BAB 17

 
Assalamualaikum wbt, 

Sorry kalau ada yg tertunggu sampai penasaran.lol.but very glad to see your support guys. Eve baru balik bercuti...masuk ofis this is the first thing I do.Haih, kalau bos tahu ni...haha. and for mama athirah, sorry to hear about ur friend's child...but inshaAllah tell her ; never give up. Horse Riding therapy is widely being acknowledge esp in western country walhal kan Rasulullah sendiri sarankan kita melakukan sukan berkuda dan memanah. scientifically proven good for human's health -emotionally n physically. But even if the child is incapable, he/she still have other potential which need to be seen and polished ! :)

p/s : Datuk Wira diusia muda ada ke ? hehe. Ada...Datuk Wira SM Faisal ! ;) 

 - - - - - - - - - - - - -The Wedding Breaker Bab 17 - - - - - - - -

Datin Asra membelek-belek baju yang baru disiapkan oleh Kak Peah, pembantunya di Butik. Warna wine pink lembut dipilihnya untuk baju pertunangan Ariana dan Adam Mukhriz anak kepada kawan suaminya. Baju potongan dress labuh, A-line cut memang sesuai untuk Ariana. Datin Asra sendiri yang merekanya. Taburan mutiara juga diletakkan di tangan dan sekeliling high-waist, menaikkan lagi seri pemakai. 

Hiasan pelamin pun dah ditempah dari Bridal Gallery milik kawannya. Mekap pula memang tiada masalah, Beauty House nya memang menyediakan khidmat mekap untuk pengantin. Barang hantaran masih dalam proses pembelian. Cuma dia perlu menempah katering, tapi tetamu tidaklah ramai. Dia hanya menjemput keluarga dekat sahaja manakala rombong Puan Sri sekitar 10 orang sahaja. Pertunangan ni elok dirahsiakan, kalau sekiranya tidak jadi kedua-dua belah pihak tidak menanggung malu. Itu adat dan hukumnya. Bakal menantunya tidak akan hadir, kata besannya mahu mengikut rencah tradisi meminang yang sebenar. Dari sisi Islam pun lebih elok si lelaki tidak hadir bersama, cukup dengan keluarganya sahaja. 

Cuma...Tuan empunya badan masih belum dimaklumkan mengenai pertunangannya sendiri. Datin Asra pasti yang Ariana masih belum ada teman istimewa. Anak gadisnya ni pelik sikit daripada gadis-gadis lain. Dia sibuk dengan kerja, ramai yang cuba mengorat pun dia buat dek je..Betul juga kata suaminya Datuk Jusoh, kalau dibiarkan Ariana tu cari sendiri, memang sampai kesudah la anak gadisnya tak berkahwin. Sekarang dah umur 25 tahun, tahun depan dah 26 tahun. Tidak terlalu tua, tapi kalau dibiarkan lagi 2 atau 3 tahun, memang jadi tua lah si Ariana ni. Datin Asra mencari peluang terbaik untuk memberitahu Ariana. Dia masak benar dengan sikap Ariana, kalau diberitahu awal, pasti ada sahaja alasannya. Kali ni, Datin Asra nekad mengikut perancangan suaminya. Biar Ariana balik dulu barulah mereka akan memberitahu Ariana mengenai pertunangannya nanti. 

" Jauh mengelamun Datin, ingat Datuk ke?" usik Kak Peah. 

"Peah ni....terkejut akak! Haih, nasib baik tak ada lemah jantung tau. Kalau tak, tak menyempat akak nak tengok Ariana tu kahwin..." 

Kak Peah tergelak sakan dengan keletah bosnya. Datin Asra ni rendah diri orangnya. Akhir-akhir ni suka benar dia mengelamun entah ingatkan siapa.

"Tak sabar nak timang cucu ye Datin?"

"Mestilah Peah...akak ni dah dekat 50 tahun dah. Nak lah juga jadi macam orang lain..dok berehat kat rumah, main dengan cucu..."

"Mengelamun Ariana kawin la tu ye?"

"Hehe kamu ni Peah, sudah geharu cendana pula"

"Saja..buat-buat tanya...! Datin tak nak bagitahu ke nama bakal menantu?Orang mana? Handsome tak?"

"Isk kau ni Peah, sempat lagi tanya handsome ke tak...Akak pun tak tahu Peah. Kalau dia ikut mak atau ayah dia tu, handsome la gamaknya..Dia bukan orang sini...anak kawan Abang Jusoh.."
Kak Peah sibuk menyiapkan gubahan hantaran sambil diperhatikan oleh Datin Asra. Fatimah pula uruskan baju-baju kat situ. 

"Datin dah pilih ke hiasan pelamin nanti?"

"Akak ambil warna pearl cream, masuk dengan baju tunang tu nanti, wine pink. Akak pilih yang ada hiasan bunga rose besar-besar tu, sesuai la dengan nama Ariana Rose..akak pun panggil dia Rose...Mutiara tu dia suka, letakkan jugala mutiara untuk hiasan hantaran nanti.."

" Mutiara betul ke Datin? " terlopong mulut Kak Peah, kalau mutiara betul memang pertunangan of the year lah.

" Tak...kamu buat la dengan gabus tu..buat bentuk bulat, lepas tu spray kan. Atau beli je jingle bell besar tu yang warna cream. Letak pink roses sekali ya"

"Owh...yang tipu la ni..ingat bebetol..okay Datin nanti saya cuba gubah dulu ye"

"Okay, terima  kasih  Peah" 

Kak Peah yang masih khusyuk menggubah ditinggalkan di situ sementelah dia ke pejabatnya di hujung Butik, sebelah dalam. Mundar - mandir Datin Asra memikirkan cara terbaik mahu mengajak  Ariana Rose pulang ke  kampung  8  Mei  nanti. Tak lama, 5  hari  je  lagi.  Ariana ni kalau tak dibook dari awal, macam-macam alasannya nanti. Meeting sana, meeting sini, program anak yatimlah, projek Chow Kit lah. Sejak dua bulan ni Ariana langsung tak balik, kalau ditanya jadualnya asyik penuh je. Puas berfikir akhirnya dia dapat satu idea!

Nombor telefon Ariana ditekan. Hari Sabtu sebegitu biasanya Ariana di Pusat Latihan Kanak-kanak Kurang Upaya. Pukul 10.00 pagi waktu rehatnya. Telefon berdering beberapa kali sebelum diangkat.

" Hello..." Suara lelaki menjawab panggilan. Musykil Datin Asra, tak kanlah Ariana keluar dating? Ariana menyorokkan teman lelakinya ke?

"Hello...Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam...Nak bercakap dengan Ariana ke?" Tengku Adam Kamil pura-pura bertanya, sekadar berbasa-basi. Di sangkanya lelaki, tertera perkataan 'My Love' dipaparan skrin telefon bimbit Ariana tadi.

"Ha ah, boleh tolong panggilkan dia tak? Bagitahu umminya call"

"Owh...Ummi...Nanti saya panggilkan ye.." ummi Ariana rupanya. Bakal mak mertua yang menelefon, Adam terus mendapatkan Ariana yang leka melayan kanak-kanak down syndrome, Azri, Raymond dan Fakrul. Dia merapati Ariana, telefon masih ditelinganya. 

"Sayang...ummi call"

Selamba sahaja muka Adam bila berkata begitu. Dah la telefonnya masih dengan dia, sah-sah umminya dengar. Adam memang sengaja cari nahas, bentak Ariana. Telefonnya dirampas dari Adam. Matanya dijegilkan. 

"Ummi...Assalamualaikum..."

"Waalaikummusslam....Rose kat mana ni Rose?" umminya bertanya cemas.

"Kat Pusat Asuhan Kanak-Kanak ni ummi..kat Ampang. Macam biasala ummi.."

"Siapa yang jawab telefon tadi?" Ariana tahu, pasti umminya akan bertanya, dan part ni lah yang paling dia malas mahu menjawab.

"Ada budak baru daftar tadi ummi..Dia ada kecacatan mental..." suara Ariana diperlahankan. Tidak mahu Adam mendengarnya. Tapi Adam dah siap-siap berdiri di belakang Ariana. "Dah besar panjang dah..tapi ummi tahu lah, terbantut...Rose letak phone atas meja tadi, dia dok main Rose tak perasan"

Tercengang Adam mendengar butir bicara Ariana dan umminya. Sampai hati si Ariana kata dia terencat dan terbantut? Memang nak kena...

"Owh...." suara umminya menunjukkan kelegaan. "Ummi ingat boyfriend Rose...terkejut ummi..."
Ariana ketawa. Si Adam bofriend dia? Tak mungkin. Dia tak mungkin memilih Adam Kamil yang kaki perempuan. Yang dah tak suci. Dah tak ada terunanya. Macamlah dia masih suci ? Hakikat itu membuatkan dia kembali muram.

" Tak de lah ummi...Rose mana ada boyfriend..sape lah nak kan perempuan macam Rose ni...." lain maksud yang ingin disampaikan oleh Ariana, tapi dia tahu umminya tak kan faham. Dia pun tak mahu umminya faham. Biarlah lara itu dia sendiri yang tanggung.

Adam sibuk mencuri dengar. Dia dapat mengesan kesedihan dalam suara Ariana dan dia faham benar apa yang Ariana maksudkan. Bagi Ariana hilang kesucian bagaikan hilang masa depan untuk bersuami, baginya fikiran Ariana tu singkat. Dia membesar dalam suasana yang berbeza 180 darjah! Bagi kawan-kawannya sewaktu di England, perempuan yang masih dara pada usia 17 tahun adalah loser. Ramai perempuan di universitinya yang tertekan jika mereka masih belum mempunyai pengalaman melakukan hubungan kelamin, sedangkan kawan-kawanya yang lain rata-rata sudah jauh berpengalaman. Tapi terus-terang jika dia diberi pilihan antara yang masih suci dan yang sudah banyak kali diguna pakai, dia akan memilih yang masih suci. Untuk ego seorang lelaki bergelar suami, untuk kepuasan, dan untuk sebuah kepercayaan.

" Okay, ummi...Rose balik la kalau macam tu....Hmm okay....." suara Ariana mematikan lamunan Adam. Dia menyambung dengar.

"Take care ye ummi..kirim salam kat ayah dengan Lin. Bye..Assalamualaikum.." taliannya dimatikan. Ummi mahu dia pulang ke Kelantan awal  pagi  Jumaat nanti. Tiket penerbangannya pun ummi dah uruskan.Dia perlu memohon cuti dari bosnya, harap-harap bosnya akan benarkan. Kata umminya kecemasan. Ariana mengeluh panjang, entah apalah yang ummi cuba rahsiakan darinya. Hatinya berdoa agar ummi dan ayahnya dalam keadaan sihat. Janganlah mereka cuba sorokkan hal-hal yang tidak enak didengar.

Ariana terus berpaling ke belakang, mahu menyambung tugasnya mengajar Azri, Raymond dan Fakrul mengenal huruf tapi badannya merempuh objek tinggi yang berada di belakangnya. Adam. Adam terundur ke belakang, terpijak mainan Azri dan terus terjatuh menghempap lantai. Belum sempat dia mengaduh sakit, Ariana pula yang landing di atasnya. Sakitnya boleh tahan.

Tapi melihatkan Ariana yang elok-elok berada di atasnya terus hilang segala kesakitan. Yang ada hanyalah momen indah dipeluk Ariana, walaupun tanpa rela. Ariana mengaduh sakit, dia cuba untuk bangun, tetapi sukar. Tulang belakangnya bagaikan ditusuk-tusuk bila dia cuba bangun. Pedih. Muka Ariana sudah memerah menahan sakit. 

Pergerakan Ariana untuk bangun bergesel dengannya secara langsung merangsang mengocak  naluri  lelaki Adam, tapi ditahannya demi menjaga hubungannya dengan Ariana. Kalau diikutkan hati mahu saja dia peluk gadis yang masih tertiarap di atasnya atau sekurang-kurangnya membelai susuk tubuh itu.

"Ariana, bangunlah. Kalau you tak bangun I tak boleh nak bangun"

Ariana mengangkat mukanya. Menongkat dagu di atas dada bidang Adam. Semakin kuat dugaan kesabaran terpaksa Adam hadapi bila melihatkan muka Ariana yang sangat comel dengan matanya yang bundar sedang memandangnya.

"You ingat I nak ke peluk you macam ni, hah?? I tak boleh bangun...pinggang I sakit!" Adam tergelak sakan melihatkan reaksi Ariana. Patutlah sedari tadi tak bangun-bangun, ingatkan Ariana suka bila dapat memeluknya.

Ariana kembali membenamkan wajahnya ke dada Adam. Bahunya terasa dicuit. 

"Abang Adam dengan Akak tengah bercinta ya..." Azri dan kawan-kawannya ketawa. Comel.

Adam yang galak ketawa terhenti bila Azri, Raymond dan Fakrul mula mengerumi mereka. Terasa malu dengan kanak-kanak itu, Adam segera memeluk Ariana untuk memusingkan posisi mereka supaya Ariana yang berbaring di lantai. Dia bangun sebelum mengangkat Ariana ke sofa berdekatan.

Mujurlah bilik mengajar itu agak jauh dari bilik-bilik lain. Sekurang-kurangnya tidaklah memalukan sangat. Ariana masih mengaduh kesakitan. Sepatutnya Adamlah yang beriya sakit, ini dah terbalik. Dia pula yang over. Nak buat macamana dah nasib badan, manja sangat.

"Azri, akak dengan abang terjatuh la..." Ariana menghulurkan tangannya pada Azri. Raymond dan Fakrul sudah kembali ke meja bulat di tengah-tengah bilik. Azri mendekati Ariana. Pipi Ariana dielusnya. 

"Akak sakit ke? Akak jangan nangis ek...."

"Akak sakit kat mana?" 

Ariana senyum, tangannya menyentuh pinggangnya yang masih sakit.Azri memandang Adam. 

"Abang urutlah pinggang akak...Azri kalau sakit, mama selalu urutkan" dia mengangguk-anggukkan kepalanya mengiyakan pendapatnya sendiri. Adam masih memandang Azri. Walaupun Azri ni Syndrom Down tapi dia betah bercakap. Walaupun patah perkataannya keluar satu persatu dan agak perlahan. 

Adam yang berada di hujung sofa mendepakan tangannya untuk mengurut pinggang Ariana yang sakit. Usai tersentuh je Ariana terus memberikan amaran, "Datuk jangan nak mengada!"

"Dahtu awak nak saya dukung awak balik nanti?"

"Tak pe Faizul ada. Tak perlu susahkan Datuk"

"Faizul dah balik lah, dia ada urgency tadi di Polo Club"

"Kenapa Datuk tak bagitahu saya??"

 "Awak tu cikgu kat sini, tak payah nak menggatal dengan Faizul. Dia beritahu saya tadi, sekarang ni saya cakaplah kat awak. Tadi awak sibuk mengajar kan? Saya dengan Faizul yang bincang dengan pengetua."

Tanpa mempedulikan kedegilan Ariana, Adam tetap mengurut pinggangnya. Terasa lebih melegakan, tapi tak kan dia nak biarkan Adam menyentuhnya lagi? Tangan Adam dikuisnya. 

"Dah....jangan sentuh saya lagi! Saya tak suka lah!"

Azri muncul sekali lagi di depan Ariana. "Akak...jangan nakal-nakal...." pipinya diusap sekali lagi. Ariana merangkul Azri mendekatinya. 

"Akak benci abang ni....dia aniaya akak..." air mata Ariana tumpah juga. Peristiwa yang dia tak mampu ceritakan pada sesiapa. Tak mampu meluahkan rasanya pada sesiapa, tapi pada Azri, dia tahu Azri tak memahaminya tapi Azri akan setia mendengar luahannya.

Air mata Ariana yang masih mengalir disapu oleh tangan comel Azri. "Shhh mama kata tak elok nangis...." Azri mengeluarkan sebatang lollipop dan menghulurkannya pada Ariana. "Kalau akak berhenti menangis Azri kasi ni!" Azri sengih. 

Ariana tertawa dengan gelagat anak muridnya. Air matanya diseka dan badan Azri dipeluknya seerat mungkin. Kanak-kanak seperti Azri dan Kim Sit Wong yang banyak memotivasikan dirinya sejak peristiwa hitam antara dia dan Adam berlaku. Kim dilahirkan tanpa tangan yang sempurna tapi dia seorang kanak-kanak yang sangat ceria. Kim tidak pernah menyusahkan sesiapa untuk mengangkatnya, dia berjalan dengan mengengsot, dia makan dengan menggunakan kakinya dan setiap hari dia tidak pernah merungut. Baginya dia dilahirkan cukup sempurna dan istimewa. Walaupun ibu bapanya membuangnya sedari kecil dan dia tinggal di rumah anak yatim, Kim tetap ceria. Tetap positif. Kalau hendak dibandingkan antara apa yang menimpanya, dengan apa yang berlaku pada Kim, apalah sangat ujian Tuhan buat dirinya? Kakinya masih ada, tangannya masih boleh digunakan, wajahnya juga masih tiada cacat cela…




Adam leka memerhatikan Ariana dan Azri. Kasih sayang Ariana tiada had dan batasan. Bertuah sesiapa yang memiliki Ariana. Terdetik dihatinya untuk memiliki gadis itu secara sah, tapi egonya masih berkuasa. Dia bimbangkan pandangan kawan-kawannya terhadap pilihan hatinya untuk menjadi suri hidup, pandangan kaum kerabatnya jika Ariana dipilih untuk menjadi Datin Ariana Rose, isteri Datuk Wira Tengku Adam Kamil. Apa reaksi kawan-kawan socialatenya nanti bila mereka bersua muka di majlis-majlis keraian? Jika Ariana menerima tawarannya dulu untuk menjadi perempuan simpanannya, dia pasti akan menatang Ariana bagai minyak yang penuh. Kalau  perbuatan  itu  salah,  mereka  boleh  kahwin  diam-diam.  Tanpa  ada  sesiapa  tahu.  Tapi  mahukah  Ariana  disorokkan  begitu?

Adam yang membatu sedari tadi ditegur oleh Ariana, terasa bersalah pula bila dia melayan Adam sebegitu,"Datuk, tolong ajarkan Azri, Raymond dan Fakrul..." 

Mata Ariana direnungnya dalam,"Saya cuba..." 

Adam bangun, membimbing tangan Azri ke meja. Dia duduk bersila dan mula mengajar kanak-kanak tersebut. Mengajar mereka tidak sesusah yang dia jangka. 


Ariana asyik memerhatikan Adam yang semakin leka melayan kanak-kanak bertiga itu. Sesekali mereka tertawa dengan jenaka Adam. Adam pula kelihatan bahagia melayan kerenah mereka. Satu sisi Tengku Adam Kamil yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Ariana leka memerhatikan mereka hingga dia tidak perasan bila dia tertidur....






p/s : dari pukul 9.00am saya nak post...skrg baru dapat post.keje asyik masuk...je !



Bored ? Enjoy it ? or LIKE it? ;D

Comments

  1. hehe en3 bru da abis bace..agak2 ad lg ke en3 y bru ari ni..budak tamak bercakap..

    uhuh pandai umi rose ek..rancang diam-diam..
    adam pun pandai jugak..bakal mak mentua call trus panggil sayang..alahai comel sgt..
    ok puas hati..
    tq cik writer..waiting and wanting more on the wed breaker nih..

    ~adda~

    ReplyDelete
  2. Been waiting for this...
    Hehhehehehee
    Next n3 dorang tunang ke?
    Can't wait...
    Nyway this chapter is as good as always

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee thanks bellaameera ! ;)
      next entry......hehe wait n see! ;p

      Delete
  3. can't wait for the next entry :)

    ReplyDelete
  4. :) speechless...sweet...

    ReplyDelete
  5. Eve it's really awesome!!!
    Pali Pali 4 th next entry!!!

    ReplyDelete
  6. Ala sweeetnye, rasa xcukup panjang je...tp thanks writer bab bagi n3, tebayang wajah cute ariana pakai gaun tunang, klu adam tgk mesti nyesal x join pi rumah tunang tgk live kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha anon, actually dia punya outing tak habis lg.tapi kalau sambung terus panjang gila. so eve wat separate ;)
      tq!

      Delete
  7. Erks.. Rasa cm pendek je n3 nih.. Hhehhe
    Klakar la part datuk wira dikatakann terbantut! Hahahhahaha..
    Xsabo nak tgu tyme tunang.. Mesti ariana kenal mak n ayah dato wira tu kan.. Hhehe
    Plg xsabo nak tau reaksi dato.. Tp dato xmo kenal lg kan.. Nk tgu tyme nikkahh.. Haishhh lmbt lagi tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha patut ada smbgan lg actually tu....reaksi datuk ...is a suprise! lol

      Delete
  8. best2...nk lagi...hehehe

    ReplyDelete
  9. Adam2...jahil sungguh...dosa pahala tak jadi apa2 padanya.
    Tak dapat jadikan ariana perempuan simpanan...nak di jadikan isteri simpanan pulak.
    Kalau adam masih tak berubah dgn perangai tak semengahnya...boleh ke dia jadi imam kepada ariana???...silap2 ariana yg jadi imam kepada dia...hahaha
    Cepat2lah sambung n3 baru ye... akak suka citer ni.

    ~kak min~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee nti kt cane dia bleh jd imam pd ariana.thanks kak! ;)

      Delete
  10. adam mukhriz dgn adam kamil lain ehh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol..
      dorg adik beradik..
      perangai pn lebeh kurang cuma adam mukhriz baik ckit... hahha.. :))

      Delete
    2. *sape adam mukhriz?tiba2 confuse.haha

      Delete
    3. salam kak yg part ni "Warna wine pink lembut dipilihnya untuk baju pertunangan Ariana dan Adam Mukhriz anak kepada kawan suaminya." =)

      Delete
  11. terima ksih sebab post...
    tak sabar nak tgk reaksi adriana bila tau adam bakal suami dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih3 thanks anon ;) - bila adam tahu ariana tunang dia n bila ariana tahu adam tunang dia...tade sape dpt bg tekaan yg tepat lg ;p lol

      Delete
  12. Seronoknya bila tengok ada new entry.... tapi... still tamak lagi.... sbb.... nak more entries... pls..... hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol tQ anon.nxt entry is coming soon! eve siapkn 3 more chapters i will update a new one.a motivation a milestone for eve actually ;)

      Delete
  13. entry yg ditunggu telah ada!!!alhamdulillah...can't wait for next entry...hehehe

    ReplyDelete
  14. Huaaaa terbayek Lah....the best!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. tqvm x buat yr follower tertunggu2. bestt sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhihi sedaya upaya update bila ada kelapangan. thankss anon for supporting ;))

      Delete
  16. Nanti gmbr tunang biar adam tgk ye.so adam tau sape tunang dia,tp ariana xtau.so adam akan sntiasa nk dkt n protek ariana dr lelaki2 yg nak kan ariana tp ariana sntiasa cuba nak jauhi adam sb dia ialah tunangan org..heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha syarp, awak dah bleh wat novel ni.lol.now eve tgh karang part lepas dia kahwin.hahah.so we will see how things work for them

      Delete
  17. nice entry...have been waiting for this daily...tp cam ada confuse skit... i tot adam x tau dia akan dijodohkan ngan ariana...how come dia boleh cakap mak mertua call...huhuhu...correct me if i'm wrong...btw really enjoy reading...can't wait for next entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh hoho when u point this out baru its struck my mind. well actually adam was just jesting while he said that. he still clueless about his engagement. hihi.
      thanks anon for reading! ;)

      Delete
  18. assalam.... wahhh windu ngan adam... ehem2, awatlah adam ni miang sngat, xboleh rose nk sentuh ckit, mulahlah nk bekocak segala naluri jantan dia... haippp gatai sungguh,dah la nk jadikan rose tu pompuan simpanan then istri simpanan pulak. aishhh tu yg kena kawen cepat ckit,suka sngt dgr ckp ank syaitan yg bnama A'war, tu yg asek bzina jer hobinya. ohwhhh dia pun kalo nk istri nk yg suci jer... puihhh, dh la hobi merosakkn ank dara org. untk adam yg trsayang, saya syorkn awk msukkn daun kesum sbgai menu diet awk... daum kesum dpt mngawal nafsu ehem2 awak, nanti xla miang sngt... tu yg sami2 dkt thai bnyk mkn daun kesum..... alahai ksian rose, jtuh cinta dkt hero yg mcm ni.... tpi xper, sbgai pminat kipas mati adam, saya sentiasa akn sokong dia.... sampai ALLAH bukakn pintu hidayah dia.. hikhik, rasa nk cantas jer ego adam bgi rendah ckit.... i lebiu adam... thanxs evelyn( sowie coz meroyan lebih2.....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekkee.. Daun kesum ek? Awak mmg terbaek bab2 masakan ni.. ;)
      ~m.acu~

      Delete
    2. tu dia, siap dengan petua tuh. ahaha. gud2. zm, saya cam dah jatuh chenta sket kat adam ni sbb dia pandai layan budak. cemana niiii? :P

      Delete
    3. m.acu..... hikhik tu la petua untk hero trsayang.... xtahan tgk dia miang sngt.... tu diaaaaa hajar, mood gatai sudah mari.... haipp hajar, jtuh ckit sudh ok.... dah makin ramai la pesaing.... hajar siapa cepat dia dpt ok...

      Delete
    4. Erks.. Awak pon hajar?? ;P

      Delete
    5. hahaha kelakar la korang ni zm ,acu n hajar. every entry your guys' comments mmg buat saya gelak sorg2.saya pun makin moody wat novel ni sbb dah nak habis karang dah.hahaha

      p/s : pergh resepi daun kesum. hebat2. new info for me zm.

      Delete
  19. Tak sabar nak tau reaksi Arianna bila kena paksa tunang nih. lebih2 lagi bila dia tau siapa tunang @ bakal suami dia tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lgi x sbr nk tgk apa reaksi adam bila tahu rose tu bakal istri dia..... makin naik la peratus hormon miang dier.....

      Delete
    2. haha nti korang tgu la what happen next. dont want to spoil d suspense yet ;p

      thanks hajar n zm for loyally reading

      Delete
  20. Dear Evelyn, kak suka sgt ngan plot citer ni. Kak tak sabar tunggu nxt n3 dr Evelyn, if possible biar Adam cuma tau pasal Ariana adalah tunang die bila Ariana sendiri yg berckp tru phone coz nk maklumkan pd "bakal tunang" die ttg diri dia n dlm waktu sama Ariana tidak mahu mengecewakan harapan parents die yg nk jodohkan die dgn "Adam". ( which Ariana pun tak tau siapa)...itu pendapat kak la. Tp apa pun yg Evelyn bakal tulis, kak doakan moga dicurahkan idea yg melimpah ruah...so cepat2 novel TWB bley siap. Confirm kak akan beli....k..tc. ~ KAk Aminah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaaa! i can only smile widely but the exact plot will be known in the becoming chapters ;D -dah bleh wat novel dah tu kak ;p
      thanks n t.care jg!

      Delete
  21. Can't wait 2 read the next entry!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe okay lpas siap 3 chapter, on the dot saya update! hehe

      Delete
  22. semakin mengikuti cerita ni...amat suka dgn hasilnya..tahniah..moga dpt berkarya dgn lebih bagus lagi :-)

    ReplyDelete
  23. hohoh...best2....thx eve!!!! i luv u n it..hehe

    ReplyDelete
  24. Adam Mukhris dan Tg Adam Kamil orang yang sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada sebut adam mukhris ke dalam mana2 entri? wahaaa *confuse2. Adam mukhris manakah yg dimaksudkan?

      Delete
  25. best2....
    kak eve cpat la post n3 baru...x sabar dah ne nak tgk what happen next..
    Btw...Adam Mukhriz tu sapa??

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fie ! ;D
      -i'm asking d same question jgni.sape adam mukhris?

      Delete
    2. Kak ada mention kat atas...

      "Datin Asra membelek-belek baju yang baru disiapkan oleh Kak Peah, pembantunya di Butik. Warna wine pink lembut dipilihnya untuk baju pertunangan Ariana dan Adam Mukhriz anak kepada kawan suaminya"

      saya rasa kak typo kot or mayb kak terigt2 kat cerita adam dan hawa..plus aaron aziz pgg watak adam mukhriz :)

      Delete
    3. Haha sy baru perasan n baru ingat. mmg ummi dia panggil adam mukhriz - it gona be used in next chapter. Tg Adam Kamil Tg Mukhriz : Adam Mukhriz. thanks gtau!

      Delete
  26. assalamualaikum cik penulis,

    sy readers br utk novel awak...thanks masukkan hadis2 dan memperingati diri tentang ada insan yg lebih malang drp kite yg normal ni. keep up your good writing & cannot wait for the new post ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt :)

      alhdmlh krna berjaya ambil yg baik dari novel ni hasnah n thanks for reading ;)

      Delete
  27. hihihihi eve...suke and thanks for the pray... i dah inform her about da therapy... mungkin akan dimasukkan dlm list usaha die... skg ni die tgh buat rwtn susulan di hospital serdang and buat akupuntur..... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope d child is getting better ; dropped in ur blog tadi, hope ur baby is getting well soon too. t.care :)

      Delete
  28. baru dipromote kawan...
    so x henti2 baca cerita ni dr bab 1
    lawak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo hehe, welcome to TBW ! ;) tq for reading

      Delete
  29. suka sangat.the best.

    ReplyDelete
  30. hi eve...is adam mukhris and adam kamil the same person..you got mentioned in 2nd sentence of this n3...btw really feel nice & sweet after reading

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah d same person. lupa yg saya dah mention adam mukhriz dalam ni. suppose dlm next chapter. ;D

      Delete
  31. best lah cter nie....xsaba nk tgk sambungan....adam n adriana..so sweet...

    ReplyDelete
  32. Evelyn...

    Please check again what you've written...

    "Datin Asra membelek-belek baju yang baru disiapkan oleh Kak Peah, pembantunya di Butik. Warna wine pink lembut dipilihnya untuk baju pertunangan Ariana dan Adam Mukhriz anak kepada kawan suaminya....."

    itu yang keliru whether Adam Mukriz or Tg. Adam Kamil is the same person...
    Cik Evelyn kena betulkan kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa now i see...thanks for requote, baru saya nampak.hehe.no wonder people keep on asking.actually mmg Adam Mukhriz. Ummi Ariana call him that way bukan Tg Adam kamil Tg Mukhriz :) tq !

      Delete
  33. Assalamualaikum akak.....
    rsa2 la bla akak nk smbg??
    x sbarr sngt dh nie


    -mirza-

    ReplyDelete
    Replies
    1. iAllah soon.lpas bjaya mengarang lagi 3 chapter.lol

      Delete
  34. mula terbaca citer ni di P2U..pastu meroyan cari blog writer ni...mmg salute..best sesangat..agak2 bila dapat pegang novel ni...x sabar nk bc ending nya..terbaek laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lepat ubi ;) welcome here! thanks sbb sgup cari this blog.hehe. iAllah tgh siapkan manuskrip.doa2kan :)

      Delete
  35. best2! tolong sambung secepat mungkin Evelyn Rose!!
    Ariana, u have to compete with me! haha

    -mary-

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol comel je mary ,hehe ;D dah sambung dah bab 18, njoy ye!

      Delete
  36. haah la..sy pon pening...adam kamil ngn adam mukhriz tu org yg sama ker??????apapun cite die best...cik eve tlg jwb yer...tq..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. org sama tp mak dia panggil cenggitu. but its gud when ramai yg confuse.maknanya mmg logik la kalau Ariana sdri pn xdapat kesan.hehe

      Delete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. bestnya citer ni.. nak lagi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks fana! dah update chpter baru ;) jnoy ye :D

      Delete
  39. masing2 da ade perasaan antara satu sme lain..heehe

    ReplyDelete
  40. N3 ni klau tmbh lg maklumat psal anak2 istimewa ni pasti menarik

    ReplyDelete
  41. Hey very interesting blog!
    Feel free to visit my blog party invitations

    ReplyDelete
  42. As salam.....
    Maaf menganggu. Pertama skali tahniah... u did a great job. Your novel was Superb!!!!!!! Fyi, Sy baru beli your novel siang td.... terlalu mengasyikkan..... habis membaca tepat 12 tgh mlm td. Sy sampaikan menceritakan isi kandungan novel ini kepada suami sy. Hinggakan dia tersenyum-senyum dan ketawa melihat reaksi sy. Hehehe
    Anda buat sy mengagumi anda eve..... thank for the all those hadis,membuat sy rasa khilaf.
    Satu soalan. Adakah ini novel pertama anda eve? Jika YA, tahniah beribu kali sy ucapkan kerana ceritanya mmg terbaik sy pernah baca di ABAD ini. Betul... IKHLAS dari sy
    Jika TIDAK... bole beritahu nama novel lain yang eve hasilkan untuk sy cari di kedai buku berdekatan. Dan siapa pengeluar... PLS....PLS...
    Akhir katA... semoga anda sukses
    Meme -seremban

    ReplyDelete
  43. Hey there! I know this is kind of off-topic but I needed to ask.
    Does managing a well-established website such as yours take a large amount of work?
    I am completely new to writing a blog however I do write in
    my journal everyday. I'd like to start a blog so I can share my experience and views online. Please let me know if you have any ideas or tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!
    My web page - personalized wine labels

    ReplyDelete
  44. Hello There. I discovered your weblog the use of
    msn. That is an extremely smartly written article. I'll make sure to bookmark it and come back to learn more of your helpful information. Thanks for the post. I'll certainly comeback.


    my blog: Is actually Gynexin Successful Towards " moobs "?

    ReplyDelete
  45. First off I want to say wonderful blog! I had a quick question that I'd like to ask if you do not mind. I was curious to know how you center yourself and clear your thoughts prior to writing. I've had difficulty
    clearing my mind in getting my thoughts out. I truly do take pleasure in writing
    however it just seems like the first 10 to 15 minutes are lost simply just trying to figure
    out how to begin. Any suggestions or hints? Kudos!

    Feel free to surf to my site Monetary gift of gynecomastiathroughout male kids

    ReplyDelete
  46. Tremendous issues here. I am very glad to peer your article.
    Thanks a lot and I am having a look ahead to contact you.
    Will you please drop me a e-mail?

    My page ... The most frequent causes of gynecomastiaand how to deal with it

    ReplyDelete
  47. I want to to thank you for this excellent read!! I definitely
    loved every little bit of it. I've got you saved as a favorite to check out new things you post…

    Stop by my website; chestfatburner.com

    ReplyDelete
  48. you are in reality a excellent webmaster. The site loading velocity is amazing.
    It kind of feels that you're doing any distinctive trick. Also, The contents are masterwork. you've done a fantastic process in this topic!


    Also visit my webpage; Organic methods of treatment of individual tits

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular Posts