BAB 5
BAB
5
Telefon Ariana dibiarkan berdering. Beberapa
panggilan dibiarkan tak berjawab. Kebanyakannya dari pejabat. Akhirnya Adam
mematikan telefon LG milik Ariana. Takde
kelas langsung bisik Adam. Orang sibuk guna Blackberry, Iphone dia guna LG
Pink. Surat khabar dibeleknya satu persatu, mencari berita-berita penting
terutamanya yang bersangkut paut dengan perniagaannya. Ariana masih dibiarkan
di bilik tetamu. Usai dikuncinya perempuan yang dah menyusahkan hidupnya itu,
dia berehat di bilik utama hinggalah pagi menjelma.
Sarapan dah pun disediakan oleh pembersih
rumah yang diupahnya untuk datang setiap hari. Mak Cik Salmah biasanya akan
datang waktu pagi dan berada disitu hingga ke tengah hari. Bila jam sudah
menginjak ke 10 pagi, terdetik di hati
Adam untuk meninjau keadaan Ariana. Dia berjalan perlahan ke bilik tetamu yang
berada dihujung sayap kiri rumah. Kunci dibukanya dari luar, perlahan dia
memasuki bilik itu sambil matanya memerhatikan sekujur tubuh yang masih
terbaring di atas katil bersaiz king.
Ariana kelihatan sangat penat. Ada riak sedih
diwajahnya yang mulus. Rambutnya yang berombak lembut menghiasi bantal yang
mengalasnya tidur. Bantalnya juga ada kesan basah. Mungkin Ariana menangis
semalam.
‘Sape suruh cari pasal dengan aku ? ’ bentak
Adam, cuba menghilangkan rasa bersalahnya. ‘ What
I’m going to
do with her ? ’ niat asalnya mahu membawa Ariana
ke Cameron untuk ‘berbincang’ dengan menggunakan caranya sendiri. Dia mahu
Ariana menarik balik dakwaan yang mereka pernah tidur bersama, membuat sidang
akhbar dan seterusnya membersihkan namanya kembali. Dia mahu tahu apa tujuan
Ariana berbuat demikian.
Seulas bibir yang masih basah dan merah
diperhatikannya. Mengingatkannya akan ciuman mereka semalam. Dia pasti mereka
belum pernah tidur bersama. Andai dia pernah meniduri Ariana, dengan tarikan
yang ada pada gadis itu, tak mungkin dia boleh melupakan Ariana semudah itu.
Tak mungkin.
Jadi apa motif disebalik lakonan Ariana pada
majlis perkahwinannya dengan Juwita ?
Badan Ariana digoncang oleh Adam, “Bangunlah.”
Kasar intonasi yang digunakan oleh Adam.
Kepala Ariana terasa berat, lambat-lambat dia membuka matanya. Kelopak matanya
terasa sungguh berat untuk dibuka. Pandangannya agak berbalam. Lama kelamaan
semakin jelas.
Lelaki ni lagi. Dia penuh berharap apa yang
berlaku semalam hanyalah mimpi. Bila dia sedar hari ini semuanya kembali seperti
biasa. Tapi nyata Adam terpacak dihadapannya.
Adam ???
Ariana terus bangun. Gebar selimut ditarik
supaya menutupi tubunya. Badannya diraba, cuba memastikan pakaiannya masih ada.
Dia menarik nafas lega. Pakaiannya masih
terletak elok seperti semalam. Tiada apa yang berlaku. Adam memerhatikan
gelagat Ariana yang kalut semacam.
“ Ko ingat aku dah perkosa kau ke? Aku tak
buat benda tu dengan memaksa. Perempuan yang datang offer tubuh dorang kat aku la ” berlagak sahaja riak Adam. Memang
itu prinsipnya, dia tak kan memaksa. Walaupun
Ariana cukup menarik
perhatiannya. Hanya loser yang
perlu memaksa perempuan untuk meniduri mereka.
“ Bangunlah sebelum aku heret ko ke bilik
mandi.” arah Adam lagi. Pandangannya di
arahkan ke luar
tingkap bilik, cuba
mengalihkan kemahuannya untuk
melakukan perkara yang
tidak senonoh kepada
perempuan itu. Itu bukan
niatnya.
Benci betul Ariana memandang wajah Adam. Dia
mencebik. Terus dia melangkah turun dari katil.
“ Tuala mana ? ” soal Ariana
dalam nada mendatar.
“ Dalam bilik
mandi la, mana
lagi . Ko mandi. Salin pakaian kau tu, dah hapak dah baunya” serentak
itu Ariana mencium bau badannya. Hapak dia cakap? Bentak Ariana.
“
Pakaian ada dalam bilik mandi tu. Ko ambil je mana-mana yang muat”
Ariana terus ke bilik mandi. Lama dia berendam
di dalam bath tub. Itu sahaja caranya
untuk menenangkan diri. Menghilangkan semua tekanan yang semakin membelenggu
dirinya. Selesai bersiap dia ke tepi tingkap, memerhatikan sekeliling villa
indah itu. Villa yang terletak di lereng bukit dikelilingi ladang teh yang
memenuhi lereng bukit hingga ke bawah lembah. Anggap saja lah sedang bercuti
Ariana, percutian survivor. Bisik
Ariana pada dirinya sendiri.
*********************
Adam datang sekali lagi dengan membawa
sedulang sarapan. Roti bakar, susu, cornflake,
butter dan jem. Ariana memandang Adam dengan pandangan yang dingin.
Bencinya pada Adam semakin membara.
“ Makan ” arah Adam sambil meletakkan dulang
berisi sarapan di atas meja berhadapan sofa dan tv. Ariana menjeling sekilas.
Malas dia nak bercakap dengan Adam. Dia masih terpacak di depan cermin kaca
menghadap ladang teh.
“ Kau nak datang sendiri ke nak aku heret kau
datang sini ? ” sergahan Adam yang kuat mengejutkan Ariana. Automatik dia
mendekati sofa. Sengaja dia melalui jalan jauh supaya tidak perlu melintasi
Adam. Roti bakar dicapainya perlahan. Kalau diikutkan dia hilang selera, tapi
dia juga perlukan tenaga. Manalah tahu dia perlu bergelut dengan Adam nanti ?
“ Kenapa kau buat aku macam ni Adam ? ” Ariana
memberanikan diri bertanya.
“ And
the same question goes to you Ariana.. ” Adam merenung Ariana dengan
pandangan yang tajam. Serta merta Ariana menundukkan pandangannya. Perlu kah
dia memecahkan rahsia Juwita ? Belum tiba masanya.
“ Berapa bulan kandungan kau ? ”
Ariana mengetap bibir. Tak perasankah kah Adam
Kamil yang perutnya sangat rata. Tak ada
benjolan langsung! Ariana menarik nafas.
“ 3 bulan” usia kandungan yang paling lojik
difikirkannya.
Adam tersenyum sinis. Masih mahu menipu
perempuan ni. Dia bangun dari sofa yang didudukinya, mendekati Ariana, dan mula
duduk di sebelah gadis itu. Badannya disandarkan pada belakang sofa penuh
santai. Sebelah tangannya diletakkan di belakang Ariana.
“ So we
have sex last three months ? ”
Terbatuk –batuk Ariana bila Adam bertanyanya
begitu. Gila ! Perlu menipu lagi Ariana? Perlukah? Tapi dia sudah berjanji
dengan Juwita. Kalau dia memberitahu Adam apa yang akan terjadi? Mungkin dia
akan disaman oleh Adam! Bila jadi kes
mahkamah mahu atau
tidak, pasti kedua-dua
belah keluarga akan
terlibat sama. Lagi teruk keadaannya
nanti. Pening!
Sikap kelibut Ariana dah menunjukkan dia berbohong. Adam semakin galak mahu melihat
reaksi Ariana. Segelas susu dihulurkannya pada Ariana. Cepat-cepat Ariana
meneguknya.
“ I
miss the time we did it… ”
tangan Adam bermain-main dengan rambut Ariana yang ikal dan panjang hingga ke
siku. Pipi gadis disebelahnya yang putih
kemerahan turut diusap perlahan.
Terhenti nafas Ariana. Kaku. Adam semakin galak mengenakan.
Wajah Ariana dipegang dengan kedua belah
tangannya. Mata mereka bertaut, “ Let’s
start a family then.” Ariana
menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak mahu. Dia tidak rela bersuamikan Adam.
“ Tak kan you nak besarkan baby kita ni sorang-sorang ? ” Adam mula
mengusap perut Ariana. Terasa geli geliman, bagaikan ada kupu-kupu yang bermain
di dalam perutnya. Mahu saja dia menjerit pada Adam, ‘ Stop it ! It was just an act
!!! ’ tapi dia masih belum bersedia memecahkan rahsianya. Kemungkinan
tindakan Adam akan menjadi lebih agresif jika mengetahui dia berbohong turut
menakutkan Ariana.
“ I boleh besarkan our baby alone, and please stop touching me! ” Ariana menolak
tangan Adam yang semakin liar. Dia bingkas bangun menjauhi Adam. Naik rimas dia
dibuatnya.
“ I
nak kita kahwin ”
“ NO
”
“ You
yang cari pasal mengaku kandungkan anak I, satu Malaysia dah tahu. Mestilah I
kena bertanggungjawab! ”
“ I tak nak kahwin dengan you ! ”
“ Dah tu apa motif you pergi mengaku macam tu
waktu I kahwin? ”
“ Sebab you tu lelaki tak guna yang langsung
tak layak dengan Juwita ! Faham ? Kalau setakat nak warisi harta pusaka arwah
nenda you, you nak korbankan masa depan Juwita, no way ! ”
“ Kau bersubahat dengan Juwita kan ??? ”
“ Tak. You
deserve it Adam. Kau memang tiduri perempuan kan? Those yang pregnant kau support
dorang untuk gugurkan kan? ” mata Ariana mencerlung melihat Adam. Benci betul
dia memandang wajah Adam, lelaki seperti Adam memang wajar diajar.
“ They
want me! Heh, mana ada aku pernah pregnantkan
mana-mana perempuan lah! Kau je yang muka tak malu buat pengakuan depan semua
orang. Mana maruah kau ? Perempuan bodoh je yang akan bertindak macam kau ni
tahu tak?”
Berdesing telinga Ariana dituduh sebegitu.
Roti bakar yang masih bersisa di tangannya dibaling ke pinggan. Dia terus
berlalu, malas mahu melayan Adam.
“ Aku tak luak sikit pun Adam. Nama kau yang
hodoh, bukan aku. People don’t even know
me. They know you” Ariana tersenyum sinis.
Hati
Adam semakin membengkak
bila diapi-apikan oleh
Ariana. Sengaja cari nahas. Dia
bangun mendekati Ariana.
Tangan Ariana dipegangnya
kemas.
“ Apa
ni ? ” tangan Adam ditepisnya
tapi tidak memberikan
apa-apa kesan. Muka Adam
yang sudah memerah
diperhatikannya. Terdiam
Ariana bila melihat
muka Adam yang
menahan marah. Tangannya diheret
keluar dari bilik
besar itu, menuruni
satu persatu anak
tangga banglo besar
itu.
“ Dolman,
Hilmi !!! ” laungan Adam bagaikan
halilintar yang memanah
kuat. Terkejut kedua-dua orang
suruhannya yang sedang
minum pagi.
“ Kenapa bos ??? ”
“ Gerak
sekarang ! ” arah Adam pada
keduanya. Ariana hanya mengikut
bila diheret begitu. Terkocoh-kocoh mereka
berdua menghidupkan enjin
Hummer.
Ariana
ditolaknya ke tengah
tempat duduk. Adam pula
mengambil tempat di sebelahnya.
Tangannya kemas mencengkam kedua-dua belah tangan Ariana.
“ Ke mana bos ? ”
“ Tanah
Rata. Kau jalan je”
Pekan Tanah Rata disiggahi mereka bertiga.
Adam mengarahkan Hilmi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah klinik.
Ariana diheretnya sama. Adam terus ke bilik doktor tanpa mempedulikan mereka
yang sedang menunggu giliran. Doktor Rosli adalah Doktor keluarganya di
Cameron, penjaga kaunter pun sudah arif mengenai perkara itu.
Doktor Rosli menyambut mereka berdua dengan
senang. Adam mengeratkan pelukannya dipinggang Ariana.
“ Uncle, boleh tolong cek girlfriend Adam ni pregnant tak ? ”
Wajah Doktor Rosli berkerut menahan curiga.
Adam sudah semakin melampau baginya. Andai papanya tahu pasal ni habislah Adam.
Orang muda seperti Adam perlu diajar
erti tanggungjawab, bisik Doktor Rosli. Teman
wanita bertukar macam
tukar baju. One night stand perkara
biasa. Ariana sajalah perempuan pertama yang dia bawa berjumpa dengan Doktor
Rosli. Yang lain entah apa nasibnya.
Ariana semakin takut. Of course dia tak mengandung! Matanya dipejamkan. Dia perlukan masa
untuk berfikir, samada mahu memberitahu perkara sebenar ataupun tidak.
“ Cik cuba buat urine test then datang sini balik. Tandas sebelah kiri.” Suara
Doktor Rosli mengejutkan lamunan Ariana. Wajah Adam dipandangnya dengan
pandangan mengharap. Mengharapkan agar Adam akan menukar fikirannya.
Selepas 15 minit Ariana kembali. Urine sample diserahkan pada pembantu
kesihatan di klinik tersebut. Adam masih tersenyum-senyum. Lepas ni rahsia
Ariana, penipuan Ariana akan terbongkar. Dia tahu Ariana tak mengandung, di
majlis perkahwinan tak jadinya perut Ariana jelas memboyot tapi sekarang
kempis, rata macam model teh kurus.
Ariana mengambil tempat disebelah Adam. Doktor
mula menyoal beberapa soalan kepadanya. Semuanya dijawab dengan teliti.
Pembantu tadi mengetuk pintu bilik doktor
sebelum memasukinya dan menyerahkan keputusan kepada Dr Rosli.
NEGATIVE
Doktor tersenyum. Sebelah tangannya dihulurkan
kepada Adam.
“ Congratulation,
son. You are becoming a father ”
Senyum Adam mati. Ariana mati akal.
muahahahaha.... ariana pregnant? habes la adam.. hik hik hik.. tak sabar nak tunggu next entry :)
ReplyDeletesiot betul,
ReplyDeletehabislah ngkau ariana..... nak sangat nak tolong kawan kan???? kan dah kena....
Adam Kamil what you are going to do???????
evelyn next chapter plzzzzzzzzzzzzzzzzzz
tak sabar... baru baca satu bab, nak lagi...
keep up with ur good writing job......
lol thanks elvythia!
Deleted next chapter akan update sooon ye! :D
hehe thanks for enjoying it!
ReplyDeleteDr Rosli sengaja tipu Adam, hehe. stay tune kalau nak tahu apa yg blaku nantii ;p
This comment has been removed by the author.
Deletehahaha,
ReplyDeletearianna pregnant ... amibik ko arianna , nak sangat nak tolong kawankan????
TENGKU ADAM KAMIL, apa awak nak buat sekarang?????????
welcome to the fatherhood club,kuikuikuikui.............
evelyn next entry plz.........
plz upload semua chapter....... asyik teringkatkan adam kamil aje.....plzzzzzzzzzzzzzzzzzzz :)
haha welcome to d adam kamil's club.lol
Deletenntikan apa tindakan Adam pasni... ;p
seriously best...
ReplyDeletetlg la wt cpt2 smbunganny..
hehe okaay...! ;D semangat2!
ReplyDeletethanks syazlin for supporting!
huwahh . hari xdpt jd 1st person yg komen . lwt sikit . xpe2 .
ReplyDeletekak , cpt la smbung ! xsabar dh ni .
keep it up !
lol aci jd org 1st komen eh tasyahaha.thanks tasya for ur supprt!serius makin berkobar nak berangan pasal adam dgn ariana.hehe
ReplyDeleteHahaha!!!
ReplyDeleteX sbr nk tggu smbngn citer nie^^
Pdn mka Adam!!!
Budget bgs jer!!!
hehe thanks farra joe for keeping up! ;D n ur support!
ReplyDeleteHehehe!!!
ReplyDeleteCan't Wait 2 read the next entry!!!
It's really fun story!!!
Daebakkkkkk!!!
lol thanks a lot! will update soon ;)
ReplyDeleteBest2,tlgla smbg cpt2 yer..
ReplyDeletehehe thanks anon for enjoying d story! ;)
Deletetengah audit citer before posting.hehe
stay tune ya!
Hri nie x ada entry bru ker:(
ReplyDeletecpat laa update st0ryy tue,,,dh xsbar nie...
Deletelol sorrryyyy for making u guys waiting! weekend is a bit packed.hehe.will try my best okay ;)
DeletePergh!!!dis was d bez novel yg ira prnh bce after hlovate..fighting,,h0ho.
ReplyDeletethanks mira! appreciate ur comment :D
Deletewill try my best! saya pun suka hlovate ;)
sis,,i luv it dis st0ryy...:)
ReplyDeletei h0pe sis cpat2 laa dis st0ryy yea...
xsbar nie....
haha..suke suke suke...
ReplyDeleteresult pregnancy tu negative kan??
doktor tu saje nak kenakan adam ke??
haha..btw citer ni terbaaaeeek la..
good job writer..
Hahaha.. Amekaaw adam!
ReplyDeleteWhat happen ? betul2 pragnent bila dia org buat ? hahaha. sah pacikRosli menipu sama... kekekekke
ReplyDeletehaha.. itu lah nma keajaiban.. keajaiban yg dicipta dr.rosli.. kekekeke.. mau terkejut adam dgn rianna..hihi.. suke2..
ReplyDeleteADOIII makin suspen cite ni!!
ReplyDeletehaha lawak betol..doktor pon mainkn peranan nk mgenekan adam..si adam tu pon pndai sgt yg pg klinik pkcik sndiri sape sruh..kihkihkih
ReplyDeleteEk...motif dr ni pn bersubahat?
ReplyDeleteHahaha...sbr je la..
hambekkkkk ko adam...suka sgt kenakan pompuan,bagus jugak idea DR Rosli tu...hehe
ReplyDeletelyza~
Sis bole update tak.. novel dh lama baru skrg nak baca.. x jmpa dh novel ni skrg.. nak beli ebook pun takda ðŸ˜
ReplyDelete