenjak anaknya pulang dari
belajar di England. Tapi telahan yang dibuat memang semuanya salah.
“Rose ni biasa-biasa
je Puan Sri…asyik sibuk bekerja, tu yang single
lagi tu ”
"Kalau dapat
bermenantukan Rose ni...Untung saya." celah Tan Sri Tengku Mukhriz. Datuk
Jusoh dah mula kembang kempis. Orang sebaik Tan Sri ajak berbesan, bodohlah dia
kalau menolak.
" Anak kami ni
biasa-biasa je Tan Sri... takut tak sepadan dengan anak Tan Sri.." Datuk
Jusoh pula pura-pura merendah diri. Berbudi bahasa lah kononnya.
" Eh siapa kata
tak sepadan? Kalau ayah ibunya bagi green
light, rombongan kami terus bersedia untuk datang meminang"
Mahu tersedak Datuk
Jusoh mendengarnya. Serius ke pasangan billionaire kat depan dia ni? Tak kan
tengok gambar terus berkenan. Hisk, tapi buat apa ditanya. Rezeki, jodoh semua
tu ditangan Tuhan.
"Kami ni Tan
Sri...Kalau Rose dapat mertua macam Tan Sri dengan Puan Sri memang bertuah
badan budak tu "
"Macam tu kata
Datuk, dua minggu lagi kami datang bawa rombongan ya?"
"Betul ke ni Tan
Sri? " cepat juga sebenarnya tempoh tu. Mana nak tempah baju, mana nak
siapkan khemah, catering, pelamin…
"Datuk
Jusoh...saya bila masa tak serius? Boleh ke kami datang bawa rombongan
nanti?"
"InshaAllah...kecil
tapak tangan nyiru kami tadahkan Tan Sri…tapi…dua minggu….tak sempat kami nak
bersiap Tan Sri…sebulan lagi macamana?”
“Hmm…kita buat ala
kadar je Datuk Jusoh, lebih afdal kan? Antara family je. Tak perlu macam nak buat kenduri kawin tu, yang penting
berkat betul tak?” berat Tan Sri Mukhriz mahu memanjangkan tempoh, kalau
dipaksa juga, nampak sangat gelojohnya. Tapi dah dua bulan rancangannya
tergendala, tak kan nak panjangkan lagi sebulan.
Datuk Jusoh
mengangguk, mengiyakan.“Saya setuju sangat dengan Tan Sri tu, yang penting
berkat kan?..Baiklah kalau macam tu, inshaAllah 8 Mei ni la kan? Jumaat”
“Ye, dua minggu lagi,
8 Mei” Tan Sri Mukhriz ketawa sambil menepuk-nepuk bahu kawan barunya,
“Sudahlah panggil saya Tan Sri…dah nak berbesan kita ni ”
Pecah tawa mereka
berdua. Hati berbunga ceria. Tengku Mukhriz yang lega bila risikannya diterima,
dan Datuk Jusoh yang berbunga-bunga hatinya dapat berbesan dengan billionaire.
Ingat senang nak dapat?
Dalam suasana ceria
peluh hilai tawa, ada hati yang gundah. Datin Asra menjeling suaminya.
Senang-senang je Datuk Jusoh bersetuju. Memang Tan Sri dan Puan Sri baik, tapi
pendapat Ariana Rose perlu ditanya juga. Anak perempuannya tu bukan boleh
dijangka. Kalau ramai gadis-gadis yang mahu berkahwin dengan anak orang kaya
Ariana lebih senang buat dek je. Sudah beberapa orang yang datang merisik
ditolaknya mentah-mentah. Alasannya
tidak suka keluarga
berpangkat dan berdarjat,
susah dia mahu
menyesuaikan diri nanti,
atau kononnya berprinsip
sosialis jadi berkahwin
dengan golongan atasan
begitu mencabar prinsip
sosialnya. Itulah jawapan sengal
yang biasa digunakan
oleh Ariana. Datin Asra,
kalau Ariana sudah
menyuarakan alasan sebegitu,
tahulah dia memang
Ariana sudah malas
mahu melayan.
Usai habis berbual
mesra dan berbincang tentang rombongan meminang, Tan Sri Tengku Mukhriz dan
Puan Sri Lisdania memohon diri. Limousine
yang disewa dari lapangan terbang sudah
siap menanti di perkarangan rumah Datuk Jusoh. Datuk Jusoh menawarkan diri
untuk menghantar mereka di lapangan terbang tetapi ditolak dengan baik oleh Tan
Sri Tengku Mukhriz. Dia tak mahu menyusahkan keluarga Ariana. Keputusan Datuk
Jusoh untuk menerima rombongan mereka pun dah cukup menggembirakan. Dua bulan
dia tertunggu hasil siasatan Razif semata-mata mahu menyatukan Ariana dan Adam.
Sekarang misinya semakin hampir.
* * * * * *
* * * * * * *
Adam masih
lagi di pejabat. Berbincang dengan Pengurus dari Unit Komunikasi dan
Tanggungjawab Sosial Korporat dan Pengurus Bahagian Kewangan syarikat. Sebagai
sebuah syarikat konglomerat gergasi di Malaysia, penglibat langsung syarikat
dalam tanggungjawab sosial memainkan peranan penting dalam membawa imej syarikatnya
yang positif. Selama 5 tahun dia mengendalikan urusan syarikat ayahnya, semakin
banyak sumbangan dan penglibatan sosial Panglima Holding. Adam tidak lokek
memberi, lagipun cara itu juga dapat mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan
kepada syarikatnya. Selain menaja pelajar-pelajar berpotensi ke luar negara,
Adam biasanya memilih untuk menaja program kebajikan yang ada publisiti dan
program alam sekitar yang giat dipromosikan kini.
Senarai
penglibatan Panglima Holding dalam program yang berbentuk tanggungjawab sosial
serta program-program yang berpotensi diperhatikan Adam. Pengurus Bahagian
Kewangan juga melakukan perkara yang sama. Masing-masing sibuk meneliti.
Membandingkan antara peruntukan kewangan dan jumlah kos pembiayaan untuk setiap
projek yang sedang berjalan dan akan berjalan.
“ Jumlah
terbesar untuk social responsibility is
spent on a new project anak yatim
under Dato’ Seri Zahra ye? What so good
about the project ? Program ni makan masa lama juga saya tengok, tak
bersifat one off macam yang lain”
Adam bertanya pengurusnya Encik Asrul. Wajahnya masih serius menunggu jawapan
dari Encik Asrul, lelaki yang sudah berusia 40 tahun itu.
“First of all I should say it is a very good
project in terms of pelaksanaan dan
it is actually designed with objective. Kalau Datuk tengok program yang
telah diatur oleh penaja it is not just a
donation but it tries to help those anak yatim to be in a better condition. We did not just give them
money and just let them be. We can see their progress from month to month”
bersemangan Encik Asrul menerangkan. Adam khusyuk mendengar. Kertas kerja yang
memuatkan butiran lanjut program disuakan oleh Encik Asrul kepada Adam. Adam
menyambutnya dan terus membelek satu persatu.
“Siapa yang
hubungi awak untuk program ni?”
“Encik
Harith, pegawai khas menteri. Projek ni directly
bawah Dato’ Seri Zahra and since
Dato’ Seri ada hubungan baik dengan Tan Sri Mukhriz dan Puan Sri Lisdania,
mereka bagi kita priority untuk jadi
penyumbang terbesar. Lagipun it’s good
for our publicity since this project will get wide coverage from media”
“Okay, good then” Adam
senyum. Encik Asrul memang boleh diharap bab-bab publisiti dan projek-projek
sebegini. Dia tak kisah kalau tak mendapat publisiti, tapi kalau dapat, itu satu bonus.
“Total cost is 250,000 ringgit and
we are sponsoring 50% from it?” Encik Zamri yang sedari tadi hanya
mendengar mula bertanya. Bab apa lagi kalau bab kewangan. Dia yang jaga, perlu
lah.
Encik Asrul
angguk mengiyakan.
“The rest? Dah ada sponsor” Encik Zamri yang mula bimbang kalau-kalau sponsor tak
cukup nanti mereka lah yang kena tanggung. Pasti boleh membiayai, tapi lari lah
sikit dari peruntukan yang dah ditetapkan serta forecast kewangan yang mereka dah buat.
“Dah…semua
penaja akan hadir malam ni. Datuk confirm
datang kan untuk majlis perasmian? Tiga saluran TV akan ada kat sana”
Bab masuk TV
tu yang dia tak suka. Tapi untuk company
terpaksalah. Tambah pula Dato’ Seri ada sama. “Confirm. Saya pergi. Awak dengan siapa lagi yang hadir sama Asrul?”
“Saya dan
Azwani, Datuk”
“Okay. I think we can dismiss now. Jumpa malam
ni lah kalau macam tu. Thanks Asrul and
Zamri”
Encik Asrul
dan Encik Zamri bangun dari kerusi perbincangan. Bilik CEO Panglima Holding
ditinggalkan. Encik Zamri kembali ke departmentnya
di aras 23 manakala Encik Asrul terus ke aras bawah untuk pulang. Dia perlu
bersiap untuk majlis makan malam bersempena perasmian program anak yatim malam
ni. Masuk TV mestilah kena bergaya.
Bosnya tak
apa, surau, bilik air semua dah ada kat bilik. Muka pun dah kacak habis, pakai
apa pun meletop. Kereta pun bukan sebarang kereta, sekali pecut dah sampai,
boleh la balik lambat atau pergi ke sana langsung dari pejabat. Kalau macam dia
ni, memang kena touch up dulu. Pakai
segak-segak. Kalau tak sememeh orang pandang, jatuh imej syarikat. Habis-habis
dia juga la yang kena nanti.
Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D
yes!!!! aku komen dulu.. huahuahua
ReplyDeletesebelum baca tadi komen dulu. ni da baca, tibe2 je abes. magik. best la citer ni (^^,)
ReplyDeletehehe berebut jadi 1st ye ;) lol
Deletethanks33 ;D
Alamak bestnya please continue...... You know i wait every hour for a new entry sebab x sabar....... Please sambung......
ReplyDeletehehe thaankkss anon..thats very sweet of yoy ;) thanks!
DeleteHuhu lama tgu....
ReplyDeleteXsbq nk bc tang wak2 depa jumpa....
Smbng lg...
Best2...
naper pendek sgt... xpuas baca la....
ReplyDeleteokay dah boleh baca bab 13 anon.hehe. njoy ya! ;)
Deletereallly enjoy..best sgt..ape agaknyer reaksi Ariana 6ti ea??
ReplyDeletehehe nak tengok aksi ariana..kene tungguuuu.lol ;)
Deletependek sgt...x puas bc...cepat2 la sambung....
ReplyDeletehihi dah sambung dah. enjoy bab 13 plak ye ;)
Deleteehem2 cik Evelyn yg baik hati, assalammualaikum n apa khbr?? ouhhhh adam saya, finally... windu xtrkira bintg di langit dah ni.... owhhh ok, kena kawen ek? hope tak jadi mcm crita kawen paksa yg lain... nk kna tido blik asing bagai, pdahal ari tu dh kna ngap, hope adam still boleh maintain imej bad boy dier, hikhikhik sebelum seruan hidayah smpai dkt dia, so ambek la pluang ni untk jdi bad boy habis-habisan. sbgai pminat kipas susah mati adam, saya sokong jer die.... sya doakn yg trbaik untk awk. tq dear.. saya & adam luv awak ok
ReplyDeletehehe wsalam wbt. alhamdulillah sy okay ;) hope u r doing well too ;)
Deletehihihi~ tidur asing2.hahahha. maybe not. ;p
thanks a lot zm :D
Best as usuall!!!...
ReplyDeleteTpi pendeknyer...
Apa2 pown tetap menarik!!!
Evelyn cpt2 smbng!!!
thankss farra!! ;D okay dah sambung bab 13. enjoy reading ;)
Deletebest2..hati sntiasa berdebar bace ni..hehee
ReplyDeletehehe ryanna, thats cute.lol ;)
Deletethanks!
wah, x sabar nak tgu next n3!!! hope one day ariana dpt ubah adam menjadi imam nya...
ReplyDeletehehe iAllah ;))
DeleteWahh best3x. Xsbr nk tunggu next n3. Berusaha ye ganbatte!
ReplyDeletelol thanks amaya. enjoy bab 13 ya! ;))
Deletecant wait for d next n3..pls update soon ek..hehehe
ReplyDeletehihi dah di update! ;)
Deletebestnya,cepat2 sambung..xsabar tunggu..n_____n
ReplyDeletethanks2 mimosa ;))
Deletedah pblish chapter 13 enjoy reading ek ;)
Ohh.. Xsabo nak tgu majlis tu ;)
ReplyDeleteSurau skali dlm opis adam? He s changed?? Alhamdulillah..
hehe bangunan tu
Deletememang dibuat macam tu dari zaman ayah dia lagi. lol ;)
Cett.. Blom berubah g nmpknya ;)
Deletebagus gila orang tua dak berdua tu... nak2 lagi parent adam. macam manakah penerimaan adam dan ariana? hehehehe... tak sabar nak tunggu next entri ... ^_____^
ReplyDeletekikiki cara penerimaan dorang...maybe u can guess.lol.chapter pas2ni nanti dapat tahu ;)
Deleteuwaa apasal pendek sangat..senang betul bapa ariana buat keputusan..apakah ariana akan melarikan diri???
ReplyDeletehanya bab akan datang mampu menjawabnya.lol ;))
Deletecik writer..............knpa pendek sangat....xpuas la baca...ingtkn trus sampai part dinner tadi...nak lagi...nak lagi... :)
ReplyDeletehihi mmg patut sambung terus tapi jadi panjang sangat.haha. but bab 13 dah ada dah tu, ejoy ye ;))
Deletecik writer..............knpa pendek sangat....xpuas la baca...ingtkn trus sampai part dinner tadi...nak lagi...nak lagi... :)
ReplyDeletesudah diupdate! enjoy ya! ;))
Deletesuka2...x sabor nk tggu dorang kawin n adam jadi org yg beriman...aaahhhh.....nooooo...cik evelyn,tlg post n3 byk2...sy da x leh tahan....heehee...(sabar itu separuh drpd iman)
ReplyDeleteWRITER!!!CITE NI BEST SGT!!SY SUKA!!!AWK MEMANG PANDAI MENGKARYA??MENGAYE??ADEYY,x tau nk ckp ape...(malu)..
k,bye
haha comel la komen awak anon.lol.saya pun tgh berkobar2 nak habiskan tempoh dorang bertunang.haha. tak sabar nak mengarang lepas kawin.kikiki
Deletetimekasih cik penulis.. nak lagi...hihi..
ReplyDeletecter nie smkin best..sukee..hehe
ReplyDeleteLaju nyer ayah n mak adam..terus meminang....
ReplyDelete