BAB 8



Salam semua,

Thanks for patiently waiting. Sorry baru update, ingat P2U dah update tapi tak lagi...! Saya pun baru dapat internet, esok baru habis outstation. Enjoy ya semua :). Tengah review next chapters - pendrive kene virus! wahhaa sob sob ada file TWB yg lost but tengah recover.lol. Ingat nak berkabung kejap tapi tengok sambutan yang sangat menggalakkan terus semangat balik.

Thanks semua! ;D

____________________The Wedding Breaker Bab 8____________________


BAB 8

Suasana di ofis Panglima Holding agak sibuk. Sudah dua hari bayang bos mereka tidak kelihatan. Beberapa mesyuarat penting terpaksa ditangguhkan sehinggalah Datuk Wira Tengku Adam Kamil bin Tan Sri Tengku Mukhriz membuat kemunculan semula. Setiausaha kepada CEO syarikat itu sendiri pun tak pasti kemana  Adam menghilang, yang pasti Adam memaklumkan yang dia ada hal penting antara hidup dan mati lah tahap kepentingannya tu. 

 

Mana tak penting kalau Tengku Mukhriz kata ‘ Fix  it  before  you  regret  it ’ itulah perkara yang terpenting yang dia perlu selesaikan. Kalau Tengku Mukhriz murka, habislah masa depan Adam. Hancur berkecai impiannya untuk mewarisi harta daddynya yang berbillion ringgit. 

 

Farah selaku setiausaha Adam lah yang paling tertekan bila Adam tiba-tiba je menghilang. Dia lah yang perlu berurusan dengan semua orang yang sudah membuat temujanji dengan Adam. Menelefon mereka semua untuk memaklumkan temujanji dibatalkan. Tengah si Farah khusyuk meneliti jadual Adam, mejanya diketuk. 

 

" Tan Sri.... ! Maaf Tan Sri, saya tak perasan Tan Sri datang..." terkejut Farah bila Tan Sri Tengku Mukhriz tiba-tiba muncul. Adahal penting kah? Sudah 5 tahun Tengku Mukhriz menyerahkan jawatannya kepada Adam dan selama itulah Tengku Mukhriz jarang sekali datang ke pejabat kecuali ada mesyuarat lembaga pengarah. 

 

" Takpe Farah..." Tengku Mukhriz melebarkan senyum. Dia tahu Farah sibuk. " Adam ada?" 

 

" Tengku Adam ada hal penting Tan Sri. Dia tak dapat masuk ofis lagi ..."

 

" Kalau macam tu, saya masuk ofis dulu. Awak tolong sediakan satu senarai urusan yang tergendala sepanjang Adam tak ke pejabat. Saya dengar dia dah dua hari tak datang pejabat. Betul ? "

 

" Er...ye.. Tan Sri.Hmm..senarai tu nanti saya hantarkan "

 

** * * ** * * * * * * **

 

Tengku Mukhriz memeriksa satu persatu urusan yang tergendala sementelah Adam tidak ke pejabat. Doktor Rosli, doktor peribadi mereka di Cameron merangkap teman lamanya ada menelefonnya semalam. Serius suara Doktor Rosli memaklumkan padanya yang Adam ke kliniknya bersama perempuan sama yang memecah masuk majlis perkahwinan Adam. Adam menggelarkan wanita itu sebagai kekasihnya, tetapi Ariana disahkan tidak mengandung seperti yang wanita itu war-warkan sewaktu majlis perkahwinan Adam dan Juwita.

 

Setahunya Adam tak pernah begitu mengambil berat mengenai mana-mana perempuan. Dia tahu Adam jenis kaki perempuan. Budaya One Night Stand itu dipungutnya dari England. Salah dia juga kerana menghantar Adam belajar di luar negara seawal Adam berusia 13 tahun. Usia yang masih mentah, dan usia yang paling kritikal untuk seorang kanak-kanak menginjak ke alam dewasa. Waktu itulah sifatnya dipupuk. Tapi waktu itu jugalah dia melepaskan tanggungjawabnya dengan menghantar Adam untuk diasuh dengan acuan mat saleh. 

 

"Mukhriz, Adam ada datang ke klinik aku semalam. Buat pregnancy test untuk kekasihnya” Dr Rosli membuka bicara. Serius suaranya.

 

“ Kekasih dia yang mana? ” banyak sangat kekasih Adam sampai Tengku Mukhriz pun dah tak pasti mana satu.

 

“ Kau ingat tak budak perempuan yang buat kecoh kat majlis perkahwinan Adam dengan Juwita tempoh hari? ”

 

“ Aku tak ingat sangat muka dia, tapi aku simpan keratan akhbar tu. Kenapa?”

 

“ Aku pun ada tengok akhbar tu. Memang dialah perempuan yang Adam bawa ke sini semalam. Aku rasa dorang bermalam kat Cameron.  Kak Salmah pembantu rumah tu ada juga bagitahu aku Adam ada ke sana dengan seorang perempuan cantik. Mereka bermalam kat sana”

 

“Astaghfirullah hal ‘azim Adam….makin menjadi-jadi budak tu. Betullah budak tu mengandungkan anak Adam?”

 

“ Dia tak mengandung Mukhriz…aku terkejut juga bila dapat keputusan ujian tu, tapi aku rasa dia nak Adam bertanggungjawab…Dia nak Adam serius dengan dia. Aku minta maaf la Mukhriz kalau aku tegur sikit, sebenarnya dah banyak kali Kak Salmah mengadu kat aku minta bagitahu kau, Adam dah banyak kali bawa balik perempuan kat banglo tu. Kak Salmah tak nak bersubahat, tapi aku pujuk dia minta stay je kerja. ”

 

Terasa membahang muka Tengku Mukhriz bila dinasihati teman sendiri berkenaan anak lelaki tunggalnya. Adam memang memalukan keluarga.

 

" Terima kasih lah Rosli, aku pun dah tak tahu nak buat apa dengan Adam ni. Degil ni bukan main lagi. Bab lain semua dia okay tapi perangai sosial tu je yang tak boleh dikawal. Kau fikir macamana Rosli? Aku dah buntu dengan dia ni"

 

" Aku rasa elok kau kahwinkan lah dia dengan budak perempuan tu. Boleh selesai kes malu Adam yang orang tengah canang di akhbar tu terus. Budak tu pun nampak macam budak baik-baik.Tak macam perempuan yang aku selalu nampak. Pakaiannya pun sopan… Lagipun yang ni nampak macam Adam yang memaksa dia…Adam pegang tangan dia pun dia marah" panjang lebar nasihat Doktor Rosli. Mereka satu universiti dulu, sama-sama anak perantauan di Princeton, Amarika Syarikat. Dia mengambil jurusan perniagaan sementara Rosli pula dalam perubatan. Persahabatan mereka kekal hingga sekarang

 

" Kalau kita kahwinkan dorang, tak nampak macam mengiyakan yang budak tu dah betul-betul mengandungkan anak Adam? Yang dorang dah terlanjur?”

 

" Memang.... Tapi mulut orang Mukhriz, kita tak boleh nak kawal. Yang penting kau jalankan tanggungjawab kau sebagai bapa. Tak pun macam ni la, kau cakap je lah dorang dah lama kawin senyap-senyap kat UK dulu.. Atau terus terang je yang mereka tengah bercinta, kau paksa anak kau tu kahwin dengan orang lain. Itu yang jadi drama tu. Keputusan ujian kehamilan pun aku ada ni, aku boleh bagi kalau kau nak guna sebagai bukti yang dorang tak terlanjur pun, Ariana tak pregnant"

 

Tengku Mukhriz ketawa, sempat lagi Dr Rosli kenakan dia, " Sempat lagi ko lazer aku ye Rosli? Haha..Nak suruh aku mengaku aku paksa anak teruna aku kahwin? Kau ni…tak pernah dibuat orang lah. Mana aku tahu dia dah ada kekasih yang dia serius. Semua dia buat macam mainan je..pernah aku suruh dia kahwin dengan si Zatty yang dia selalu keluar tu, mati-matian dia tak nak. Kata tak setaraf"

 

"Dah ada yang dia serius ni, kau masuk meminang terus lah. Tak perlu tanya Adam. Kau kena tolong Adam tu kembali ke pangkal jalan…Tanggungjawab kau Mukhriz untuk bimbing dia, walaupun dia dah besar, tapi waktu dia tengah membesar dulu kau tak ada untuk bimbing dia..sekarang lah masanya. Semua anak yang dilahirkan adalah suci Mukhriz, kita yang membentuk mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi....Apa pun Mukhriz, kau kene tolong Adam jadikan hubungan mereka tu halal….hal media, tabloid, semua tu kan kau boleh hulur duit bawah meja. Senyap la dia orang.Macam kau tak biasa kan? "

 

Tengku Mukhriz ketawa lagi. Memang kawan dia sorang ni main sedap mulut je. Tapi betul kata Dr Rosli, terasa berat tanggungjawab yang dipikulnya. 

 

“Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanya lah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” 

(Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)

 

Dulu dia sibuk mengejar harta, anak dihantar ke England. Konon nak bagi Adam pendidikan terbaik. Inilah jadinya.Sesak kepalanya fikirkan perangai Adam. Urusan syarikat memang terbaik, tapi bab perangai, soal agama...memang  gagal ! Adam...Adam...dahla anak tunggal..kenapalah buat Daddy macam ni. Bila terkenangkan Adam, serta merta Tengku Mukhriz kembali serius. Dokumen yang di bawa oleh Farah tadi diletakkannya semula ke atas meja. Dia berhenti meneliti. Perancangan Dr Rosli perlu disegerakan, telah Tengku Mukhriz.

 

Beberapa nombor didailnya. Dari nombor  kad  pengenalan  dan nama penuh Ariana yang diberikan Dr Rosli, dia mengarahkan anak buahnya menyemak data mengenai Ariana. Dia mahu tahu siapa ibu bapa gadis itu, mana asalnya dan seberapa banyak maklumat yang boleh perolehi. 

 







Note : Rujukan untuk tanggungjawab ibu bapa terhadap anak : Laman Seri

Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. Lorrrr.. Awat pendek sgt? Ngeee~
    Br nak tau apa jd dgn si adam the playboy tu ngn ariana.. Xde lak interframe yer.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah laju mizz acu. bab 9-11 semua pasal dorang.bab 8 ayah dia menyelit dlu before si Adam dan Ariana 'bangun'.hoho

      Delete
  2. best la.... tak sabar nak tgk reaksi adam dan ariani selepas tido bersama.... dan apa yang akan terjadi bila adam dan ariani terpaksa kawin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope u enjoy bab 9 pula ye! baru post tadi
      TQ support ;)

      Delete
  3. cepat2 post next n3 tau...
    :)

    ReplyDelete
  4. haa, baguslah doktor n tan sri ni. sukee.
    next =)

    ReplyDelete
  5. pendeknya...xpuas baca.xpe2, kite tggu, ok...x sabar nak bc next n3...post sini lah cepat2, p2u dah lambat skrg...

    ReplyDelete
  6. ape jd???cpt post next bab ya!

    ReplyDelete
  7. ala, xde bab adam dgn ariana la pulak.cpt2 post n3 baru ye!can't wait.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol adam dan ariana dah muncul kembali. enjoy okay ;)

      Delete
  8. suke3..ayt doktor 2 x menahan,sempoi..haha..

    ReplyDelete
  9. best giler,cpt2 smbung..

    ReplyDelete
  10. nak bace lagi !!! cpt sambung...

    ReplyDelete
  11. Besttttt!!!
    Bla nk kluar bab 9???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kuar.haha baru post. thanksss farra! ;D

      Delete
  12. Dear author,

    thank you for the n3! Really appreciate it!! Gud job!!! Tak sabar tunggu nxt n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol thanks Min! ;D really appreaciate it

      Delete
  13. best2..lama dh cari blog baru trjmpa ni..x sabar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye?hehe welcome to this blog ryanna! ;D

      Delete
  14. menarik, jln citer lain dr biase... gud luck

    ReplyDelete
  15. Evelyn bla nk post next entry???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe farra dah tak sabar ek? enjoy chapter 9 ye ;)

      Delete
  16. Dear author,

    really appreciate for ur n3!! waiting 4 nxt n3...take care!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hey anon, thanks a lot ! take care u too enjoy chapter 9 ye :)

      Delete
  17. lama giler menantikan entry baru. walaupun pendek, tapi takpe le. saya sanggup tunggu.. ceh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sorry pinoc...! my life started to be soo busy lately.sob.sob.
      enjoy chpater 9 ye!

      Delete
    2. e'eh.. bestnye. penulis novel ni balas komen kita laa.. haha. tadi baca chapter 11, pastu tgk komen, sume berbalas.. pastu teringat saya penah komen kat sini.. rupunya berbalas. uuuu, seronoknye.. :DDDDDDD

      Delete
    3. eh sala. rupunya pulak. rupanya lah.. hehe

      Delete
  18. dear evelyn,
    x sbr tgu n3 nru,bt versi cetak trus la,huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol naqiah, kene siapkan dulu baru bleh cetak.hehe.separuh novel bleh.kikiki
      enjoy chaptr 9 ye ! :D

      Delete
  19. Dear cptla post next entry!!!
    I really excited!!!
    Can't wait 2 read the next entry!!!
    Hehehehe!!!

    ReplyDelete
  20. dr.rosli ni mmg kawan terbaik lah.. nasihat sgt2 bagus2.. keep writing cik penulis, kasi berkajang2 sikit ye..

    ReplyDelete
  21. cik writer, pasal i/c tu agak terperanjatlah sikit...sbbnya kod tu utk area kg akak haha....tapi kat Pasir Puteh, cik writer main letak je ye...haha. apapun citernya best :) good luck

    ReplyDelete
  22. best sgt2..xsbar tggu next chptr,....

    ReplyDelete
  23. amboi siap ada IC lagi..nape aritu baca x perasan po?? moskil2

    ReplyDelete
  24. skrg mmg ptot pon dorg dikahwinkn..huhu

    ReplyDelete
  25. Ayah adam dh masuk campur plak....

    ReplyDelete
  26. It's a pity you don't have a donate button! I'd without a doubt donate to this excellent blog! I guess for now i'll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my
    Google account. I look forward to fresh updates and will share this website
    with my Facebook group. Talk soon!
    My web page :: wedding stickers

    ReplyDelete
  27. Once it is agreed, food for thought producers testament have
    leash old age to update their labels, tough scene
    and anyone absent to trade wind new-wave music and fanzines.
    Now it's clip to sit back and wait for the mailman up eating what should be 3 or 4 servings in a session.

    my webpage :: printing searches related

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts