BAB 16



BAB 16

Satu folder yang memuatkan kajiannya mengenai Equine Assisted HYPERLINK "http://www.pathintl.org/resources-education/resources/eaat"THYPERLINK "http://www.pathintl.org/resources-education/resources/eaat"herapies dimasukkan ke dalam tas tangan. Ariana terus ke lot parking, sebelum memandu laju menuju ke Wisma Panglima di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Lalu lintas di lebuhraya agak lancar, tetapi sangat sesak bila tiba di pusat bandar. Setengah jam dia bersesak dalam lalu lintas, usai sampai di hadapan Wisma Panglima jam sudah pun menginjak ke pukul 6.45pm. Harap-harap Adam masih menunggu…

Wisma Panglima yang gah mencecah langit dimasukinya. Dia ke kaunter, memberitahu tujuan kedatangannya kepada gadis melayu yang bertugas di situ. Kad pengenalannya diberikan kepada gadis tersebut sebelum dia diberikan pas pelawat untuk ke tingkat 38 tempat letaknya pejabat Adam. Tergesa-gesa dia ke lif, bertembung dengan beberapa orang pekerja yang baru hendak pulang ke rumah.

Sampai ke tingkat 38, dia memasuki satu lagi pintu. Pas keselamatan di scan sebelum pintu dibuka. Canggih. Macam-macam peringkat perlu dilalui untuk bertemu anak  Billionaire ni. Seorang gadis resepsi menyambutnya mesra. Gadis tersebut menelefon setiausaha kepada Adam sebelum meminta dia ke bilik Adam a.k.a CEO Panglima Holding. Aras tersebut hanya menempatkan bilik Adam, bilik penasihat kepada CEO, tiga bilik mesyuarat, tandas, surau, dan bilik utiliti.

“ Cik Ariana Rose ?” kedatangannya disambut oleh Farah, setiausaha Adam. Cantik orangnya, masih muda. Entah kenapa menyelinap rasa cemburu di hatinya.

“ Ya, saya.” Ariana melemparkan senyum. Tangan Farah disalaminya.

“ Bos ada kat dalam, Cik masuk je ye. Dia dah maklum”

Pintu Adam diketuknya sebelum dibuka. Kalau nak dengar Adam kata “masuk” baru dia nak masuk sah dia tak kan dengar sebab pintu tu memang tebal!

Bilik Adam sangat luas. Siap ada tandas dan surau lagi kat dalam. Sekeliling bilik dipenuhi tingkap kaca dari lantai hingga ke siling. Rak buku juga memenuhi dinding tepi sebelah kiri. Meja bincang di hujung menghampiri tingkap, sofa bersebelahan tempat dia berdiri sekarang. Dia masih tercegat di situ. Adam masih khusyuk membaca beberapa dokumen di mejanya. Mukanya diangkat, serius.

“Duduk Cik Ariana, sebelum tu tolong tutup pintu” pintu yang di kuak seluasnya tadi ditutup perlahan.

Ariana berdebar. Hanya ada Adam dan dia di bilik tersebut. Tingkat 38, yang hanya ada bilik Adam di sayap kiri, dan bilik penasihatnya di sayap kanan. Nasib baik Farah masih ada. Dia ada mengajak Dewi, cikgu di sekolah kanak-kanak OKU untuk datang bersama tapi Dewi terpaksa  menarik  diri  di  saat  akhir.

Baru je dia nak mulakan mukadimah, Adam mengangkat tangan tanda mahu dia tunggu. Telefonnya didail. “ Farah, kalau you nak balik dulu you balik lah”. Diam. “Okay, thanks Farah”. Gagang diletakkan. Adam kembali memandangnya.

“ Teruskan”

Adam yang serius. Ariana jadi gugup.

“Thanks Datuk for giving me this oppurtunity..” Ariana berhenti sejenak. Matanya memandang Adam memohon kebenaran untuk terus dengan briefing. Adam mengangguk barulah Ariana teruskan butir bicaranya, “Untuk pengetahuan Datuk, projek yang saya sedang usahakan ni melibatkan kanak-kanak kurang upaya di sekitar Kuala Lumpur yang berdaftar dengan Training Centre for Handicapped Children di Ampang. Ada 30 orang kanak-kanak kurang upaya yang mengikut latihan kat sana.”

“ Dah  lama  awak  in  charge  kat  sana ? ”  soal  Adam.  Matanya  memandang  Ariana  tepat  pada  anak  matanya. Dada  Ariana  berdegup  kencang  bila  pandangan  mereka  bertaut.  Cepat-cepat  dia  melarikan  pandangan.  Sudah  tidak  berani  melihat  wajah  kacak  itu  lagi.

“  Last  two  months ”  jawab  Ariana  perlahan.  Matanya  tertancap  pada  skrin  computer  ribanya  yang  memaparkan  slide  proposal  yang  sedang  dia  kemukakan  pada  Adam. Dua  bulan  lepas.  Dua  minggu  selepas  Adam  Kamil  menodainya.  Dia  yang  hilang  punca  kekuatan  mula  kembali  mencari  kekuatan  tersebut  dengan  melakukan  kerja-kerja  amal.  Melihat  anak-anak  kurang  upaya  mengingatkannya  tentang  erti  syukur.

Seperti  memahami  gelodak  jiwa  Ariana,  Adam  cuba  menukar  topik, “ Hm…apa  jenis  kecacatan  dorang ?  For  example ? ”

“ Jenis-jenis kecacatan ni pelbagai Datuk, termasuk kecacatan fizikal macam cacat  penglihatan, kurang pendengaran, bisu dan kecacatan mental macam down syndrome, autistik dan dyslexia. However, one thing you should know, tahap kecacatan setiap individu ni berlainan. Keupayaan juga berlainan, jadi untuk mengklasifikasikan keperluan setiap orang berdasarkan jenis kecacatan is not that possible.”   

Ariana  nampak  lebih  bersemangat  bila  bercerita  mengenai  kanak-kanak  di  sana.  Adam  meneruskan  persoalannya  tentang  projek  yang  Ariana  cuba  usahakan.

“Okay, so how that riding therapy gona help them?”

“For horse riding therapy, it has Equine-Facilitated Psychotherapy, Hippotherapy, Therapeutic Driving and Therapeutic Riding which, each of them will cover different area of disabilities.”

“Such as?”

“In this case saya akan fokuskan on Therapeutic Riding, Equine-Facilitated Psychotherapy dan Hippotherapy which is being offered by RDA di Selangor Royal Polo Club. Tapi untuk memahamkan Datuk, saya ambil contoh Hippotherapy. Therapy ni digunakan untuk kecacatan fizikal dan kebolehan bertutur especially untuk kanak-kanak yang ada autism, cerebal palsy, arthritis, multiple sclerosis, head injury, stroke, spinal cord injury, behavioral disorders and psychiatric disorders. When the children ride a horse, this three dimensional movement imitating human movement which will help them improve their neuromotor and sensory dysfunction.”   

Bersemangat   Ariana  memberitahu  siap  dengan  gayanya  lagi.  Adam  rasa  macam  nak  senyum  tapi  ditahannya.  Dia  tak  mahu  Ariana  kekok  dengannya.

“Peratusan kejayaan?”

“It’s been widely acknowledged  Datuk..all over the world. Started from Germany then it’s being spread out sampai lah ke Malaysia..I will show you this one successful case. 



It’s about Melanie a little girl yang dilahirkan tidak boleh berjalan. Doctor said it’s not possible for her to walk, then her parent bring her for Hippotheraphy, for two years..and now she can walk! Many cases like this had happen Datuk..” sedari tadi Ariana sibuk menjukkan slide dan video yang dia sediakan di skrin notebooknya. Wajah Adam langsung tidak dipandangnya.

“Okay…interesting. Cik Ariana, next time kalau you buat presentation,look at your audience not  the  screen. Kalau  awak  ni  pekerja  saya,  saya  akan  minta  awak  ulang  balik.”

Ariana tunduk. Membahang  mukanya, malu bila ditegur begitu. Kalau lah dia boleh pandang muka Adam macam antara mereka betul-betul tiada apa-apa. Tidak pernah bersua. Totally professional. Dia tidak seperti Adam, Adam bijak menyorokkan rasa, atau memang apa yang berlaku langsung tidak terkesan di hati Adam?

“Okay Datuk..saya minta maaf…So apa keputusan Datuk?” Wajah Adam dipandangnya. Lelaki kacak idaman malaya. Datu Wira Tengku Adam Kamil…lelaki sama yang memainkan perasaannya. Meragut mahkotanya, memijak maruahnya..dan wajah itu masih serius memandangnya.

“I think we are not done yet Cik Ariana. Saya masih ada beberapa pertanyaan”

“ Maaf Datuk. I’m listening”

“ Berapa kos rawatan untuk setiap kanak-kanak tu? Berapa lama sesi yang awak plan untuk diberikan kepada mereka atas sponsorship dari company saya?”

“ Untuk permulaan, give them 10 sessions Datuk…Kos untuk therapy untuk 10 sessions is RM 1500.00 perperson”

“ How many kids?”

“ Untuk permulaan 10 Datuk, untuk mereka yang betul-betul tak mampu…” mata Adam direnungnya penuh mengharap. Ada riak sedih dimata Ariana Rose..Riak yang berjaya melembutkan hati Adam.

“Okay..saya setuju, tapi dengan satu syarat”

Syarat lagi…

“ Saya nak tengok sendiri kanak-kanak tu nanti”

“Owh…Boleh Datuk.. Tak ada masalah. Ni alamat mereka. Biasanya beroperasi pada pukul 8.00 hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan pukul 8.30am hingga 2.00pm untuk weekend” satu brosur dihulurkan kepada Adam. Adam menyambutnya.

“I will go there with you”

Nak je dia kata NO tapi dia perlu ketepikan kepentingan peribadi. Masa depan kanak-kanak tu lebih penting dari kemahuannya sendiri. Akhirnya Ariana mengangguk bersetuju.

“ Sabtu ya Datuk, pukul 8.30 pagi saya dah ada kat sana”

“Faizul ada sama?” Ariana angguk. Kalau faizul ada sama lagilah dia kena pergi sama, bisik Adam.

“Kalau takde pape lagi, saya pergi dulu Datuk” Ariana bangun. Menolak kerusinya ke belakang. Adam turut sama bangun.

“ Kita turun sama its almost 8.00, saya stay pun sebab awak Ariana”

“Dah pukul 8.00? Surau level mana ya Datuk?”

“ Solat kat sini je. Kat surau di bilik saya, awak ambil telekung Farah kat meja dia kat luar. Saya siapkan kerja saya dulu sementara tunggu awak”

“Tak pe lah Datuk…”

“Ariana, surau kat bawah tu dah gelap. Awak nak ke sana sorang-sorang?”

Takut pula dia kalau gelap. Dia memang takut gelap. Terasa lemas, semacam ruang-ruang menghimpitnya. Terus dia geleng. Telekung Farah diambilnya.

“ Datuk tak nak solat sama? Boleh berjemaah” boleh dapat pahala 27 kali ganda. Walaupun dia tahu Adam bukannya sembahyang, tapi diajaknya juga. Sekurang-kurangnya di akhirat kelak Adam tak boleh nak salahkan dia tak mengajak nanti. Hisk, tak ikhlas kau Ariana!

Adam pandang muka Ariana. Pertama kali dia sembahyang dengan Ustaz Hakimi dan keluarganya minggu lepas. Sejak  hari  tu  dia  berjemaah   dengan  keluarganya,  tu  pun  atas  desakan  Tengku  Mukhriz.

Selepas  solat  biasanya  Ustaz  Hakimi  akan  memberikan  tazkirah  ringkas,  pelajaran  baru  untuk  mereka.  Baru  dia  tahu  apa  hukum  berzina. Dia  tahu  ianya  satu  dosa,  tapi  tidak  pula  dia  tahu  beratnya  dosa  berzina. Ustaz  Hakimi  pernah  memberikan  tazkirah  kepada  mereka  mengenai  zina.  Katanya  zina  ada  4  jenis,  zina  hati,  zina  mata,  zina  telinga  dan  zina  perbuatan.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.

(Surah An- Nur ayat 2)


Hukuman  zina  sangat  besar.  Disebat  100  kali  atau  direjam  hingga  mati.  Orang  yang  memperkosa  juga  dijatuhkan  hukuman  yang  sama  tetapi  wanita  yang  diperkosa  adalah  tidak  berdosa  dan  tidak  dikenakan  hukuman. Orang  yang  berzina  adalah  dia,  dan  yang  memperkosa  juga  dia.  Berat  tanggungannya  di   akhirat  kelak….Kenapa  sekarang  baru  dia  tahu ?

Yang  lebih  teruk, dia  langsung  tidak  mandi  junub  selepas  bersetubuh  dulu.  Kali  terakhir  adalah  dengan  Zatty,  dia  ingat  tu. Mengikut  kata  Ustaz,  dalam  satu  riwayat mengatakan yang orang yang tidak mandi hadas apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Dulu  dia  tidak  pernah  sembahyang,  mandi  junub  atau  tidak  langsung  tiada  beza  baginya.  Caranya  pun  dia  tidak  tahu.  Dia  terpaksa  berjumpa  dengan  Ustaz  Hakimi  secara  sendirian  untuk  bertanya,  nak  bertanya  secara  terang-terangan  depan  mommy  dan  daddy,  dia  malu. Kata Ustaz  Hakimi,  tak  susah  nak  mandi  junub.  Praktis  yang  terbaik  ialah  dengan  mengikut  cara  Rasulullah  s.a.w.



Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Maimunah r.ha;


“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh 

kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada 

tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk 

sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke 

dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda 

mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. 

Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya.”   (Riwayat Muslim)




 
 “  Datuk … ”

Adam  pandang  wajah  Ariana.  Jauh  dia  mengelamun  membiarkan  Ariana  ternantikan  jawapan  darinya, “Hmm ye lah, awak gunalah washroom tu dulu”

Adam tahu sembahyang? Satu kejutan buat Ariana. Jangan pandang sebelah mata Ariana! Kau bukan Tuhan nak adili manusia…Ariana terus ke washroom, tanggalkan make up dan ambil wuduk. Dia tunggu Adam di surau yang  agak luas. Usai dia selesai solat sunat, Adam masuk. Sejuk hati tengok Adam yang masih basah dengan air sembahyang. Adam mengimamkan solat Maghrib. Bacaannya tiada cacat celanya, walaupun dia hanya membaca surah pendek tapi itu dah cukup bagus untuk lelaki seperti Tengku Adam Kamil.

Mereka masih duduk bersimpuh di atas tikar sejadah. Adam Kamil berpaling ke arahnya.

“Doa sendiri - sendiri ya Ariana..saya tak reti nak berdoa guna bahasa Arab. Solat ni pun saya baru je belajar..” jelas muka Adam sedikit tegang. Mungkin malu. Ariana membalasnya dengan senyuman lembut. Kesian pada Adam…

“Tak apa Datuk, bahasa apa pun yang Datuk guna, Allah tetap faham…”

Senyuman dan penerimaan Ariana melembutkan hati Adam. Terasa detik dan waktu itu sangat menenangkan baginya. Rupanya solat boleh berikan ketenangan yang jauh lebih baik dari ke Kelab..solat bila tidak dipaksa. Bila datang dari kemahuannya sendiri…..

* * * * * * * * * *

Adam dan Ariana berjalan beriringan meninggalkan Aras 38. Butang lif ditekan dan terus terbuka. Lif VIP memang lah terus terbuka, tak payah tunggu.

“ Thanks Ariana”

“For?”

“For bringing in a different dimension in my life…” Agak pelik bunyinya bila Adam berkata begitu. Ariana kurang faham, tapi dia buat-buat faham. Kata-kata Adam hanya dibalas dengan anggukan kecil. Dia tak betah berdua-duaan dengan Adam dalam ruang kecil seperti itu.

“Kita dinner dulu before awak balik?”

Aduhai..nak dipanjangkan lagi ke perjumpaan ni? Telah Ariana. Dia bimbang, bimbang hatinya akan berubah menyukai Adam. Adam is not a very bad person indeed. Makin dia kenali peribadi Adam, semakin pudar kebencian dia pada lelaki itu. Kadang terasa kasihan pada lelaki yang berdiri di depannya itu, solat pun Adam baru belajar ? Apa latar belakang Adam ? Teringin untuk dia tahu...tapi Ariana pendamkan kemahuannya.

“Tak pe lah Datuk..Saya makan kat rumah je”

“Please….” Adam dah buat muka anak kucing kesian. Aduhai hati…sikit lagi cair lah kau. Perlu perisai Ariana! Dia memang kena tolak ajakan Adam sebelum keadaan jadi lain.

“Sorry…but saya ada paper nak siapkan. Need to go now. Takut jalan jam. Next time ye? Sabtu ni ke?”

“I will take that as a promise”

Iyakan sahaja Ariana! Yang penting lari dulu untuk kali ini, sebelum jantungnya mula berdegup memanggil nama Adam.

“Okay, Datuk. Sabtu ye. My treat, I promise”

Adam senyum lebar bila Ariana berjanji begitu. Janji yang pasti akan dituntut! Dia menemani Ariana hingga ke kereta, melambai pada gadis itu sehingga Ariana tiada lagi di hadapan matanya.

‘Congratulation Adam! Kau dah berjaya control yourself when being around her’ ucap Adam pada dirinya sendiri. Susah juga nak control tangannya dari menyentuh Ariana. Dari mengusap wajah mulus perempuan yang dia sentiasa rindui. Sentiasa mimpikan. Tapi hari ni dia dah berjaya!


 

* Rujukan untuk hukuman dan pandangan Allah pada penzina bagi yang berminat : Akibat Berzina


 P/S : Enjoy reading guys and have a nice weekend ! Update before Evelyn keluar ,hehe ;) and ...Eve akan keep on posting here sampai a certain chapter yg Eve sdri pun tak pasti smpi chapter berapa. Doakan manuskrip cepat siap sbb nak audit etc. Kalau bleh tak nak la lama tempoh antara bab terakhir kat sini dgn pengeluaran novel. Kan ? Or what do you think guys ?

Thanks for reading and supporting !




Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. best best.. the best entry so far... suke sgt entry ni.. thanks evelyn... sy pn dh mula jatuh cinta ngan adam kamil ni... ariana, sila bersaing ngan saya.. :))

    ReplyDelete
  2. lma tunggu..akhirnya da n3 bru..:)

    ReplyDelete
  3. best..adam dh mula insaf..gud job writer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia perlu insaf terlebih dahulu tp berperingkat peringkat.hehe :D

      Delete
  4. Tak sabar nak tunggu entry baru ttg date Adam, Ariana dan Faizul tu.... More pls.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saingan sebenar Adam muncul lepas ni takat faizul dia tak panas sangat.haha

      Delete
  5. best....
    adam dah berubah :)
    sy doakn manuscript TWB cpt siap..
    confirm beli^_^...

    ReplyDelete
  6. bgs la klo adam da insaf ley sling mbimbing nti klo dorg kwin kn..

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah.. Teruk Betulla datukwira niii. Mandi hadas pon xtau.. Aishhh.. Xsesia pgl ustaz tu dtg ajar.
    Alhamdulilllah..pasni jgn g kelab laagi ek.. Smyg je insyaAllah tenang.. ;)
    Nak lagiiiiiiii...

    Xsabo nak tgu next n3 apa jd ngn dorang bila faizul ada skali nti :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip xbaik taw gelakkn adam saya, kira ok la tu dia dah tahu mandi hadas besar...

      Delete
    2. Kakakaka.. Bkn ape, baper uumo datuk ni? Da tua banngka pon xreti2.. Bkn pe, kesian jer.. Nasiib la mau jugak p tny ustaz ;)

      Delete
    3. die baru 28 ke 30 ntah.. muda lagi la.. dpt dato d usia muda... :))

      Delete
    4. lol panjang lebar pesanan acu.haha.

      ha ah btol tu sha jung jio dia umur 30 tahun.blk msia masa umur 26 ;) hidup kat uk since 13

      Delete
  8. best...baru je buka blog nie..dh tngkp cintn..huhu
    jahilnyee datuk adam..hope ada lg info y membina lps nie..

    _ara-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ara! ;)- kejahilan Adam tu hasil dari didikan...tapi ramai je sbnrnya yg macam dia...:)

      Delete
  9. salam bila nx n3 akak...xsabaq lahh...heh..sehari mest masuk 2-3 kali tgk ada update blum..hehe....

    ReplyDelete
  10. dua hari menunggu entry..alhamdulillah ada juga,hehehe...adam dah mula berubah!!!alhamdulillah...sebenarnya sangat kesian dengan orang macam adam sebab tak dididik dengan ilmu agama sejak kecil sehingga menjadi adam yang tidak baik...syukurlah klu adam sudah mahu berubah,,good job miss everlyn:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yes, u r totally right anon.u get the point clearly. masa depan anak ibu bapa yg corakkan.jadi when they turn out badly we need to help them to be better,iAllah :)

      Delete
  11. Suka ngn Adam!xmalu nak mngaku dia br bljr :)
    Ariana pon mcm memahami Adam

    ReplyDelete
  12. uih, dah ada improvement. baguslah. betulkan jalan sendiri dulu sebelum pimpin anak orang ye Datuk?

    Hehe, satgi adalah orang yang makin jatuh bergolek2 kat Adam ni. Ehem! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem2 ni ada org jtuh trgolek2 dkt adam sampai tlekat dkt lantai dah ni.... cair trus.......

      Delete
    2. @hajar : btol3x

      @zm : hahaha zm always being d funny one .lol ;))

      Delete
  13. ehem2, hai evelyn.... adam, syukur alhamdulillah, dah pandai mandi wajib, barulah nmpak suci murni... kan dah boleh imamkn ariana, aishhhh x lama lgi dah boleh jdi imam muda sya la... awwww dah jatuh bgolek2 ni, tlekat smpai nk trcium lantai dah.... tdi tu nasib solat, kalo tak mulalah tangan nk buat aktiviti tambahan, merayau meraba... ye lah evelyn, harap crita ni xlama sngt nk di bukukn, nanti peram2 lama2, boleh jdi basi... dah x sehot sekarang... apa2 pun gdluck untk awak... tq, best sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh lupa nak meroyan pulak.... ala ngapa adam mcm insaf cepat sngt, dh hilang bad boy saya, windu nk tgk dia jadi nakal.... kalo hero insaf cepat sngt, crita mcm nk habis cepat jer.... saya harap wlpun adam dh insap nanti, dia xkan berubah smpai jdi org lain... hahhaha tq...

      Delete
    2. ya Allah, sempat lagi tu ada tambahan meroyan kat bawah. ahaha. sabar jela.

      banyak lagi kot yg nk diceritakan ni. xkanlah adam tu cepat sgt jadi baik. slow2la kan?

      Delete
    3. zm : Eve pn suka bad boy - hee sape kata tak leh jadi notty kalau dah berubah-tapi kene dgn isteri la kan.hahaha

      hajar : hehe we'll seee ;p

      Delete
  14. haha..nice..sgt x sbr nk tnggu novel u kluar kt psarn..but plz b4 dterbitkn tu xdelh lme sgt dr post terakhr u kt sni ye..sgt seronk..~TQ~..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu yg eve tgh berhempas pulas ni.haha. nak plan supaya d last entry dgn novel publish tak gap lama ;)

      Delete
  15. Lupa nakk jawab.. Evelyn, saya pon harap awak akan terus post n3 ni.. Jugak hrp last chapter yg awak post kat cni xlamma jarak ngn kuar versi cetak. Lelama sgt gap nti org lupaa.. ;)
    Pape pon, all the bestt 2 u

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah acu n syarp ! ;) - eve tgh b'usaha siapkan cpat.so xde gap besar.tQ for d advise!

      Delete
  16. tahniah evelyn.... kalau novel dah nak keluar jangan lupe bagitahu kitorang ye...... chaiyok x 100

    ReplyDelete
    Replies
    1. weee thanks elvythia! iAllah will let u know ;D

      Delete
  17. I've been waiting almost every 12 hours for your update. Hehehe. I love it? Saya harap the novel will be publish 1 atau paling lama pun 2 months after the last n3. It's because the story is really good and kalau lama sanggat takut rindu dkt adam and ariana. Heheheheeee. All the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thats sweet bellaameera ;D iAllah eve tgh pulun.haha

      Delete
  18. emmmmm............cant wait for d new entry.....all d best...

    ReplyDelete
  19. Nape cpt sgt bad boy jd baik ni. Bg la die kacau ariana lama2 skit nk tau knakaln adam camne..pastu baru jd baik..

    ReplyDelete
  20. best mcm selalu... betul tu..janganla lama sgt gap antara post terakhir dgn novel... tak tenang jiwa...hahaha... looking forward to the next entry... hopefully cepat la..hehe... tunggu tiap2 hari kot....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch, thats nice of you. tgu tetiap ari tut..iAllah moga2 cmtu la syeimy.gal xlama...

      Delete
  21. Hahahaha!!!
    Pnt menunggu berbaloi!!!
    Eve post la byk2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks farra ! ;D
      post banyak2? lol kalau eve dah habis semua chapter bleh post byk2.hehe

      Delete
  22. Oh my....best gile n3 ni.....I'm addicted.... :)

    ReplyDelete
  23. great writer! good job..
    i can't wait 4 e next chapter...
    hrp2 novel ne kna publish asap...
    saya suka sgt dgn +in4 yg writer bgi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kene siapkan manuskrip cpat2.haha.thanks anon!

      Delete
  24. OMG!!!X sbr nk tggu next entry!!!
    Eve bla nk update!!!
    Dh addicted!!!

    ReplyDelete
  25. taniah!!! sgt terbaik!!! kadang2 cite mcm ni la yg blh igt kan org lain psal agama hukum n lain2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks spora for taking n seeing d good in this novel ;D

      Delete
  26. waa!!! bestnya... smbg cpat22.....
    cte ni best22!!

    ReplyDelete
  27. keep it up!! chaiyok!!... chaiyok!!

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. dah update.tp komen baru berkesempatan nak balas.hehe

      Delete
  29. I always support if the story is nice to read. Your story is supperb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh that is a very nice compliment from u kalam cinta :)

      Delete
  30. terbaik~
    *lepas abes paper, terus jenguk sini. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mcm dah addicted dah tu.hope u r doing well in d xm

      Delete
  31. Eve cptla post next entry!!!
    XoXo!!!

    ReplyDelete
  32. Cepat la sis ....penat taw, sehari 10 kali tgk sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol tQ farah n anon.tetiab baru reply komen kan?haha aritu xsempt

      Delete
  33. nak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    i followwwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  34. I pun..everyday lawat cni.....still d same chapter ni...menggagau dah ni tgu d new entry.....huhuhu

    ReplyDelete
  35. nak lagi . cerita ni best gila .
    i want more more please .
    nice story . like it

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks dua2 anon. baru reply sini.haha.

      Delete
  36. takda jual novel ke cerita ni ?

    ReplyDelete
  37. Eve bla nk post next entry???
    Meroyan tggu entry bru nie!!!

    ReplyDelete
  38. adam mukhriz dgn adam kamil lain ehh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam mukhriz bkn citer adam & hawa ker???

      Delete
    2. sounds different kan?
      ha ah sy google jumpa adam mukhriz rupanya drama adaptasi novel adam hawa.

      Delete
  39. Eve we totally addicted with this story!!!
    Even words also can't describe it!!!
    The super duper best story 4 this time!!!
    HEHEHE!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar la awak farra! n thanks a lot for your huge support ! lol

      Delete
    2. welcome^^
      The story was awesome!!!

      Delete
  40. Best. cepat2lah publish. hehe

    ReplyDelete
  41. Eve cpt2 post entry bru!!!
    Hwaitng!!!^^

    ReplyDelete
  42. adam da berubah ke arah yg lebih baik..so sweett =)

    ReplyDelete
  43. Suke n3 ni sbb ada intipati psal agama..
    Keep it up

    ReplyDelete
  44. Dyslexia bukan cacat. Saintis Einstein masa kecil nya adalah dyslexia, Prince Charles pun waktu kecilnya dyslexia...ia hanya lah reading problem sahaja dan ianya bersifat sementara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts